Anda di halaman 1dari 17

.

SELANGOR
Antara cerita yang mengaitkan nama Selangor adalah daripada sejenis serangga yang
digelar langau. Seorang pahlawan yang sedang dalam perjalanan ke utara telah tewas oleh
seekor langau yang menganggunya ketika berehat di tebing sungai. Akhirnya pahlawan
tersebut telah meneroka kawasan tersebut dan dijadikan penempatan yang diberi nama SeLangau dan akhirnya menjadi Selangor.
Kononnya juga nama Selangor berasal dari pokok Mentangau yang banyak terdapat di
kawasan pinggir sungai. Pohonnya besar dan rimbun dan boleh dilihat dari laut. Ada diantara
pedagang mengatakan aku singgah di Kuala Sungai Mentangau seterusnya berkembang
kepada Kuala Selangau dan akhirnya menjadi Kuala Selangor.
Pendapat lain ada menyatakan Selangor berasal dari perkataan salang dan jemur.
Dikatakan Kuala Selangor menjadi tempat penyiksaan para penderhaka dengan cara
disalang dan dijemur sehingga mati. Dua perkataan salang dan jemur dicantumkan menjadi
selangur.
Maklumat ini telah di ambil dari laman web Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan Negeri
Selangor (PADAT)

Nama silam Johor adalah "Ujung Tanah", sementara R.O Winstead dalam penulisannya
pernah merujuk negeri Johor dengan nama "Wurawari", ianya adalah istilah jawa yang
bermaksud "Air Jernih". Antara nama lama yang merujuk kepada negeri johor ialah, "Hujung
Medini"(disebut dalam syair jawa Nagara kretagama), Ganggayu (nama Johor sebelum
1450) dan Langyu. Namun nama negeri lebih kuat dipercayai berasal dari perkataan arab
iaitu "Jauhar" yang membawa maksud "Permata".

Kedah mengikut catatan ramai sejarawan adalah negeri tertua di Tanah Melayu, ianya
berdasarkan penemuan arkeologi tentang kewujudan penempatan serta aktiviti masyarakat
Melayu Proto. Nama kedah mengikut rujukan catatan arab dan parsi ialah "Kilah", "Kalah"
atau "Qalha". Dalam tulisan sanskrit Kedah dicatatkan sebagai "Kataha" atau "Kadara",
sementara dalam naskah tamil ianya dikenali sebagai "Kadaram" atau "Kalaram". Tetapi
menurut Wilkinson, nama negeri ini berasal dari perkataan "Kheddah" yang membawa erti
perangkap Gajah, tetapi ada juga yang mengatakan Kedah adalah bermaksud "Gelas
berkaki" dalam bahasa arab, ianya bersempena dengan perniagaan pedagang arab yang
menjual gelas berkaki pada masa itu.

Mula muncul dalam catatan Ptolemy yang merujuk negeri ini sebagai Kalantan. Dikisahkan
nama Kelantan diperkenalkan oleh orang India Utara, ianya berasal dari Bandar Koli, tempat
kelahiran bonda kepada Gautama Buddha, nama Koli kemudian digabungkan dengan
perkataan "Thana" yang bermaksuh Tanah, lalu jadilah "Kolithana" yang kemudiannya
disebut oleh penduduk pada ketika itu sebagai "Kolamtanah" atau "Kolamtam" yang akhirnya
menjadi Kelantan.
Catatan dalam ensiklopedia Ma Tuan-Lin ada menyebut tempat ini sebagai "Ko-lo". Dalam
catatan China yang selainnya ada dikesan nama sepertu "Ho-lan-tan" atau "Kou-lo-tan".
Sementara dalam peta De'eredia, wujud nama "Calantan Rio", sementara peta selainnya
disebut "Calantan", "Calantam" dan "Calantao". Terdapat juga kisah bahawa nama Kelantan
itu adalah bersempena dengan nama pokok "Gelam Hutan" yang tumbuh di pesisir pantai
negeri Kelantan pada ketika itu.

Selain dari kisah Parameswara yang menyaksikan seekor pelanduk menendang anjing
hingga jatuh ke sungai dan Pokok Melaka tempat beliau bersandar ketika itu, terdapat teori
lain bagaimana Melaka mendapat namanya. Dalam naskah lama "Sejarah Melayu" memang
sudah disebut nama Melaka, ia mugkin dari istilah "Malakat" atau "Mulagah" yang digunakan
oleh pedagang arab yang membawa maksud "pusat / tempat perdagangan ". Dalam bahasa
sanskrit, Melaka mungkin dirujuk sebagai "Malayakolam" atau "Malayaka" yang membawa
erti "negeri orang melayu".

6) NEGERI SEMBILAN
Nama negeri ini bersempena 9 negeri yang berada dibawah gabungannya, kawasan
berkenaan ialah ;
1) Sungai Ujong
2) Naning
3) Rembau
4) Jelebu
5) Johol
6) Klang
7) Jelai
8) Ulu Pahang
9) Segamat
Negeri Sembilan kemudiannya menyerahkan Klang kepada Selangor, Ulu Pahang dan Jelai
kepada Pahang dan Segamat kepada Johor. Rombakan kawasan kemudianya
menyenaraikan 9 kawasan berikut sebagai negeri yang sembilan, iaitu:
1) Sungai Ujong
2) Rembau
3) Jelebu
4) Johol
5) Ulu Muar
6) Inas
7) Gunung Pasir
8) Terachi
9) Jempol

Nama klasik bagi negeri ini ialah Inderapura, nama Pahang telah ada sebelum adanya
negeri Melaka, ianya dikenali sebagai Pahang Tua. Tiada kisah yang jelas bagaimana
Pahang mendapat namanya, namun dalam bahasa Khmer, Pahang itu bermaksud "timah"
yang mungkin juga ada kena mengena dengan Sungai Lembing yang terkenal dengan
timah.

Sepertimana Pahang, Perak juga mempunyai nama klasiknya yang tersendiri, iaitu Gangga
Negara, pusat pemerintahan Gangga Negara ialah di Beruas. Menurut Hikayat Merong
Mahawangsa, nama Perak diberi bersempena dengan anak panah bermata perak yang
dilepaskan oleh anak Raja Merong Mahapodisat Kedah. Anak panah itu dilepaskan ke
kawasan yang dihajati beliau untuk dijadikan sebuah negeri.

Perlis dahulunya dikenali sebagai "kayang" atau "kayangan", dan nama Perlis diberi
bersempena dengan nama seorang tua yang dianggap mempunyai keramat, iaitu "Tok
Perlis". Ada juga versi lain bagaimana Perlis mendapat nama,berkemungkinan ianya berasal
dari perkataan siam "Phrau Loi" yang bermaksud kelapa hanyut, kelapa hanyut ini dikatakan
banyak dijumpai oleh orang-orang siam yang menggunakan laluan kuala sungai Perlis untuk
ke Kedah. Sebutan "Phrau Loi" ini bila disebut oleh masyarakat tempatan akhirnya menjadi
"Perleh".

Ianya berasal dari barisan pokok-pokok pinang di kawasan penempatan masyarakat asal
melayu di kawasan pantai. Pulau Pinang pernah diberi nama "Prince of Wales" oleh Francis
Light pada 11 Ogos 1786, tetapi mujur juga nama itu tidak lekat dan hanya wujud dalam
catatan serta peta inggeris, tetapi tidak di bibir penduduk tempatan.

Dipercayai berasal dari cahaya kilat yang dilihat oleh penduduk Kelantan, lalu mereka
berkata "terangnya genu" atau maksud lainnya "terang sampai ke sana". Terdapat juga kisah
yang mengatakan nama Terengganu berasal dari kisah penemuan taring gajah di sebatang
sungai di Pulau Duyong, dek kerana saiz taring yang besar serta belum pernah dilihat oleh
penduduk tempatan, mereka merujuk taring itu sebagai "Taring anu", sungai dimana taring
tersebut dijumpai juga dikenali sebagai "Sungai Taring Anu".

Anda mungkin juga menyukai