Anda di halaman 1dari 3

Model Konstruktivis

Mengikut pandangan ahli konstruktivis terdapat enam teori pembelajaran penting


yang perlu kita ketahui, iaitu:
(i) Teori pembelajaran pembentukan kebiasaan.
(ii) Teori pembelajaran kod kognitif.
(iii) Teori pembelajaran interaksionalis.
(iii) Teori pembelajaran fungsionalis.
(iv) Teori pembelajaran situasionalis.
(v) Teori pembelajaran anggapan.
Teori Pembelajaran Pembentukan Kebiasaan
Teori ini berpendapat bahawa pembelajaran bahasa sebagai satu kegiatan mekanis,
iaitu sebagai aktiviti fizikal semata-mata. Teori ini menganggap faktor persekitaran
menjadi rangsangan dan tindak tanduk organisme pada rangsangan sebagai gerak
balas. Ia juga menunjukkan bahawa faktor luaran seperti ganjaran menguatkan
gerak balas.

Contoh: Dalam konteks pembelajaran bahasa, teori ini menegaskan latihan dan latih
tubi. Ini bertujuan untuk membentuk kebiasaan kepada kanak-kanak.

Teori Pembelajaran Kod Kognitif


Teori ini menegaskan bahawa pembelajaran bahasa sebagai satu proses pemikiran,
iaitu satu aktiviti mental yang merupakan kebolehan manusia secara semulajadi..
Teori

ini

mementingkan

kefahaman

struktur

bahasa

kerana

pemahaman

memudahkan pembelajaran dan penguasaan bahasa. Pengetahuan tatabahasa juga


dititikberatkan kerana ini membantu kanak-kanak menguasai bahasa secara
berkesan.

Teori ini juga mementingkan pengetahuan mengenai pola-pola sintaksis dan


leksikal. Di samping itu, peraturan tatabahasa juga perlu dihafal dan teori ini
menganggap bahasa adalah fenomena pemikiran dan bukan mekanikal.

Teori Pembelajaran Interaksionalis


Menurut teori ini, kanak-kanak perlu didedahkan kepada interaksi linguistik supaya
mereka boleh menggambarkan makna kognitif dalam bentuk-bentuk linguistik yang
jelas dan tepat. Teori ini berpendapat pembelajaran bahasa sebagai alat berinteraksi
dan ia merupakan satu proses yang melibatkan mental dan linguistik. Oleh itu,
kanak-kanak perlu memahami dan menggunakan tatabahasa dengan betul. Ini
membantu mereka berkomunikasi dalam masyarakat.
Selain itu aktiviti bahasa yang bermakna dan menarik membantu kanak-kanak
menguasai dan memperbaiki penggunaan sistem bahasa dan seterusnya dapat
menggunakannya dengan fasih dan lancar.

Teori Pembelajaran Fungsionalis


Teori ini menekankan kepentingan struktur dan memberi perhatian terhadap fungsi
bahasa. Secara tidak langsung teori ini menegaskan bahasa sebagai alat untuk
berkomunikasi. Menurut teori ini, bahasa mempunyai tiga fungsi, iaitu:
a. Bahasa sebagai alat penyampai idea bahasa digunakan untuk berhubung,
berkongsi pendapat dan pandangan.
b. Bahasa untuk menyampaikan maklumat bahasa berkeupayaan untuk
menyampaikan maklumat oleh penutur.
c. Bahasa sebagai alat komunikasi bahasa digunakan untuk tujuan berinteraksi.
Untuk itu, teori pembelajaran ini mengutarakan beberapa ciri penting. Antaranya
ialah: Sistem bahasa yang digunakan oleh ahli-ahli masyarakat itu bertenaga dan
terbuka. Perkara dasar yang ditekankan dalam struktur bahasa ialah semantik..
Bahasa ditutur mengikut keadaan dan sistem sosial. Bahasa merupakan alat untuk
berhubung,

melahirkan

pendapat

dan

menyatakan

menggambarkan watak dan peribadi penuturnya.

Teori Pembelajaran Situasionalis

perasaan.

Ia

juga

Teori ini menganggap bahasa adalah sebagai kod komunikasi. Bahasa digunakan
untuk menyatakan aksi, untuk menerangkan, untuk menyatakan lokasi, nama, aras
dan peringkat dan sebagainya. Mengikut teori ini, bahasa dipelajari dengan cara
menggalakkan pembentukan kebiasaan. Item-item linguistik harus dipelajari dan
diamalkan penggunaannya.
Untuk itu guru perlulah menggunakan ayat-ayat yang gramatis. Bentuk-bentuk ayat
yang

gramatis

perlu

diperkenalkan

kepada

kanak-kanak.

Teori

ini

juga

mementingkan pengalaman sedia ada murid menangani isi pelajaran. Teknik


pembelajaran seperti main peranan, simulasi atau lakonan sesuai digunakan di
dalam kelas.
Teori Pembelajaran Anggapan
Teori ini menekankan fungsi bahasa, makna dan mengutamakan tatabahasa yang
bersistem. Teori ini juga percaya bahawa bahasa adalah satu sistem yang bermakna
dan ia juga beranggapan bahawa pembelajaran bahasa ialah mempelajari cara
memberi makna. Selain itu, teori ini menerangkan keperluan berkomunikasi kanakkanak dan kemudian mempamerkan cara-cara setiap komunikasi itu dilakukan.