Anda di halaman 1dari 15

Pantun Jemput Makan

Terbang rendah burung tempua


Hinggap berdua di dahan ara
Hidangan di meja sudah tersedia
Dijemput tuan menjamu selera

MENGALU-NGALUKAN KETIBAAN YANG DIRAIKAN YG. BERBAHAGIA EN.


AMIR BIN MIMBAR Dan Isteri.
Bismillahirrahmanirrahhim.
1. Yg. Berbahagia, yg diraikan En. Amir Bin
Mimbar Serta isteri yg dikasihi Pn. Nusida Bt
Omar

2. Yg Berusaha Tn Hj Zainal
Abidin bin Osman , Ketua
Peg.

Pend.

Daerah

Hilir

Perak
3. Yg Mulia ,En Abdullah Bin Mat Arif
Yg di-Pertua PIBG merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengelola
Majlis
4.Yg. Dihormati - Guru Besar- Guru Besar Kelompok
-

Dif-dif jemputan
- Para ibu bapa
- Guru-guru

5. Yg dikasihi para pelajar Sk Sg Dulang Dalam


Seterusnya,

sidang

hadirin

hadirat

yang

dihormati sekalian .

Pantun
Melati
Sayang

kuntum

tumbuh

merbah

di

Assalammualaikum

dan

pohon
salam

melata,
cemara;
sejahtera

Saya sembah pembuka bicara.

.ASSALAMUALAIKUM
Warahmatullahiwabarokatuh
Syukur Alhamdulilah dipanjatkan kehadrat Allah SWT , atas pekenan
limpah dan inayahNya jua dapat kita berhimpun dimajlis penuh
gilang gemilang, penuh bererti buat kita semua khususnya lebih
bermakna buat yang diraikan.

Pergi
Sebelum
Kehadiran

berhuma

di

Tanjung

pulang
tuan-puan

mengail
kami

Rokan
ikan
alu-alukan

Kecil telapak tangan nyiru kami tadahkan


Selamat datang diucapkan kepada para VIP , ibu bapa , murid-murid
dan jemputan yang hadir serta

tidak lupa juga terima kasih tidak

terhingga atas kesudian meluangkan masa ke Majlis Persaraan Tuan

Guru Besar SKSDD, Yg Berbahagia , En Amir Bin Mimbar

Pantun
Kalau pergi Tanjung Keramat,
Anak manis jangan diangkat;
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.

Bacaan Doa
Pembuka

tirai,

dipersilakan

Al

sebelum

majlis

fadil

Wahidduddin

Utz

pada

pagi
B

ini

Mohd

diteruskan,
Ariff

untuk

membacakan doa. Dipersilakan..


-

BACAAN DOA-

Amin amin ya rabbal alamin Terima kasih diucapkan kepada Utz


Wahiduddin . Mudah-mudahan majlis pada pagi ini berlangsung
sebagaimana layaknya dan mendapat keberkatan dariNya jua,
InsyaAllah.

Pantun
Sudilah tuan jalan berlapan,
Jalan berlapan di malam kelam;
Sudilah tuan beri ucapan,
Kata aluan pemanis kalam.
2. Ucapan Aluan Pengerusi PIBG
Meneruskan aturcara pada pagi ini, majlis dengan hormatnya mempersilakan Yg Mulia
Abdullah B Mat Arif , Yang Dipertua PIBG Sk Sg Dulang Dalam merangkap Pengerusi
Jawatankuasa Pengelola Majlis untuk menyampaikan ucapan aluan. Dipersilakan

UCAPAN

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yg Mulia Abdullah Bin Mat
Arif.
Pantun
Terbang di awan burung jentayu,
Di atas papan batang selisih;
Tampillah tuan kami merayu,
Bersama ucapan pengikat kasih.

3. Ucapan Wakil Guru


Seterusnya dipersilakan Pn Maizatul Muna Bt Samsudin mewakili guru-guru di
sekolah ini untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan..

UCAPAN-

Terima kasih diucapkan kepada Pn Maizatul Muna ., penyambung bicara,


pengutus rasa dari sekalian guru-guru yang ada.
4. Ucapan Wakil Pelajar
Seterusnya majlis mempersilakan pula adik Shahrol Rozaini b Misdan
selaku wakil pelajar SKSDD untuk menyampaikan ucapan.
Dipersilakan.

UCAPAN

Terima kasih diucapkan kepada adik Shahrol


5. Bacaan Biodata
Raut wajah penuh ketenangan,
Tidak terkalam kasih dijunjung,
Jasamu tetap dikenang,
Budimu tetap disanjung
Menjunjung kasih buat yang diraikan, dengan ini dipersilakan Yg. Berusaha,
_____________________________mengiringi Yg Berbahagia En. Amir Bin Mimbar dan
isteri tampil ke hadapan bersemayam sebentar di singgahsana . Sukacita majlis
mempersilakan.

Tanggal 17 Mac 1948, beliau dilahirkan di Kampung Darat Penunjuk


Kijal. Menerima pendidikan awal di SK Kijal pada tahun 1955. Beliau
meneruskan persekolahannya di SM Sultan Ismail pada 1961 hingga 1963.
Pada 1964, beliau meneruskan pelajaran ke SM Sultan Abu Bakar Kuantan.
Profesion beliau sebagai guru bermula pada tahun 1972 sebagai Guru
Attachment Tanpa Latihan di SK Kerteh hngga tahun1973. Meneruskan
kariernya sebagai guru di SK Bukit Pahang dari 1974 hinggalah 1976.

Tarikh keramat pada 16 November 1978, beliau menamatkan zaman


bujangnya dengan memilih Yg dikasihi Pn. Rahana bt Abdullah sebagai teman
hidup. Mengecapi kebahagiaan , hasil perkahwinan itu, beliau dikurniakan 6
orang cahayamata, 4 lelaki dan 2 perempuan.
Sebagai salah seorang yg berdedikasi dan mempunyai komitmen yang
tinggi dalam pekerjaannya, 1976, beliau dilantik sebagai Pegawai Perkhidmatan
Pendidikan Pelajaran dan ditempatkan di SM Cukai.
Beliau kemudiannya ditukarkan ke SK RKT Seberang Tayor selama 7 tahun dan
kemudiannya ke SR Sultan Ismail selama 3 tahun.Kemudiannya, meneruskan
kerjaya di SR Seberang Tayor selama 5 tahun.Kerana kewibawaan yang
ditunjukkan, beliau diberi tanggungjawab sebagai Guru Penolong Kanan 11 (HEM)
di SK Kampung Bharu, Besut bermula Februari 1989 hingga Mac
1991.Kemudiannya, beliau bertugas pula di SR Air Puteh sebagai Guru Penolong
Kanan 1 hingga 1993. Keterampilan beliau membawa kepada penganugerahan
Sijil Khidmat Cemerlang pada 1992. 1993 beliau bertukar pula ke SK Kemasek
selama 3 tahun dan selepas itu ke SK Sultan Ismail sebagai Penyelia Petang.

Tanggal 16 Mac 1996, beliau menyandang jawatan sebagai Guru Besar di


SK Meraga Beris hingga 30 Disember 1999. 19 Januari 2000 beliau telah
ditukarkan ke SKKT hinggalah tarikh persaraan beliau pada 16 Mac 2004 dalam
usia 56 tahun. Hampir 4 tahun bertugas di SKKT, beliau telah banyak
mencurahkan tenaga dan sumbangan yang pastinya akan dikenang selamalamanya. SKKT berubah wajah sejak kehadiran beliau. Beliau berjaya membawa
sekolah ini hingga menjadi Johan 3K peringkat Daerah dan Negeri, seterusnya
menjadi wakil 3K ke peringkat Kebangsaan dan kenangan manis, SKKT
diletakkan sebagai calon Sekolah Harapan Negara 2003.

Disamping melaksanakan tugas tugas perkhidmatan, beliau juga menabur


bakti dalam Badan Sukarela seperti, Setiausaha Persatuan Belia 4B di Felda
Seberang Tayor dan kemudiannya dilantik sebagai pengerusi Persatuan Belia 4B
di tempat yang sama. Selain daripada itu juga beliau melibatkan diri dalam
bidang politik bermula 1980 sebagai Setiausaha UMNO Cawangan Felda
Seberang Tayor pada 1982 dan Ketua Pemuda UMNO Cawangan Seberang Tayor
hingga 1987. Pada 1990, beliau menjadi AJK UMNO di Kg Bharu Besut.

Sesungguhnya, terlalu banyak jasa dan sumbangan beliau yang pastinya


tidak akan dilupakan terutama sekali ketika beliau bertugas di sini.Sumbangan
beliau, kerjasama erat antara guru-guru, kakitangan sekolah serta para ibu bapa
dan masyarakat setempat sama-sama telah menyumbang kepada kejayaan SKKT
hari ini. Tak sungguh tak melata, tak sungguh orang tak kata.Benar kata pepatah,
patah tumbuh hilang berganti, tapi takkan sama dengan yang pergi.
Sama-samalah kita berdoa semoga beliau terus berbahagia dalam menjalani
kehidupan baru selepas ini persaraan beliau. InsyaAllah..
Seikhlas budi seuntai kasih, tepukan gemuruh buat Yg Berbahagia En Amir Bin
Mimbar . Terima kasih diucapkan.

Pantun
Duduk sekawan si burung unta,
Tepi keramat di waktu malam;
Pada mu tuan kami meminta,
Kata azimat penutup kalam.

7. Ucapan Perpisahan - En. Amir Bin Mimbar

Tiba saatnya yang kita nanti -nantikan, dengan sukacitanya


majlis mempersilakan yang diraikan, Yg Berbahagia En Amir Bin

Mimbar untuk menyampaikan ucapan. Dgn segala hormatnya


dipersilakan.

-UCAPAN

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada yang kita kasihi, Yg


Berbahagia En Amir Bin Mimbar

Pantun
Besar langit di tepi busut,
Besar tak muat di dalam peti;
Besar hajat kami menjemput,
Besar niat di dalam hati.
8. Ucapan Pegawai Pendidikan Daerah Kemaman/ Wakil
Aturcara pada pagi ini diteruskan lagi dengan mempersilakan,
Ketua . Pend. Daerah Hilr Perah. Tn Hj Zainal Abidin Bin Osman Ketua
Pegawai Pendidikan Daerah Hilir Perak untuk menyampaikan ucapan.
Dipersilakan.
-UCAPANTerima kasih diucapkan kepada Yg. Berbahagia Tn Hj Zainal Abidin Bin
Osman

Awan bersua citra berkisah


Ukiran sukma kilauan kelisa
Semua ucapan selesai sudah
Persembahan pelajar menyusul pula
9. Persembahan
Hadirin hadirat yang dihormati sekalian,
Majlis pada pagi ini akan diserikan lagi dengan pelbagai acara persembahan.

1.
Memulakan persembahan dipersilakan para pelajar dari Tahun .. untuk
menyampaikan persembahan .. bertemakan . Dipersilakan
-PERSEMBAHAN ..

Terima kasih diucapkan kepada para pelajar Tahun .. atas persembahan menarik
itu tadi.

2. ..
Terang bulan penyeri malam,
Tersentuh hati menginsafi diri

Kasih tersirat tidak terkalam


Bersemadi selamanya di dalam hati.

Tanda kasih dan sayang dari guru-guru sekolah ini, kita saksikan bersama persembahan koir
dari guru-guru SKKT yang akan membawakan 2 buah lagu;

i.

Nilai Cintamu

ii.

Di manakan ku cari ganti

Khas buat yang diraikan, dipersilakan kumpulan koir guru-guru SKKT

KOIR

Di manakan ku cari ganti


Serupa denganmu

Tak sanggupku berpisah dan berhati patah


Hidup gelisah.

Terima kasih diucapkan kpd guru-guru SKKT.

3. .
Persembahan berikutnya, dipersilakan ..untuk
menyampaikan persembahan .. Dipersilakan

PERSEMBAHAN ..

Terima kasih diucapkan kpd ..

4. ..
Meneruskan persembahan pada pagi ini, dipersilakan

Dgn. segala hormatnya dipersilakan

-PERSEMBAHAN .

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada


..
10. Penyampaian Hadiah dan Cenderamata

Hadirin yang dimuliakan,

Aturcara pada pagi ini diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah dan cenderamata kepada
yang diraikan, Bagi menyempurnakan majlis , dipersilakan Yg Berusaha
..mengiringi Yg Berbahagia En. Amir Bin Mimbar untuk
naik ke pentas.

1. PIBG YM Che Ku Jusoh b Che Ku Ali


2. Pihak Pentadbiran Sekolah Yg Berusaha Pn Hjh Latipah bt Ibrahim
3. Kelab KEWARGA En Afandi b Yusof
4. Koperasi Sekolah Pn Haslina bt Salleh
5. Pusat Sumber Sekolah Pn. Wan Aznida bt Wan Salleh
6. SALC Pn. Norazimah bt Hj Othman
7. Guru-guru Agama dan Pemulihan Pn. Zainun bt Embong
8. Kantin Sekolah - Pn Esah@ Kak Zan
9. Pekerja Swasta Pn Rukma
Kelas

1. 1 Murni Pn. Rohayati bt Harun


2. 1 Permai Pn. Juita bt Bapil
3. 1 Harmoni YM TG Roslaili bt Tg Mansor
4. 2 Murni Cik Yanti bt Mariun
5. 2 Permai Pn Rosida bt Abdullah

6. 2 Harmoni Pn Rohayu bt Ismail


7. 2 Ceria En Mohd Zulkifli b Harun
8. 3 Murni Pn Zubaidah bt Salleh
9. 3 Permai Cik Norhuda bt Hj Osman
10. 3 Harmoni Mohd Fauzan b Abd Latif
11. 4 Murni Pn Zaliha bt Latif
12. 4 Permai En. Ahmad Hazli b. Abd Mutalib
13. 4 Harmoni Cik Usha a/p Sunthararajoo
14. 4 Ceria En Afandi b Yusof
15. 5 Murni Pn Zarina bt Sukar
16. 5 Permai En Mohd Salim b Abd Wahab
17. 5 Harmoni En Megat Hazman b. M. Ayob
18. 5 Ceria En Mat Yusri b Mat Yong
19. 6 Murni Pn Zizi Azira bt Ibrahim
20. 6 Permai Pn Cheng Swee Koon
21. 6 Ceria Pn Sayani bt Arsad
Individu

1. En Abdullah b Abd Ghani


2. Pn Rohani bt Talib
3. Pn. Suryani bt Ismail
4. En Justin Meringgai ak Mabong
Pantun penutup Majlis

Banyak keluk ke penarik,Keluk tumbuh pohon kuini;


Nan elok bawalah balik,Nan tak elok tinggallah di sini.
Bunga dedap di atas para,Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,Jemari disusun maaf dipinta.

Pohon berangan tempat bertemu,Girangnya rasa si anak dara


;Baliklah tuan membawa ilmu,Binalah bangsa bangunkan negara.
Di atas dahan burung tempua,Melihat rusa tepi perigi;
Salam perpisahan untuk semua,Dilain masa bersua lagi.
Bunga seroja di atas para,Jatuh ditimpa buah berangan;
Andai kata tersilap bicara,Kemaafan jua kami pohonkan.
Dari Rokan ke Indragiri,Membawa tinta ke Kuala Linggi;
Baliklah tuan rehatkan diri,Esok kita bersua lagi.
Dari Kedah ke pekan sari,
Beli suasa di Kota Tinggi;
Selesai sudah tugas diberi,
Di lain masa bersua lagi.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih dan tahniah diucapkan kepada yang diraikan.

11. Penutup

Dengan berakhirnya acara penyampaian hadiah dan cenderamata itu tadi maka tamatlah
sudah majlis kita pada pagi ini. Sebelum mengundurkan diri, pantun berzaman menutup tirai..

Pucuk pauh delima batu,


Anak sembilang di tapak tangan,
Sungguh jauh beribu batu,
Hilang di mata di hati jangan

Kalau ada jarum yg patah,


Jangan disimpan di dalam hati,
Kalau ada silap dan salah;
Jgn disimpan di dalam hati.

Majlis dengan ini mepersilakan Yg Berbahagia En. Mamat b. Hj Ibrahim diiringi oleh dif dif
kehormat untuk ke bilik jamuan.

Para ibu bapa juga dipersilakan.

Sekian, majlis kami sudahi dgn lafaz wabillahitaufik wal hidayah.

Yan 04