Anda di halaman 1dari 31

TAHUN 2007

4a Nilai setia kawan sering dipaparkan dalam sesebuah novel. Huraikan dua nilai setia kawan
dalam sebuah novel yang anda pelajari.
Jawapan:
Nilai setia kawan yang terdapat dalam novel Kabus di Perbukitan ialah pertama,
kesetiaan persahabatan antara Azrul dan Rahayu. Hubungan antara Azrul dan Rahayu sangat
rapat lantaran mereka merupakan teman sekuliah daripada Fakulti Ekologi Manusia, Universiti
Putra Malaysia. Mereka sering membuat rujukan bersama-sama di perpustakaan dan
berbincang tentang rancangan masa hadapan apabila mereka menamatkan pengajian kelak.
Namun hubungan mereka terputus apabila Rahayu meninggal dunia kerana menghidap penyakit
barah paru-paru. Walau bagaimanapun, Azrul terus berusaha untuk meneruskan harapan
Rahayu dan dirinya untuk menjadi siswazah yang berdikari tanpa mengharapkan kerja makan
gaji. Azrul sentiasa menjadikan kata-kata semangat Rahayu sebagai pendorong kepada untuk
terus berjaya dan akhirnya dia telah menjadi usahawan tani yang berjaya. Kedua, kesetiaan
persahabatan antara Benny dan Mohamed Attar. Benny begitu setia menyertai misi Mohamed
Attar untuk menegakkan syiar Islam secara ekstrem walaupun tidak disenangi oleh Melina.
Benny tetap meneruskan persahabatannya dengan Mohamed Attar walaupun Melina berkalikali menasihatinya agar menjauhi Mohamed Attar sehinggalah Mohamed Attar ditahan oleh
pihak Interpol manakala Benny terpaksa melarikan diri ke Dubai.
4b Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan tema dalam setiap novel itu.
Jawapan:
Tema bagi novel Melunas Rindu ialah kegigihan dan ketabahan seorang pemuda
untuk mencari asal usul dirinya. Misalnya, Fuad/ Abdul Halim/ Joshua gigih berusaha untuk
mencari ibunya yang telah terpisah sejak dilahirkan. Dia yang dipelihara oleh bapa saudaranya
Peter Lim pada awalnya cuba mengesan kubur ibunya yang dikatakan telah meninggal dunia.
Namun, berita yang menyatakan ibunya masih hidup amat mengembirakan hatinya.
Pencariannya berakhir apabila dia berjaya menemui ibunya yang seterusnya dapat melunaskan
rindunya terhadap ibu kandungnya itu.
Sementara itu , tema bagi novel Kabus di Perbukitan ialah jati diri bangsa menjadi
tunjang seseorang insan. Buktinya, Faridah yang merantau ke New Zealand selama 25 tahun
kemudian berkahwin dengan Soleh Johnsons akhirnya kembali ke Malaysia untuk membina
kehidupan dalam meniti usia tuanya. Malahan dia berazam untuk memastikan anak cucunya
juga akan berpegang teguh pada jati diri bangsa dan akan menetap di Malaysia pada suatu hari
nanti ibarat peribahasa setinggi-tinggi bangau terbang akhirnya hinggap di belakang kerbau juga.

TAHUN 2007
4a Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua peristiwa yang dapat dikaitkan
dengan persoalan maruah.
Jawapan:
Dua peristiwa yang dapat dikaitkan dengan persoalan maruah dalam novel Kabus di
Perbukitan ialah pertama persoalan menjaga maruah diri dan keluarga. Misalnya, walaupun
Melina semakin akrab dengan Benny dan Benny berkali-kali mengajaknya ke Malaysia namun
Melina keberatan untuk menerima pelawaan Benny tanpa sebarang ikatan perkahwinan yang
sah demi menjaga maruah diri dan keluarganya. Harapan Benny itu hanya terlaksana apabila
Benny melamar Melina dan mereka mendirikan rumah tangga. Kedua, persoalan menjaga
maruah agama. Misalnya, tindakan Mohamed Attar yang agak ekstrem dalam perjuangannya
untuk menegakkan syair Islam kurang disenangi oleh Ustaz Hassan Syukri. Peristiwa Mohamed
Attar ditangkap kerana cuba mengebom sebuah pusat perjudian di Pulau Sentosa, Singapura
telah menjatuhkan maruah agama Islam kerana telah memberikan tanggapan negatif kepada
masyarakat terutama masyarakat bukan Islam bahawa agama Islam mengajar umatnya
melakukan keganasan. Hal ini sudah tentu bertentangan dengan ajaran Islam yang
mengutamakan amalan berhemah dalam menyebarkan syair Islam.
4b Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan cara watak utama setiap novel
menyelesaikan satu konflik yang dihadapinya.
Jawapan:
Berdasarkan novel Melunas Rindu cara watak utama iaitu, Fuad menyelesaikan
konflik antara dirinya dengan Mak Salmah yang berpunca daripada kesukaran Mak Salmah
untuk memaafkan kesalahan Fuad yang menjadi punca kematian anak kesayangannya, Sofia
ialah Fuad terpaksa bersabar menghadapi kedinginan layanan Mak Samlah terhadapnya
sepanjang dia tinggal menumpang di rumah Pak Ismail dan Mak Salmah. Fuad mengambil masa
berbulan-bulan untuk memujuk hati Mak Salmah agar memaafkannya dan akhirnya Mak Salmah
telah memaafkan Fuad.

Sementara itu, dalam novel Kabus di Perbukitan cara watak utamanya iaitu Faridah
menyelesaikan konflik dalam dirinya yang terlalu rindu akan kampung halamannya iaitu Sungai
Besar, Selangor setelah 25 tahun tinggal di New Zealand ialah dia telah bercuti ke Malaysia
untuk menguruskan perkahwinan antara Zain dengan Anne. Namun , akhirnya dia dan suaminya,
Soleh Johnsons mengambil keputusan untuk terus tinggal di Malaysia maka dapatlah dia
menghabiskan usia tuanya di tanah airnya yang tercinta.

TAHUN 2008
4a Pemilihan tajuk sesebuah novel dapat dikaitkan dengan isi kandungan novel tersebut.
Buktikan pernyataan di atas berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji.
Jawapan:
Berdasarkan novel Melunas Rindu sesungguhnya, judul novel ini sangat sesuai
dengan jalan ceritanya kerana pertama, judul novel Melunas Rindu ada kaitan dengan
perasaan Fuad yang sangat rindu akan ibunya kerana dia sudah terpisah daripada ibunya sejak
kecil. Oleh itu, dia berusaha untuk mencari kubur ibunya kerana diberitakan ibunya sudah
meninggal dunia. Namun dia dikhabarkan berita yang menggembirakan iaitu ibunya belum
meninggal dunia. Maka, dia berpeluang untuk menemui ibunya hidup-hidup bagi melunaskan
rindunya itu.
Kedua, perasaan rindu Fuad akhirnya terlunas apabila pada suatu hari ketika dia pergi
melawat ibu Farhana yang sakit di hospital dia mendapati nama ibu Farhana sama dengan nama
ibunya. Perkara itu akhirnya terbongkar apabila bapa Fuad, Robert Lim yang ingin menyerahkan
cincin perkahwinannya dengan Mariana kepada Fuad mengesahkan bahawa ibu Farhana itu
ialah ibu kandung Fuad.

4b Berdasarkan dua novel yang telah anda kaji, berikan tiga pengajaran yang terdapat dalam
setiap novel.
Jawapan:
Pengajaran yang terdapat dalam novel Melunas Rindu ialah pertama, kita
hendaklah bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas yang diberikan dengan penuh komited.
Misalnya, Farhana juga begitu komited melaksanakan tanggungjawabnya sebagai Ketua Panitia
Bahasa Inggeris untuk memastikan murid-murid di Sekolah Menengah Seri Setia dapat
menguasai mata pelajaran Bahasa Inggeris dengan baik. Dia selalu berbincang dengan Fuad
untuk memantapkan program yang telah dirancang. Kedua, kita hendaklah sayang akan ahli
keluarga sendiri walaupun berlainan agama.Misalnya, Fuad sangat sayang akan Peter Lim iaitu
bapa angkatnya yang telah memeliharanya sejak kecil malah sanggup membiayai persekolahan
adik-adik angkatnya walaupun kini dia telah kembali kepada agama asalnya iaitu Islam. Ketiga,
kita hendaklah mentaati perintah ajaran agama yang dianuti. Misalnya, Fuad tekun mengerjakan
solat di surau dan mengaji al-Quran selepas kembali kepada agama Islam.

Pengajaran yang terdapat dalam novel Kabus di Perbukitan ialah pertama, kita
hendaklah mempunyai jati diri yang teguh walaupun di mana-mana kita berada. Misalnya,
Faridah yang sudah 25 tahun tinggal di New Zealand tetap mengingati dan menghargai tanah
airnya, Malaysia. Dia kemudian telah mengambil keputusan untuk menetap di Malaysia dalam
meniti usia tuanya bersama-sama suaminya, Soleh Johnson. Kedua, kita hendaklah gigih
berusaha untuk mencapai kemajuan. Misalnya, Azrul yang bertekad untuk menjadi penternak
dan petani setelah menamatkan pengajian di UPM, telah berusaha dengan gigih memajukan
projek ternakan kambing dan tapak semaiannya hingga dia berjaya menjadi seorang
usahawantani berjaya. Ketiga, kita hendaklah mentaati perintah ajaran agama yang dianuti
sebaik-baiknya. Misalnya, Soleh Johnsons merupakan seorang penganut Islam yang tekun
mengerjakan solat lima waktu di masjid dan selalu menderma kepada badan-badan kebajikan.

TAHUN 2008
4a Bahagian permulaan sebuah novel memainkan peranan yang penting kepada pembaca
untuk meneruskan pembacaan.
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua sebab bahagian permulaan novel
itu menarik minat anda.
Jawapan:
Berdasarkan novel Kabus di Perbukitan, permulaan novel ini menarik kerana
menimbulkan perasaan ingin tahu kepada pembaca apabila Rahayu tiba-tiba terlihat peristiwa
seolah-olah dia sedang menuju ke penghadang jalan lalu melanggarnya dan terus menjunam ke
dalam gaung ketika berada di dalam perpustakaan Universiti Putra Malaysia. Rentetan peristiwa
itu dia menjerit ketakutan lalu jatuh pengsan yang menimbul kegemparan di UPM yang
kononnya UPM diserang histeria.
Kedua, peristiwa kehilangan Faridah dan Iqbal selepas mereka ditimpa kemalangan
pada permulaan cerita juga menarik perhatian pembaca kerana menimbulkan persoalan kepada
pembaca tentang siapa-siapa yang telah melarikan mereka berdua tanpa meninggalkan
sebarang jejak sehingga memeningkan kepada pihak yang berusaha mengesan kehilangan
mereka itu. Kehilangan Faridah dan Iqbal berjaya menimbulkan pelbagai misteri.
4b Bandingkan, iaitu dari segi persamaan dan perbezaan latar masyarakat dalam dua buah
novel yang anda pelajari.
Jawapan:
Persamaan latar masyarakat yang terdapat dalam novel Melunas Rindu dan Kabus
di Perbukitan ialah masyarakat yang mengamalkan perkahwinan campur. Misalnya, dalam
novel Melunas Rindu, Mariana yang berketurunan Melayu telah berkahwin dengan Robert Lim
yang berketurunan Cina. Hasil perkahwinan inilah lahirlah Fuad yang merupakan pemuda
kacukan Melayu dan Cina. Sementara itu, dalam novel Kabus di Perbukitan, Faridah yang
berketurunan Melayu dari Malaysia telah berkahwin dengan Samuel Johnsons yang
berketurunan kulit putih dari New Zealand lalu lahirlah Anne dan Melina yang merupakan gadis
kacukan Melayu dan bangsa kulit putih.
Perbezaan latar masyarakat yang terdapat dalam novel Melunas Rindu dan Kabus
di Perbukitan ialah masyarakat yang berbeza tempat tinggal. Misalnya, dalam novel Melunas
Rindu, Fuad tinggal di Malaysia. Sementara itu, dalam novel Kabus di Perbukitan, Faridah dan
keluarganya tinggal di New Zealand sebelum dia kembali semula ke Malaysia.

TAHUN 2009
4a Sesebuah novel dapat menimbulkan pelbagai kesan terhadap perasaan pembaca.
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua peristiwa yang meninggalkan
kesan terhadap perasaan anda.
Jawapan:
Berdasarkan novel Melunas Rindu peristiwa yang menimbulkan kesan kepada saya
ialah pertama, peristiwa Fuad kembali ke Sungai Ruan untuk menemui bapa angkatnya iaitu
Peter Lim yang telah memeliharanya sejak kecil setelah dia kembali kepada agama Islam.
Kepulangan Fuad sangat dinanti-nantikan oleh keluarga angkatnya itu malah Fuad telah
menyuapkan bubur kepada bapa angkatnya yang sedang sakit itu walaupun kini mereka
berlainan agama. Fuad juga telah membuat keputusan untuk membiayai persekolahan adikadik angkatnya itu. Peristiwa ini meninggalkan kesan terhadap perasaan saya kerana telah
berjaya membuktikan bahawa perbezaan anutan agama tidak akan memutuskan hubungan
kekeluargaan yang telah terjalin sekian lama. Kedua, peristiwa Fuad mendapati bahawa Farhana
ialah adik kandungnya yang sama ibu iaitu ibu Fuad ialah ibu Farhana juga walaupun Fuad telah
berkira-kira untuk melafazkan perasaan cinta terhadap Farhana. Fuad sungguh tabah dan reda
menerima ketentuan takdir bahawa dia terpaksa melupakan perasaan itu terhadap Farhana
kerana berdosa adik-beradik berkahwin. Ketabahan dan keredaan Fuad menerima takdir itu
meninggalkan kesan terhadap perasaan saya kerana telah menyedarkan saya bahawa tuntutan
agama itu lebih penting daripada tuntutan nafsu.

4b Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, bandingkan dua latar masa dalam setiap
novel.
Jawapan:
Latar masa yang terdapat dalam kedua-dua novel Melunas Rindu dan Kabus di
Perbukitan ialah pada waktu pagi. Misalnya, dalam novel Melunas Rindu, peristiwa yang
berlaku pada waktu pagi ialah kedatangan Chin ke Sekolah Seri Setia untuk berjumpa Fuad di
kantin sekolah pada waktu rehat. Dalam pertemuan itu Chin telah memaklumkan Fuad tentang
perniagaan ayah Fuad iaitu Robert Lim yang semakin merosot. Sementara itu, dalam novel
Kabus di Perbukitan, peristiwa yang berlaku pada waktu pagi ialah peristiwa Rahayu tiba-tiba
terlihat peristiwa seolah-olah dia sedang menuju ke penghadang jalan lalu melanggarnya dan
terus menjunam ke dalam gaung ketika berada di dalam perpustakaan Universiti Putra Malaysia.
Rentetan peristiwa itu dia menjerit ketakutan lalu jatuh pengsan yang menimbul kegemparan di
UPM yang kononnya UPM diserang histeria. Pada masa yang sama juga Faridah telah terlibat
dalam kemalangan dalam perjalannya ke Raub.
Selain itu, dalam kedua-dua novel juga terdapat latar masa pada waktu malam.
Misalnya, dalam novel Melunas Rindu, peristiwa Fuad membawa anak Borhan, Muhammad
Alif yang demam panas ke Klinik Ihsan di bandar Kuala Terengganu berlaku pada waktu malam
iaitu mereka sampai di situ lebih kurang jam sebelas malam. Demi membantu rakannya itu, Fuad
telah menyewa sebuah kereta dan membayar caj rawatan anak Borhan itu. Sementara itu,
dalam novel Melunas Rindu, peristiwa yang berlaku pada waktu malam peristiwa Ghazali dan
Said tiba di Rumah Rehat Gap menjelang jam 10 malam untuk mengetahui perkembangan
operasi pencarian Faridah dan Iqbal. Ghazali telah dimakulmkan oleh Inspektor Aznil bahawa
satu platun Senoi Praak akan tiba dari Hulu Perak untuk membantu mereka mengesan jejak
Faridah dan Iqbal lewat malam itu.

TAHUN 2009
4a Ketabahan watak utama dalam sesebuah novel membolehkannya memperoleh kejayaan.
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua contoh yang dapat membuktikan
pernyataan di atas.
Jawapan:
Berdasarkan watak utama dalam novel Melunas Rindu iaitu Fuad sememangnya
ketabahan Fuad menghadapi cabaran telah membolehkannya memperoleh kejayaan. Pertama,
ketabahan Fuad menghadapi sikap dingin Mak Salmah. Mak Salmah sukar untuk memaafkan
kesalahan Fuad yang menjadi punca kematian anak kesayangannya, Sofia. Selama beberapa
bulan Fuad tinggal di rumah Mak Salmah, dia bersikap dingin terhadap Fuad. Walau
bagaimanapun, Fuad sentiasa tabah menghadapi situasi tersebut dan berusaha untuk
memenangi hati Mak Salmah sehinggalah dia membelikan sebidang tanah untuk Mak Salmah
dan Pak Ismail. Akhirnya, Mak Salmah mulai dapat menerima dan memaafkan Fuad.
Kedua, ketabahan Fuad mendidik murid-murid tingkatan 5 di Sekolah Menengah Seri
Setia yang agak lemah dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris. Bagi menghadapi situasi ini, Fuad
telah berusaha mencari kaedah yang sesuai supaya anak-anak muridnya mendapat kesan yang
positif daripada didikannya. Berkat ketabahannya, anak-anak muridnya telah menunjukkan
minat untuk mempelajari Bahasa Inggeris.

4b Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, bandingkan dua contoh nilai
tanggungjawab yang terdapat dalam setiap novel.
Jawapan:
Contoh nilai tanggungjawab yang terdapat dalam novel Melunas Rindu ialah
pertama, tanggungjawab terhadap amanah atau tugas yang telah diberikan. Misalnya, Cikgu
Abas sentiasa melaksanakan tanggungjawabnya sebagai penolong kanan untuk memastikan
kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran di Sekolah Menengah Seri Setia. Beliau kerap
menegur sikap guru-guru yang tidak amanah seperti tidak masuk ke kelas untuk mengajar.
Sementara itu, dalam novel "Kabus di Perbukitan" terdapat contoh nilai tanggungjawab sebagai
muslim sejati . Misalnya, Soleh Johnsons sentiasa memastikan penyembelihan haiwan ternakan
yang akan dipasarkan kepada pengguna terutama umat Islam mengikut lunas-lunas ajaran Islam.
Selain itu, Soleh Johnsons sentiasa bersolat dan bersedekah semata-mata untuk melaksanakan
tanggungjawabnya sebagai penganut agama Islam yang sejati.

Perbandingan contoh nilai yang kedua ialah tanggungjawab sebagai suami atau ketua
keluarga. Misalnya, dalam novel "Melunas Rindu", Roslan (Robert Lim) seharusnya
bertanggungjawab sebagai ketua keluarga dengan tidak meninggalkan Mariana yang sedang
mengandung selepas kira-kira 3 bulan mereka mendirikan rumah tangga. Berbuatan Roslan
(Robert Lim) yang tidak bertanggungjawab itu telah menyebabkan Mariana tertekan lalu
mengalami penyakit gila meroyan malahan, Abdul Halim (Fuad) mahu dibunuhnya. Dalam novel
"Kabus di Perbukitan juga terdapat contoh nilai tanggungjawab sebagai suami atau ketua
keluarga. Sikap Kamaruddin juga seperti Roslan (Robert Lim) yang seharusnya
bertanggungjawab sebagai suami kepada Salmah dengan tidak berlaku curang dengan
mengahwini perempuan lain dan merampas Rahayu daripada jagaan Salmah sehingga
menyebabkan Salmah dan Faridah menanggung perasaan rindu terhadap Rahayu.

TAHUN 2010
4a. Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua peristiwa yang menunjukkan
kepincangan yang berlaku dalam masyarakat.
Jawapan:
Berdasarkan novel Melunas Rindu dua peristiwa yang menunjukkan
kepincangan yang berlaku dalam masyarakat ialah masyarakat yang tidak amanah dalam
melaksanakan tanggungjawab yang telah diberikan. Hal ini terbukti melalui sikap Cikgu Zamani
yang tidak menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang guru yang berdedikasi. Misalnya, dia
kerap menghabiskan masa berbual-bual di kantin malah bertindak memburuk-burukkan rakan
sekerja iaitu Farhana. Dia juga kerap tidak masuk ke kelas untuk mengajar sehingga
menyebabkan suasana kelas menjadi riuh-rendah.
Kedua, masyarakat yang tidak bertanggungjawab sebagai ketua keluarga. Hal ini
terbukti melalui watak Robert Lim (Roslan) yang tidak bertanggungjawab apabila meninggalkan
Mariana yang baru dikahwininya selama tiga bulan sedangkan pada ketika itu Mariana telahpun
mengandung. Berbuatan Roslan (Robert Lim) yang tidak bertanggungjawab itu telah
menyebabkan Mariana tertekan lalu mengalami penyakit gila meroyan malahan, Abdul Halim
(Fuad) mahu dibunuhnya.
4b. Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan dua latar masyarakat dalam
setiap novel.
Jawapan:
Dua latar masyarakat yang terdapat dalam novel Melunas Rindu ialah masyarakat
yang bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas yang diberikan dengan penuh komited.
Misalnya, Farhana juga begitu komited melaksanakan tanggungjawabnya sebagai Ketua Panitia
Bahasa Inggeris untuk memastikan murid-murid di Sekolah Menengah Seri Setia dapat
menguasai mata pelajaran Bahasa Inggeris dengan baik. Dia selalu berbincang dengan Fuad
untuk memantapkan program yang telah dirancang. Kedua, masyarakat yang sayang akan ahli
keluarga sendiri walaupun berlainan agama.Misalnya, Fuad sangat sayang akan Peter Lim iaitu
bapa angkatnya yang telah memeliharanya sejak kecil malah sanggup membiayai persekolahan
adik-adik angkatnya walaupun kini dia telah kembali kepada agama asalnya iaitu Islam.
Dua latar masyarakat yang terdapat dalam novel Kabus di Perbukitan ialah pertama,
masyarakat yang mempunyai jati diri yang teguh walaupun di mana-mana pun berada. Misalnya,
Faridah yang sudah 25 tahun tinggal di New Zealand tetap mengingati dan menghargai tanah
airnya, Malaysia. Dia kemudian telah mengambil keputusan untuk menetap di Malaysia dalam
meniti usia tuanya bersama-sama suaminya, Soleh Johnson. Kedua, masyarakat yang gigih
berusaha untuk mencapai kemajuan. Misalnya, Azrul yang bertekad untuk menjadi penternak
dan petani setelah menamatkan pengajian di UPM, telah berusaha dengan gigih memajukan
projek ternakan kambing dan tapak semaiannya hingga dia berjaya menjadi seorang
usahawantani berjaya.

TAHUN 2010
4a. Sesebuah novel dapat menimbulkan kesedaran kepada pembaca. Berdasarkan sebuah
novel yang telah anda kaji, jelaskan sebab-sebab novel itu boleh menimbulkan kesedaran
kepada pembaca.
Jawapan:
Berdasarkan novel Melunas Rindu terdapat beberapa sebab novel itu boleh
menimbulkan kesedaran kepada pembaca, pertama kesedaran melalui tema novel berkenaan
yang menunjukkan betapa kegigihan dan ketabahan dalam menghadapi cabaran sangat penting
beroleh kejayaan. Misalnya, Fuad/ Abdul Halim/ Joshua gigih berusaha untuk mencari ibunya
yang telah terpisah sejak dilahirkan. Dia yang dipelihara oleh bapa saudaranya Peter Lim pada
awalnya cuba mengesan kubur ibunya yang dikatakan telah meninggal dunia. Namun, berita
yang menyatakan ibunya masih hidup amat mengembirakan hatinya. Pencariannya berakhir
apabila dia berjaya menemui ibunya yang seterusnya dapat melunaskan rindunya terhadap ibu
kandungnya itu.
Kedua, kesedaran melalui perwatakan Farhana yang sangat komited melaksanakan
tanggungjawabnya sebagai Ketua Panitia Bahasa Inggeris untuk memastikan murid-murid di
Sekolah Menengah Seri Setia dapat menguasai mata pelajaran Bahasa Inggeris dengan baik. Dia
selalu berbincang dengan Fuad untuk memantapkan program yang telah dirancang. Melalui
perwatakan Farhana ini telah memberikan kesedaran kepada pembaca agar sentiasa komited
dan amanah dalam melaksanakan tanggungjawab yang telah diberikan.

4b. Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, bandingkan dua peristiwa yang
memaparkan nilai keberanian dalam setiap novel.

Jawapan:
Dua contoh peristiwa yang memaparkan peristiwa yang mengandungi nilai
keberanian dalam novel Melunas Rindu ialah pertama, keberanian menegakkan kebenaran.
Misalnya, Farhana berani menegur sikap Cikgu Zamani yang tidak bertanggungjawab sebagai
seorang guru. Farhana begitu tegas menegur sikap Cikgu Zamani yang selalu ponteng mengajar
dan tidak menghadiri aktiviti kokurikulum. Sementara itu, dalam novel Kabus di Perbukitan
pula memaparkan peristiwa keberanian berhijrah ke tempat baharu. Misalnya, Faridah berani
berhijrah ke New Zealand untuk memulakan kehidupan baharu setelah dia kehilangan insaninsan yang tersayang. Pada permulaannya Faridah ke New Zealand kerana mengikuti kursus
selama enam bulan di situ, namun akhirnya dia telah menetap selama 25 tahun di New Zealand
setelah berkahwin dengan Soleh Johnsons.
Nilai keberanian yang kedua dalam novel Melunas Rindu ialah keberanian
menanggung risiko demi menebus kesilapan lalu. Misalnya, Fuad berani untuk kembali ke
kampung Danau Seberang selepas dia membawa lari anak gadis Pak Ismail dan Mak Salmah,
Sofia. Fuad berani menghadapi cemuhan orang kampung dan Mak Salmah demi menebus
kesilapannya melarikan Sofia yang akhirnya menyebabkan kematian Sofia. Sikap beraninya itu
berbaloi apabila penduduk kampung dan Mak Salmah mulai memaafkan Fuad. Sementara itu,
nilai keberanian yang terkandung dalam novel Kabus di Perbukitan ialah keberanian hidup
berdikari. Misalnya, Melina sangat berani meneruskan hidup di Malaysia seorang diri dalam
keadaan sarat mengandung selepas kehilangan Benny yang melarikan diri daripada buruan
pihak berkuasa. Melina berani memandu sendiri dari Terengganu untuk ke Cameron Highlands
menemui ibu bapanya yang datang bercuti ke Malaysia.

SOALAN TAHUN 2011


PERBANDINGAN TEMA
Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, bandingkan tema dalam setiap novel itu. [8
markah]
Tema merupakan perkara pokok yang dibincangkan dalam sesebuah novel. Berdasarkan dua
buah novel yang anda pelajari, bandingkan tema dalam setiap novel itu. [8 markah]
Contoh Jawapan
Novel yang saya kaji dalam tingkatan empat ialah novel Melunas Rindu manakala dalam
tingkatan lima ialah novel Kabus Di Perbukitan.
Dalam novel Melunas Rindu, tema yang dikemukakan ialah kasih sayang seorang saudara baru
terhadap ahli keluarga dan sesama manusia. Buktinya, Fuad yang mempunyai perasaan sayang
yang mendalam terhadap ibu kandung sehingga menyebabkan dia sanggup mencari pusara
ibunya tetapi setelah mengetahui ibunya masih hidup dia cuba menjejakinya. Akhirnya dia
berjaya menemui ibunya yang juga merupakan ibu kepada Farhana. Selain itu, kasih sayang Fuad
terhadap kedua-dua ibu bapa angkatnya iaitu Pak Ismail dan Mak Salmah menyebabkan Fuad
sanggup membelikan tanah, motorsikal dan membawa mereka berdua mengerjakan umrah ke
Tanah Suci.
Manakala dalam novel Kabus Di Perbukitan pula mengemukakan tema jati diri dan kasih
sayang seorang wanita terhadap ahli keluarganya dan juga tanah airnya. Sebagai contohnya,
Faridah sangat sayang akan ibunya, buktinya dia sanggup menjaga ibunya dan tidak berpindah
apabila suaminya, Ghazali bertugas di Kelang. Bukti lain, Faridah juga sangat sayang kepada
Rahayu, adik kembarnya yang terpisah. Kekuatan kasih sayang itu menyebabkan Faridah seolaholah dapat berhubung secara bawah sedar dengan Rahayu ketika Faridah berada dalam keadaan
koma. Seterusnya, kasih sayang terhadap kampung halaman dan jati dirinya sebagai orang
Melayu. Buktinya, Faridah tetap ingat akan kampung halamannya di Sungai Besar walaupun
berada jauh di negeri orang. Malah Faridah juga tetap mengamalkan budaya Melayu ketika
berada di New Zealand.

PERBANDINGAN PERSOALAN
Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, bandingkan persoalan kasih sayang daripada
setiap novel. [8 markah]
Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, bandingkan persoalan yang terdapat dalam
novel tersebut. [8 markah]
Contoh Jawapan
Novel yang saya kaji dalam tingkatan empat ialah novel Melunas Rindu manakala dalam
tingkatan lima ialah novel Kabus Di Perbukitan.
Persoalan yang pertama ialah persoalan kasih sayang terhadap ibu. Dalam novel Melunas
Rindu, persoalan ini jelas ada pada watak Fuad yang amat merindui ibunya yang telah lama
terpisah. Dia sanggup mencari kubur arwah ibunya. Setelah dia mengetahui bahawa ibunya
masih hidup, dia meneruskan pencarian dan segera menjejakinya. Manakala dalam novel Kabus
Di Perbukitan pula, persoalan ini digambarkan pada watak Faridah yang sangat sayang akan
ibunya, buktinya dia sanggup menjaga ibunya dan tidak berpindah apabila suaminya, Ghazali
bertugas di Klang.
Persoalan kedua ialah persoalan kasih sayang terhadap saudara kandung. Dalam novel
Melunas Rindu, Fuad sangat menyayangi Sofia dan Farhana kerana kedua-dua mereka adalah
saudara kandungnya yang berlainan bapa. Sementara dalam novel Kabus Di Perbukitan, Faridah
juga sangat sayang kepada Rahayu, adik kembarnya yang terpisah. Kekuatan kasih sayang itu
menyebabkan Faridah seolah-olah dapat berhubung secara bawah sedar dengan Rahayu ketika
Faridah berada dalam keadaan koma.
Persoalan lain ialah ketaatan kepada Tuhan dan ajaran agama iaitu Fuad sebagai saudara baru
tekun mempelajari agama. Dia belajar mengaji daripada Pak Ismail dan selalu mengerjakan solat
berjemaah di surau. Fuad tidak pernah meninggalkan solat waima dalam perjalanan pulang ke
kampung atau pada masa kecemasan. Manakala dalam Novel Kabus Di Perbukitan pula ialah
Faridah taat pada agama dan sentiasa mematuhi ajaran agama walaupun telah lama tinggal di
New Zealand. Faridah mementingkan pendidikan agama kepada anak-anaknya, seusia 6 tahun
anaknya telah dihantar belajar agama.

SOALAN TAHUN 2012


SOALAN 4A
JELASKAN DUA LATAR MASA YANG TERDAPAT DALAM SEBUAH NOVEL YANG ANDA PELAJARI.
(7 MARKAH)
Latar Masa Dalam Novel Melunas Rindu
(JAWAPAN MESTI DALAM BENTUK ESEI, BUKAN DALAM BENTUK POINT)
Semua peristiwa yang digambarkan dalam novel ini berlaku pada zaman sekarang iaitu dalam
era globalisasi. Hal ini terbukti dengan adanya penggunaan telefon bimbit, kereta Proton Iswara
dan kewujudan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Tempoh masa keseluruhan
cerita dalam novel ini adalah lebih kurang beberapa bulan sahaja tetapi diolah oleh pengarang
dengan menyelitkan teknik imbas kembali pada zaman darurat. Peristiwa-peristiwa dalam novel
ini berlaku pada waktu-waktu tertentu seperti kehidupan manusia iaitu waktu pagi, petang, dan
malam. Yang berikut disenaraikan contoh latar masa tersebut:
Waktu pagi
Fuad sampai di Sekolah Menengah Seri Setia untuk memulakan tugasnya sebagai guru pada
pukul tujuh lima belas pagi. Rujuk halaman 35.
Waktu petang
Fuad mengajak Farhana keluar dan makan pada hari ulang tahun Farhana pada waktu petang.
Rujuk halaman 137.
Waktu malam
Fuad pergi ke rumah Cikgu Zamani yang menjemputnya untuk makan malam. Rujuk halaman
7.
Latar Masa Dalam Kabus di Perbukitan
Waktu pagi
6.00 pagi Rahayu terjaga dari tidur oleh deringan telefon bimbitnya. Dia teringat akan
tugasan MP 3714 yang perlu dihantar pagi itu.
8.00 pagi Rahayu tiba di perpustakaan untuk mengulang kaji pelajaran bersama Azrul.
Waktu pagi Rahayu terjatuh dan pengsan di perpustakaan.
Faridah terlibat dalam kemalangan.

Waktu malam
Malam Pak Imam Sohod mengetuai kanak-kanak kariah membaca Yasin, memohon
kepada Allah supaya diberi petunjuk terhadap kehilangan Faridah di tempat
kemalangan.
Waktu petang
9. 3.30 petang- Pihak polis menamatkan OPS PDK setelah usaha mencari Faridah dan Iqbal
selama dua minggu menemui kegagalan.
Waktu petang Sebelum majlis perkahwinan Benny dan Melina, Zain berkenalan dengan
Anne.
Dua petang- Benny dan Melina tiba di KLIA untuk bekerja di Malaysia.
25 tahun - Faridah telah meninggalkan kampung halamannya selama 25 tahun dan
menetap di New Zealand selepas kematian ibu dan suaminya, Ghazali.
Dua minggu- Dalam masa dua minggu Benny dan Melina berkenalan, Benny sudah
melamar Melina.

Soalan 4B
BERDASARKAN SEBUAH NOVEL YANG ANDA PELAJARI, JELASKAN TIGA NILAI KEMANUSIAAN
YANG TERDAPAT DALAM NOVEL TERSEBUT.
(8 MARKAH)
PERISTIWA YANG DAPAT DIKAITKAN DENGAN NILAI KEMANUSIAAN DALAM NOVEL MELUNAS
RINDU
Dalam novel Melunas Rindu, peristiwa pertama yang dapat dikaitkan dengan nilai
kemanusiaan ialah peristiwa Fuad membelikan sebidang tanah dan motosikal untuk bapa
angkat bercucuk tanam dan memudahkan pergerakannya. Peristiwa ini dapat dikaitkan dengan
nilai kasih sayang Fuad terhadap bapa angkatnya.
Peristiwa kedua ialah peristiwa Farhana berani menegur keculasan Cikgu Zamani walaupun
Cikgu Zamani lebih tua dan lebih berpengalaman daripadanya. Peristiwa ini jelas menunjukkan
nilai keberanian yang ada pada Farhana dalam menegur perbuatan rakan sekerjanya.
Peristiwa ketiga ialah peristiwa Fuad yang bersedia memikul tanggungjawabnya sebagaiabang
kepada Farhana dan adik-adiknya setelah mengetahui ibu Farhana ialah ibu kandungnya. Nilai
kemanusiaan yang terdapat dalam peristiwa ini ialah nilai tanggungjawab abang terhadap adikadiknya yang berlainan bapa.
Peristiwa yang seterusnya ialah peristiwa Farhana dan Fuad yang sering bekerjasama untuk
meningkatkan pencapaian anak didik mereka dalam bahasa Inggeris. Peristiwa ini jelas
menunjukkan nilai kerjasama yang wujud dalam warga pendidik untuk meningkatkan prestasi
anak-anak didik mereka.

PERISTIWA YANG DAPAT DIKAITKAN DENGAN NILAI KEMANUSIAAN DALAM NOVEL KABUS DI
PERBUKITAN
Dalam novel Kabus di Perbukitan, peristiwa pertama yang dapat dikaitkan dengan nilai
kemanusiaan ialah peristiwa Salmah yang amat menyayangi anaknya Rahayu sehingga sering
terkenang-kenangakan Rahayu yang sudah meninggal dunia akibat kanser. Peristiwa ini dapat
dikaitkan dengan nilai kasih sayang ibu iaitu Salmah terhadap anaknya, Rahayu.
Peristiwa kedua ialah peristiwa Farhana gigih menjalani hidup selama 25 tahun di New
Zealand tanpa pulang ke Malaysia setelah berkahwin dengan Soleh Johnson. Peristiwa ini jelas
menunjukkan nilai kegigihan yang ada pada Faridah dalam menjalani kehidupan di rantau orang.
Peristiwa ketiga ialah peristiwa Melina berani memandu seorang diri dari Marang, Kuala
Trengganu ke Cameron Highlands untuk bertemu ibunya, Faridah. Nilai kemanusiaan yang
terdapat dalam peristiwaini ialah nilai keberanian.
Peristiwa yang seterusnya ialah peristiwa Datuk Azrul membuat keputusan yang bijak apabila
menceburi bidang pertanian selepas tamat pengajian dari UPM. Peristiwa ini jelas menunjukkan
nilai kebijaksanaan dalam membuat keputusan.

CONTOH SOALAN NOVEL YANG LAIN


PERBANDINGAN WATAK UTAMA
Kegigihan watak utama banyak dihuraikan dalam novel.
Berdasarkan dua novel yang anda kaji, huraikan peristiwa yang menunjukkan kegigihan
watak utama menjalani kehidupan mereka. [8 markah]
Contoh Jawapan:
Novel yang saya kaji dalam tingkatan empat ialah novel Melunas Rindu (MR) manakala dalam
tingkatan lima ialah novel Kabus Di Perbukitan (KDP). Watak utama dalam novel MR ialah Fuad
manakala watak utama dalam novel KDP ialah Faridah.
Dalam novel MR, kegigihan watak utama iaitu Fuad dapat dilihat apabila dia berusaha mencari
ibu kandungnya, Mariana yang dikatakan telah meninggal dunia tetapi sebenarnya masih hidup.
Fuad sanggup pergi ke Lembah Klau dan bertanya kepada penduduk kampung tentang
keberadaan pusara ibunya. Dalam pencarian tersebut, Fuad dimaklumkan bahawa pusara
ibunya tidak ada di Lembah Klau.
Selain itu, Fuad juga gigih menjalani kehidupan sebagai saudara baru dalam Islam. Fuad
sanggup belajar solat dan mengaji al_Quran dengan ayah angkat, Pak Ismail. Fuad juga sanggup
ke surau untuk mengerjakan solat berjemaah bersama penduduk kampung.
Manakala dalam novel KDP, kegigihan watak utama iaitu Faridah yang gigih menghadapi
cabaran tinggal di negara asing yang berbeza budaya dan agama. Faridah juga gigih
mempertahankan budaya bangsa melalui percakapan, pakaian dan pergaulan biarpun berada di
negara asing selama 25 tahun. Selain itu, kegigihan Faridah yang bekerja di pusat
penyembelihan sebelum berkahwin dengan Soleh Johsons.


Berdasarkan dua novel yang anda kaji, bandingkan perwatakan watak utama yang
terdapat dalam novel. [8 markah]
Contoh Jawapan
Novel yang saya kaji dalam tingkatan empat ialah novel Melunas Rindu (MR) manakala dalam
tingkatan lima ialah novel Kabus Di Perbukitan (KDP). Watak utama dalam novel MR ialah Fuad
manakala watak utama dalam novel KDP ialah Faridah.
Perbandingan perwatakan watak utama ialah taat kepada agama dan perintah Tuhan. Dalam
novel MR, Fuad Sebagai saudara baru dalam Islam, dia tekun mengaji al-Quran sementara
menunggu waktu Isyak, dan mendalami ilmu agama daripada Pak Ismail. Manakala dalam novel
KDP ialah Faridah taat pada agama dan sentiasa mematuhi ajaran agama walaupun telah lama
tinggal di New Zealand dengan mementingkan didikan agama kepada kedua-dua anaknya.
Perbandingan kedua ialah tabah. Dalam MR, Fuad tabah menghadapi kenyataan bahawa
orang yang dicintai iaitu Sofia dan Farhana ialah adiknya sendiri. Manakala dalam KDP, Faridah
tabah menghadapi cabaran di rantau orang iaitu New Zealand seorang diri selepas kematian ibu
dan suaminya.
Perbandingan perwatakan yang ketiga ialah penyayang. Dalam novel MR, Fuad begitu
menyayangi kedua-dua ibu bapa angkatnya sehingga membelikan motosikal dan tanah untuk
Pak Ismail dan membawa mereka berdua menunaikan umrah di Mekah. Manakala dalam novel
KDP, Faridah sayang akan ibunya Salmah sehingga sanggup menemani ibunya dan tidak mahu
berpindah mengikut suaminya yang bekerja di Kelang.

4 (a) Sesebuah novel mengetengahkan pelbagai latar tempat untuk menjadikan jalan
ceritanya lebih menarik.
Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, huraikan latar tempat dalam novel tersebut .
NOVEL MELUNAS RINDU
Danau Seberang, Fuad dengan keluarga angkatnya, Mak Salmah dan Pak Ismail tinggal.
Di situlah Fuad belajar mengaji dengan Pak Ismail.
Di surau, Danau Seberang, Fuad tiba di surau untuk solat Isyak berjemaah
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Setia, Fuad berkhidmat sebagai guru sandaran Bahasa
Inggeris. Dia diberi tugas penting iaitu mengajar Tingkatan 5 dan Tingkatan 3. Beliau berkhidmat
bersama-sama dengan Cikgu Farhana.
Rumah Peter Lim di Sungai Ruan, Fuad pulang ke Sungai Ruan menziarahi apaknya
Peter Lim setelah setahun tidak pulang. Peter Lim sakit dan menghadapi masalah perbelanjaan
hidup. Fuad berjanji akan menanggung perbelanjaan sekolah adik-adik sepupunya. Fuad
bertanya tentang ibunya kepada Peter Lim dan mahu mencari susur galur sebelah ibunya
Perkampungan Felda Lembah Klau, Fuad dan Pak Said bertemu dengan Pak Ngah Lias, dalam
usaha Fuad mencari ibunya, Mariana. Mariana dan Pak Seman tinggal sebelum mengikut kakak
angkatnya berpindah Bentong.
Kampung Sedili, terletak di Kuala lipis, Fuad, Pak Said dan Pak Ngah Lias menjejaki kubur ibu
Fuad, Mereka bertemu dengan Pak Shamsuddin yang akhirnya memberitahu bahawa ibu Fuad
belum meninggal dunia.
Rumah Cikgu Zamani, Fuad datang ke rumah Cikgu Zamani kerana sangkaannya ada jemputan
doa selamat Cikgu Zamani memujuk Fuad agar mengikuti jemaah yang dianggotainya. Fuad
mempertikaikan tentang jemaah agama yang banyak sedangkan agama islam itu hanya satu
Fuad berasa ada pertentangan pendapat tentang cara menarik masyarakat menghayati Islam.
Fuad tidak bersetuju dengan sikap prejudis Cikgu Zamani sesama orang Islam iaitu Farhana
Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Tempat ibu Farhana, Mariana Osman dirawat. Di
sinilah Fuad bertemu dengan ibunya semula. Robert Lim juga datang ke hospital ini dan bertemu
dengan Fuad, Farhana serta Mariana.
Lapangan Terbang KLIA, Keluarga Fuad ( Farhana dan adik-adiknya) menghantar Fuad,
Mariana, Pak Ismail dan Mak Salmah mengerjakan umrah. Robert Lim turut hadir untuk
mengucapkan selamat jalan dan memberitahu Fuad dia mungkin akan mengikuti mereka

LATAR TEMPAT KABUS DI PERBUKITAN


JAWAPAN (PILIH 3 @ 4 LATAR TEMPAT)
Di Perpustakaan, Universiti Pertanian Malaysia, Azrul dan Rahayu belajar dan
mencari maklumat.
Rahayu tiba-tiba pengsan di sini.
Bukit Fraser, Tempat Faridah dan rakannya Mastura serta anak-anak muridnya mengadakan
perkhemahan. Faridah meninggalkan tempat ini untuk pergi ke Raub.
Van yang dipandu oleh Faridah terbabas dan jatuh ke dalam gaung ketika menuruni Bukit
Fraser menuju ke Pekan Raub.
Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Tempat Rahayu dirawat kerana menghidap kanser di
leher.
Tempat Faridah dibawa untuk rawatan setelah ditemui di Sungai Dua oleh ayahnya Kamarudin
dan Buyung
Tempat Rahayu dan Faridah bertemu setelah 14 tahun berpisah di alam ilusi (bawah sedar)
dan Tempat Rahayu meninggal dunia di samping Faridah yang koma
Di Bukit Kutu, Tempat Faridah hilang bersama-sama anak muridnya Iqbal. Mejar (B)
Kamarudin dan Buyung bermalan di Bukit Kutu untuk mencari Faridah.
Di Perkampungan Orang Asli Temuan, Mejar (B) Kamarudin dan Buyung tiba di perkampungan
ini untuk mencari Faridah dan Iqbal. Mereka menemui Faridah dalam keadaan tidak sedar di
rumah Tok Batin Senik
Sungai Besar, Selangor, Tempat kelahiran Rahayu dan Faridah tetapi Faridah dibesarkan oleh
ibunya, Salmah setelah ibunya berpisah dengan bapanya Mejar (B) Kamaruddin
Rahayu dibawa pulang oleh Mejar (B) Kamarudin ke rumah ibunya Salmah ketika penyakit
kansernya semakin serius.
Jenazah Rahayu / Salmah dan Ghazali disemadikan di Sungai Besar
Rosewood, Christchurch, Faridah menetap di Rosewood selama 25 tahun dan membina hidup
barunya dengan berkahwin dengan Samuel Kirkby Johnsons (Soleh Johnsons)
Di sini juga Melina membawa Benny untuk berkenalan dengan Faridah dan Soleh. Pusat
penternakan kambing biri-biri diri.

4b. Bincangkan peristiwa yang berlaku pada permulaan dalam novel yang anda kaji
Terdapat pelbagai peristiwa yang berlaku dalam sesebuah novel. Huraikan satu peristiwa
yang berlaku pada permulaan novel yang anda kaji (8 markah )
Terdapat pelbagai peristiwa yang berlaku dalam sesebuah novel. Berdasarkan kedua-dua
buah novel yang anda kaji, jelaskan satu peristiwa yang berlaku pada permulaan cerita dalam
novel-novel tersebut (8 markah)
Jawapan
NOVEL MELUNAS RINDU
a)

Peristiwa yang berlaku pada permulaan novel:

Peristiwa Fuad pulang lewat daripada mencari kayu api di hutan. Fuad disapa oleh
Mak Salmah ketika masuk ke rumah melalui pintu dapur. Fuad menjelaskan dia terleka dan
terlupa bawa jam.
Peristiwa Fuad melaungkan azan Isyak di surau apabila masuk waktu . Fuad diminta oleh Pak
Imam untuk melaungkan azan Isyak. Selepas menunaikan solat sunat, dia terus melaungkan
Iqamah dan mereka bersama-sama menunaikan solat Isyak secara berjemaah.
Peristiwa Fuad ke rumah Borhan, rakannya apabila mendapat tahu anak Borhan demam. Fuad
mengajak Borhan menghantar anaknya ke klinik walaupun sudah pukul sebelas malam.
Peristiwa Fuad menyemak penyata akaun melalui kad ATMnya ketika menunggu anak Borhan
dirawat di klinik. Didapati wang dalam akaunnya bertambah.Fuad yakin bahawa ayahnya yang
memasukkan wang tersebut.
NOVEL KABUS Di PERBUKITAN
a)

Peristiwa yang berlaku pada permulaan novel:

Peristiwa Rahayu tiba-tiba pengsan di perpustakaan. dan dia dikejarkan ke Pusat Kesihatan
kemudiannya dimasukkan keHospital Universiti Kebangsaan Malaysia(HUKM) . Rahayu disahkan
menghidap penyakit Kanser.
Peristiwa Faridah, kembar Rahayu ditimpa kemalangan bersama-sama kanak-kanak istimewa
Iqbal semasa dalam perjalanannya ke Pekan Raub. Sapaan Iqbal dari tempat duduk belakang
mengejutkan Rahayu yang sedang memandu van lalu hilang kawalan. Van melanggar tembok
penghadang jalan dan terus menjunaJawapan

4b. Bincangkan peristiwa yang berlaku pada penamat dalam novel yang anda kaji
Terdapat pelbagai peristiwa yang berlaku dalam sesebuah novel. Huraikan satu peristiwa
yang berlaku pada penamat novel yang anda kaji (8 markah )
Terdapat pelbagai peristiwa yang berlaku dalam sesebuah novel. Berdasarkan kedua-dua
buah novel yang anda kaji, jelaskan satu peristiwa yang berlaku pada penamat cerita dalam
novel-novel tersebut (8 markah)
NOVEL MELUAS RINDU
Peristiwa yang berlaku pada penamat novel
Peristiwa Farhana dan adik-adiknya Muhammad Fikri dan Muhammad Syukri menghantar
Fuad, ibu kandungnya Mariana, Pak Ismail dan Mal Salmah mengerjakan umrah ke tanah suci.
Mariana berpesan kepada Farhana supaya menjaga adiknya baik-baik.
Peristiwa di lapangan terbang. kedatangan Robert Lim di lapangan terbang. mengejutkan
Fuad, Mariana, Pak Ismail dan Mak Salmah. Robert Lim berpesan kepada Fuad supaya menjaga
ibunya baik-baik di sana sebelum mereka berangkat ke tanah suci. Dia mungkin akan menyusul
kemudian
NOVEL KABUS DI PERBUKITAN
Peristiwa yang berlaku pada penamat novel:
Peristiwa Datuk Azrul dan Soleh Johnsons menjalankan perniagaan kotej di Cameron
Highlands.
Peristiwa Anne dan Zain mengambil alih perusahaan dan penternakan keluarga Johnsons di
New Zealand. Zain siswazah pertanian, mampu menguasai selok-belok perniagaan dan
pertanian.
Peristiwa di Cameron Highland. Faridah dan Datin Aishah sering menghantar juadah masakan
atau mempelawa mereka makan bersama-sama. Kadang kala mereka masak bersama-sama
hidangan kegemaran, pecal dan sambal gulai tahun.

Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan peristiwa-peristiwa menarik yang
terdapat dalam novel tersebut.
PERISTIWA MENARIK NOVEL MELUNAS RINDU (PILIH 3 @ 4 PERISTIWA SAHAJA)
Peristiwa Fuad mengetahui ibu kandungnya masih hidup daripada Pak Samsudin iaitu jiran
Mariah (kakak angkat ibu Fuad). Pak Samsudin juga meyakinkan Fuad bahawa Fuad akan
berjumpa dengan ibu kandungnya, Mariana sendiri bukan dengan kuburnya. Peristiwa ini
menjadikan perjalanan cerita bertambah menarik dan pembaca ingin mengetahui cerita yang
seterusnya.
Peristiwa Fuad mengetahui bahawa nama asal ketika dilahirkan ialah Abdul Halim dan nama
Islam bapanya ialah Roslan. Fuad sendiri terkejut mendengarkan perkara itu daripada Pak Ngah
Lias. Peristiwa ini memberikan maklumat tentang sejarah hidup Fuad dan mengetahui identiti
sebenar Fuad.
Peristiwa Fuad membantu ibu saudaranya, Swee Lan menyuapkan bubur nasi kepada bapa
saudaranya, Peter Lim yang semakin uzur. Fuad juga membantu ibu saudaranya itu mengelap
muntah bapa saudaranya, dan membawanya ke klinik. Peristiwa ini memaparkan keperibadian
Fuad yang bukan hanya kacak dari segi luaran malah mempunyai perwatakan dalaman yang
berbudi pekerti mulia.
Peristiwa Fuad menyambut hari lahir Farhana. Bermula dengan pemberian kad ucapan,
kemudian Fuad mengajak Farhana keluar makan di Restoran Terapung di Taman Syahbandar,
Terengganu. Fuad juga mengucapkan Selamat Ulang Tahun ke-24 kepada Farhana. Peristiwa
ini memberikan gambaran Fuad dan Farhana sudah mula bercinta. Farhana senang dengan
layanan mesra yang ditunjukkan oleh Fuad.
Peristiwa Fuad menyedari bahawa ibu Farhana adalah ibu kandungnya. Mariana dirawat di
Hospital Tengku Ampuan Afzan kerana menghidap penyakit lelah (asma). Semasa berada di
hospital tersebut Fuad mengetahui ibu Farhana (Mariana) adalah ibu kandungnya yang dicari
selama ini. Fuad tabah menerima kenyataan bahawa ibunya (Mariana) adalah ibu Farhana juga
dan Farhana, gadis yang dicintai dan ingin dikahwininya adalah adik kandungnya sendiri.
Peristiwa ini membawa unsur kejutan kepada pembaca dan pembaca berasa simpati kepada
Fuad dan Farhana yang baru mula ingin bercinta. Perjalanan cerita menjadi bertambah menarik.
Pertemuan Fuad dengan ayah kandungnya, Robert Lim di Lapangan Terbang Antarabangsa
Kuala Lumpur (KLIA). Fuad ingin membalas jasa orang tuanya dengan membawa Mariana (ibu
kandungnya), Mak Salmah (ibu angkat) dan Pak Ismail (bapa angkatnya) menunaikan umrah di
Mekah. Robert Lim memberikan harapan bahawa dia akan menyusul mereka kemudian dan dia
dan Fuad saling berpelukan. Peristiwa ini menandakan Fuad sudah memaafkan bapanya dan
hubungan antara kedua-dua beranak itu sudah jernih.

PERISTIWA MENARIK NOVEL KABUS DI PERBUKITAN karya Mohamad Kholid bin Hamzah
(PILIH 3 @ 4 PERISTIWA)
Peristiwa yang berlaku ketika Faridah berada dalam keadaan bawah sedar. Faridah berada
pada zaman lampau. Faridah berada di suatu tempat asing, iaitu di Bukit Kutu dan Pekan Sungai
Kubu. Faridah pergi ke pekan tersebut ditemani oleh Amah Siti. Faridah melihat cara penduduk
pada zaman itu begitu asing baginya. Faridah merasakan dia berada pada zaman penjajahan
Inggeris sebelum negara mencapai kemerdekaan.
Peristiwa Rahayu bertemu dengan Faridah dalam keadaan bawah sedar. Mereka bertemu di
dalam sebuah rumah papan yang hampir roboh ditolak arus. Selepas diselamatkan Rahayu,
Faridah memeluk adiknya dengan erat untuk melepaskan rindu setelah bertahun-tahun tidak
bertemu. Selepas Faridah sedar, Rahayu telah pun meninggal dunia. Menggambarkan
keistimewaan hubungan kembar antara Faridah dan Rahuyu yang masih boleh berhubung
walaupun jasad mereka terpisah jauh.
Peristiwa Faridah bertemu dengan Zain di banglonya di Rosewood, Christchurch, New Zealand.
Pertemuan itu menguatkan lagi keinginan Faridah untuk pulang ke tanah air kerana Zain juga
berasal dari Sungai Besar, Selangor.
Peristiwa Melina bertemu semula dengan suaminya, Benny di Dubai. Benny terpaksa
melarikan diri dan meninggalkan Melina seorang diri di Marang, Terengganu. Benny meminta
maaf dan akhirnya mereka mengambil keputusan untuk terus menetap di Dubai. Pertemuan itu
merungkai masalah yang dihadapi oleh Melina dan akhirnya mereka hidup bahagia.
Peristiwa Faridah dan Iqbal ditemui semula di Perkampungan Orang Asli Temuan oleh
ayahnya, Mejar (B) Kamarudin dan Buyung dalam keadaan tidak sedarkan diri. Pertemuan ini
merungkai misteri kehilangan Faridah dan Iqbal selama dua minggu selepas kemalangan jalan
raya di Bukit Fraser.
Pertemuan Azrul dengan Faridah ketika melawat kubur Rahayu di Tanah Perkuburan Parit
Satu, Sungai Besar. Peristiwa ini mencerminkan kesetiaan dan keluhuran kasih Azrul terhadap
kekasihnya, Rahayu walaupun Rahayu telah pergi buat selama-lamanya. Malah Azrul tidak
mahu berhijrah ke tempat lain semata-mata ingin dekat dengan Rahayu. Kata-kata perangsang
Rahayu agar dia bekerja sendiri tanpa makan gaji juga terus membakar semangatnya untuk
bekerja sendiri iaitu menternak kambing di kampungnya.
Peristiwa operasi mencari Faridah dan Iqbal yang dinamakan OPS PDK melibatkan banyak
pihak seperti Bomba dan Penyelamat, Hospital Daerah, RELA, Perhilitan dan Pejabat Daerah
Raub serta Hulu Selangor. Situasi ini menunjukkan kesungguhan pelbagai pihak bekerjasama
berusaha mencari dan menyelamatkan dua orang rakyat tempatan yang hilang di Bukit Fraser.

Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, jelaskan nilai kasih sayang yang
terdapat dalam setiap novel [8 markah]
Novel yang saya kaji dalam tingkatan empat ialah novel Melunas Rindu dan dalam tingkatan
lima ialah novel Kabus di Perbukitan.
Nilai kasih sayang yang terdapat dalam novel Melunas Rindu ialah kasih sayang seorang anak
terhadap ibu dan bapa angkatnya. Contoh peristiwa yang memaparkan nilai kasih sayang
tersebut ialah Fuad yang menyayangi Pak Ismail dan Mak Salmah. Fuad telah membeli tanah
daripada Awang Sojar dan ditukarmilik kepada Pak Ismail. Fuad juga membawa ibu dan bapa
angkatnya menunaikan umrah.Manakala nilai kasih sayang dalam novel Kabus di Perbukitan
pula ialah kasih sayang antara ibu dengan anak. Sebagai contoh, Faridah yang begitu
menyayangi kedua-dua anaknya dengan sentiasa berusaha memenuhi permintaan anakanaknya, terutama yang melibatkan penyediaan makanan dan didikan agama untu kanakanaknya, Anne dan Melina.
Nilai kasih sayang kedua dalam novel Melunas Rindu ialah kasih sayang seorang anak
terhadap ibu kandung. Buktinya, Farhana segera pulang ke Kuantan setelah mengetahui ibunya
dimasukkan ke hospital kerana sakit lelah dan sanggup tidur di hospital untuk menjaga ibunya.
Manakala dalam novel Kabus Di Perbukitan, kasih sayang ibu terhadap anak tirinya Rahayu yang
dianggap seperti anak kandungnya sendiri. Buktinya, peristiwa Hamidah segera bersetuju
dengan saranan doctor supaya ujian biopsi dilakukan terhadap Rahayu yang mungkin
menghidap kanser untuk mengesahkannya dan supaya Rahayu cepat sembuh.

Berdasarkansebuah novel yang telah anda kaji, huraikan dua pengajaran yang terdapat dalam
novel tersebut? [7 markah]
Novel Melunas Rindu
Novel yang saya kaji dalam tingkatan empat ialah Novel Melunas Rindu.
Pengajaran pertama ialah kita hendaklah patuh pada perintah Tuhan. Sebagai contoh Fuad ke
surau untuk solat berjemaah dan mengaji al-Quran dengan Pak Ismail.
Pengajaran kedua ialah kita tidak boleh memutuskan hubungan kekeluargaan. Sebagai
contoh, Fuad pergi ke rumah bapa saudaranya yang berlainan agama, iaitu Peter Lim dan
berjanji menanggung belanja persekolahan anak-anaknya, iaitu Ah Soh dan Mei Lin.
Pengajaran seterusnya ialah kita mesti menerima takdir yang telah ditentukan. Sebagai
contohnya, Fuad dan Farhana mula dapat menerima realiti bahawa mereka ialah adik-beradik
dalam tempoh yang agak singkat.
Novel Kabus Di Perbukitan
Novel yang saya kaji dalam tingkatan lima ialahNovel Kabus di Perbukitan.
Pengajaran pertama ialah kita hendaklah menerima ketentuan takdir dengan hati terbuka.
Sebagai contoh, Azrul dapat menerima takdir kematian Rahayu yang menghidap penyakit
kanser.
Pengajaran kedua ialah kita hendaklah berhati-hati memilih kawan. Sebagai contoh, Benny
berkawan dengan Mohamed Attar terpaksa menyembunyikan diri kerana kawannya itu terlibat
dalam aktiviti keganasan.
Pengajaran seterusnya ialah sebagai penganut agama yang taat, kita hendaklah mematuhi
ajaran dan tuntutan agama. Sebagai contohnya, Soleh menunaikan sembahyang di masjid pada
setiap hari dan selalu menderma kepada badan kebajikan.
Nilai kegigihan ialah nilai murni yang sering dipaparkan oleh penulis novel dalam karya
mereka.

Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan nilai kegigihan daripada setiap novel
itu.
[8 markah]
Novel yang saya kaji dalam tingkatan empat ialah Novel Melunas Rindu dan dalam tingkatan
lima ialah Novel Kabus di Perbukitan.
Berdasarkan novel Melunas Rindu terdapat nilai kegigihan seorang anak mencari
ibunya. Nilai ini dapat dilihat menerusi watak Fuad yang gigih mencari ibunya sehingga
berjumpa, setelah mengetahui bahawa ibu kandungnya masih lagi hidup. Berkat kegigihan Fuad,
akhirnya dia bertemu semula dengan ibunya yang dicarinya selama ini.Manakala berdasarkan
novel Kabus di Perbukitan terdapat nilai kegigihan melakukan sesuatu perkerjaan. Nilai ini dapat
dilihat menerusi watak Azrul gigih berusaha memajukan projek ternakan kambing dan tapak
semaiannya sehingga berjaya.
Nilai kegigihan yang kedua dalam novel Melunas Rinduialah nilai kegigihan seorang saudara
baru dalam mendalami agama Islam. Nilai ini dapat dilihat menerusi watak Fuad yang gigih
mendalami agama Islam dengan rajin solat berjemaah dan mengaji dengan Pak Ismail.
Manakala dalam novel Kabus Di Perbukitanialahnilai kegigihan seorang wanita meneruskan
kehidupan di rantau orang. Nilai ini terdapat pada watak Faridah yang gigih menjalani
kehidupan di New Zealand.

Bincangkan persoalan yang terdapat dalam novel yang anda kaji?


Persoalan tentang ketaatan kepada Tuhan. Fuad sebagai saudara baru rajin
mengerjakan solat dan belajar mengaji dengan Pak Ismail. Fuad juga rajin menunaikan solat di
Surau.
Persoalan tentang kasih sayang. Fuad sangat menyayangi ibu kandungnya sehingga
sanggup ke Lembah Klau untuk mencari pusara ibunya yang disangka sudah meninggal dunia.
Fuad akhirnya mengetahui bhawa ibunya masih hidup.
Persoalan tentang tanggungjawab terhadap kerja. Fuad yang bertugas sebagai guru Bahasa
Inggeris sementara di SMK Seri Setia sanggup mengadakan kelas tambahan pada waktu petang
untuk mengajar anak-anak murid yang agak lemah Bahasa Inggeris.
Persoalan tentang keruntuhan institusi kekeluargaan. Perpisahan Robert Lim dan Mariana
menyebabkan Fuad tidak mengetahui siapa ibu bapa kandungnya. Fuad menyangka bahawa ibu
kandungnya sudah meninggal dunia dan menyangka bahawa Peter Lim itu ayah kandungnya,
sementara Robert Lim, ayah saudaranya. Keadaan tersebut berlaku kerana ibu bapa kandung
Fuad terpisah sejak Fuad masih kecil.
Jika pilih...KABUS DI PERBUKITAN
Persoalan keretakan rumah tangga yang memisahkan kasih sayang anak-anak. Perpisahan
Salmah dengan Kamarudin menyebabkan perpisahan anak kembarnya Rahayu dan Faridah.
Mereka tidak bertemu lebih dari 20 tahun
Persoalan kasih sayang antara ibu, ayah dan anak. Perasaan sayang Salmah tidak pernah
pudar walaupun telah berpisah dengan Rahayu selama lebih 20 tahun. Selain itum Mejar (B)
Kamarudin meredah hutan belantara mencari anaknya yang Faridah yang hilang di dalam hutan
Cameron Highlands walaupun selama lebih 20 tahun dia tidak pernah pernah bersua dengan
Faridah setelah berpisah dengan Salmah (ibu Faridah) dan Hamidah amat menyayangi Rahayu
walaupun Rahayu hanya anak tirinya yang dibela bagai anak sendiri sejak berusia 7 tahun.
Persoalan tentang pelestarian alam semula jadi. Soleh Johnsons mengusahaknan sebuah
kawasan peranginan di Lojing, Cameron Highlands tanpa menebang pokok-pokok balak merbau
dan tualang dan pokok-pokok balak yang lain demi mengekalkan ekosistem Cameron Highlands.
Persoalan tentang kepentingan agama dalam kehidupan. Faridah masih kekal sebagai Muslim
yang taat walaupun telah tinggal di Nez Zealand selama 25 tahun. Soleh Johnsons seorang
Muslim yang kuat pegangan agama, anak-anaknya Anne dan Melina dihantar belajar di sebuah
sekolah rendah agama yang jauhnya 30 km dari Rosewood semata-mata mahu anak-anaknya
mendapat pendidikan Islam yang baik.

Persoalan tentang semangat kental untuk memajukan sektor pertanian. Azrul meneruskan
usaha bapanya menjadi usahawan tani dan berjaya membina empayar perniagaannya sehingga
mendapat penghargaan (bergelar Datuk) kerana usaha gigihnya memajukan industri tani di
Sungai Besar. Sementara Zain, anak Azrul meneruskan pengajian di bidang pertanian di New
Zealand untuk meneruskan legasi perniagaan tani ayahnya. Soleh Johnsons pula mengusahakan
industri ternak kambing secara Islam di New Zealand dan usaha ini diteruskan pleh zain yang
berkahwin dengan anaknya Anne.

Persoalan tentang perkahwinan campur pelbagai bangsa. Faridah berkahwin dengan Soleh
Johnsons seorang bangsa Inggeris New Zealand, Melina berkahwin dengan Benny berbangsa
Arab dan Anne berkahwin dnegan Zain berbangsa Melayu

Persoalan amalan agama yang longgar dalam kehidupan masyarakat kini sehingga mudah
dipergunakan oleh orang lain. Benny seorang lelaki yang longgar pegangan agama walaupun
seorang Muslim dia masih minum arak dan sering berfoya-foya, akhirnya tanpa sedar telah
diperalatkan oleh Mohd. Attar seorang anggota militan Islam sehingga terpaksa melarikan diri
dan meninggalkan Melina seorang diri di Marang.