Anda di halaman 1dari 50

STATISTICS IN EDUCATION

SGDP 5053

PERLAKSANAAN PBS : TINJAUAN


PENGETAHUAN DAN KESEDIAAN GURU,
PERSEPSI IBU BAPA DAN MURID SERTA
PEMBINAAN ITEM TERHADAP MATA
PELAJARAN MATEMATIK TINGKATAN 2
PENSYARAH : P.M. DR. ARSAYTHAMBY VELOO
PENGKAJI :
MOHAMAD SHARIL BIN SAIDEN (811462)
IKWAN HOSNI BIN ALI (813581)
YASMIN BT HASHIM (812845)
ROSNI BT MD ZIN (811613)

BAB 1 : PENGENALAN
PBS ialah penambahbaikan keberhasilan sistem pendidikan negara untuk
memenuhi keperluan pendidikan masa kini.
Tan Sri Abd. Ghafar b. Mahmud, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia,
Kementerian akan memastikan pentaksiran secara holistik dilaksanakan
melalui Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bagi meransang dan
melestarikan usaha transformasi sistem pendidikan Malaysia.
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) ialah satu kaedah pentaksiran yang
direka oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) dirancang, ditadbir,
diskor dan dilaporkan oleh sekolah. LPM menyediakan instrumen yang
merangkumi piawai, kriteria, panduan dan penguasaan pengetahuan,
kemahiran dan nilai berbanding kriteria yang ditetapkan pada subjek yang
dinilai.
PBS dapat memberikan pentaksiran menyeluruh terhadap keseluruhan
pencapaian pelajar.

Pernyataan Masalah
PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai
aspek kognitif , afektif dan psikomotor selaras dengan FPK dan KSSM. PBS
mentaksir bidang akademik dan bukan akademik. Satu bentuk pentaksiran
yang dilaksanakan di sekolah secara terancang mengikut prosedur yang
ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan.
Aspek pengetahuan guru :
Lembaga Peperiksaan (2012), guru juga kurang memahami mengenai cara melaksanakan
pentaksiran seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran (pentaksiran formatif).
Hal ini demikian kerana, kesukaran guru membina instrumen pentaksiran yang pelbagai
bentuk kerana masih terikat dengan fahaman dan kebiasaan menilai pencapaian murid
menggunakan ujian berbentuk kertas dan pensel.

Sambungan

Aspek kesediaan guru :


Badrul Hisham (1998) dalam kajiannya mengenai tahap kesediaan guru dalam pengajaran dan
pembelajaran matematik berbantukan komputer di sekolah menengah mendapati sebilangan
besar guru matematik kurang didedahkan dengan penggunaan komputer tetapi mereka
bersikap positif dan bersedia menggunakan komputer dalam membantu tugas mereka. Kajian
ini menunjukkan tahap kesediaan guru masih belum mencapai apa yang diharapkan ke arah
membentuk masyarakat yang saintifik kerana kekurangan pemahaman dan kemahiran untuk
melaksanakan pengajaran tersebut.

Persepsi pelajar :
Laporan Analisa Peperiksaan PMR dari Lembaga Peperiksaan Malaysia (2012) melaporkan
bahawa analisa peperiksaan PMR bagi tahun 2007 dan 2008 menunjukkan pelajar-pelajar
bertanggapan negatif terhadap PBS.

Persepsi ibu bapa:


Menurut Salmiah et al. (2011) menjelaskan bahawa ibu bapa mempunyai kepercayaan yang
rendah terhadap Pentaksiran Berasaskan Sekolah dan lebih mempercayai peperiksaan
berpusat.

Objektif Kajian
Antara objektif kajian yang telah dijalankan ialah untuk :1. Mengenal pasti tahap pengetahuan dan kesediaan guru
Matematik Tingkatan 2 terhadap Pentaksiran Berasaskan
Sekolah (PBS).
2. Mengenal pasti persepsi pelajar dan ibu bapa terhadap
perlaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).
3. Mengenal pasti item yang dibina oleh guru menepati
standard prestasi mengikut evidens.

Soalan Kajian
Persoalan kajian ini adalah :1. Apakah tahap pengetahuan dan kesediaan guru
Matematik Tingkatan 2 terhadap Pentaksiran Berasaskan
Sekolah (PBS)?

2. Apakah persepsi pelajar dan ibu bapa terhadap


perlaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)?
3. Adakah item yang dibina oleh guru menepati standard
prestasi mengikut evidens?

BAB 2 : TINJAUAN LITERATUR


Kronologi perlaksanaan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah
bermula pada tahun 2005 di persidangan APEC International
Colloquium on Educational Assessment : East Meets West yang
mana dalam resolusinya menyatakan tentang perlu adanya
keseimbangan pentaksiran yang dilakukan oleh pusat dan juga
pentaksiran yang dilakukan oleh sekolah.

Bermula pada detik itu perbincangan demi perbincangan dilakukan


sehinggalah pada tahun pada 1 Januari 2011, Pentaksiran
Berasaskan Sekolah dilaksanakan secara rasminya.

Apabila sistem ini dilaksanakan, maka guru mata pelajaran diberi


kuasa sepenuhnya dalam melaksanakannya di peringat sekolah
dengan mengikut prosedur yang telah ditetapkan bermula dari
memilih standard kurikulum yang perlu diajar, merancang
pengajaran dan pembelajaran serta kaedah pentaksiran.

2.1

Pengetahuan Guru Terhadap PBS

Dalam kajian Sanitah dan Norsiwati (2012), mereka cuba mengenalpasti


samada terdapat hubungan yang signifikan kesediaan guru Matematik
Tahun 1 dari aspek sikap, minat dan penguasaan kemahiran dengan
pengalaman mengajar dalam melaksanakan Kurikulum Standard Sekolah
Rendah.
Ismadiah Binti Omar, (2012) dalam hasil dapatan kajian beliau mendapati
faktor kehadiran ke kursus pentaksiran dan pengalaman mengajar guru
mempengaruhi tahap kefahaman guru terhadap matlamat dan prosedur
pelaksanaan PBS di sekolah
Walaupun pada keseluruhannya menunjukkan tahap kefahaman guru-guru
terhadap matlamat dan prosedur pelaksanaan PBS adalah berada pada
tahap yang tinggi, namun demikian tahap pelaksanaan PBS dalam
kalangan guru-guru di sekolah masih berada pada tahap yang sederhana.
Oleh itu bagi memastikan kualiti pelaksanaan PBS di peringat sekolah,
mekanisme penyelarasan dan pemantauan perlu dilaksanakan.

Sambungan
Melalui Surat Pekeliling Lembaga Peperiksaan Bilangan 2 Tahun
2011 memaklumkan tentang penambahbaikan sistem pentaksiran
kebangsaan bagi Penilaian Menengah Rendah (PMR) mulai Tahun
2012 di semua kerajaan dan bantuan kerajaan bermula dengan
murid tingkatan 1
Menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan (2012) dalam akhbar
Utusan Melayu, guru juga kurang memahami mengenai cara
melaksanakan pentaksiran seiring dengan proses pengajaran dan
pembelajaran (pentaksiran formatif). Hal ini demikian kerana,
kesukaran guru membina instrumen pentaksiran yang pelbagai
bentuk kerana masih terikat dengan fahaman dan kebiasaan menilai
pencapaian murid menggunakan ujian berbentuk kertas dan pensel.

2.2

Kesediaan Guru Matematik Terhadap PBS

Kajian-kajian terhadap kesediaan guru untuk


melaksanakan sesuatu program pendidikan telah banyak
dijalankan di dalam dan luar negara.
Nixon (1974) dan Fraser (1982) dipetik daripada
Saharudin (1996) mendapati guru-guru yang
berpengetahuan menunjukkan kesediaan yang tinggi
berasaskan pencapaiannya dan kejayaan sesuatu
pengajaran bergantung kepada kemahiran serta
kebolehan guru menguasai pengetahuan untuk
menerangkan dengan jelas dan dapat difahami.

Sambungan
Guru merupakan golongan yang berada di barisan hadapan
dalam mentrasmisikan ilmu pengetahuan, kemahiran dan
nilai-nilai kepada generasi baru. (Amir Hassan Dawi, 2006).

Sanitah dan Norsiwati (2012) mendapati semakin lama


seseorang guru mengajar tahun satu maka akan menimbulkan
minat yang mendalam untuk menyampaikan ilmu. Ini jelas
menunjukkan bahawa kesediaan minat dan sikap yang positif
guru guru yang mengajar Matematik Tahun Satu akan
memberikan impak yang berkesan dalam pelaksanaan KSSR.

Sambungan

Menurut Abd. Rahim (2000), guru tidak mampu bertahan


lama sekiranya pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki
berada pada tahap yang sedia ada, kepekaan guru
mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran dari semasa
ke semasa mengikut perubahan yang berlaku seharusnya
timbul di dalam diri sebagai seorang pendidik

2.3

Persepsi Ibu bapa Terhadap PBS

Menurut Datuk Mohd. Ghazali Abd. Rahman (2012) dalam


akhbar Utusan Melayu menyatakan bahawa para ibu bapa
perlu diberikan pemahaman yang jelas mengenai
perlaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) agar tidak
timbul kecelaruan dengan membuat tanggapan yang negatif
terhadap sistem pembelajaran yang baharu itu.
sekiranya ibu bapa faham tentang sistem ini maka mereka
akan memberikan reaksi yang positif dengan perlaksanaan
konsep pembelajaran yang baharu (PBS) yang lebih
menyeronokkan serta bersesuaian dengan keperluan
pendidikan semasa.

Sambungan
Ibu bapa menyuarakan pandangan bahawa
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) tidak mesra
pengguna. Mereka tidak dapat memantau pelaporan
prestasi murid-murid secara kumulatif (Berita Harian,
2013).

Menurut Salmiah et al. (2011) menjelaskan bahawa


ibu bapa mempunyai kepercayaan yang rendah
terhadap Pentaksiran Berasaskan Sekolah dan lebih
mempercayai peperiksaan berpusat.

2.4

Persepsi Pelajar Terhadap PBS

Menurut Naimah (2011) menyatakan bahawa perlaksanaan PBS,


pentaksiran formatif atau assessment for learning diberi penekanan
utama untuk meningkatkan lagi pembelajaran murid dengan
harapan dapat membina potensi secara lebih menyeluruh.
PBS ini dijalankan secara berterusan, diintergrasikan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran dengan tujuan agar aspek
pengukuran murid juga lebih bersifat menyeluruh.

Penggunaan teknik pentaksiran formatif yang tepat adalah penting


kerana ia membantu para pelajar menguasai apa yang telah diajar,
memberi peluang kepada mereka berkomunikasi, mempamerkan
kefahaman serta memenuhi keperluan pelajar untuk meningkatkan
pembelajaran mereka (Black & William, 1998).

Sambungan
Mohd Asrun (2013), dalam Akhbar Utusan Melayu
menyatakan bahawa PBS merangkumi dimensi intelek,
emosi, fizikal setiap murid serta menekankan aplikasi
pengetahuan serta perkembangan pemikiran kritis,
kreatif dan inovatif selain memberi peluang kepada
murid-murid melibatkan diri dalam aktiviti sukan dan
kurikulum.
Laporan Analisa Peperiksaan PMR dari Lembaga
Peperiksaan Malaysia (2012) melaporkan bahawa analisa
peperiksaan PMR bagi tahun 2007 dan 2008
menunjukkan pelajar-pelajar bertanggapan negatif
terhadap PBS.

2.5

Pembinaan Item Soalan PBS

Menurut Shamsiah et al. (2007) soalan yang dibina hendaklah


mencapai objektif mata pelajaran iaitu dapat memproses maklumat
secara kritis daripada pelbagai sumber yang didengar, dibaca dan
ditonton untuk memperolehi ilmu dan maklumat.
Pembinaan item perlu merujuk kepada evidens murid dan evidens
bahan. Evidens murid merujuk kepada keupayaan sebenar murid
tentang apa yang dia tahu dan boleh buat secara lisan atau
perlakuan.
Evidens bahan pula merujuk kepada apa-apa bukti produk atau
proses seperti foto, grafik, artifak, laporan dan lain-lain yang
dihasilkan dalam melaksanakan sesuatu tugasan (Lembaga
Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia, 2011).

Sambungan

Dokumen Standard Prestasi, Matematik Tingkatan 2


(2013) instrumen soalan digunakan untuk menguji
penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu
domain, seperti ujian bertulis, ujian secara lisan,
demonstrasi dan ujian amali.

BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN


Subjek Kajian
Bilangan responden - 12 orang :
4 orang guru Matematik
4 orang pelajar tingkatan 2
4 orang ibu bapa
Bilangan sekolah - 4 buah :
3 buah dari Daerah Kota Setar
1 buah dari Daerah Kubang Pasu

Sambungan
Instrumen Kajian
i. Temu bual berstruktur
a. 10 soalan untuk guru Matematik tingkatan 2
(5 pengetahuan guru & 5 kesedian guru Matematik
tingkatan 2)

a. 5 soalan untuk ibu bapa pelajar tingkatan 2


b. 5 soalan untuk pelajar tingkatan 2

ii. Kaedah deskriptif

BAB 4 : DAPATAN KAJIAN


i.

Mengenal pasti tahap pengetahuan dan


kesediaan guru Matematik tingkatan 2 terhadap
PBS.
Pengetahuan
a. Tahu maksud PBS
b. Tahu tujuan PBS
c. Tahu siapakah yang patut terlibat dalam PBS.
d. Guru rasa terbeban
e. Dapat membezakan antara PBS dan PMR.
Kesimpulan : Guru mempunyai pengetahuan
tentang PBS

Sambungan
Kesediaan
a. Guru tahu mengendalikan PBS.
b. Guru sudah bersedia untuk melaksanakan
sistem PBS.
c. penilaian PBS berdasarkan evidens-evidens
d. kurang berkesan dan tidak boleh menilai
secara telus.
e. semua guru tidak mahu penilaian PBS
diteruskan sekiranya tidak ada
penambahbaikan.

Sambungan
ii. Mengenal pasti persepsi pelajar dan ibu bapa
terhadap pelaksanaan PBS.
Persepsi ibu bapa
a. Tahu takrifan PBS
b. Kurang setuju
c. Kebolehpercayaan terhadapa PBS rendah
d. Dapat boleh tingkat pengetahuan murid, bimbang
tentang cara penilaian guru
e. Kurang yakin dengan perkembangan anak-anak

Sambungan
Persepsi pelajar
a. Tahu makna PBS
b. Tidak seronok
c. aktiviti penyoalan, perbincangan, lisan dan
melaksanakan tugasan yang diberi.
d. band 3 hingga 5
e. Tidak setuju

Sambungan
iii. Mengenal pasti item yang dibina oleh guru
menepati standard prestasi mengikut evidens.
- Guru membina item menepati standard
prestasi sebagai mana garis panduan yang
ditetapkan. Kementerian Pelajaran Malaysia.
- Pemilihan item adalah amat bergantung
kepada guru sama ada sesuai untuk menguji
tahap pengetahuan dan kemahiran yang telah
diajar bagi subjek Matematik Tingkatan 2.

Sambungan
Band

band 1 : tahu - mengetahui perkara asas,


boleh melakukan kemahiran asas atau
memberi respons terhadap perkara yang
asas dalam Matematik.

Band 3 : Tahu, faham dan boleh buat iaitu pelajar boleh menggunakan
pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu
kemahiran pada suatu situasi dalam mata
pelajaran Matematik.

Band 5 : tahu, faham dan boleh buat


dengan beradab terpuji - iaitu pelajar
berkenaan dapat melaksanakan sesuatu
kemahiran pada situasi baru dengan
mengikut prosedur secara sistematik serta
tekal dan bersikap positif bagi subjek
Matematik.

Contoh

BAB 5 : PERBINCANGAN, CADANGAN


DAN RUMUSAN
Kajian dijalankan untuk mengenalpasti tahap pengetahuan
dan kesediaan guru, persepsi ibu bapa dan murid, ketepatan
item yang dibina guru menepati standard prestasi mengikut
evidens bagi mata pelajaran Matematik Tingkatan 2 terhadap
PBS.
Terdapat masalah dan kekurangan dalam sistem PBS.
Guru, ibu bapa, pelajar bertanggungjawab memastikan
penilaian PBS ini mencapai objektif dan sasaran iaitu
membentuk pelajar dari segi KAP (holistik).

PERBINCANGAN
1. Pengetahuan guru Matematik terhadap PBS.

Responden memahami maksud PBS dan perlaksanaannya (kursus,


seminar, taklimat).

Kursus/ Seminar/ Taklimat banyak membantu guru-guru dalam


proses melaksanakan PBS.

Mohd. Isha Awang (2011)responden yang pernah mengikuti kursus


berkaitan PBS adalah melebihi 64.6 %. Beliau turut mendapati guruguru mempunyai pengetahuan tentang elemen aspek penilaian kerja
kursus, proses menilai proses pelajar melaksanakan kerja kursus,
dapat membezakan dengan jelas tentang rujukan norma penilaian
rujukan kriteria.

Sambungan
Wujud permasalahan dari segi perlaksanaan PBS:
Bebanan yang terpaksa dipikul oleh para guru, tidak
dapat meningkatkan prestasi pelajar, tidak memberi
persaingan antara pelajar . Guru beremosi dan
bersikap tidak adil dalam menilai pelajar.
Aduan oleh ibu bapa secara atas talian 21 November
2012 menyatakan bahawa guru-guru bersikap tidak
adil dalam menilai pelajar dengan memberikan band
yang tinggi hanya kepada anak-anak guru sahaja yang
merupakan rakan mereka.
(http://www.aduanrakyat.com.my/segelintir-gurumenyalah-gunakan-sistem-band-di-sekolah).

Sambungan
Dari sudut positif perlaksanaan PBS terhadap
pengetahuan guru.
Meningkatkan profesionalisme dan menambah
pengetahuan baru tentang sistem penilaian PBS (gred
band).
Hasilnya : membantu para pelajar untuk mencapai markah
yang baik yang mana ia diukur dengan sistem band.
Menurut Magisos (1989), sebaik-baik guru adalah mereka
yang berpengetahuan tinggi, mahir dalam bidang teknikal
dan cekap menjalankan tugas sebagai seorang guru.
Kauchak dan Eggen (1989) juga berpendapat pengajaran
yang berkesan memerlukan kemahiran dan pengetahuan
yang luas terhadap mata pelajaran serta mempunyai
kefahaman terhadap aspek pembelajaran murid.

Sambungan

2. Kesediaan Guru Matematik terhadap PBS.


Guru-guru perlu bersedia menghadapi
perubahan sistem penilaian melalui PBS
khususnya bagi mata pelajaran Matematik
(membentuk para pelajar berpemikiran
Matematik).
Perlu bersedia secara spiritual dan mental
mentaksir para pelajar secara holistik dari aspek
KAP selaras dengan aspirasi Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK) dan Kurikulum Standard
Sekolah Menengah (KSSM).

Sambungan
Wujud permasalahan dari segi perlaksanaan PBS.
75% para guru kurang bersedia dengan PBS disebabkan
oleh kurang arif apabila menjalankan aktiviti, gerak kerja,
latihan, ujian berdasarkan standard prestasi (band),
bebanan menyediakan bahan rangsangan serta
mengumpul evidens untuk dimuatkan ke dalam FPM dan
kurang memahami secara terperinci implementasi PBS.
Menurut Badrul Hisham (1998) tahap kesediaan guru
masih belum mencapai apa yang diharapkan ke arah
membentuk masyarakat yang saintifik kerana kekurangan
pemahaman, kemahiran dan kesediaan untuk
melaksanakan pengajaran.

Sambungan
Dari sudut positif perlaksanaan PBS terhadap
kesediaan guru.
25% guru-guru berpandangan positif terhadap PBS dalam
meningkatkan prestasi para pelajar dari aspek KAP.

Nixon (1974) dan Fraser (1982) dipetik daripada Saharudin


(1996) mendapati guru-guru yang berpengetahuan
menunjukkan kesediaan yang tinggi berasaskan
pencapaiannya dan kejayaan sesuatu pengajaran
bergantung kepada kemahiran serta kebolehan guru
menguasai pengetahuan untuk menerangkan dengan jelas
dan dapat difahami.

Sambungan

3. Persepsi ibu bapa terhadap PBS bagi mata


pelajaran Matematik.
Ibu bapa kabur dengan perlaksanaan PBS.
Kurang diberi pendedahan tentang penilaian PBS
Kurang mempercayai keberhasilan pelajar yang dapat
mengikuti sistem PBS ini berbanding sistem terdahulu
iaitu peperiksaan secara berpusat.

Sambungan
Wujud permasalahan dari segi persepsi ibu bapa tentang
perlaksanaan PBS.
75% para ibu bapa kurang yakin dengan perkembangan
akademik anak-anak mereka melalui PBS.
Anak-anak mereka hanya menguasai kemahiran menyalin dan
menyiapkan tugasan dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Lambakan latihan, aktiviti dan gerak kerja yang tidak dapat
disiapkan di sekolah ataupun ketiadaan guru kerana terlibat
dengan kursus atau gerak kerja luar.
Ibu bapa juga tidak dapat menggredkan prestasi anak-anak
mereka seperti peperiksaan berpusat sebelum ini berbanding
sistem band yang dinilai dalam PBS.
Iklim pembelajaran seakan-akan berada di zon selesa.

Sambungan
Menurut Aini (2013) dalam Aduan Rakyat
menyatakan bahawa ujian berterusan
dilakukan di sekolah (PBS) tetapi
keputusannya tidak pernah diberitahu kepada
ibu bapa. Malahan kertas soalan juga tidak
pernah kami lihat. Kami juga ingin tahu
macam mana prestasi anak-anak supaya kami
dapat membantu mereka untuk menjadi
pelajar yang cemerlang.

Sambungan
Dari sudut positif persepsi ibu bapa terhadap perlaksanaan
PBS bagi mata pelajaran Matematik.
25% ibu bapa berpandangan positif terhadap PBS dalam usaha
meningkatkan prestasi para pelajar. Ini kerana PBS
mengamalkan konsep assessment for learning dan assessment
of learning berfokuskan kepada pencapaian akhir pembelajaran.
Menurut Datuk Mohd. Ghazali Abd. Rahman (2012) dalam
akhbar Utusan Melayu menyatakan bahawa para ibu bapa perlu
diberikan pemahaman yang jelas mengenai perlaksanaan
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) agar tidak timbul
kecelaruan dengan membuat tanggapan yang negatif terhadap
sistem pembelajaran yang baharu itu. Menurutnya lagi,
sekiranya ibu bapa faham tentang sistem ini maka mereka akan
memberikan reaksi yang positif dengan perlaksanaan konsep
pembelajaran yang baharu (PBS) yang lebih menyeronokkan
serta bersesuaian dengan keperluan pendidikan semasa.

Sambungan
3. Persepsi pelajar terhadap PBS bagi mata
pelajaran Matematik.
Para pelajar mengetahui tentang PBS.
Mentakrif PBS sebagai satu bentuk pentaksiran secara
holistik iaitu menilai aspek JERIS melalui pertumbuhan
serta perkembangan penguasaan kemahiran
berdasarkan standard prestasi (band).
Setiap pelajar akan cuba mendapatkan band yang
terbaik sepanjang mengikuti sesi pembelajaran (band
1 hingga band 6) sama ada melalui latihan, gerak
kerja, ujian dan sebagainya.

Sambungan
Wujud permasalahan dari segi persepsi pelajar
tentang perlaksanaan PBS.
75% responden tidak bersetuju dengan
perkembangan dan perlaksanaan PBS adalah
disebabkan mereka dibebani dengan pelbagai
tugasan harian yang perlu disiapkan setiap hari sama
ada di rumah atau di sekolah.
Merujuk Laporan Analisa Peperiksaan PMR dari
Lembaga Peperiksaan Malaysia (2012) melaporkan
bahawa analisa peperiksaan PMR bagi tahun 2007 dan
2008 menunjukkan pelajar-pelajar bertanggapan
negatif terhadap PBS.

Sambungan
Dari sudut positif persepsi pelajar terhadap perlaksanaan
PBS bagi mata pelajaran Matematik.
25% para pelajar berpandangan positif terhadap PBS kerana
dapat mewujudkan hubungan antara rakan-rakan dan guru-guru
akan menjadi lebih erat dalam melaksanakan tugasan dalam
situasi pembelajaran Matematik.
Dijalankan secara berterusan, diintergrasikan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran dengan tujuan agar aspek
pengukuran murid juga lebih bersifat menyeluruh.
(Black & William, 1998) Penggunaan teknik pentaksiran formatif
yang tepat adalah penting kerana ia membantu para pelajar
menguasai apa yang telah diajar, memberi peluang kepada
mereka berkomunikasi, mempamerkan kefahaman serta
memenuhi keperluan pelajar untuk meningkatkan pembelajaran
mereka.

Sambungan
5. Pembinaan item soalan PBS bagi mata pelajaran
Matematik.

Pembinaan item berpandukan kepada Dokumen Standard


Prestasi, di mana guru-guru diberi panduan mentaksir dan
melapor penguasaan murid mengikut tahap-tahap pencapaian
seperti yang dihasratkan dalam dokumen kurikulum. Dokumen
ini merangkumi band, pernyataan standard, deskriptor dan
evidens.
Merujuk kepada item soalan (topik 2- Kuasa dan Punca Kuasa)
gerak kerja yang dibuat oleh pelajar (band 1 hingga band 5)
jelas menunjukkan bahawa mereka telah menguasai
penyataan band iaitu tahu, faham dan boleh buat dengan
beradab terpuji dalam mata pelajaran Matematik yang
dijadikan evidens dalam Fail Perkembangan Murid (FPM).

Sambungan
Guru-guru membina soalan mengikut piawaian band yang digariskan oleh
KPM bagi subjek Matematik Tingkatan 2.
Melalui item soalan yang mengikut piawaian PBS, para pelajar dapat
meningkatkan pengetahuan dan kemahiran serta mampu melonjakkan
pencapaian band dari segi pembelajaran Matematik.
Bagi item band 6,rata-rata guru memberi maklumbalas bahawa topik yang
mempunyai band 6 belum lagi diajar kepada para pelajar. Juteru itu,
pengkaji tidak dapat mengumpul sebarang evidens bagi item band 6.
Penilaian standard dirujuk sebagai asas Penilaian Sekolah untuk
memastikan bahawa prestasi pelajar yang setanding dengan piawaian
dunia diterima dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan, kemahiran dan
kecekapan. Para pelajar dinilai secara adil dan wajar berdasarkan kepada
keupayaan individu , kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi individu
tanpa membandingkan dengan orang lain (New Straits Times, 2013).

CADANGAN
PBS adalah salah satu daripada usaha murni pihak Kementerian Pelajaran
Malaysia dalam usaha memartabatkan sistem pendidikan negara bertaraf
antarabangsa.
Kejayaan implementasinya akan meletakkan kualiti pendidikan negara dari
segi pencapaian Matematik dan Sains sepertiga di atas di peringkat dunia
(Trends in International Mathematics and Sciences Study;TIMSS dan
Programme for International Students Assessment;PISA) beraspirasikan
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 hingga 2025.
Naimah (2011) kejayaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah amat bergantung
kepada kerjasama dan komitmen yang berterusan daripada semua pihak.
Kerjasama dan komitmen ini amat diperlukan bagi mempertingkatkan
tahap perlaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah demi menjaga
integriti negara di mata dunia.

Sambungan

Antara cadangan yang bersesuaian untuk meningkatkan tahap pengetahuan


dan kesediaan guru, persepsi ibu bapa dan pelajar, memastikan ketepatan
item yang dibina menepati standard prestasi bagi mata pelajaran Matematik
terhadap Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) adalah dengan :a. KPM perlu menjalankan R&D dari semasa ke semasa untuk
meningkatkan kualiti pendidikan terutamanya PBS bagi subjek
Matematik. Portal atas talian dikemaskinikan agar mudah memasukkan
band kepada pelajar.
b. JPN dan PPD mengadakan pelbagai kursus, seminar dan taklimat
tentang PBS yang merupakan pentaksiran bersifat holistik (menilai
aspek kognitif, afektif dan psikomotor).
c. Media massa memberikan informasi terkini kepada masyarakat tentang
tranformasi dalam pendidikan (Penilaian PBS). BTPN berperanan
mengeluarkan risalah dan memberi pendedahan melalui media
pendidikan kepada guru dan pelajar.

Sambungan
d.

e.

f.
g.

Panitia Daerah berperanan menyelaras dan membina item-item soalan


yang mencapai standard dan spesifikasi mengikut piawaian yang
ditetapkan dalam PBS (band1 hingga band 6).
Guru-guru sewajarnya meluaskan pengetahuan dan bersedia menghadapi
perubahan sistem khususnya penilaian PBS. Para guru perlulah
menguasai isi kandungan, strategi pengajaran dan pembelajaran, kaedah
dan teknik, penilaian dan pentaksiran melalui sistem PBS ini agar usaha
melahirkan pelajar yang holistik dapat direalisasikan.
Ibu bapa perlu memahami secara mendalam tentang PBS dan memantau
latihan, aktiviti dan gerak kerja anak-anak mereka di rumah.
Para pelajar sewajarnya berfikiran positif , berupaya mengubah dan
mencapai potensi diri dari satu tahap ke satu tahap yang lebih cemerlang
menguasai pengetahuan dan kemahiran Matematik sehingga mencapai
standard prestasi yang tertinggi iaitu band 6.

RUMUSAN
PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai
aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah
(KSSM).
Proses penilaian PBS dijalankan secara formatif dan sumatif iaitu
mengamalkan konsep assessment for learning dan assessment of learning
ke arah meningkatkan pencapaian akademik para pelajar di akhir
pembelajaran.
Usaha penambahbaikan penilaian PBS dilakukan dari semasa ke semasa
oleh KPM ke arah meningkatkan kualiti dan mentranformasikan
pendidikan negara mulai tahun 2012 (Tingkatan 1) hingga 2014 (PMR)
selaras dengan mengimplementasi Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013 hingga 2025.

RUJUKAN
Abd. Rahim Abd. Rashid (2000). Wawasan dan Agenda Pendidikan. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distribution Sdn. Bhd.
Amir Hassan Dawi. (2006). Penteorian Sosiologi Dalam Pendidikan, Tanjung Media Quantum
Book. UPSI.
Black, P., William, D. (1998). Inside the black box : RaisingStandard Through Classroom
Assessment, London : School of Education, King Collage.
Badrul Hisham Hj Alang Osman. (1998). Kesediaan guru dalam pengajaran dan
pembelajaran Matematik berbantukan komputer (PPBK) di sekolah menengah.
(atas talian) http://motivasiutusan.4mg.com
Dokumen Standard Prestasi Matematik Tingkatan 2, Februari 2013, Kementerian Pelajaran
Malaysia.
Ismadiah Binti Omar, (2012). Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di
Sekolah-sekolah Kebangsaan Sekitar Gelang Patah , Johor. Projek Sarjana
Pendidikan (Pengukuran dan Penilaian), Universiti Teknologi Malaysia.

Sambungan
Kauchak, D. P., Eggen, P. D.(1989), Learning And Teaching, Massachussest : Ally & Bacon.
Laporan Analisa Peperiksaan PMR 2012 , Lembaga Peperiksaan Malaysia,
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Magisos, J., H. (1989). Vocational Teacher Education Principles, Practise, Problem an
Promising Direction, London : The Plamer Press.
Mohd. Isha Awang. (2011). Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah : Pengetahuan dan
Amalan Guru di Sekolah Menengah Agama Milik Kerajaan Negeri, Jurnal Pendidikan
Tinggi, Vol 1, No. 1(2011).
Naimah Ishak. (2011). School based assessment as transformation in educational
assessment. Vegnote dalam Interactional Seminar on Measuremant and Evaluation
(ICMEE 4) USM, Pulau Pinang, 9-12 Oktober.

Sambungan
Saharudin Suhadi. (1996). Kesediaan Guru-Guru Kemahiran Hidup Terhadap
Pengajaran Komponen Teras Kemahiran Hidup Di Sekolah-Sekolah Menengah
Negeri Selangor Darul Ehsan. Kertas Projek Sarjana Pendidikan. Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Salmiah S., Ramlah H., Abd. Rahim B. & Abdullah M.R. (2011). Keprihatinan Guru
Dalam Perlaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah : Perubahan Dalam
Penilaian Pendidikan. Prosiding Seminar Majlis Dekan-Dekan Pendidikan. 877888.
Sanitah Mohd Yusof., Norsiwati Ibrahim. (2012). Kesediaan Guru Matematik
Tahun Satu Dalam Pelaksanaan Kurrikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Di Daerah
Kluang. Journal of Science an Mathematics Education, 6, 26-38.
Shamsiah Sidek, Nurin Abdul Majid, Nelly Ezatul Fazlina Md Sah, Hamidah Mohamed, Mohd Noor
Hashim. (2007). The Role of TVET Teachers in School Based Assessment of Vocational
Electives Subjects At Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Onn, Batu Pahat. Jurnal
Pendidikan. 320(1) : 203-230.

Sambungan
http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20121022/pe_02/guru-perlu-fahamiPentaksiran-Berasaskan-Sekolah
http://www.bharian.com.my/2013-PBS-tidak-mesra-pengguna
http://www.aduanrakyat.com.my/sistem-kssr-menyusahkan

http://www.nst.com.my/opinion/letter-to-the-editor

Anda mungkin juga menyukai