Anda di halaman 1dari 1

SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN

http://www.spp.gov.my
URUSAN TEMUDUGA PELANTIKAN TETAP KE JAWATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN
SISWAZAH GRED DG41 PELATIH KURSUS PERGURUAN LEPASAN IJAZAH (KPLI) INSTITUT
PENDIDIKAN GURU.
CALON DIKEHENDAKI MEMBAWA DOKUMEN ASAL DAN SATU DOKUMEN SALINAN YANG TELAH DISAHKAN
BAGI SETIAP DOKUMEN BERIKUT :
1. Kad Pengenalan
(Laporan Polis mengenai kehilangan kad pengenalan tidak akan diterima)
(Sijil Lahir / Sijil Akuan Lahir / Sijil Anak Angkat / Sijil Pengesahan Kewarganegaran daripada Jabatan Pendaftaran Negara digunakan
sebagai dokumen sokongan untuk semakan lanjut maklumat pada kad pengenalan)

2. Sijil Lahir/Sijil Pendaftaran Kelahiran


(Bagi calon yang lahir di luar Negara, sila kemukakan boring W/Surat Pengesahan Kewarganegaraan dari Jabatan Pendaftaran Negara)

3. Sijil Pelajaran Malaysia atau setaraf dengannya


(Sekiranya hilang calon perlu merujuk kepada Lembaga Peperiksaan Malaysia untuk pengesahan keputusan )

4. Sijil Kepujian Bahasa Malaysia diperingkat SPM atau yang diiktiraf setaraf dengannya termasuklah
SAP, STPM atau kursus Bahasa Malaysia dari UPM, USM dan UM
(Sekiranya hilang calon perlu merujuk kepada Lembaga Peperiksaan Malaysia untuk pengesahan keputusan )

5. Ijazah transkrip beserta terjemahan Bahasa Melayu bagi ijazah selain Bahasa Melayu dan Bahasa
Inggeris
(Sekiranya hilang calon perlu merujuk kepada universiti untuk perakuan salinan keputusan)
(Calon perlu mengemukakan ijazah yang mempunyai cop mohor. Bagi ijazah daripada luar Negara selain Bahasa Malaysia / Bahasa
Inggeris, calon perlu dapatkan terjemahan oleh Institut Terjemahan Negara / Pejabat Kedutaan / Jabatan Penuntut Malaysia atau Jabatan
Agama Islam Negeri)

6. Surat Tawaran mengikuti KPLI


(Sekiranya hilang calon perlu mendapatkan surat pengesahan khas daripada Pengarah / Timbalan Pengarah / Ketua Jabatan IPG yang
mengesahkan bahawa calon adalah pelajar KPLI ambilan tahun berkenaan)

7. Sijil / dokumen sokongan mengenai aktiviti kokurikulum di IPG / Sekolah


8. Pengiktirafan kelayakan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
(bagi ijazah dalam dan luar Negara yang boleh dirujuk dan dicetak melalui laman web JPA
http://www.interactive.jpa.gov.my/webinteraktif/frmMainIktiraf.asp. Bagi nilai taraf ijazah yang tiada dalam laman web JPA tersebut,
calon dikehendaki merujuk kepada Unit Pengiktirafan dan Kelayakan, Bahagian Modal Insan, JPA.)

9. Sekeping gambar berukuran paspot*


(Gambar yang terkini, berpakaian fomal dan berambut kemas rujuk contoh tatacara & etika berpakaian bagi gambar berukuran paspot di
papan kenyataan HEP)

10. Surat Kebenaran / Kelulusan Cuti Belajar untuk mengikuti KPLI / Surat Pelepasan Jawatan Dengan
Izin bagi calon yang sedang berkhidmat.
11. Buku Rancangan Pengajaran Harian semasa praktikum.*
Sekiranya calon tidak membawa dokumen yang dinyatakan tersebut pada hari temuduga, calon tidak akan
ditemu duga dan diketegorikan sebagai calon hadir tidak ditemu duga.
*Salinan dokumen tidak diperlukan.

Anda mungkin juga menyukai