Anda di halaman 1dari 11

Teks Pengerusi Majlis Kejohanan Sukan Tahunan Kali ke 8

Mengumumkan ketibaan Yang Dihormati Pn. Normah bt Ahmad, diiringi Yang Mulia Pn.Raja
Fatimah bt. Raja Shaharul Zaman, Guru Penolong Kanan Akademik SK Seksyen 9 Kota
Damansara, Yang Berusaha En. Nik Azman bin Kundor, Guru Penolong Kanan HEM SKS9KD
dan Yang Berusaha Guru En.Azmi b Ali, Guru Penolong Kanan Kokurikulum SKS9KD.

Sirih berlipat sirih pinang,


Sirih dari Pulau Mutiara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.

Yang dihormati, Pn. Normah bt Ahmad Yang Dipertua PIBG SKBSD1


Yang Mulia Pn.Raja Fatimah bt. Raja Shaharul Zaman, Guru Penolong Kanan Akademik
SKS9KD
Yang Dihormati barisan guru-guru, dif-dif kehormat, para ibu bapa, hadirin-hadirin dan anak
didik SKS9KD.

Assalamualaikum salam sejahtera dan salam satu Malaysia.

Majlis mengalukan kedatangan Tuan-tuan dan Puan-puan hadirin sekalian ke Temasya Sukan
Tahunan kali ke 7 SKS9KD 2011.
Bersyukur kita ke hadrat Illahi, kerana dengan limpah dan izinNya dapat sekali lagi bersamasama dalam Kejohanan Sukan Tahunan SKS9KD pada kali ini. Semoga dengan kehadiran
tuan-tuan dan puan-puan dapat memeriahkan lagi kejohanan sukan tahunan sekaligus
menyuntik semangat kesukanan di kalangan anak-anak kita.
Kami mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian tuan-tuan dan puan-puan untuk hadir
memeriahkan lagi kejohanan ini. Sesungguhnya kehadiran semua membuktikan sokongan dan
semangat yang jitu untuk menjulang dan memartabatkan ke tahap yang tinggi dalam bidang
sukan.
.
Hadirin yang dihormati,
Tema kejohanan pada kali ini ialah SKS9KD Menuju Kecemerlangan
Sebagai pembuka tirai,kejohanan, majlis dimulakan dengan perbarisan lintas hormat dari
kontinjen-kontinjen kejohanan. Untuk maklumat hadirin, lintas hormat ini terdiri dari dua
bahagian. Bahagian pertama merupakan perbarisan lintas hormat daripada ahli-ahli Badan
1

Beruniform dan bahagian kedua terdiri daripada kontinjen-kontinjen rumah sukan yang
betanding. Untuk makluman hadirin juga, perbarisan lintas hormat ini akan di nilai oleh panel
yang telah ditetapkan.
Pada kejohanan ini juga, kita akan menyaksikan rumah-rumah sukan yang mengambil
bahagian, mempertaruhkan kreativiti dan kemahiran masing-masing dalam pertandingan
Kawad Lintas Hormat.
Majlis dengan ini menjemput dan mempersilakan Yang Dihormati, Pn. Normah Bt. Ahmad
dengan diiringi oleh Yang Mulia Pn. Raja Fatimah bt. Raja Shaharul Zaman, Guru Penolong
Kanan Akademik dan Guru-guru Penolong Kanan untuk berdiri bagi menerima tabik hormat.

Mendahului senarai bahagian pertama perbarisan lintas hormat ialah ahli-ahli Persatuan
Pengakap Malaysia
Kontinjen ini di ketuai oleh Muhammad Arman Alhuzaifi Bin Sakir Husain. Dengan kekuatan ahli
seramai 15 orang, Persatuan Pengakap Malaysia ini telah dipimpin oleh En. Raja Zuhri.
..
Menyusul dibelakang pula merupakan kontinjen daripada Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM)
yang diketuai oleh Adik Muhammad Nabil. Dengan kekuatan ahli seramai 15 orang dan telah
dipimpin oleh Cik Nazariah. Pasukan ini sentiasa bersedia memberikan bantuan segera.
..
Kontinjen yang berikutnya ialah merupakan kontinjen dari Persatuan Puteri Islam yang diketuai
oleh adik Nurul Rabiatul Akhmar. Dengan kekuatan ahli seramai 15 orang dan kontinjen ini telah
dipimpin Pn. Haliimah. Motto pergerakan puteri islam ialah Berilmu, beriman dan Beramal.
..
Tampil bergaya dengan uniform hijau gelapnya ialah kontinjen Tunas Kadet Remaja Sekolah
(TKRS)yang diketua oleh adik Muhammad Fareen. Dengan kekuatan ahli seramai 15 orang dan
kontinjen ini telah dipimpin oleh En. Redhuan.

Mengakhiri perbarisan tabik hormat khas untuk unit berunifom ialah kontijen Tunas Puteri.
Kontijen ini diketuai oleh Nurul Aini, dengan kekuatan ahli seramai 15 orang dan dipimpin oleh
Pn. Ansyara.

Berikut merupakan lintas hormat dari rumah yang bertanding.


Mendahului senarai ialah Rumah Sukan Wira iaitu rumah Biru. Dengan kekuatan ahli seramai
18 orang, kontinjen ini diketuai oleh Adik Lukman Hakim. Dan dipimpin oleh Pn. Azura. Dengan
tema
Motto Rumah
Untuk makluman hadirin, rumah Wira merupakan johan keseluruhan sukan tahunan 2010.
2


Menyusul dibelakang ini merupakan kontinjen dari rumah Waja (Hijau). Dengan kekuatan ahli
seramai 18 orang, kontinjen ini diketuai oleh Adik syed kamaruzzaman. Dan dipimpin oleh
Ustaz Raja Zuhdi. Tema Rumah Waja adalah .
.
Motto rumah...

Tampil setia dengan warna diraja ialah kontinjen dari rumah Kelisa (Kuning) di bawah pimpinan
Pn Wan Elyna. dengan kekuatan ahli seramai 18 orang dan diketuai oleh
Adik

Dengan
tema
.
Motto Rumah .
Untuk makluman hadirin, kontinjen rumah kuning merupakan johan perbarisan pada tahun
2010.
..
Tampil merah garang ialah Kontinjen yang terakhir merupakan kontinjen dari rumah Kenari
(Merah) di bawah pimpinan Pn. Aidaliza. Dengan kekuatan ahli seramai 18 orang kontinjen dan
diketuai oleh Adik Hilman Aqil. Dengan tema ..
.
Dengan Motto Unleash your Confidence, kita percaya rumah kenari mampu membuat kejutan
pada tahun ini.
..
Hadirin yang dihormati,
Untuk memberkati temasya sukan tahunan ini, mejlis dengan sukacitanya menjemput
.untuk
memimpin
bacaan
ddoa.
Majlis
mempersilakan dengan segala hormatnya.
Amin-amin Ya Rabal Allamin Majlis merakamkan ribuan terima kasih.
Tetak buluh panjang sepuluh,
Mari di jolok sarang penyegat,
Angkat tangan jari sepuluh,
Doa diminta biar selamat.

Hadirin diminta berdiri untuk sama-sama menyanyikan lagu Negaraku.


Terima kasih kepada semua hadirin.
3

.
Upacara seterusnya ialah, Lafaz Ikrar Kejohanan. Denga sukacitanya dipersilakan Adik Muhd
Arman Alhuzaifi untuk mengetuai bacaan ikrar.
Bagi meneruskan kalam bicara, majlis dengan ini menjemput dan mempersilakan Guru
Penolong Kanan Akademik SKS9KD, Yang Mulia Pn. Raja Fatimah bt. Raja Shaharul Zaman
untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Majlis mempersilakan.
Majlis merakamkan ribuan terima kasih atas ucapan alu-aluan itu tadi.
.
Tanpa melengahkan masa, majlis dengan ini menjemput Yang Dihormati Pn. Normah Bt.
Ahmad, Yang Dipertua PIBG SKS9KD untuk memberikan ucapan sekaligus merasmikan
kejohanan sukan tahunan SKS9KD 2011.

...
(SIMBOLIK PERASMIAN)
Dengan berkibarnya bendera kejohanan, maka rasmilah sudah temasya Sukan Tahunan 2011.
Setinggi-tinggi jutaan terima kasih diucapan kepada Pn. Normah kerana menyempurnakan
upacara perasmian itu tadi.
Sebagai tanda terima kasih dan ingatan berpanjangan, dijehmput Pn. Raja Fatimah untuk
menyampaikan cenderamata kepada Pn. Normah.

Sirih puan terselit di jari,


Ingin kucecah kapur di ganggang,
Kesudian puan hadir kemari,
Temasya yang indah tambah gemilang,

Majlis merakamkan ribuan terima kasih


..
Demikian tadi selesainya upacara perasmian kejohanan sukan.
Sekarang dipersilakan semua kontigen yang mengambil behagian untuk bergerak keluar.
....
Kini majlis membuka gelangang pertaruhan bagi sukan tahunan SKS9KD 2011. Untuk
makluman hadirin, beberapa acara akhir telah pun dijalankan sebelum ini antaranya acara
lompat jauh, lontar peluru dan lompat tinggi.
4

Sekali lagi ayuh kita alihkan pandangan kita ke padang bagi menyaksikan acara balapan akhir.
Acara dimulakan dengan:
1) 200m perempuan akhir tahun
200m lelaki akhir tahun

6
6

Berikut pula acara:


2) 4 x 100m perempuan akhir tahun
4 x 100m lelaki akhir tahun

4
5

Majlis diteruskan dengan acara:


3) 4 x 200m perempuan akhir tahun
4 x 200m lelaki akhir tahun

6
6

Acara seterusnya:
4) 100m perempuan akhir tahun
100m lelaki akhir tahun

4
4

Acara seterusnya:
5) 100m perempuan akhir tahun
100m lelaki akhir tahun

5
5

Seterusnya acara:
6) 100m perempuan akhir tahun
100m lelaki akhir tahun

6
6

Acara yang terakhir pada hari ini ialah acara tarik tali terbuka P
Johan dan naib johan antara rumah . Dengan .
Acara yang terakhir pada hari ini ialah acara tarik tali terbuka L
Johan dan naib johan antara rumah . Dengan .
.
Demikian tadi peluh, keringat dan seluruh tenaga telah ditumpahkan oleh atlet-atlet SKS9KD
2011untuk memastikan kejayaan rumah-rumah sukan masing-masing. Tahniah diucapkan.
5

Kejohanan Sukan Tahunan akan berhenti rehat untuk seketika. Dipersilakan Yang Dipertua
PIBG _______________________, dif-dif jemputan, diiringi oleh Guru Besar dan guru-guru
penolong kanan untuk menikmati jamuan makan. Murid-murid diharap dapat bersabar kerana
sebentar lagi makanan akan diagihkan. Acara akan bersambung kembali pada jam
..
..

Majlis akan diteruskan lagi dengan Acara Sukan Tahunan Acara Ibu Bapa dan guru-guru
SKS9KD 2011.

Tibalah acara yang paling ditunggu-tunggu oleh semua peserta iaitu Majlis Penyampaian
Hadiah.
Majlis di teruskan lagi dengan acara penyampaian hadiah bagi acara lompat jauh.
Majlis dengan ini menjemput ..
Bagi menyempurnakan acara, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Lompat jauh perempuan/lelaki tahun 4/5/6


Tempat ketiga jatuh kepada dari rumah
Tempat kedua jatuh kepada .dari rumah .
Dan Johan jatuh kepada

.dari rumah

Majlis merakamkan ribuan terima kasih atas kesudian menyampaikan pingat kepada pemenang
.

Majlis diteruskan lagi dengan acara penyampaian hadiah bagi acara lontar peluru.
Majlis dengan ini menjemput
Bagi menyempurnakan acara, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Lontar peluru perempuan/lelaki tahun 4/5/6


6

Tempat ketiga jatuh kepada dari rumah..


Tempat kedua jatuh kepada . dari rumah
Dan Johan jatuh kepada dari rumah .
Majlis merakamkan ribuan terima kasih atas kesudian menyampaikan pingat kepada
pemenang.

.
Majlis diteruskan lagi dengan acara penyampaian hadian bagi acara lompat tinggi.
Majlis dengan ini menjemput ..
Bagi menyempurnakan acara, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Lompat tinggi perempuan/lelaki tahun 4/5/6

Tempat ketiga jatuh kepada . dari rumah..


Tempat kedua jatuh kepada dari rumah
Dan Johan jatuh kepada . dari rumah
Majlis merakamkan ribuan terima kasih atas kesudian menyampaikan pingat kepada
pemenang.

Majlis diteruskan lagi dengan acara penyampaian hadian bagi acara 100 meter.
Majlis dengan ini menjemput ..
Bagi menyempurnakan acara, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

100 meter perempuan/lelaki tahun 4/5/6

Tempat ketiga jatuh kepada . dari rumah..


Tempat kedua jatuh kepada dari rumah
Dan Johan jatuh kepada . dari rumah
7

Majlis merakamkan ribuan terima kasih atas kesudian menyampaikan pingat kepada
pemenang.

Majlis diteruskan lagi dengan acara penyampaian hadian bagi acara 200 meter.
Majlis dengan ini menjemput ..
Bagi menyempurnakan acara, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
200 meter perempuan/lelaki tahun 4/5/6

Tempat ketiga jatuh kepada . dari rumah..


Tempat kedua jatuh kepada dari rumah
Dan Johan jatuh kepada . dari rumah
Majlis merakamkan ribuan terima kasih atas kesudian menyampaikan pingat kepada
pemenang.

Majlis diteruskan lagi dengan acara penyampaian hadian bagi acara 4x100 meter.
Majlis dengan ini menjemput ..
Bagi menyempurnakan acara, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

4x100 meter perempuan/lelaki tahun 4/5/6

Tempat ketiga jatuh kepada . dari rumah..


Tempat kedua jatuh kepada dari rumah
Dan Johan jatuh kepada . dari rumah
Majlis merakamkan ribuan terima kasih atas kesudian menyampaikan pingat kepada
pemenang.

Majlis diteruskan lagi dengan acara penyampaian hadian bagi acara 4x200 meter.
8

Majlis dengan ini menjemput ..


Bagi menyempurnakan acara, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

4x200 meter perempuan/lelaki tahun 4/5/6

Tempat ketiga jatuh kepada . dari rumah..


Tempat kedua jatuh kepada dari rumah
Dan Johan jatuh kepada . dari rumah
Majlis merakamkan ribuan terima kasih atas kesudian menyampaikan pingat kepada
pemenang.

Majlis diteruskan lagi dengan acara penyampaian hadian bagi acara tarik tali terbuka.
Majlis dengan ini menjemput ..
Bagi menyempurnakan acara, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Tarik tali terbuka perempuan/lelaki

Tempat ketiga jatuh kepada . dari rumah..


Tempat kedua jatuh kepada dari rumah
Dan Johan jatuh kepada . dari rumah
Majlis merakamkan ribuan terima kasih atas kesudian menyampaikan pingat kepada
pemenang.

Kini sudah sampai ke acara kemuncak bagi mengetahui johan perbarisan, olahragawan dan
olahragawati dan kemuncak kepada segala kemuncak ialah johan keseluruhan. Pasti semua
menanti dalam debaran.

Dengan ini majlis mempersilakan _______________________________ untuk mengiringi Yang


Dihormati ______________________ bagi menyampaikan hadiah dan pingat kepada
pemenang. Majlis mempersilakan.

Majlis dimulakan dengan penyampaian hadiah bagi perbarisan untuk unit beruniform.
Naib Johan jatuh kepada rumah .
Johan di sandang oleh rumah .
.
Berikut pula penyampaian hadiah bagi perbarisan rumah sukan.
Naib Johan jatuh kepada rumah.
Johan pula di sandang oleh rumah.

Yang tidak berjaya cuba lagi tahun hadapan.

Majlis diteruskan lagi dengan memberi pengiktirafan tertinggi kepada murid-murid yang berjaya
merangkul pingat emas terbanyak dalam setiap acara yang disertai.

Dengan mendapat bagi acara.


Pihak pengadil telah menobatkan adik .. dari rumah .
Sebagai olahragawan SKS9KD 2011.
..

Dengan mendapat bagi acara


Pihak pengadil telah menobatkan adik dari rumah
Sebagai olahragawati SKS9KD 2011.

Sudah terang lagi bersuluh, terus gagah mengungguli, johan keseluruhan yang bakal
merangkul piala pusingan jatuh kepada rumah.dengan
mengumpul mata sebanyak mata.
10

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada ______________________atas kesudian


menyampaikan hadiah-hadiah itu tadi.

Majlis sekali lagi menjemput _____________________________ untuk menyampaikan


cenderahati kepada ______________________ atas kesudian merasmikan dan menyampaikan
hadiah.
..

Yang tersimpul telah dirapikan, yang terkusut telah di leraikan. Diharapkan bagi yang tidak
berjaya, teruskan usaha dan jangan sesekali mengaku kalah. Saya mewakili pihak majlis
merakamkan jutaan terima kasih dan seribu kemaafan di atas sebarang kekurangan sepanjang
kejohanan ini berlangsung. Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak penaja
yang terlibat secara langsung mahupun secara tidak langsung.
Seungkai kata semanis bicara kami persembahkan. Sekian, terima kasih kepada semua dan
semoga bertemu lagi dalam kejohanan sukan tahunan kali ke-9 2011.

..HABIS SUDAAA..

11

Anda mungkin juga menyukai