Anda di halaman 1dari 2

TEKS PENGACARA KOLOKIUM PENYELIDIKAN TINDAKAN

BAHASA MELAYU SEMESTER 8 AMBILAN JANUARI 2011


1 OKTOBER 2012 DAN 2 OKTOBER 2014
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.....

SALUTASI

P1

Yang dihormati,
........................... (Penilai 1)
.......................... (Penilai 2)
2. Pensyarah-pensyarah dari Jabatan Pengajian Melayu dan
jabatan-jabatan lain
3.Para Pembentang Penyelidikan Tindakan Bahasa Melayu
Semester 8.
Seterusnya,
Hadirin sekalian
Assalamualaikum dan salam ceria.
UCAPAN ALUAN PENGACARA MAJLIS
Hadirin sekalian,

P2

Pihak majlis mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan


kehadiran hadirin ke Seminar Penyelidikan Tindakan
Bahasa Melayu Semester 8 IPG Kampus Pendidikan Islam.
PERATURAN PEMBENTANGAN
Hadirin sekalian,

P3

Untuk makluman hadirin, setiap pembentangan akan


dilaksanakan selama 30 minit, iaitu 20 minit untuk membentang
dan 10 minit untuk sesi soal jawab, iaitu 1 soalan daripada
setiap penilai.
Loceng akan dibunyikan pada minit ke-15 sebanyak sekali, dan
pada minit ke 20, loceng akan dibunyikan sebanyak dua kali.
Manakala loceng akan dibunyikan sekali selepas tamat tempoh
10 minit sesi soal jawab.

PEMBENTANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN


Hadirin sekalian,

P4

Majlis akan diteruskan lagi dengan Pembentangan


Penyelidikan Tindakan oleh pelajar semester 8 Bahasa Melayu.
Untuk tidak melengahkan masa, majlis menjemput dan
mempersilakan pembentang (pertama ...............kedua...........
ketiga..........), dengan tajuk kajiannya ..................
(Rujuk Lampiran Senarai Nama Pembentang dan Tajuk)
Majlis mengucapkan terima kasih atas pembentangan sebentar
tadi.
PENUTUP
Hadirin sekalian,

P5

Dengan berakhirnya pembentangan sebentar tadi, maka


berakhirlah Kolokium Penyelidikan Tindakan Bahasa Melayu
pada hari ini. Majlis sekali lagi mengucapkan ribuan terima
kasih kepada semua pensyarah serta semua pelajar atas
kesudian hadir bagi menjayakan Kolokium Penyelidikan
Tindakan Bahasa Melayu pada hari ini.
Bagi pihak majlis, saya ingin memohon maaf sekiranya terdapat
kesilapan tutur kata atau bicara sepanjang pengendalian majlis
ini.
SEKIAN, ASSALAMUALAIKUM W.B.T.