Anda di halaman 1dari 19

Pelbagai Kecerdasan Dan

Kemahiran Berfikir
1. Apakah Tujuan Unit Ini?
Dalam unit ini anda akan memahami lapan
kecerdasan dan kemahiran berfikir yang
perlu diperkembangkan di kalangan pelajar
anda dalam p&p untuk pembelajaran
masteri.
2. Mengapa Lapan Kecerdasan dan
Kemahiran Berfikir Perlu
Diperkembangkan?
1. Setiap pelajar mempunyai sekurangkurangnya tujuh kecerdasan yang
perlu diperkembangkan
2. Kemahiran berfikir adalah penting
kerana ia merupakan kemahiran
seumur hidup.
3. Untuk menguasai sesuatu yang
diajar, pelajar anda haruslah mahir
berfikir secara kritis dan kreatif,
membuat keputusan dan
menyelesaikan masalah.
3. Bagaimanakah Lapan Kecerdasan
Diperkembangkan?
1. Menurut Howard Gardner, seorang
mempunyai sekurang-kurangnya
lapan kecerdasan berikut:
Bahasa
Logik-matematik
Ruang (spatial)
Muzik
Kinestetik
Interpersonal
Intrapersonal
Naturalistik

1. Ciri-ciri setiap kecerdasan itu diberi

dalam Jadual 1.

2. Guru harus mengenal pasti pelajar


yang pintar cerdas atau berbakat
dan membantu mereka
memperkembangkan lagi dalam
kecerdasan itu dengan aktiviti
pengayaan.

3. Lapan kecerdasan tersebut tidak


diajar sebagai atu topik yang
berasingan tetapi dikembangkan
secara penyerapan semasa p&p.

Jadual 1: Ciri-ciri Lapan Kecerdasan


Kecerdasan

Cerdas dalam

Pekerjaan

Bahasa

Menulis karangan, sajak, puisi,


pnatun dan memberi ucapan

Penulis, penyajak,
penceramah

Logik
Matematik

Menaakul, kiraan, membuat


analisis

Saintis, jurutera,
akauntan

Ruang

Mencorak, melukis, mengukir

Pelukis, pengukur

Muzik

Mencipta lagu, menyanyi,


menikmati muzik, memain alat
muzik

Pencipta lagu,
penyanyi, pemain
alat muzik,
peminat muzik

Kinestetik

Gerakan, tarian, lakonan, sukan,


memain permainan

Atlit, pemain bola


sepak, peninju,
penari, pelakon

Interpersonal

Perhubungan manusia

Diplomat, ahli
politik, peniaga

Nilai murni, pendirian, falsafah

Pengarang,
penyajak, ahli
falsafah

Intrapersonal

Naturalistik

Mengecam sifat semula jadi,


memburu dan pertanian

Pemburu, petani,
ahli sains
semulajadi

4. Ini bermakna, selain daripada penguasaan isi


kandungan atau kemahiran dalam mata
pelajaran itu, guru harus juga
mengembangkan kelapan-lapan kecerdasan
tersebut di kalangan pelajar.
5. Misalnya, dalam mata pelajaran bahasa guru
harus:

Memberi tumpuan kepada perkembangan


kecerdasan bahasa seperti penulisan
karangan, sajak atau puisi, memberi
ucapan, dan perbahasan.
Kecerdasan interpersonal boleh juga
dikembangkan apabila pelajar anda
membuat pendirian atau pegangan atau
memberi pendapatnya.
Mengembangkan kecerdasan lain dengan
kaedah atau aktiviti berikut:
Pembelajaran koperatif:
mengembangkan kecerdasan
interpersonal
Lakonan, permainan, simulasi, dan main
peranan: mengembangkan kecerdasan
kinestetik, interpersonal, intrapersonal
dan mungkin ruang
Melukis, melakar, membuat gambar
rajah atau peta konsep: mengembangkan
kecerdasan ruang
Menyanyi lagu, menulis lirik atau seni
kata lagu: mengembangkan kecerdasan
muzik.

1.

Dalam mata pelajaran Sains, anda


harus:
1. Memberi tumpuan kepada
perkembangan kecerdasan
logik matematik seperti
kemahiran:

Menaakul secara logik


Membuat kiraan
Membuat analisis seperti membanding,
membeza, mengkelas, menilai, menyusun
atur, atau mentafsir
Membuat sistesis seperti membuat
inferens, kesimpulan, hipotesis, rumusan
Membuat keputusan
Menyelesaikan masalah
2. Mengembangkan kecerdasan
yang lain seperti bahasa,
ruang, kinestetik, muzik,
interpersonal dan
intrapersonal dengan aktiviti
yang sesuai seperti tersebut
di atas
3. Apakah Kemahiran Berfikir?
1. Kemahiran berfikir adalah
kemahiran intelek.
2. Terdapat beberapa istilah berikut
yang biasa digunakan untuk
mengkelaskan kemahiran berfikir:
1. Kemahiran berfikir aras
rendah dan aras tinggi:
1. Kemahiran berfikir
aras rendah tidak
memerlukan
pemikiran yang luas
dan mendalam.
Contoh: kemahiran
menghafal dan
mengingat kembali
fakta atau
maklumat.

2. Kemahiran berfikir
aras tinggi
memerlukan
pemikiran yang luas
dan mendalam.
Contoh: kemahiran
menjelaskan,
membuat analisis,
menilai, menjanakan
idea, membuat
keputusan,
menyelesaikan
masalah dan
merancang.
3. Perkataan
kemahrian berfikir
yang biasa digunakan
bermaksud
kemahiran berfikir
aras tinggi.
2. Kemahiran berfikir secara
kritis dan kreatif (KBKK):
1. KBKK adalah
kemahiran membuat
penilaian tentang
sesuatu data atau
maklumat dan
kemahiran ini
memerlukan
kemahiran membuat
analisis data atau
maklumat itu seperti
membanding,
membeza, menyusun
atur, mengkelas, dan
mengenal pasti
sebab dan akibat.
2. KBKK adalah
kemahiran
menjanakan idea
yang banyak,
pelbagai dan baru.
3. Kemahiran mereka
cipta dan membuat
inovasi boleh

dikelaskan di bawah
kemahiran berfikir
secara kreatif.
3. Pemikiran Vertical dan
Lateral:
1. Pemikiran vertical
bermakna pemikiran
secara logik dan
kritis.
Contoh: Ali cedera
di lututnya.
Basikalnya kemek.
Bagaimanakah
kecederaan itu boleh
berlaku?
2. Pemikiran lateral
bermakna
mengeluarkan idea
yang baru tanpa
berfikir secara
logik; pemikiran ini
merupakan pemikiran
secara kreatif.
Contoh: Bagaimanakah kita
boleh ukur tinggi sesuatu
pokok?
4. Pemikiran bertumpu dan
bercapah:
1. Dalam pemikiran
bertumpu, tumpuan
pemikiran diberi
dalam menganalisis
sesuatu data atau
maklumat. Contoh:
Ali deman. Dia tidur
di bilik darjah.
Mengapa Ali tidak
faham apa yang
cikgu mengajar?
2. Dalam pemikiran
bercapah, kita

hendak
mengeluarkan ideaidea yang banyak,
pelbagai dan baru.
Contoh: Apakah
kegunaan kotak
buangan?
3. Kemahiran berfikir berikut yang
tidak dikelaskan melalui mana-mana
istilah tersebut di atas harus
dikuasai oleh pelajar anda:
1. Membuat kaitan:
Pelajar anda harus boleh
mengaitkan dengan cepat
dan luas mengenai sesuatu.
Contoh: Apakah boleh
dikaitkan dengan BUKU?
2. Membanding dan membeza:
Pelajar anda harus boleh
membanding dan
membezakan dua atau lebih
benda, cerita, atau cara
dengan mengenal pasti ciriciri persamaan dan
perbezaan serta membuat
huraian atau kesimpulan.
Contoh: Banding dan
bezakan dua cerita: "Sang
Kancil dan Buaya" dengan
"Anjing dengan Bayangbayang".
3. Mengkelaskan:
1. Pelajar anda harus
boleh mengkelaskan
pelbagai benda,
cerita dan cara di
dalam kelas-kelas
yang sesuai.
2. Kemahiran ini
melibatkan
kemahiran

membanding dan
membezakanciricirinya serta
mengkelaskannya di
dalam kelas-kelas
yang sesuai. Contoh:
Kumpulkan yang
berikut ke dalam
kelas-kels yang
sesuai: buku, anjing,
pokok bunga raya,
harimau, Ahmah.
4. Menilai:
Pelajar anda harus boleh
menilai sesuatu benda,
tindakan, watak, cerita, atau
cara untuk menentukan sama
ada baik, menarik,
kelebihannya, akan berjaya,
atau kreatif. Contoh: Ali
terlupa bawa pensel ke
sekolah. Ahmad
meminjamkan penselnya
kepada Ali. Nilaikan
perbuatan Ali dan Ahmad.
5. Menyusun atur:
Pelajar anda harus boleh menyusun atur perkataan,
ayat, idea, tugas, tindakan, atau cara mengikut
sesuatu urutan, ploa, hierarki atau keutamaan yang
dikehendaki. Contoh: Susunkan tugas berikut
mengikut keutamaan:
1. Siram pokok bunga.
2. Baiki tayar basikal yang bocor.
3. Buat latihan matematik.
1.

Mengenal pasti pernyataan


benar dan palsu:

Pelajar harus boleh mengenal pasti


pernyataanbenar dan palsu dengan menggunakan
pengetahuannya atau dengan menaakul secara logik.

Contoh: Yang manakah pernyataan benar?


1. Matahari terbit di Barat.
2. Lembu makan rumput.
1.

Mengenal pasti pernyataan


berasaskan fakta dan
pendapat:
1. Pelajar harus boleh
mengenal pasti
pernyataan
berasaskan fakta
dan pendapat
2. Pernyataan
berasaskan fakta
senang dibuktikan
sama ada benar atau
salah
3. Pernyataan
berasaskan pendapat
adalah pandangan
seseorang dan
pernyataan itu susah
dibuktikan sama ada
benar atau salah.
Contoh: 1. Sekolah Ali
mendapat 75% kelulusan
dalam Peperiksaan PMR pada
tahun ini. (Pernyataan
berasaskan fakta; faktanya
ialah 75% kelulusan dalam
Peperiksaan PMR pada tahun
ini)
2. Pelajar akan belajar
dengan lebih berkesan
sekiranya mereka belajar
dengan muzik. (Pernyataan
berasaskan pendapat;
pendapat ialah sekiranya
mereka belajar dengan
muzik.)

2. Mengenal pasti pernyataan

berat sebelah:
Pelajar harus boleh mengenal pasti pernyataan yang
berat sebelah.
Contoh: Kenal pasti sama ada pernyataan berikut
adalah berat sebelah:
1.

Lebih daripada 90% pengguna


termasuk Awie menggunakan sabun
X berbanding dengan sabun Y.
2. Makanan kesihatan X mengandungi
lebih banyak Vitamin A tetapi
harganya lebih tinggi berbanding
dengan makanan kesihatan Y.
1.

Mengenal pasti sebab dan


menyatakan pelbagai sebab:
1. Pelajar harus boleh
mengenal pasti
sebab bagi sesuatu
tindakan atau
kejadian. Contoh:
Kenal pasti sebab
daripada dua
pernyataan berikut:
Ali terlanggar
kereta. Kakinya
patah.
2. Pelajar harus juga
boleh menyatakan
pelbagai sebab
mengapa sesuatu
tindakan atau
kejadian berlaku.
Contoh: Aminah
menangis. Mengapa?
2. Mengenal pasti akibat dan
meramal pelbagai akibat:
1. Pelajar harus boleh
mengenal pasti
akibat sesuatu
tindakan atau
kejadian. Contoh:
Kenal pasti akibat

daripada dua
pernyataan berikut:
Ali tidak membuat
kerja rumah yang
diberi oleh gurunya.
Bapa Ali
menasihatinya.
2. Pelajar anda harus
juga boleh meramal
pelbagai akibat bagi
sesuatu tindakan
atau kejadian.
Contoh: Ahmad
membandu
keretanya dengan
laju. Apakah yang
mungkin akan
terjadi?
3. Membuat inferens atau
kesimpulan awal:
Pelajar anda harus boleh
membuat generalisasi atau
hipotesis dengan
mendapatkan satu pola dan
membuat satu pernyataan
umum atau hipotesis.
Contoh: Aminah boleh
menjahit baju. Siti juga
boleh menjahit baju. Apakah
generalisasi atau pernyataan
umum yang boleh dibuat?
4. Mentafsir:
Pelajar harus boleh mentafsir perkataan, ayat,
gambar, atau graf. Contoh: Mentafsirkan ayat
berikut:
1. Orang itu panjang tangan.
2. Air tenang jangan disangka tiada
buaya.
1.

Mengenal pasti idea utama,


idea sokongan dan butir-

butir terperinci:
1. Pelajar harus boleh
mengenal pasti idea
utama, idea
sokongan dan butirbutir terperinci
untuk pemahaman
yang lebih jelas.
2. Idea utama dalam
sesuatu perenggan
menggambarkan isi
kandungan di dalam
perenggan itu.
3. Idea sokongan
menerangkan idea
utama.
4. Butir-butir
terperinci
menghuraikan
dengan lebih
mendalam tentang
idea utama atau idea
sokongan. Contoh:
Kenal pasti idea
utama, idea
sokongan dan butirbutir terperinci di
dalam maklumat
berikut: Ali suka
bermain bole sepak.
Dia bermain dengan
kawan-kawannya.
Mereka bermain di
padang kampung
mereka. Padang itu
kecil.
2. Merujus atau meringkas:
1. Pelajar harus boleh
merumus atau
meringkaskan
sesuatu maklumat.
2. Kemahiran merumus
melibatkan
kemahiran mengenal
pasti dan menyusun

idea utama dan idea


sokongan yang
penting dan
kemudian
menyatakannya
secara ringkas.
Contoh: Ringkaskan
perenggan yang
diberi di atas.
3. Membuat keputusan:
Pelajar anda harus boleh membuat keputusan
mengikut langkah-langkah berikut:
1. Janakan pelbagai pilihan.
2. Ramalkan akibat untuk sesuatu
pilihan.
3. Tentukan kriteria seperti
keselamatan, kos, masa, minat, atau
kriteria lain tuk membuat pilihan.
4. Pilih pilihan terbaik berasaskan
kriteria.
Contoh: Anda ingin membeli kasuk sukan. Apakah
yang harus diambilkira untuk memilih jenis kasut
sukan?
1.

1.

Menyelesaikan masalah:
1. Pelajar harus boleh
menyelesaikan dua
jenis masalah iaitu
yang memerlukan
idea baru dan
memerlukan analisis.
2. Pelajar boleh
menyelesaikan
masalah yang
memerlukan idea
baru dengan
mengikut langkah
berikut:

Janakan cara atau idea untuk


menyelesaikan masalah itu.
2. Pilih cara yang difikirkan baik.

3. Laksanakan cara yang telah dipilih


itu.
4. Nilai sama ada cara itu berkesan.
Contoh: Persatuan Pengakap bercadang
membersihkah satu kawasan pantai yang tercemar
tetapi menghadapi masalah kewangan. Bagaimanakah
persatuan itu boleh mendapat wang?
1.

1.
2.
3.
4.
5.

Pelajar boleh
menyelesaikan
masalah yang
memerlukan analisis
dengan mengikut
langkah berikut:

Tentukan faktor yang mungkin menyebabkan


masalah itu berlaku.
Janakan pelbagai cara untuk menyelesaikan
masalah itu.
Pilih cara yang terbaik
Laksanakan cara yang telah dipilih itu.
Nilai sama ada cara itu berkesan.

Contoh: Kebanyakan pelajar di sekolah X lemah


dalam mata pelajaran Matematik. Bagaimanakah
masalah itu boleh diselesaikan?
4. Bagaimanakah Kemahiran Berfikir Boleh
Dikembangkan?
1. Guru harus mengembangkan
kemahiran berfikir tersebut di atas
dengan pendekatan penyerapan.
2. Dalam pendekatan penyerapan,
kemahiran berfikir yang ada kaitan
dengan isi kandungan mata pelajaran
dikembangkan.
3. Pelajar perlu juga tahu akan jenis
kemahiran berfikir yang digunakan
serta langkah-langkah dalam proses
berfikir.
4. Dalam perkembangan kemahian
berfikir, guru harus juga
menegaskan proses berfikir iaitu
langkah-langkah dalam kemahiran

berfikir itu.
5. Contoh: Dalam topik "Benda-benda
Hidup", mata pelajaran Sains
sekolah rendah, guru boleh
mengembankan kemahiran
membanding dan membeza sera
mengkelaskan benda hidup selain
daripada mengenal pasti pelbagai
benda hidup.
6. Dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu di sekolah rendah berhubung
dengan kemahiran membuat ayat
yang mudah, anda boleh
mengembangkan kemahiran
menyusun atur dengan memberi
perkataan dan meminta pelajar
menyusunnya untuk mendapatkan
ayat yang bermakna. Contoh: Susun
perkataan berikut supaya menjadi
ayat yang bermakna: Badminton
dengan bermain Ali kawan-kawannya
7. Apabila pelajar telah tahu tentang
setiap kemahiran berfikir tersebut
di atas, anda harus
memperkukuhkan penguasaannya
dengan menggunakan pelbagai
aktiviti.
8. Lihat contoh di bawah ini:
Ali dan Ahmad nampak seorang tua
sedang berdiri di tepi jalan. Orang
tua itu hendak melintas jalan tetapi
tidak berbuat demikian kerana rasa
takut dan kereta terlalu banyak.
Ahmad sendiri melintas jalan. Ali
membantu orang tua itu melintas
jalan.
1.

Guru boleh mengembankan


kemahiran berfikir aras
rendahdgn soalan berikut:
a.

Siapa yang nampak


orang tua di tepi
jalan?

b. Apakah yang hendak


dibuat oleh orang
tua itu?
c. Siapakah dibantu
oleh Ali untuk
melintas jalan?
2. Guru boleh
memperkembangkan
kemahian berfikir aras
tinggi dengan soalan atau
aktiviti berikut:
a.

Mengapakah orang
tua itu tidak
melintas jalan?
b. Apakah akan terjadi
sekiranya Ali tidak
membantu orang tua
itu?
c. Apakah pendapat
anda tentang
tindakan Ali dan
Ahmad?
d. Bandingkan watak
Ali dengan watak
Ahmad?
e. Bagaimanakah orang
tua itu boleh
melintas jalan
sekiranya tiada Ali?
f. Tuliskan sepucuk
surat kepada Majlis
Bandaraya untuk
memberi cadangan
bagi orang awam
melintas jalan yang
sesak.
g. Perbahasan: dua
kumpulan akan
bahaskan yang
berikut: "Kereta
persendirian harus
tidak dibenarkan
dibandar".

h. Projek: Buat satu


kajain tentang jalan
raya yang sangat
sesak dn
menyusahkan orang
awam melintas jalan
raya berhampiran
rumahanda.
i. Melukis jejantas
untuk orang tua
melintas jalan.
2. Aktiviti yang boleh
digunakan tuk
mengembangkan kemahiran
berfikir termasuk:
a.
b.
c.
d.
e.
f.
g.
h.

soal jawab
sumbang saran
permainan
pertandingan
kuiz
teka teki
perbahasan
projek:

mereka bentuk
mereka cipta
mengkaji
menyelidik
membuat eksperimen
menghasilkan sesuatu produk
menyelesaikan sesuatu masalah
1.

Aktiviti untuk mengembangkan


kemahiran berfikir yang tersebut di
atas boleh dilakukan secara kelas,
kumpulan atau perseorangan.

5. Rumusan
1. Dalam p&p untuk pembelajaran
masteri, guru harus megembangkan
lapan kecerdasan dan kbkk di
kalangan pelajar.

2. Lapan kecerdasan yang dikemukakan


oleh H. Gardner ialah bahasa, logikmatematik, ruang, muzik, kinestetik,
interpersonal, intrapersonal dan
naturalistik.
3. Anda harus tahu pelbagai istilah
yang digunakan untuk mengkelaskan
kemahiran berfikir seperti:
a.

Kemahiran berfikir aras


rendah dan tinggi
b. Kemahiran berfikir secara
kritis dan kreatif
c. Pemikiran vertical dan
lateral
d. Pemikiran bertumpu dan
bercapah

Kemahiran berfikir yang harus


dikuasi oleh pelajar adalah:
a.
b.
c.
d.
e.
f.

membuat kaitan
membanding dan membeza
mengkelaskan
menilai
menyusun atur
mengenal pasti pernyataan
benar atau salah
g. mengenal pasti pernyataan
berasaskan fakta dan
pendapat.
h. mengenal pasti pernyataan
berat sebelah
i. mengenal pasti sebab dan
menyatakan pelbagai sebab
j. mengenal pasti akibat dan
meramal pelbagai akibat
k. membuat inferens atau
kesimpulanan awal
l. membuat generalisasi atau
hipotesis
m. mentafsir
n. mengenal pasti idea utama,
idea sokongan dan butirbutir terperinci

o.
p.
q.

merumus atau meringkas


membuat keputusan
menyelesaikan masalah

5. Guru harus menggunakan pelbagai


aktiviti untuk mengembangkan lapan
kecerdasan dan kemahiran berfikir
yang tersebut di atas.
6. Dalam perkembangan kemahiran
berfikir, guru harus memberi
penegasan terhadap proses berfikir.
Kembali ke Atas

http://www.teachersrock.net/masteri4.htm

Anda mungkin juga menyukai