Anda di halaman 1dari 22

Build your own FREE website at Tripod.

com Share: Facebook | Twitter | Digg | reddit

PERSOALAN OBJEKTIVITI, SUBJEKTIVITI, PENGADILAN MORAL DAN SEBAB-MUSABAB DALAM


PENTAFSIRAN SEJARAH
Setelah menjalankan penyelidikan, akhirnya sampailah ketikanya untuk membuat pentafsiran
terhadapnya. Dan masalah pertama yang harus diperhatikan adalah tentang keterlibatan (involvement)
seorang sejarawan terhadap kajiannya, iaitu sama ada dia harus terikat (attached) ataupun terpisah
(detached) daripada kajiannya. Dalam hal ini, kita sudah menjelaskan sebelumnya tentang hubungan
antara subjek dengan objek. Sesuatu ilmu yang benar-benar tulen dikatakan perlu membuat pemisahan
mutlak antara kedua-duanya, yakni antara pengkaji (subjek) dengan kajiannya (objek). Untuk mencapai
taraf objektif dan saintifik, seharusnya yang didedahkan hanyalah unsur-unsur yang berkaitan dengan
objek. Dengan mengetepikan unsur-unsur yang berkaitan dengan subjek, maka keunggulan (virtue) itu
terletak pada adanya pemisahan perasaan subjektif manusia daripada kajiannya.

Dengan memahami konsep subjek dengan objek, atau sifat subjektif dan objektif dalam ilmu, kini
sampailah kepada persoalan subjektiviti dan objektiviti dalam sejarah. Dengan konsep subjektiviti di sini,
ia bermaksud sejarah sebagai ditulis atau dikisahkan (histoire-recite). Dan dengan konsep objektiviti
pula, ia bermakna sejarah sebagaimana terjadinya (histoire-realite). Sesuai dengan konsep dan definisi
ini, timbullah dua aliran pemikiran yang cuba mempertahankan keunggulannya masing-masing, iaitu
aliran sejarah subjektif dan aliran sejarah objektif.

1.

Objektiviti

Pertama-tama tentang aliran objektif, seperti yang disebutkan dulu, ia muncul berdasarkan tradisi
empirisme John Locke dan juga positivisme Auguste Comte yang melihat adanya pemisahan mutlak
antara subjek dengan objek. Tradisi inilah yang menjadi asas kepada aliran sejarah objektif yang
diperjuangkan oleh Leopold von Ranke (1795 - 1886). Bagi Ranke, matlamat pengajian sejarah adalah
untuk menggambarkan kejadian-kejadian "sebagaimana sebenarnya berlaku" (wie es eigentlich
gewesen), yang membiarkan fakta-fakta sejarah bercakap dengan sendirinya tanpa penglibatau
sejarawan. Inilah juga yang dimaksudkan dengan historisisme, yang menurut Peter Geyl, ia bermakna
menjauhkan dirt dari pengadilan, penerimaan atau pengakuan yang tidak ada darjah-darjah kecuali dari
apa yang dibekalkan oleh proses sejarah sendiri.

Dengan hasrat untuk melahirkan karya sejarah objektif inilah maka pada tahun 1896 Lord Acton (1834 1902) melancarkan projek penulisan 'Cambridge Modern History' yang terkenal itu. Dalam kata-kata
aluannya kepada para penyumbang projek ini, belian menegaskan bahawa "we shall avoid needless
utterance of opinion or service of a cause. Contributors will understand that our Waterloo must satisly
French and English, Germans and Dutch alike; that nobody can tell, without examining the list of
authors, where the Bishop of Oxford laid down the pen and whether Fairbairn or Gas quet, Liebermann
or Harrison, took it up". Pendeknya, biarlah gambaran para sejarawan tentang sesuatu peristiwa itu
serupa sahaja dan memuaskan hati setiap pihak, tanpa sebarang perasaan subjektif atau sikap berat
sehelah (bias). Pendirtan seperti ini juga didukung oleh Ratzel, Helmolt, Fustel de Coulanges, Xenopol,
dan juga Langlois.

Demikianlah, berkembangnya aliran sejarah objektif adalah berasaskan kepada keyakinan tentang
kemampuan memperoleh fakta-fakta sejarah yang muktamad. Malah kecenderungan ini berkait rapat
dengan kepercayaan bahawa sejarah ialah sejenis sains, dan kerana itu mampu menghasilkan karya yang
bersifat saintifik dan objektif sebagaimana dalam kajian sains tabii.

2.

Subjektiviti

Bagaimanapun semuanya itu tidaklah dapat diterima oleh aliran sejarah subjektif, yang sejak
bermulanya penulisan sejarah sehingga kini, ia memang mempunyai pengaruh yang besar dan luas.
Malah kenyataan bukan sahaja menunjukkan yang penulisan sejarah subjektif semacam tidak dapat
dielakkan (inevitable), tetapi juga dianggap sebagai sesuatu yang penting dan unggul (virtue). ini kerana
faktor semula jadi manusia sendiri, yang merniliki nalurt dan kecenderungan memilin dan mernihak
kepada sesuatu yang diminatinya atau dianggapnya sebagai penting dan utama. Hakikat inilah yang
ditegaskan oleh G. Lichtenherg, seorang filosuf Jerman, bahawa manusia selalu memihak, sekalipun ia
tidak memihak, itupun merupakan suatu pilihan. Ia lalu termasuk kelompok orang yang tidak memihak.

Apakah sebab-sebab yang mendorong pembentukan aliran sejarall subjektif ini? Memang banyak
sebabnya. Tetapi antaranya adalah kerana faktor nalurt atau kecenderungan semula jadi manusia
sendiri yang suka memilin (select) sesuatu yang dianggap penting dan ber-guna, serta mengetepikan
(omit) sesuatu yang dianggapnya tidak penting dan tidak berguna. Di samping itu terdapat pula faktor
agama dan ideologi yang membentuk pegangan dan tindakan seseorang. Semakin kuat komitmen
manusia kepadanya, maka semakin besarlah kemungkinannya bersikap subjektif. Hasilnya, jadilah
tindakan atau penulisannya itu sebagai bersifat memihak, komited dan terlibat (engaged).

Tentang Agama Islam misalnya, sudah ditenrukan bahawa manusia bukan sahaja mempunyai status
sebagai Khalifah Allah (wakil Allah) di muka bumi, bahkan juga sebagai Abdullah (Hamba Allah). Sebagai

wakil Allah, fungsi manusia adalah untuk melaksanakan tugas memakmurkan muka bumi ini menurut
keredaanNya. Sedangkan sebagai hamba Allah, tugas manusia adalah untuk melaksanakan ibadah atau
pengabdian dalam pengertian yang seluas-luasnya kepada Allah. Antara tugas dan tanggungjawab
manusia Muslim ialah berjihad, yakni menegakkan kalimah atau ajaran Allah di muka bumi, dan juga
berdakwah, yakni menyeru manusia ke jalan Allah. Dengan itu seorang intelektual Muslim bukanlah
bersifat neutral atau berkecuali, tetapi bersifat functional atau bertanggungjawab melaksanakan
kewajipannya itu. Maka tidaklah mungkin seorang sejarawan Muslim yang bertaqwa atau beriman dan
beramal salin akan mengabaikan kewajipan berjihad dan berdakwah ini dalam penulisan sejarahnya,
walaupun akan dituduh sebagai sejarah propaganda belaka.

Adapun tentang ideologi atau aliran falsafah sekular, antara jenisnya yang banyak mempengaruhi
manusia umumnya dan golongan sejarawan khususnya ialah semangat patriotisme dan nasionalisme,
disamping relativisme, Marxisme dan Darwinisme (evolusionisme). Tentang nasionalisme misalnya,
sebagai ciptaan Barat, ia memperjuangkan kepentingan dan prasangka nasional. Malah ia juga yang
melahirkan pendekatan Asia-centric atau Malay-centric, sebagai reaksi terhadap pendekatan Eurocentric atau Anglo-centric.

Tentang relativisme, iaitu keyakinan tentang berlakunya perubahan nilai dengan berubahnya ruang dan
waktu, tidaklah dapat dinafikan yang sejarawan turut dipengaruhi oleh iklim pendapat (climate of
opinion) atau semangat zamannya (Zeitgeist). Dalam konteks masa kini, sikap 'present-mindedness'
menjadikan seseorang sejarawan lebih menekankan keperluan dan kepentingan masa kini. Masalah ini
ada kalanya disebut sebagai nunc pro tunc (masa kini untuk masa lampau). Yakni, nilai masa kini menjadi
kayu ukur untuk masa lampau. Antara tokoh-tokoh utamanya ialah Carl L. Becker (1873 - 1945) dan
Charles A. Beard (1874 - 1948). Bagi Carl Becker misalnya, beliau menganggap bahawa penulisan sejarah
ditentukan oleh ahli sejarah sendiri, yang mempunyai akal fikiran, tujuan, pemilihan dan kecenderungan
yang berasaskan pengalamannya pada zaman tertentu. Oleh kerana keadaan sosial sentiasa mengalami
perubahan, maka kebenaran sejarah pun tidaklah mutlak tetapi relatif atau berubah-ubah. Demikian
juga bagi Charles Beard, beliau turut menegaskan bahawa "sejarah ialah pemikiran sezaman mengenai
masa lampau". Ia merupakan hasil penulisan ahli sejarah yang mempunyai kepercayaan, nilai-nilai atau
prasangka yang dipengaruhi oleh pengalaman zaman tertentu. Sebab itu bagi Beard, Ranke sebenarnya
tidaklah menulis sejarah objektif, bahkan cuma menulis sejarah politik sahaja dan malah cuba
mempertahankan kepentingan kelas-kelas konservatif yang berkuasa di Eropah.

Dalam konteks ini, Benedetto Croce (1866 - 1952) sendiri pernah menegaskan bahawa "semua sejarah
ialah sejarah sezaman". Dan Collingwood yang dipengaruhi olehnya juga menganggap bahawa semua
sejarah ialah sejarah pemikiran, yang memerlukan sejarawan menggambarkan kembali dalam fikirannya
pengalaman-pengalaman yang lalu (re-enactment of past experience). Untuk melakukan semuanya ini,
sejarawan harus memilih (select), menyisip (inter-polate), dan mengkrttik (criticize). Jadi ia tidaklah

boleh bergantung pada ingatan dan kewibawaan (memory and authority) fakta-fakta sejarah. Konsep
sejarah seperti inilah yang disebut oleh Louis Gottschalk sebagai "contemporaneity of evidence", cuba
diperoleh pengertian oleh sejarawan dengan cara mengkaji sejarah dari sudut masa kini, yang
melibatkan peribadi dan pengetahuannya sendiri.

Akibat daripada sebab-sebab tersebut, maka hasilnya lahiriah penulisan sejarah yang bersifat subjektif
dalam berbagai-bagai bentuk dan rupa. Pertama, dan segi tujuannya, bagi mereka yang komited
terhadap agama atau ideologi tertentu, sudah pasti akan mengambil kesempatan menjalankan dakwah
atau propaganda melalui karya-karya sejarah mereka. Dalam pensejarahan Kristian umpamanya,
tujuannya tidak lain adalah untuk menegakkan kesucian ajaran Kristian. Dan dalam karya-karya oleh
sejarawan Nazi, jelas terpancar tujuannya untuk membuktikan keunggulan bangsa Arya. Sedangkan
melalui karya-karya sejarawan Komunis, ia mengandungi propaganda Marxisme dan polisi-polisi
Komunisme. Apalagi bagi sejarawan yang bersemangat nasionalisme, maka penulisannya sudah tentu
hanya menekankan kepentingan dan keutamaan bangsa. Pendek kata, unsur--unsur propaganda atau
'partisanship' kelibatannya semacam tidak dapat dielakkan (inevitable) sama sekali.

Memang dari suatu segi sejarah propaganda boleh menjejaskan konsep penulisan sejarah yang saintifik.
Tetapi kenyataan menunjukkan bahawa karya-karya sejarah yang paling berpengaruh ialah yang bersifat
propaganda. Misalnya, lihat saja karya klasik Clarendon, History of the Rebellion, atau karya Abbe
Raynal, Philosophical History of the Indies, atau karya Henry Wilson, Rise and Fall of the Slave Power in
America, serta biografi Frederic Masson tentang Napoleon Bonaparte. Demikian juga karya Vernon L.
Parrington, Main Currents of Ame-rican Thought, dan karya Winston Churchill, World Crisis.

Bukan sahaja dan segi tujuannya, bahkan juga dalam aspek-aspek lainnya, turut dipengaruhi oleh sikap
subjektif sejarawan, apabila mereka memilih aspek tertentu dan mengetepikan yang lain. Tentang
pengertian sejarah misalnya, mereka yang bersikap objektif cenderung memilih pengertian sejarah
sebagai kisah-kisah yang berlaku pada masa lampau. Sedangkan mereka yang beraliran subjektif dan
relativis menolak takrif konvensional itu, sebaliknya menganggap sejarah sebagai suatu kajian atau
penyelidikan yang dilakukan oleh sejarawan. Sebenarnya dengan memilih salah satu antara kedua-dua
takrif ini, maka sejak awal-awal lagi seorang sejarawan sudah menonjolkan subjektivitinya. Sebab itulah
bagi Carr, setiap percubaan untuk menjawab soalan "apakah sejarah?" maka jawapannya secara sedar
atau tidak mencerminkan kedudukan kita pada sesuatu zaman, serta bagaimana tanggapan kita
terhadap masyarakat dalam kehidupan kita. Inilah yang disebutkan sebagai present-mindedness
seperti yang dibahaskan itu.

Lebih-lebih lagi tentang punca atau fakta sejarah, semakin jelaslah menonjolkan subjektiviti sejarawan.
Memang bagi Ranke, kita harus percaya kepada bukti atau dokumen sejarah untuk menghasilkan
sejarah objektif. Sejarah objektif akan membiarkan dokumen bercakap dengan sendirinya, tanpa
memerlukan sebarang penjelasan lagi. Tetapi benarkah dokurnen berupaya menjelaskan segala-galanya,
tanpa penglibatan sejarawan? Yang jelas, sejarawan bukan sahaja terpaksa menghadapi bukti sejarah
yang terbatas, bahkan juga bukti-bukti yang sudah dipilih atau ditentukan coraknya sejak awal lagi.
Realiti sejarah menunjukkan betapa banyaknya bukti sejarah yang telah mengalami penapisan atau
kerosakan, terutama oleh golongan yang lebih berkuasa dan kuat. Samalah halnya dengan sistem politik
masa kini yang tidak membenarkan penyebaran maklumat yang bertentangan dengan dasar--dasarnya
atas alasan bahawa ia mengancam keselamatan negara (atau keselamatan kerajaan?). Dapatkah
suasana pengawalan atau pem-banterasan maklumat atau bukti-bukti sejarah seperti ini mampu
menghasilkan sejarah yang objektif dan tepat menurut keadaan sebenamya?

Tidak cukup dengan bukti-bukti yang terbatas atau dibataskan itu, pengaruh subjektiviti sejarawan
sendiri menjadikan hasrat melahirkan sejarah objektif semacam impian belaka. Bukti yang sama telah
ditafsirkan dengan berbagai-bagai pengertian oleh para sejarawan. Misalnya, lihat sahaja tafsiran yang
diberikan terhadap istilah-istilah seperti persamaan (equality) dan kebahagiaan (happiness) yang
terkandung dalam Pengisytiharan Kemerdekaan Amerika tahun 1776. Demikian juga semboyansemboyan persamaan (equality), kebebasan (liberty), dan persaudaraan yang tercetus dalam Revolusi
Perancis 1789. Memang kebanyakan sejarawan cuba memberikan tafsiran terhadap istilah-istilah
tersebut persis seperti yang terdapat dalam kamus, atau barangkali lebih mendalam sedikit menurut
pandangan falsafah. Malangnya hampir keseluruhan tafsiran sejarawan menyeleweng belaka, lantaran
tidak mengenali siapakah sebenarnya tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan Amerika dan juga Revolusi
Perancis itu. Sebenarnya hampir keseluruhan angkatan tentera Amerika dan para pemimpinnya seperti
Washington, Franklin, Jefferson, John Adams dan lain-lainnya merupakan tokoh-tokoh Freemason yang
aktif. Jadi bukan sahaja kelahiran Amerika digerakkan oleh tokoh-tokoh Freemason, bahkan
perlembagaan dan juga struktur pentadbirannya juga ialah idea Freemason. Demikian juga tokoh-tokoh
Enlightenment yang menggerakkan Revolusi Perancis, seumpama Montesqueiu dan Voltaire, semuanya
adalah pendekar Freemason yang kesohor. Sebenarnya semboyan-semboyan tersebut adalah
merupakan semboyan asasi Free-mason sendiri (Protocols 1: 25 dan 9: 3), yang maksudnya bukanlah
ditujukan kepada semua bangsa atau manusia, tetapi untuk meraih simpati orang terhadap nasib
mereka yang terus-menerus dalam keadaan merempat dan tertindasan

Jelaslah bahawa tafsiran sejarawan yang berasaskan sikap subjektif dan kaca mata masa kini (presentmindedness) itu sama sekali tidak secocok dengan perjalanan sejarah yang sebenamya. Walaupun
bukti--bukti dan dokumen sejarah masih tersimpan dengan sempurna sampai kini, namun ia tidaklah
mampu bercakap sendiri untuk menjelaskan keadaannya yang sebenar.

Demikian juga apabila sejarawan memilih tema-tema tertentu, maka semakin sukarlah untuk
mengelakkan diri daripada bersikap subjektif terhadapnya Sekali lagi faktor agama atau ideologi politik
memainkan peranan yang besar dalam menentukan pemilihan atau tekanan kepada tema-tema
tertentu. Seorang sejarawan yang beraliran politik, Whig misalnya tentu akan menekankan konsep
liberal dan menentang kuasa mutlak raja. Sebab itulah Herbert Butterfield dalam bukunya, Whig
Interpretation of History (1929) telah mendedahkan kesilapan konsep "history as a history of liberty"
tersebut. Seorang sejarawan Marxis pula lebih tertarik kepada tema-tema seperti, keruntuhan sistem
feudalisme, kebangkitan sistem kapitalisme, imperialisme moden, perjuangan kelas buruh, gerakan
petani, penyamun sosial, gerakan wanita dan revolusi. Sedangkan seorang sejarawan nasionalis
tentu-nya lebih gemar menekankan tema anti-kolonialisme dan gerakan nasionalisme. Atau lebin jauh
dari itu, ditekankan tentang kegemilangan masa lampau bangsa pribumi sebelum kedatangan penjajah,
seperti yang dilakukan oleh Abdul Hadi Hassan dalam karya besarnya, Sejarah Alam Melayu. Atau bagi
sejarawan yang menyokong kerajaan nasional, tema-tema yang dipilihnya sudah tentu yang secocok
dengan gagasan dan wawasan kerajaan.

Masalah tentang tema atau pokok persoalan (subject matter) dalam sejarah tidak syak lagi melibatkan
unsur nilai dan falsafah hidup manusia itu sendiri. Sejarawan yang mementingkan politik sudah tentu
akan menekankan persoalan politik dalam penulisannya. Demikian juga yang mementingkan ekonomi,
atau kebudayaan, atau pemikiran dan sebagainya, sudah tentu turut mempengaruhi penulisan
sejarahnya. Apalagi sejarawan yang mengutamakan kerohanian dan akhlak, tentu sekali akan
membesar-besarkan persoalan-persoalan seperti ini.

Kedudukan ini akan menjadi semakin ketara apabila sejarawan memilih pendekatan tertentu dalam
penulisannya. Seorang sejarawan Marxis terutamanya, sudah tentu lebih tertarik kepada model Marxis,
samalah seperti seorang sasterawan Marxis juga akan menulis dari sudut pendekatan ini. Seperti yang
disebutkan oleh E. Hobsbawm, walaupun ada sejarawan yang menggunakan teori Marx secara
menyeluruh sebagai suatu model yang lengkap, tetapi kebanyakannya menggunakan unsur-unsur
tertentu sahaja daripada teori Marx secara 'vulgar' dalam kajian sejarahnya. Melalui penulisan ala-vulgar
Marxis ini, maka jadilah sejarah ditafsirkan menurut falsafah Marx. Misalnya dalam persoalan
penyebaban (causation) dalam sejarah, maka faktor ekonomilah yang dianggap dominan dalam
menentukan perjalanan sejarah. Situasi yang sama juga berlaku bagi sejarawan yang tanpa sedar
dipengaruhi oleh pendekatan vulgar Darwin, yang membahaskan perkembangan sejarah berasaskan
konsep evolusi yang bermula dengan Zaman Prasejarah atau Zaman Batu. Sebaliknya bagi sejarawan
yang menggunakan pendekatan Islam, walaupun faktor ekonomi tidaklah ditolak sebagai di antara
sebab berlakunya sesuatu, namun sebab asasinya ialah Allah sendiri. Dan permulaan sejarah manusia
pula bukannya dari pertngkat manusia-haiwan pada Zaman Batu, tetapi dan manusia istimewa yang
berpangkat nabi, iaitu Adam.

Kemudiannya apabila sampai kepada persoalan pengadilan moral (moral judgement) dalam penulisan
sejarah, sudah pasti golongan sejarawan yang dipengaruhi agama atau ideologi tertentu tidak dapat
bersikap neutral, sebaliknya akan menjadi terlibat (involved) dan komited di dalamnya. Arnold Toynbee
misalnya, walaupun merupakan seorang tokoh sejarawan moden yang terkemuka, namun tetap
berpegang kuat kepada ajaran-ajaran moral Kristian. Sebab itulah dia menganggap yang penyingkiran
orang-orang Arab Palestin oleh Israel itu sama ganasnya den gan pembunuhan enam juta Yahudi oleh
golongan Nazi.

Demikianlah, boleh dikatakan yang sejarah subjektif atau yang bersifat terlibat itu tidak dapat dielakkan
(inevitable) sama sekali. Dan dengan itu pula matlamat melahirkan sejarah objektif dan neutral hampirhampir menjadi semacam impian (ideal) belaka. Bagaimana-pun terdapat kalangan sejarawan yang
tetap mempertahankan keunggulan sejarah objektif. Dalam hal ini mereka menolak konsep objektiviti
seperti yang dipakai dalam falsafah atau sains tabii, yang melihat adanya pemisahan mutlak antara
subjek dengan objek. Sekiranya konsep objektiviti yang ketat dalam falsafah itu dipakai dalam sejarah,
sudah tentu tidak akan wujud penulisan sejarah yang objektif. Justeru itu konsep objektiviti dalam
sejarah hams lebih longgar dari itu, secocok dengan kenyataan hidup dan pemakaian bahasa harian.

Ada dua aspek objektiviti yang cuba dipakal dalam sejarah. Pertama, objektif dari segi fakta sejarah, ia
diukur berdasarkan ketepatau dan kejituannya. Jadi, seperti yang disarankan oleh Ranke sebelumnya,
yang dikatakan sejarah objektif itu tidak lain ialah penulisan yang berdasarkan fakta atau kenyataan
sejarah yang sebenarnya. Nampaknya konsep objektiviti seperti ini tidak begitu diterima oleh sejarawan
kerana ia masib bertolak daripada konsep dikotomi antara subjek dengan objek. Padahal, seperti yang
dijelaskan tadi, konsep pemisahan mutlak seperti yang dipakai dalam falsafah atau sains tulen itu
dianggap kurang secocok dengan pemakaiannya dalam sejarah.

Dengan menolak aspek objektiviti dari segi fakta itu, lalu disarankan bahawa aspek objektiviti dalam
sejarah seharusnya dilihat dari segi pentafsiran sejarawan sendiri yang bersifat adil dan jujur atau dalam
erti kata yang lain, bersikap neutral atau tidak memihak dan berat sebelah. Misalnya, kalaupun
seseorang sejarawan itu menganut agama atau ideologi tertentu, namun kalau pentafsirannya bersifat
neutral, yakni tidak memihak kepada keyakinannya sendiri, maka itu sudah dianggap sebagai objektif.
Bagaimanapun, seperti yang dihujahkan sebelumnya, alangkah sukarnya bagi sejarawan yang komited
dengan agama atau ideologi tertentu itu untuk bersikap neutral dalam menghadapi isu-isu yang
menyentub keyakinannya. Lagipun, bukankah neutralisme itu send in termasuk sejenis sikap subjektif
juga? Seseorang yang tidak berpihak itu juga bererti memilih sikap tertentu dan menolak sikap--sikap
lain. Malah neutralisme itu sduah merupakan suatu aliran faham yang tersendiri dan mandiri, samalah
seperti aliran-aliran pemikiran lainnya.

Dengan anggapan bahawa sejarah subjektif sebagai tidak dapat dielakkan itu tidaklah bererti yang
sejarah objektif tidak dapat dicapai sama sekali. Dalam batas-batas yang tidak bercanggah dengan
agama atau ideologi yang diyakini, memang kita harus bersikap optimis untuk melahirkan penulisan
sejarah yang objektif, adil dan jujur.

Pengadilan Moral
Dengan menolak objektiviti dan menerima subjektiviti dalam sejarah, maka dengan sendirinya seorang
sejarawan kelihatan semacam cuba memihak atau bersikap berat sebelah dalam kajiannya. Dari sinilah
pula lahirnya masalah penilaian etik atau pengadilan moral (moral judgement), iaitu apabila sejarawan
didapati dengan sengaja atau tidak sengaja menilai atau menghukum sesuatu, baik dengan memuji atau
mengejinya, dengan menggunakan perkataan-perkataan seperti balk, mulia, kejam, ganas, atau labellabel yang digunakan oleh media Barat terhadap setengah golongan Muslim seperti terrorist, aggresor,
ex-tremist, separatist, fanatic, militant dan lain-lainnya. Sejauh manakah terdapat persetujuan di
kalangan ahli sejarah tentang penerapan pengadilan moral dalam sejarah? Sama seperti isu-isu
sebelumnya, ternyata kalangan sejarawan sekular terus berbentur pendapat dalam menghadapinya,
malah sentiasa berkonflik dalam mencart kepastian tentangnya. Dan dalam hal ini, terdapat dua aliran
pemikiran yang bertentangan, iaitu golongan yang menerima dan golongan yang menolak kehadiran
pengadilan moral dalam sejarah.

1.

Konservatif

Pertama sekali bagi golongan yang menerimanya, sebagai aliran konservatif, kemunculannya boleh
dikatakan bermula dengan kemunculan kesedaran tentang sejarah itu sendiri. Dan dalam hal ini,
Herodotus sendiri dikatakan telah merintis jalan melakukannya, den gan cara memuji kemenangan
Greek dalam pertempuran di Marathon dan Salamis, serta menganggap Athens sebagai penyelamat
negara-negara Greek. Sebaliknya dia menuduh raja-raja Farsi sebagai angkuh, kejam dan ganas kerana
tindakan mereka menakiuki Greek. Bagaimanapun ada juga ketikanya dia menyesali tindakan Athens
yang menyokong pemberontakan Jonia, serta memuji keberanian askar-askar Farsi sekalipun tewas
dalam pertempuran Salamis. Dalam hal ini Herodotus didakwa sebagai dipengaruhi oleh tradisi epik
sejak Homer, dengan menjadikan karya sejarahnya untuk memaparkan keberanian dan keperwiraan
orang-orang Greek yang berjaya mempertahankan maruah dan kedaulatau mereka daripada serangan
musuh yang lebih besar.

Tentang Thucydides, memang beliau dikatakan menekankan soal objektiviti dalam kajiannya, bahkan
tidak pula melakukan pengadilan moral dalam karyanya itu. Bagaimanapun pendiriannya yang
menyalahkan jeneral-jeneral Athens itu menimbulkan tuduhan di kalangan penulis Athens sendiri
bahawa beliau adalah seorang pengkhianat negara.

Dengan kebangkitan pensejarahan Rom, unsur pengadilan moral telah dipergunakan dengan seluasluasnya. Livy umpamanya, telah memuji zaman Rumawi kuno kerana masyarakatnya memuliakan
nilal-nilal utama Rumawi (virtus Romana), sebaliknya mengutuk zaman kerana masyarakatnya
mengabaikan kod etika itu. Demikian juga dia memuji zaman lama yang mengamalkan sistem republik
yang menjaga hak asasi rakyat. Sebaliknya Tacitus mengutuk sistem diktator yang diamalkan oleh
maharaja- maharajanya. B aginya, fungsi terpenting sejarah ialah mengenang jasa-jasa daripada
dilupakan, serta mengelak daripada celaan dan kutukan anak-cucu. Demikian juga Plutarch, turut
menekankan persoalan moral dalam karyanya Parallel Lives, bahkan berjaya pula dalam usahanya itu.
Memang jika diamati, terdapat sifat kebangsaan di kalangan sejarawan Rom itu, oleh kerana mereka
gemar memuji bangsa Rom sebagai bangsa yang terbaik, dan sebaliknya mengeji atau mengecilkan
bangsa-bangsa lain. Tetapi pada umumnya tindakan ini lebih merupakan cara untuk membimbing
masyarakat Rom ke arah suatu keadaan atau sifat yang mulia.

Adapun tentang sejarawan Krtstian pada Zaman Pertengahan, tidak syak lagi merekalah yang paling
banyak mengamalkan pengadilan moral, sejajar den gan peranan mereka sebagai tokoh-tokoh agama
yang bertanggungjawab mengajarkan moral kepada para penganutnya.

Bagaimanakah situasinya pada Zaman Moden ini? Sebenarnya pada zaman inilah pengaruh pengadilan
moral mulai dipertikaikan, walaupun kelihataunya aliran konservatif masih kuat pengaruhnya. Misalnya,
tokoh-tokoh Sejarawan be sar abad ke- 18 seumpama Gibbon, Hume, Rollin, Robertson, Raynal dan
Voltaire, semuanya menerima konsepsi Bolingbroke bahawa sejarah ialah pengajaran falsafah melalui
teladan philosophy teaching by example), dan golongan sejarawan bertanggungjawab mengajarkannya.
Malah pada abad ke-19 juga, terutama di England pada zaman Queen Victoria (1837 - 1901), ia
me-rupakan zaman moraliti, atau moraliti merupakan semangat zaman-nya (zeitgeist), hingga
pengaruhnya meliputi setiap bidang kehidupan dan ilmu pengetahuan. Pada zaman inilah terkenalnya
gaya Victoria (Victorian style), dengan tokoh-tokoh sejarawan yang juga merupakan pemimpin moral,
yakni memainkan dua peranan sekaligus.

Antara tokoh sejarawan lnggeris pada zaman Victoria itu ialah Thomas Carlyle, yang mana seperti John L.
Motley, menganggap bahawa pengadilan moral bukan sahaja merupakan kecenderungan setiap orang,
bahkan merupakan kewajipan yang tertinggi. Namun tokoh yang paling jelas komitmennya kepada
fungsi moral dalam sejarah ialah Lord Acton, yang pada tahun 1895 dilantik sebagai Regius Professor di
Universiti Cambridge. Baginya, walaupun pendapat-pendapat berubah, tabiat-tabiat berubah,
kepercayaan-kepercayaan timbul dan tenggelam tetapi hukum moral telah diukirkan di atas kepingan
logam yang abadi (Opinions alter, manners change, creeds rise and fall, but the moral law is written on
the tablets of eternity). Bukan sahaja tokoh-tokoh tersebut, bahkan tokoh-tokoh kontemporari

seumpama Isaiah Berlin, Veronica Wedgwood, dan Arnold Toynbee, semuanya menekankan
kepentingan dan kewajipan moral dalam sejarah. Tentang Arnold Toynbee misalnya, baginya pengusiran
orang-orang Arab dari Palestin oleh orang-orang Yahudi itu sama besar jenayahnya dengan
pembunuhan enam juta orang-orang Yahudi oleh Hitler. Dan sama seperti semangat Isaiah Berlin dalam
syarahannya yang berjudul "Historical Inevitability", Adrian Oldfield juga dalam rencananya yang
bertajuk "Moral Judgements in Histoty" menganggap bahawa masalah pengadilan moral tidak dapat
dielakkan (inevitable) dalam penulisan sejarah.

2. Progresif
Sesuai dengan ciri konflik yang terdapat dalam aliran sekular tersebut, maka timbullah reaksi terhadap
golongan konservatif. ini bermula dengan kemunculan konsep sejarah saintifik atau objektif yang
dipopularkan oleh Leopold von Ranke (1795 - 1886) pada abad ke-19. Bagi Ranke, oleh kerana matlamat
kajian sejarah adalah untuk memaparkan perkara yang sebenarnya berlaku, maka unsur pengadilan
moral haruslah diketepikan kerana ia bukanlah tugas ahli-alili sejarah. Penulisan sejarah objektif tidak
dapat dicapai sekiranya ahli sejarah dipengaruhi oleh pengaruh atau nilai sezaman (zeitgeist).

Sebagai aliran progresif dan pragmatik, golongan ini memang menarik perhatian sejarawan yang cuba
mempertahankan sejarah sebagal suatu disipin yang tersendiri dan terpisali daripada disiplin-disiplin
lain. Bagi Herbert Butterfield misalnya, beliau berpendapat bahawa pengadilan moral adalah tidak
bersangkut-paut dengan penyiasatau (sejarah) dan asing kepada ruang intelek sejarah saintifik.
Sedangkan bagi G. Kitson Clark pula, adalah lebih balk jika ahli sejarah cuba memahami dan menjelaskan
sesuatu daripada bertindak sebagai seorang hakim. Masalah-masalah moral terpisah daripada sejarah,
dan kerana itu sebaiknya diserahkan sahaja kepada golongan lain, seperti ahli agama, ahli falsafah atau
ahli perundangan.

Jadi berdasarkan pandangan golongan progresif tersebut, terdapat dua alasan utama kenapa mereka
menolak pengadilan moral. Pertama, kita tidak dapat menerapkan pengadilan moral dalam sejarah,
justem nilai-nilai adalah bersifat relatif atau berubah-ubah menurut ruang dan waktu. Kita mungkin
boleli menerima sesuatu yang berasaskan fakta--fakta yang bersifat objektif, tetapi tidak dapat
menerima tafsiran-tafsiran yang bersifat subjektif. Seperti yang dijelaskan sebelumnya, tafsiran sejarah
biasanya dipengaruhi oleh nilai-nilai tertentu. Bagi golongan progresif, oleh kerana nilai-nilai ini berbezabeza dan henibah-ubah, sudah tentu tidak dapat dikenakan pada setiap masa dan tempat. Lagipun,
masa lampau sudahpun berlalu, dan tidak ada lagi pada masa kini untuk diadili. Yang berialu biarlali
berlalu, dan tidak perlu dihakirni lagi. Lagipun, apakah faedahnya mengadili masa lampau dalam
pengajian sejarah saintifik?

Yang kedua, sejarah sebagai suatu disiplin ilmu yang kbusus dan tersendiri tidak harus bercampur-aduk
atau bersatu dengan bidang-bidang lain, seperti agama atau moral. Biarlah masalah sejarah diserahkan
kepada ahli-ahli sejarah sahaja, dan masalah agama dan moral diselesaikan oleh ahli-ahli agama dan
moral. Setiap bidang mempunyai ahli-ahlinya sendiri, serta memainkan peranan dalam lingkungannya
masing-masing. Dalam erti kata yang lain, hujah-hujah golongan progresif ini adalah berasaskan nilainilai relativisme dan dual isme.

Bagaimanapun, pendirian golongan progresif ini ternyata tidak dapat bertahan. Mengenai hujab
pertama uuipamanya, benarkali yang ada cuma nilal-nilal relatif? Dalam pengajian etika atau moral, kita
mengetahui adanya dua sistem, iaitu etika deskrtptif dan etika normatif. Etika deskriptif merupakan kaj
ian tentang berbagai-bagai Si stem moral yang wujud dalam sejarah, tanpa membuat penilaian atau
pengadilan terhadapnya. Dan kerana banyaknya sistem yang ada, dan berbeza pula antara satu dengan
yang lain, maka timbullah anggapan babawa nilai itu bersifat relatif. Antara sebab utama timbulnya
perbezaan sistem moral ini terletak pada matlamat terakhir atau tertinggi (summum bonum) yang ingin
dicapai, misalnya apakah yang dianggap paling bemilai di sisi manusia. Ada yang berpegang pada
matlamat 'kelazatan' (hedonism), atau 'kegunaan' (utilitarianism), atau kemajuan progress),
kesempurnaan (perfect), dan sebagainya. Pendek kata, setiap golongan atau aliran mempunyai
summum bonum yang tersendiri.

Tetapi di samping etika deskrtptif yang bersifat relatif, terdapat pula etika normatif yang bersifat absolut
(ethical absolutism). Berbeza daripada yang pertama, etika normatif bukan sahaja cuba menilai atau
mengadili sistem-sistem moral yang ada, bahkan mencadangkan sistem moral alternatif yang dianggap
terbaik, standard dan universal. Misalnya terdapat etika perubatan atau perundangan yang dipatuhi
oleh para pengamal profesion ini. Ataupun ajaran-ajaran tertentu yang diterima semua agama dan
ideologi, seperti ikhlas, amanah, pemurah dan sebagainya. Nilai-nilai yang absolute atau abadi inilah
yang dikenali sebagai philosophia perennis, iaitu kebenaran yang abadi dan tidak berubah yang
diketahui secara menyeluruh.

Bukan sahaja dalam falsafah etika, bahkan dalam agama Islam sendiri terdapat ajaran yang bersifat
absolute dan juga yang bersifat relatif. Ajaran-ajaran yang absolute atau kekal itu dikenali sebagai
Qat'iyyah, yakni jelas dan tegas, atau al-ma'lum mm ad-dini bi al-darurat, yakni yang dikenali dan
diketahui umum. Sedangkan ajaran--ajaran yang relatif disebut sebagai Zanniyah atau ijtihadiyah yakni
kurang jelas serta berbeza-beza. Sekiranya ajaran-ajaran Qat'iyyah itu berdasarkan Nas-Nas al-Quran
dan Hadis secara jelas dan terang, tetapi ajaran-ajaran Zanniyah lebih merupakan prinsip-prinsip umum
melalui ijtihad para ulama. Walaupun ia merupakan ijtihad, namun ia tetap merupakan hukum yang
pasti selagi tidak terdapat ijtihad lain yang membatalkannya.

Jelaslah bahawa baik di dalam falsafah mahupun di dalam agama Islam terutamanya, terdapat
pengakuan tentang wujudnya nilai atau ajaran-ajaran yang bersifat absolute dan relatif. Dan khusus
dalam sejarah sendiri, Lord Acton juga menekankan kepentingannya kerana memang terdapat yang
disebutnya nilai-nilai ulung atau kanun moral am. Dengan mengutuk perbuatan-perbuatan jenayah,
dapatlah sejarah menjadi pedoman kepada manusia dan dapat membantu mewujudkan kehidupan yang
lebih sempurna.

Selain itu, konsepsi relativiti itu sendiri mengandungi unsur-unsur destruktif di dalam dirinya sendiri.
Dari segi logiknya, sekiranya segala sesuatu itu bersifat relatif, maka konsep relativiti itupun seharusnya
bersifat relatif juga. Sekiranya unsur absolute dalam sejarah ditolak, maka unsur relativiti yang absolute
juga tertolak. Pendeknya, seperti hukum dialektika Hegel, tidak ada tesis (idea) yang kekal, kerana pasti
ada antitesisnya. Dan hasilnya dalam bentuk sintesis itu sendiri merupakan tesis baru, yang akan ada
pula antitesisnya. Demikianlah seterusnya. Jadi yang dikatakan doktrin relativiti itu juga dapat berubah.

Kemudiannya tentang hujah yang kedua, iaitu konsep ilmu yang bersifat dualistik atau terpisah dengan
yang lain-lainnya, tidaklah dapat diterima oleh perkembangan ilmu yang semakin menuju ke arah
rapprochement atau kedekatan antara satu sama lain. Berbalik kepada konsep disiplin, telah kini sudah
dicabar oleh konsep inter-disiplinari. Dan yang dikatakan sifat autonomi ilmu itu kini sudah dicabar oleh
sifat heterenomi ilmu. Jika semuanya ini dikaitkan dengan ajaran Islam, ternyata sifat dualisme ilmu itu
tidak ada tempatnya sama sekali, oleh kerana Islam me-ngajarkan konsep ilmu yang bersepadu
(integrated) dengan Aqidah, Syariat dan Akhlak atau moral. Jadi dalam hubungannya dengan pengadilan
moral ini, sudah tentu sejarah tidak dapat dipisahkan dengan ajaran moral.

Sebenarnya konsep ilmu yang bersepadu ini adalah bertolak daripada masalah fungsi atau tugas
sejarawan itu sendiri. Jika bertolak daripada konsep sejarah saintifik, maka tugas sejarawan tidak lebih
cuma memaparkan apa yang menjadi kenyataan (is = das Sein = ma huwa al-ka 'in). Tetapi bagi golongan
yang komited, mereka lebih menekankan apa yang seharusnya terjadi (ought = das Sollen = ma yajibu
an-yakuna). Atau seperti yang pernah dikatakan orang, bahawa seorang ilmuan adalah terikat dengan
fakta, tetapi seorang cendekiawan dapat memberi pandangan dan saranan. Menurut istilah Profesor Dr.
Hamka, seorang "akademisi" (lepasan universiti) hanya berfikir apa yang ada, yakni terikat dengan fakta.
Tetapi seorang "akademisu" (lepasan surau) berfikir menurut apa yang mestinya, dan terikat dengan
cita-cita dan perjuangan. Jelasnya, terdapat apa yang dikatakan sebagai tanggungjawab atau kewajiban
moral (moral obligation) bagi seseorang cendekiawan atau "akademisu".

Di sinilali timbulnya penentangan Herbert Butterfield terhadap pengadilan moral. Baginya, peranan ahli
sejarah hanyalah mengisahkan sesuatu peristiwa itu dengan jelas sebagaimana adanya, dan

terpulanglah kepada pembaca untuk mengadili baik-buruknya. Tetapi sebagaimana ditegaskan


sebelumnya, konsep ilmu yang bersepadu menuntut sikap fungsional dan bukannya neutral bagi
seorang ilmuan atau cendekiawan. Lebih-lebih lagi bagi cendakiawan Muslim, terdapat tugas asasi
sebagai seorang pendakwah untuk melaksanakan kewajiban menyeru ke arah kebaikan dan melarang
keburukan.

Sebenarnya hujah-hujah golongan yang menolak pengadilan moral itu lebih bersifat teoritikal, oleh
kerana dari segi praktiknya, hampir tidak ada orang yang bebas daripada tindakan mengadili sesuatu.
Mungkin pengadilan moral secara terbuka atau terang-terangan tidak dilakukannya, iaitu tidak memakai
istilali-istilah seperti ganas, kejam, bijaksana, dan sebagainya. Namun ia tidak dapat mengelakkan diri
daripada mengadili sesuatu secara tersembunyi iaitu melalui pemilihan tema dan persoalan, pemilihan
fakta-fakta, penggunaan gaya bahasa, dan sebagainya. Pendeknya, sekiranya secara terbuka mereka
mendakwa bersikap objektif, tetapi secara tersembunyi dia tetap dipengaruhi oleh sikap subjektif.

Selain itu, patut juga diperingatkan bahawa tuntutan agar pihak lain tidak melakukan pengadilan moral
itu sebenarnya akan pendakyah yang memperalatkan sejarah untuk matlamat buruk mereka. Mereka
cukup menyedari bahawa sejarah merupakan senjata yang paling berkesan untuk mencapai matlamat
mereka. Sebab itu mereka segera mengeksploitasinya, sepertimana yang dilakukan oleh Hitler dan
pembantunya, Goebbels. Jadi jikalau tidak dibantah tindakan pengadilan moral yang buruk dengan
pengadilan moral yang baik, maka sudah tentu yang buruk akan terus bermaharajalela dan
berpengaruh. Sudah terlalu banyak ilmu yang membawa kebinasaan, di samping banyak pula yang
membawa kemanfaatan. Ilmuan yang bermoral sudah tentu akan membawa ilmunya ke arah tujuan
yang bermoral pula, bukannya dengan bersikap neutral atau berkecuali yang hanya menguntungkan
kaum oportunis tersebut.

Kalau benar pengadilan moral itu tidak dapat dielakkan, dan malah perlu untuk menegakkan kebaikan
dan membanteras keburukan, masalahnya ialah tindakan manakah yang boleh atau perlu diadili?
Pertama sekali, pengadilan moral hanya dilakukan terhadap tindakan yang disengajakan atau diniatkan,
bukannya yang berlaku secara tidak sengaja. Dengan prinsip ini, tidaklah dijatuhkan pengadilan moral ke
atas orang yang tidak siuman, atau orang yang dipaksa melakukannya. Unsur sengaja atau dengan
kesedaran penuh ini adalah kriteria asas untuk mengadili sesuatu, iaitu sama ada dipuji atau dikeji.

Yang keduanya, pengadilan moral bukan sahaja dilakukan berdasarkan niat atau tujuannya, bahkan juga
pada cara tindakannya itu. Memang dalam hal ini ada sejarawan yang tidak mementingkan niat atau
tujuan yang buruk, asalkan perbuatannya itu membawa kebaikan kepada orang ramai. Demikian juga
mereka cuba memaafkan cara dan tindakan seseorang yang zalim dan kejam, semata-mata kerana

dikatakan niat atau tujuannya baik. Jadi asalkan salah-satunya baik, iaitu sama ada tujuan atau caranya,
cukuplah untuk mendapat pujian daripada sejarawan.

Dalam menghadapi kes ini sebenarnya terdapat dua jenis pengadilan yang harus diambilkira, iaitu
pengadilan sekular dan pengadilan teologi. Dalam pengadilan sekular, barangkali puji-pujian seperti
yang diberikan itu dapat dibenarkan. Tetapi dalam pengadilan teologi (Islam), ia melibatkan persoalan
pahala dan dosa. Misalnya, walaupun pada zahirnya perbuatan seseorang itu membawa kebaikan dan
kebajikan kepada orang ramai, tetapi dia tetap berdosa sekiranya niat atau tujuannya buruk, iaitu tidak
dilakukan dengan ikhlas kerana Allah semata-mata, sebaliknya kerana dorongan-dorongan lain.
Demikian juga, walaupun niat atau tujuannya baik, tetapi cara perbuatannya salah dan mungkar, maka
dia tetap dikira berdosa. Menurut kaedah Fiqh Islam, sekadar niat yang baik tidaklah dapat
menghalalkan perbuatan yang haram (al-niyat al-hasanat la-tubarir al-haram). Syariat Islam tidak
membenarkan prinsip Machiavellianisme yang menghalalkan setiap cara untuk mencapai tujuan (The
end justifies the means). Setiap tujuan yang baik harus dicapai dengan cara yang baik pula.

Penyebaban (Sebab-Musabab)
Antara masalah besar dalam pentafsiran sejarah yang sejak lama menimbulkan kontroversi adalah
tentang penyebaban (causation), iaitu tentang sebab-musabab berlakunya sesuatu kejadian tertentu.
Dalam sejarah, masalah penyebaban timbul melalui usaha untuk menjelaskan lagi perjalanan sejarah
secara kritis. Jelasnya, penjelasan (explanation) sejarah melibatkan kajian tentang sebab-musabab atau
punca-punca terjadinya sesuatu peristiwa itu. Jadi sejarah tidak setakat penceritaan secara naratif
sahaja, bahkan juga penjelasan dan analisis tentang sebab-sebabnya.

Memang dari segi tertentu, tidak selalunya penjelasan sejarah melibatkan kajian sebab-musabab,
walaupun kajian sebab-musabab dapat menjelaskan sejarah. Ini kerana seperti kata William H. Dray, ada
kalanya kita tidak bertanya "mengapa" (yakni sebab-sebabnya) tetapi "bagaimana" sesuatu kejadian itu
berlaku. Malah bagi Michael Oakeshott, semua pertanyaan mengenai sebab itu sebetulnya merupakan
pertanyaan mengenai "bagaimana". Dan sama seperti Dray dan Oakeshott, D.H. Porter juga melihat
penjelasan sejarah sebagai suatu jawapan terhadap pertanyaan mengenai "bagaimana" berlakunya
sesuatu. Jadi yang dibangkitkan bukannya sebab-sebabnya, tetapi proses atau selok-belok terjadinya
sesuatu. Pendeknya, setengah pihak tidak mengambil pusing tentang sebab-musababnya, malah
menganggapnya sebagai kurang penting dalam menjelaskan sesuatu.

Selain itu, ada juga pihak yang kelihatannya semacam mengambil mudah sahaja terhadap persoalan ini,
dengan cara memberi jawapan yang berbentuk simplistik terhadap pertanyaan tentang sebab-musababnya. Misalnya, jawapan-jawapan yang diberikan itu dengan mudah dikatakan sebagai

kebetulan (chance, accident) sahaja, tanpa memerlukan penelitian yang serius terhadapnya. Penjelasan
simplistik ini pernah juga disebut oleh J.B.Bury sebagal teori hidung Cleopatra (Cleopatra's Nose) yang
dikatakan cukup mengesankan bagi Mark Anthony, hingga menentukan arus sejarah. Andaikata
hidungnya tidak mempersonakan, tentulah Mark Anthony tidak akan tertarik kepada-nya, dan akibat
Peperangan Actium serta nasib dunia keseluruhannya akan menjadi berlainan.

Bagaimanapun penjelasan simplistik ini ada kalanya juga muncul dalam bentuk ilmiah, iaitu sebagai
suatu aliran pemikiran yang eksklusif. Dan yang terpenting sekali melalui teori Darwinisme atau
evolusionisme, yang mengajarkan tentang kejadian-kejadian yang wujud secara kebetulan sahaja.
Kemudiannya terdapat pula teori sejarah menurut Jean Paul Sartre, bahawa kewujudan sesuatu itu tidak
mem-punyai sebab atau alasan atau keperluan. Malah pernah juga dikatakan yang sejarawan Jerman
yang terkemuka, Friedrich Meinecke, turut tertarik kepada peranan kebetulan ini dalam sejarah.

Di samping semuanya itu terdapat juga penolakan terhadap konsep penyebaban ini lantaran keakuran
hubungannya dengan akibat. Yakni, hubungan di antara sebab dan akibat dianggap tidak jelas, dan
malah sengaja dipenggal-penggalkan sahaja. Masa lampau sendiri tidak me-ngenai perbezaanperbezaan, atau penggalan-penggalan antara sebab dan akibat. Sebab itulah tokoh sejarawan
seumpama Geoffrey Barraclough sampai menyarankan agar sejarawan seharusnya tidak lagi
menekankan masalah sebab-sebab, sebaliknya tumpukan sahaja kepada akibat-akibatnya. Penyebaban
atau sebab-sebab adalah milik sejarah, sedangkan akibat atau natijahnya adalah milik kita kini.
Pe-nyebaban atau motif adalah tersembunyi dalam diri manusia, yang mana hanya Tuhan jua yang
dapat mengetahuinya. Sedangkan kesan atau natijahnya dapat disaksikan sampai kini. Let Bygones Be
Bygones.

Betapapun juga wujudnya sikap massa bodoh atau penolakan terhadap penjelasan tentang sebabmusabab ini, ternyata sekali yang ia cuma mewakili segelintir manusia sahaja. Sebetulnya manusia
dalam keadaan biasa (normal) dan waras tidak akan mempertikaikan lagi tentang wujud atau tidaknya
sebab-musabab sesuatu itu. Yang dipertikaikan sejak lama hanyalah pada jenis sebab-musababnya, atau
sebab-sebab yang lebih penting dan utama. Di sinilah timbulnya berbagai-bagai bentuk aliran fahaman
di kalangan sejarawan, yang melahirkan berbagai-bagai bentuk tafsiran pula tentang sejarah.

1. Sekular
Pada umumnya terdapat dua aliran besar tentang masalah penyebaban dalam sejarah, iaitu aliran
sekular dan aliran teologi. Pertama sekali mengenai aliran sekular, cirinya yang utama ialah konflik atau
pertentangan pendapat tentang hierarki sebab-musababnya (hierarchy of causes). Dalam bentuknya
yang ekstrim, terdapat kecenderungan untuk menonjolkan faktor tertentu sahaja sebagai faktornya

yang asasi dan terpenting (linear causation). Tanpa syarat mutlak tertentu (conditio sine qua non),
tidaklah akan terjadi perkara-perkara lain.

Dari segi unsur-unsurnya, penyebaban yang bercorak sekular ini menjelaskan sebab-sebab yang
dikaitkan dengan alam tabii dan lebih--lebih lagi dengan manusia. Dalam hubungannya dengan alam
tabii, menurut perspektif antropologi, agama primitif dikatakan bermula dengan kepercayaan animisme
dan dinamisme, yang melihat gejala alam sebagai penentu baik-buruk nasib manusia. Sebagai agama
alam (natural religion), ia cuba mencari keterangan dan penjelasan tentang sesuatu perkara itu pada
gejala-gejala alam tabii. Jadi walaupun pada dasarnya ia merupakan agama atau kepercayaan, dan
bukannya sekular, namun cara penjelasannya itu menonjolkan watak sekular.

Ciri yang sama juga dapat dibandingkan dengan kepercayaan kepada sistem geomancy, terutama
geomancy China yang dikenali sebagi feng shui (angin dan air). Menurut kepercayaan tradisi ini, hidup
manusia akan berada di dalam kesenangan dan kekayaan jika sentiasa dalam keadaan harmoni atau
seirama (in tune) dengan alam dan per-sekitaran. Sebarang sikap atau tindakan yang bertentangan
dengan sifat dan perialanan alam sekitar itu nescaya akan membawa kesusahan dan kesengsaraan pada
manusia. Pendeknya, penjelasan tradisi China tentang sebab-musabab berlakunya sesuatu pada diri
manusia mempunyai hubungan yang rapat dengan peraturan alam tabii dan persekitaran.

Pada Zaman Moden, tokoh terkenal yang menekankan kepentingan alam sebagai faktor penyebab
dalam sejarah ialah Mostesquieu. Baginya, alam atau persekitaran menentukan kehidupan manusia.
Demikian juga Abbe Raynal, turut menekankan kepentingannya untuk menjelaskan keterbelakangan
orang-orang Amerika. Dan selepasnya ramailah para sarjana yang mendengungkan peranan besar iklim
atau geografi sebagai penentu nasib manusia, seperti Alexander von Humboldt dan Henry T. Buckle,
Richard Green dan Friedrich Ratzel, Frederick J. Turner dan Brooke Adams. Ratzel umpamanya, telah
menulis sebuah buku yang berjudul Anthropogeography atau Outline of the Influences of the
Geographical Environment upon History (1882). Dengan menyebutkan peranan alam di sini bukan
sahaja dimaksudkan pada alam atau persekitaran, bahkan juga pada yang disebut sebagai "bencanabencana alam" (natural disasters) seumpama kemarau, banjir, ribut taufan serta mala petaka yang
datang daripada haiwan dan tumbuh--tumbuhan, dan sebagainya lagi. Dalam erti kata yang lain,
terdapat kuasa atau tenaga "impersonal" yang memainkan peranan yang me-nentukan terhadap arah
dan perjalanan sejarah manusia. Dan kuasa atau tenaga alam ini berlaku secara tabii, bukannya
ditentukan oleh sebarang kuasa lain seperti yang diyakini oleh orang-orang agama. Yakni, ia bersifat
natural, bukannya bersifat supernatural.

Dengan menyebut kuasa "impersonal" tersebut, sebenarnya ia menonjolkan realiti konflik yang terdapat
di kalangan sejarawan tentang masalah penyebaban itu sendiri. ini kerana, di samping terdapatnya
kalangan yang menekankan kuasa "impersonal", tidak sedikit pula yang menekankan kuasa "personal".
Dalam sejarah, kontroversi antara kedua-dua pihak ini telah mewujudkan aliran-aliran yang tersendiri.

Mengenai golongan yang menekankan kuasa "personal", ia mementingkan peranan individu. Aliran
individu ini dikenali sebagai teori Manusia Agung (Great Man theory), yang menekankan peranan dan
ketokohan seseorang yang tertentu sebagai faktor utama yang membawa perubahan besar dalam
sejarah. Teori ini dipelopori oleh Plutarch (46 - 120), seorang sejarawan Greek, tetapi dipopularkan oleh
sejarawan Inggeris Thomas Carlyle (1795 - 1881). Sebagai jaguh teori kultus peribadi personality - cult)
dalam sejarah, beliau menganggap sejarah adalah rangkaian biografi tokoh, terutama tokoh hero yang
menentukan perjalanan sejarah. Di Amerika, aliran ini turut dikembangkan oleh Ralph Waldo Emerson
(1803 - 1882).

Seperti yang sudah dijelaskan, teori "personal" itu sudah tentu ditolak oleli teori "impersonal" tersebut.
Terutama di kalangan tokoh--tokoh "enviromentalist", mereka berpendapat bahawa manusia agung itu
tidak lain hanyalah anak zamannya atau masyarakatnya. Tidak ada manusia atau individu besar yang
mampu melawan arus semangat zamannya (zeitgeist) atau semangat tempatnya (ortgeist). Pendeknya,
bukannya tokoh agung yang menggerak dan membentuk sejarah sebaliknya masyarakatlah yang
membentuk tokoh agung. Antara tokoh--tokoh pendukung teori ini adalah seperti Herbert Spencer
(1820-1903) dan juga Francis Galton (1822 - 1911).

Antara kedua-dua pendapat yang ekstrim itu terdapat pula aliran lain yang mendakwa sebagai bersifat
pertengahan. Dan tokoh utama aliran ini ialah William James (1842 - 1910), yang berpendapat bahawa
seseorang manusia agung memang dapat mempengaruhi masyarakat kalau kena pada ketikanya
(timing). Tetapi kalau tidak kena masa atau ketikanya, seperti datang dulu atau kemudian, mereka tidak
dapat diterima oleh masyarakat atau zamannya.

Sebenarnya soal kesesuaian masa ini lebih dulu dibayangkan oleh Leopold von Ranke (1795 - 1886).
Ketika mengupas gerakan reformasi di Jerman, beliau menganggap bahawa kejayaan Martin Luther
dalam gerakannya pada tahun 1517 itu tidaklah semata-mata kerana kehebatannya tetapi kerana
kesediaan masyarakat Jerman sendiri untuk menyambut atau menyokongnya. Sebelum kemunculan
Luther sendiri sudah muncul tokoh-tokoh reformasi, seumpama John Huss dan Wycliff. Tetapi semuanya
gagal belaka, kerana masanya dianggap belum sesuai lagi. Bagaimanapun semangat zaman (zeitgeist)
ketika kemunculan Luther sudah berubah, atau lebih tepat, sudah masak dan matang. Sebab itulah
apabila Luther melancarkan gerakannya, beliau mencapai kejayaan. Jadi bagi Ranke, kejayaan Martin

Luther tidaklah boleh ditafsirkan semata-mata kerana kebolehannya tanpa merujuk kepada semangat
zamannya.

Sepintas lalu dengan penjelasan seperti ini dapatlah diwujudkan persefahaman antara aliran individu
dengan aliran masyarakat itu. Bagaimanapun, apa yang didakwa sebagai aliran pertengahan ini jelas
kepalsuannya, kerana sebarang tekanan kepada aspek kesesuaian masa atau tempat itu tidak lain
merupakan ciri aliran masyarakat belaka. Ketokohan seseorang itu diukur berdasarkan kerelaannya
mengikut semangat masyarakat atau zamannya, bukannya berdasarkan kemampuannya mengubah
masyarakat atau zamannya ke arah idealismenya. Jadi kalau tren zamannya ialah berpoya-poya atau
budaya hawa nafsu (hedonistic culture), janganlah cuba berjuang untuk mengubahnya, nanti akan
menghadapi kegagalan. Sebaiknya ikut sajalah tren ini agar dapat menjadi tokoh agung zamannya. Inilah
"logik" kesesuaian masa yang dikatakan bersifat pertengahan itu!

Dalam konteks inilah Sidney Hook cuba membezakan apa yang disebutnya sebagai eventful man dengan
event-making man. Sekira-nya eventful man itu menjadi pemimpin cuma dengan cara menye-suaikan
diri dengan kehendak masyarakat dan zamannya itu ke arah matlamat tertentu, tetapi event-making
man menentukan arah dan matlamat serta berusaha untuk mencapainya, walaupun matlamat itu
bukannya apa yang dicitakan oleh masyarakatnya.

Konflik bukan sahaja berlaku antara kuasa "personal" dan "im-personal', atau individu dan masyarakat,
bahkan juga antara aliran idealis dan aliran materialis. Mengenai aliran idealis, telah disebutkan
sebelumnya tentang asal-usulnya sejak daripada Plato, sedangkan pada Zaman Modennya ja
dikembangkan oleb George Berkeley. Kemu-diannya aliran ini mencapai kematangannya di tangan
George Hegel, yang kebetulannya merupakan tokohnya yang terbesar. Sebagai suatu aliran, ia
mengajarkan kebenaran wujud idea atau akal sebagai hakikat yang tidak perlu diragukan lagi.

Bagaimanapun dalam bidang sejarah, aliran idealisme Hegel bertolak daripada proses dialektika atau
perkembangan akal fikiran (mind) secara bertahap, yang disebut sebagai tesis, antitesis dan sintesis.
Pada tahap pertama, terdapat fikiran subjektif (subjective mind) yang bersifat mandiri, atau belum
menyatakan dirinya. Bagi pada tahap, kedua timbul fikiran objektif (objective mind), iaitu apabila fikiran
merealisasikan dirinya yang terpendam itu. Akhirnya wujudlah fikiran absolute (absolute mind), dan
kedua-dua tahap itu mengalami perdamaian dan kesatuan. Namun ketiga-tiga tahap ini akan menjadi
tiga tahap lagi, dan demikianlah seterusnya proses dialektika ini.

Jadi bagi Hegel, perkembangan pemikiran ialah suatu proses sejarah. Atau dalam ertikata yang lain,
semua sejarah ialah sejarah pemikiran (all history is the history of thought). Ia merupakan suatu proses
yang rasional, seperti kata Hegel sendiri: "segala sesuatu yang rasional ialah nyata, dan segala sesuatu
yang nyata ialah rasional". Pendeknya, akal fikiranlah yang menguasai dunia, yakni sejarah didasari oleh
rencana yang rasional. Sebab itu proses sejarah ialah proses yang logik, bukannya kebetulan (accidental)
sahaja. Bagaimanapun oleh kerana fikiran objektif muncul dalam bentuk negara, yakni negara
merupakan ikarnasi fikiran objektif, maka ini bererti yang pengkajian sejarah bagi Hegel hanyalah
sejarah negara atau politik. Dan bagi Hegel, negara Jerman merupakan model perwujudan pemikiran
yang terakhir.

Selepas Hegel, aliran idealisme dalam sejarah turut ditekankan oleb Benedetto Croce (1866 - 1952), dan
kemudiannya oleh penyokong Croce yang terkemuka, iaitu R.G. Collingwood (1889 - 1943). Seperti
Hegel, Collingwood juga mencanangkan bahawa semua sejarah ialah sejarah pemikiran. Bagaimanapun
idealisme Croce dan Collingwood lebih merujuk kepada masalah konsep sejarah daripada masalah
pe-nyebaban dalam sejarah.

Kalau sekiranya aliran idealis melihat dominasi pemikiran terhadap dunia, dan dengan itu
mempengaruhi perjalanan sejarah, sebaliknya aliran materialis lebih menekankan asas kebendaan
sebagai penggerak asasi kejadian-kejadian sejarah. Sungguhpun terdapat pertentangan yang menjolok
antara kedua-dua aliran ini, namun apa yang menakjubkan ialah bahawa aliran materialisme ini tumbuh
berasaskan tradisi Hegelian juga. Sebagai suatu aliran, tradisi Hegelian selepas kematiannya telah
berpecah kepada dua aliran pula, iaitu Hegelianisme kanan dan Hegelianisme kiri. Hegelianisme kanan
mempunyai sifat konservatif, yakni mempertahankan sifat asalnya yang idealistik. Sebaliknya
Hegelianisme kiri telah merombak dasar idealistik secara radikal, dengan menggantikannya dengan asas
materialistik. Golongan ini biasanya dikenali sebagai "Young Hegelians", yang terdiri daripada Ludwig
Feuerbach (1804 - 1872), Karl Marx (1818 - 1883), dan Friedrich Engels (1820 - 1895).

Secocok dengan dasar materialisrnenya, Feuerbach menegaskan babawa "manusia ialah apa yang
dimakannya" (Der Mensch ist was er isst). Untuk memperbaiki kehidupan manusia, bukannya dengan
cara menghebohkan masalah dosa-pahala, tetapi dengan memberikan mereka makanan yang baik.
Khusus tentang Marx dan Engels, konsep sejarah kebendaan mereka pada dasarnya memang bertolak
daripada proses dialektika Hegelian. Tetapi jika Hegel melihat perubahan ini dalam konteks
pertentangan antara idea, sebaliknya Marx melihatnya sebagal berpunca dari keadaan kebendaan yang
menyemai perasaan permusuhan antara kelas. Berdasarkan prinsip lapisan bawah (sub-structure) yang
menguasai lapisan atas (super-structure), iaitti faktor ekonomilah yang menguasai dan mempengaruhi
segala sesuatu, terkenallah konsep sejarah kebendaan (materialist conception of history) yang melihat
unsur ekonomi sebagai faktor asasi yang menggerak dan mengubah sejarah. Malah gerakan reformasi
agama yang dipimpin oleh Martin Luther itupun, bagi Engels, dilatarbelakangi oleh kepentingan ekonomi

kelas--kelas yang berharta di kalangan pengikut Luther. Jadi bukannya kerana motif keagamaan seperti
anggapan kebanyakan orang.

Sebenarnya konflik antara aliran idealisme dengan aliran materialisme ini dapat dibandingkan dengan
teori keberkaitan (zussamenhang) Max Weber (1864-1920). Bagi Weber, konflik antara empayar Farsi
dengan Yunani yang telah mencetuskan Peperangan Marathon itu tidaklah semata-mata kerana faktor
fizikal (Kausalzussamenhang), bahkan juga kerana faktor mental atau pemikiran (Sinnzussamenhang).
Sekiranya peperangan ini dimenangi oleh Farsi, sudah tentu pemikiran agama akan mempengaruhi
Eropah, seperti pengaruhnya di Timur Tengah. Tetapi berkat kemenangan fizikal di Marathon, maka
proses sekularisasi di dunia Barat tidak terhenti sehinggalah sekarang.

Sebagaimana ditegaskan sebelumnya, penjelasan tentang penyebaban yang menekankan faktor


tertentu sahaja sebagai yang terpenting itu disebut sebagi linear causation. Nampaknya penjelasan yang
menjurus itu mulai dipertikaikan oleh sejarawan, terutama pada masa kini. Sebagai suatu masalah yang
kompleks, kejadian-kejadian dalam sejarah tidaklah tercetus kerana faktor tertentu sahaja, tetapi kerana
berbagai-bagai sebab (multiple causation). Misalnya, di samping adanya faktor luaran, ada pula faktor
dalaman. Atau di samping faktor jangka panjang, terdapat faktor jangka pendek atau segera. Ataupun
disebut juga faktor-faktor politik, sosial, ekonomi, agama, dan sebagainya.

Pembebasan tentang masalah penyebaban dalam sejarah akhirnya akan membawa kita kepada suatu
masalah abadi, iaitu sama ada wujud atau tidaknya hukum am (general law) dalam sejarah. Di kalangan
sejarawan sekular, masalah ini bergema melalui konflik antara aliran determinisme dengan aliran
indeterminisme. Atau dalam pengertian lain, berlaku konflik antara aliran absolute dengan aliran relatif
dalam masalah penyebaban. Bagi aliran determinisme, ia mempercayai bahawa sejarah manusia
mempunyai sebab tertentu yang sudah ditetapkan sejak awalnya lagi, serta bersifat absolute atau tidak
berubah di dalam ruang dan waktu mana sekalipun, persis konsep nasib (tyche) dalam pensejarahan
Greek dulu. Apa yang sudah terjadi dan akan terjadi seolah-olah tidak dapat dielakkan (inevitable) lagi.
Que sera sera! Sedangkan bagi aliran indeterminisme, ia menolak adanya sebab-sebab yang absolute
atau tetap untuk setiap ruang dan waktu itu, sebaliknya menekankan unsur relatif atau berubah-ubah
dan berbeza.

Sebenarnya masalah hukum am (general law) ialah masalah falsafah. Atau dalam konteks sejarah, ia
adalah masalah dalam bidang falsafah sejarah (philosophy of history). ini kerana dalam falsafah, sering
dibahaskan tentang masalah kebebasan (freedom, liberty), dan masalah determinisme tersebut
terrnasuk dalam persoalan tentang kebebasan ini. Misalnya, sekiranya manusia itu dikatakan bebas,
bagaimanakah cara penyelesaiannya dalam menghadapi ajaran determinisme yang bersifat mengikat

atau membelenggu manusia? Inilah antara persoalan falsafah yang sering dibangkitkan, yang kerana itu
tidaklah dikupas di sini.
Demikianlah, melalui pembahasan tentang masalah penyebaban menurut aliran sekular ini, jelas
menonjolkan siri-siri konflik yang tiada hujungnya. Ia bermula dengan konflik tentang perlu atau
tidaknya kajian tentang sebab-musabab ini dalam sejarah. ini diikuti oleh konflik tentang sama ada
perubahan sejarah dipengaruhi oleh faktor alam ataupun manusia. Dan khusus tentang manusia,
terdapat konflik antara faktor "personal" dengan faktor "impersonal", atau antara aliran individu dengan
aliran masyarakat, atau aliran idealisme dengan aliran materialisme dan disamping itu juga terdapat
pertentangan antara golongan yang menekankan faktor tertentu sahaja, dengan golongan yang melihat
berbagai-bagai faktor yang saling mempengaruhi (re-ciprocal causafity). Dan kalau boleh disebutkan di
sini, terdapat juga konflik antara determinisme dengan indeterminisme. Pendeknya, konflik atau
pertentangan pendapat dalam masalah penyebaban ini memang merupakan ciri asasi aliran sekular,
yang "kebetulannya" berkembang di dunia Barat.

2. Teologi
Di samping aliran sekular, sebenarnya sejak awal sejarah manusia lagi sudah terdapat aliran teologi yang
"kebetulannya" pula berkembang di dunia Timur. Tetapi jika ciri utama aliran sekular ialah konflik yang
berterusan tentang sebab-sebabnya yang utama atau sebenar, sebaliknya ciri asasi aliran teologi ialah
kepastian tentang sebabnya yang sebenar, iaitu Tuhan (Allah). Tuhanlah yang merupakan sebab
pertama (First Cause) dan utama, kemudian baru terdapat sebab-sebab sampingan yang lain.
Sebenarnya sebab-sebab yang ditonjolkan oleh aliran sekular yang menimbulkan konflik itu tidaklah
ditolak oleh aliran teologi. Namun semuanya itu hanya merupakan sebab-sebab sampingan (secondary
causes) belaka, sedang yang menjadi Sebab Utamanya (Primary Cause) ialah Tuhan. Golongan sekular
membatasi diri mereka pada sebab-sebab alamiah (nature) dan manusia, seraya berfikiran bahawa halhal itu sahajalah yang merupakan penyebab-penyebab yang sebenarnya dan perubahan-perubaban
apapun yang terjadi di dunia ini. Tetapi bagi golongan agama, segala sesuatil di dunia ini diciptakan oleh
Tuhan, maka ia sendirilah yang merupakan Penyebab Utama dan Akhir bagi setiap kejadian di dunia ini.
Pendeknya, penjelasan sejarah menurut aliran teologi adalah bersifat absolut, sedangkan menurut aliran
sekular bersifat relatif.

Di samping faktor ketuhanan tersebut, tidak pula dinafikan bahawa faktor kemanusiaan (human factor)
turut memainkan peranan penting dalam kejadian sejarah. Dalam teologi Islam, terkenallah mazhab-mazhab yang ekstrim seumpama mazhab Jabariah yang bersifat fatalistik, di samping mazhab Qadariah
atau Muktazilah yang menekankan kebebasan kemahuan (free will) manusia. Sedangkan di tengahtengahnya terdapat pula mazhab Ahli Sunnah wal-Jamaab yang walaupun meyakini kekuasaan mutlak
Tuhan, namun manusia juga mempunyai kebebasan dalam batas-batas tertentu. Mazhab yang
sederhana inilah yang menjadi pegangan kebanyakan jemaah umat Islam.

Kemudiannya dalam hubungannya dengan masalah determinisme sejarah pula, aliran teologi meyakini
bahawa semua peristiwa yang terjadi di alam ini telah ditetapkan (taqdir) sejak zaman azali, yang tidak
dapat ditolak atau dihindari Dan yang menetapkan atau menentukan-nya itu ialah Tuhan sendiri.
Dengan itu penjelasannya juga bersifat absolute, berbanding dengan aliran sekular yang bersifat relatif
atau berbeza dan berubah-ubah dari semasa ke semasa.