Anda di halaman 1dari 1

RASIONAL PERLAKSANAAN KURSUS ATAS TALIAN EPiC

Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pendidikan Malaysia (atau Kementerian


Pelajaran Malaysia, ketika itu) telah menyediakan satu Standard Program Pensiswazahan Guru semasa
program ini dimulakan dalam tahun 2011.
Termaktub dalam Standard ini adalah reka bentuk kurikulum yang WAJIB dipatuhi oleh semua pembekal
latihan termasuk OUM. Reka bentuk kurikulum MESTI merangkumi kursus-kursus seperti:

Kursus wajib merangkumi elemen Dasar Negara, Hubungan Etnik, LINUS, MBMMMI,
TITAS,PENDIDIKAN INKLUSIF;
Kursus Pengajian Profesional/Ilmu Pendidikan seperti Falsafah Pendidikan dan
Perkembangan Pendidikan, Psikologi Pendidikan, Sosiologi Pendidikan, Pedagogi
Pendidikan,PERKEMBANGAN PROFESIONALISME GURU BERTERUSAN (BINA
INSAN GURU);
Kursus major
Kursus minor atau elektif mata pelajaran sekolah
AMALAN PROFESIONAL
Sukan dan KOKURIKULUM sekolah

OUM telahpun merangka kursus tambahan berasaskan experiental learning dan atas talian melalui portal
EpiC untuk memenuhi syarat Standard iaitu:
1.
2.
3.
4.

HBEF2703
HBEF3503
HBEF2803
HBEF3603

Kokurikulum
Pendidikan Inklusif
Perkembangan Profesionalisme Keguruan ( Bina Insan Guru)
Amalan Profesional (Praktikum)

BPG juga telah menyediakan Standard Bina Insan Guru (HBEF2803) yang mewajibkan semua guru
menjalani tiga siri aktiviti yang berlainan seperti perkhemahan, ceramah, seminar, bengkel, lawatan,
tugasan, kolokium, kerja lapangan, khidmat masyarakat dan lain-lain. OUM telah menyediakan tugasan
dan seminar untuk para pelajar.
BPG juga telah menyediakan Standard Amalan Profesional dimana setiap pelajar
PPG WAJIB menjalani praktikum (HBEF3603) mengikut syarat-syarat dalam Standard. Mengambilkira
pengalaman guru, maka OUM telah merangka kursus Amalan Profesional yang digabungkan dengan
kursus HBEF2503 dan HBEF4303.
Harap semua pelajar PPG mengambil maklum tentang kursus-kursus mengikut kehendak Standard
Program Pensiswazahan Guru.

Anda mungkin juga menyukai