Anda di halaman 1dari 3

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran
Kelas
Tema
Tajuk
Masa
Standard Kandungan
Objektif

Aktiviti

Elemen Merentas
Kurikulum (EMK)

Bahasa Malaysia
2A
Kesihatan Dan Kebersihan
Kesihatan Diri
8.00 9.00 pagi
2.2.3
Pada akhir p&p murid dapat:
1) Membaca ayat majmuk dengan sebutan yang betul.
2) Memahami dan menyatakan ayat majmuk daripada
petikan dengan betul.
1) Guru memaparkan petikan teks kepada murid.
2) Guru membimbing murid membaca petikan secara
individu, kumpulan dan kelas.
3) Guru dan murid bersoal jawab tentang petikan.
4) Murid mencari kata hubung dalam petikan.
5) Murid mengecam dan membaca ayat majmuk yang
terdapat dalam petikan.
6) Murid menyenaraikan ayat majmuk yang didapati
daripada petikan.
7) Murid membaca kuat ayat majmuk kepada kelas.
8) Murid menyalin ayat majmuk dalam buku tulis.
Ilmu : Pendidikan Kesihatan dan Pendidikan
Nilai : Kebersihan
TMK Belajar melalui TMK
Komputer riba, tetikus, petikan/slaid dan buku tulis

Bahan Bantu
Mengajar
Penilaian Pengajaran Murid membaca dan memahami ayat majmuk daripada
dan Pembelajaran
petikan dengan sebutan yang betul.
Refleksi
35 daripada 40 murid dapat mencapai objektif pengajaran
dan pembelajaran.
Murid yang tidak menguasai kemahiran membaca diberi
latihan bacaan bergrid. Murid yang menguasai diberi
latihan pengukuhan dan pengayaan.

Persekitaran Bersih
Hana dan Azim baru pulang dari sekolah.
Cuaca pada hari itu sangat panas dan mereka
berasa sangat dahaga. Mereka, singgah untuk
minum di sebuah gerai di tepi jalan. Mereka
melihat gerai itu sangat kotor. Gerai itu terletak
di tepi longkang yang airnya tersumbat dan
berbau busuk.
Terdapat

banyak

sisa

makanan

dan

sampah sarap dibuang di sekitar gerai itu.


Tidak

jauh

dari

gerai

itu,

kelihatan

tikus

berkeliaran mencari sisa makanan. Mereka


tidak mahu membeli minuman di gerai itu
kerana takut terkena keracunan makanan dan
alahan.

Ayat Majmuk
1. Hana dan
sekolah.

Azim

baru

pulang

dari

2. Cuaca pada hari itu sangat panas dan


mereka berasa sangat dahaga.
3. Gerai itu terletak di tepi longkang yang
airnya tersumbat dan berbau busuk.
4. Terdapat banyak sisa makanan dan
sampah sarap dibuang di sekitar gerai
itu.
5. Mereka tidak mahu membeli minuman
di gerai itu kerana takut terkena
keracunan makanan dan alahan.