Anda di halaman 1dari 16

TUGASAN UMUM SEJARAH SPM KERTAS 3

2014
CADANGAN SOALAN DAN CADANGAN JAWAPAN

1. Tema: Pembinaan Negara dan Bangsa Ke Arah Kemunculan Negara


Malaysia Berdaulat .
2. Batasan Kajian:
Sukatan pelajaran Sejarah Tingkatan 5/Bab 7.
Ciri-ciri Demokrasi Berparlimen sehingga Negara
Persekutuan.
3. Cadangan soalan dan cadangan jawapan:
a) Konsep/maksud demokrasi berparlimen. (5 markah)/ms 161-162
Rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara.
Raja-Raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat.
Rakyat berpeluang membentuk kerajaan.
Rakyat bebas memilih perwakilan melalui pilihanraya.
Rakyat berhak menyokong, mengekalkan atau menukarkan
kerajaan sedia ada.
Merupakan kerajaan rakyat dari rakyat dan untuk rakyat.
b) Latar belakang perlaksanaan sistem demokrasi berparlimen di negara
kita. (5 markah)/ms 161-162.
Malaysia memilih dan mengamalkan sistem pemerintahan
demokrasi berparlimen dan raja berpelembagaan sejak negara
mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.
Rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara.
Raja-Raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat.
Rakyat berpeluang membentuk kerajaan.
Rakyat bebas memilih perwakilan melalui pilihanraya.
Rakyat berhak menyokong, mengekalkan atau menukarkan
kerajaan sedia ada.
Merupakan kerajaan rakyat dari rakyat dan untuk rakyat.
Berjaya mengekalkan kerajaan yang adil, sejahtera dan stabil.
c) Ciri-ciri demokrasi berparlimen. (30 markah)/ms 162-180.

Konsep Perlembagaan
Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi
asas kepada pembentukan sesebuah kerajaan.

Tujuan perlembagaan adalah sebagai dokumen rasmi negara.


Mengandungi segala peraturan dan prinsip sebagai panduan
kepada kerajaan untuk melaksanakan kuasanya dan mentadbir
negara.
Parti politik yang mentadbir akan mengetahui hala tuju pentadbiran
negara.
Menjamin kerajaan menunaikan tanggungjawab kepada rakyat
melalui peruntukan yang terkandung di dalamnya.
Perlembagaan Malaysia yang diperkenalkan pada 16 september
1963 mengandungi 183 perkara.
Perlembagaan ini mengandungi peruntukan seperti senarai
kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dan senarai bersama.
Institusi Yang Dipertuan Agong, Parlimen, Jemaah Menteri dan
badan kehakiman.
Perlembagaan Malaysia telah membuat pembahagian kuasa antara
kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri kerana Malaysia
merupakan sebuah negara persekutuan
Negeri -negeri yang bergabung dengan persekutuan Malaysia
diberikan hak, kuasa dan tanggungjawab seperti yang
diperuntukkan dlm perlembagaan negeri
Keluhuran perlembagaan
Bermaksud keagungan dan ketertinggian undang-undang atau
perlembagaan itu sendiri.
Bukti keluhuran perlembagaan ialah kuasa parlimen, kedudukan
Yang Dipertuan Agong, kuasa perundangan dan kebebasan asasi
diperuntukkan oleh perlembagaan
Parlimen memperoleh kuasa daripada perlembagaan
Yang Dipertuan Agong tertakluk kepada perlembagaan Malaysia.
Keluhuran perlembagaan Malaysia mengatasi Yang Dipertuan
Agong, parlimen, jemaah Menteri, dan mahkamah
Semua jenis undang-undang yang bercanggah dengan
perlembagaan Malaysia adalah tidak sah
Sebab-sebab pindaan Perlembagaan
Melindungi kepentingan rakyat.
Menjaga keselamatan Negara.
Melicinkan urusan.
Supaya sentiasa releven.
Sesuai dengan keperluan semasa.
Menjadikan perlembagaan sebagai undang-undang yang
munasabah.
Kandungan dipatuhi oleh rakyat dengan rela hati.
Melarang perkara sensitif dipersoalkan secara terbuka.
Parlimen telah meluluskan pindaan Akta Hasutan 1970 yang
menghadkan seorang individu daripada bercakap sewenangwenangnya.

Mengelakkan perbalahan kaum.


Memelihara keselamatan/ketenteraman/ keharmonian masyarakat.
PILIHAN RAYA DI MALAYSIA

Maksud dan Latar Belakang Pilihan Raya


Pilihan raya ialah proses memilih wakil rakyat untuk memerintah
sama ada pada peringkat negeri atau persekutuan.
Pemilihan ini dilakukan secara sulit menggunakan prosedur yang
telus dan teratur.
Pengiraan undi dibuat secara terbuka dan keputusannya
direkodkan.
Calon yang mendapat undi terbanyak dikira menang.
Sistem ini dikenali dengan sistem majoriti mudah.
Pilihan raya merupakan ciri penting sistem demokrasi berparlimen
di Malaysia.
Peranan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
Pilihan raya di Malaysia dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya
(SPR).
Keanggotaannya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas
berunding dengan Majlis Raja-Raja Melayu.
Suruhanjaya Pilihan Raya ditubuhkan untuk menjamin pilihan raya
yang adil dan bebas tanpa tekanan parti pemerintah atau
pembangkang.
Tiga fungsi utama SPR adalah menentukan sempadan bahagianbahagian pilihan raya, menjalankan pendaftaran pemilih dan
mengendalikan pilihan raya sama ada pilihan raya umum atau
pilihan raya kecil.

Tujuan Pilihan Raya


Pilihan raya umum diadakan untuk memilih ahli Dewan Rakyat dan
ahli Dewan Undangan Negeri secara serentak di seluruh
Semenanjung Malaysia.
Di Sarawak dan Sabah pula pilihan raya umum bagi bagi Dewan
Rakyat dan Dewan Undangan Negeri diadakan secara berasingan.
Pilihan raya kecil diadakan apabila berlaku kekosongaan kerusi di
mana-mana kawasan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri.
Kekosongan itu berlaku mungkin disebabkan hal-hal tertentu
seperti kematian, peletakan jawatan dan perlucutan jawatan.
Pilihan raya kecil mesti diadakan dalam tempoh 60 hari bagi
Semenanjung Malaysia dan 90 hari bagi Sarawak dan Sabah
selepas kekosongan itu.
Proses Pilihan Raya di Malaysia

Penetapan tarikh penamaan calon dan pengundian oleh


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Penamaan calon.
Penyediaan manifesto oleh parti yang bertanding.
Pelancaran kempen pilihan raya.
Pengumuman tentang tempat pengundian dan tempat pengiraan
undi oleh SPR.
Pemberian kertas undi yang mengandungi lambang parti calon
yang bakal dipilih kepada pengundi di tempat pengundian.
Pengundi akan memangkah calon pilihannya pada kertas undi dan
memasukkan kertas tersebut ke dalam peti undi.
Pembuangan undi.
Pengiraan undi.
Pengumuman keputusan pilihan raya oleh Pegawai Pilihan Raya.
Kelayakan Calon
Warganegara Malaysia bebas memilih dan menganggotai manamana parti politik yang mereka gemari.
Mereka boleh menjadi calon dan bebas untuk bertanding dalam
pilihan raya.
Seseorang yang ingin menjadi calon dalam pilihan raya mestilah
warganegara Malaysia, berumur 21 tahun, bermastautin di
Malaysia, sempurna akal, bukan orang yang muflis, tidak
memegang jawatan dalam perkhidmatan awam dan tidak
disabitkan dengan sesuatu kesalahan oleh mahkamah.
Seseorang warganegara akan hilang kelayakannya sebagai ahli
Parlimen atau ahli Dewan Undangan Negeri jika dihukum penjara
tidak kurang daripada 12 bulan atau didenda tidak kurang daripada
RM2000 dan belum mendapat pengampunan.
Calon-calon dalam sesuatu pilihan raya boleh bertanding atas nama
parti atau atas nama individu sebagai calon bebas.
Mereka harus mengemukakan kertas penamaan calon pada hari
penamaan calon.
Kelayakan Pengundi
Seseorang pengundi yang berkelayakan boleh mengundi jika
namanya didaftarkan dalam Senarai Daftar Pemilih.
Menuruf perkara 119 Perlembagaan Malaysia, seseorang
warganegara yang berumur 21 tahun, bermastautin atau tidak
bermastautin, tinggal di mana-mana kawasan pilihanraya Dewan
Rakyat atau Dewan Undangan Negeri mengundi dalam pilihanraya
tersebut.
Seseorang pengundi hanya boleh mengundi dalam sebuah kawasan
pilihanraya sahaja.
Perlembagaan membenarkan anggota pasukan keselamatan,
pelajar di luar negara dan pegawai kerajaan yang bertugas di luar
negara mengundi melalui pos dengan syarat nama mereka
terdaftar sebagai pengundi.

Kempen Pilihan Raya


Di negara kita, sebelum proses pengundian dijalankan sama ada
dalam pilihanraya umum atau pilihan raya kecil, calon daripada
pelbagai parti yang bertanding dibenarkan berkempen.
Tempoh berkempen adalah antara tujuh hingga lima belas hari
sahaja.
SPR telah menubuhkan urus setia yang diketuai oleh seorang
setiausaha yang berperanan sebagai Ketua Eksekutif dan Ketua
Pentadbir urus setia.
Mereka dibantu oleh sekumpulan kakitangan awam.
Urus setia SPR diwajibkan mengikuti garis panduan dan dasar SPR.
Tujuannya untuk memastikan piliharaya dijalankan dengan efektif
dan adil.
Kepentingan Pilihan Raya
Pilihanraya penting kepada semua warganegara dalam sistem
pemerintahan demokrasi.
Setiap warganegara perlu bertanggungjawab mengambil tahu
perkembangan politik semasa.
Mereka harus melibatkan diri dalam poses memilih pemimpin
negara serta menentukan bentuk kerajaan dan corak
pemerintahan demokrasi melalui pilihan raya.

PERANAN BADAN KEHAKIMAN DAN SISTEM MAHKAMAH


Badan kehakiman
Menentukan kesahihan undang-undang
Berkuasa mentafsir Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan
Negeri
Mempunyai kuasa mendengar serta menentukan perkara sivil dan
jenayah.
Perkara sivil berkaitan dengan saman.
Biasanya memerlukan afidavit (keterangan bertulis dengan
mengangkat sumpah yang disaksikan oleh seorang peguam).
Perkara jenayah melibatkan kanun keseksaan.
Sistem mahkamah
Berkuasa mentafsir perlembagaan negara.
Mentfsir undang-undang.
Mengisytiharkan undang-undang bertulis Kerajaan Persekutuan
atau Kerajaan Negeri.
Berkuasa mengisytiharkan sesuatu tindakan kerajaan tidak sah di
sisi undang-undang.
Melaksanakan undang-undang
Tidak boleh meminda undang-undang.
CIRI-CIRI BADAN PERUNDANGAN (LEGISLATIF)

Berperanan mengubal undang-undang oleh Parlimen.


Bagi menjamin keadilan dan kesejahteraan rakyat.
Parlimen terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan
Dewan Rakyat.

Dewan Negara
Merupakan dewan tertinggi
Mengandungi 69 orang ahli.
Mewakili setiap negeri.
Ahli digelar Senator.
Tempoh keanggotaan adalah tiga tahun.
Berumur sekurang-kurangnya 30 tahun.
Senator setaraf sama dengan Ahli Parlimen.
Beliau boleh dilantik menjadi ahli Jemaah Menteri.
Senator dilantik tanpa melalui pilihan raya oleh Yang di-Pertuan
Agong.
Terdiri daripada individu yang memberi sumbangan cemerlang dan
berpengalaman.
Dalam perkhidmatan awam, bidang profesional atau bidang
tertentu seperti perniagaan, perusahaan, pertanian, kesenian, dan
kebajikan, atau mewakili sesuatu kumpulan minoriti seperti Orang
Asli.
Keahlian Dewan Negara dibahagikan kepada tiga kumpulan.
Dua orang ahli yang dipilih oleh Yang di-Pertuan Agong yang
mewakili Wilayah Perekutuan Kuala Lumpur dan seorang ahli
mewakili Wilayah Persekutuan Labuan.
40 orang ahli dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong yang terdiri
daripada individu yang telah berjasa dan cemerlang dalam bidang
profesional.
Dewan Rakyat
Dewan Rakyat merupakan dewan terpenting.
Ahlinya dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya umum.
Dewan Rakyat mengandungi 219 orang ahli.
Mereka mewakili semua kawasan pilihan raya.
Tempoh keanggotaannya lima tahun.
Tugas utama menggubal dan meluluskan undang-undang di
peringkat Dewan Rakyat.
BADAN PELAKSANA (EKSEKUTIF)
Jemaah Menteri
Terdiri daripada Jemaah Menteri atau Kabinet.
Merupakan badan pelaksana dasar kerajaan.
Pembuat dasar tertinggi negara.
Diketuai oleh Perdana Menteri.

Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri mengetuai


sesebuah atau beberapa kementerian.

Kementerian
Kementerian bertanggungjawab menggubal dasar-dasar kerajaan.
Merancang serta menyelaraskan program pembangunan ekonomi
dan sosial.
Setiap kementerian diketuai oleh seorang Menteri.
Menteri
Menteri dibantu oleh Timbalan Perdana Menteri , Setiausaha
Parlimen dan Setiausaha Politik.
Menteri yang tidak diberikan tugas dalam kementerian tertentu
dikenali sebagai Menteri Tak Berportfolio.
Beliau akan diberikan tugas-tugas tertentu oleh Perdana Menteri.
Perkhidmatan Awam
Perkhidmatan Awam diketuai oleh setiausaha Negara(KSN).
Bertanggungjawab mengawasi perjalanan kementerian dan jabatan
kerajaan.
Pentadbiran kementerian diketuai oleh Ketua Setiausaha
Kementerian (KSK).
KSK dibantu oleh kakitangan kerajaan yang dikenali sebagai
pegawai perkhidmatan awam.
Kakitangan awam melaksanakan dasar yang ditetapkan oleh
kerajaan.
Jabatan kerajaan diketuai oleh Ketua Jabatan dengan gelaran Ketua
Pengarah.
Badan Berkanun
Badan berkanun merupakan badan separuh kerajaan.
Mempunyai kuasa autonomi tertentu.
Mempunyai peruntukan kewangan tersendiri.
Ditadbir oleh sebuah Lembaga Pengarah yang bertanggungjawab
kepada Menteri yang berkenaan.

Suruhanjaya
Mengendalikan urusan pelantikan, kenaikan pangkat, dan
pemantauan disiplin.
Antara Suruhanjaya ialah Perkhidmatan Awam(SPA), Suruhanjaya
Perkhidmatan Pendidikan (SPP), Suruhanjaya Perkhidmatan
Undang-undang dan Kehakiman, Suruhanjaya Pasukan Polis dan
Majlis Angkatan Tentera.
Kronologi proses meluluskan undang-undang di Parlimen.

Proses meluluskan undang-undang di Parlimen dicadangkan oleh


kementerian.
Penggubalan rang undang-undang oleh Jabatan Peguam Negara.
Pembacaan pertama di Dewan Negara dan
Pembacaan tajuk rang undang-undang sahaja.
Pembacaan kedua di Dewan Rakyat dan rang undang-undang
dibahaskan.
Perbincangan secara terperinci tentang rang undang-undang pada
peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat.
Pembacaan ketiga di Dewan Rakyat dan
Rang undang-undang dibahaskan semula sebelum diluluskan untuk
dikemukakan ke Dewan Negara.
Pembentangan di Dewan Negara menjalankan proses yang sama
seperti di Dewan Rakyat
Penyerahan rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan
Negara kepada DYMM Yang di-Pertuan Agong untuk diperkenankan
dan dicop mohor.
Pewartaan atau pemberitahuan undang-undang dalam Warta
Kerajaan.

d) Manfaat/faedah pelaksanaan sistem demokrasi berparlimen kepada


bangsa dan negara. (15 markah)
Mengekalkan kestabilan politik.
Mengekalkan keamanan dalam negeri.
Menjamin kemakmuran ekonomi.
Melicinkan pentadbiran.
Rakyat dapat hidup dalam rukun perpaduan.
Rakyat bebas dan berhak menentukan kerajaan.
Mengekalkan kedaulatan negara.
Membentuk kerajaan yang adil serta stabil.
Dapat menjalankan pemerintahan secara perkongsian kuasa
melalui Badan Legislatif, Eksekutif dan Judiasari.
Menjamin hak-hak istimewa orang Bumiputera tanpa mengabaikan
hak-hak kaum lain.
Mengekalkan institusi Raja-Raja Melayu.
Suara rakyat dapat disampaikan kepada perwakilan di
Parlimen/DUN untuk dibincangkan dan diselesaikan.
Rakyat bebas menjalankan urusan harian tanpa disekat.
Sistem pemerintahan yang mengambil kira kepentingan semua
pihak.
Mana-mana jawapan yang munasabah.
e) Kepentingan warganegara Malaysia memahami pelaksanaan sistem
demokrasi berparlimen. (15 markah)

Rakyat dapat tahu perjalanan dan kaedah serta proses (selok belok)
pemerintahan.
Rakyat dapat memilih perwakilan yang adil dan saksama/tepat.
Sebagai tanda cintakan kepada negara
Taat kepada raja.
Perpaduan sebagai asas kekuatan negara/masyarakat.
Sebagai pengisian kemerdekaan yang bermakna.
Rakyat dapat menunaikan tanggungjawab mereka terhadap negara
seperti mempertahankan negara serta mengundi.
Untuk menyemai rasa patriotik terhadap negara.
Mengetahui undang-undang serta peraturan dan mematuhinya.
Membentuk identiti bangsa Malaysia.
Membentuk semangat kekitaan/kebersamaan walaupun banyak
perbezaan dari segi sosioekonomi.
Setia kepada negara.
Menyemaikan semangat kerjasama sesama atau antara kaum.
Rakyat yang terlibat dengan politik dapat berpolitik secara sihat.
Segala kritikan terhadap kerajaan dapat disampaikan melalui
saluran yang betul dan berhemah.
Kebebasan asasi dapat digunakan secara berhemah dan bijaksana.
Mana-mana jawapan yang munasabah.

f) Kejayaan Malaysia kesan/hasil daripada pengamalan sistem pemerintahan


demokrasi berparlimen. (15 markah)
-Politik:
Kestabilan politik. Tiada perbalahan berlaku walaupun terdapat
perbezaan dari segi pendapat, ideologi, agama dan etnik.
Persaingan politik berlaku dengan sihat walaupun terdapat parti
kerajaan dan pembangkang.
Berjaya mengekalkan institusi beraja serta hak-hak istimewa orang
Melayu.
Keamanan dalam negara dapat dikekalkan kerana penjiwaan rakyat
terhadap keluhuran perlembagaan. Malaysia juga diiktiraf antara
tempat paling selamat didiami di dunia.
Dapat mematahkan serangan-serangan anasir luar terhadap
kedaulatan negara seperti yang berlaku dalam peristiwa
pencerobohan Lahad Datu di Sabah.
Membentuk sebuah negara persekutuan yang kuat serta mapan.
Mana-mana jawapan yang munasabah.
-Ekonomi:
Kekayaan negara dapat dikongsi bersama. Pembelaan terhadap
golongan berpendapatan sederhana dan rendah.
Meyakinkan pelabur asing melabur dalam pelbagai sektor di negara
kita kerana kestabilan politiknya.

Meningkatkan serta memajukan ekonomi negara disamping


menjadikan negara berpendapatan tinggi.
Ekonomi pasaran bebas menjadikan Malaysia tumpuan utama
rakan-rakan dagang antarabangsa.
Malaysia dinamakan sebagai sebuah negara yang pesat
membangun serta memilki acuan yang tepat untuk menjadi negara
maju.
Wujudnya pelbagai koridor pembangunan ekonomi seperti Wilayah
Pembangunan Iskandar Johor, Wilayah Pembangunan Negeri Pantai
Timur dan sebagainya.
Mana-mana jawapan yang munasabah.
-Sosial:
Pelbagai infrastruktur awam dibina untuk kemudahan orang ramai
seperti jalan raya, jalan keretapi, premis-premis kerajaan
Pengukuhan perpaduan rakyat yang pelbagai kaum.
Rakyat bebas menjalankan urusan seharian tanpa gangguan dan
sekatan.
Pelbagai mercu tanda negara dibina seperti Tugu Negara, Menara
Berkembar Petronas, Litar F1 Sepang, KLIA dan sebagainya.
Kebebasan beragama walaupun agama rasmi persekutuan ialah
agama Islam.
Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan sementara bahasa
ibunda boleh diamalkan.
Membentuk identiti Bangsa Malaysia walaupun terdapat perbezaan,
etnik, kaum, bahasa dan agama.
Membentuk masyarakat Satu Malaysia yang berlandaskan
perpaduan dan kebersamaan sama ada semasa situasi senang atau
sukar.
Menjadikan warganegara Malaysia yang patriotik, setia dan cinta
kepada negara.
Mana-mana jawapan yang munasabah.
g) Bukti sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di Malaysia telah
menjadi kunci kepada kestabilan politik. (15 markah)
Tiada perbalahan berlaku walaupun terdapat perbezaan dari segi
pendapat, ideologi, agama dan etnik.
Persaingan politik berlaku dengan sihat walaupun terdapat parti
kerajaan dan pembangkang.
Berjaya mengekalkan institusi beraja serta hak-hak istimewa orang
Melayu.
Keamanan dalam negara dapat dikekalkan kerana penjiwaan rakyat
terhadap keluhuran perlembagaan. Malaysia juga diiktiraf antara
tempat paling selamat didiami di dunia.

Dapat mematahkan serangan-serangan anasir luar terhadap


kedaulatan negara seperti yang berlaku dalam peristiwa
pencerobohan Lahad Datu di Sabah.
Membentuk sebuah negara persekutuan yang kuat serta mapan
Pemerintahan negara yang berdasarkan pengasingan kuasa demi
memastikan pentadbiran negara berjalan dengan lancar.
Meneruskan amalan sistem pemerintahan beraja melalui konsep
raja berpelembagaan.
Perlembagaan Persekutuan Malaysia dijadikan dokumen rasmi dan
sebagai panduan untuk mentadbir negara.
Kerajaan Malaysia merupakan sebuah kerajaan dari suara rakyat
untuk rakyat. Rakyat berhak menentukan kerajaan.
Parti-parti politik dibenarkan bergerak dan berjalan mengikut
undang-undang.
Sejak Tragedi Rusuhan Kaum 13hb Mei 1969, tiada lagi peristiwa
rusuhan kaum yang mengancam keselamatan negara.
Mana-mana jawapan yang munasabah.

h) Cabaran-cabaran yang dihadapi oleh negara dalam pelaksanaan sistem


pemerintahan demokrasi berparlimen dan langkah-langkah mengatasinya.
(15 markah)
-Cabaran:
Sebilangan rakyat yang tidak faham konsep pemerintahan
demokrasi berparlimen sehingga menimbulkan kekacauan yang
mengancam keharmonian negara.
Terdapat undang-undang/akta yang tidak releven dengan masa kini.
Terdapat penjawat awam yang tidak menjalankan tugas dengan
amanah.
Terdapat parti politik yang sanggup melakukan politik kotor untuk
mencapai matlamat politik.
Kebebasan asasi telah disalahgunakan dengan membelakangi
undang-undang.
Kerenah birokrasi dalam pentadbiran.
Pentadbiran yang tidak cekap.
Sesetengah pihak mempertikaikan isu-isu sensitif dalam
perlembagaan sehingga boleh mencetuskan sikap perkauman.
Mana-mana jawapan yang munasabah.
-Cara mengatasi:
Pendidikan kesedaran sistem politik negara perlu ditekankan sejak
di bangku sekolah lagi melalui mata pelajaran Sivik, Sejarah,
Pendidikan Moral dan sebagainya.
Meminda semula akta yang sudah lapuk dan tidak sesuai lagi
dengan peredaran zaman.

Penekanan integriti dalam menjalankan tugas untuk semua


penjawat awam dalam pelbagai sektor kerajaan. Penubuhan badan
berkuasa seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan
Institut Integriti Malaysia membolehkan pemantauan dijalankan
terhadap penjawat awam supaya menjalankan tugas dengan
amanah.
Menggunakan peruntukan undang-undang sedia ada untuk
membanteras aktiviti politik kotor dan juga kepada pihak-pihak
tertentu yang mengancam keharmonian negara atas nama
kebebasan.
Melaksanakan sistem piagam pelanggan yang mengutamakan
pelanggan.
Menetapkan KPI sebagai kayu ukur dalam melaksanakan tugasan
penjawat awam.
Mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang cuba
mempertikaikan/menyentuh isu-isu sensitif.
Mana-mana jawapan yang munasabah.

i) Nilai-nilai murni dan iktibar daripada pelaksanaan sistem pemerintahan


demokrasi berparlimen (10 markah)
Cinta kepada negara.
Bangga kepada negara.
Setia kepada negara.
Kebersamaan rakyat dan kerajaan dalam situasi sukar dan senang.
Kesaksamaan ekonomi.
Kebajikan rakyat dibela melalui pelbagai bantuan seperti BRIM,
bantuan awal persekolahan dan sebagainya.
Perpaduan teras kekuatan bangsa Malaysia.
Amalan bekerjasama dan juga toleransi yang menjadi teras
keharmonian rakyat pelbagai kaum di Malaysia.
Sanggup berkorban demi negara.
Rakyat harus menunaikan tanggungjawab sosial kepada negara.
Amanah dalam melaksanakan tugas-tugas sebagai penjawat awam.
Berpolitik secara sihat.
Menghormati institusi beraja di Malaysia.
Menghormati hak-hak setiap individu walaupun berbeza latar
belakang, budaya, agama dan bahasa.
Mana-mana jawapan yang munasabah.
j) Buktikan amalan demokrasi berparlimen telah memantapkan pembinaan
negara bangsa
Malaysia. (10 makah)
Mengekalkan institusi beraja di Malaysia seperti institusi Yang di
Pertuan Agong dan pengekalan sultan dan raja sebagai ketua
negeri.

Identiti nasional Bangsa Malaysia diwujudkan dan diperkukuhkan


dengan nilai perpaduan.
Membentuk negara bangsa yang mengikut acuan sendiri dengan
tidak meminggirkan budaya dan agama bangsa.
Konsep 1 Malaysia diterapkan sebagai semangat kekitaan,
kebersamaan dan kesepaduan pelbagai bangsa dalam
mengharungi situasi sukar dan senang.
Kerajaan yang dibentuk melalui pakatan murni melibatkan
masyarakat yang berbilang kaum dengan meletakkan asas
toleransi sebagai tunjang pemerintahan dan pentadbiran.
Semangat permuafakatan melalui persekutuan akan mengeratkan
lagi perpaduan antara negeri di Malaysia.
Mewujudkan bangsa Malaysia yang kuat serta teguh kesetiaan
kepada raja dan negara.
Perkongsian bijak antara kaum dalam pelbagai bidang seperti
politik, ekonomi dan sosial.
Kesediaan setiap warganegara yang terdiri daripada pelbagai kaum
mengamalkan sikap tolak ansur dan kesederhanaan.
Perkongsian kebudayaan melalui semangat kebangsaan seperti
menyambut perayaan bersama.
Mana-mana jawapan yang munasabah.

k) Peranan warganegara Malaysia dalam menjayakan sistem demokrasi


berparlimen. (10 markah)

Menganggotai mana-mana parti politik.


Mendaftar sebagai pemilih.
Menjadi calon pilihan raya.
Bertanding atas parti atau calon bebas.
Memilih pemimpin yang bertanggungjawab.
Memilih pemimpin yang amanah.
Memilih pemimpin berwawasan.
Memilih pemimpin yang mesra rakyat.
Tidak menyertai demonstrasi haram.
Tidak menganggotai pertubuhan haram.
Memilih pemimpin.
Menghormati hak asasi manusia.
Patuh pada undang-undang Negara.
Bertolak ansur.
Mana-mana jawapan yang munasabah.

l) Mengapakah sistem demokrasi Malaysia dianggap unik dan istimewa? (10


markah)

Menerimapakai konsep raja berpelembagaan di peringkat


persekutuan dan juga negeri.
Ketua negara ialah Yang di Pertuan Agong yang menjadi simbol
kedaulatan dan payung negara. Yang di Pertuan Agong dipilih 5
tahun sekali.
Ketua kerajaan ialah Perdana Menteri yang dilantik melalui pilihan
raya.
Kuasa pemerintahan negara dijalankan berdasarkan konsep
pengasingan kuasa untuk mengelakkan pembolotan kuasa melalui
Badan Legislatif, Badan Eksekutif dan Badan Judiasari.
Rakyat berhak menyokong, mengekalkan atau menukarkan
kerajaan sedia ada melalui pilihan raya.
Demokrasi di Malaysia bersifat penyertaan tidak langsung kerana
rakyat memilih wakil mereka melalui pilihanraya dan wakil ini yang
menganggotai Dewan Rakyat.
Sejarahnya yang bermula hasil pakatan murni iaitu usaha semua
kaum di Tanah Melayu menghasilkan kerjasama dan tolak ansur
politik melalui rundingan.
Parti politik yang menang pilihanraya akan membentuk kerajaan. Ini
mencerminkan kerajaan adalah di bawah kuasa tangan rakyat.
Politik di Malaysia melibatkan pelbagai kaum dan latar belakang
sosioekonomi.
Mana-mana jawapan yang munasabah.

m) Mengapakah Malaysia memilih amalan demokrasi berparlimen sebagai


asas pemerintahan dan pentadbiran negara? (10 markah)
Selari dengan Perlembagaan Persekutuan Malaysia/termaktub
dalam undang-undang.
Pemerintahan berasaskan konsep toleransi dan musyawarah.
Rakyat boleh memilih perwakilan mereka yang akan menyampaikan
suara mereka di Parlimen.
Sesuai dengan rakyat yang berbilang kaum yang berbeza latar
belakang sosio-ekonomi.
Dianggap satu bentuk pemerintahan yang lengkap dan mencakupi
semua kepentingan kaum. Rakyat akan berpuas hati dan tidak
melakukan penentangan terhadap kerajaan.
Konsep pengasingan kuasa melalui Badan Legislatif, Badan
Eksekutif dan Badan Judisiari dapat mengelakkan pembolotan
kuasa.
Mengekalkan institusi beraja sebagai simbol kedaulatan dan payung
negara.
Memberi peluang kepada kerajaan yang baru dibentuk untuk
menjalankan pentadbiran dan pemerintahan negara serta
mendahulukan rakyat. Ia bertepatan dengan slogan Sebuah

Kerajaan Rakyat, Dari Rakyat dan Untuk Rakyat. Rakyat akan


menilai prestasi kerajaan dan membuat keputusan sama ada ingin
mengekalkan atau menukarkan kerajaan dalam pilihan raya akan
datang.
Pemerintahan Malaysia banyak dipengaruhi/mengambil contoh
pentadbiran kolonial British dan kemudian disesuaikan mengikut
acuan Malaysia.
Konsep pengagihan kuasa melalui Senarai Persekutuan, Senarai
Negeri dan Senarai Bersama dapat melicinkan pentadbiran
Malaysia.
Mana-mana jawapan yang munasabah.

n) Rumusan (5 markah):
Pengetahuan:
Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi
berparlimen.
Kuasa pemeritahan dibahagikan kepada tiga badan iaitu badan
perundangan, badan pelaksanaan, dan badan kehakiman.
Sistem demokrasi melibatkan rakyat dalam pentadbiran.
Iktibar
Sokongan rakyat menjamin kelicinan pentadbiran negara.
Kerjasama antara pemimpin dan rakyat menjamin kestabilan politik
dan kemakmuran ekonomi.
Permuafakatan antara rakyat dengan kerajaan dapat mengekalkan
keharmoniam negara.
Kesetiaan dan semangat patriotisme mengukuhkan pembentukan
identiti negara dan bangsa Malaysia.
Perpaduan rakyat menjamin kedaulatan negara.
Harapan
Ialah rakyat bertanggungjawab mengamalkan ciri-ciri demokrasi
supaya dapat meletakkan Malaysia sebagai negara yang berdaulat
dan disegani di persada dunia.
Diharap semua rakyat mematuhi dan menghormati sistem
pentadbiran negara demi kemakmuran.

Peringatan:

Sila buat esei yang lengkap dalam tugasan spesifik.


Sila teliti dan fahami dahulu soalan spesifik sebelum menggunakan
dapatan kajian ini.
Ini adalah sekadar cadangan jawapan. Calon boleh menggunakan/menambah
dengan dapatan kajian lain.

Disediakan oleh:

Chegu Sejarah
(Salehuddin bin Mohd Rokani)

Anda mungkin juga menyukai