Anda di halaman 1dari 9

Garis Panduan Pertandingan

Program Dengue Patrol 2014 untuk Sekolah


Rendah
Penyerahan Kertas Cadangan
Awal

Peringkat

1. Pegawai Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) akan


memberi taklimat kepada sekolah di bawah bidang kuasa
masing-masing selewat-lewatnya pada 21 Mac. Penyertaan
dibuka kepada semua sekolah rendah di seluruh negara
(Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan).
2. Sekolah yang berminat untuk menyertai program ini
dikehendaki menyerahkan satu kertas cadangan sahaja.
Semua sekolah rendah dikehendaki menggunakan borang
kertas cadangan untuk Program Dengue Patrol (seperti yang
dilampirkan) dan menyerahkannya kepada JPN selewatlewatnya pada 30 April.
3. Pegawai Pendidikan Negeri akan memilih sepuluh (10) kertas
cadangan terbaik di bawah bidang kuasa masing-masing
selewat-lewatnya pada 10 Mei.
4. Pegawai Pendidikan Negeri akan membawa sepuluh (10) kertas
cadangan terbaik dari kuasa bidang masing-masing ke
mesyuarat di Putrajaya untuk peringkat separuh akhir pada 15
Mei.

5. Jawatankuasa Kerja (KPM / KKM / Sanofi Pasteur / essence


Burson-Marsteller) akan memilih 30 sekolah yang layak ke
Peringkat Akhir. Kementerian Pendidikan di Putrajaya akan
memaklumkan kepada JPN sebaik sahaja 30 buah sekolah yang
layak ke pusingan akhir dipilih selewat-lewatnya pada 15 Mei.

Pelaksanaan Aktiviti dalam Kertas Cadangan


Peringkat Akhir
1. 30 sekolah rendah yang layak ke Peringkat Akhir dikehendaki
menganjurkan aktiviti berdasarkan cadangan masing-masing.
2. Seorang guru penasihat akan dilantik untuk membimbing
pasukan Program Dengue Patrol dalam semua aktiviti
pendidikan dan kesedaran.
3. Guru penasihat akan mengambil maksimum 30 pelajar setiap
sekolah untuk menyertai program ini.
4. Setiap sekolah dikehendaki melengkapkan semua aktiviti
berdasarkan kertas cadangan dalam tempoh enam minggu.
5. Peruntukan RM1,000 yang dibiayai oleh Sanofi Pasteur akan
diberikan kepada setiap sekolah untuk menjalankan aktiviti
masing-masing. Setiap sekolah WAJIB menyediakan maklumat
penting berkenaan akaun bank (nama akaun, nama
pemegang, nombor akaun bank, alamat bank) dan
maklumat lain seperti e-mel dan nombor telefon guru
besar sekolah / guru penasihat. Sekiranya maklumat
tersebut tidak disediakan, sekolah yang layak ke pusingan
akhir tidak akan menerima sebarang hadiah berbentuk wang.

6. Guru penasihat dari setiap 30 sekolah yang layak ke Peringkat


Akhir akan menerima satu (1) Pek Program Dengue Patrol yang
mengandungi:
Surat pengenalan daripada KPM
Objektif Program Dengue Patrol
Garis Panduan pertandingan
Buku panduan pendidikan tentang nyamuk aedes dan denggi
DVD Ayuh Gempur Aedes
Ciri-ciri penyertaan dan pengadilan
Ringkasan maklumat untuk guru penasihat dan pelajar
Format penyerahan laporan
Borang pengesahan
Borang indemniti
Soalan-soalan lazim
Borang kaji selidik (2 set berlainan sekali sebelum program
dan sekali selepas program)
7. Setiap pelajar yang menyertai Program Dengue Patrol akan
diberikan Kit Alat Pelajar yang mengandungi:
Ringkasan fakta tentang nyamuk aedes
Objektif Program Dengue Patrol
Bahan sokongan Dengue Patrol
8. Insentif akan diberi kepada pasukan (dari setiap sekolah) yang
aktif berusaha mencegah denggi dan meningkatkan kesedaran
terhadap ancaman denggi menerusi aktiviti Program Dengue
Patrol. Hadiah-hadiah tersebut akan diberikan semasa majlis
penyampaian hadiah anjuran KPM dan KKM yang dijadualkan
pada suku ketiga tahun 2014. Pihak agensi akan berhubung
dengan sekolah-sekolah yang menang untuk menghadiri majlis
tersebut.

Aktiviti Disyorkan untuk Program Dengue


Patrol
Terdapat lima (5) aktiviti penting yang perlu dilaksanakan oleh kesemua 30
buah sekolah rendah yang layak ke pusingan akhir, tetapi tidak terhad
kepada:

1. Pergerakan masyarakat Ayuh Gempur Aedes!

Setiap sekolah dikehendaki membina replika nyamuk Aedes gergasi


(contohnya menggunakan Papier Mache). Nyamuk gergasi ini akan
digunakan sebagai alat pendidikan di kalangan pelajar dan untuk
menarik penyertaan masyarakat dari kawasan berhampiran.
Sekolah dikehendaki untuk mengilhamkan aktiviti yang berkisar
kepada nyamuk gergasi, seperti menganjurkan pameran di sekolah,
pameran di dewan orang ramai, sesi pendidikan untuk semua
pelajar di sekolah sewaktu Perhimpunan mingguan dan sebagainya.
Pameran boleh diakhiri dengan aktiviti Cari dan Musnah Tempat
Pembiakan Aedes

Contoh nyamuk gergasi:

2. Siri Kartun Nyamuk

Setiap sekolah dikehendaki mengemukakan satu (1) siri kartun


yang mengandungi 12 cerita komik.
Secara tepat, ia mesti mengandungi 12 cerita komik, tidak lebih
atau kurang.
Cerita kartun boleh diilhamkan oleh ahli pasukan Dengue Patrol
sendiri atau boleh dibuka sebagai suatu pertandingan antara para
pelajar atau antara kelas di sekolah.

Contoh Siri Kartun Nyamuk (dengan 12 cerita komik):

3. Penggunaan media sosial

Sekolah digalakkan untuk menggunakan sebanyak mungkin saluran


media secara online sebagai alat untuk menyebarkan mesej
tentang pencegahan denggi dan pembasmian nyamuk aedes
seperti blog, laman web, Facebook, Twitter, forum, dan sebagainya.

Contoh penggunaan media sosial:


http://skj3denguepatrol.blogspot.com/
http://inspectorjuniorgirls.blogspot.com/
https://www.facebook.com/SejatiDenguePatrol

Ciri-ciri Pengadilan
1. Setiap sekolah dikehendaki melengkapkan semua aktiviti dalam
tempoh enam (6) minggu dari tarikh Program Dengue Patrol
bermula.
2. 30 sekolah yang layak ke Peringkat Akhir akan bersaing dengan
sekolah lain dan dinilai seperti yang berikut:
Penglibatan para pelajar, guru dan masyarakat (25%)
Penilaian pembabitan pelajar dalam semua aktiviti yang
dirancang dan dilaksanakan oleh sekolah dan juga penyertaan
masyarakat.
Keberkesanan dan impak (25%) Berdasarkan sejauh mana
kesan aktiviti menanamkan kesedaran tentang denggi dan
menambah baik pengetahuan orang ramai tentang pencegahan
denggi.
Kreativiti (25%) Gabungan faktor seperti pendekatan baru
kepada program / aktiviti dan hasil karya seni oleh para pelajar.
Pengurusan Projek dan Kewangan (25%) Keupayaan untuk
melaksanakan
program
berdasarkan
cadangan
yang
dikemukakan
dan
memanfaatkan
sepenuhnya
sumber
pembiayaan yang diberikan kepada sekolah (SEMUA salinan resit
yang disahkan oleh pengetua sekolah hendaklah dikepilkan
dengan laporan kewangan).
3. Setiap 30 sekolah yang layak ke Peringkat Akhir perlu
mengemukakan kesemua lima (5) elemen yang diwajibkan untuk
program ini. Jika gagal, penyertaan akan dibatalkan.
4. Aktiviti yang dijalankan oleh Dengue Patrol akan diadili oleh
pegawai dari KKM, KPM dan wakil dari Sanofi Pasteur.

Kategori Pemenang
Hadiah-hadiah tersebut akan diberikan semasa majlis penyampaian hadiah
anjuran KPM dan KKM yang dijadualkan pada suku ketiga tahun ini. Pihak
agency akan berhubung dengan sekolah- sekolah yang menang untuk
menghadiri majlis tersebut.
Hadiah-hadiah akan ditentukan pada tarikh yang akan ditetapkan.

Tempat pertama: Hadiah bernilai RM8,000 + sijil kecemerlangan


(pelajar dan guru) + plak (pelajar dan guru)

Tempat ke-2: Hadiah bernilai RM4,000 + sijil kecemerlangan


(pelajar dan guru) + plak (pelajar dan guru)

Tempat ke-3: Hadiah bernilai RM2,000 + sijil kecemerlangan


(pelajar dan guru) + plak (pelajar dan guru)

Penyertaan masyarakat terbaik dalam pergerakan Ayuh Gempur


Aedes!: Hadiah bernilai RM1,000 + plak (pelajar dan guru)

Siri Kartun Nyamuk paling kreatif: Hadiah bernilai RM1,000 +


plak (pelajar dan guru)

Penggunaan terbaik media sosial: Hadiah bernilai RM1,000 +


plak (pelajar dan guru)

Video terbaik: Hadiah bernilai RM1,000 + plak (pelajar dan guru)

Semua pelajar peserta (mereka yang tidak memenangi sebarang


kategori di atas) akan menerima Hadiah saguhati:

Sijil penghargaan

Baucar buku

Jadual Masa bagi Program Dengue Patrol


untuk Pegawai Pendidikan Negeri
Jadual
Masa

Aktiviti

21 Mac

Pegawai Pendidikan Negeri memberi


taklimat kepada wakil-wakil sekolah di
bawah bidang kuasa masing-masing.

30 April

Sekolah
menyerahkan
kertas
cadangan kepada Pejabat Pendidikan
Negeri.

10 Mei

Pegawai Pendidikan Negeri memilih 10


kertas cadangan terbaik di bawah
bidang kuasa masing-masing.

15 Mei

Pegawai
Pendidikan
Negeri
akan
membawa
sepuluh
(10)
kertas
cadangan yang terbaik dari kuasa
bidang masing-masing ke mesyuarat
Peringkat Kebangsaan di Putrajaya
untuk peringkat separuh akhir.
Jawatankuasa Kerja Kebangsaan (KPM /
KKM / SP/ eBM) akan memilih 30
sekolah untuk Peringkat Akhir. KPM di
Putrajaya akan memaklumkan kepada
Jabatan
Pendidikan Negeri sebaik
sahaja
senarai
sekolah
terpilih
ditentukan.

Catatan