Anda di halaman 1dari 15

LAPORAN AKTIVITI EXPERIENTIAL PEMBANGUNAN SAHSIAH

(KKD2063)

NAMA PELAJAR : MARJORIE SIDAM


NO. KAD PENGENALAN : 940831-12-5876
NO. KAD MATRIK : D20141066425
PROGRAM PENGAJIAN : AT03 IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN
SAINS SUKAN
FAKULTI : FAKULTI SAINS SUKAN DAN KEJURULATIHAN
TEMPAT : DEWAN SITC UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
TARIKH : 7-8 NOVEMBER 2014 (JUMAAT&SABTU)
NAMA PENSYARAH : DR.MUHAMMAD BAZLAN BIN MUSTAFA

1.0 PENGENALAN

Program Experiental adalah merupakan satu program yang dibina untuk


mewujudkan suasana pembelajaran pengalaman terus iaitu dengan lebih
ringkas disebut sebagai belajar dari pengalaman. Program pembelajaran
berasakan pengalaman ini direka dengan teliti

untuk membantu pelajar

memahami lebih banyak tentang diri mereka serta bekerja sebagai satu
pasukan. Selain memperbaiki keyakinan diri dan membina kepercayaan di
antara rakan sekumpulan, pelajar akan memperoleh kemahiran kepimpinan
serta kemahiran bekerja secara berpasukan.
Melalui program ini, terdapat banyak manfaat yang saya perolehi dan juga
kelemahan yang saya perlu atasi. Kelebihan dan manfaat yang saya perolehi
perlu diperkembangkan dan saya perlu mempunyai pelan tindakan untuk
mengatasi dan memperbaiki kelemahan yang telah saya kenal pasti. Program
ini memerlukan peserta untuk menjalankan tugasan dan aktiviti yang
membawa mereka melalui pelbagai tahap sehingga berjaya untuk berdikari.
Melalui program ini peserta lebih banyak tertedah kepada aktiviti berpasukan.
Oleh itu, program ini membolehkan peserta mendapat kemahiran-kemahiran
yang tertentu untuk berkerja secara berpasukan. Peserta juga berpeluang
untuk memperbaiki diri sendiri untuk menjadi seorang individu yang lebih baik
pada masa hadapan.

2.0 KEKUATAN DAN KELEMAHAN

Sebagai seorang mahasiswa, terdapat pelbagai halangan dan rintangan yang


boleh memesongkan matlamat sebenar untuk menjejakkan kaki ke UPSI. Pada
pendapat saya, melalui program ini, saya telah dapat mengenal pasti
kelemahan dan kekuatan diri saya sebagai seorang bakal guru. Berdasarkan
seluruh program yang telah dijalankan terdapat dua perkara yang dapat
diklasifikasikan iaitu kelemahan dan kelebihan diri.
Di antara kelemahan saya ialah, kurangnya tumpuan dan keseriusan dalam
ketika menjalankan aktiviti-aktiviti pembangunan sahsiah secara berkumpulan.
Semasa program ini, disebabkan semangat yang tidak berkobar-kobar ketika
menjalankan aktiviti saya hanya menjalankan aktiviti scara sambil lewa.
Disebabkan arahan dan sikap kepimpinan ketua kumpulan yang kurang jelas
dan tidak begitu memberansangkan terdapat segelintir anggota kumpulan
yang bersikap sambil lewa. Namun begitu, semasa melaksanakan aktviti
khidmat masyarakat semuanya memberikan kerjasama yang memuaskan.
Kesannya, kurangnya tumpuan memberi impak yang besar kepada penerimaan
seluruh imput program. Selain itu,antara kelemahan saya juga ialah semasa
fasilatotar berucap di hadapan saya akan mudah hilang fokus untuk
mendengar arahan daripada fasilatotar. Ini kerana gangguan daripada peserta
lain yang ramai dan suasana yang bising menyebabkan arahan daripada
fasilitator kurang jelas. Walau bagaimanapun ia dapat diperbaiki dengan
memberi tumpuan sepenuhnya kepada fasilaitator yang enyampaikan
maklumat. Semasa program ini juga saya seorang yang tidak menepati masa.
Malahan, bukan hanya saya seorang tetapi juga peserta lain. Aspek ketepatan
masa amat penting dalam diri seseorang bakal guru. Sikap ini perlu dibuang diri
2

kerana profession perguruan amat mementingkan ketepatan masa.Namun


begitu, kelemahan ini dapat diperbaiki sebelum saya melangkah ke

arah

kerjaya menjadi seorang guru yang berkualiti.


Dalam aspek kekuatan diri atau kelebihan diri pula ialah, saya seorang yang
berfikiran positif dan berkeyakinan tinggi. Sebagai contohnya, semasa
menjalankan aktiviti khidmat masyarakat, saya sentiasa berfikiran positif
walaupun terdapat kedai-kedai dan penghuni rumah yang menolak dan tidak
menerima kedatangan ikhlas dari kami. Saya berusaha untuk menolak fikiran
negatif dalam diri walaupun terpaksa berpenat lelah sepanjang perjalanan. Ini
kerana, sebagai seorang bakal guru, setiap tindakan perlu sentiasa positif dan
berkeyakinan agar menjadi contoh kepada para pelajar kelak.
Sepanjang program ini, saya seorang yang sentiasa mengeluarkan pendapat
atau idea-idea kepada kumpulan. Kelebihan yang ada pada diri saya ialah tidak
malu mengeluarkan pendapat. Aspek komunikasi amat dititikberatkan dalam
diri seorang guru. Komunikasi yang baik dan berkesan dapat membantu kita
untuk menyampaikan maklumat dengan jelas dan penerima mendapat
maklumat yang tepat dan jelas daripada kita. Keberanian diri untuk
berkomunikasi dengan orang ramai harus dipupuk agar kita mampu
bekomunikasi dengan baik.

3.0 REFLEKSI DIRI TERHADAP AKTIVITI PEMBELAJARAN EKSPERIENTAL

3.1 KESEDARAN KENDIRI


Selepas melalui program ini, saya telah mendapat banyak manfaat sepanjang
program ini dijalankan. Antaranya ialah :
1. Bersikap sabar
Semasa kami sedang membuat aktiviti khidmat masyarakat di sekitar Tanjong
Malim, kami menerangkan kami ialah pelajar dari UPSI dan ingin menjalankan
khidmat masyarakat untuk membantu anak-anak yatim. Namun begitu, amat
menyedihkan kerana kebanyakan mereka menolak kedatangan kami dan
memberi alasan bahawa tidak ada sebarang kerja yang perlu dilakukan. Namun
demikian, kami hanya mampu besabar dan berusaha mencari kerja lain yang
dapat memberikan sumbangan. Sikap sabar amat penting kerana setiap
tindakan perlu ada sikap kesabaran yang mampu membantu peserta untuk
berfikir secara rasional.
2. Meningkatkan semangat kerjasama pasukan

Selepas menjalani program ini, saya mendapati bahawa semangat kerjasama


amat penting dalam setiap pasukan. Saya menyedari bahawa program
experiential ini dapat menigkatkan kemahiran-kemahiran kerjasama dalam
pasukan. Program experiential ini banyak melibatkan aktiviti kerja dalam
berpasukan. Contohnya, aktivit khidmat masyarakat bergerak dalam satu
kumpulan dan aktiviti- aktiviti kecil yang dilaksanakan di dewan SITC juga
kebayakkannya memerlukan kerjasama daripada ahli kumpulan. Oleh itu,
dengan mengikuti program ini, saya dapat meningkatkan lagi tahap kerjasama

saya dalam pasukan. Kerjasama dalam pasukan amat penting untuk dipupuk
agar kerja atau tugasan dalam kumpulan dapat dilaksanakan dengan lancar.
3. Tumpuan
Semasa program ini dijalankan, saya tidak memberikan tumpuan sepenuhnya
dan mudah hilang focus menyebabkan saya tidak mendapat imput yang jelas.
Namun begitu, saya sedar bahawa tumpuan itu amat penting agar kita dapat
menerima maklumat dengan jelas dan mampu melaksankan tugasan yang
diberikan dengan sempurna.
4. Komunikasi
Komunikasi merupakan satu aspek yang penting dalam profession peguruan.
Setelah melalui program ini, saya telah dapat meruntuhkan sedikit ketakutan
saya untuk berkomunikasi dengan orang ramai. Saya mampu berkomunikasi
dengan baik dengan ahli kumpulan saya dan dapat memberikan idea dan
cadangan dalam melaksanakan sesuatu tugasan terutama sekali aktiviti
khidmat masyarakat di mana ia memerlukan keyakinan dan keberanian diri
untuk berkomunikasi dengan orang lain.

3.2 HUBUNGAN INTERPERSONAL DENGAN ORANG LAIN


Membina hubungan interpersonal adalah sesuatu yang diperlukan oleh naluri
manusia.

Perhubungan

interpersonal

adalah

penting

kerana

dapat

mewujudkan system sokongan moral dan material. Sudah menjadi sifat


manusia untuk hidup dalam kelompok sosial yang saling bantu membantu
antara satu sama lain. Melalui program ini, peserta dapat mewujudkan
hubungan interpersonal dengan rakan sepasukan, warga UPSI dan masyarakat
sekitar. Dalam program ini, peranan dan tanggungjawab peserta kepada
5

masyarakat ialah melakukan khidmat masyarakat dengan ikhlas agar mampu


meyumbang kepada rumah anak yatim dan yang memerlukan bantuan.
Selepas menyertai program ini saya mendapati bahawa sebagai bakal guru,
peranan dan tanggungjawab yang harus dipikul terhadap keperluan
masyarakat ialah, mendidik para pelajar supaya mereka menjadi generasi yang
berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, besemangat patriotisme dan
bertanggungjawab kepada diri, masyarakat dan negara. Melalui program ini
juga, peserta dapat merapatkan hubungan antara pelajar IPT dengan komuniti
setempat melalui penglibatan mereka dalam aktiviti kemasyarakatan.

3.3 MEMAHAMI TANGGUNGJAWAB MENOLONG


Manusia dan masyarakat merupakan entiti yang tidak sempurna. Apabila
manusia dan masyarakat tidak sempurna, perkara yang akan timbul ialah
masalah. Masyarakat hanya boleh meraih faedah dan potensi yang
sepenuhnya daripada individu sekirannya individu tersebut tidak dibelungi
dengan masalah seperti krisis peribadi, kemiskinan, pekerjaan, kesihatan dan
sebagainya. Oleh itu, tujuan menolong secara umumnya adalah untuk
memberi arahan dan motivasi untuk mengatasi masalah sosial/peribadi,
menyelesaikan konflik interpersonal, isu-isu yang mendadak dan keperluankeperluan manusia. Seandainya perkara-perkara tersebut dapat diatasi, maka
kualiti hidup akan meningkat dan ini merupakan salah satu matlamat
menolong. Matlamat menolong adalah untuk menggalak atau memulih
interaksi yang saling bermanfaat di antar individu dengan persekitarannya dan
hasilnya ,dapat mewujudkan perhubungan yang harmonis dan dapat
memperbaiki mutu kehidupan bagi semua.

Melalui program experiental, matlamat menolong adalah untuk menggalakan


hubungan interpersonal serta bekerja dengan orang lain. Niat yang baik dan
suci tidak cukup sekiranya kaedah yang tidak wajar digunakan. Prinsip
menolong ialah menolong dengan niat yang baik dan ikhlas tanpa
mempamerkan nilai yang tidak sewajarnya.

3.4 KECINTAAN TERHADAP PROFESSION PERGURUAN


Sesungguhnya guru memainkan peranan yang penting di dalam merealisasikan
aspirasi

negara

dan

mewujudkan

perpaduan

kaum.

Kejayaan

dan

keberkesanan pendidikan adalah berhubung rapat dengan kesedaran para


guru terhadap tanggungjawab, kelengkapan keilmuan dan keseluruhan
peribadi, adalah merupakan kriteria peribadi pendidik yang tidak boleh
dipisahkan, sebaliknya boleh dijadikan contoh yang berkesan. Sesungguhnya,
peranan guru dianggap sebagai angkubah terpenting dalam usaha seebuah
negara mencapai kecemerlangan pendidikannya. Profesion perguruan
merupakan profesion yang tertua di dunia dan kini memasuki satu lagi era
baharu. Peranan guru pada masa dahulu hanya tertumpu sebagai penyampai
ilmu berbanding system pemudah pedidikan kini, guru lebih banyak
berperanan sebagai pemudah cara pengetahuan dan peka dalam melahirkan
dan menggunakan situasi situasi pembelajarn yang cekap dan berkesan. Guru
merupakan ejen keberkesanan kepada pendidikan. Mereka berfungsi bukan
sahaja untuk memberi kesedaran kepada diri sendiri malah juga kepada
masyarakat.
Saya menyedari bahawa di akhir program ini, semangat saya untuk menjadi
seorang pendidik meningkat dan berkobar-kobar. Saya ingin menjadi seorang

pendidik yang dihormati dan disegani serta mengambil berat serta prihati kan
perihal anak-anak muridnya. Minat dan kecintaan terhadap profesion
perguruan semakin mendalam apabila pensyarah telah memaparkan filemfilem yang berunsur motivasi di mana ia memberi kesan yang sangat
mendalam terhadap diri saya. Dalam salah filem yang ditayangkan ialah,
seorang guru yang tidak pernah putus asa mambantu anak muridnya sehinnga
anak muridnya itu menjadi insan yang berjaya. Saya ingin menjadi seorang
pendidik yang berwibawa dan akan memantu generasi baru untuk mencapai
kejayaan dalam hidup mereka terutama sekali bagi pelajar yang hidup susah
dan ingin mengubah keadaan keluarganya.

3.5 PEMBINAAN KENDIRI


Selepas mengikutu program experiental Pembangunan Sahsiah, apa yang telah
saya dapat dalam program ini ialah, saya perlu meningkatkan kemahiran
komunikasi dalam diri saya agar mampu menjadi pendidik yang berwibawa.
Dan aspek yang paling penting ialah, kita haruslah menerapkan nilai-nilai murni
dalam diri. Penerapan nilai murni dalam diri termasuklah menanam kesedaran
,kesefahaman, keyakinan serta kesyukuran. Selain itu, amat penting untuk
membentuk sikap positif dan berguna kepada agama, bangsa serta
masyarakat. Selain itu, terbinanya semangat untuk menjadi seorang guru yang
berwibawa. Sikap cinta dan minat kepada profesion perguruan haruslah
dipupuk jika ingin menjadi pendidik yang berkualiti dan berwibawa.
Kelemahan diri seperti kurang menepati masa dan tidak memberi tumpuan
semasa program haruslah diperbaiki sebelum melangkah kearah kerjaya
sebagai seorang pendidik.

3.6 RUMUSAN
Di akhir program ini, saya telah memperolehi pengalaman yang baru dan
pengalaman yang tidak akan dilupakan terutamanya aktiviti khidmat
masyarakat. selain itu, program ini membantu saya menjadi insan yang
mempunyai

kesedaran

tinggi

terhadap

profesion

perguruan

dan

tanggungjawab untuk menjadi seorang pendidik yang mampu menyumbang


kepada kecemerlangan negara. Semangat saya untuk menjadi seorang
pendidik semakin meningkat dan sangat berkobar-kobar. Saya juga menyedari
bahawa kita perlu menghargai usaha ibu bapa kita sebagai pendorong utama
dalam kehidupan kita sehingga kita mampu menjejakkan kaki ke universiti.
Selepas menyertai program ini, saya bertekad akan memperbaiki diri saya agar
menjadi lebih baik di masa akan datang. Segala kelemahan saya akan
perbaikinya dari semasa ke semasa dan kelebihan yang ada pada diri saya akn
saya pertingkatkan lagi agar menjadi lebih baik daripada orang lain agar
mampu mencapai matlamat serta mampu menjadi insan yang berjaya.
Harapan saya ialah, saya ingin menjadi seorang pendidik yang berwibawa,
disegani, dihormati, disayangi oleh pelajar serta prihatin terhadap hal ehwal
pelajar dan berusaha membantu mereka yang memerlukan.

4.0 LAMPIRAN
Semasa Program

10

Perjalanan mencari lokasi khidmat masyarakat

11

Program Khidmat Masyarakat (membersihkan surau)

12

13

5.0 PENUTUP
Sepanjang program dijalankan semua pelajar dapat memberi kerjasama dalam
menjayakan program pembangunan sahsiah ini terutama sekali semasa aktiviti
khidmat masyarakat yang memerlukan setiap kumpulan dapat mengumpul
dana sebanyak RM100.00 atau lebih untuk disumbangkan kepada rumah anak
yatim dan yang memerlukan. Setiap kumpulan dikehendaki melakukan kerja
amal bagi mendapatkan sumbangan atau dana ikhlas daripada orang ramai.
Melalui aktiviti tersebut, para pelajar mendapat suatu pengalaman baru di
mana ia dapat memupuk sikap bekerjasama, komunikasi, kepimpinan dan yang
penting sekali ialah cara dan strategi untuk menyelesaikan sesuatu masalah
dan cara membuat keputusan.

DISEDIAKAN OLEH,

(MARJORIE SIDAM)
PELAJAR/PESERTA PROGRAM
PEMBANGUNAN SAHSIAH,
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS.

DISEMAK OLEH,
..
(DR.MUHAMMAD BAZLAN BIN MUSTAFA)
PENSYARAH PEMBANGUNAN SAHSIAH,
UNIVERSITI PENDIDIDKAN SULTAN IDRIS.

14