Anda di halaman 1dari 2

KESIHATAN KUCING SECARA UMUM

kucing sedang membersihkan diri.


kucing yang sihat sentiasa
membersihkan diri secara teratur
Sebagai seorang pemilik (owner) kucing yang bertanggungjawab akan menjamin yang kucing
peliharaannya berada dalam keaadan yang sihat dan cargas. Dengan menyediakan diet yang
seimbang tempat yang bersih(hygiene) dan immunisasi yang sesuai dan teratur dapat menjamin
kesihatan kucing peliharaan anda. Dengan mengenali peribadi, perangai dan perilaku kucing
anda, pemilik(owner) adalah yang paling sesuai dapat segera mengetahui setiap perubahan yang
berlaku pada kucing anda. Sewaktu sesi menyikat bulu(grooming) kucing anda, anda boleh
meyelidiki atau mengesan sebarang perubahan yang berlaku. Namun setiap perubahan perilaku
yang
mendadak atau
kelakuan
aneh
perlu
diselidiki.
kucing sakit mengeluarkan membran
atau selaput putih pada mata
Kucing menderita diserang berbagai penyakit seperti cancer, buah pinggang, sakit jantung dan
lain-lain lagi. Namun ada juga penyakit kucing yang disebar oleh manusia ke kucing dan
sebaliknya. Penyakit paling serius yang boleh dijangkiti oleh kucing ialah rabies. Kurap adalah
penyakit cendawan kulit yang boleh menular kepada manusia. Ada juga beberapa jenis tungau
dan kutu kucing yang boleh berpindah ke tubuh manusia(Nota: Kutu kucing lebih memilih
kucing sebgai host nya berbanding manusia). Bakteria dari kucing juga menjangkiti luka terbuka
pada manusia. gigitan dan cakaran kucing juga perlu diawasi. Sekiranya terkena perlu
dibersihkan bersama antiseptik dan dibalut supaya tidak dijangkiti bakteria-bakteria lain.

Sejenis parasit protozoa bernama Toxoplasma


gondii, mungkin merupakan antara penyakit yang paling berbahaya dan membimbangkan. di
setengah negara, 90peratus manusia membawa parasit ini dan lebih 50peratus dibawa kucing.
Parasit ini boleh berpindah kepada manusia dan sebaliknya. Pemindahan dari kucing ke manusia
ialah dari najis buangan kucing anda. Ia mungkin hanya membawa simptom ringan keatas
kucing anda tidak bahaya pada manusia normal. Walaupun begitu ia boleh menjangkiti dan

merbahaya kepada bayi didalam kandungan rahim ibunya dan ibu-ibu mengandung. Oleh itu
bagi ibu mengandung teman nasihatkan berikan tugas mencuci tempat najis kucing anda kepada
ahli keluarga yang lain. Selain itu manusia dan kucing boleh juga terkena parasit ini melalui
daging yang kurang masak(undercooked) dan daging mentah.
Tanda-Tanda Kucing Sedang Kesakitan
Kucing yang tidak sihat, kesakitan dan diserang penyakit akan mengalami beberapa tanda yang
boleh dikenal pasti oleh manusia. Disini teman cuba menyenaraikan beberapa tips perubahan
tingkahlaku kucing sewaktu sedang sakit atau diserang penyakit.

Penurunan berat badan


Susah hendak makan
Hilang selera makan
Muntah
Darah di dalam air kencing
Sukar untuk membuang air kecil/air besar
Demam(suhu badan meningkat)
Minum air berlebihan dari selalu
Cirit Birit
susah Bernafas
Keguguran bulu
Perubahan perilaku
Bengkak di Perut
Ulser dimulut
Sembelit
Bibir pucat
Batuk
Bersin

Kepada pembaca sekalian teman akan menyambung tajuk ini dan menceritakan dengan lebih
mendalam di dalam mengenal tanda-tanda kucing anda sedang dalam kesakitan ataupun
diserang penyakit.
TIPS KATA-KATA
Sikat dan membelai kucing setiap hari dapat membantu anda mengesan sebarang perubahan yang
berlaku pada kucing anda dengan kadar yang cepat. Jadi pastikan sekurang-kurangnya luangkan
masa sekadar 15-20minit sehari bersama kucing dapat meningkatkan tahap kesihatan kedua
belah pihak.

Anda mungkin juga menyukai