Anda di halaman 1dari 3

TUGASAN 1

KOD KURSUS

: HBEF2803

TAJUK KURSUS

: PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN

SEMESTER

: MEI 2013

SOALAN TUGASAN

ADAT RESAM PERKAHWINAN DI MALAYSIA


Malaysia adalah sebuah negara berbilang kaum yang hidup dalam suasana yang penuh harmoni.
Upacara perkahwinan selalu mendapat perhatian penuh dari semua golongan di Malaysia. Di
sebalik keramaian yang penuh warna-warni, upacara ini melambangkan perpaduan kaum yang
mempunyai latarbelakang budaya dan adat resam yang berbeza. Tradisi perkahwinan pelbagai
etnik di Malaysia perlu dikekalkan bagi menyemarakkan lagi perpaduan diantara kaum.
Masyarakat di Malaysia bukan sahaja terdiri daripada kaum Melayu, China, dan India, bahkan
juga meliputi kaum etnik seperti Iban, Kadazan, Murut, Melanau dan lain-lain yang terdapat di
Sabah dan Sarawak. Oleh yang demikian, masyarakat di negara ini seharusnya berbangga dengan
keunikan tradisi perkahwinan yang pelbagai wujud di Malaysia.
Berdasarkan kepada pernyataan ini, anda dikehendaki menyediakan satu tugasan yang lengkap
dengan memilih SATU

upacara adat resam perkahwinan yang boleh diraikan/disambut

bersama-sama teman-teman daripada kaum yang lain.


Perihalkan penglibatan anda dengan istiadat dan adat resam perkahwinan daripada kaum tersebut
berdasarkan konsep silang budaya (cross culture). Penglibatan anda dilihat daripada skop yang
luwes dan segala aspek yang berkaitan dengan adat resam perkahwinan tersebut perlu diberi
perhatian dengan teliti dan diselidiki mengikut tatasusila budaya Malaysia. Nyatakan
1

kesignifikan adat resam perkahwinan kaum tersebut, ritual-ritual atau amalan-amalan yang
berkaitan, bagaimana ianya diraikan mengikut adat tertentu dan impaknya kepada masyarakat
Malaysia.
E-portfolio anda perlulah didokumentasikan dengan lengkap yang berfokuskan kepada aspekaspek berikut:

Sejarah adat resam perkahwinan, tujuan dan aspek-aspek yang berkaitan dengan
perkahwinan

Aspek - tradisi, sosial dan budaya

Aspek persediaan sebelum istiadat perkahwinan- merisik, bertunang dll

Amalan-amalan/ritual yang dilakukan

Pakaian tradisional semasa upacara persandingan/perkahwinan

Juadah kuih muih utama/ hantaran pihak lelaki/perempuan

Hiasan dalaman dan luaran tempat upacara perkahwinan/persandingan dll

Pantang larang jika ada yang berkaitan dengan adat resam perkahwinan

Gambar/ rakaman audio-visual upacara yang berkaitan dengan perkahwinan

Analisis/ refleksi kendiri tentang adat resam istiadat perkahwinan tersebut.

PANDUAN PERLAKSANAAN:
1.Tugasan ini perlu disiapkan dengan membuat TIGA aktiviti terancang yang
diberikan seperti berikut:

Aktiviti 1 Kajian dokumen

Aktiviti 2 Gambar/ rakaman suasana sambutan upacara perkahwinan dan lain lain.

Aktiviti 3 Jurnal Reflektif

2. Anda perlu memilih SATU upacara perkahwinan daripada kaum/ etnik lain untuk melakukan
TIGA aktiviti yang berkaitan.
Contoh upacara dan adat resam aktiviti perkahwinan adalah seperti berikut:

Adat resam upacara perkahwinan kaum Melayu

Adat resam upacara perkahwinan kaum China

Adat resam upacara perkahwinan kaum India

Adat resam upacara perkahwinan Chirstian

Adat resam upacara perkahwinan kaum etnik yang terdapat di Sabah dan Sarawak seperti
Melanau,Iban, Kadazan Dusun, Murut dan lain-lain.

PERINGATAN:
1. Anda hendaklah memilih adat resam perkahwinan kaum lain.
2. Anda disarankan supaya membaca semua aktiviti; dan rancang cara terbaik untuk
membuatnya kerana semua aktiviti adalah saling berkaitan antara satu sama lain.

Anda mungkin juga menyukai