Anda di halaman 1dari 4

UNIT 7

KGBK: MENGAJAR HURUF o e DAN HURUF BESAR


Pengenalan
Huruf vokal e dikemudiankan kerana huruf e mempunyai dua bunyi, iaitu e taling seperti
dalam perkataan emak; enam; emas dan e pepet seperti dalam perkataan elok;
ekor; ela. Huruf o juga dikemudian sebab huruf vokal ini kurang digunakan dalam ejaan
perkataan Bahasa Melayu berbanding dengan huruf u.
Setelah murid belajar huruf vokal a i u, sekarang dalam Bab ini mereka diajar membunyi huruf
e dan membaca perkataan mengguna huruf e. Huruf vokal o juga diperkenal dalam Bab ini.

Mengajar Huruf vokal O o


Objektif
Di akhir pelajaran ini murid akan dapat
- mengenal huruf o dan bunyinya, serta suku kata yang dibentuk mengguna huruf o.
- membentuk dan membaca perkataan yang menguna huruf o
- menulis perkataan, frasa dan ayat yang mereka bina.
Langkah-langkah
1. Guru memperkenalkan huruf o dengan menyebutnya dan bunyinya beberapa kali diikuti oleh
murid. Kemudian guru menyebut o seperti dalam perkataan orang; ombak; otak.
2. Suruh murid menggunakan jari membuat bulatan o dan menyebut bunyi o.
3. Beri latihan murid menulis o beberapa baris dalam buku latihan mereka.
4. Bina suku kata dan sebut bersama murid bunyi suku kata itu, contohnya:
bo to ko ro po lo mo so kok tok rom tom sok lok
Suruh murid membina suku kata lain.
5. Kemudian bina perkataan mengguna suku kata di atas, contohnya:
roti bola kopi lori soto otak obor
pokok pondok polis kotak kolam ombak
6. Buat frasa dan ayat daripada perkataan-perkataan yang mereka bina, contohnya
makan roti main bola lori bapa pondok polis
Oli makan roti. Mayo makan soto.
Dalam lori itu ada kotak.
Itu pondok polis.

KAB3033 - Pengajaran Literasi: Awal Menulis dan Membaca Bahasa Melayu / 64

Latihan menulis.
Murid membuat latihan menulis menyalin apa yang mereka baca: perkataan, frasa dan ayat.
Aktiviti Pengayaan
Buat aktiviti pengayaan bertemakan bola atau roti.
Bercerita dan berbincang tentang bola.
Siapa suka bermain bola ?
Main dengan siapa ? Di mana bermain ?
Bolehkah kita bermain bola di jalan raya ? Kenapa ?
Apakah warna bola? Apakah saiz bola ini? Bola itu?
Aktiviti

Buat permainan untuk mengajar murid membaca dan menulis huruf O o besar dan
kecil.

Mengajar huruf vokal e


Seperti yang diterang di atas, huruf e mempunyai dua bunyi, iaitu e taling seperti dalam
perkataan emak; enam; emas dan e pepet seperti dalam perkataan elok; ekor;
ela
1. Guru menerangkan kepada murid dua bunyi e dengan memberi contoh-contoh berikut:
e mak
e kor
e nam
e sok
e mas
e lok
be sar
be sok
ke dai
ke lok
2. Suruh kanak-kanak ulang membaca beberpa kali dua jenis bunyi e di atas, supaya jelas
perbezaannya.
3. Bina suku kata dan perkataan mengguna e taling seperti
ke kera dan ketam; kemas bilik
be beli beras, bela kuda
4. Bina perkataan mengguna perkataan dan ayat mengguna e taling, contohnya.
Esah belok ke kiri.
Ella ada lima sen.
Ella belek buku itu.
Kami tiba besok pagi.
5. Aktiviti pengayaan bercerita dan bersoal jawab bertema emak.
6. Buat silang kata untuk murid mengisi di tempat huruf kosong.

KAB3033 - Pengajaran Literasi: Awal Menulis dan Membaca Bahasa Melayu / 65

7. Secara berpasangan guru boleh menyuruh murid membina perkataan mencantum suku kata
berikut:
be pe de re se to ke te ko po
le du ba ma ta ka ku li lu kok
8. Suruh murid menulis dan menyalin perkataan, frasa dan ayat yang mereka bina.
Aktiviti

Buat permainan untuk mengajar 2M suku kata berdasarkan e pepet e taling


supaya mereka dapat membaca perkataan yang berbeza bunyi suku kata itu.

Mengajar huruf besar.


Dalam KGBK huruf besar diajar kemudian sedikit. Huruf kecil dilatih dahulu sebab huruf kecil lebih
kerap digunakan dalam ejaan bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris. Mengikut kajian, kanak-kanak
lebih mudah belajar huruf kecil saja dahulu, supaya mereka tidak keliru antara huruf besar dan huruf
kecil bagi bunyi atau fonem yang sama.
Setelah murid menguasai ejaan perkataan dengan huruf kecil, barulah mereka diperkenalkan pula
dengan huruf besar. Dalam Bab 6 yang lalu semua perkataan dieja dengan huruf kecil dahulu. Ini
untuk memudahkan murid belajar membaca.
Objektif
Supaya murid dapat membezakan huruf kecil dan huruf besar, dan menggunanya dalam tulisan.
Langkah-langkah
1. Orientasi: Ulang pelajaran yang lalu. Suruh beberapa orang murid membaca ayat dan cerita
dalam pelajaran yang lalu.
2. Guru menyuruh murid mengulang melihat bentuk huruf kecil yang mereka telah pelajari seperti
huruf: a b c u i k s t l m dsb.
3. Guru memperkenalkan pula huruf besar bagi setiap huruf kecil itu. Contohnya:
a A, b B, c C, k K, s S, l L, m M, u U i I, dan sebagainya.
4. Guru tunjuk cara menulis setiap huruf kecil dan huruf besar. Guru mengguna nama orang, seperti
nama murid untuk menulis mengguna huruf besar, contohnya
A Ali,
B Bakar,
C Chong, S Sara,
K Kasim L Limah
U Umar,
I Ismail
5. Guru menerangkan supaya murid mengguna huruf besar bagi nama orang. Murid melatih
menulis namanya, nama ibu dan bapa mereka, kawan mereka dan sebagainya.
6. Guru menerangkan huruf besar juga digunakan bagi perkataan permulaan ayat selepas nokhtah.
Beri contoh:
Abu buka buku. Abu baca buku.
Ika cuci kaki. Busu cuci kuku.

KAB3033 - Pengajaran Literasi: Awal Menulis dan Membaca Bahasa Melayu / 66

Aktiviti

Buat permainan untuk mengajar murid menulis huruf kecil dan huruf kecil.

RUJUKAN
Isahak Haron (2006). Mudah Membaca Bahasa Melayu 1 2 (Edisi Guru) Siri Genius, Fajar Bakti,
Shah Alam.
Isahak Haron (2009). Ceria 2M Tadika, Buku 1dan 2 Penerbit Ilmu Bakti, Petaling Jaya.
Isahak Haron (2009). Carta Ceria 2M Tadika (beserta CD dan Panduan Guru), Penerbit Ilmu Bakti,
Kuala Lumpur.

Anda mungkin juga menyukai