Anda di halaman 1dari 68

HALAMAN PENGAKUAN

Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang telah saya nyatakan sumbernya

Tandatangan :
Nama

: Loh Yu Han

Tarikh

: 17 MAC 2013

SENARAI KANDUNGAN
Tajuk

Muka Surat

Prakata
1.0

Pengenalan

2.0

Laporan sejarah Bola Sepak

3.0

Pelan gelanggang Bola Sepak

4.0

Undang-undang dan peraturan penggunaan


peralatan Bola Sepak

5.0

Bibliografi

6.0

Rumusan

7.0

Refleksi

PRAKATA
Salam satu Malaysia dan salam sejahtera. Saya, Loh Yu Han dari unit PISMP
semester tiga Pendidikan Jasmani dan Kesihatan telah berjaya menyiapkan
Tugasan Projek bagi subjek Permainan Bola Sepak, kod subjek PJM 3109.
Pertama sakali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah
subjek Permainan Bola Sepak iaitu Che Ishak Ismail yang sentiasa membimbing dan
memberi tunjuk ajar kepada saya. Tunjuk ajar yang diberi oleh pensyarah sangat
berkesan dan amat dihargai. Ini kerana penerangan yang diberikan oleh pensyarah
sangat jelas dan padat. Hal ini telah menjadi panduan untuk saya.
Seterusnya, saya juga ingin berterima kasih kepada rakan-rakan saya yang
memberi banyak bantuan dan cadangan kepada saya ketika tempoh untuk membuat
tugasan tersebut. Mereka memberikan bantuan dari segi teguran dan tunjuk ajar
kepada saya bagi menyelesaikan masalah yang saya hadapi ketika menyiapkan
kerja kursus ini. Cadangan-cadangan serta idea-idea yang diberikan oleh mereka
banyak membantu saya untuk memantapkan lagi hasil tugasan ini.
Setinggi- tinggi penghargaan juga saya tujukan kepada kedua-dua ibu bapa
saya yang berada jauh dari tempat saya sekarang kerana tidak jemu memberikan
nasihat dan semangat kepada saya agar saya sentiasa bermotivasi dan cekal dalam
menghadapi segala cabaran baik sebagai guru pelatih di kampus ini mahupun
sebagai seorang pelajar yang menerima tugasan bagi memantapkan lagi
pengalaman saya untuk menjadi pendidik di masa akan datang.
Selain itu, ribuan terima kasih kepada senior-senior yang berkongsi
pegalaman kepada saya. Pengalaman mereka telah menjadi garis panduan dan
menjadikan saya lebih jelas bagi cara-cara dan bagaimana mencari rujukan.
Akhir kata, jutaan penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat
dalam membantu saya bagi menyiapkan tugasan taksiran kerja kursus ini.
Sekian, terima kasih.

1.0

PENGENALAN
Bola sepak ialah permainan pasukan yang dimainkan oleh dua pasukan yang

masing-masing beranggotakan sebelas (11) orang. Bola sepak dimainkan dalam


lapangan yang berbentuk empat segi panjang dan ia bertujuan untuk mencatat gol
sebanyak-banyaknya dengan menggunakan bola kulit ke gol pihak lawan.

Bola sepak ialah sukan pasukan yang paling banyak dimainkan dan ditonton
di dunia. Bola sepak diminati oleh semua golongan, dari semua peringkat umur. Di
Malaysia, bola sepak telah dimainkan di mana-mana padang sahaja pada setiap
petang. Butch Lauffer dan Sandy Davie (2006) telah menyatakan sejak permainan
Bola Sepak ditubuhkan, ia telah diminati oleh masyarakat seluruh dunia dalam
bukunya Soccer for thr first time coach.

Badan pentadbiran dunia bola sepak ialah International Federation of


Association Football (FIFA) atau Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa. Kini, bola
sepak menjadi satu industri yang lumayan melalui pendapatan hak siaran televisyen
dan penjualan tiket di stsdium-stadium.

Permainan ini dimainkan pada peringkat professioinal di seluruh dunia.


Sebilangan besar pemain bermain bola sepak pada peringkat amatur. Mengikut
kajian yang dilakukan oleh FIFA yang diterbitkan dalam musim bunga 2001, lebih
daripada 240 juta orang biasanya bermain bola sepak dalam lebih daripada 200
negara di seluruh dunia. Peraturannya yang mudah dan memerlukan peralatan yang
minimun telah membantu penyebaran dan tumbesaran dalam popularitinya. Banyak
pihak dalam arena bola sepak menyatakan keinginan yang sangat memainkan
peranan yang penting dalam kehidupan individu sama ada peminatm komuniti
tempataan, malah negara; oleh itu ia merupakan sukan yang sangat popular di dunia.
Oleh sebab itu ia selalunya digelar sebagai Pilihan Kenangan Dunia Lalu.

2.0

LAPORAN SEJARAH BOLA SEPAK

2.1 Sejarah Permainan Bola Sepak


Permainan yang mempunyai persamaan dan ciri-ciri bola sepak telah wujud
di negeri China sejak abad ke-3 SM. Fakta telah menunjukkan bahawa permainan
bola menggunakan kaki telah bermula sejak ratusan tahun yang lalu dan dipercayai
lebih awal daripada sejarah permainan bola menggunakan tangan.

Sejarah permainan bola menggunakan kaki bermula sejak kurun ke-2 dan ke3 di China. Permainan ini bermula pada zaman pemerintahan Dinasti Han. Askaraskar mereka telah menggunakan bola yang diperbuat daripada kulit untuk
mengekalkan kecergasan dan dikenali sebagai latihan ATsu ChuE. Permainan
tersebut dimainkan dengan cara menendang bola ke dalam jaring kecil.

Di samping itu fakta juga menunjukkan permainan Greek, episkyros


mempunyai persamaan dengan permainan daripada Rom. Permainan ini dimainkan
oleh dua pasukan yang melibatkan 27 orang dengan menggunakan bola kecil dan
bermain di kawasan padang yang bersegi empat tepat dan ditandakan garisannya.
Objektif permainan ini telah bertahan selama 700 hingga 800 tahun.
6

Permainan sepak-menyepak di England dicatatkan seawal 1300-an, ketika


itu hanya dimainkan dengan menendang kepala musuh yang dipancung. Pada
zaman pertengahan, ia kemudiannya berkembang menjadi permainan bola yang
membolehkan pemainnya menendang, menumbuk, menggigit dan memukul.
Setelah permainan tersebut menjadi ganas, ia telah diharamkan oleh King Edward
ke III, manakala di Scotland, King James I telah mengharamkannya pada 1424.

Pada 1815, sekolah terulung di Britain, Eton College telah memperkenalkan


peraturan baru yang kemudiannya telah diikuti oleh semua sekolah dan Universiti di
England. Idea ini kemudian telah dikembangkan oleh beberapa kelab bola sepak di
London untuk menetapkan peraturan-peraturan baru tersebut di dalam permainan
bola sepak. Ini membawa kepada mesyuarat bola sepak pertama di England pada
26 Oktober 1863 di sebuah Ibu pejabat Freemason yang terletak di Great Queen
Street, London. Mesyuarat tersebut telah bersetuju untuk menubuhkan Persatuan
Bola Sepak British. Sejak itu, pertandingan bola sepak mula diadakan di pelbagai
peringkat.

2.2 Perkembangan Bola Sepak Antarabangsa


Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa atau FIFA adalah satu badan
pentadbiran yang ditubuhkan untuk menguruskan bola sepak. Oleh sebab
permainan bola sepak dimainkan dengan cara yang berbeza-beza di sekolahsekolah di United Kingdom, undang-undang dan peraturan awal telah diperkenalkan
bagi menyeragamkan cara permainan dan memudahkan pemain-pemain memahami
peraturan-peraturan tersebut. Pada tahun 1963, Persaturan Bola Sepak England
telah ditubuhkan oleh beberapa kelab bola sepak. Mereka menggunal satu undangundang bola sepak yang formal dan undang-undang ini dikembang menjadi UndangUndang Bola Sepak yang diguna pakai sehingga kini.
Selepas beberapa tahun, FIFA telah menerima pasukan bola sepak dari
Afrika Selatan pada tahun 1909/1910, Argentina dan Chile pada tahun 1912 serta
Amerika Syarikat pad atahun 1913. Perancangan FIFA untuk mengadakan
pertandingan pada peringkat antarabangsa telah ditangguhkan kerana tercetusnya
Perang Dunia Pertama.

Pada 1 Mac 1921, Jules Rimet telah dilantik menjadi presiden ketiga
Persekutuan

Bola

Sepak

Antarabangsa

(FIFA).

Beliau

merancang

untuk

mengadakan kejohanan secara kecil-kecilan dan satu peraturan telah diluluskan


pada tahun 1928.
Pemenang kejohanan akan dinobalkan sebagai juara dan akan diberikan trofi
manakala seorang pengukir Perancis, Abel Lafleur telah dipertanggungjawabkan
untuk mencipta trofi yang pertama. Trofi ini dikenali sebagai Piala Jules Rimet.

Kongres pertama yang berlangsung di Barcelona telah memilih Uruguay sebagai


tuan rumah yang pertama pada 1 Mei 1929.

Buat pertama kalinya pada 18 Julai 1930, kejohanan pertama Piala Dunia
dilangsungkan di Uruguay. Kejohanan ini diadakan di tiga gelanggang di Montevideo.
Uruguay yang menjadi tuan rumah muncul sebagai juara selepas menewaskan
Argentina 4-2 pada perlawanan akhir. Cris Freddi (2002) telah menyenaraikan
tempat dan negara penganjur Piala Dunia Bola Sepak dari tahun 1930 sehingga
2002 dalam bukunya The complete book of the world cup 2002.
Piala Dunia telah terhenti apabila tercetusnya Perang Dunia Kedua. Walau
bagaimanapun, Julies Rimet telah berusaha keras sepanjang 33 tahun beliau
memegang tugas sebagai Presiden. Impiannya menjadi kenyataaan apabila FIFA
telah terdiri daripada 85 negara dari seluruh dunia. Rimet yang dilantik Presiden
Kehormat Pertama FIFA telah meninggal dunia setahun kemudian dan digantikan
oleh Rodolphe William Seeldrayers pada tahun 1958. FIFA telah memuntuskan
kejohanan itu diadakan secara berselang-seli di benua Eropah dan Amerika Selatan.
Operasi FIFA banyak dikawal selia oleh Ernst B. Thommen yang bertindak sebagai
Penganjur Jawatankuasa Pertandingan bagi Piala Dunia 1954, 1958 dan 1962
sebelum Sir Stankey Rous dilantik sebagai Presiden FIFA ke enam. Antara
sumbangan besar Rous ialah menambah keahlian baru dan menyiarkan kejohanan
Piala Dunia secara meluas di seluruh dunia.
Bola sepak telah menjadi sebahagian daripada fenomena kehidupan dan
merupakan sukan yang paling popular di dunia. Oleh sebab itu, permainan ini
selalunya digelar sebagai Pilihan Kenangan Dunia Lalu.

2.3 Perkembangan Bola Sepak di Malaysia


Permainan ini juga dikembangkan di Malaysia. Pada tahun 1926, satu
Persatuan Bola Sepak ditubuhkan dan selepas itu secara rasminya menjadi
persatuan bola sepak kebangsaan pada 1933. Persatuan ini juga dikenali sebagai
Football Association of Malaya (FAM). Sir Andrew Caldecott dilantik menjadi
Presiden FAM yang pertama pada tahun 1933 dan diikuti oleh M. Shelley, Dr J.
Webster, S. Scott, R. Williamson dan Adrian Clark. Mereka menerajui persatuan ini
sehingga tahun 1940 sebelum Peperangan Dunia Kedua meletus. Selepas tamat
perang, Presiden FAM ialah J. King, diikuti dengan H. Bryson dan Dr C. Rawson.
Mereka berkhidmat selama 2 tahun setiap seorang sebelum tampuk pemerintahan
FAM bebas daripada pengaruh pemerintahan kuasa British. Pada tahun 1951 pula,
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj iaitu Perdana Menteri Malaysia yang pertama
telah dilantik sebagai Presiden FAM. Kemudian pucuk pimpinan FAM telah diambil
alih oleh Perdana Menteri Malaysia yang kedua iaitu Tun Abdul Razak Haji Hussein.
Pada tahun 1976, jawatan tersebut telah diisi oleh Tan Sri Datuk Seri Setia Raja
Hamzah Haji Abu Samah.

Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah
merupakan tokoh yang banyak membantu dalam pembangunan sukan bola sepak
tanah air. Pada tahun 1989 Liga Semi-Pro diperkenalkan sebelum sukan ini diiktiraf
sebagai sukan profesional beberapa tahun kemudian. Di bawah kepimpinan Sultan
Haji Ahmad Shah, perkembangan permainan bola sepak negara mendapat
perhatian dari dalam dan luar negara sehinggalah Persatuan Bola Sepak Malaysia
(FAM) berjaya mengelolakan satu kejohanan berprestij iaitu Piala Remaja Dunia
FIFA pada 1997. Daripada sebuah bangunan kecil di Jalan Birch (sekarang Jalan
Maharajalela), Kuala Lumpur, FAM akhirnya mempunyai kompleks pentadbiran

10

sendiri di Kelana Jaya, Selangor yang lengkap dengan pelbagai kemudahan latihan
dan penginapan.

FAM memainkan peranan besar di dalam program pembangunan bola sepak


negara dengan mengadakan kerjasama erat dengan Majlis Sukan Negara dan
Kementerian Pelajaran Malaysia. Satu contoh yang baik adalah pengelolaan
Pertandingan Liga Piala Menteri Pelajaran Malaysia Bawah 14 tahun dan Liga
Remaja KPM/FAM Bawah 17 tahun yang telah dimulakan pada tahun 2008.
Pertandingan ini melibatkan Sekolah Sukan Malaysia dan Sekolah Sukan Negeri
yang mewakili 14 buah negeri di Malaysia.

11

2.4

Kejohanan Bola Sepak


2.4.1 Piala Dunia
Piala

Dunia

FIFA,

atau

selalunya

disebut

sebagai Piala

Dunia merupakan pertandingan yang paling penting dan pertandingan


antarabangsa

terbesar

di

dalam

arena

bola

sepak.

Ia

dianjurkan

oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Federation Internationale de


Football Association), organisasi yang mentadbir sukan berkenaan dan ia
dipertandingkan oleh pasukan-pasukan bola sepak kebangsaan lelaki dari
kalangan negara-negara ahli FIFA.
Kejohanan ini diadakan setiap empat tahun sejak 1930 (kecuali dalam
tahun 1942 dan 1946 disebabkan oleh Perang Dunia Kedua). Walau
bagaimanapun, ia lebih merupakan acara yang sentiasa berjalan kerana
pertandingan kelayakan mengambil masa tiga tahun di antara pusinganpusingan akhir. Lebih daripada 200 negara berlumba di peringkat kelayakan
mengikut zon sebelum dapat melayakkan diri ke peringkat akhir. Perlawanan
peringkat akhir ini biasanya berlangsung selama empat ahad dan kini
melibatkan 32 pasukan (naik dari 24 pada tahun 1998). Brazil telah muncul
sebagai pasukan yang paling berjaya di dalam Piala Dunia FIFA dengan
muncul sebagai juara sebanyak 5 kali, terakhir juara 2002.
Fasa pertandingan akhir (biasanya dipanggil sebagai pusingan akhir)
melibatkan 32 pasukan kebangsaan yang bertanding selama empat minggu
di negara tuan rumah yang dicalonkan, yang mana pertandingan ini
merupakan pertandingan yang paling ramai penontonnya di dunia.

12

Sepanjang 19 kejohahnan yang telah diadakan, hanya lapan negara


sahaja yang pernah memenangi pusingan akhir Piala Dunia iaitu Brazil yang
menang sebanyak lima kali dan juga satu-satunya pasukan yang tidak
terlepas

satu

Jerman dengan

kejohanan

pun;

tiga; Uruguay

diikuti Itali dengan


(juara

pertama

empat
Piala

kejuaraan;
Dunia)

dan Argentina dengan dua setiap satu; dan England, Perancis dan Sepanyol
satu. Juara semasa adalah Sepanyol yang menjuarai Piala Dunia FIFA
2010 di Afrika Selatan. Kejohanan Piala Dunia seterusnya diadakan di Brazil
pada tahun 2014.
Jadual berikut adalah tahun dan negara penganjur Piala Dunia pada
tahun 1930 sehingga tahun 2010.

13

2.4.2

Piala Konfederasi FIFA


Piala

Konfederasi

antarabangsa

yang

FIFA

merupakan

melibatkan

pasukan

kejohanan
bola

sepak

bola

sepak

kebangsaan.

FIFA mengadakan kejohanan ini pada setiap empat tahun. Kejohanan ini
melibatkan enam konfederasi (AFC, CAF, CONMEBOL, CONCACAF, UEFA,
dan OFC) termasuk juara Piala Dunia FIFA dan tuan rumah sekaligus
menjadikan kejohanan ini disertai lapan pasukan.
Menurut Jim Drewett & Alex Leith (1997), kejohanan ini pada awalnya
dikenali sebagai Piala Raja Fahd pada edisi pertama dan kedua. Pada
1997 FIFA mengambil

alih

kejohanan

ini

dengan

menamakannya

sebagai Piala Konfederasi FIFA dan diadakan dua tahun sekali.


Selepas Piala Dunia, bola sepak yang paling penting pertandingan
antarabangsa adalah kejohanan benua, yang dianjurkan oleh setiap
pergabungan benua dan dipertandingkan antara pasukan kebangsaan. Ini
adalah Kejohanan Eropah (UEFA), Copa Amrica (CONMEBOL), Piala
Negara-Negara Afrika (CAF), Piala Asia (AFC), CONCACAF Gold Cup
(CONCACAF) dan OFC Nations Cup (OFC). Piala Konfederasi FIFA
dipertandingkan oleh pemenang semua 6 kejohanan benua, FIFA semasa
juara Piala Dunia dan negara yang menjadi tuan rumah Piala Konfederasi.

Ini secara amnya dianggap sebagai kejohanan memanaskan badan


untuk FIFA Piala Dunia yang akan datang dan tidak membawa prestij sama
seperti Piala Dunia itu sendiri. Pertandingan yang paling berprestij dalam bola
sepak

kelab

kejohanan

benua

masing-masing,

yang

biasanya

dipertandingkan antara juara kebangsaan, contohnya UEFA Champions


League di Eropah dan Copa Libertadores de Amrica di Amerika Selatan.
Para pemenang setiap pertandingan pertandingan benua FIFA Club World
Cup.
14

2.4.3

Copa America
Pertandingan antarabangsa tertua di dalam arena bola sepak ialah

Copa America yang dianjurkan oleh CONCACAF. Maklum, Copa America


diadakan setiap dua tahun sekali dan bermula di Argentina pada 1916. Piala
Amerika atau Copa America merupakan kejohanan utama bola sepak yang
diikuti oleh negara-negara CONMEBOL iaitu Brazil, Argentina, Uruguay,
Paraguay, Chile, Peru, Ecuador, Bolivia, Colombia, dan Venezuela.

15

2.4.4

Piala Asia AFC


Piala Asia AFC merupakan kejohanan bola sepak yang dianjurkan oleh

Gabungan Bola Sepak Asia atau AFC. Negara yang memenangi kejohanan
ini akan ditabalkan selaku Juara Asia dan layak untuk mewakili asia ke
kejohanan Piala Konfiderasi FIFA. Edisi yang seterusnya akan berlangsung di
Asia Tenggara dan dianjurkan secara bersama oleh empat buah negara
iaituIndonesia, Malaysia, Vietnam dan Thailand.

Piala Asia diadakan setiap empat tahun sekali semenjak 1956, dengan
yang terakhirnya berlagsung di China pada tahun 2004. Walaubagaimanapun,
memandangkan Sukan Olimpik dan Kejohanan Bola Sepak Eropah juga
dilangsungkan sama tahun dengan Piala Asia (2004, 2008, 2012 dan
seterusnya), keadaan ini telah menyebabkan kalendar sukan menjadi sangat
padat. Justeru itu, AFC telah mengambil pendirian untuk mengubah tradisi
tersebut, dengan menganjurkan kejohanan yang seterusnya pada tahun 2007,
diikuti setiap empat tahun mulai tahun 2007.
Piala Asia telah didominasi oleh pasukan-pasukan teratas di Asia
selama bertahun-tahun, biasanya dari Asia Timur atau Asia Barat. Pasukanpasukan seperti Republik Korea , Iran, Kuwait dan Arab Saudi telah
mendapat tempat mereka dalam perlawanan-perlawanan akhir hampir setiap
tahun. Pasukan-pasukan lain yang mendapat kejayaan pada sesuatu masa
termasuklah Jepun, China, Emiriyah Arab Bersatu, Qatar, Bahrain, Iraq, dan,
sebelum penceraian daripada AFC, Israel.
Pada pertandingan 2007 yang telah diadakan di negara-negara Asia
Tenggara iaitu Indonesia, Malaysia, Vietnam dan Thailand. Pertandingan ini
telah dimenangi oleh Iraq yang berjaya mengalahkan Arab Saudi 1-0 dalam
pertandingan akhir pada 29 Julai 2007.
16

2.4.5

Piala Negara-negara Afrika CAF


Piala Negara-Negara Afrika (atau rasminya Bahasa Perancis: Coupe

d'Afrique des Nations, CAN) ialah kejohanan bola sepak antarabangsa utama
di Afrika. Ia dianjurkan oleh CAF sejak 1957, dan diadakan setiap dua tahun
mulai 1968.

17

2.4.6 Piala Emas CONCACAF

Piala Emas CONCACAF (Bahasa Inggeris: CONCACAF Gold Cup)


(sebelumnya Kejohanan CONCACAF ) adalah perlawanan bola sepak yang
diadakan

oleh Gabungan

Bola

Sepak

Amerika

Utara,

Tengah

dan

Caribbean (CONCACAF), yang mempertemukan pasukan nasional di wilayah


Amerika Utara , Tengah dan Caribbean . Pada tahun 1990, CONCACAF
membuat sebuah perlawanan sebagai acara pameran untuk mahkota juara
daerah. Perlawanan bernama Piala Emas CONCACAF, dengan Amerika
Syarikat

menjadi

tuan

rumah

pertandingan

pertama

pada

tahun 1991 . Negara tuan rumah berjaya menjadi juara perdana perlawanan
yang diikuti lapan pasukan ini. Mexico mendominasi sisa dekad, memenangi
tiga

gelaran

Piala

Emas

CONCACAF

berturut-turut

pada

tahun 1993 , 1996 dan 1998 . Pada Edisi 1996 , Piala Emas mengundang
pasukan tetamu pertama, pemenang Piala Dunia Brazil.
Bermula dengan Piala Emas 2000 , peserta pertandingan meningkat
menjadi dua belas pasukan. Kanada membuat sejarah besar memenangi
piala pertama antarabangsa mereka dalam lebih dari 100 tahun bola sepak
mereka.
Piala Emas CONCACAF 2007 kembali dipertandingkan di Amerika
Syarikat

dari

Jun-24

Jun

2007

di

mana

tuan

rumah

berjaya

mempertahankan gelaran mereka mengalahkan Mexico di final 2-1


di Chicago ; Kanada dan Guadeloupe berkongsi tempat ketiga. Piala Emas
2009 berlangsung 3 Julai -26 Julai 2009 dengan Mexico mendakwa gelaran
setelah mengalahkan Amerika Syarikat dengan skor 5-0.
18

2.4.7

Piala Negara-Negara OFC


Piala Negara-Negara OFC merupakan kejohanan bola sepak yang

melibatkan

pasukan

dari

Oceania

yang

merupakan

ahli

gabungan

Konfederasi Bola Sepak Oceania. Kejohanan ini diadakan dua tahun sekali
dari tahun 1996 hingga 2004. Tiada pertandingan diadakan pada 2006 tetapi
pada 2008, kejohanan ini diadakan sebagai pentas kelayakan Piala
Konfederasi FIFA 2009 dan Piala Dunia FIFA 2010.

Secara tradisinya, kejohanan ini kerap kali dikuasai oleh Australia dan
New Zealand. Ini menjadikan Australia dan New Zealand selaku pasukan
paling berjaya dalam kejohanan ini apabila masing-masing memenangi
kejohanan sebanyak empat kali. Apabila Australia keluar daripada OFC untuk
menyertai AFC, Australia tidak lagi menyertai kejohanan ini. Format
pertandingan juga sentiasa berubah-ubah. Pada edisi 2008, kejohanan ini
diadakan secara format liga. Justeru, kedudukan pasukan ditentukan
mengikut jumlah mata yang berjaya dikumpul hasil dari kemenangan atau seri.

19

2.4.8

Kejohanan Eropah UEFA (National level)


Kejohanan Bola Sepak Eropah atau (Bahasa Inggeris: UEFA European

Championship ) adalah kejohanan bola sepak terbesar antara negaranegara UEFA. Diadakan setiap empat tahun sekali sejak 1960, kejuaraan ini
pada awalnya dinamakan sebagai Piala Negara-Negara Eropah (European
Nations

Cup),

kemudian

diganti

dengan

Kejohanan

Bola

Sepak

Eropah (European Football Championship) pada 1968.

Dari 1960 hingga 1976 hanya empat pasukan yang layak dari pusingan
kelayakan ke kejohanan akhir. Dari 1980 hingga 1992, lapan pasukan layak
menyertai dan semenjak 1996 hingga kini enam belas pasukan bermain pada
kejohanan ini. Pasukan-pasukan tersebut dipilih melalui perlawanan pada
pusingan kelayakan. Tuan rumah mendapat tempat secara automatik.

20

2.5

Liga Eropah yang paling terkenal

2.5.1

Liga Perdana Inggeris


Liga

Perdana

Inggeris,

biasanya

dirujuk

sebagai Premiership,

merupakan kejohanan liga profesional Inggeris untuk kelab bola sepak. Di


puncak sistem liga bola sepak Inggeris, ia merupakan kejohanan bola sepak
yang utama. Ia disertai oleh dua puluh kelab, berfungsi dengan sistem
kelayakan dan penyingkiran dengan The Football League. Liga Perdana
Inggeris merupakan suatu perbadanan dimana 20 ahli kelab bertindak
sebagai pemegang saham. Musim berjalan dari Ogos hinga Mei, dengan
setiap pasukan bermain 38 perlawanan.Liga ini ditaja oleh Barclays Bank,
dan oleh itu secara rasminya, ia dikenali sebagai Barclays Premier League.

Pertandingan itu dibentuk sebagai FA Premier League pada 20


Februari 1992 berikutan keputusan kelab-kelab dalam Football League First
Division untuk berpisah daripada The Football League, yang pada asalnya
ditubuhkan pada 1888, dan mengambil kesempatan hak-hak penyiaran
televisyen menguntungkan. Semenjak itu, Liga Perdana Inggeris telah
menjadi liga sukan paling banyak ditonton di dunia. Ia adalah liga bola sepak
paling menguntungkan di dunia, dengan pendapatan semua kelab sekitar
1.4 bilion dalam 200506, yang dijangka akan meningkat kepada kira-kira
1.8 bilion untuk 200708 disebabkan oleh pendapatan media. Ia juga dirank
pertama dalam ranking UEFA liga-liga berdasarkan prestasi dalam kejohanan
Eropah dalam lima tahun terakhir, mendahului La Liga di Sepanyol dan Serie
A di Itali.
Sejumlah 42 kelab pernah bersaing dalam Liga Perdana Inggeris tetapi
hanya

lima

pasukan

pernah

memenangi: Arsenal, Blackburn

Rovers, Chelsea dan Manchester United dan terkini, Manchester City. Juara
semasa

adalah

Manchester

City

yang

memenanginya

berdasarkan

perbezaan gol buat kali pertama sejak Liga Perdana dicipta pada 1992.
21

2.5.2

Liga Juara-juara UEFA


Kejohanan Liga

Juara-Juara

UEFA (bahasa

Inggeris: UEFA

Champions League) merupakan satu kejohanan bola sepak bermusim


(tahunan) yang membabitkan kelab-kelab terunggul di Eropah. Ia dianggap
kejuaraan yang palin g berprestij dalam bola sepak peringkat kelab di dunia.

Hal ini demikian bukan hanya disebabkan sejarah pertandingan ini,


malah ganjaran kewangannya. Setiap pasukan yang terlibat dalam peringkat
kumpulan akan dibayar antara 3.8 juta hingga 30.6 juta. Pada awalnya,
kejuaraan

ini

dinamakan

Piala

Eropah

sebelum

musim

1992-93.

Kemudiannya ditukar kepada Liga Juara-juara Eropah.


Kejuaraan ini mempunyai tiga peringkat kelayakan untuk memasuki
peringkat kumpulan. Biasanya pasukan-pasukan yang hebat memulakan
pertandingan pada peringkat kumpulan yang melibatkan 32 pasukan. 16
pasukan yang layak daripada peringkat ini mara ke peringkat-peringkat kalah
mati, sehinggalah perlawanan akhir di sebuah stadium yang ditentukan.
Stadium yang akan menjadi tuan rumah dalam Liga Juara-juara 2011-2012
ialah Allianz Arena di Munich, Jerman.

22

2.5.3

La Liga - LFP
Professional Football League, lebih dikenali sebagai La Liga atau Liga

BBVA, merupakan liga bola sepak profesional di Sepanyol. Ia disertai oleh 20


pasukan,

dengan

tiga

pasukan

terbawah

disingkirkan

ke Segunda

Divisin dan diganti dengan tiga pasukan teratas dalam divisyen tersebut.
Sejumlah 58 pasukan pernah bersaing dalam La Liga, sembilan
daripadanya pernah digelar juara. Sejak 1950-an, Real Madrid dan FC
Barcelona telah mendominasi kejuaraan tersebut dengan memenangi 31 kali
dan Barcelona sebanyak 18 kali. Walaubagaimanapun, semasa 1930-an dan
1940-an dan dalam dua dekad lepas, La Liga pernah dijuarai oleh lain
pasukan

termasuk Valencia,

Atltico

Madrid, Sevilla, Deportivo

de

La

Corua, Athletic Bilbao, Real Sociedad dan Real Betis.


La Liga adalah satu daripada liga sukan profesional paling popular di
dunia, dengan purata kehadiran 29,029 untuk perlawanan liga dalam musim
2007-08. Ini merupakan kelapan tertinggi dalam mana-mana liga sukan
profesional tempatan di dunia dan ketiga tertinggi dalam mana-mana liga bola
sepak profesional, di belakang Bundesliga dan Liga Perdana Inggeris.

23

2.5.4

Bundesliga Liga Jerman


Bundesliga merupakan tahap tertinggi dalam liga bola sepak jerman.

Istilah Bundesliga juga digunakan dalam bola sepak di Austria dan adalah
sudah biasa merujuk kepada pertandingan liga peringkat tertinggi dalam
beberapa sukan lain dalam kedua-dua buah negara. secara keseluruhannya,
12 kelab telah berjaya memenangi kejuaraan Bundesliga. Kelab yang paling
banyak kejuaraan Bundesliga selain FC Bayern Munich (21 kejuaraan)
adalah Borussia Monchengladbach (5 kemenangan), Borussia Dortmund (5
kemenangan) dan SV Werder Bremen (4 kemenangan).

24

2.5.5 Serie A Lega Calcio


Serie

A (secara

rasmi

dikenali

sebagai Lega

Calcio

Serie

A TIM merupakan bahagian teratas dalam liga bola sepak Itali. Serie A
mempunyai 20 pasukan sejak musim 2004-05 (sebelumnya 18). Tiga kelab
terbawah akan diturunkan ke Serie B, dan digantikan oleh tiga kelab teratas
dari divisyen tersebut. Serie A, dalam bentuknya seperti ketika ini, bermula
semenjak tahun 1929. Sebelumnya dari 1898 hingga 1929, kejohanan ini
dibahagikan kepada beberapa kumpulan berdasarkan wilayah. Pada tahun
1927

tidak

ada

pasukan

yang

diberikan

gelaran

juara

setelah Torino dilucutkan gelarannya oleh Persekutuan Bola Sepak Itali


(FIGC). Torino ditabalkan sebagai juara bagi musim 1948/1949 setelah
sebuah kecelakaan pesawat menjelang akhir musim yang meragut nyawa
seluruh anggota pasukan. Kejayaan menjadi juara biasanya disebut
sebagai scudetto (perisai kecil) kerana pasukan juara akan memakai sebuah
lambang kecil dengan bendera Itali pada jersi mereka pada musim berikutnya.
Kelab yang paling berjaya ialah Juventus dengan gelaran juara sebanyak 27
kali, diikuti Internazionale (18) dan AC Milan (17), Genoa 1893 (9).

25

2.5.6

League 1
Ligue 1 (Le Championnat de France de D1) atau Liga 1 merupakan

bahagian tahap pertama dalam liga bola sepak Perancis. Ligue 1 mempunyai
20 pasukan mulai musim 2002/03 (sebelumnya 18). Pada penghujung musim,
tiga pasukan terbawah dalam liga ini akan diturunkan ke Ligue 2, dan
digantikan oleh tiga kelab teratas dari Ligue 2. Ligue 1, dalam keadaannya
seperti ketika ini, telah dimulai dari tahun 1932 lagi. Kelab yang paling berjaya
ialah AS Saint-tienne dengan 10 kali selaku juara, diikuti Olympique de
Marseille, dan AS Monaco, masing-masing dengan 7 gelaran juara.

26

2.6

Pemain Legenda
Menurut Paul Caligiuri & Dan Herbst (1997), kejohanan-kejohanan dan
liga-liga bola sepak telah melahirkan banyak pemain yang hebat. Tetapi
hanya beberapa pemain merupakan lagenda sebenar. Bukan satu perkara
yang mudah untuk menentukan pemain bola sepak terbaik. Seseorang dari
England kemungkinan akan menganggap Bobby Charlton ialah pemain
lagenda manakala seseorang dari Brazil akan pilih Pele sebagai pemain
lagenda bola sepak.
Kedudukan pemain-pemain lagenda bola sepak berikut ditempatkan
mengikut kemahiran, gelaran mereka, dan pengaruh mereka kepada
permainan bola sepak:
2.6.1

Pel /Edson Arantes do Nascimento The Pioner

Tahun Aktif: 1956 - 1977


Pasukan kebangsaan: Brazil (77 gol)
Kelab: Santos, New York Cosmos

Menurut Hill, Nich dan Barnett, Tim, (1992), Pele dilahir pada 5 Januari
1962. Pele bukan sahaja pemain bola sepak terhebat sepanjang zaman, dia
juga digelar oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa sebagai "Athlete of the
Century" pada tahun 1999. Beliau bermain sebagai penyerang untuk Brazil
dan merupakan satu-satunya pemain yang telah memenangi Piala Dunia
sebanyak tiga kali.
Pele adalah seorang pemain yang lengkap dengan memiliki kedua-dua
kemahiran teknikal dan olahraga, kepintaran, kepantasan, ketepatan hantaran
bola, dan persepsi untuk gol. Di padang bola, dia mampu melakukan
kemahiran teknikal dengan mudah. Beliau merupakan pencapai dan juga
pembawa pembaharuan yang berjaya, beliau mampu melakukan jaringan gol
27

dengan sepakan gol gaya basikal. Pele adalah pemain terhebat sepanjang
zaman disebabkan oleh bola sepak. Daripada penampilan pertama
profesional beliau pada umur 16 sehingga persaraan beliau, dia telah
mundurkanreputasi pemain-pemain yang lain pada zaman beliau. Kita boleh
mengatakan bahawa sepanjang kerjayanya, terdapat Pele dan hanya Pele.
Rekod kerjaya Pele sukar dibayangkan. Dia menjaringkan gol sejumlah
1,281 dalam 1,363 perlawanan, hal ini merupakan rekod dunia yang masih
kekal. Enam kali beliau menamatkan permainan dengan lima gol, 30 kali
dengan empat gol, dan 92 kali dengan tiga gol. Jaringan gol beliau yang
paling dikenang adalah gel ke-1000, beliau menjaringkan gol tersebut di
Stadium Maracana melalui sepakan penalti. Ia mewujudkan kegemparan
yang tidak terhingga, di mana peminat pasukan lawan turut menyertai dalam
sorakan Lagenda Bola Sepak Brazil.
Pele memenangi pelbagai gelaran daripada
kedua-dua kelab profesional beliau telah bermain,
Santos dan New York Cosmos. Beliau menjuarai Piala
Antara Benua (1962 & 1963), copa Libertadores (1962 &
1963), NASL Championship (1977), dan Kejohanan So
Paulo (11 kali 1950-60).
Apabila beliau bersara, duta Brazil mengatakan bahawa Pel telah
menghabiskan 22 tahun bermain bola sepak, dan sepanjang masa itu beliau
telah melakukan muhibah dan mewujudkan persahabatan lebih banyak
daripada para duta yang lain sewaktu dalam PBB. Selepas beliau bersara
dari kerjayanya, beliau terlibat banyak dalam aktiviti kemanusiaan, seperti
menjadi duta muhibah bagi UNICEF. Beliau juga berperanan sebagai duta
permainan bola sepak, beliau mengembara di seluruh dunia untuk merahmati
kejohanan bola sepak utama sehingga kini.

28

2.6.2 Diego Maradona Maestro

Tahun Aktif: 1976-1997


Pasukan kebangsaan: Argentina (34 gol)
Kelab:

Argentino

Juniors,

Boca

Juniors,

Barcelona, Napoli, Sevilla FC, Old Boys Newell

Diego Maradona dilahirkan di Villa Fiorito, wilayah Buenos Aires di


Argentina. Beliau adalah seorang genius bola sepak Argentina yang
kerjayanya ditandai dengan kejayaan dan kontroversi. Beliau merupakan
seorang perancang yang hebat, beliau mengetuai Argentina mencapai
gelaran Piala Dunia pada tahun 1986.
Maradona adalah salah satu daripada pemain berkemahiran teknikal
terbaik bola sepak. Beliau seorang pengiring bola keupayaan secara individu,
beliau mengelirukan pemain-pemain pertahanan pada zaman beliau dengan
pengiringan halus pada bola. Saiz kecil beliau memberinya kelebihan untuk
menukar arah dengan cepat dan membuat dia sukar dihalang. Tahun-tahun
yang berikut selepas kemenangan Piala Dunia 1986 beliau adalah yang
terbaik buat Maradona. Beliau bermain untuk Napoli, dia berjaya membawa
kelab tersebut ke Kejohanan Serie A pada tahun 1987 dan 1990 serta Piala
UEFA pada tahun 1989. Sebelum penampilan beliau, Napoli tidak pernah
memenangi apa-apa kejohanan Itali dan disebabkan apa yang telah dilakukan
untuk kelab, dia dipuja oleh peminat seolah-olah dia adalah ikon agama
sehingga ke hari ini.
Pada akhir kerjaya Maradona, beliau telah dicemari oleh ketagihan
kokain. Namun Maradona dapat memulihkan jawatan yang penting dalam
pasukan kebangsaan Argentina pada 2008 apabila beliau dilantik sebagai
pengurus. Dia bersama dengan pasukan sehingga kekalahan pasukan beliau
kepada pasukan Jerman di suku akhir Piala Dunia 2010.

29

2.6.3

Zinedine Zidane The Scientist

Tahun Aktif: 1988-2006


Pasukan kebangsaan: Perancis (31 gol)
Kelab: Cannes, Bordeaux, Juventus, Real Madrid

Zinedine Zidane adalah seorang legenda bola sepak Perancis yang


dianggap sebagai salah satu pemain berteknikal tinggi yang paling cemerlang
sepanjang masa. Dia adalah seorang perancang untuk pasukan kebangsaan
Perancis dan berprestij di kelab-kelab Eropah seperti Juventus dan Real
Madrid.
Sebagai

pemain

tengah

menyerang,

Zidane

terkenal

dengan

kebolehan mengawal bola, yang mampu memberi inspirasi kepada rakan


sepasukan semasa latihan serta kagum oleh peminat ketika permainan.
Beliau mempunyai penguasaan teknikal yang luar biasa, beliau dapat
mengawal pergerakan bola dengan kehendaknya. Menggelecek dan
hantarannya menjadikan beliau berlainan dengan pemain lain. Beliau
membuktikan untuk menjadi seorang pemain yang lengkap dengan
keupayaan untuk menanduk bola, sepakan percuma dan sepakan penalti.
Sebagai pemain, Zidane memenangi kesemua trofi utama yang
dipertandingkan. Dengan pasukan kebangsaan Perancis, beliau memenangi
Piala Dunia 1998 (di mana beliau menjaringkan dua gol dalam perlawanan
akhir) dan kejohanan bola sepak Eropah 2000. Di peringkat kelab, dia
menjuarai satu Liga Juara-Juara (2002, dengan Real Madrid) dan dua Piala
Intercontinental (1996 dengan Juventus; 2002 dengan Real Madrid).
Anugerah individunya adalah FIFA Player of the Year, di mana beliau
memenangi tiga kali serta 1998 Ballon d'Or.
30

2.6.4

Ronaldo de Lima The phenomena

Tahun Aktif: 1993-2011


Pasukan kebangsaan: Brazil (62 gol)
Kelab: Cruzeiro, PSV Endhoven, Barcelona, Inter
Milano, Real Madrid, AC Milan, Korintus

Sejak Pele, Ronaldo menjadi salah satu bintang hebat antarabangsa


bola sepak pada 1990-an. Ronaldo digelar sebagai Fenomena ini. Beliau
telah banyak mengumpul rekod, kejohanan dan pingat. Ronaldi telah dalam
pasukan kebangsaan Brazil sejak tahun 1994 dan merupakan sebahagian
pasukan yang memenangi Piasa Dunia pada tahun 1998 dan pada tahun
2002, apabila dia adalah penjaring terbanyak antara kejohanan-kejohanan.
2.6.5

Ferenc Puskas

Tahun Aktif: 1943-1966


Pasukan kebangsaan: Hungary (84 gol), Sepanyol (0 gol)
Kelab: Budapest Honved, Real Madrid

31

2.6.6

Johan Cruyff

Tahun Aktif: 1964-1984


Pasukan kebangsaan: Belanda (33 gol)
Kelab: Ajax, Barcelona, Los Angeles Aztecs,
diplomat Washington, Feyenoord

Cruff adalah bekas pemain bola sepak Belanda dan pengurus atay
jurulatih. Beliau telah dinamakan sebagai Pemain Terbaik Eropah Tahun tiga
kali. Pada tahun 1999, Cruyff telah mengundi dalam Pemain Eropah Abad
kedalam pilihan raya yang diadakan oleh IFFHS, dan menduduki tempat
kedua, di belakang Pele dalam Pemain Terbaik Dunia mereka pengundian
Abad. Cruff telah dikenali oleh dunia terhadap kelajuan pecutannya.
2.6.7

Eusebio da Silva Ferreira

Tahun Aktif: 1961-1978


Pasukan kebangsaan: Portugal (41 gol)
Kelab: Benfica, lima kelab yang berbeza di Amerika
Utara Bola Sepak Liga (NASL), CF Monterrey

2.6.8

Michel Platini

Tahun Aktif: 1972-1987


Pasukan kebangsaan: Perancis (41 gol)
Kelab: Nancy, Saint-Etienne, Juventus

32

2.6.9

Franz Beckenbauer The Emperor

Tahun Aktif: 1964-1983


Pasukan kebangsaan: Jerman (14 gol)
Kelab: Bayern Munich, New York Cosmos,
Hamburger SV
Frank Beckenbeur merupakan antara bek terbaik sepanjang zaman.
Terkenal dengan gelaran De Kaiser, beliau memiliki gaya dan kepimpinan
yang

tinggi

setiap

kali

berdepan

dengan

serangan

yang

hebat

daripada mana-mana pasukan gergasi bola sepak dunia. Pernah menjulang


trofi Piala Dunia semasa beliau menjadi kapten Jerman Barat pada tahun
1974 dan sebagai pengurus pasukan Jerman pada tahun 1990.
2.6.10

Alfredo di Stefano

Tahun Aktif: 1950s


Pasukan kebangsaan: Argentina/Spain & Real Madrid
Kedudukan: Forward

Menurut Richard Whitehead & Keith Pike (2003), beliau digelar


sebagai Saeta rubia (anak panah Gadis Perang), adalah pemain yang
mempunyai daya tahan kardiovaskular yang hebat dan serba boleh taktikal.
Beliau juga boleh bermain mana-mana sahaja di atas padang dan walaupun
terkenal di kedudukan hadapan, malah juga hebat dalam kedudukan
pertahanan. Beliau kini adalah penjaring ke-3 tertinggi dalam sejarah
bahagian atas Sepanyol, dengan menjaringkan 228 gol dalam 329 permainan.
Di Stefano adalah juga liga penjaring gol Real Madrid tertinggi sepanjang
masa, dengan menjaringkan 216 gol dalam 282 perlawanan liga.

33

2.6.11

Lev Yashin

Tahun Aktif: 1950s/60s


Pasukan kebangsaan: Russia & Dynamo Moscow
Kedudukan: Penjaga gol

Beliau merupakan seorang penjaga gol yang hebat. Barry J. Hugman


(1984) telah menyatakan Lav Yashin merupakan penjaga gol terbaik dalam
sejarah permainan. Yashin telah mewakili kelab Dynamo Moscow, dan
selepas bersara beliau adalah jurulatih kelab tersebut. Dynamo memenangi
lima kejohanan liga dan tiga cawan kerana sebahagian besar kepada
penguasaan Yashin matlamat. Yashin merupakan elemen penting dalam
kemenangan pingat emas pasukan kebangsaan Soviet di Olimpik 1956, dan
dia cenderung matlamat untuk pasukan dalam tiga Piala Dunia.
2.6.12

David Beckham - Best Kicker

David Beckham adalah pemain bola sepak terkemuka Inggeris bahawa


popularitinya melangkaui padang. Beckham merupakan bintang dalam
kalangan orang ramai untuk Manchester United apabila dia berkahwin
dengan Spice Girls iaitu bintang Victoria Adams pada bulan Julai 1999;
mereka menjadi salah satu pasangan yang paling terkenal di Britain.
Beckham dikenali terutamanya kerana kepakaran sepakan percuma dan
menakjubkan sepakan jarak jauh manakala kaki kanannya adalah khazanah
kebangsaan England.
34

3.0

PELAN GELANGGANG BOLA SEPAK

Ukuran dan penanda garisan padang bola sepak

Ukuran Gol dan bendera bola sepak

35

4.0
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PENGGUNAAN PERALATAN
BOLA SEPAK
Dalam permainan bola sepak undang-undang permainan terkini terdiri daripada 17
undang-undang yang tersendiri, iaitu:
Undang-undang 1

Padang Permain

Undang-undang 2

Bola

Undang-undang 3

Bilangan Pemain

Undang-undang 4

Alatan Permain

Undang-undang 5

Pengadil

Undang-undang 6

Penolong Pengadil

Undang-undang 7

Jangkamasa Permainan

Undang-undang 8

Permulaan dan Memulakan Semula Permainan

Undang-undang 9

Bola di Dalam dan di Luar Permainan

Undang-undang 10

Cara Menentukan Jaringan

Undang-undang 11

Ofsaid

Undang-undang 12

Kesalahan-kesalahan dan Kelakuan Tidak Bersopan

Undang-undang 13

Sepakan Percuma

Undang-undang 14

Sepakan Penalti

Undang-undang 15

Lontaran ke Dalam

Undang-undang 16

Sepakan Gol

Undang-undang 17

Sepakan Penjuru

36

4.1

Undang-undang 1 : Padang Permainan

4.1.1

Ukuran Padang

Padang permainan mestilah berukuran segi empat tepat. Ukuran


padang yang dibenarkan adalah seperti berikut:
Panjang
Minimum: 90 meter
Maximum: 120 meter
Lebar
Minimum: 45 meter
Maximum: 90 meter
Bagaimanapun,

ukuran

padang

untuk

pertandingan antarabangsa adalah seperti berikut:


Panjang
Minimum: 100 meter
Maximum: 110 meter
Lebar
Minimum: 64 meter
Maximum:75 meter

37

permainan

peringkat

4.1.2

Kawasan Padang
Garisan padang perlu ditandakan pada setiap kawasan padang untuk

membezakan sesuatu kawasan. Dua garisan panjang sempadan disebut


garisan tepi manakala dua garisan yang lebih pendek disebut garisan gol.
Ukuran bagi semua garisan mestilah tidak melebihi daripada 12 sm (5 inci)
lebar. Padang dibahagikan kepada dua bahagian melalui garisan tengah
kawasan bulatan ditengah padang mempunyai ukuran jejari 9.15m.
4.1.3

Ukuran Tiang Penjuru Dan Lengkok Sepakan Penjuru

Ketinggian tiang penjuru tidak boleh kurang daripada 1.53 meter.


4.1.4

Ukuran Tiang Gol

38

4.2 Undang-undang 2 : Bola


Bola mestilah berbentuk sfera dan diperbuat daripada kulit binatang atau
bahan lain yang dibenarkan. Lilitan bola adalah tidak kurang daripada 68 sm dan
tidak lebih 70 sm. Berat bola dalam lingkungan di antara 410 gram hingga 450 gram
pada permulaan permainan. Bola permainan hanya boleh ditukar dengan kebenaran
pengadil.

4.3 Undang-undang 3 : Bilangan pemain


4.3.1

Pemain
Perlawanan bola sepak memerlukan dua pasukan sahaja. Setiap

pasukan mestilah terdiri daripada 11 orang pemain termasuk penjaga gol.


Perlawanan tidak boleh dimulakan sekiranya terdapat kurang daripada 7
orang pemain.

39

4.3.2

Perlawanan Rasmi
Bagi setiap perlawanan rasmi yang dianjurkan oleh FIFA dan

persatuan-persatuan di bawah gabungannya, hanya 3 orang pemain gantian


sahaja dibenarkan untuk membuat pertukaran. Peraturan pada setiap
pertandingan mestilah menyatakan berapakah bilangan pemain gantian yang
dibenarkan untuk membuat pertukaran iaitu di antara 3 hingga 7 pemain
gantian.

4.3.3

Nama Pemain Gantian


Dalam setiap perlawanan, nama-nama pemain gantian mestilah

diberikan kepada pengadil sebelum perlawanan dimulakan. Pemain gantian


yang tidak didaftarkan tidak akan dibenarkan untuk bermain.

4.3.4

Prosedur Penggantian Pemain


Pertukaran pemain gantian mestilah mematuhi prosedur yang

ditetapkan. Pengadil mestilah dimaklumkan sebelum sebarang pertukaran


dibuat. Pemain gantian hanya boleh memasuki padang selepas pemain yang
hendak digantikan keluar dari padang dan selepas mendapat isyarat daripada
40

pengadil. Proses pertukaran lengkap apabila pemain gantian memasuki


padang permainan dan pemain yang telah diganti itu tidak boleh lagi
mengambil bahagian dlaam perlawanan tersebut.
4.3.5

Pertukaran Penjaga Gol


Untuk menukar penjaga gol, pengadil hendaklah diberitahu terlebih

dahulu dan sebelum pertukaran dibuat semasa pemberhentian permainan.


4.4 Undang-undang 4 : Alatan Pemain
4.4.1

Keselamatan
Pemain tidak dibenarkan memakai peralatan atau perhiasan yang

boleh membawa bahaya kepada dirinya dan juga kepada pemain-pemain


yang lain. Sebagai contoh, cincin, gelang atau jam tangan.
4.4.2

Peralatan asas
Peralatan asas yang mesti dipakai oleh setiap pemain ialah;
a) Jersi atau baju berlengan
b) Seluar pendek
c) Stoking
d) Pelindung kaki
e) Kasut bola

4.4.3

Pelindung Kaki (Shin Guards)


Setiap pemain mesti menggunakan pelindung pada kaki. Pelindung

kaki yang diperbuat daripada bahan yang sesuai seperti getah atau plastik
perlu dipakai di dalam stokin.

41

4.4.4

Penjaga Gol
Penjaga gol mesti memakai warna jersi yang berlainan daripada

pemain lain, pengadil dan penolong pengadil.

4.4.5

Pelanggaran Peraturan
Seseorang pemain itu tidak dibenarkan bermain sekiranya mereka

melanggar peraturan ini. Pengadil akan mengarahkan pemain yang


melakukan

kesalahan

meninggalkan

padang.

Pemain

tersebut

tidak

dibenarkan memasuki padang sehingga dibenarkan oleh pengadil. Pengadil


akan memeriksa peralatan pemain tersebut sebelum dibenarkan meneruskan
permainan dan dia hanya dibenarkan memasuki padang setelah bola
terkeluar dari padang.
4.5 Undang-undang 5: Pengadil
4.5.1

Kuasa Pengadil
Setiap perlawanan akan dikawal oleh pengadil yang berkuasa untuk

menguatkuasakan undang-undang permainan.

42

4.5.2

Tugas Pengadil
Berikut adalah tugas-tugas seorang pengadil:

Menguatkuasakan undang-undang perlawanan.

Mengawal permainan dengan bantuan penolong pengadil.

Memastikan bola yang digunakan memenuhi syarat.

Memastikan peralatan pemain yang digunakan memenuhi


syarat undang-undang 4.

Bertindak sebagai penjaga masa dan menyimpan rekod


permainan.

Memberhentikan atau membatalkan pemain sekiranya berlaku


sebarang gangguan daripada pihak luar.

Memberhentikan perlawanan sekiranya terdapat kecederaan


teruk pada pemain dan memastikan pemain itu dibawa keluar
dari padang.

Memastikan pemain yang mengalami pendarahan atau luka


meninggalkan padang.

Oemain yang cedera itu hanya dibenarkan masuk semula ke


padang setelah mendapat syarat daripada pengadil.

Menghukum kesalahan yang lebih berat kepada pemain yang


melakukan lebih daripada satu kesalahan pada suatu masa.

Mengambil tindakan disiplin ke atas pemain yang membuat


kesalahan amaran bertulis (kad kuning) atau perintah keluar
padang (kad merah).

Mengambil tindakan ke atas pengawal pasukan yang gagal


mengawal kelakuan semasa perlawanan.

43

Bertindak melalui nasihat yang diberikan oleh penolong pengadil


atas kesalahan yang tidak dapat dilihat olehnya.

4.5.3

Keputusan pengadil
Keputusan pengadil adalah muktamad. Pengadil hanya boleh menukar

keputusannya apabila menyedari bahawa keputusan tersebut adalah salah


atau setelah berbincang dengan penolong pengadil dengan syarat permainan
itu sebelum dimulakan semula atau ianya telah ditamatkan.
4.6 Undang-undang 6: Penolong Pengadil
4.6.1 Tugas
Seorang pengadil dibantu oleh dua penolong
pengadil. Antara tugas penolong pengadil ialah:
Menujukkan isyarat bila keseluruhan bola keluar dari
garisan padang.
Menunjukkan isyarat pasukan mana berhak untuk
sepakan sudut, sepakan gol dan lontaran ke dalam.
Menunjukkan isyarat pemain yang berada dalam
kedudukan ofsaid.
Membantu

mengesan

sebarang kesalahan

atau

kejadian yang berlaku di luar penglihatan pengadil.

4.6.2

Bantuan
Membantu pengadil mengawal perlawanan berdasarkan undan-

undang permainan bola sepak. Penolong pengadil boleh masuk padang untuk
mengawal dan memastikan jarak 9.15 meter dipatuhi.
4.7 Undang-undang 7: Jangkamasa Permainan
4.7.1

Jangkamasa Permainan
Tempoh permainan pada setiap separuh masa adalah 45 minit, kecuali

terdapat persetujuan di antara kedua-dua pasukan dan pengadil diberitahu


44

sebelum permainan dimulakan. Contohnya mengurangkan masa untuk setiap


separuh masa kepada 40 minit.
4.7.2

Masa Rehat
Masa rehat diberikan kepada pemain selepas menamatkan separuh

masa pertama. Masa yang diberikan adalah tidak melebihi 15 minit.


4.7.3

Masa Tambahan
Masa tambahan diberikan apabila berlaku pemberhentian masa

sewaktu pertukaran pemain, rawatan kepada pemain yang tercedera atau


pengadil bertindak mengeluarkan pemain yag cedera dari padang untuk
mendapatkan rawatan.
4.7.4

Tendangan Penalti
Apabila tendangan penalti hendak diambil atau diambil semula,

tempoh masa akan dipanjangkan sehingga tendangan penalti itu dilakukan.


4.7.5

Pemberhentian Perlawanan
Sesuatu

perlawanan

yang

dihentikan

akan

dimainkan

semula

melainkan peraturan pertandingan menyatakan sebaliknya.


4.8 Undang-undang 8: Permulaan dan Memulakan Semula Permainan
4.8.1

Permulaan Perlawanan
Penentuan pasukan mana yang berhak sama ada untuk memilih

kawasan gol atau memulakan perlawanan dilakukan dengan melambung duit


syiling. Pasukan yang kalah lambungan syiling akan membuat sepak mula.
Pasukan yang menang lambungan syiling akan membuat sepak mula pada
separuh masa kedua.
4.8.2

Sepak mula
Sepak mula merupakan cara untuk memulakan perlawanan atau

memulakan semula perlawanan pada separuh masa kedua. Sepak mula juga
dibuat selepas jaringan gol dilakukan dan ketika permulaan di setiap separuh
45

masa perlawanan semasa tambahan masa. Jaringan boleh dibuat terus


daripada sepak mula.

4.8.3

Prosedur
Semua pemain mestilah berada di kawasan mereka sendiri. Pasukan

lawan hendaklah berada sekurang-kurangnya 9.15 meter daripada bola,


semasa sepak mula diambil dan bola mestilah dalam keadaan pegun dan
berada di tengah-tengah kawasan bulatan.
Selepas pengadil memberi isyarat mula, pemain perlu membuat
sepakan ke hadapan. Pemain yang membuat sepak mila tidak boleh
memainkan semula bola itu sebelum ianya disentuh atau dimainkan oleh
pemain lain. Selepas setiap jaringan gol, sepak mula akan diambil oleh
pasukan lawan.
4.9 Undang-undang 9: Bola Di Dalam dan Di Luar Permain
Bola dikira keluar dari padang permainan:

apabila keseluruhan bola melintasi garisan tepi atau garisan gol sama
ada di tanah atau di udara.

Diberhentikan oleh pengadil.

Bola dikira dalam permainan, termasuklah bila:

Apabila ia melantun daripada tiang gol, palang gol atau tiang penjuru
dan berada di dalam kawasan permainan.

Apabila ia melantun semada daripada pengadil atau penolong pengadil


yang berada dalam kawasan permainan.

46

4.10 Undang-undang 10: Cara Menentukan Jaringan


Jaringan gol dikira apabila keseluruhan bola melepasi garisan gol di antara
tiang-tiang gol dan di bawah palang gol dengan syarat tiada perlanggaran undangundang dilakukan oleh pasukan yang menjaringkan gol tersebut.
Pasukan yang menjaringkan lebih banyak gol akan dikira sebagai pemenang
perlawanan.

Perlawanan

akan

dikira

seri

sekiranya

kedua-dua

pasukan

menjaringkan jumlah gol yang sama atau tidak menjaringkan sebarang gol di dalam
tempoh perlawanan tersebut.

4.11 Undang-undang 11: Ofsaid


Adalah tidak menjadi kesalahan semata-mata kerana berada di kedudukan
ofsaid.
Seorang pemain berada di kedudukan jika:

47

o dia berada lebih hampir dengan garisan gol lawan daripada bola dan pemain
lawan yang kedua terakhir.
Seorang pemain tidak berkedudukan ofsaid jika:
o berada di kawasan permainannya sendiri, atau
o berada separas dengan pemain lawan yang kedua terakhir, atau
o berada separas dengan dua pemain lawan terakhir.
4.11.1

Kesalahan
Pemain yang berkedudukan ofsaid hanya dihukum, jika pada pendapat

pengadil, ketika bola disentuh atau dimainkan oleh pemain pasukannya, dia
terlibat aktif dalam permainan dengan:
o mengganggu permainan, atau
o mengganggu pemain pihak lawan, atau
o memperoleh keuntungan dengan berada di kedudukan itu.
4.11.2

Tiada Kesalahan Ofsaid


Ofsaid tidak dikira jika pemain menerima bola terus dari:
o sepakan gol
o lontaran ke dalam
o sepakan penjuru.

4.11.3

Pelanggaran Dan Hukuman


Untuk kesalahan ofsaid, pengadil akan memberikan sepakan percuma

tidak terus kepada pasukan lawan yang diambil di tempat kesalahan itu
berlaku.
4.12 Undang-undang 12: Kesalahan-Kesalahan Dan Kelakuan Tidak Bersopan
Kesalahan-kesalahan dan kelakuan tidak bersopan adalah dihukum seperti
berikut:

48

Sepakan
Percuma Terus

Hukuman

Sepakan Penalti

Tindakan
Disiplin

Sepakan
Percuma Tidak
Terus

Kesalahankesalahan
Beramaran
Kesalahankesalahan
Perintah Keluar

4.12.1

Sepakan Percuma terus


Sepakan percuma terus diberi kepada pasukan pihak lawan jika

seorang pemain melakukan salah satu dari tujuh kesalahan berikut:

Menendang atau menendang pemain lawan.

Membentes atau cuba membentes pemain lawan.

Menerjah ke pemain lawan.

Merempuh pemain lawan.

Memukul atau cuba memukul pemain lawan.

Menolak pemain lawan.

Takel pemain lawan.


Sepakan percuma terus juga diberi kepada pasukan lawan jika seoang

pemain melakukan salah satu dari tiga kesalahan berikut:

Memegang pemain lawan.

Meludah pemain lawan.

Memegang bola dengan sengaja (kecuali penjaga gol yang berada


di dalam kawasan penaltinya).

Sepakan percuma terus adalah dibuat dari tempat dimana kesalahan


berlaku.

49

4.12.2

Sepakan Penalti
Sepakan penalti adalah diberi jika salah satu dari sepuluh kesalahan di

atas dilakukan oleh seorang pemain di dalam kawasan penaltinya, tanpa


mengira kedudukan bola, dengan syarat bola berada di dalam permainan.

4.12.3

Sepakan Percuma Tidak Terus


Sepakan percuma tidak terus adalah diberi kepada pasukan lawan jika

penjaga gol, di dalam kawasan penaltinya, melakukan salah satu dari empat
kesalahan berikut:

Mengawal bola dengan tangannya lebih dari enam saat sebelum


melepaskan dari kawalan.

Menyentuh bola semula dengan tangannya setelah bola dilepaskan


dari kawalannya dan sebelum disentuh oleh pemain lain.

Menyentuh bola dengan tangannya setelah menerimanya terus dari


lontaran ke dalam oleh rakannya.

Menyentuh bola dengan tangannya setelah menerimanya terus dari


lontaran ke dalam oleh rakannya.
Sepakan percuma tidak terus juga diberi kepada pasukan lawan jika

seorang pemain, pada pendapat pengadil:

Bermain dengan cara yang berbahaya.

Menyekat pergerakan pemain lawan.

Menghalang penjaga gol untuk melepaskan bola dari tangannya.


50

Melakukan kesalahan lain yang tidak disebut dalam undang-undang 12,


yang mana permainan diberhentikan untuk memberi amaran atau
peruntah keluar pemain.
Sepakan percuma tidak terus adalah dibuat dari tempat di mana

kesalahan berlaku.
4.12.3.1

Tindakan Disiplin

Kad kuning adalah digunakan untuk memberitahu bahawa


pemain atau pengganti atau pemain yang telah digantikan telah diberi
amaran.
Kad merah adalah digunakan untuk memberitahu bahawa
pemain atau pemain pengganti atau pemain yang telah digantikan
telah diperintah keluar.
Hanya seorang pemain pengganti atau pemain yang telah
digantikan sahaja boleh ditunjukkan kad merah atau kad kuning.
Pengadil berkuasa untuk mengambil tindakan disiplin dari ketika
ia masuk ke padang permainan sehingga ia meninggalkan padang
permainan selepas tiupan wisel penamat.
Pemain yang melakukan kesalahan beramaran atau perintah
keluar, di dalam atau di luar padang permainan sama ada terhadap
pemain lawan, rakannya sepasukan, Pengadil, Penolong Pengadil atau
orang lain, adalah dikenakan tindakan disiplin mengikut jenis
kesalahan yang dilakukan.

51

4.12.3.2

Kesalahan-kesalahan Beramaran
Pemain diberi amaran dan ditunjuk kad kuning jika dia

melakukan salah satu dari tujuh kesalahan berikut:

Bersalah kerana kelakuan tidak bersemangat sukan.

Membantah dengan perkataan atau perbuatan.

Sentiasa melanggar Undang-undang Permainan.

Melambat-lambat memulakan semula permainan.

Gagal beredar ke jarak yang dikehendaki apabila permainan


dimulakan semula dari sepakan penjuru, sepakan percuma atau
lontaran ke dalam.

Masuk atau masuk semula padang permainan tanpa kebenaran


Pengadil.

Dengan sengaja meninggalkan padang permainan tanpa


kebenaran pengadil.
Pengganti atau pemain yang telah digantikan adalah diberi

amaran jika melakukan salah satu dari tiga kesalahan berikut:

Kerana kelakuan tidak bersemangat sukan.

Membantah dengan perkataan atau perbuatan.

Melambat-lambat memulakan semula permainan.

4.12.3.3

Kesalahan-kesalahan Perintah Keluar


Pemain, pengganti atau pemain yang telah diganti adlah

diperintah keluar jika dia melakukan salah satu dari tujuk kesalahan
berikut:

Bermain dengan amat kasar.

Berkelakuan ganas.

Meludah pemain lawan atau orang lain.

Menggagalkan jaringan gol pasukan lawan atau peluang jelas


untuk menjaringkan gol dengan sengaja memegang bola (ini
tidak terpakai kepada penjaga gol yang berada di dalam
kawasan penalti sendiri).
52

Menggagalkan peluang jelas untuk menjaringkan gol oleh


pemain lawan yang menuju ke arah gol lawannya, dengan
melakukan kesalahan yang boleh dihukum dengan sepakan
percuma atau sepakan penalti.

Menggunakan bahasa yang menyinggung perasaan, menghina


atau kata-kata kesat dan/atau gerak laku.

Menerima amaran kedua di dalam perlawanan yang sama.


Pemain, pengganti atau pemain yang telah diganti yang

diperintah

keluar

mestilah

meninggalkan

persekitaran

padang

permainan dan kawasan teknikal.


4.13 Undang-undang 13: Sepakan Percuma
Sepakan
Percuma
Tidak Terus
Sepakan
Percuma
Terus

Prosedur
Jenis-jenis
Sepakan
Percuma

4.13.1

Sepakan Percuma Terus


Bola masuk ke gol. Bola masuk ke gol jika dari sepakan percuma terus,

bola disepak terus ke dalam gol lawan, gol diberi. Jika dari sepakan percuma
terus, bola disepak terus ke dalam gol sendiri, sepakan penjuru diberi kepada
pasukan lawan.
4.13.2

Sepakan Percuma Tidak Terus


Isyarat. Pengadil mengisyarat sepakan percuma tidak terus dengan

mengangkat sebelah tangannya lurus ke atas kepala. Dia mengekalkan


kedudukan tangannya sedemikian sehingga sepakan dibuat dan bola
disentuh oleh pemain lain ataupun keluar dari permainan.

53

Bola masuk ke gol. Jaringan gol boleh diberi hanya jika bola disentuh
oleh pemain lain sebelum masuk ke dalam gol. Jika dari sepakan percuma
tidak terus bola disepak terus ke dalam gol pasukan lawan, sepakan gol diberi.
Jika dari sepakan percuma tidak terus bola disepak terus ke dalam gol sendiri,
sepakan penjuru diberi kepada pasukan lawan.
4.13.3

Prosedur
Bagi kedua-dua sepakan, terus dan tidak terus, bola mestilah statik

apabila sepakan dibuat dan penyepak tidak boleh menyentuh bola lagi untuk
kali kedua sehingga ia telah disentuh oleh pemain lain.
4.13.3.1

Sepakan percuma di dalam kawasan penalti.

Sepakan percuma terus atau tidak terus kepada pasukan bertahan:

Semua pemain pihak lawan mesti berada sekurang-kurangnya


9.15meter dari bola.

Semua pemain pihak lawan mesti berada di luar kawasan penalti


sehingga bola di dalam permainan.

Bola dikira dalam permainan sebaik sahaja ianya disepak terus keluar
dari kawasan penalti.

Sepakan percuma yang diberi di dalam kawasan gol boleh dibuat dari
mana-mana tempat di dalam kawasan itu.

Sepakan percuma tidak terus kepada pasukan penyerang:

Semua pemain pihak lawan mesti berada sekurang-kurang 9.15meter


dari bola sehingga bola di dalam permainan.

Bola dikira dalam permainan sebaik sahaja ianya disepak dan


bergerak. Sepakan percuma tidak terusyang diberi di dalam kawasan
gol adalah dibuat dari atas garisan kawasan gol yang selari dengan
garisan gol, ditempat paling hampir di mana kesalahan berlaku.

4.13.3.2

Sepakan percuma di luar kawasan penalti.

Semua pemain pihak lawan berada sekurang-kurang 9.15meter


dari bola sehingga bola di dalam permainan.
54

Bola dikira di dalam permainan sebaik sahaja ianya disepak dan


bergerak.

Sepakan percuma adalah dibuat di tempat kesalahan berlaku


atau di tempat bola berada apabila kesalahan berlaku (mengikut
kesalahan).

Pelanggaran dan hukuman Jika, semasa sepakan percuma dibuat, pemain


pihak lawan berada hampir dengan bola dari jarak yang dikehendaki, sepakan perlu
dibuat semula.
Jika, semasa sepakan percuma dibuat oleh pesukan bertahan dalam
kawasan penaltinya, bola tidak disepak keluar dari kawasan penaltinya, sepakan
perlu dibuat semula juga.
4.13.3.3

Sepakan percuma yang dibuat oleh seorang pemain selain


daripada penjaga gol.
Jika, setelah bola berada di dalam permainan, penyepak

menyentuh bola sekali lagi (kecuali dengan tangannya) sebelum bola


menyentuh pemain lain sepakan percuma tidak terus adalah diberi
kepada pasukam lawan, sepakan itu dibuat di tempat kesalahan
berlaku.
Jika, setelah bola berada di dalam permainan penyepak dengan
sengaja memegang bola itu sebelum ianya menyentuh pemain lain
sepakan percuma terus diberi kepada pasukan lawan sepakan itu
dibuat di tempat keaslahan berlaku seterusnya, sepakan penalti adalah
diberi jika kesalahan berlaku di dalam kawasan penalti penyepak.
4.13.3.4

Sepakan percuma yang dibuat oleh penjaga gol.


Jika, setelah bola berada di dalam permainan penjaga gol

menyentuh bola itu sekali lagi (kecuali dengan tangannya) sebelum


bola menyentuk pemain lain sepakan percuma terus diberi kepada
pasukan lawan sepakan itu dibuat di tempat kesalahan itu berlaku.

55

Jika, setelah bola berada di dalam permainan, penjaga gol


sengaja memegang bola itu sebelum ianya menyentuh oleh pemain
lain:

Sepakan percuma terus adalah diberi kepada pasukan


lawan jika kesalahan berlaku di luar kawasan penaltinya,
sepakan itu dibuat di tempat kesalahan berlaku.

Sepakan percuma tidak terus adalah diberi kepada


pasukan lawan jika kesalahan berlaku di dalam kawasan
penaltinya, sepakan itu dibuat di tempat kesalahan
berlaku.

4.14 Undang-undang 14: Sepakan Penalti


Sepakan penalti dikenalkan ke atas pasukan yang melakukan salah satu
daripada sepuluh kesalahan yang dihukum dengan sepakan percuma terus di dalam
kawasan penaltinya semasa bola di dalam permainan.
Gol boleh dijaringkan terus dari sepakan penalti.
Tambahan masa adalah dibenar untuk sepakan penalti yang akan dibuat
pada akhir setiap bahagian masa atau pada akhir tempoh masa tambahan.

4.14.1

Posisi bola dan pemain-pemain


Bola mesti diletakkan di tanda penalti. Pemain yang membuat sepakan
penaliti mesti dikenal pasti.
Penjaga gol bertahan mesti berada di atas garisan gol, menghadap
penyepak di antara tiang-tiang gol sehingga bola disepak.

56

Kedudukan pemain-pemain selain daripada penyepak mesti berada di


dalam padang permainan, di luar kawasan penalti, di belakang tanda penalti
dan sekurang-kurang 9.15 meter dari tanda penalti.
Prosedurnya ialah, setelah semua pemain mengambil tempat menurut
undang-undang, pengadil memberi isyarat untuk sepakan penalti dibuat.
Pemain yang membuat sepakan penalti mesti menyepak bola ke hadapan.
Dia mesti tidak memainkan bola sekali lagi sehingga bola menyentuh oleh
pemain lain. Bola dikira di dalam permainan apabila disepak dan bergerak ke
hadapan.
Apabila sepakan penalti dibuat pada masa permainan biasa, atau
masa yang dilanjutkan pada separuh masa atau masa penuh untuk
membolehkan sepakan penalti dibuat atau dibuat semula, jaringan gol adalah
diberi jika, sebelum melintasi di antara tiang-tiang gol dan di bawah palang
gol bola menyentuh satu atau kedua-dua tianggol dan/ atau palang gol
dan/atau penjaga gol.
Pengadil memutuskan bila sepakan penalti itu telah disempurnakan.
4.14.2

Pelanggaran dan Hukuman


Jika pengadil memberi isyarat untuk sepakan penalti dibuat, dan

sebelum bola berada di dalam permainan, salah satu dari yang berikut:
a. Pemain yang membuat sepakan penalti melanggar undang-undang
permainan:

Pengadil membenarkan sepakan diteruskan.

Jika bola masuk ke dalam gol, sepakan dibuat semula.

Jika bola tidak masuk ke dalam gol, pengadil berhentikan permainan


dan mulakan semua permainan dengan sepakan percuma tidak terus
kepada pasukan bertahan di tempat mana kesalah berlaku.

b. Penjaga gol melanggar undang-undang permainan:

Pengadil membernarkan sepakan diteruskan.

Jika bola masuk ke dalam gol, jaringan diberi.


57

Jika bola tidak masuk ke dalam gol, sepakan dibuat semula.

c. Rakan pemainan yang membuat sepakan melanggar undang-undang


permainan:

Pengadil, membenarkan sepakan diteruskan.

Jika bola masuk ke dalam gol, sepakan dibuat semula.

Jika bola tidak masuk ke dalam gol, pengadil berhentikan permainan


dan mulakan semula permainan dengan sepakan percuma tidak terus
kepada pasukan bertahan di tempat mana kesalahan berlaku.

d. Rakan penjaga gol melanggar undang-undang permainan:

Pengadil membenar sepakan diteruskan

Jika bola masuk ke dalam gol, jaringan diberi.

Jika bola masuk ke dalam gol, sepakan dibuat semula.

e. Seorang pemain dari kedua-dua pasukan bertahan menyerang melanggar


undang-undang permainan, sepakan akan dibuat semula.
Jika selepas sepakan penalti dibuat:
a) Penyepak menyentuh bola sekali lagi (kecuali dengan tangannya) sebelum
bola mentyentuh oleh pemain lain:

Sepakan percuma tidak terus adalah diberi kepada pasukan lawan,


sepakan dibuat di tempat kesalahan berlaku. (rujuk undang-undang 13
kedudukan sepakan percuma).

b) Penyepak dengan sengaja memengang bola sebelum ianya menyentuh


pemain lain:

Sepakan percuma terus adalah diberi kepada pasukan lawan, sepakan


dibuat di tempat kesalahan berlaku (rujuk Undang-undang 13 Kedudukan Sepakan Percuma).

c) Bola disentuh oleh anasir luar semasa ianya bergerak ke hadapan:

Sepakan dibuat semula


58

d) Bola melantun ke dalam padang permainan dari penjaga gol, palang gol
atau tiang gol dan kemudiannya disentuh oleh anasir luar:
Pengadil berhentikan permainan.
Permainan dimulakan semula dengan jatuhan bola ditempat bola
disentuh anasir luar, kecuali jika ianya menyentuh anasir luar di dalam
kawasan gol maka Pengadil membuat jatuhan bola di atas garisan kawasan
gol yang selari dengan garisan gol di tempat paling hampir di mana bola
berada semasa permainan diberhentikan.
2.15 Undang-undang 15: Lontaran Ke Dalam
Lontaran ke dalam adalah suatu untuk memulakan semula permainan.
Lontaran ke dalam adalah diberi kepada pasukan lawan pemain yang
akhir sekali menyentuh bola apabila keseluruhan bola melintasi garisan tepi,
sama ada di tanah atau di udara.
Gol tidak boleh dijaringkan terus dari lontaran ke dalam.
2.15.1

Prosedur

Semasa melontar bola ke dalam, pelontar:

mengadap ke padang permainan.

sebahagian dari tiap-tiap kakinya berada di atas garisan tepi atau di


atas tanah di luar garisan tepi atau di atas tanah di luar garisan tepi.

memegang bola dengan kedua-dua tangannya.

melontar bola dari belakang dan melalui atas kepalanya.

melontar dari tempat di mana keluar dari padang permainan.


Semua pemain lawan mesti berdiri tidak kurang 2m (2 ela) dari tempat

di mana lontaran ke dalam itu dibuat. Bola dikira di dalam permainan apabila
ia masuk ke dalam padang permainan.Setelah melontar, pelontar tidak boleh
menyentuh bola sekali lagi sehingga ianya telah menyentuh oleh pemain lain.
2.15.2 Pelanggaran dan Hukum
Lontaran ke dalam oleh pemain selain daripada penjaga gol:
59

Jika, setelah bola berada di dalam permainan, pelontar menyentuh


bola sekali lagi (kecuali dengan tangannya) sebelum ianya menyentuh oleh
pemain lain:

sepakan percuma tidak terus adalah diberi kepada pasukan lawan,


sepakan dibuat di tempat kesalahan berlaku.
Jika, setelah bola berada di dalam permainan, pelontar dengan

sengaja memegang bola sebelum ianya menyentuh pemain lain:

sepakan percuma terus adalah diberi kepada pasukan lawan, sepakan


itu dibuat di tempat mana kesalahan beraku.

sepakan penalti adalah diberi jika kesalahan berlaku di dalam kawasan


penalti pelontar itu.

Lontaran ke dalam oleh penjaga gol:


Jika, setelah bola berada di dalam permainan, penjaga gol menyentuh
bola sekali lagi (kecuali dengan tangannya) sebelum ianya menyentuh
pemain lain:
sepakan percuma tidak terus adalah diberi kepada pasukan lawan,
sepakan dibuat di tempat mana kesalahan berlaku.
Jika, setelah bola berada di dalam permainan, penjaga gol sengaja
memengang bola sebelum ianya menyentuh pemain lain:

sepakan percuma terus adalah diberi kepada pasukan lawan jika


kesalahan berlaku di luar kawasan penalti penjaga gol berkenaan dan
sepakan itu dibuat di tempat kesalahan berlaku.

sepakan percuma tidak terus adalah diberi kepada pasukan lawan jika
kesalahan berlaku di dalam kawasan penalti penjagi gol berkenaan,
sepakan itu dibuat di tempat mana kesalahan berlaku.
Jika seorang pemain lawan dengan cara tidak adil mengganggu

tumpuan atau menghalang pelontar:

dia diberi amaran kerana kelakuan tidak bersemangat sukan.

60

Untuk pelanggaran lain Undang-undang ini:

lontaran ke dalam adalah dibuat oleh pemain pasukan lawan.

2.16 Undang-undang 16: Sepakan Gol


Sepakan gol adalah suatu cara untuk memulakan semula permainan sepakan
gol adalah diberi apabila keseluruhan bola melintasi garisan gol, sama ada di tanah
atau di udara dan akhir sekali disentuh oleh pemain pasukan menyerang dan gol
tidak dijaringkan mengikut undang-undang 10.
Gol boleh dijaring terus dari sepakan gol tetapi hanya terhadap pasukan
lawan.
2.16.1

Prosedur
bola disepak dari mana-mana tempat di dalam kawasan gol oleh pemain
pasukan bertahan.

Pemain-pemain pasukan lawan berada di luar kawasan penalti sehingga


bola berada di dalam permainan.

penyepak tidak boleh memainkan bola sekali lagi sehingga ianya


menyentuh oleh pemain lain.

bola dikira dalam permainan apabila ianya disepak terus melepasi


kawasan penalti.

2.16.2

Pelanggaran dan Hukuman


Jika bola tidak disepak terus melepasi kawasan penalti, sepakan perlu

dibuat semula.
Sepakan gol yang dibuat oleh pemain selain daripada penjaga gol:
Jika, setelah bola berada di dalam permainan, penyepak menyentuh
bola sekali lagi (kecuali dengan tangannya) sebeluma ianya menyentuh oleh
pemain lain:

sepakan percuma tidak terus adalah diberi kepada pasukan lawan,


sepakan itu dibuat di tempat mana kesalahan berlaku.

61

Jika, setelah bola berada di dalam permainan, penyepak dengan


sengaja memegang bola sebelum ianya menyentuh pemain lain:

sepakan percuma terus adalah diberi kepada pasukan lawan, sepakan


dibuat di tempat mana kesalahan berlaku.

sepakan penalti adalah diberi jika kesalahan berlaku di dalam kawasan


penalti penyepak itu.

Sepakan gol yang dibuat oleh penjaga gol:


Jika setelah bola berada di dalam permainan, penjaga gol menyentuh
bola sekali lagi (kecuali dengan tangannya) sebelum ianya menyentuh
pemain lain:

sepakan percuma tidak terus adalah diberi kepada pasukan lawan


sepakan dibuat di tempat kesalahan berlaku.

Jika, setelah bola berada dalam permainan, penjaga gol sengaja


memegang bola sebelum ianya menyentuh pemain lain:

sepakan percuma terus adalah diberi kepada pasukan lawan, jika


kesalahan berlaku di luar kawasan penalti penjaga gol itu sepakan
dibuat di tempat kesalahan itu berlaku.

sepakan percuma tidak terus adalah diberi jika kesalahan berlaku di


dalam kawasan penalti penjaga gol itu, sepakan dibuat ditempat
kesalahan.

Untuk pelanggaran lain Undang-undang ini:

sepakan dibuat semula.

2.17 Undang-undang 17: Sepakan Penjuru


Sepakan penjuru adalah suatu cara untuk memulakan semula
permainan. Sepakan penjuru adalah diberi apabila keseluruhan bola,
melintasi garisan gol, sama ada di tanah atau di udara akhir sekali disentuh
oleh pemain pertahanan dan gol dijaringkan mengikut undang-undang 10. Gol
boleh dijaringkan terus dari sepakan penjuru, tetapi hanya terhadap pasukan
lawan.

62

2.17.1

Prosedur
Bola mesti diletakkan dalam lengkuk penjuru yang paling hampir

dengan tempat di mana bola melintasi garisan gol. Tiang bendera penjuru
tidak boleh di alihkan. Pemain-pemain lawan mesti berada sekurangkurangnya 9.15 meter dari lengkok penjuru sehingga bola berada di dalam
permainan. Bola mesti disepak oleh pemain pasukan penyerang.
Bola berada di dalam permainan apabila ianya disepak dan bergerak.
Penyepak tidak boleh memainkan bola sekali lagi sehingga ianya telah
menyentuh oleh pemain lain.
2.17.2 Pelanggaran dan Hukuman
Sepakan penjuru yang dibuat oleh pemain selain daripada penjaga gol:
Jika, setelah bola berada di dalam permainan, penyepak menyentuh
bola sekali lagi (kecuali dengan tangannya) sebelum ianya menyentuh
pemain lain:

sepakan percuma tidak terus adalah diberi kepada pasukan lawan,


sepakan dibuat di tempat kesalahan berlaku.
Jika, setelah bola berada di dalam permainan, penyepak dengan

sengaja memegang bola sebelum ianya menyentuh pemain lain:

sepakan percuma terus adalah diberi kepada pasukan lawan, sepakan


dibuat ditempat kesalahan berlaku.

63

sepakan penalti adalah diberi jika kesalahan berlaku di dalam kawasan


penalti penyepak itu.

Sepakan penjuru yang dibuat oleh penjaga gol:


Jika, setelah bola berada di dalam permainan, penjaga gol menyentuh
bola sekali lagi kedua (kecuali dengan tangannya) sebelum ianya menyentuh
pemain lain:

sepakan percuma tidak terus adalah diberi kepada pasukan lawan,


sepakan dibuat ditempat kesalahan berlaku.
Jika, setelah bola berada di dalam permainan, penjaga gol sengaja

memegang bola sebelum ianya menyentuh pemain lain:

sepakan percuma terus adalah diberi kepada pasukan lawan, jika


kesalahan berlaku di luar kawasan penalti penjaga gol itu dan sepakan
dibuat di tempat kesalahan berlaku.

sepakan percuma tidak terus adalah diberi jika kesalahan berlaku di


dalam kawasan penalti penjaga gol itu dan sepakan dibuat di tempat
kesalahan berlaku.

Bagi pelanggaran lain:

sepakan dibuat semula.

64

5.0

BIBLIOGRAFI

1 Murid 1 Sukan. Modul latihan sukan untuk guru penasihat kelab sukan sekolah,
Sukan Bola Sepak, Sekolah Rendah. Dipetik daripada
http://www.moe.gov.my/bsukan/images/stories/pdf/bolasepaksr.pdf
Barry J. Hugman. 1984. Football players records 1946-1984. Middlesex. Newnes
Books.
Butch Lauffer & Sandy Davie. (2006). Soccer for the first-time coach. New York:
Sterlong Publishing Co. , Inc.
Cris Freddi. 2002. The complete book of the world cup 2002. London : Collins
Willow.
Hazrul Azila. 9 November 2009. Sejarah Kelam Bola Sepak. Dipetik daripada
http://altamatti.blogspot.com/2009/11/sejarah-kelam-bola-sepak.html
Hill, . N. & Barnett, . T. 1992. European Soccer whos who. Great Britain.
Guiness Publishing Ltd.
HSS Football Club. 22 Spetember 2012. Sejarah Bola Sepak. Dipetik daripada
http://hssfootballclub.blogspot.com/2012/09/sejarah-bola-sepak.html.
Jim Drewett & Alex Leith. 1997. The Virgin Book of Football Records. Grear Britain.
Virgin Books.
Mohd Zaki bin Shafie. 29 Julai 2011. Pengenalan Bola Sepak. Dipetik daripada
http://mysuteraidaman.blogspot.com/p/pengenalan-bola-sepak.html.
Ngopas Artikelon. 26 Mac 2010. Sepak Bola asal mula, sejarah dan pemain.
Dipetik daripada http://asalartikel.blogspot.com/2013/02/sepak-bola.html.
Paul Caligiuri & Dan Herbst. 1997. High Performance Soccer. United States of
America. Human Kinetics.
Peter Webster. 22 Mac 2012. Bundesliga. Dipetik daripada
http://bleacherreport.com/articles/1113007-ranking-the-worlds-top-20-leaguesafter-the-epl-la-liga-and-serie-a/page/2
Richard Whitehead & Keith Pike. 2003. The times Football Yearbook 2003-04.
London. Collins.

65

6.0

RUMUSAN
Secara kesimpulan, permainan bola sepak ialah sukan yang terdiri daripada

aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan untuk pertandingan, keseronokan,
kemahiran, dan sebagainya. Perbezaan tujuan inilah yang membezakan sifat
sesuatu sukan itu.
Permainan bola sepak ialah salah satu aktiviti riadah dan juga boleh menjadi
sumber pendapatan. Misalnya seorang atlet boleh menjadi pemain bola sepak
sepenuh masa untuk melatih dan mewakili negara untuk menyertai pertandingan
antarabangsa. Seseorang yang minat terhadap bola sepak boleh menjadi jurulatih
atau pengadil bola sepak dengan menyertai kursus-kursus tertentu.
Permainan bola sepak merupakan sukan fizikal yang menggunakan sifat-sifat
seperti kekuatan, stamina, kelajuan, dan beberapa kemahiran lain manakala sukansukan lain contohnya iaitu sukan akal menggunakan kemahiran berfikir seperti
pemikiran

strategi

dalam

catur.

Walau

bagaimanapun,

rencana

ini

akan

menumpukan perhatian kepada aspek fizikal sesuatu sukan.


Sukan, permainan, dan latihan bola sepak mempunyai perbezaan. Permainan
bola sepak dikira sukan jika melibatkan atlet yang berkemahiran. Permainan pula
tidak mempunyai tujuan yang jelas tetapi boleh berubah kepada sukan. Seterusnya,
latihan pula ialah aktiviti yang bertujuan membina kemahiran dan kemampuan
seseorang dalam permainan bola sepak.
Guru sukan dan jurulatih memainkan peranan yang penting untuk
mengembangkan permain bola sepak dalam negara kita. Oleh itu, guru sukan
perlulah mengembangkan diri dengan kemahiran-kemahiran, ilmu dan lain-lain lagi
yang berkaitan dengan bola sepak. Dengan ini, pelajar dapat dimanfaatkan dengan
maksimum dan membantu negara mencapai kegemilangan dalam bidang sukan.

66

7.0

REFLEKSI
Selamat sejahtera, salam satu Malaysia dan salam perpaduan. Saya sangat

bersyukur kerana dapat menghabiskan tugasan kerja kursus bagi mata pelajaran
Permainan Bola Sepak, kod kursus PJM 3109.
Bagi saya, permainan Bola Sepak adalah satu permainan yang amat baru
untuk saya walaupun saya boleh mendaengar tetang berita-berita tentang pemain
atau pertandingan bola sepak. Saya tidak pernah bermain bola sepak sehinggalah
pada semester tiga. Dengan konklusinya, saya bermula mencemburi diri dalam
permainan bola sepak pada 21 tahun. Saya berasa nasib saya baik kerana dapat
mojar dalam kursus Pendidikan Jasmani, saya baru mempunyai peluang untuk
bermain. Kalau tidak, saya tidak dapat imaginasi bila saya baru menendang bola
pada kali pertama.
Oleh itu dengan syukurnya saya dapat belajar subjek Bola Sepak, belajar ilmu
bola sepak secara praktikal dan teori. Oleh sebab saya tidak mencemburi diri dalam
bidang bola sepak, jadi, sebelum ini, apa yang saya tahu tentang bola sepak ialah
berpuluh-puluh orang di satu padang merebut satu bola untuk menjaringkan gol.
Saya telah bertemu banyak masalah dalam penyiapkan tugasan ini.
Masalah yang terbesar ialah menyiapkan sebahagian soalan tugasan 1 iaitu
kejohanan-kejohanan dan liga-liga yang utama serta menyertaikan pemain yang
bertaraf leganda. Apabila mencari maklumat, saya langsung tidak tahu apa
kejohanan itu dan apabila mendapatkan jawapan, saya tidak tahu pun jawapan itu
adalah betul atau tidak. Sama dengan pemain lagenda. Saya dapat cari banyak
pemain taraf lagenda, tetapi, saya tidak kenal pun pemain-pemain yang bertaraf
lagenda tersebut. Dengan perasaan bersyukur dan berterima kasih, kawan-kawan
sekelas saya sudi menjawab pertanyaan saya dengan sabar sampai saya faham.
Seterusnya, saya menghabiskan tugasan ini di kampung saya. Saya banyak
tertarik dengan aktiviti-aktiviti keluarga dan masa menghabiskan tugasan amat
suntuk. Walau bagaimanapun, saya telah mengunjung ke perpustakaan kampung
saya iaitu Perpustakaan Awam Kulim untuk membuat rujukan. Dengan bersyukurnya
Perpustakaan Kulim mempunyai banyak buku berkaitan dengan Bola Sepak untuk
saya merujuk.
67

Di samping itu, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
pensyarah subjek permainan bola sepak iaitu Che Ishak Ismail yang memberi tunjuk
ajar yang jelas terhadap saya. Tunjuk ajar yang jelas telah menjadikan saya lebih
memahami dan proses menyiapkan kerja kursus menjadi lancar. Saya juga berasa
bersyukur kerana mempunyai satu rakan kumpulan yang memberi komitmen yang
tinggi dan bersabar.
Secara kesimpulan, saya sangat menikmati proses menyiapkan tugasan ini.
Sekian,terima kasih.

68