Anda di halaman 1dari 3

Ciri-Ciri Guru

Saya membaca sebuah majalah tempatan dan terdapat beberapa panduan yang menarik perhatian
saya mengenai guru. bersama-sama ini saya ingin berkongsi dengan warga pendidik mengenai
panduan tersebut daripada majalah NUR keluaran Mei 2004.

Sebahagian bakal guru sedang mengikuti kuliah

CIRI-CIRI GURU IDAMAN (Dipetik dari Majalah NUR, Mei 2004, hal. 66 69, Pemikir Sdn.
Bhd., Karangkraf.)
1. Jadikan pelajar sebagai fokus, bukan anda sebagai fokus. 2. Kaji potensi pelajar. 3. Wujudkan
suasana selesa dan selamat. 4. Pancaran semangat guru. 5. Bersedia untuk mengajar. 6.
Perjelaskan sesuatu jika anda sukar untuk memudahkannya. 7. Belajar mengakui kelemahan
tanpa mengorbankan kredibiliti. 8. Mengajar dari hati. 9. Ulang fakta penting. 10. Guru yang
baik bertanya soalan yang baik. 11. Bukan pemberi maklumat semata-mata. 12. Berhenti
bercakap, jadi pendengar. 13. Belajar mendengar apa yang sepatutnya. 14. Biarkan pelajar
mengajar sesama sendiri. 15. Elak guna pendekatan yang sama kepada semua pelajar. 16. Jangan
sekalli-kali berhenti mengajar. 17. Mempunyai emosi yang stabil dan mental yang sihat. 18.
Mempunyai sifat kreatif, imaginasi dan berdaya saing. 19. Mempunyai suara dan tingkahlaku
yang beradab. 20. Menepati masa dan kebolehan mengurus. Manakala sifat-sifat terpuji yang
perlu dimiliki oleh seseorang guru adalah seperti beikut:
SIFAT-SIFAT GURU YANG TERPUJI
1. Zuhud mengajar bukan kerana balasan kebendaan atau penghormatan, tetapi mencari
keredhaan Allah. 2. Kebersihan diri bersih jiwa dan diri dari kekotoran syarak dan adat dan
berperibadi tinggi, tidak bersifat angkuh, riak, hasad, pemarah dll. 3. Ada kehebatan dan
kehormatan diri mempunyai sifat rendah diri, pandai melayani hati orang lain dalam pergaulan.
4. Bersifat kebapaan atau keibuan. 5. Memahami tabiat murid. 6. Bersifat cemerlang. 7. Tegas
tetapi dihormati dan adil.
Imam Al-Ghazali telah menggariskan beberapa ciri guru yang efektif atau berkesan bagi
melahirkan seorang insan guru yang ideal. Sebenarnya banyak ciri-ciri guru yang terbaik telah
pun diamalkan oleh Rasullullah SAW. Apa yang dipaparkan di sini hanyalah sebahagian
daripada ciri-ciri yang dimiliki dan diamalkan oleh Beliau.

Aktiviti jualan sempena hari kantin yang dijalankan untuk memupuk nilai keusahawanan dalam kalangan murid
sekolah.

GURU YANG EFEKTIF MENGIKUT IMAM AL-GHAZALI


1. Mempunyai rasa simpati kepada murid dan menganggap serta melayani mereka sebagai anak
sendiri. 2. Mengikuti tingkahlakku dan sunnah Nabi Muhammad SAW dan tidak meminta
imbuhan atas perkhidmatan yang diberinya. 3. Tidak menasihati atau membenarkan muridnya
melaksanakan sesuatu tugas kecuali dia (guru) benar-benar terlatih dan berpengetahuan tentang
perkara tersebut. 4. Menasihati murid-muridnya supaya meninggalkan kelakuan buruk secara
lembut, bukannya dengan memarahi mereka. 5. Tidak sekali-kali merendah-rendahkan disiplin
ilmu yang lain di hadapan murid-muridnya. 6. Hadkan pembelajaran bersesuaian dengan tahap
pemahaman murid dan tidak sekali-kali memaksa mereka mencapai sesuatu diluar kemampuan.
7. Menyediakan bahan pembelajaran yang mudah difahami, jelas dan bersesuaian dengan tahap
perkembangan akal murid khususnya murid yang kurang pintar. Berikut adalah sifat-sifat guru
yang seharusnya kita hindari dalam tugas melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan
kepada kita. Sifat ini menyebabkan murid kita merasa bosan dan tidak bersemangat untuk
belajar. Kadang kala sifat buruk yang keterlaluan boleh menyebabkan murid mendendami kita.
Seseorang guru tidak harus mendendami murid walau pun mereka melakukan kesalahan.
Seseorang guru guru harus mempunyai sifat pemaaf sekiranya murid yang membuat kesalahan
datang memohon maaf.
SIFAT-SIFAT GURU YANG TIDAK BAIK
1. Garang, membebel, tidak pernah senium, suka memerli dan mudah hilang sabar. 2. Tidak
membantu kerja-kerja sekolah dan tidak menerangkan pelajaran dan tugasan dengan jelas serta
berkerja tanpa perancangan. 3. Berat sebelah, pilih kasih dan menyukai pelajar tertentu. 4.
Sombong, angkuh dan susah menerima pandangan orang lain. 5. Tiada pendirian, keras kepala,
tidak bertimbang rasa dan bersfat terlalu tegas. 6. Tidak memberikan perhatian terhadap perasaan
murid, memalukan murid di hadapan teman sekelas dan memanjangkan masa pembelajaran. 7.
Tidak adil dalam pemberian markah ujian dan peperiksaan. 8. Tidak berminat mengenali latar
belakang murid. 9. Pemberian tugasan dan kerja rumah tanpa sewajarnya. Semoga kita dapat
melaksanakan tugas harian dengan penuh rasa tanggung jawab, ikhlas dan amanah.
Selamat menjalankan tugas dan mendidik anak bangsa tercinta...
Posted by Deria at 5:46 PM

Guru yang dikenang dan dicintai muridnya, tentunya guru yang hebat. Menurut Joel, ada lima
ciri guru yang hebat, yaitu :
1.
2.

Inspired me and never let me settle for anything less than my best;
Compassionate, caring, made me feel important and welcomed, made a personal connection
with me ;
3. Were demanding, pushed me hard;
4. Had a great sense of humor;
5. Knowledge of the subject matter.

Anda mungkin juga menyukai