Anda di halaman 1dari 5

1.

0 Pengenalan
Dalam usaha merealisasikan Gagasan 1Malaysia, pemupukan cintakan bangsa dan
Negara perlu diterapkan seawal mungkin kepada kanak-kanak di Negara ini.
Kementerian Pelajaran Malaysia telah memutuskan supaya aktiviti 1Malaysia
dilaksanakan di Peringkat Prasekolah dengan menggunakan sumber kewangan dan
keupayaan sumber manusia yang sedia ada di sekolah masing-masing. Hasrat
1Malaysia adalah gagasan untuk membina kekuatan melalui perpaduan nasional dan
semangat kerjasama. Pendidikan awal di prasekolah mestilah memberi keutamaan
kepada usaha-usaha memupuk dan mengekalkan semangat perpaduan dalam
kalangan rakyat, baik semasa proses pengajaran dan pembelajaran, mahu pun dalam
aktiviti sokongan kurikulum.
Aktiviti yang dirancangan diharap dapat dijalankan dengan jayanya dan mencapai
objektif memupuk perpaduan di peringkat prasekolah selain dapat meningkatkan
keyakinan diri serta menerapkan unsur keseronokan di dalam pembelajaran secara
tidak formal ke dalam setiap jiwa kanak-kanak serta dapat membina pengetahuan
melalui penemuan dan penerokaan kendiri.
Aktiviti 1Malaysia diperingkat prasekolah juga memberi impak positif kepada murid
prasekolah dan prasekolah integrasi dalam meningkatkan keyakinan diri serta dapat
memperkembangkan

potensi

murid-murid

prasekolah

secara

menyeluruh

dan

bersepadu dalam aspek jasmani, rohani, emosi , intelek dan sosial.


2.0 Objektif aktiviti
Ke arah mencapai visi dan matlamat Negara serta mewujudkan satu masyarakat yang
bersatu padu dan mempunyai semangat cintakan Negara berasaskan Perlembagaan
Negara dan Rukun Negara. Secara tidak langsung memberi pendedahkan kepada
kanak-kanak prasekolah dengan sikap dan semangat saling menghormati ke arah
membentuk satu Negara Bangsa.

Pendidikan awal di prasekolah mestilah memberi keutamaan kepada usahausaha memupuk dan mengekalkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat,
baik semasa proses pengajaran dan pembelajaran, mahupun dalam aktiviti
sokongan kurikulum.

Penerapan kesemua nilai 1Malaysia bermula pada peringkat prasekolah yang


terdiri daipada pelbagai kaum dalam usaha ke arah merealisasikan 1Malaysia.

Memupuk jalinan sosial yang kukuh melalui proses mengenali dan memahami
budaya dan agama masing-masing seawal usia yang mungkin. Murid-murid ini
juga didedahkan dengan budaya diluar lingkungan masing-masing demi
mencapai perpaduan Negara dan persefahaman sesama mereka.

Membolehkan

kanak-kanak berbilang kaum menghayati nilai-nilai hidup

bermasyarakat dan membolehkan mereka memahami adat dan budaya yang


pelbagai.

Menyemai nilai-nilai dan semangat kekitaan, jati diri serta patriotism dalam diri
kanak-kanak sejak dari awal lagi.

Menjadikan

prasekolah

sebagai institusi sosial awal yang berpaksikan

perpaduan antara kaum di Malaysia.


3.0 Pelaksanaan Aktiviti 1Malaysia Peringkat SK Jalan Muara Tuang 2013
Berikut merupakan beberapa aktiviti yang telah dijalankan diperingkat SK Jalan Muara
Tuang untuk tahun 2013.
3.1 Pusat Kreatif 1Malaysia Prasekolah
1. Pendahuluan
Pusat

Kreatif

1Malaysia

Prasekolah

adalah

satu

pendekatan

informal,

menyeronokkan,bebas dan selamat. Murid-murid berinteraksi, menghasilkan idea dan


kemahiran melalui penerokaan, penemuan dan penyelesaian masalah. Pewujudan
Pusat Kreatif 1Malaysia dapat merealisasikan amalan dan gaya hidup 1Malaysia. Pusat
ini juga mengandungi Grafiti Area yang mana guru membimbing murid-murid membuat
aktiviti pengajaran dan pembelajaran berdasarkan tema daripada Kurikulum Standard

Prasekolah Kebangsaan (KSPK) di atas kain putih atau kertas mahjong bertemakan
1Malaysia.
2. Matlamat
Memastikan kSPK yang dilaksanakan dapat membentuk kemenjadian murid prasekolah
secara menyeluruh. Modul ini berfokus kepada matlamat perpaduan bangsa di bawah
gagasan 1Malaysia.
3. Objektif
i.

Dapat mempamerkan hasil-hasil kerja murid mengenai 1Malaysia.

ii.

Menggalakan murid-murid prasekolah mengamalkan amalan yang sihat


berdasarkan amalan 1Malaysia.

iii.

Melahirkan murid-murid prasekolah yang memahami konsep 1Malaysia


berdasarkan potensi mereka.

iv.

Memberi peluang kepada murid menerokai kepelbagaian budaya di Malaysia.

v.

Memberi ruang kepada murid prasekolah menzahirkan rasa cintakan Negara


melalui aktiviti yang dirancang.

4. Pelaksanaan
a.

Takwim pelaksanaan

Aktiviti dijalankan sepanjang tahun bermula dari bulan Februari hingga November 2012.
b.

Pelaporan aktiviti

Aktiviti yang dijalankan adalah :


i.

membuat kereta nasional

ii.

membuat Sampan Merdeka

iii.

mendengar cerita/ bercerita tentang cerita rakyat pelbagai kaum masyarakat


Malaysia dan

iv.

menggantung bendera, ketupat, sampul duit raya

5. Impak
Murid mampu untuk mengenali serta memahami kepelbagaian kaum masyarakat
Malaysia. Pada masa yang sama murid mampu untuk mengamalkan amalan yang sihat
berdasarkan amalan 1Malaysia. Murid juga mampu untuk memahami konsep 1Malaysia
berdasarkan potensi mereka serta murid mampu untuk menerokai kepelbagaian
budaya di Malaysia. Selain itu, murid juga mampu untuk menzahirkan rasa cintakan
Negara melalui aktiviti yang dirancang.
6. Cadangan Penambahbaikan aktiviti
Murid-murid perlu didedahkan dengan lebih banyak aktiviti yang berunsurkan
kepelbagaian budaya di Malaysia. Malah tahap penyampaian juga perlu lebih mudah
agar murid dapat mengikuti dan memahami isi kandungan yang ingin disampaikan.
7. Lampiran
i.

Membuat Kereta 1Malaysia

Anda mungkin juga menyukai