Anda di halaman 1dari 4

Bil AGENDA

TEKS

1.

Nyanyian
Negaraku

Sidang Hadirin yang dihormati,


Marilah kita sama-sama berdiri dan seterusnya
menyayikan lagu Negaraku.

Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian itu tadi.


Hadirin dipersilakan duduk.

2.

Kata Alualuan
Pengacara
Majlis

Kompang Bergema Pusaka Bangsa


Dipalu oleh Si Anak Muda
Hadir Tuan Puan meriah suasana
Kami menyambut penuh gembira.
Bismilahhirahmanirahim...
Yang Berbahagia,
LAKSAMANA PERTAMA (B) DATO AB RAHMAN B. SALLEH
Yang Berusaha PN. NORZIHAN BT ATAN
Guru Besar SK Hj. Mohd Ariff, Pendang.
Yang Dihormati EN. ABD SAMAD BIN ABD HAKIM,
Naib Yang Dipertua PIBG SK Hj. Mohd Ariff.
Barisan Guru Penolong Kanan
Barisan Ahli Jawatankuasa PIBG
Barisan pendidik,
Seterusnya, Tuan-tuan, Puan-puan hadirin sekalian
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... dan selamat petang.
Alhamdulillah, bersyukur kita pada petang ini, dengan izin serta limpah
rahmat-Nya dapat kita berkumpul dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke38 tahun 2014.
Pihak majlis serta seluruh warga SK HJ. MOHD ARIFF, turut sama
merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh
hadirin dan hadirat khususnya kepada Yang Berbahagia LAKSAMANA
PERTAMA (B) DATO AB RAHMAN B. SALLEH kerana sudi
meluangkan masa bagi bersama-sama menjayakan Mesyuarat Agung
PIBG yang kita rencanakan pada hari ini.

3.

Bacaan Doa

Tetak buluh panjang sepuluh


Dijalin rotan buat pengikat
Angkat tangan jari sepuluh
Doa diminta biar selamat
Bagi memberkati majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan
dengan penuh ketakwaan untuk mengaminkan doa yang akan
disempurnakan oleh Ustaz Mohd Zaidi B Abu Bakar . Dengan segala
hormatnya dipersilakan.
.......................................
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Mohd Zaidi B. Abu
Bakar atas pimpinan bacaan doa itu tadi.
Hadirin yang dihormati sekalian.
Kecemerlangan dan kemenjadian anak-anak adalah aset yang amat
bernilai dalam sesebuah keluarga. Lantaran itu, permuafakan antara ibu
bapa dan guru adalah tunjang pemangkin kepada kejayaan dan
kecemerlangan sesebuah institusi pendidikan dalam usaha menjana
modal insan yang berdaya saing dalam melayari bahtera kehidupan
yang semakin mencabar ini.
Justeru, kerjasama dan komitmen yang dicurahkan oleh guru dan ibu
bapa, amat penting dalam usaha melahirkan murid yang
berketerampilan bukan sahaja dalam bidang akademik, kokurikulum,
bahkkan sahsia diri yang cemerlang.

4.

Ucapan Alualuan oleh


Guru Besar

Hadirin sekalian,
Seterusnya, majlis menjemput En. Abdul Samad Bin Abd Hakim, NYDP
PIBG SK Haji Mohd Ariff untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.
Dengan segala hormatnya, dipersilakan
.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Abdul Samad Bin Abd
Hakim atas ucapan alu-aluan itu tadi.

5.

Ucapan
Perasmian

Kini tibalah masa , untuk kita mendengar amanat dan ucapan yang akan
disampaikan oleh Yang Berbahagia LAKSAMANA PERTAMA(B) DATO
AB RAHMAN B. SALLEH dan seterusnya merasmikan Mesyuarat
Agung PIBG SK Hj Mohd Ariff kali ke 38 bagi tahun 2014.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
.
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima
kasih kepada YB LAKSAMANA PERTAMA(B) DATO AB RAHMAN B.
SALLEH atas ucapan dan perasmian itu tadi. Semoga segala amanat
dan ucapan YB itu tadi dapat kita hayati dan panduan untuk kebaikan
bersama.

.6

Majlis
Penyampaian
Cenderahati
AJK PIBG
sesi
2013/2014

Taman Lagun di tumbuh kelapa


Terbit bunga pokoknya mati
Budi tuan kami tak lupa
Sudah terpahat di dalam hati
Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderahati kepada AJK
PIBG sesi 2012/2014. Untuk itu, majlis menjemput YB LAKSAMANA
PERTAMA(B) DATO AB RAHMAN B. SALLEH, dengan diiringi EN.
ABD SAMAD BIN ABD HAKIM untuk menyampaikan cenderahati
tersebut.
Dipersilakan....
Tn. Hj. Adnan B Che Hassan - YDP
En. Abd Samad B Abd Hakim - NYDP
En. Amirolnizam B Amirnudin - JURUAUDIT
En. Ahmad Nazri B Ibrahim - AJK IBUBAPA
En. Ahmad Raji B Harun - AJK IBUBAPA
En. Mokhtar B Rasyid - AJK IBUBAPA
Pn. Robiah Bt Ishak - AJK IBUBAPA
Pn. Zaiton Bt Osman - AJK IBUBAPA
Majlis mengucapkan terima kasih kepada YB LAKSAMANA
PERTAMA(B) DATO AB RAHMAN B. SALLEH atas penyampaian
cenderahati itu tadi.
Sebagai tanda terima kasih dan kenang-kenangan, dipersilakan
EN. ABD SAMAD BIN ABD HAKIM untuk menyampaikan cenderahati
kepada YB LAKSAMANA PERTAMA(B) DATO AB RAHMAN B.
SALLEH
Terima kasih diucapkan kepada EN. ABD SAMAD BIN ABD HAKIM

8.

Majlis
Penutup

Dengan berakhirnya penyampaian cenderahati itu tadi, maka selesailah


sudah Majlis Perasmian Mesyuarat Agung SK Hj Mohd Ariff kali ke-38
bagi tahun 2014.
Dari mana asalnya, usah diusul
Molek budinya menambat hati
Dua tiga bicara salah tersasul
Jangan dibawa ke dalam hati.
Kami mewakili AJK PIBG dan SK Hj Mohd Ariff, merakamkan
penghargaan terima kasih kepada YB LAKSAMANA PERTAMA (B)
DATO AB RAHMAN B. SALLEH atas kesudian meluangkan masa pada
petang ini untuk merasmikan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-38. Tidak
dilupakan juga kepada ibu bapa, guru-guru dan Tuan-tuan dan Puanpuan sekalian.
Wabillahitaufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh..

Seterusnya, kami serahkan kepada EN. ABD SAMAD BIN ABD HAKIM
untuk meneruskan agenda Mesyuarat Agung PIBG SK Hj Mohd Ariff,
kali ke-38 bagi tahun 2014.

Anda mungkin juga menyukai