Anda di halaman 1dari 15

Hubungan Rusia-Ukraine dan geopolitik Crimea

Oleh HARIS

ZALKAPLI

Pada 1997, semasa Rusia di bawah pemerintahan Presiden Boris Yeltsin, satu perjanjian
penting dicapai dengan Ukraine pimpinan Presiden Leonid Kuchma, jirannya di sebelah barat
yang menempatkan semenanjung Crimea dan pelabuhan tentera laut Sevastopol.
Hasil persetujuan yang tercapai setelah pertikaian selama lima tahun itu, Rusia membayar
satu jumlah pampasan kepada Ukraine, dan tentera laut Rusia, Armada Laut Hitam
dibenarkan berada di Sevastopol untuk tempoh 20 tahun lagi, sehingga 2017. Moscow juga,
sebagai ganjaran kepada tindakan Kiev itu telah melupuskan hutang pembelian tenaga oleh
Ukraine.
Perjanjian itu menjelaskan dua isu penting dalam perkembangan terkini hubungan RusiaUkraine, iaitu semenanjung Crimea dan pangkalan tentera laut Sevastopol dan
pergantungan Ukraine pada sumber gas dan minyak Rusia. Kedua-dua perkara, status
Crimea dan bekalan tenaga terutama gas Rusia kepada Ukraine menjadi senjata penting
masing-masing
dalam
diplomasi
antara
dua
negara
terbabit.
Hal ini menjelaskan implikasi besar perjanjian diskaun gas dan pelanjutan kedudukan
tentera laut Rusia di pangkalan Sevastopol di semenanjung Crimea. Perjanjian yang dicapai
pada 21 April, 2010 dan disahkan kedua-dua parlimen Rusia dan Ukraine pada 27 April
memberikan gas Rusia kepada Ukraine pada harga yang lebih rendah, dan membenarkan
Rusia berada di Sevastopol hingga 25 tahun lagi selepas 2017, iaitu hingga 2042.
Perjanjian itu menetapkan harga gas Rusia yang dijual kepada Ukraine dikurangkan
daripada AS$330 per 1,000 meter padu kepada AS$230 bermula separuh kedua tahun 2010.
Diskaun ini dikira terhadap 30 bilion meter padu gas yang akan diimport oleh Ukraine pada
2010 dan 40 bilion meter padu lagi untuk tempoh 2011 hingga 2019.
Perjanjian ini akan memberi kesan positif kepada ekonomi Ukraine dalam tempoh perjanjian
tersebut, kerana mengurangkan beban terhadap industri yang memakan banyak tenaga dan
meringankan beban rakyat dan kerajaan terhadap harga tenaga yang semakin tinggi selepas
Rusia
mula
menaikkan
harga
tenaga.
Rusia pula, menurut Putin, terpaksa menanggung jumlah AS$40 bilion dalam bentuk
bantuan kepada Ukraine hasil perjanjian itu. Dalam hal ini, beban cukai Ukraine dipindahkan
kepada Rusia, dalam usaha Rusia untuk mencapai perjanjian yang membenarkannya terus
berada
di
Sevastopol
untuk
satu
tempoh
yang
lebih
lama.
Semenanjung Crimea mempunyai satu kedudukan yang istimewa bagi Rusia, antaranya
disebabkan kedudukan strategiknya di Laut Hitam. Armada Laut Hitam Rusia yang
mempunyai sekitar 300 buah kapal - menurut anggaran paling konservatif - mendominasi
Laut Hitam, tetapi kedudukan Rusia terjejas ekoran kejatuhan Kesatuan Soviet apabila
Ukraine merdeka dan Armada Laut Hitam berada di wilayah negara asing.
Semenanjung Crimea ialah sebuah wilayah Rusia sehingga Nikita Krushchev pada 1954
menyerahkan wilayah itu kepada republik Ukraine. Walau bagaimanapun, pemindahan itu
terbukti memberi kesan buruk kepada Rusia setelah runtuhnya Kesatuan Soviet apabila
semenanjung
Crimea
menjadi sebahagian negara Ukraine
yang
merdeka.

Selepas keruntuhan Kesatuan Soviet, keadaan menjadi lebih buruk dengan berlakunya
perluasan keahlian Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) dan perubahan kiblat politik
negara-negara bekas Soviet termasuk Ukraine kepada Amerika Syarikat dan Eropah.
Sehingga kini, seperti yang disaksikan melalui perjanjian Presiden Rusia Dmitri Medvedev
dengan Presiden Ukraine Viktor Yanukovych pada 2010 itu, kiblat politik rejim pemerintah
Ukraine sangat penting dalam usaha Rusia mengekalkan kedudukannya di Sevastopol.
Sentimen nasionalis di kedua-dua Rusia dan Ukraine terus berjaya menjadikan posisi
istimewa semenanjung Crimea sebagai alat permainan kuasa masing-masing. Pemimpinpemimpin Ukraine termasuk bekas Presiden Viktor Yushchenko (menamatkan tempoh
presiden pada Februari 2010) menggunakan sentimen anti-Rusia melibatkan isu Crimea
dalam
kempen
pilihan
rayanya
yang
lalu.
Walau bagaimanapun, kekuatan rakyat yang condong ke Barat dan pro-Rusia agak
seimbang di Ukraine, menjadikan eksploitasi sentimen berhubung Crimea terbatas. Bagi
kumpulan ini, hal ini diburukkan lagi apabila kem pro-Rusia Yanukovych menang dalam
pilihan
raya
presiden
awal
tahun
2010.
Yushchenko ketika menjadi presiden bertindak cuba mengekang kebebasan tentera laut
Rusia di Laut Hitam, dengan mengenakan pelbagai peraturan yang hakikatnya tidak
dihiraukan oleh Rusia. Semasa perang Rusia dengan Georgia pada Ogos 2008, Yushchenko
mengeluarkan dikri menetapkan pergerakan tentera laut Rusia keluar dan masuk Sevastopol
perlu
mendapat
kebenaran
kerajaan
Ukraine.
Ukraine juga menggunakan Crimea sebagai senjata diplomasi dalam hubungannya dengan
Rusia. Ekoran perang Ogos 2008 itu, Ukraine menerima lawatan kapal tentera laut AS yang
menunjukkan
gambaran
peranan
keselamatannya
di
Laut
Hitam.
Selain Georgia, Ukraine turut menjalin kerjasama ketenteraan dengan AS dalam usaha
meningkatan kemampuan tentera lautnya di Laut Hitam, dalam usaha mengimbangi
dominasi Armada Laut Hitam Rusia. Pada masa sama, Rusia juga sedang meningkatkan
kemampuan Armada Laut Hitam dengan pembelian kapal baharu yang lebih canggih dari
Perancis.
Rusia juga dipengaruhi sentimen nasionalis yang sama dalam menguruskan isu Crimea.
Dalam sejarah panjang Rusia, Kiev, ibu negara Ukraine tercatat sebagai pusat tamadun
pertama yang membentuk Rusia seperti yang dikenali hari ini. Sentimen nasionalis Rusia
juga melihat Ukraine sebagai sebahagian keluarga rumpun bangsa Slav yang sepatutnya
berada
dalam
Rusia.
Sentimen pan-Slavisme ini terus kukuh dalam politik Rusia hingga kini, walaupun realiti
geopolitik masa kini menghadkan pelaksanaannya. Pada 1992, dalam satu perkembangan
dramatik sepanjang sejarah pertikaian, penggubal undang-undang Rusia membuat resolusi
menyatakan pemindahan kedaulatan Crimea pada 1954 itu tidak berdasarkan undangundang.
Walau bagaimanapun, haluan pro-Barat di bawah Yeltsin tidak membenarkan agenda
nasionalistik itu diteruskan. Yeltsin bersikap berhati-hati dalam hal melibatkan hubungan
yang berkaitan dengan Barat. Agenda nasionalistik ini kemudian diteruskan oleh kelompok
nasionalis di bawah kepimpinan Vladimir Putin dan Medvedev selepas itu yang memegang
jawatan presiden sebelum Putin kembali, kepimpinan yang memilih haluan membina
kembali
Rusia
sebagai
satu
kuasa
dunia.

Moscow turut menggunakan taktik yang sama digunakan dalam menangani pengaruh
Georgia di Ossetia Selatan, dengan memberikan pasport Rusia kepada penduduk Crimea
yang majoriti besarnya berbangsa Rusia dan bercakap dalam bahasa Rusia. Banci pada 1989
menunjukkan lebih 67 peratus rakyat Crimea berbangsa Rusia, manakala yang berbangsa
Ukraine, separuh daripada mereka bertutur dalam bahasa Rusia sebagai bahasa pertama.
Realiti budaya ini memudahkan usaha Moskow untuk mengukuhkan pengaruhnya di Crimea,
dan juga di sebelah timur Ukraine yang sebahagian besar berbahasa Rusia. Dalam perang
dengan Georgia, Rusia menggunakan alasan mempertahankan rakyatnya di Ossetia Selatan
ketika
menggerakkan
tentera
untuk
memerangi
Georgia.
Usaha ini masih dijalankan di Crimea, digandingkan dengan penyebaran sentimen pro-Rusia
dan menyokong kumpulan politik yang menuntut pemisahan Crimea daripada Ukraine.
Perbezaan bahasa dan budaya di wilayah itu memberikan gambaran perbezaan yang besar
dan
merit
kepada
tuntutan
itu.
Berdasarkan realiti Laut Hitam yang tertakluk di bawah Konvensyen Montreux, Rusia masih
lagi kuasa dominan perairan itu. Konvensyen Montreux menghadkan kehadiran kapal
wilayah
asing
di
Laut
Hitam.
Konvensyen ini juga memberikan kuasa ke atas Selat Bosporus kepada Turki, menjadikan
Turki berkepentingan untuk mematuhi peraturan ini, dan membenarkan Rusia mendominasi
Laut Hitam. Turki sebagai salah sebuah negara serantau yang terlibat di Laut Hitam
berkepentingan untuk memastikan Laut Hitam tidak menjadi medan aktiviti negara lain yang
bukan
daripada
wilayah
itu.
Walaupun kedua-dua pihak mempunyai senjata masing-masing, realiti berhubung bekalan
gas yang rangkaian pengangkutan melalui paip masih dimiliki syarikat Rusia, Gazprom,
menjadikan Rusia lebih mudah menggunakan senjatanya, dan dengan lebih berkesan.
Pada Januari 2006, Rusia menghentikan bekalan gas kepada Ukraine ekoran pertikaian
harga. Rusia meningkatkan harga kepada Ukraine daripada AS$50 kepada AS$180 setiap
1,000 meter padu, tindakan yang ditentang Ukraine. Bekalan kemudian disambung semula
selepas
Ukraine
tunduk
kepada
tekanan
Rusia.
Senjata sumber tenaga ini berkesan kepada Moskow bukan hanya untuk mengubah sikap
Kiev, tetapi juga mendedahkan penyelewengan yang didakwa dilakukan Ukraine,
menjadikan Ukraine kurang dipercayai negara-negara Eropah yang menerima bekalan gas
Rusia. Rusia walau bagaimanapun turut menerima kesan apabila kebolehpercayaannya
sebagai pembekal terjejas ekoran tindakan memotong bekalan kepada Ukraine yang
merupakan
laluan
utama
pengangkutan
gas
ke
Eropah.
Moscow juga meneruskan usaha menggunakan bekalan tenaganya sebagai senjata dalam
menghadapi Ukraine. Putin, selepas persetujuan Medvedev dengan Yanukovych berhubung
diskaun gas dan Sevastopol, mencadangkan penggabungan syarikat gas Ukraine, Naftogas
Ukrainy dengan monopoli gas Rusia, Gazprom, dan juga industri nuklear kedua-dua
negara.
Perjanjian diskaun gas dan lanjutan tempoh menduduki pangkalan Sevastopol masih boleh
berubah bergantung kepada rejim yang memerintah dan bentuk kerjasama kedua-dua
negara. Isu bekalan gas akan terus menjadi isu besar dalam hubungan kedua-dua negara,

antaranya

ekoran

kedudukan

penting

Ukraine

di

laluan

eksport

ke

Eropah.

Tetapi pada masa sama, Ukraine akan terus terpaksa berdepan percaturan politik Moskow
disebabkan kedudukan istimewa Ukraine dalam sejarah panjang Rusia dan perkembangan
geopolitik
hari
ini.
Sejarah telah menetapkan Ukraine akan sentiasa penting dalam percaturan geopolitik Rusia.
Rusia tidak mahu negara jirannya di barat itu menyertai orbit politik Barat dan menjadi
ancaman
kepada
Rusia.
Pangkalan tentera laut Rusia di Sevastopol hanyalah sebahagian daripada agenda
melibatkan laut Hitam, semenanjung Crimea dan lebih besar lagi, Ukraine.
Perkembangan terkini melibatkan Rusia dan Ukraine, ekoran tindakan menjatuhkan
Yanukovych oleh protes yang disokong Barat, mengundang tindakan lebih keras Rusia di
bawah Putin yang kelihatan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan, dan membuka
pelbagai kemungkinan di Ukraine dan seluruh rantau bekas Soviet. - Mei 4, 2010/Mac 2014

Pertelingkahan geopolitik jangan jejas siasatan


Adam Abu Bakar
| July 24, 2014
Terima kasih kepada Datuk Seri Najib Razak yang telah berjaya menggunakan
saluran diplomasi untuk memudahkan proses siasatan tragedi MH17.
PETALING JAYA: Pergerakan Pemuda Umno Malaysia (PPUM) menyambut baik
perkembangan penyerahan kotak hitam kepada pihak Malaysia serta pembebasan mayat
penumpang MH17 oleh puak pemisah pro-Rusia.
Menurut Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun, dalam hal ini mereka berterima
kasih kepada pihak kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang telah
berjaya menggunakan saluran diplomasi untuk memudahkan proses siasatan tragedi MH17.
Ini merupakan satu bukti kemampuan kerajaan menangani krisis antarabangsa
sepertimana yang telah diiktiraf pelbagai pihak, katanya dalam satu kenyataan.
Jelasnya lagi, PPUM menganggap perkembangan ini hanya sebagai langkah awal dalam
usaha menuntut keadilan untuk mangsa. Bahkan, PPUM menyifatkan penyerahan kotak
hitam mahupun pemulangan mayat mangsa sebagai fasa pertama siasatan.
PPUM akan terus menggesa pihak Ukraine, Rusia dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
(PBB) untuk memainkan peranan masing-masing bagi menjamin ketelusan siasatan.
Sejajar dengan itu, pada 22 Julai 2014, PPUM telah menyerahkan tiga memorandum
berasingan kepada ketiga-tiga pihak tersebut yang menggariskan tuntutan dan desakan
demi keadilan, ujarnya yang juga merupakan Timbalan Pengerusi Pemuda Barisan
Nasional.

Pada masa yang sama, PPUM mengambil pendirian berkecuali dalam konflik Rusia-Ukraine
sehingga jelas pihak mana yang bertanggungjawab ke atas kehilangan 298 nyawa,
termasuk 44 rakyat Malaysia dalam nahas MH17.
PPUM merasa terpanggil untuk menyerahkan memorandum tersebut selepas mengkaji
situasi dimana kedua-dua pihak di Rusia dan Ukraine dilihat seolah-olah ingin mencuci
tangan daripada kejadian ini.
Kita juga dikejutkan oleh laporan mengenai keadaan di lokasi pesawat terhempas yang
tidak terurus, termasuklah laporan kes kecurian barangan mangsa dan orang mabuk
berkeliaran tanpa rasa hormat terhadap mangsa tragedi, katanya.
Oleh itu, PPUM berharap penyampaian memorandum semalam telah memberi mesej jelas
kepada pihak Rusia, Ukraine dan PBB mengenai pendirian rakyat Malaysia yang tidak mahu
sebarang pertelingkahan geopolitik menjejaskan siasatan.
PPUM selaku badan politik akan kekal memberi tekanan kepada semua pihak terbabit
supaya mereka tidak menjejas atau cuba melengah-lengahkan sebarang usaha ke arah
mencari kebenaran untuk keluarga mangsa MH17.
Kepentingan dan minat kita hanya untuk menuntut keadilan dan kami memanggil semua
pihak memberi komitmen ke arah hasil yang sama, tanpa sebarang mainan politik atau
perselindungan mana-mana pihak yang bersalah, katanya.

Keputusan ICJ Jadi Iktibar Isu Tuntutan Kedaulatan Wilayah Negara


PENANTIAN selama hampir 28 tahun akhirnya sampai ke penghujung. Isu yang sudah lama
menjadi 'duri dalam daging' dalam hubungan diplomatik antara dua negara berjiran ini
berjaya diselesaikan melalui proses undang-undang antarabangsa.
Semalam, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague, Belanda, memutuskan
bahawa kedaulatan Pulau Batu Puteh yang terletak di perairan luar pantai Johor adalah milik
Singapura
dengan
keputusan
majoriti
12:4.
Batuan Tengah (Middle Rocks) pula diputuskan sah milik Malaysia dengan keputusan
majoriti 15:1. Bagi Tubir Selatan (South Ledge), keputusan yang diberikan adalah agak
kompleks iaitu kedaulatannya terletak di bawah wilayah di mana ia terletak. Apakah
implikasi yang akan dibawa oleh keputusan ICJ ini?
Pada 17 April 2008, Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Dr Rais Yatim dan rakan sejawatnya
dari Singapura, George Yeo, bersetuju untuk menerima apa saja keputusan ICJ tanpa
menjejaskan hubungan dua hala kedua-dua negara.
Persetujuan juga dicapai untuk menubuhkan satu jawatankuasa teknikal di antara Malaysia
dan Singapura bagi menentukan langkah yang perlu diambil hasil daripada keputusan itu.
Ini kerana keputusan ICJ ini akan menyebabkan beberapa perubahan, termasuk dari segi
sempadan perairan, pelantar benua dan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) Malaysia.
Ini bukan kali pertama Malaysia berurusan dengan ICJ untuk menyelesaikan isu
pertelingkahan kedaulatan wilayah. Tuntutan bertindih antara Malaysia dan Indonesia
terhadap Pulau Ligitan dan Sipadan di bawa ke ICJ dan pada 2002, ICJ membuat keputusan
berpihak kepada Malaysia.
Selain itu, Malaysia juga membawa isu penambakan tanah oleh Singapura ke Tribunal
Antarabangsa Undang-Undang Laut (ITLOS). Pada 2003 tribunal itu mengarahkan Singapura
untuk berhenti daripada melakukan aktiviti yang boleh memberi kesan kepada kedaulatan
wilayah Malaysia dan merosakkan kehidupan marin di kawasan terbabit.
Keputusan kedua-dua prosiding di atas berpihak kepada Malaysia hasil persediaan rapi
pasukan undang-undang Malaysia dengan mengemukakan hujah yang bernas, kuat dan
meyakinkan.

Persiapan Malaysia untuk kes tuntutan Pulau Batu Puteh bermula sejak hampir 30 tahun
dulu. Penyelidikan berhubung kedaulatan Malaysia ke atas pulau itu mula dilaksanakan
ketika persediaan Peta Baru Malaysia 1979.
Kerja penyelidikan dilakukan di Malaysia dan di serata dunia, termasuk beberapa tempat di
Kuala Lumpur, Johor, Melaka, Perak, Singapura, Indonesia, India, United Kingdom, Amerika
Syarikat, Australia, New Zealand, Portugal dan Belanda.
Usaha penyelidikan dan pengumpulan bahan bukti dilakukan berterusan oleh kira-kira 55
pegawai daripada 24 agensi kerajaan seperti Kementerian Luar Negeri, Kementerian Sumber
Asli dan Alam Sekitar, Kementerian Pertahanan dan Pejabat Peguam Negara, penyelidik
yang dilantik dan pakar dalam bidang tertentu dari tiga institusi pengajian tinggi tempatan
seperti Universiti Teknologi Mara, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.
Khidmat penasihat undang-undang antarabangsa yang terkemuka seperti Sir Datuk Elihu
Lauterpacht QC dan Datuk James Crawford dari Universiti Cambridge dan Datuk Nicolaas
Jan Schrijver dari Universiti Leiden juga di gunakan.
Ketiga-tiga individu ini juga terbabit dalam prosiding kes negara di ICJ untuk Sipadan dan
Ligitan dan juga di ITLOS bagi kes Penambakan Tanah Singapura.
Dalam kes Pulau Batu Puteh, delegasi Malaysia diketuai Tan Sri Abdul Kadir Mohamad dan
pasukan undang-undang Malaysia yang diketuai Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail,
mempamerkan komitmen tinggi dan prestasi membanggakan.
Mereka memastikan hujahan kes negara adalah sentiasa teratur dan padat, mudah difahami
oleh hakim dan sejauh mana yang mungkin memastikan tiada ruang langsung bagi
Singapura untuk menyangkal apa yang dihujahkan oleh Malaysia sepanjang berlangsungnya
perbicaraan iaitu daripada 6 hingga 23 November 2007.
Di bawah undang-undang antarabangsa, isu kedaulatan wilayah adalah satu isu kompleks
dan membabitkan pemakaian pelbagai prinsip undang-undang. Singapura menyandarkan
tuntutan mereka kepada pendudukan secara sah oleh pihak British apabila mereka membina
rumah api Horsburgh di atas Pulau Batu Puteh yang di katakan terra nullius (tidak bertuan)
sebelum 1847.
Malaysia dikatakan gagal mengemukakan bukti kukuh yang menunjukkan kedaulatan Johor
ke atas Pulau Batu Puteh. Kegagalan Malaysia dalam mengemukakan surat meminta
kebenaran daripada pihak British kepada kerajaan Johor juga dibangkitkan oleh Singapura
dalam hujah mereka.
Singapura juga mengemukakan bukti bagi menunjukkan kuasa pentadbiran dan undangundangnya di Pulau Batu Puteh dan perairan sekitarnya melalui pelbagai aktiviti seperti
kawalan akses dan lawatan ke Pulau Batu Puteh.
Sementara itu, Tentera Laut Singapura juga kerap melakukan rondaan di kawasan perairan
Pulau Batu Puteh. Singapura juga mendakwa Malaysia tidak menjalankan aktiviti
pentadbiran dan undang-undang ke atas Pulau Batu Puteh dan tidak pernah membantah
aktiviti pentadbiran dan undang-undang yang dilakukan oleh Singapura.
Singapura membandingkan tindakan Malaysia di Pulau Pisang di mana Singapura diminta
menurunkan benderanya di Pulau Pisang, tetapi tidak berbuat demikian di Pulau Batu Puteh.

Tegas Singapura ini membawa makna Malaysia tidak pernah mengambil kira Pulau Batu
Puteh sebagai sebahagian daripada wilayahnya.
Mereka juga menegaskan bahawa Surat Pemangku Setiausaha Kerajaan Negeri Johor yang
menyatakan Johor tidak menuntut hak milik Pedra Branca (bahasa Portugal untuk 'Batu
Puteh), adalah sah memandangkan ia di tulis dalam kapasiti rasminya dan Johor pada ketika
itu adalah sebuah negeri yang berdaulat.
Keputusan ICJ mengesahkan Pulau Batu Puteh milik Kerajaan Johor jika dilihat dari aspek
sejarahnya dan juga pemakaian undang-undang antarabangsa berdasarkan kepada kes
seperti Eastern Greenland dan juga kes Island of Palmas.
Kedaulatan Pulau Batu Puteh pada asalnya terletak pada kerajaan Johor. Di samping itu, ICJ
juga mengiktiraf dan mengambil kira peranan orang laut yang menggunakan pulau
berkenaan untuk aktiviti ekonomi mereka serta pertalian mereka dengan Sultan Johor.
Mereka dilihat sebagai rakyat naungan kerajaan Sultan Johor. ICJ menolak dakwaan
Singapura yang mengatakan Pulau Batu Puteh adalah terra nullius (wilayah tidak bertuan).
Bagaimanapun, ICJ mengambil kira dan memberikan fokus utama di dalam penghakiman
mereka kepada surat daripada Pemangku Setiausaha Kerajaan Johor bertarikh 21
September 1953. Surat yang mengatakan Johor tidak menuntut hak milik Pedra Branca
dilihat oleh ICJ sebagai Johor melepaskan kedaulatannya ke atas Pulau Batu Puteh kepada
kerajaan British. Ini bermakna sejak 1953 Johor sudah kehilangan Pulau Batu Puteh.
Penghakiman ICJ juga menyentuh isu enam peta rasmi diterbitkan Malaysia sekitar 1962
hingga 1974 dengan Pulau Batu Puteh dilabel sebagai milik Singapura. Mengikut ICJ, ini
secara langsung memperkukuhkan tuntutan Singapura terhadap Pulau Batu Puteh kerana
Singapura sendiri tidak pernah menerbitkan sebarang peta yang merujuk Pulau Batu Puteh
sebagai wilayah Malaysia.
Di samping itu, penghakiman ICJ juga memberi penekanan kepada pelbagai aktiviti yang
menunjukkan kuasa pentadbiran dan undang-undang Singapura di Pulau Batu Puteh dan ia
adalah antara faktor penting mengapa penghakiman ICJ terhadap Pulau Batu Puteh
berpihak kepada Singapura.
Penguatkuasaan Tentera Laut Singapura di kawasan perairan Pulau Batu Puteh dan siasatan
yang dijalankan oleh Kerajaan Singapura ke atas insiden kemalangan kapal laut adalah
antara aktiviti yang menunjukkan kawalan eksklusif dan juga kedaulatan Singapura ke atas
Pulau Batu Puteh.
Bagaimanapun, penghakiman ICJ terhadap Pulau Batu Puteh yang berpihak kepada
Singapura ini tidak meliputi Batuan Tengah dan Tubir Selatan kerana aktiviti Singapura
hanya terhad kepada Pulau Batu Puteh. Status Batuan Tengah kekal mengikut sejarah
bersama dengan Kerajaan Johor.
Daripada perspektif undang-undang antarabangsa, penghakiman ICJ adalah muktamad dan
mengikat kedua-dua Malaysia dan Singapura. Malaysia perlulah akur dengan keputusan ICJ
yang memihak kepada Singapura selaras dengan Perjanjian Khas ditandatangani pada 6
Februari 2003 oleh Menteri Luar masing-masing dan juga Artikel 60 Statut ICJ.
Keperluan Malaysia menghormati penghakiman ICJ juga dituntut oleh Artikel 94 Piagam
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Kegagalan Malaysia untuk akur kepada

keputusan ICJ akan membolehkan Singapura membawa perkara ini ke Majlis Keselamatan
PBB untuk tindakan selajutnya.
Bagaimanapun, menurut Artikel 61 Statut ICJ jika berlaku penemuan fakta yang boleh
menjadi faktor penentu, ketika penghakiman dibuat, ia tidak diketahui oleh mahkamah,
permohonan untuk semakan semula kes itu boleh dilakukan.
Syarat untuk mengguna pakai Artikel 61 ini adalah ketidaktahuan fakta itu tidak berpunca
daripada kecuaian dan ia tidak diketahui oleh pihak yang memohon semakan semula itu.
Permohonan ini juga perlulah dibuat dalam masa enam bulan daripada penemuan fakta
baru itu dan dalam tempoh 10 tahun mulai tarikh penghakiman.
Walau apa juga keputusan ICJ, perlulah diingati bahawa ia berdasarkan lunas undangundang antarabangsa yang dipersetujui kedua belah pihak. Ia adalah satu contoh yang baik
bagaimana pertelingkahan antara dua negara boleh diselesaikan secara aman melalui proses
perundangan apabila segala usaha untuk menyelesaikan isu ini melalui rundingan gagal dan
buntu.
Rakyat amnya dan Kerajaan Malaysia khususnya perlu menerima keputusan ini dengan
positif dan mengambil iktibar daripada pengalaman tuntutan Pulau Batu Puteh ini supaya
kedaulatan wilayah negara terus terpelihara.

Prof Dr Rahmat Mohamad ialah Timbalan Naib Canselor, Universiti Teknologi Mara
Pulau Batu Puteh: Usah Salahkan Sesiapa
KUALA LUMPUR: Keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) kelmarin yang memberi
hak kedaulatan Pulau Batu Puteh kepada Singapura, tidak harus dipolitikkan oleh manamana pihak.
Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata semua pihak juga diminta tidak
menyalahkan sesiapa atas keputusan itu dan menerimanya dengan hati terbuka walaupun ia
mengecewakan.
"Saya tidak rasa kita menyalahkan sesiapa... ia sudah diputuskan mahkamah tetapi kita
akan pastikan sebarang keputusan yang dilakukan negara jiran kelak tidak akan menggugat
kepentingan rakyat kita terutama di Johor," katanya kepada pemberita selepas Majlis
Taklimat Tertutup "Tata Etika Ahli Umno" dengan Badan Perhubungan Umno Wilayah
Persekutuan, di sini, semalam.
Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, Singapura juga
harus mengambil kira bahawa kawasan itu sudah sebati dengan rakyat negara ini terutama
di Johor.
"Kita harap mereka mempertimbangkan dan tidak mengancam rakyat kita kerana ia pernah
menjadi sebahagian wilayah Malaysia," katanya.
Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata walaupun kecewa dengan
keputusan ICJ itu, rakyat Johor khususnya, harus bertenang dan menerima hakikat
keputusan itu muktamad dan tiada rayuan.
"Kita sudah pun bersetuju dengan keputusan muktamad mahkamah itu dan kita mahukan
kestabilan serantau terutama di kawasan tanah selatan ini berkekalan.

"Saya harap Pemuda Umno Johor melihat secara positif pembentukan jawatankuasa dua
negara mengenai isu ini tetapi pada masa sama saya mahu juga mereka memantau
pelaksanaan kerjasama jawatankuasa yang ditubuhkan itu supaya ia dapat memberi
kebaikan kepada semua pihak," katanya.
Beliau yang juga Menteri Pelajaran berjanji memantau secara dekat kaedah yang
dilaksanakan jawatankuasa teknikal bersama Malaysia-Singapura untuk menangani isu
perairan sekitar Pulau Batu Puteh dalam memastikan ia bukan saja menjaga hubungan
kedua-dua negara tetapi kepentingan rakyat Johor terutama nelayan.
Selain itu, beliau berkata, jawatankuasa terbabit juga harus memberi perhatian khusus isu
laluan kapal serta ruang udara yang selama ini membelenggu kedua-dua negara kerana ia
belum mencapai keputusan di mahkamah.
Kita Terlepas Batu Puteh Kerana Cuai
PELBAGAI reaksi diberikan banyak pihak selepas Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di
The Hague, Belanda, memutuskan bahawa Singapura mempunyai hak kedaulatan terhadap
Pulau Batu Puteh (Pedra Branca), manakala Malaysia berhak terhadap Batuan Tengah
(Middle Rocks). Kedudukan Tubir Selatan (South Ledge) pula bergantung kepada
persempadanan perairan negara yang menguasainya. Ada pihak melihat keputusan ICJ lebih
menyebelahi Singapura dan merugikan Malaysia.
Bagaimanapun, ada yang berpendapat negara tidak tewas sepenuhnya. Bagi menilai
keputusan di ICJ secara menyeluruh, wartawan Berita Minggu, Ziauddin Sharuddin dan
Rohaniza Idris, mendapatkan penjelasan pakar sejarah dari Universiti Kebangsaan Malaysia
(UKM), Prof Dr Nik Anuar Nik Mahmud, yang menganggotai pasukan Malaysia di The Hague
dan penganalisis politik, Dr Ahmad Nidzammuddin Sulaiman, juga dari UKM.
Adakah keputusan ICJ berhubung hak kedaulatan Pulau Batu Puteh yang memihak kepada
Singapura sudah dijangka berdasarkan bukti dan penghujahan?
Dalam kes Pulau Batu Puteh, saya sudah menjangka kita akan menghadapi masalah untuk
mempertahankannya
sejak
awal
lagi.
Pertama sekali kerana ialah kelemahan kita dari segi pentadbiran dan surat Setiausaha
Kerajaan Negeri pada 1953. Dari segi sejarah, pulau itu dan pulau lain sebenarnya adalah
milik Johor. Mahkamah memperakui hak itu bersandarkan Perjanjian 1819, Mac 1824,
Perjanjian Ogos 1824, Perjanjian 1927 dan sebagainya.
Bagaimanapun pada 1953, kerajaan Johor apabila ditanya oleh pihak Singapura mengenai
status pulau itu menjawab bahawa pulau itu bukan milik negeri itu. Ini yang menyebabkan
mahkamah menjadikan surat itu sebagai hujah untuk mengesahkan bahawa Johor sudah
menyerahkan hak kedaulatan pulau itu kepada Singapura.
Adakah penghakiman ini adalah keputusan sama menang atau hanya menguntungkan
sebelah pihak?
Keputusan itu adalah sesuatu yang tidak dijangka. Boleh saya katakan bahawa keputusan
itu sebagai 'Blessing in Disguise' (perkara baik yang pada awalnya tidak diketahui). Kita
kehilangan Pulau Batu Puteh, tetapi menang di Batuan Tengah.

Ia membolehkan nelayan Johor menangkap ikan di kawasan sekitar pulau itu yang sebelum
ini adalah kawasan non grata (tidak diterima atau dialu-alukan) kepada nelayan kita.
Apakah faktor penting dalam penghakiman ICJ?
Mahkamah mengiktiraf Pulau Batu Puteh dan semua pulau di sini sebagai milik Johor. Dalam
kes Pulau Batu Puteh, kita kalah kerana kecuaian kerajaan Johor dulu yang membiarkan
Singapura mengurus rumah api dan pulau itu.
Kemudian pada 1953, tanpa berfikir panjang, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor
mengesahkan kepada Singapura bahawa Pulau Batu Puteh bukan milik Johor. Pengesahan
itu dibuat secara hitam putih.
Kecuaian ini menyebabkan kita kehilangan pulau itu. Pengajaran penting daripada
penghakiman ini kepada setiap pihak ialah belajarlah daripada sejarah. Kita perlu berhatihati apabila membuat keputusan agar generasi akan datang tidak menanggung kerugian
penderitaan.
Siasat betul-betul asal-usul sesuatu perkara dan tidak membuat keputusan dalam keadaan
tergesa-gesa.
Prof sebagai sebahagian anggota pasukan Malaysia. Bagaimana situasi di kalangan anggota
pasukan selepas ICJ membuat keputusan?
Saya nampak semua anggota delegasi Malaysia gembira dengan keputusan itu. Sebab itu,
saya katakan keputusan mahkamah adalah `Blessing in Disguise'.
Apakah kesan penghakiman kes ini terhadap pelbagai aspek membabitkan kedua-dua
negara seperti persempadanan?
Seperti saya katakan, keputusan ini adalah kejayaan yang besar ertinya kepada kita.
Singapura terpaksa mengakui bahawa kawasan yang dipertikaikan itu juga hak Malaysia.
Nelayan kita bebas untuk menangkap ikan di kawasan itu. Dulu nelayan dihalang dan
diugut, malah ditangkap.
Sekarang mahkamah membebaskan kepungan itu. Sudah tentu isu sempadan antara
Malaysia dan Singapura berikutan keputusan itu akan dikaji oleh Jawatankuasa Teknikal
kedua-dua kerajaan.
Adakah sebarang pulau atau wilayah lain yang berpotensi menimbulkan pertikaian hak
kedaulatan antara Malaysia dan negara jiran pada masa depan?
Pertikaian di Kepulauan Spratly masih belum selesai. Saya percaya negara yang terbabit
dalam pertikaian gugusan pulau ini akan menyelesaikannya secara damai melalui proses
undang-undang dan tolak ansur demi kestabilan serantau dan kesejahteraan penduduk di
rantau ini.
Apakah merujuk pertikaian membabitkan wilayah atau sempadan ke ICJ adalah suatu
perkembangan yang positif atau sebaliknya dalam soal perhubungan antara Malaysia dan
negara jiran?
Ini adalah suatu tindakan bijak oleh pemimpin kedua-dua negara untuk mengelakkan
berlaku konfrontasi bersenjata yang boleh menjejaskan keselamatan serantau.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan syabas kepada pasukan Malaysia atas kejayaan di ICJ.
Kita terlepas Pulau Batu Puteh, tetapi mendapat Batuan Tengah (Middle Rocks).
Sesungguhnya keputusan itu suatu 'Blessing in Disguise'.
Apakah kesan penghakiman ICJ yang memberikan Pulau Batu Puteh kepada Singapura dan
Batuan Tengah kepada Malaysia, manakala Tubir Selatan kepada negara yang memiliki
perairannya kepada hubungan antara Malaysia dan Singapura?
Kesan hubungan antara dua negara adalah tidak ketara. Hubungan Malaysia dan Singapura
selama ini pun selalu pasang surut. Ada masa panas dan ada masa sangat harmoni. Isu ini
akan termasuk dalam pelbagai isu yang membuatkan hubungan pasang surut itu seperti isu
bekalan air, Tabung Simpanan Pekerja (CPF), Jambatan Indah dan Tanjung Pagar.
Bagaimanapun, jika dilihat dari aspek persempadanan negara dan hak perairan, ia sudah
tentu sedikit sebanyak kesan yang tidak memihak kepada Malaysia atau kita tidak begitu
senang. Pulau Batu Puteh kini menjadi milik Singapura sepenuhnya.
Sempadan perairan keliling pulau itu juga menjadi milik republik itu. Jika membuat
penambakan tanah, pulau sebesar dua padang bola boleh menjadi 20 padang bola dan
sudah tentu boleh digunakan untuk pelbagai tujuan seperti pangkalan polis marin atau
tentera dan sebagainya mengikut kehendak dan kepentingan mereka.
Benarkah keputusan itu adalah sama menang, sedangkan tumpuan utama dalam kes ini
ialah Pulau Batu Puteh dan bukan dua pulau lain yang lebih kecil?
Pandangan sama menang dinyatakan oleh Menteri Luar, Datuk Seri Dr Rais Yatim. Saya fikir
kenyataan diplomatik ini mudah difahami kerana beliau mengucapkannya sebagai Menteri
Luar dan bukan sebagai Dr Rais Yatim.
Beliau memiliki tanggungjawab moral dan diplomatik serta mewakili rasmi negara ini vis a
vis (berdepan secara langsung) rakan sejawat dari Singapura. Bagaimanapun, sudah tentu
pandangan ini tidak dapat dikongsi sepenuhnya rakyat Malaysia. Sekurang-kurangnya dari
sudut sentimennya.
Pada saya sama menang hanya berlaku jika Malaysia dan Singapura berebut pulau yang
tidak menjadi milik mana-mana pihak. Apabila ada dua dan diagih, setiap pihak dapat satu,
barulah dianggap sebagai sama menang, tetapi semua tahu bahawa pulau itu milik Malaysia
(dulu Johor) dan semua dokumen lengkap, sejarah juga membuktikannya.
Malaysia tidak membuat tuntutan, tetapi berusaha mengekalkan haknya. Singapura
kemudian membuat 'tuntutan hasil usaha, perbelanjaan, komitmen dan sebagainya yang
diberikan terhadap pulau itu selama ini.
Tiba-tiba keputusan memihak kepada Singapura dengan kelebihan ia menguruskan dan
mengendalikan pelbagai alat yang ada di pulau itu dan dibenarkan oleh Malaysia.
Tuntutannya berjaya. Ini yang menyebabkan saya berpandangan ia bukan keadaan sama
menang, tetapi terlepas sebuah pulau milik kita akibat kealpaan sendiri.
Kita lihat juga analogi ini, umpama seorang ibu bapa yang ada banyak anak. Seorang
anaknya diberi kepada seorang lain untuk dipelihara walaupun dia menyatakan bukan untuk
selama-lama. Apabila sudah sampai satu peringkat umur, penjaga itu membawa ke
mahkamah menuntut hak penjagaan kekal terhadap anak itu.

Sudah tentu ia menjadi satu kes yang panas. Ibu bapa asal akan kecewa dan berusaha
untuk mengekalkan haknya. Ia memberi semua dokumen bahawa itu adalah anaknya
seperti surat kelahiran, laporan hospital, bukti DNA, saksi bidan yang menyambut anaknya
dulu dan sebagainya.
Penjaga pula akan memberi bukti seperti dia yang membesarkan anak itu. Surat tadika dan
sekolah, kos penjagaan, semua bil yang sudah dijelaskan bagi pemeliharaan, kesihatan dan
sebagainya. Mahkamah sudah tentu membuat keputusan demi kepentingan kanak-kanak.
Apa lagi kalau dokumen bapa asal memberi hak penjagaan itu wujud dan dapat ditunjuk di
mahkamah. Dalam kes seperti ini, saya berpendapat penjaga itu yang boleh menang. Apa
lagi kalau ibu bapa asal ada ramai anak dan tidak terpelihara dengan baik.
Demikianlah kes Pulau Batu Puteh itu, kita ada 10 peta bersejarah pun, ia hanya
menjelaskan keadaannya dulu. Sekarang tidak lagi. Ia dipelihara oleh siapa dan komitmen
yang ditunjukkan itu nyata dan tidak dapat dipersoalkan.
Malaysia sebagai sebuah negara maritim mempunyai beberapa isu pertindihan tuntutan
dengan negara jiran seperti kepulauan Spratly di Laut China Selatan dan perairan Ambalat di
Laut Sulawesi. Bagaimana Dr melihat setiap kes tuntutan berkenaan? Persaingan merebut
sumber ekonomi, terutama minyak dan menguasai jalan laut serta ketenteraan.
Dalam kes Spratly, Malaysia memang membuat tuntutan. Saya tidak fikir (pendapat
peribadi) kita pernah mendudukinya atau ada kampung lama milik rakyat Malaysia di situ.
Cuma kita berasakan kepulauan itu berada dalam zon kita dan berhak membuat tuntutan.
Perairan Ambalat memang seperti berada antara Malaysia dan Indonesia. Ia juga perlu
dibawa ke pengadilan. Sudah tentu semua pulau ini penting bagi kita, sekurang-kurangnya
dari sudut kedaulatan, maruah dan sempadan kita. Selain itu, dari sudut keluasan
sempadan, sumber alam, perikanan dan sebagainya.
Ia menyulitkan apabila kita berdepan jiran tetangga, bukan pihak lain yang asing. Apabila ia
juga menjadi tuntutan dengan jiran ini, kita terpaksa menghadapinya. Seharusnya Batu
Puteh menjadi pengajaran untuk tuntutan ini. Tidak semestinya bertindak agresif seperti
negara lain.
Apakah keputusan penghakiman kes ini akan mendorong Malaysia atau negara lain terus
menggunakan pendekatan undang-undang untuk menyelesaikan isu persempadanan?
Malaysia bukan negara yang mengamalkan dasar konfrontasi atau kekerasan. Sejak zaman
konfrontasi dengan Indonesia dulu, masalah pengganas komunis di sempadan Thailand, isu
Sabah dengan Filipina, Pulau Batu Puteh dan lain-lain, semuanya dilalui dengan cara
diplomatik dan perundangan.
Saya percaya Malaysia akan menggunakan cara ini seterusnya kelak. Berdasarkan
pengalaman kes Batu Puteh dan Sipadan-Ligitan, saya percaya negara jiran juga akan
menggunakan kaedah ini. Cuma cara mendekatinya berbeza.
Ada negara yang bertindak agresif dulu, meletakkan tentera, menghalau rakyat lain
mendekatinya dan kemudian baru bersetuju pergi ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa.
Pendekatan Machiavellian seperti ini nampaknya membuahkan hasil kepadanya dengan
penggunaan tenteranya.

Apakah yang mungkin berlaku jika negara yang terbabit dalam tuntutan bertindih tidak
memilih pergi ke ICJ?
Jika sesebuah negara kuat dari segi ketenteraan dan mendapat sokongan kuasa besar,
negara begini akan mempunyai kelebihan. Negara ini akan mengekalkan dan sanggup
bertindak secara ketenteraan sekali gus merugikan negara yang lebih lemah dan enggan
bertindak cara ini.
Negara lain akan terus mengecam, menggesa dan mendesak, tetapi sudah tentu ia tidak
menyelesaikan masalah. Banyak negara besar yang menguasai pulau kecil menggunakan
kekuatan tentera untuk mengekalkan pulau seperti Pulau Falklands.
Di kawasan tuntutan bertindih yang berpotensi memiliki banyak sumber minyak, bolehkah
negara yang bersaing bekerjasama?
Idealnya begitulah. Berkongsi usaha dan hasil, tetapi kita tidak hidup dalam dunia yang ideal
seperti itu. Apabila berada dalam kedudukan bertindih dan mengetahui sumbernya lumayan,
sudah tentu ia direbut oleh pihak yang mendekatinya.
Cuma kerjasama yang diharapkan ialah untuk bersetuju menyelesaikan secara rundingan
atau membawa ke pengadilan antarabangsa. Kalau dapat berunding secara aman dan
mengambil keputusan secara sama menang, ini adalah lebih baik berbanding ke mahkamah.
Belanja pun banyak dapat dijimatkan dan hubungan dua hala dengan negara berkenaan
juga terus harmoni.
Pulau Batu Puteh Sah Milik Singapura
KUALA LUMPUR: Pulau Batu Puteh yang menjadi pertikaian antara Malaysia dan Singapura
selama 28 tahun hari ini kini disahkan milik Singapura selepas ia diputuskan Mahkamah
Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague, Belanda.
Keputusan ICJ itu akan disampaikan oleh Naib Presiden Mahkamah itu, Hakim Awn Shawkat
Al Khasawneh yang juga Pemangku Presiden, tepat jam 5.50 petang.
Keputusan itu disiarkan secara langsung oleh RTM1, mulai kira jam 4 petang ini.
Pulau Batu Puteh atau Pedra Branca (bahasa Portugal untuk "Batu Putih") adalah sebuah
pulau tunggul sebesar dua padang bola sepak, yang terletak di luar pantai tenggara
Pengerang, Johor, Malaysia.
Luasnya 0.2 hektar, berbatu-batu dan kira-kira 12.8 km dari Pengerang dan 64 km ke timur
Singapura dan hanya 20 minit dengan bot laju dari Teluk Ramunia, Pengerang, Johor.
Pertikaian kedaulatan pulau itu antara isu kedua-dua negara yang berlarutan hampir 28
tahun.
Singapura mendakwa Pulau Batu Puteh miliknya selepas pemetaan wilayah dibuat Malaysia
pada 1979.
Pada 24 Julai 2003, Malaysia dan Singapura secara bersama memulakan proses
perundangan bagi menyelesaikan tuntutan Singapura melalui penyampaian secara rasmi
kepada ICJ.

Malaysia Dan Singapura Janji Tidak Timbulkan Masalah Hasil Keputusan Batu
Puteh
KUALA LUMPUR: Malaysia dan Singapura bersetuju untuk tidak menimbulkan sebarang
angkara atau masalah hubungan dua hala dalam menerima penghakiman Mahkamah
Keadilaan Antarabangsa pada Jumaat ini berhubung isu tuntutan Pulau Batu Puteh.
Menteri Luar, Datuk Seri Dr Rais Yatim hari ini berkata ini bermakna sekiranya keputusan
memihak kepada Malaysia, Singapura akan terus berbaik sangka dan tidak menimbulkan
sebarang prejudis atau prasangka dan begitu juga sebaliknya.
"Kita akan menghormati keputusan dan terus menjelmakan bibit persahabatan
antarabangsa dan kejiranan. Kita harus menerima ia sebagai satu yang biasa dan dalam
keadaan terbuka.
"Sehubungan itu satu jawatankuasa teknikal sudah dipersetujui untuk diwujudkan dan
jawatankuasa itu akan merumus, mentadbir dan melaksanakan keputusan mengikut lunas
pentadbiran antarabangsa, katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini.
Rais berkata, jawatankuasa berkenaan akan menentukan antara lainnya hal berkenaan siapa
yang harus berada di pulau itu selepas keputusan diambil dan juga soal kawasan perikanan.
Sebelum itu Rais memberi taklimat ringkas mengenai kes itu kepada Perdana Menteri Datuk
Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Anggota Parlimen.
"Perdana Menteri merasakan bahawa sebagai satu kes biasa, jika doa dan harapan negara
tak menjelma, ia seharusnya dihadapi dengan baik, katanya.
Rais menasihatkan rakyat menerima keputusan dengan baik dan tidak menimbulkan huru
hara atau mempengaruhi mana-mana pihak supaya tidak berbaik dengan Singapura.
Delegasi Malaysia akan berlepas ke The Hague, Belanda, malam ini.
Pada jam 4 petang (waktu Malaysia) Jumaat ini, ICJ akan mengumumkan keputusannya
siapakah yang mempunyai hak kedaulatan terhadap pulau itu yang terletak 7.7 batu nautika
dari perairan Johor.
Perbicaraan berlangsung dari 6 hingga 23 Nov tahun lalu.
Malaysia dan Singapura sudah berikrar mematuhi keputusan ICJ itu dan keputusan
mahkamah itu adalah muktamad
dan tidak
ada rayuan boleh dibuat.