Anda di halaman 1dari 12

QGU3013 KURIKULUM KOMTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

1.0

Pengenalan

Pendidikan Kesihatan merupakan sejenis bidang ilmu yang membolehkan pelajar


memperoleh pengetahuan tentang proses perubahan fizikal, emosi, rohani dan sosial serta
kemahiran memelihara hubungan antara ahli keluarga dan masyarakat dan amalan gaya hidup
sihat supaya dapat bersedia untuk kedewasaan dan perhubungan sosial dalam konteks
sosiobudaya keluarga dan masyarakat. Justeru, Pendidikan Kesihatan ditakrifkan sebagai
sebarang

gabungan

pengalaman-pengalaman

pembelajaran

yang

dibentuk

untuk

membolehkannya bertindak demi kesihatan (Green & Kreuter, 1991).

Sejak kebelakangan ini, kita sering dapat mendengar dan melihat di paparan
elektronik mahupun media cetak dihebahkan berita-berita sensasi yang berkaitan gejala
masalah sosial. Permasalahan sosial semakin hari semakin meningkat, pelbagai kes yang
melibatkan sumbang mahram, rogol, cabul, zina, hamil luar nikah, 1 buangan bayi dan
sebagainya yang sudah acap kali dilaporkan setiap hari di media cetak mahupun elektronik.
Statistik menunjukkan kes jenayah seksual terhadap wanita dan kanak-kanak di Malaysia juga
didapati semakin meningkat pada setiap tahun.

Berita seumpama ini semakin kerap dilaporkan di akhbar dan di depan kaca
televisyen. Orang ramai semakin risau dan mula bersuara walaupun majoritinya masih tidak
ambil berat terhadap gejala sosial yang semakin merebak dan serius ini. Namun begitu, kita
tidak mempunyai laporan statistik yang tepat mengenai jumlah sebenar remaja yang hamil di
Malaysia. Perihal peningkatan buang bayi, ponteng sekolah dan berhenti sekolah, remaja
melarikan diri dari rumah dan kes-kes remaja yang hamil dan bersalin, serta masalah penyakit
AIDS membuktikan bahawa masalah sosial ini menjadi semakin serius.

Didikan seks bukan tabu, oleh Yeo Li Shian, Kosmo


Pendedahan awal kepada pendidikan seks sejak di bangku sekolah mampu menangani masalah kehamilan dan
keguguran anak di kalangan remaja Asia yang kian meningkat. Sikap yang betul terhadap kontraseptif boleh
dibentuk sejak awal usia. Ini kerana pemahaman yang luas terhadap pencegah kehamilan lebih-lebih lagi yang
melibatkan mitos kontraseptif oral adalah kunci kepada wanita dalam membuat pilihan ke atas kesihatan dan
perancangan keluarga
1

QGU3013 KURIKULUM KOMTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

Kerajaan telah menyedari tentang kesan masalah sosial terhadap generasi yang
akan datang dan telah pun mengambil langkah penyelesaian dengan memberi pendidikan
kesihatan di sekolah rendah dan sekolah menengah. Pendidikan Kesihatan Keluarga (19892002) dan Pendidikan Seksualiti (2003-2005) merupakan mata pelajaran yang diajar secara
merentas kurikulum mata pelajaran lain di sekolah rendah dan sekolah menengah.

Sebenarnya, banyak lagi isu yang melibatkan Pendidikan Kesihatan apabila


membincangkannya secara mendalam. Perubahan kurikulum Pendidikan Kesihatan
berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah memberi garis panduan yang
baru kepada para pendidik untuk membimbing generasi muda mengharungi masalah sosial
yang kian merebak.

QGU3013 KURIKULUM KOMTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

2.0

Konsep Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS)

Pelaksanaan KSSR yang dimulakan pada tahun 2011 membawa gelombang


perubahan yang menyasarkan pengisian pendidikan yang bersifat bersepadu, holistik dan
futuristik. Pelaksanaan kurikulum pendidikan seks sekolah bukan tugas mudah untuk
memperbetulkan persepsi umum mengenai istilah seks dalam institusi pendidikan Malaysia,
apatah lagi untuk diajar kepada generasi muda berusia tujuh tahun yang baru menjengah alam
persekolahan. Kurikulum ini menuntut corak pemikiran yang terbuka dalam usaha
menyampaikan maklumat yang tepat dan juga bersesuaian dengan jiwa kanak-kanak. Untuk
itu, kurikulum baru iaitu KSSR telah dibentuk yang merupakan penambah baik kepada
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang telah dilaksana pada tahun 1993.

Istilah Pendidikan Seks tidak digunakan dalam konteks pendidikan di Malaysia


kerana ia memberi pengertian negatif dalam kalangan masyarakat kita. Maka, istilah PEERS
(Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial) digunakan menggantikannya. Ketua Pengarah
Bahagian Pembangunan Kurikulum KPM, Datuk Dr. Julaihi Bujang menjelaskan bahawa
Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) adalah satu proses sepanjang hayat
untuk memperoleh pengetahuan dan membentuk sikap, nilai dan kepercayaan terhadap identiti
diri, perhubungan serta keintiman sesama individu.

Pelbagai masalah sosial yang berkait rapat dengan salah laku seks dan kes
jenayah seksual dilaporkan oleh media hampir saban hari. Bagaimanakah ibu bapa pada masa
kini melindungi anak-anak mereka ataupun menjawab persoalan yang ditanya oleh mereka
yang dibawah umur? Kes pembuangan bayi yang julung kali menggemparkan orang ramai
ialah gambar mayat bayi yang digonggong anjing dan dihurung semut. Selepas melihat berita
ini, apakah yang terpintas dalam fikiran kita? Manusia-manusia sekarang sudah menjadi kejam
sehingga sanggup membunuh jiwa yang tidak berdosa!

QGU3013 KURIKULUM KOMTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

Trend peningkatan kes jenayah sosial yang semakin berleluasa ini sebenarnya
merupakan cermin kepada masyarakat kita telah rapuh dalam nilai kemanusiaan. Malah, isuisu yang timbul ini memberitahu kita bahawa generasi akan datang semakin lumpuh nilai
kemanusiaan, tidak bertanggungjawab, tidak berdaya mengawal tarikan terhadap teknologi
canggih, tiada pegangan kukuh terhadap moral dan agama serta kegagalan meletakkan
prinsip sikap terhadap kehidupan sosial yang sihat.

Persoalannya yang utama sekarang bukanlah menuding jari kepada siapa yang
perlu bertanggungjawab ataupun yang paling bersalah di dalam hal ini. Sebaliknya, semua
pihak perlu menangani permasalahan bersama sehingga ke tahap sifar atau sekurangkurangnya pada tahap minima.

2.1

DASAR PEERS
Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial Kebangsaan merupakan

Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial yang terpakai kepada semua lapisan masyarakat
tanpa mengira peringkat umur. PEERS ini merupakan asas kukuh kepada perkembangan serta
pembangunan insan yang sihat, berakhlak mulia dan saling hormat-menghormati. Pelaksanaan
dasar ini turut mengambil kira kepelbagaian agama, budaya serta nilai hidup masyarakat di
Malaysia.

2.2

RASIONAL PEERS
Pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial (PEERS) adalah satu proses

pembelajaran sepanjang hayat untuk memperoleh pengetahuan yang menyeluruh dalam


aspek biologikal, sosiobudaya, psikologikal dan kerohanian ke arah amalan gaya hidup sihat.
Pendidikan dan ilmu pengetahuan ini dapat membantu pembentukan individu yang
bertanggungjawab dan seterusnya mewujudkan masyarakat Malaysia yang bebas daripada
masalah gejala sosial yang semakin meningkat.

QGU3013 KURIKULUM KOMTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

3.0

Matlamat dan objektif Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS)

Pendidikan seksualiti yang diajar secara menumpang mata pelajaran lain di


Malaysia sebelum ini akan diajar secara berasingan mulai tahun 2011. Pelajar-pelajar perlu
didedahkan pengetahuan kecekapan psikososial dan mempelajari kemahiran untuk menangani
situasi berisiko, pengurusan tekanan, kestabilan emosi dan mental serta pendedahan tentang
jangkitan penyakit seksual, perkembangan sifat seksual sekunder, identiti dan orientasi
seksual, perhubungan, kehamilan remaja, kekeluargaan, dan kesan buruk alkohol, rokok dan
dadah serta langkah pengawalan dan pencegahan.

Pelajar-pelajar pada masa kini perlu membentuk pegangan dan prinsip hidup
yang sihat supaya dapat membentung gejala sosial yang buruk yang bakal dihadapi. Justeru,
PEERS tidak hanya fokus kepada pendidikan seksual, sebaliknya tentang kesihatan. Elemen
kurikulum Pendidikan Kesihatan terbahagi kepada 75 peratus PEERS, 15 peratus pemakanan
dan 10 peratus pertolongan cemas. Jadi, kandungan PEERS dalam pendidikan kesihatan
adalah digubal berdasarkan tahap perkembangan kognitif dan kesesuaian peringkat umur
kumpulan sasaran. Setiap individu perlu dilengkapi dengan kemahiran membuat keputusan
konstruktif, bijak dan bertanggungjawab menangani situasi berisiko.

2 Skop

pembelajaran PEERS merangkumi kesihatan diri dan reproduktif iaitu

aspek perkembangan dan perubahan fizikal, fisiologikal serta psikologikal semasa akil baligh
serta penjagaan kesihatan reproduktif, kesan buruk pengambilan rokok, dadah dan alkohol,
serta kemahiran berkata TIDAK. Seterusnya, pelajar-pelajar mempelajari kemahiran
pengurusan mental dan emosi seperti isu-isu konflik, tekanan diri (Stress), keluarga dan ahli
masyarakat serta kepentingan terhadap institusi perkahwinan, kekeluargaan, peranan dan
tanggungjawab sebagai ahli keluarga.

PEERS tidak hanya fokus isu seksual, sebaliknya kesihatan, Berita Harian, Unit Komunikasi Korporat KPM
2010/12/23
2

QGU3013 KURIKULUM KOMTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

Pelajar-pelajar turut diajar tentang langkah-langkah keselamatan diri di rumah dan


sekolah, di taman permainan atau tempat awam serta pengetahuan terhadap akta
perlindungan bagi kanak-kanak, gadis, wanita. Ini juga termasuk kemahiran mengelakkan diri
daripada ancaman orang yang tidak dikenali dan orang yang perlu dihubungi jika berlaku kes
gangguan, ancaman dan perihal kecemasan.

Skop pembelajaran PEERS juga memberi kesedaran kepada pelajar dan


membantu pelajar membentuk pandangan positif mengenai kesihatan reproduktif dan sosial,
menyediakan informasi dan pengetahuan yang perlu diketahui supaya mereka mengambil
berat terhadap kesihatan seksual selain membantu memperoleh kemahiran membuat
keputusan. Hal ini penting supaya dapat membentuk individu yang menyumbang kepada
pemeliharaan integriti institusi kekeluargaan secara berterusan dan berkekalan kerana
kesihatan seksual dan keluarga merupakan asas kepada asas manusia.

Masyarakat yang menganggap pendidikan seks tidak sesuai untuk golongan


bawah umur harus dikikis supaya pemahaman asas itu dapat diserap di dalam jati kanakkanak seterusnya mendidik mereka dengan pemikiran yang betul tentang amalan gaya hidup
sihat. Pendedahan awal seperti ini perlu bagi perkembangan mental kanak-kanak agar mereka
membesar dengan mempunyai pengetahuan penting yang diperlukan dan seterusnya mampu
menghindari mereka daripada gejala sosial yang negatif sehingga membawa padah kepada
kehidupan mereka.

Pendedahan tentang pengetahuan Pendidikan Kesihatan Reproduktif bukan


merupakan tanggungjawab guru di sekolah semata-mata. Di samping memantau tingkah laku
anak-anak, ibu bapa juga disarankan untuk melengkapkan diri dengan ilmu dan pengetahuan
pendidikan seks. Didikan dari rumah dan daripada ibu bapa anak itu sendiri lebih berkesan jika
dibandingkan dengan didikan daripada penyebaran pengetahuan di sekolah. Bak kata pepatah
bapa borak, anak rintik. Jika ibu bapa sendiri juga mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat
seperti hisap dadah, minum arak dan merokok, apatah lagi anak-anak mereka? Bagaimana
mereka memberi contoh, teladan dan ajaran kepada mereka?

QGU3013 KURIKULUM KOMTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

Jika ditinjau tentang 3Pendidikan seks di rantau Asia, status perkembangannya


adalah pelbagai. Di Jepun, pendidikan seks adalah wajib dipelajari bagi remaja berusia antara
10 hingga 11 tahun. Namun, topik pelajaran utamanya adalah bab biologi seperti baligh yang
melibatkan bab haid dan keluar mani. Negara seperti Indonesia, Mongolia dan Korea Selatan
pula mempunyai rangka polisi yang sistematik tentang pengajaran seks di sekolah.
Bagaimanapun, Malaysia dan Thailand melihat pendidikan kesihatan reproduktif adalah lebih
sesuai kepada golongan remaja.

Di China dan Sri Lanka, pendidikan seks tradisionalnya adalah membaca buku
teks biologi yang berkaitan bab reproduktif. Sri Lanka juga hanya mengajar bab ini apabila
remaja berumur 17 dan 18 tahun. Demikianlah antara senario apabila membicarakan bab
pendidikan seks di beberapa negara di rantau Asia ini. Di masyarakat kita, Pendidikan
Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) lebih sesuai diperkenalkan dan dilaksanakan
disebabkan situasi keistimewaan masyarakat kita, iaitu kepelbagaian agama dan kaum.

Di zaman perkembangan teknologi kini, masyarakat kita dihantui masalah salah


laku seks baik di kalangan remaja atau pun peningkatan jenayah membabitkan kes rogol dan
sumbang mahram yang semakin serius dan berleluasa. Kerajaan amat peka kepada keperluan
terhadap PEERS yang dilaksanakan melalui mata pelajaran pendidikan kesihatan, maka
kurikulum pendidikan kesihatan sentiasa disemak dan ditambah baik dari semasa ke semasa.

PENDIDIKAN SEKS DALAM ISLAM, Oleh MOHD. RADZI MOHD. ZIN

QGU3013 KURIKULUM KOMTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

4.0

Implikasi Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) Ke Atas


Perkembangan Murid-murid

Bermula tahun 2011, Pendidikan Kesihatan akan diajar secara berasingan


sebagai satu mata pelajaran dan tidak bercantum dengan mana-mana mata pelajaran lain.
Pembelajaran PEERS diperuntukkan dua kali sebulan, ini bermakna satu waktu untuk
seminggu iaitu 30 minit bagi sekolah rendah dan 40 minit bagi sekolah menengah. Reka
bentuk kurikulum KSSR memfokuskan 4M iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul.

Kurikulum ini menerapkan pendidikan berorientasikan Kesihatan Reproduktif dan


Sosial (PEERS). Elemen pada PEERS diajar berasingan dan bersama penekanan dalam
aspek penjagaan pemakanan dan keselamatan menerusi mata pelajaran Pendidikan
Kesihatan.

4.1 Kognitif
Elemen utama yang mencakupi keterangan mengenai jantina diri pelajar itu
sendiri akan dapat memandu mereka bertindak dengan tepat. Isi kandungan yang berkaitan
sains seperti sistem reproduktif, maklumat kehamilan dan kelahiran dan penyakit-penyakit
kelamin perlu dihuraikan oleh individu yang benar-benar arif. Para pendidik juga perlu
mengulas ajaran berkaitan seks dan pengetahuan seperti ini untuk membantu pelajar-pelajar
mengubah sikap terhadap gaya hidup dan memberikan kesedaran dengan mencorak
pemikiran yang menyesuaikan dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan
baru.
Hal ini penting untuk perkembangan kognitif pelajar supaya mereka berupaya
menyesuaikan diri dengan gabungan pengetahuan sedia ada dan pengetahuan baru dan
seterusnya membina keyakinan diri, membuat pertimbangan, berkebolehan dan berkeupayaan
memahami diri sendiri dan berkomunikasi antara satu sama lain serta berhubung dengan
masyarakat.

QGU3013 KURIKULUM KOMTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

Sebagai contoh, skop PEERS dalam kurikulum Pendidikan Kesihatan pada


Tahap Satu sekolah rendah merangkumi topik tentang perbezaan dari aspek fizikal lelaki dan
perempuan, tanggungjawab menjaga kebersihan diri, kemahiran berkata TIDAK kepada
sentuhan yang tidak selamat, dan kepentingan memelihara kehormatan diri serta pengurusan
perasaan yang dihadapi. Pelajar-pelajar pada zaman kini perlu didedah tentang aspek
menjaga kesihatan reproduktif dan sosial supaya mereka mendapat pengetahuan asas
seterusnya membimbingnya untuk bertindak melindungi diri daripada berisiko dan
bertanggungjawab terhadap gaya hidup yang akan dijalani.

4.2 Psikomotor
Dalam konteks pembelajaran PEERS, aspek psikomotor berfokus kepada
perlakuan dan tindak balas individu terhadap rangsangan atau faktor situasi yang dihadapi.
Pelajar-pelajar mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan yang diperolehi
terhadap situasi yang dihadapi. Maka, ketika pelajar menghadapi situasi yang perlu menjaga
penghormatan diri, pelajar akan bertindak untuk berkata TIDAK seperti yang telah didedah
tentang kemahiran berkata TIDAK kepada sentuhan yang tidak selamat.

Kurikulum PEERS menjadi suatu pembelajaran yang mencabar kepada para


pendidik kerana pendidikan ialah proses yang sentiasa berubah-ubah dan mengalami
penambahbaikan mengikut keperluan masyarakat dan perkembangan pesat negara serta
dunia. Apabila sesebuah negara bertambah maju, sosial budaya sering diabaikan. Sehingga
tercetusnya keruntuhan nilai moral, barulah memikirkan cara penyelesaiannya. Jadi, kita tidak
patut menjejaki trend kemajuan sebegini kerana mengawal lebih baik dan lebih berkesan
daripada mengubati.

Sebagai contoh, kes buangan bayi dan kes rogol semakin banyak dilaporkan di
media eletronik dan media cetak serta di kaca televisyen. Pelbagai faktor yang memungkinkan
dan mendorong kepada berleluasanya perbuatan kejam ini. Psikomotor yang berfungsi
sebagai perlakuan pelajar tersebut dikawal oleh pemikiran dan pengetahuan pelajar dan
seterusnya bertindak kepada perbuatan kejam itu.

QGU3013 KURIKULUM KOMTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

4.3 Afektif
Di era teknologi moden ini, pelajar-pelajar sekarang mudah dipengaruhi oleh
unsur-unsur budaya hiburan melampau yang ditonjolkan oleh media elektronik seperti dari
internet, kehidupan artis liar yang ditonton, majalah-majalah yang menjolok mata, filem-filem
yang kelonggaran tapisannya. Hal ini demikian kerana unsur-unsur berkonatasi negatif ini
sudah semakin senang diperolehi orang ramai. Perihal ini perlu dipandang serius kerana
unsur-unsur negatif ini akan membawa kepada perkembangan afektif yang tidak seimbang.

Perkembangan dari aspek afektif penting kepada pelajar-pelajar kerana aspek ini
merujuk kepada penghargaan kendiri, keyakinan diri, sikap, tabiat dan persepsi individu
terhadap persekitarannya. Jikalau terlalu dipengaruhi pemikiran yang tidak tepat terhadap gaya
hidup dan keselamatan diri, hal ini akan menjejaskan kehidupan mereka pada masa akan
datang. Skop PEERS juga mencakupi tentang topik pencegahan penyakit memberi
pengetahuan dan kemahiran tentang mengurus kesihatan daripada penyakit berjangkit dan
tidak berjangkit. Sebagai contoh, pelajar-pelajar yang telah didedah tentang pengetahuan
kesan dan pencegahan penyakit berjangkit akan mengaplikasikan pengetahuan tersebut
dalam kehidupan mereka atau sebaliknya.

Oleh yang demikian, keupayaan dan keyakinan diri pelajar akan mendorongnya
mengamalkan gaya hidup sihat yang dipelajari. Dalam pada itu, pelajar tersebut akan
mengamalkannya secara berterusan sehingga menjadi rutin harian. Sikap dan tabiat pelajar
mengenai kepentingan gaya hidup sihat dapat dipupuk dalam jati diri pelajar. Di sini dapat kita
simpulkan bahawa pembelajaran PEERS dapat memberi implikasi terhadap perkembangan
afektif pelajar.

10

QGU3013 KURIKULUM KOMTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

5.0

Kesimpulan

Objektif pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Kesihatan dan Jasmani tidak


hanya terbatas kepada perkembangan psikomotor pelajar sahaja sebaliknya mengambil kira
ketiga-tiga domain kognitif, afektif dan psikomotor. Annarino, Cowell dan Hazelton (1980)
berpendapat bahawa matlamat untuk membangunkan ketiga-tiga domain ini secara eksplisit
sebenarnya juga bergantung kepada pengetahuan dan kompetensi guru. Terdapat beberapa
model pengajaran yang menjadi panduan kepada guru bagi mata pelajaran Pendidikan
Kesihatan dan Jasmani. Contohnya, Inquiry Teaching, oleh Barrett (1970) yang menyaran
Guru merangsang pemikiran murid dengan memandu murid ke arah perkembangan domain
yang tertentu.

Kementerian Pelajaran Malaysia berhasrat untuk meningkatkan kesedaran dalam


kalangan pelajar dan masyarakat tentang pendidikan kesihatan dan seterusnya merealisasikan
kejayaan PEERS. Namun begitu, kejayaan ini memerlukan usaha dan kerjasama yang
berterusan daripada semua pihak terutamanya daripada ibu bapa dalam mendidik anak-anak
dengan maklumat dan pengetahuan PEERS yang tepat dan sempurna. Jadi, KPM ingin
menjelaskan bahawa dalam konteks pendidikan di Malaysia, kita menggunakan istilah
Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial yang mana singkatannya ialah PEERS.

PEERS dilaksanakan secara komprehensif dan kohesif dari sekolah rendah


sehingga sekolah menengah untuk meningkatkan kesedaran dan membantu para pelajar
memperolehi kemahiran membuat keputusan yang bijak serta mempunyai tanggungjawab
terhadap kehidupan pada masa kini dan juga masa depan.

11

QGU3013 KURIKULUM KOMTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

6.0

Rujukan

Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan, UPSI. (2012). Kurikulum Kontemporari Dalam
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Tanjong Malim, Perak: UPSI.
Harian Metro. (2010/12). Minda: KSSR bakal lahir minda kelas pertama. myMetro.
kssr online. (2010). Retrieved from kssronline.com: http://www.kssronline.com/
kssr online. (2012). DS Pend Kesihatan KSSR Thn 3. Retrieved from kssronline.com:
https://skydrive.live.com/?cid=0e282fd7928d2ff3&id=E282FD7928D2FF3%21526#cid=
0E282FD7928D2FF3&id=E282FD7928D2FF3%21526
kssr online. (2012). DS Pendidikan Kesihatan KSSR Thn 1. Retrieved from kssronline.com:
https://skydrive.live.com/?cid=0e282fd7928d2ff3&id=E282FD7928D2FF3%21590#cid=
0E282FD7928D2FF3&id=E282FD7928D2FF3%21590
kssr online. (2012). DS Pendidikan Kesihatan KSSR Thn 2. Retrieved from kssronline.com:
https://skydrive.live.com/?cid=0e282fd7928d2ff3&id=E282FD7928D2FF3%21616#cid=
0E282FD7928D2FF3&id=E282FD7928D2FF3%21616
LPPKN. (2012). Dasar Pendidikan Kesihatan Reproduktif Dan Sosial Kebangsaan. Retrieved
from Laman Web Rasmi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara:
http://www.lppkn.gov.my/guest/index.php/pencapaian-piagam-pelanggan-lppkn?id=74
M, H. R. (n.d.). Ketika Anak Bertanya Ttg Seks. Grasindo.
Magdalena, M. (2010). Melindungi Anak Dari Seks Bebas. Grasindo.
Oh Choon Chin, T. K. (2011). Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. In Buku Teks Pendidikan
Jasmani dan Kesihatan SJKC Tahun 2 (p. 108). Sg. Buloh, Selangor: The Malaya
Press Sdn Bhd.
PPK. (n.d.). pjk.ipgkti.edu.my/PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA/SEKSUALITI. Retrieved
from Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Malaysia:
http://pjk.ipgkti.edu.my/pke3101pkseksualiti/03_Modul%201%20%20Aspek%20Fizikal.pdf
SHIAN, Y. L. (n.d.). Kesihatan: Didikan Seks Bukan Tabu. Retrieved from Kosmo Online:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0206&pub=kosmo&sec=ke
sihatan&pg=ke_01.htm
Unit Pendidikan Sains Kejurulatihan . (Edisi 2012). Nota Sains Sukan Tahap 1. Cawangan
Kejurulatihan Majlis Sukan Negara Malaysia.

12