Anda di halaman 1dari 8

2.

Definisi Perkembangan
Secara amnya pengertian perkembangan menunjuk pada suatu proses kearah
yang lebih sempurna dan tidak dapat diulang kembali. Perkembangan menunjuk
kepada sifat yang tetap dan tidak dapat diputar kembali. Perkembangan juga
dapat ditakrifkan sebagai proses yang kekal dan tetap yang menuju kearah suatu
organisasi pada tingkat integrasi yang lebih tinggi, beradasarkan pertumbuhan,
pematangan dan belajar.

Melly Latifah (2008) dalam blognya menyatakan Seifert dan Hoffnung


(1987) mendefinisikan perkembangan sebagai long term change in a persons
growth, feeling, patterns of thinking, social relationships, and motor skills. Kata
lain mengertikan perkembangan sebagai perubahan yang berkesinambungan
dan progresif dalam organisme, bermula dari lahir hingga mati. Perkembangan
secara luas menunjukkan kepada keseluruhan proses perubahan dari potensi
yang dimiliki individu dan tampil dalam kualiti kemampuan, sifat dan ciri-ciri yang
baru.

2.1

Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget

2.1.1 Faktor Yang Mempengaruhi Proses Pemikiran Individu


Faktor

Pengaruh Huraian

Pemikiran Individu
Kematangan Biologi

Proses pemikiran yang dipengaruhi oleh faktor


baka atau genetik

Interaksi Individu dengan Salah satu proses yang dilalui oleh manusia
Persekitaran

untuk memahami perkara-perkara yang berlaku

Pengalaman Sosial

Perkembangan

kognitif

juga

dipengaruhioleh

pergaulan individu dengan orang di sekelilingnya


Keseimbangan

Proses keseimbangan adalah merupakan salah

satu cara yang digunakan oleh individu untuk


mengadaptasi dengan situasi yang baru dialami

2.1.2 Proses Mencapai Keseimbangan


Menurut Piaget, setiap individu cenderung untuk memahami persekitaran
mereka dan proses ini dikenali sebagai proses mencapai keseimbangan. Setiap
kali individu memperoleh sesuatu pengalaman, mereka akan menyusun
pengalaman-pengalaman tersebut dalam minda dan membentuk satu sistem
yang dipanggil skema. Proses penyusunan dan pembentukan skema ini
dipanggil organisasi.

Skema-skema ini akan digunakan oleh individu apabila mereka berdepan


dengan sesuatu situasi yang memerlukan penyelesaian. Pembentukan skema
bermula sebaik sahaja individu dilahirkan. Misalnya, kanak-kanak membina
skema dan mengkategori bahawa kenderaan yang mempunyai dua tayar
sebagai basikal.

Dalam banyak situasi, skema-skema yang dibentuk ini akan berhadapan


dengan situasi yang baru. Contohnya, kanak-kanak telah mengenal bahawa
kenderaan bertayar dua hanya basikal, namun apabila terlihat kenderaan
bertayar dua yang lain, ibunya menerangkan bahawa ini motosikal. Kanak-kanak
akan menjadi buntu, kerana skema yang asal menyatakan, hanya basikal
bertayar dua. Namun, proses ini adalah proses yang mana semua individu akan
laluinya dan mereka perlu mengubahsuai skema yang lama supaya mereka
dapat mengadaptasi dengan situasi yang baru.

Proses perubahan atau penukaran skema yang lama kepada skema yang
baru dipanggil adaptasi. Adaptasi melibatkan dua proses yang saling berkait iaitu
asimilasi dan akomodasi.

Asimilasi berlaku apabila individu cuba memahami pengalaman baru dan


cuba untuk menyesuaikan pengalaman-pengalaman ini dengan skema yang
telah sedia ada. Misalnya, setelah kanak-kanak tersebut melihat bahawa
motosikal juga bertayar dua, dia akan mengasimilasikan skema yang baru ini
dengan skema yang sedia ada. Melalui pengalaman dan bimbingan, kanakkanak akan cuba memadankan pengetahuan baru dengan pengetahuan sedia
ada.

Manakala, akomodasi pula merupakan proses yang berlaku apabila


individu dapat menukar skema yang lama untuk disesuaikan dengan
pengalaman baru dan seterusnya membentuk skema yang baru. Dalam contoh
di atas bahawa kanak-kanak tadi dapat mengakomodasi di mana dapat
mengkategorikan motosikal sebagai sebuah kenderaan bertayar dua.

Menurut

Piaget

lagi,

proses

mengorganisasi,

mengasimilasi

dan

mengakomodasi adalah proses yang digunakan untuk individu mencapai


keseimbangan. Secara kesimpulannya, jika kita menggunakan skema baru untuk
situasi atau pengalaman yang baru dan ia berjaya, maka keseimbangan akan
berlaku, tetapi sekiranya tidak memberi penyesuaian terhadap diri kita, maka
keseimbangan tidak berlaku namun kita akan terus membina skema-skema baru
untuk disesuaikan dengan situasi yg baru tersebut.

2.1.3 Peringkat-peringkat Dalam Perkembangan Kognitif


Dari kajian dan pemerhatiannya, Piaget mendapati bahawa perkembangan
kognitif kanak-kanak adalah berbeza dan berubah melalui empat peringkat
mengikut umur mereka. Piaget membahagikan empat peringkat adalah seperti;
i) Peringkat Deria Motor (0 hingga 2 tahun),
ii) Peringkat Pra Operasi (2 hingga 7 tahun),

iii) Peringkat Operasi Konkrit (7 hingga 12 tahun), dan


iv) Peringkat Operasi Formal (selepas 12 tahun).

Peringkat

Huraian

Perkembangan
Peringkat

Deria Peringkat

ini

merupakan

permulaan

dalam

Motor

perkembangan kognitif yang mana bayi menggunakan

(0 hingga 2 tahun)

deria dan pergerakan fizikal untuk mempelajari


tentang

persekitarannya.

Skema-skema

yang

terbentuk adalah hasil interaksi fizikal bayi dan


persekitaran.
Peringkat sensori motor adalah peingkat yang mana
kanak-kanak mengkoordinasi maklumat deria dengan
kebolehan motor untuk membentuk skema bagi
membolehkan mereka meneroka dan mengetahui
persekitaran mereka.
Pada peringkat akhir sensori motor, kanak-kanak akan
melakukan imitasi terhadap tingkahlaku yang dilihat
atau

diperhatikan.

Misalnya,

meniru

perlakuan

melambaikan tangan.
Peringkat

Pra Pada

peringkat

ini

kanak-kanak

akan

cuba

Operasi

menggambarkan dan merancang pergerakan atau

(2 hingga 7 tahun)

aktiviti dengan menggunakan minda mereka untuk


membentuk skema.

Peringkat

ini adalah apabila kanak-kanak dapat

mewakili sesuatu objek atau pergerakan fizikaldengan


simbo.Simbol yang digunakan termasuk bahasa,
isyarat, gambar dan sebagainya.

Menurut Piaget, kanak-kanak pada peringkat ini


menunjukkan

sikap egosentrik yang

bermaksud,

mereka melihat dan memahmi persekitaran melalui


persperktif sendiri.

Kanak-kanak selalu menyangka orang lain mempunyai


perasaan, reaksi dan perspektif yang sama dengan
mereka. Contohnya,seorang kanak-kanak yang suka
melihat siri kartun, beranggapan semua orang lain
juga mempunyai minat yang sama dengannya.

Peringkat

Operasi Kanak-kanak dalam peringkat ini berkebolehan berfikir

Konkrit

secara logik walaupun pemikiran masih terikat dengan

(7 hingga 12 tahun)

situasi yang konkrit.

Pada peringkat ini, kanak-kanak juga menguasai


proses pengelasan. Dalam kemahiran ini, kanakkanak dapat mengklasifikasikan objek ke dalam set
atau kumpulan berdasarkan sesuatu ciri. Contohnya,
pengelasan mengikut ciri.

Peringkat ini kanak-kanak juga menunjukkan sikap


egosentrik membawa maksud mereka melihat dan
memahami persekitaran melalui persektif sendiri

Peringkat

Operasi Pada peringkat ini, kanak-kanak boleh melakukan

Formal

proses mental ke atas idea2 dan membuat jangkaan

(Selepas 12 tahun)

atau andaian berdasarkan fata dan pemikiran mereka


tidak lagi terikat kepada bahan-bahan konkrit.

Antara ciri-ciri pemikiran secara formal yang dilalui


seperi berfikir secara abstrak, sistematik dan bboleh
membuat hipotesis.

Selain daripada ciri-ciri di atas, egosentrik remaja


muncul dan lebih tertumpu kepada idea dan pemikiran
mereka sendiri. Mereka susah untuk menerima
pendapat orang lain dan mempunyai perasaan mereka
sentiasa diperhatikan oleh orang sekeliling.

2.2

Teori Perkembangan Emosi Erik Erikson


Teori ini menekankan kepentingan hubungan sosial dengan individu-individu di
persekitaran kanak-kanak. Menurut Erikson, personaliti seseorang kanak-kanak
dibentuk hasil daripada perkembangan psikososial ini. Dalam teori ini, Erikson
memperkenalkan lapan peringkat perkembangan psikososial.

Erikson

mencadangkan

individu

perlu

berhadapan

dengan

kriteria

perkembangan dalam setiap peringkat yang mana pada setiap peringkat


mempunyai matlamat untuk dicapai. Kejayaan atau kegagalan mencapai
matlamat atau menyelesaikan krisis perkembangan akan membawa akibat
kepada imej kendiri seseorang individu.

Teori psikososial Erikson adalah berdasarkan kepada lima prinsip utama:

i) Setiap individu mempunyai keperluan asas yang sama.


ii) Perkembangan individu bergantung kepada tindak balas individu
terhadap keperluan-keperluan asasnya.
iii) Perkembangan individu mengikut tahap-tahap tertentu.
iv) Setiap tahap mempunyai konflik dan konflik ini mesti diatasi supaya
individu dapat berfungsi dengan baik dalam tahap berikutnya.
v) Kegagalan mengatasi konflik pada sesuatu tahap akan menjejaskan
perkembangan tahap berikutnya.

2.2.1 Peringkat Perkembangan Psikososial Erikson


Lapan peringkat perkembangan psikososial Erikson :
Peringkat

Tahap Umur

Asas

Dari lahir

kepercayaan

hingga

lawan asas

tahun

ketidakpercayaan

Huraian

Bayi membentuk perasaan percaya


pada persekitaran dan orang akan
wujud

sekiranya

mendapat

penjagaan baik daripada penjaga.

Sekiranya

tidak

mendapat

penjagaan yang sempurna, maka


akan timbul perasaan tidak percaya
Automi lawan

1 tahun hingga

keraguan

3 tahun

Kanak-kanak

mula

berkeinginan

melakukan sesuatu tanpa bantuan


orang lain.

Sekiranya

perbuatan

tersebut

berjaya, timbul keyakinan dan rasa


percaya terhadap keupayaan diri.

Sekiranya gagal, mereka mulai


meragui

keupayaan

diri

dan

rasa

ingin

merasa rendah diri


Inisiatif lawan

4 tahun hingga

rasa bersalah

5 tahun

Kanak-kanak

mula

meneroka dan mencuba sesuatu


yang baru dan mencabar secara
sendirian (inisiatif)

Sekiranya gagal dalam sesuatu


percubaan,

akan

timbul

rasa

bersalah
Industri lawan

6 tahun hingga

rasa rendah diri

11 tahun

Kanak-kanak

mesti

menghadapi

kemahiran-kemahiran baru di alam


persekolahan

Sebaliknya, mereka menghadapi


risiko perasaan rendah diri dan
tiada keupayaan sekiranya berlaku
kegagalan

Identiti lawan

12 tahun

kekeliruan identiti

hingga

identiti dalam pekerjaan, peranan

18 tahun

jantina, pollitik dan agama

Remaja

Sekiranya

mesti

berjaya

tidak,

akan

mencari

timbul

perasaan rendah diri

Keintiman lawan

Awal dewasa

keasingan

18 tahun

akrab terutamanya dengan rakan

hingga 35

berlainan jantina, memikir teman

tahun

hidup, dan perkahwinan

Mula membentuk hubungan yang

Sekiranya
dalam

berlaku

kegagalan

perhubungan,

mula

mengasingkan diri dan hidup dalam


kesunyian

Generativiti

Pertengahan

lawan kekakuan

dewasa

dengan

35 tahun

komitmen terhadap kerjaya

hingga 65

tahun

Mula memikirkan isu berhubungan

Kegagalan

kekeluargaan

membawa

dan

kepada

perasaan mementingkan diri sendiri

Integriti lawan

Lanjut usia

kekecewaan

65 tahun ke

terhadap apa yang berlaku dalam

atas

kehidupan yang dilalui sebelum ini

Individu mula membuat refleksi

Kejayaan dalam hidup berkeluarga


dan kerjaya

Kegagalan

membawa

kesedihan dan kekecewaan

kepada