Anda di halaman 1dari 5

Manual Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM).

1. Baca cerita yang disediakan.


2. Fahami jalan cerita tersebut melalui gambar-gambar yang tertera.
3. Baca suku kata yang telah dilekatkan.
4. Eja perkataan tersebut.

Cadangan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran.


1. Guru membacakan cerita Si Comel Bertudung Merah yang telah dipilih
kepada murid-murid.
2. Murid-murid mendengar dan cuba memahami jalan cerita tersebut.
3. Guru akan membaca suku kata yang panjanh dan murid-murid akan
mengulang baca suku kata tersebut.
4. Guru akan menyenaraikan beberapa perkataan yang mudah dan minta murid
membaca suku kata serta mengeja perkataan tersebut.
5. Guru memberi latihan yang berkaitan dengan tajuk pembelajaran hari itu
kepada murid-murid bagi mengukuhkan kefahaman mereka.

Latihan 1
Isi tempat kosong di bawah dengan menggunakan perkataan berikut.

kayu

raga

baju

bunga

mata

ibu

1. Baik ___________. Saya berjanji akan pulang segera, janji Si Comel


Bertudung Merah.
2. Si Comel Bertudung Merah melangkah girang sambil membawa
___________.
3. Dia berhenti seketika untuk memetik ___________ yang cantik untu diberikan
kepada neneknya.
4. Serigala dengan pantasnya mencapai ___________ tidur dan cermin mata
milik nenek di tepi katil dan memakainya.
5. ___________ nenek sungguh besar! teriak Si Comel Bertudung Merah.
6. Jeritannya didengari oleh seorang pemotong ___________.

Latihan 2
Padankan perkataan tersebut dengan gambar yang sesuai.

baju

raga

bunga

mata

kayu

ibu

SELVIANNIE ANAK LUNGGANG


PISMP BI1113
(930311-12-5822)
Penulisan Reflektif
Sepanjang menyiapkan tugasan ini, banyak pengalaman dan perkara yang
telah saya pelajari. Sebelum memulakan tugasan ini, saya dan rakan-rakan telah
diberikan taklimat ringkas tentang tugasan yang bakal kami hadapi. Taklimat yang
pertama telah diberikan oleh ketua kelas kami sendiri. Manakala, pensyarah subjek
Literasi Bahasa iaitu Encik Pauzi telah memberikan taklimat tugasan dengan lebih
jelas dan terperinci sekembalinya kami daripada Pengalaman Berasaskan Sekolah
(PBS) pada bulan yang lepas.
Dalam proses menyiapkan tugasan ini, saya dan rakan saya Nancy, telah
berbincang bersama-sama tentang kehendak-kehendak tugasan. Pada mulanya,
kami mencari maklumat tentang LINUS melalui internet, buku-buku serta keratan
surat khabar bagi memahami konsep ini dengan lebih mendalam lagi. Saya
memdapati, LINUS agak susah difahami berbanding dengan KIA2M. walaupun
objektif kedua-dua konsep ini hampir sama iaitu menulis dan mengira, saya tetap
merasakan kesukaran dalam memahami konsep LINUS. Namun begitu, saya amat
bersyukur kerana sepanjang program PBS yang lepas, saya telah didedahkan
tentang cara pengajaran dan pembelajaran LINUS di dalam kelas.
Guru-guru di sekolah tersebut amat menekankan konsep LINUS bagi
mengatasi masalah pelajar-pelajar yang lemah dalam menulis, membaca dan
mengira. Mereka menggunakan pelbagai Bahan Bantu Mengajar (BBM) di dalam
kelas seperti gambar, buku cerita, objek realistic dan sebagainya. Berdasarkan
pemerhatian saya, strategi guru-guru di sekolah tersebut amat berkesan kerana
hasilnya, ada pelajar tahun satu yang sudah lancer membaca dan mempunyai
tulisan yang sangat kemas. Selain itu, saya juga telah berbincang dengan pensyarah
subjek ini tentang beberapa isu atau perkara yang berkaitan dengan tugasan apabila
terdapat kekeliruan. Saya berterima kasih atas jasa baik beliau yang sudi berkongsi
serba sedikit ilmu yang beliau ada.
Hasil daripada perbincangan dan pengalaman yang telah saya lalui bersama
rakan saya, akhirnya kami berjaya juga menyiapkan tugasan ini. Tambahan pula,

pelbagai ilmu yang telah saya perolehi dengan bertukar-tiukar pendapat antara satu
sama lain. Namun begitu, untuk menyiapkan tugasan ini, pelbagai cabaran yang
telah kami lalui bersama. Antaranya ialah kekangan masa yang sangat suntuk.
Tempoh untuk menyiapkan tugasan ini sememangnya cukup. Namun begitu,
disebabkan oleh pelbagai aktiviti kelas dan institut yang wajib kami laksanakan
serba sedikit mengganggu fokus kami terhadap tugasan ini. Selain itu, sumber yang
agak terhad untuk mencari bahan tugasan seperti penggunaan internet
menyebabkan kami

juga

terpaksa memohon tarikh tundaan. Ini kerana, sejak

kebelakangan ini, masalah liputan internet semakin menjadi-jadi. Namun demikian,


saya dan rakan saya tidak sama sekali membiarkan masalah ini membelenggu kami.
Beberapa inisiatif telah kami jalankan bagi mengatasi masalah-masalah ini.
Antaranya ialah dengan mengorbankan masa rehat kami. Walaupun hanya
setengah jam, kami akan sedaya upaya untuk memanfaatkan masa tersebut bagi
menyiapkan tugasan ini.
Konklusinya, tugasan ini telah memberi pendedahan yang luas kepada saya
tentang LINUS di samping menyediakan saya secara fizikal dan mental ketika
berhadapan dengan masalah-masalah umum yang mungkin dihadapi oleh saya
apabila menjadi guru kelak.