Anda di halaman 1dari 1

Tempat-tempat menarik di Langkawi

Tanjung Rhu Langkawi


Tanjung Rhu terletak di sebelah utara Pulau Langkawi dan dinamakan Tanjung Rhu kerana
terdapat banyak pokok rhu di sekitarnya .Pemandangan yang indah di sepanjang pantainya pasti
memukau setiap mata yang memandang .
Perjalanan singkat dengan bot dari Tanjung Rhu akan membawa anda ke pintu masuk Gua Cerita
yang menyimpan pelbagai cerita misteri,terdapat tulisan kuno yang masih belum dapat di
tafsirkan sehingga kini masih boleh dilihat di dinding -dinding gua tersebut.
Pantai-pantai di Langkawi
Pantai Kok,Pantai Cenang,Pantai Tengah,Pantai Pasir Tengkorok Datai dan Teluk Burau..
Pantai-pantai ini menawarkan suasana perkelahan yang yang mengasyikkan .Hotel mewah dan
chalet di sediakan untuk kemudahan pengunjung.Bagi penggemar aktiviti lasak ,pelbagai
kegiatan yang mencabar boleh diikuti.Manakala bagi penggemar makanan pula ,pelbagai juadah
yang enak turut disediakan oleh restoran di hotel-hotel dan medan selera untuk dinikmati.
Tasik Dayang Bunting
Tasik Dayang Bunting terletak di sebelah selatan Pulau Langkawi ,di kelilingi oleh tumbuhtumbuhan hijau ,merupakan tasik yang terbesar di Pulau Langkawi.Bukit bukau dan gunung
ganang di sekeliling tasik tersebut kelihatanseolah-olah sepeti tubuh seorang wanita hamil yang
sedang berbaring (boleh anda perhatikan melalui island hopping)Tasik dan pulau ini mendapat
nama dari kisah dongeng masa lalu .Lagenda ini bermula dengan percintaan puteri
kayanganyang mengahwini putera bumi .Anak sulong puteri tersebut mati apabila di
lahirkan.Maka dengan rasa sedih beliau telah mengebumikan mayat anaknya di tasik tersebut
.Sebelum pulang kekayangan ,beliau berdoa melalui saat itu ,setiap wanita yang tidak
mempunyai anak akan dikurniakan anak sekiranya mandi ditasik tersebut .
Taman Laut Pulau Payar Langkawi
Taman Laut Pulau Payar terletak dibahagian utara Selat Melaka,kira-kira 19 batu nautika ke
selatan Pulau Langkawi .Taman laut ini terdiri daripada Pulau Payar,Pulau Lembu,Pulau
Seganang dan Pulau Kaca yang dikelilingi oleh batu-batu karang ..Ianya juga dipenuhi dengan
pelbagai hidupan laut yang mempersonakan .Sesuai untuk aktiviti 'snorkling',menyelam dan
berenang .Ada beberapa pantai pasir yang sesuai untuk berkelah ,tempat untuk barbeku dan bilik
air di kawasan tertentu.Terdapat juga Kawasan Penerangan Pelawat yang menyediakan matlumat
mengenai aman laut ini .Pelawat boleh ke Pulau Payar dari jeti Kuah menggunakan katamaran
atau bot laju .Perjalan mengambil masa kira-kira 45minit.

Anda mungkin juga menyukai