Anda di halaman 1dari 5

Pengenalan

Bidang Sejarah adalah merupakan bidang yang amat mementing aktiviti penelitian ke
atas fakta-fakta sejarah (peristiwa) dengan penuh bertanggungjawab demi mencari dan
mewujudkan kebenaran mengenai kehidupan pada masa telahpun berlalu atau yang
lampau. Sejarawan akan mengumpulkan fakta-fakta sejarah dan menghasilkannya
dalam bentuk penulisan atau pensejarahan.
Dalam membicarakan persoalan objektiviti dan subjektiviti di sini, permasalahan
yang pertama perlu ditekankan ialah keterlibatan (involvement) seseorang sejarawan
terhadap penyelidikannya atau kajiannya. Iaitu sama ada dia harus
terikat (attached) atau terpisah (detached) daripada kajiannya.[1] Ini kerana, menurut
Edward Hallet Carr bahawa fakta-fakta yang dikumpul oleh ahli sejarah dari dokumendokumen, surat-surat dan sebagainya adalah ibarat ikan di atas papan penyiang si
penjaja ikan'. Sejarawan itu memungut ikan itu, membawanya pulang, memasak dan
menghidangkannya dalam apa cara yang menarik baginya. [2] Justeru itu, sejarah yang
tulen ialah sejarah yang mempunyai pemisah mutlak di antara pengkaji dan kajiannya.
Maka dari sinilah, sejarawan menghadapi dua bentuk konsep yang menjadi penghalang
(straitjackets) kepada segala usaha penelitian sejarahnya, iaitu konsep objektiviti dan
konsep subjektiviti dalam pensejarahan.
Hingga kini, perbahasan sudah berlarutan mengenai sama ada sejarah itu sewajarnya
objektif atau subjektif. Persoalan yang menjadi isu paling penting dalam perbahasan
para sejarawan ialah mengenai keupayaan ahli-ahli sejarah untuk menghasilkan
penulisan yang bersifat objektif. Hakikatnya, ramai sejarawan tidak merasa senang
dengan persoalan ini menyebabkan tidak wujud penyelesaiannya yang
muktamad.[3] Terdapat dua aliran yang telah mempengaruhi pengertian sejarah ialah
Aliran rasionalisme dan aliran emperisme. Aliran rasionalisme bersifat subjektif dan
didokong tokoh-tokoh seperti Benedetto Croce dari Itali, Arnold Tonybee dan R.G.
Collingwood dari England. Manakala aliran emperisme bersifat objektif dan didokong
oleh tokoh-tokoh seperti Leopold Von Ranke dari Jerman, Lord Acton dan J.B. Bury dari
England.
Pengertian Konsep objektiviti
Objetiviti timbul dari kata asal objektif. Kamus Dewan memberi maksudnya sebagai
suatu kenyataan atau fakta sebenar yang tidak dipengaruhi atau dikuasai oleh
perasaan atau prasangka sendiri.[4]
Menurut pandangan Abdul Rahman Haji Abdullah dalam penulisan bertajuk Pengantar
Ilmu Sejarah (1994), beliau mendefinisikan sejarah objektif sebagai sejarah
sebagaimana terjadinya(histoire-realite). [5] Pandangan ini selari dengan teori terkenal
oleh Leopold Von Ranke, iaitu wie es eigentlich gewesen[6] yang bermaksud seperti
sebenarnya ia berlaku.

Muhd Yusof lbrahim mendefinisikan konsep objektif sebagai salah satu daripada
beberapa sifat atau hakikat sejarah itu sendiri dan ia merupakan persoalan yang hakiki
bagi sejarah dan pensejarahan.
Menurut Barzun dan Graf dalam karya mereka bertajuk The Modern Researcher (1970)
bahawa objektif adalah apa yang semua orang menyetujuinya atau pandangan yang
benar.[7]
Aliran objektif ini didasari oleh tradisi emperisme John Locke dan positivesme Aguste
Comte yang melihat adanya pemisahan di antara subjek dan objek. Karya sejarah yang
dikatakan bersifat objektif ini pada asasnya adalah suatu penulisan yang merupakan
tafsiran atau penerangan terhadap sesuatu peristiwa sejarah dengan berdasarkan
kepada sumbemya yang masih kekal. Hasil itu haruslah dipertahankan kebenarannya
untuk sementara waktu sehinggalah wujudnya pentafsiran baru yang akan mengambil
alih tempat tersebut.
Empat perkara dasar yang dilihat di dalam penulisan sejarah ialah ketepatan dan
kesahihan di dalam fakta, kesempumaan di dalam menyampaikan bukti, struktur logikal
yang berkesan serta kelancaran persembahan. Bagi mencerminkan sifat
objektif di dalam penulisan sejarah, seseorang sejarawan haruslah menyingkirkan sifat
subjektif di dalam hasil penulisannya. Sebagai satu istilah ilmu sejarah, maka konsep
objektif itu biasanya dilihat daripada dua sudut pengertian yang berbeza.
Pengertian yang pertama ialah objektif itu bermakna tujuan atau sasaran sesuatu
sejarah itu dikaji atau ditulis. Maknanya ialah untuk apa atau siapa sejarah itu dikaji?
Sebagai contoh ialah Tun Seri Lanang telah memperbaiki semula 'Hikayat Melayu' yang
dibawa daripada Goa dan dinamakan Sulalatus Salatin dengan tujuan untuk memenuhi
permintaan Sultan Abdullah Ma'ayah Syah serta menyukakan hati baginda untuk
teladan serta iktibar bagi keturunan yang akan datang.
Pengertian yang kedua adalah lebih kontrovesi dan memerlukan perbincangan yang
lebih luas serta mendalam lagi. Ini kerana ia dianggap sebagai sifat sejarah itu sendiri.
la adalah merupakan persoalan yang intrinsik bagi sejarah dan pensejarahan. Objektif
adalah dianggap sebagai sains tulin yang menganggap kebenaran sebagai sesuatu
yang mutlak dan tepat. Leopold Von Ranke adalah sebagai pengasas agung aliran
sejarah objektif ini. Ranke berpendapat bahawa, sejarawan seharusnya berusaha untuk
membuat satu persembahan tulen fakta-fakta yang berpandukan kepada penyelidikan
rapi ke atas peristiwa-peristiwa lepas yang khusus dan nyata, dan berasaskan kepada
tafsiran sumber-sumber yang asli dan kemasukkan unsur moral hanya mendedahkan
sejarah kepada prasangka dan berat sebelah yang boleh menggugat kewibawaannya
sebagai satu bidang ilmu yang sahih.[8]
Tradisi emperisme John Locke dan positivisme Aguste Comte telah menjadi asas
kepada aliran sejarah objektif yang diperjuangkan oleh Leopold Von Ranke (1795 1886). Kita juga sedar bahawa, matlamat pengajian sejarah adalah untuk
menggambarkan kejadian-kejadian sebagaimana yang berlaku. Menurut Pieter

Gayl, "historisme" bermakna menjauhkan diri dari pengadilan, penerimaan atau


pengakuan yang tidak ada darjah-darjah kecuali apa yang dibekalkan oleh proses
sejarah itu sendiri.[9]
Pada tahun 1896, Lord Acton (1834 - 1902) telah melancarkan projek penulisan yang
terkenal bertajuk "Cambridge Modern History" untuk melahirkan karya sejarah objektif.
Dalam kata-kata aluannya, beliau menyatakan bahawa, biarlah gambaran para
sejarawan tentang sesuatu peristi\va itu serupa sahaja dan memuaskan hati setiap
pihak tanpa sebarang perasaan subjektif atau sikap berat sebelah (bias). Aliran objektif
ini adalah berasaskan kepada keyakinan tentang kemampuan memperolehi fakta
sejarah secara muktamad. Selain daripada itu, sejarah adalah sejenis sains dan ia
mampu menghasilkan karya sejarah yang bersifat saintifik dan objektif.[10]

a.
b.
c.
d.

e.

f.

Kesimpulannya ialah penulisan sejarah, tafsiran atau penerangan yang objektif


adalah menjadi matlamat seseorang sejarawan yang tulen. Di dalam
mewujudkan hasil karya sejarah yang bersifat objektif, beberapa perkara harus
diambil kira iaitu;
Harus mencerminkan sikap yang jujur.
Tidak ada bias tetapi adil dan berkecuali di dalam penulisan.
Perlu memahami kaedah penyelidikan sejarah dan mengamalkannya di dalam
penulisan.
Seorang sejarawan haruslah menggunakan sumber yang secukupnya untuk
mendapatkan fakta dan maklumat yang membolehkan ia membuat tafsiran
secara adil dan saksama atau bersikap kritis.
Sejarawan tidak boleh membuat pentafsiran secara sesuka hati mengikut
perasaannya demi untuk menyukakan sesuatu pihak atau mendapatkan
keuntungan dan kepentingan.
Tafsiran itu pula haruslah menggambarkan kebenaran tanpa memasukkan unsur
pengadilan terhadap sesuatu peristiwa sejarah yang dikajinya itu.

Pengertian Konsep subjektif


Subjektiviti pula timbul dari kata dasar subjektif. Kamus Dewan memberi makudnya
sebagai sesuatu yang terbit daripada atau berasaskan pandangan orang atau pihak
yang melihat atau menilai (tidak pada ciri-ciri sebenar sesuatu yang dilihat atau
dinilai).[11] Konsep subjektif menurut Muhd. Yusof Ibrahim ialah merujuk kepada
pensejarahan tradisi yang ditulis secara bebas atau sesuka hati sejarawan sahaja.
Penulisan-penulisan mereka adalah bersifat memihak dan bertujuan menyanjung atau
memperbesarkan tokoh atau peristiwa yang dikaji, menyerapkan nilai budaya
atau 'world-view", mahupun ideologi serta memuatkan pelbagai unsur kesusasteraan.
Dengan kata lainnya, konsep sejarah subjektif ialah sejarah yang ditulis dan telah diolah
oleh pengarang dengan memasukkan unsur mitos, lagenda dan lain-lain unsur
kesusasteraan untuk mengindahkan lagi hasil penulisan. Sejarah dikatakan subjektif

kerana ia ditulis oleh seorang penulis atau sejarawan dengan rekaan atau diciptakan
sendiri.
Walau bagaimanapun, hakikat bahawa penulisan sejarah subjektif tidak dapat dielakkan
dan ia dianggap sebagai suatu yang penting dan unggul. Ini adalah disebabkan
manusia mempunyai sifat semulajadi iaitu kita akan memihak kepada sesuatu yang kita
minat dan juga yang kita anggap penting. Seorang ahli falsafah Jerman bernama G.
Litchenberg menyatakan bahawa, manusia mempunyai sifat memihak. Jika tidak
memihak, orang itu termasuk di dalam golongan tidak memihak yang merupakan suatu
pilihan.[12]
Pensejarahan subjektif dapat dilihat dengan jelas di dalam pensejarahan tradisional.
Penulisan mereka bersifat memihak, yang bertujuan menyanjung atau
memperbesarkan tokoh atau peristiwa yang mereka kaji, menyerapkan nilai budaya
atau world-view, ideologi dan unsur kesusasteraan. Tun Seri Lanang telah memperbaiki
semula
Hikayat
Melayu
yang
dibawa
dari
Goa
dan
seterusnya
menamakannya Sulalatus Salatin dengan tujuan memenuhi perintah Sultan Abdullah
Ma'ayah Syah serta menyukakan hati baginda untuk teladan serta iktibar bagi
keturunan akan datang.[13] Pembentukan aliran sejarah subjektif adalah disebabkan
oleh dua perkara.
Perkara yang pertama ialah faktor naluri atau kecenderungan semulajadi manusia itu
sendiri yang suka memilih (select). Kita sendiri sedar bahawa manusia akan memilih
sesuatu yang penting dan mengenepikan sesuatu yang dianggap tidak penting.
Manakala, faktor yang kedua pula ialah faktor agama dan ideologi. Faktor ini dapat
membentuk pegangan dan tindakan seseorang. Manusia yang semakin kuat
komitmennya, berkemungkinan besar bersikap subjektif. Maka penulisannya akan
bersifat memihak. Penulis aliran subjektif tidak bertujuan untuk mengenepikan
kebenaran sejarah, tetapi mereka kurang mementingkan konsep kebenaran yang
objektif.
Konsep sejarah subjektif boleh dijadikan ikhtibar yakni alat untuk melakukan serangan
psikologi untuk menegakkan keunggulan sesuatu kuasa atau bangsa ke atas sesuatu
yang lain. Kita tahu bahawa salah satu sebab yang menyebabkan penulisan sejarah
subjektif ialah tiada kesedaran yang jelas dan luas tentang sejarah Sejarawan tersebut
hanya tahu bahawa fungsi sejarah adalah untuk mendapat pengajaran sahaja. Maka,
dengan sebab itulah penulisan sejarah itu dicampuradukkan dengan unsur-unsur
sastera seperti mitos, lagenda dan lain-lain. Melalui dongengan ini, hasrat sejarawan
untuk memberi iktibar akan lebih mudah lagi untuk mencapai objektifnya. Pengaruh
nilai, budaya dan adanya kepentingan yang hendak ditonjolkan juga merupakan salah
satu sebab kepada kewujudan penulisan sejarah subjektif.

Hal ini dapat kita lihat dengan jelas melalui karya-karya sejarah tokoh-tokoh penjajah
terhadap sejarah tanah air kita. Secara tidak langsung, penulisan sejarah ini, boleh
digunakan untuk melakukan serangan psikologi bagi bangsa yang terjajah. Sejarawan
Barat seperti R.J. Wilkinson, R.O. Winsted dan lain-lain lagi telah mencemuh dan
memperkecilkan peristiwa-peristiwa sejarah, peranan dan tokoh-tokoh tempatan. Bagi
mereka, Tok Janggut, Mat Kilau, Datuk Bahaman dan lain-lain pejuang nasionalisme
dianggap penderhaka. Tokoh-tokoh Barat diperkenalkan kepada masyarakat kita dan
watak mereka itu diperhebatkan. Mereka menghuraikan dengan terperinci tentang
semangat yang ada pada diri J.W.W. Birch, Sir Francis Light dan lain-lain lagi yang bagi
kita, mereka ini ialah penjajah yang datang menjajah ke negeri kita dan mengaut segala
hasil kekayaan negara kita.
Sehubungan dengan perbincangan tadi dapat disimpulkan di sini bahawa persoalan
subjektiviti dalam sejarah ialah merujuk kepada bentuk hasil sejarah yang ditulis
dengan memasukkan unsur-unsur penambahan yang pada pandangan sejarawan itu
adalah penting. Masalah bias adalah merupakan kesan terpenting yang wujud hasil
daripada tercetusnya penulisan secara subjektif ini.