Anda di halaman 1dari 6

MUHAMAD SAIFULLAH

PERNYATAAN SEBELUM INTERNSHIP


Pada 7 Julai 2014, saya akan menjalankan sesi internship untuk kali yang
pertama sepanjang tempoh menjalankan kursus PISMP di IPG Kampus Perlis.
Internship yang dijalankan selama satu minggu di Sekolah Kebangsaan Sena,
Kangar, Perlis iaitu sekolah yang telah saya menjalankan sesi praktikum ke-3. Sesi
internship pada kali ini sememangnya berbeza mengikut pandangan dan
pengalaman saya sendiri berbanding dengan praktikum yang telah dijalankan
selama 6 bulan secara keseluruhannya. Hal ini kerana pada kali ini, saya akan
menjalankan internship di sekolah yang sememangnya sudah menempa nama
dalam bidang pendidikan di Perlis. Memandangkan saya telah mengenali warga
sekolah tersebut, maka saya berpendapat bahawa segala projek yang akan
dilaksanakan berjalan lancar tanpa ada sebarang masalah. Dalam sesi internship ini,
saya dan beberapa rakan lain dikehendaki menjalankan tiga projek sepanjang
tempoh empat minggu tersebut.
Pelbagai andaian negatif yang muncul dalam fikiran saya sepanjang tempoh
sebelum internship. Antaranya, mampukah saya menjalankan projek atau program di
sekolah? Mampukah saya yang hanya sebagai guru praktikal membuat persediaan
yang rapi sebelum menjalankan sesuatu program? Namun begitu, sebagai seorang
bakal pendidik, saya seharusnya bersedia menyahut cabaran demi bergelar seorang
pendidik dalam era globalisasi yang mana memerlukan ramai tenaga pengajar yang
berkualiti. Di sekolah tersebut, saya bertuah kerana memiliki guru-guru yang hebat
dan mampu membimbing saya untuk menyiapkan diri bergelar insan pendidik.
Sepanjang tempoh internship ini juga, saya dapat menumpukan perhatian
yang penuh untuk menjalankan ketiga-ketiga program tersebut di sekolah

MUHAMAD SAIFULLAH
memandangkan tempoh yang diberikan untuk internship hanyalah empat minggu
sahaja. Tambahan pula, semasa taklimat internship, saya disampaikan berita
bahawa kami hanya perlu mengajar matapelajaran major sahaja, iaitu Kemahiran
Hidup bagi saya dan rakan sekelas yang lain.
Guru yang terbaik adalah pengalaman sendiri. Memetik kepada petikan
tersebut, saya telah mempelajari banyak perkara daripada pengalaman mengajar
yang lalu. Oleh itu, harapan saya sepanjang tempoh internship ini supaya saya dapat
memajukan diri sendiri seiring dengan kemajuan dalam bidang pendidikan. Untuk itu,
saya perlu menukar strategi bukan sahaja dalam aspek pengajaran dan
pembelajaran sahaja, malah merangkumi semua aspek secara holistik dan
bersepadu. Saya perlu mendekati murid dengan lebih rapat supaya proses
pengajaran lebih memberikan impak yang positif.
Sepanjang internship ini juga, saya berharap supaya dapat mengenali semua
warga sekolah dengan lebih mesra. Hal ini berikutan daripada kegagalan saya dalam
praktikum sebelumnya dimana saya kurang berkomunikasi dengan warga sekolah
kerana faktor terlampau hormat kepada guru-guru yang telah lama mengajar
sehingga tiada topik lain yang dibincangkan kecuali isu pendidikan sahaja. Bagi
saya, ini merupakan satu kegagalan untuk diri saya.
Berkenaan dengan sistem pengurusan fail serta portfolio pula, saya telah
merefleksikan diri dan mendapati banyak kekurangan pada praktikum yang lepas.
Kekurangan tersebut banyak berpunca daripada sikap saya sendiri yang banyak
membuat

kerja

bertangguh.

Dengan

datangnya

internship

ini,

saya

lebih

bersemangat dan bermotivasi untuk mengelakkan kegagalan yang sama berulang


kembali. Akhir kata, semoga semangat untuk menjulang segulung ijazah pendidikan

MUHAMAD SAIFULLAH
tetap mekar membakar di dalam dada ini berkat sokongan dan dorongan yang tidak
terhingga daripada kedua pensyarah pembimbing.

MUHAMAD SAIFULLAH
SELEPAS INTERNSHIP
Setelah 4 minggu menjalankan internship di Sekolah Kebangsaan Sena,
Kangar, Perlis, akhirnya saya dapat menarik nafas lega apabila tempoh tersebut
tamat. Saya berasa sangat bersyukur kerana dapat menyempurnakan semua
tugasan internship iaitu kesemua projek yang telah dirancang dengan jayanya. Saya
turut berasa lega kerana telah dapat menyempurnakan internship ini dengan
sempurna.
Sepanjang penglibatan saya dan beberapa ahli praktikum yang lain, saya
dapat menimba banyak ilmu pengetahuan baru. Antaranya ialah pengalaman
menguruskan sendiri sesuatu program dalam peringkat sekolah. Pengalaman ini
sangat bermakna bagi diri saya yang bergelar guru pelatih kerana sebelum ini saya
tidak pernah berpeluang untuk menguruskan apa-apa program dalam peringkat
sekolah seperti ini. Malah, lebih mengejutkan, saya dapat menyempurnakan program
tersebut yang mana telah dikelolakan oleh saya dan beberapa rakan guru pelatih
yang lain sejak dari proses merancang. Selain itu, saya dan rakan juga turut
berpeluang untuk menyumbang kepada pihak sekolah dengan membina sudut
informasi serta bilik gerakan denggi. Projek ini juga sungguh bermakna kerana kami
berpeluang untuk mereka sendiri dekorasi bilik gerakan denggi tersebut.
Jutaan terima kasih ditujukan kepada semua pihak yang terlibat secara
langsung atau tidak langsung sepanjang kami menjalankan projek terutama pihak
Sekolah Kebangsaan Sena. Saya serta rakan turut mendapat kerjasama yang
sangat baik daripada pihak sekolah. Diharapakan projek ini dapat memberi manfaat
kepada pihak sekolah khususnya murid-murid.

MUHAMAD SAIFULLAH
REFLEKSI
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnianya saya
dan rakan yang lain telah berjaya menamatkan internship yang telah berlangsung
selama empat minggu. Sepanjang empat minggu tersebut, banyak yang telah saya
pelajari sama ada perkara yang timbul daripada kelemahan saya sendiri mahupun
kelebihan yang dimiliki sepanjang empat minggu berada di sekolah.
Sepanjang empat minggu berada di sekolah, saya dan rakan internship yang
lain dikehendaki menjalankan tiga projek semasa berada disekolah. Maka, pada hari
pertama maelapor diri dan mendapat taklimat ringkas daripada penolong kanan
pentadbiran iaitu Puan Hajah Noridah, kami terus menggunakan masa yang terluang
untuk berbincang mengenai projek yang akan dilaksanakan nanti.
Bagi saya, permulaan internship berjalan agak lancar kerana pada permulaan
internship kami telah menunjukkan sikap bekerjasama yang baik. Pada pandangan
saya, semangat kerjasama sebegini perlu dikekalkan semasa menjadi seorang
warga pendidik nanti. Insya Allah.
Dalam perbincangan itu juga, kami telah memecahkan tugas masing-masing
bagi memudahkan urusan perancangan. Hasil perbincangan tersebut, saya telah
ditugaskan untuk menguruskan projek keceriaan bengkel Kemahiran Hidup. Pada
mulanya, saya hanya bertindak sendirian. Namun, setelah beberapa hari, saya
menghadapi masalah sedikit sebanyak mengenai pengurusan bengkel.
Masalah yang dihadapi itu telah menyedarkan saya bahawa ada kalanya kita
perlu merujuk kepada seseorang yang lebih berilmu pengetahuan. Maka, dengan itu
adalah tidak lain dan tidak bukan, guru Kemahiran Hidup jugalah yang menjadi

MUHAMAD SAIFULLAH
mangsa rujukan saya. Daripada masalah tersebut, saya telah belajar bahawa tidak
salah untuk meminta pertolongan orang lain.
Projek tersebut juga telah mengajar saya bagaimana untuk menjadi guru
Kemahiran Hidup yang lebih baik, terutamanya dalam aspek pengurusan bengkel.
Jika sebelum ini saya hanya tahu mengajar matapelajaran tersebut sahaja, kali ini
tumpuan saya lebih kepada aspek pengurusan dan keceriaan bengkel.
Sepanjang empat minggu tersebut, saya juga telah belajar bagaimana untuk
menguruskan stok inventori bengkel serta dapat belajar bagaimana untuk
mewujudkan buku inventori bengkel. Selepas menyempurnakan tugasan tersebut
sambil dibantu oleh rakan yang lain, barulah saya sedar bahawa diri saya masih
perlu belajar banyak perkara demi menjadi seorang guru yang mampu untuk
mengatasi cabaran guru alaf baru.