Karangan Pelajar 2012

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 14

SKRIP JAWAPAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM (SPM) TAHUN 2012

PELAJAR IZZAH MARDHIYA BTE MOHAMMAD ISA


Bahagian A (28/30 markah)
Pelajar luar bandar merupakan pelajar yang tinggal dan belajar di luar
bandar. Meskipun luar bandar sering dikaitkan dengan kekurangan kemudahan
yang membantutkan taraf hidup dan pendidikan masyarakat, namun isu itu
semakin jauh dipudarkan oleh kerajaan lantaran jumlah pelajar cemerlang yang
lahir dari luar bandar semakin memberangsangkan. Secara holistiknya, perkara ini
disunting oleh beberapa faktor yang dijana oleh komitmen masyarakat satu
Malaysia.
Statistik yang dikeluarkan marcapada ini menunjukkan bahawa hampir 95%
komitmen guru memainkan peranan penting dalam menjayakan usaha
melahirkan pelajar luar bandar yang cemerlang. Hal ini demikian kerana
komitmen ini mampu menyuntik semangat pelajar dalam mencemerlangkan
dirinya dalam konteks pendidikan. Hal ini bermakna, ilmu yang dicurahkan oleh
para guru akan mudah meresap dalam diri pelajar seterusnya membantu mereka
untuk terus aktif dalam sesi pembelajaran. Buktinya, institusi dan maktab
perguruan sendiri telah menekankan sikap dedikasi dan komitmen yang tinggi
dalam diri para guru untuk mewujudkan transformasi pendidikan yang drastik
secara psikologi.
Selain itu, kemudahan prasarana juga turut membantu melahirkan pelajar
cemerlang di luar bandar. Jelasnya pelajar yang semakin ghairah dengan
kemajuan teknologi darsawarsa ini memerlukan konteks reformasi kemudahan
infrastruktur di sekolah. Lantaran itu, usaha Kementerian Pelajaran Malaysia
untuk mewujudkan kemudahan pembelajaran dan infrastruktur di sekolah tidak
seperti melepaskan batuk di tangga. Hal ini demikian kerana perkara ini telah
memudahkan para pelajar untuk mengikuti sesi pembelajaran dengan selesa yang
meransang pemikiran mereka untuk menuntut ilmu dengan mudah. Oleh itu,
tidak mustahillah pelajar luar bandar semakin cemerlang dalam bidang
pendidikan.
HJH ELINA HMK2012-2013

Kendatipun begitu, keluarga juga perlu memainkan peranan penting


meskipun hanya mendokong peranan sebanyak hampir 80%. Hal ini dapat
dijelaskan apabila sokongan moral keluarga itu dapat merangsangkan minda
pelajar untuk berjaya secara istiqamah. Mereka akan mudah untuk menelaah
pelajaran tanpa sebarang tekanan dari keluarga. Ibu bapa juga malah
bertanggungjawab untuk menekankan aspek rohaniah untuk melahirkan anak
yang seimbang dengan kecemerlangannya, bak kata pepatah melentur buluh
biarlah dari rebungnya.
Di samping itu, kejayaan pelajar luar bandar juga turut dirangsang oleh
intelek pelajar itu sendiri. Hal ini demikian kerana pemikiran pelajar yang
futuristik akan menjadikan mereka fokus dalam sesi pembelajaran di sekolah.
Mereka yang ekstrovet terhadap pendidikan tidak mustahil untuk berdiri sama
tinggi dan duduk sama rendah dengan pelajar bandar. Tuntasnya, daya intelek
pelajar akan melahirkan ramai lagi pelajar luar bandar yang mapan dengan
kecemerlangan pendidikannya.
Konklusinya, semua pihak termasuk kerajaan perlulah bersatu secara luhur
bagi mewujudkan prakarsa dan mengembleng tenaga dalam melahirkan pelajar
luar bandar yang cemerlang. Sehubungan dengan itu, usaha-usaha ini juga
perlulah diimplimentasikan secara malar dan disunting dengan beberapa
perubahan khususnya bagi melahirkan pelajar yang berkualiti dan setanding
dengan kemajuan globalisasi.
(358 patah perkataan)

Bahagian B : Soalan 2 (95/100 markah)


Perkembangan bidang industri pada peringkat antarabangsa telah
melahirkan negara-negara yang pesat membangun dengan kemajuan ekonominya
yang semakin mantap. Siapa tidak menduga bahawa perkembangan ini juga turut
berdiri sama tinggi dengan perkembangan industri seni negara yang semakin hari
semakin panas dengan isu-isu yang menimbulkan kontroversi dalam kalangan
masyarakat. Industri seni yang semakin maju dengan aktiviti memperbanyakkan
program realiti di kaca televisyen telah mengubah siapa remaja hari ini. Hal ini

HJH ELINA HMK2012-2013

demikian kerana banyak kesan buruk yang memberi tempias kepada remaja dan
masyarakat satu Malaysia yang dikatakan kaya dengan nilai murni dan budi
bahasanya yang luhur.
Beberapa artikel yang wujud di internet, majalah dan helaian akhbar telah
memilih bahawa program realiti televisyen ini sebenarnya bersifat melekakan
para pelajar yang seharusnya fokus pada pembelajaran mereka. Hal ini demikian
kerana pembuangan masa jelas berlaku di situ. Masa yang sepatutnya digunakan
untuk menelaah dan mengulang kaji pelajaran telah disia-siakan begitu sahaja
lantaran diisi dengan menonton program realiti televisyen seperti Akademi
Fantasia, Mentor, Bintang RTM dan sebagainya. Masa yang terbazir bukan hanya
setengah mahupun sejam, malah menghampiri dua jam dan mungkin juga lebih.
Hal ini jelas menunjukkan bahawa program ini telah menjadikan para pelajar
semakin tersasar dengan garis panduan untuk menjadi seorang pelajar
cemerlang. Mereka sukar untuk fokus dan gagal memanfaatkan masa yang ada,
meskipun mereka tahu masa itu emas dan mensia-siakannya adalah satu perkara
yang merugikan.
Bukan itu sahaja, program realiti televisyen ini juga turut menggagalkan
hasrat beberapa buah sekolah untuk melahirkan pelajar yang seratus peratus
lulus dalam peperiksaan awam seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR),
Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan lain-lain.
Hal ini demikian kerana program realiti ini adalah bersifat bombastik dan langsung
tidak memberi manfaat kepada mereka, para pelajar. Ringkasnya, hal ini telah
menganggu konsentrasi para pelajar untuk memberikan perhatian penuh dalam
sesi pembelajaran di dalam kelas. Mereka memilih untuk bersembang dan
berborak kosong tentang program realiti televisyen semasa guru sedang mengajar
apatah lagi apabila guru tidak dapat masuk mengajar kerana menghadirkan diri ke
mesyuarat. Secara holistiknya, hal ini telah menjadikan pelajar jauh dari tugas
sebenar untuk belajar ke sekolah kerana konsentrasi dan perhatian penuh perlu
diberikan semasa sesi pembelajaran di dalam kelas dan aktiviti seperti mengulang
kaji pelajaran atau belajar secara berkumpulan perlu dilakukan semasa ketiadaan
guru di dalam kelas. Walau bagaimanapun, keadaan semakin berubah apabila
program realiti televisyen mula diperkenalkan oleh mata tabloid dan mendapat
HJH ELINA HMK2012-2013

perhatian para pelajar. Lantaran itu, kebanyakan sekolah di Malaysia sukar untuk
mencapai visi sekolah yang sebenar untuk melahirkan pelajar yang seratus
peratus lulus dalam peperiksaan awam.
Selain itu, program realiti televisyen ini juga turut menyebabkan berlakunya
kebejatan moral marcapada. Hal ini demikian kerana gaya penampilan dan fesyen
yang dikenakan mula digayakan oleh remaja, golongan dewasa mahupun warga
tua yang jelasnya menjolok mata dan tidak sesuai denga siapa kita sebenarnya.
Secara total, hal ini telah mendapat sambutan penuh dari golongan wanita yang
terkenal dengan sifat lemah lembutnya. Walau bagaimanapun, sifat lemah lembut
dan prasa warisan Melayu terakhir yang pernah wujud dalam diri wanita Melayu
semakin jauh ditinggalkan menjadi rekod baru dalam sejarah wanita Malaysia. Hal
ini demikian kerana budaya barat yang diperkenalkan melalui program realiti
televisyen itu telah mula diterapkan oleh gadis-gadis Melayu dengan pemakaian
yang kurang sopan, tutur bahasa yang kasar dan gaya penampilan yang tidak
sejajar dengan ciri-ciri kemelayuan seorang wanita. Lantaran itulah istilah
pakaian kurang kain mula diperkenalkan apabila pakaian yang menjolok mata itu
dijadikan perkara biasa oleh golongan wanita. Malang tidak berbau perkara
sebegini juga telah meningkatkan kes-kes rogol dan pembuangan bayi lantaran
pemakaian yang kurang kain cukup menghairahkan lelaki meskipun menjolok
mata. Secara tuntas, hal ini jelas mengundang kepada berlakunya kebejatan moral
masyarakat satu Malaysia. Ibarat jatuh ditimpa tangga Malaysia mengalami
perubahan yang drastik terhadap nilai moral yang membawa kepada kejadian
jenayah hanya dalam sekelip mata lantaran virus-virus program realiti televisyen
semakin menular secara global.
Di samping itu, program realiti televisyen juga turut memberi impak yang
besar terhadap pegangan agama masyarakat yang semakin goyah. Program realiti
ini sudah semestinya berada dalam lingkup hiburan yang bertujuan untuk
menghiburkan masyarakat semata-mata. Namun, menurut Islam program
sebegini perlu mempunyai batas yang jelas bagi mengelakkan masyarakat
semakin leka sehingga meninggalkan perkara wajib dan fardu seperti solat.
Lantaran itulah sesetengah ulama Islam telah memutuskan hukum mendengar
muzik adalah haram kerana melekakan umat semata-mata. Justifikasinya budaya
HJH ELINA HMK2012-2013

barat itu sendiri jelas mencabul kesucian agama Islam dalam menyeru golongan
wanita untuk menutup aurat dan menjaga batas pergaulan. Namun, program
realiti televisyen yang semakin sukar untuk ditapis telah membantutkan segalagalanya. Buktinya, program realiti Korea seperti K-Chart, Muzik Bank dan lainlain dalam istilah Korean Pop atau K-Pop yang juga disiarkan di Malaysia dan
beberapa negara Asia telah menimbulkan kontroversi dalam kalangan para ulama
dan umat Islam. Hal ini demikian kerana tarian yang digunakan oleh mereka
kadang kala membawa maksud tersirat bercanggah dengan Islam. Seni kata atau
lirik lagu mereka juga pernah disabitkan dengan usaha untuk memurtadkan umat
Islam dalam pemujaan syaitan, seperti lagu Lucifer yang dinyanyikan oleh
kumpulan K-Pop Shine. Kumpulan wanita yang tidak menutup aurat namun di
siarkan di kaca televisyen juga turut menyiarkan lelaki. Akibatnya hal ini akan
menyebabkan golongan lelaki semakin tercabar dan memiliki keimanan yang
semakin goyah.
Oleh yang demikian, pembangunan negara dalam merangka kejayaan
ekonomi dan industri seni muzik perlulah diseimbangkan bagi melahirkan pelajar
yang cemerlang, masyarakat yang saling hormat-menghormati dan warganegara
Islam yang berkualiti. Meskipun budaya barat semakin menular, namun pelbagai
usaha dan prakarsa perlulah digembleng bagi menjana sinergi transformasi satu
Malaysia. Konklusinya, program realiti televisyen perlulah menemui satu langkah
penyelesaian seperti mewujudkan program realiti yang memenuhi batas-batas
dalam agama kerana semua agama itu menyeru umatnya untuk melakukan
kebaikan. Justifikasinya, masyarakat satu Malaysia haruslah berganding bahu
kerana bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Bak kata pepatah, gunung sama di
daki lurah sama dituruni, hati kuman sama dicecah, hati gajah sama dilapah.

HJH ELINA HMK2012-2013

PELAJAR HERLINA BINTI MANSUR


Bahagian A (28/30 markah)
Darsawarsa ini sama ada kita sedar atau tidak sepanjang meniti jambatan
kemerdekaan yang telah dikecapi seabad yang lalu, pelbagai peningkatan yang
amat drastik telah dirasai oleh bumi bertuah kita. Jika dahulu, pencapaian para
pelajar khususnya dalam bidang akademik telah menyerlah di kawasan bandar
metropolitan, namun pada hari ini pencapaian akademik pelajar luar bandar telah
menunjukkan peningkatan yang positif. Oleh yang demikian timbul pula persoalan
apakah kontraduksi yang mempengaruhi deformasi ini?
Pro dan kontaranya hendaklah diperjelas agar negara kita mampu
berkembang dengan seimbang sama ada di Semenanjung Tanah Melayu, Sabah
dan Sarawak. Komitmen guru terhadap pencapaian akademik pelajar luar bandar
merupakan faktor perdana yang menyebabkan perkara ini terjadi. Kegigihan guruguru untuk mendidik anak bangsa menyebabkan golongan ini terus bekerja keras,
berhempas pulas untuk menyusun modus operandi yang lebih komprehensif dan
pragmatik dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Selain itu,
sesetengah guru juga sanggup mengorbankan masa dan tenaga mereka untuk
mengadakan kelas lanjutan khususnya bagi kelas-kelas peperiksaan.
Seterusnya, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) juga telah menaik taraf
sekolah-sekolah luar bandar dengan menaik taraf kemudahan prasarana kepada
para pelajar. Perkara ini jelas menunjukkan bahawa dengan adanya kemudahan
setiap sekolah seperti meja, kerusi, papan putih dan kemudahan yang lain mampu
mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih kondusif kepada para pelajar.
Suasana seperti ini mampu merangsang minda pelajar untuk belajar dengan lebih
tekun lagi. Akhirnya perkara ini menyumbang kepada peningkatan pencapaian
akademik mereka.
Sementelahan, keluarga para keluarga luar bandar juga memainkan
peranan mereka dengan lebih berdedikasi. Keluarga mana yang tidak hendak
melihat anaknya berjaya? Oleh yang demikian, keluarga yang menyedari
kepentingan ilmu sebagai penyuluh hidup akan sanggup bersengkang mata untuk
HJH ELINA HMK2012-2013

mendapatkan rezeki yang lebih bagi menampung perbelanjaan pendidikan anakanak mereka. Kini, sesetengah ibu bapa pelajar luar bandar telah mampu
membeli dan memperolehi bahan- bahan rujukan untuk kegunaan anak-anak
mereka melalui kedai-kedai buku yang berhampiran. Tuntasnya, peranan keluarga
juga menyumbang kepada peningkatan pencapaian akademik pelajar luar bandar.
Secara holistiknya, kesedaran daripada semua pihak hendaklah wujud
untuk melonjakkan lagi pencapaian akademik para pelajar kerana kata orang di
mana ada kemahuan di situ ada jalan. Oleh hal yang demikian kesedaran sahaja
sebenarnya tidak cukup, usaha yang berlipat ganda hendaklah diimplimentasikan
agar perubahan ini dapat dikekal dan ditingkatkan lagi, bak kata pepatah yang
bulat tidak datang bergolek yang pipih tidak datang melayang.

Bahagian B : Soalan 2 (94/100 markah)


Marcapada ini, sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap
empat penjuru dunia mengenai jaringan teknologi yang semakin canggih. Perkara
ini bukan sahaja berlaku di negara-negara barat seperti New Zealand, Iceland dan
Perancis malah di Malaysia perkara ini menjadi amat sinonim dalam kehidupan
rakyatnya yang berbilang kaum. Oleh yang demikian, wujudlah istilah baru seperti
dunia tanpa sempadan dan semuanya berada di hujung jari sahaja. Kebanyakan
orang hanya bijak memperkatakan kebaikan di sebalik semua kemudahan ini,
tetapi pernahkah mereka berfikir sejenak mengenai konsekvensi daripada
pencapaian tersebut? Oleh yang demikian, sebagai rakyat Malaysia yang
mempunyai fikiran yang lebih ekstrovet, mereka hendaklah menyelidik dan
mengetahui impak daripada pencapaian tersebut.
Program televisyen realiti dapat disiarkan di setiap kediaman rakyat
Malaysia yang mempunyai kemudahan elektrik dan televisyen disebabkan adanya
jaringan rangkaian televisyen. Sudah tidak dapat dinafikan lagi program-program
televisyen seperti Akademik Fantasia, Mentor dan Pilih Kasih telah mendapat
tempat dalam hati masyarakat tempatan. Kini, masyarakat lebih gemar
menghabiskan masa di rumah masing-masing dengan menonton programHJH ELINA HMK2012-2013

program televisyen yang disediakan oleh pihak pemaju berbanding dengan


berinteraksi antara masyarakat. Organisasi masyarakat yang lebih kompleks
seiring dengan pemodenan negara kita pada hari ini, telah menghapus sifat
tradisional yang luhur dan memaksa masyarakat menjadi lebih egolistik,
materialistik dan individualistik. Perkara ini bertepatan dengan peribahasa bagai
enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Tuntasnya, perpaduan
dan hubungan yang erat yang menjadi penyimpul ikatan tali kemerdekaan negara
kita semakin longgar.
Bertitik tolak daripada manifestasi itu, nilai-nilai satu Malaysia yang
diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato Sri Najib Tun Abdul Razak
juga amat sukar untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian masyarakat. Hal ini
demikian kerana, sifat nafsu-nafsi yang menebal dalam diri setiap lapisan
masyarakat menjadi kubu yang kukuh untuk menghalang mereka daripada
mengamalkan nilai-nilai tersebut. Masyarakat yang terdiri daripada rakyat
Malaysia kini tidak sedar akan kepentingan wawasan yang telah dilancarkan,
lantaran terlalu asyik menghabiskan masa bagi memenuhi hasrat hati untuk
menonton program televisyen realiti. Tegasnya, rakyat Malaysia hendaklah
disedarkan daripada lamunan seakan berada di alam fatamorgana kerana kata
orang ikut hati mati, ikut rasa binasa.
Sementelahan, kemelut ini juga telah membadai diri setiap generasi Y
(Youth) yang dikatakan akan menjadi pewaris untuk mengalas obligasi
pentadbiran negara kelak. Pemimpin Indonesia, Soekarno pernah berkata,
berikan saya 10 orang anak muda akanku gegarkan dunia ini, namun adakah kita
mampu berbuat demikian sekiranya generasi yang berada dalam kepompong
kemerdekaan ini tidak kuat dan akhirnya tewas disebabkan oleh program
televisyen realiti? Generasi yang merupakan pewaris masyarakat bangsa yang
tidak mempunyai pendirian yang kukuh seperti kiambang di air, akarnya tidak
tetap terikut-ikut dengan amalan hedonisma. Pada ironinya, program televisyen
realiti lebih bersifat hiburan dan tidak menekankan kepentingan ilmu
pengetahuan. Oleh sebab itu, program tersebut hanya menjadikan generasi muda
hari ini seperti tidak berguna dan tidak mempunyai swadaya dengan generasi di
negara lain.
HJH ELINA HMK2012-2013

Selain itu, program televisyen realiti kekadang mampu mempengaruhi


minda dan hawa nafsu masyarakat. Jika kita perhatikan kebanyakan artis-artis
yang terlibat dalam program tersebut memakai pakaian yang amat bertentangan
dengan budaya dan norma masyarakat timur. Sesetengah program memaparkan
bagaimana artis-artis perempuan terkinja-kinja menari di atas pentas untuk
menyampaikan lagu-lagu mereka. Hal ini akan memberi impak yang negatif
kepada masyarakat kita sendiri, perkara ini bertambah buruk lagi apabila
sesetengah anggota masyarakat kita cuba untuk meniru aksi dan penampilan diri
artis-artis tersebut. Sudah terang lagi bersuluh perkara ini jelas meningkatkan lagi
indeks kejadian jenayah dalam negara. Semuanya berpunca daripada iman
masyarakat yang hanya senipis kulit bawang yang mudah untuk dirosakkan oleh
faktor sekeliling.
Di samping itu, program tersebut juga mampu menyekat perkembangan
minda yang lebih kreatif dan inovatif lantaran minat masyarakat lebih tertumpu
kepada program hiburan berbanding dengan program yang berbentuk rencana.
Secara tidak langsung perkara ini melahirkan masyarakat seperti katak di bawah
tempurung. Masyarakat tidak bergerak seiring dengan perkembangan semasa
yang mampu menjadikan mereka sebagai masyarakat yang lebih berpengetahuan,
sebaliknya terus mundur ke belakang. Perkembangan minda yang terbantut
menyebabkan negara kita terus berada di bawah negara-negara lain dan tidak
mampu untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan pencapaian
yang telah mereka kecapi.
Secara holistiknya, jika kita ingin terbang bersama helang di udara kita tidak
sepatutnya terus mengais tanah bersama ayam di tanah sebaliknya harus
memikirkan dan mengeluarkan idea-idea yang bernas untuk mengatasi kekangan
tersebut. Malah, tindakan menopong dagu dan menuding jari ke arah pihak lain
tidak akan mampu menyelesaikan semua permasalahan yang kita hadapi. Oleh
yang demikian, kita sebagai masyarakat Malaysia hendaklah menjangkau sehabis
tangan dan menggembleng tenaga bersama untuk menyelesaikan masalah yang
menghantui minda dan fikiran pemimpin hari ini agar mampu membendung
semua konsekuensi daripada program televisyen realiti dan akhirnya membawa
negara kita ke arah mencapai Wawasan 2020 yang diperkenalkan oleh Tun Dr.
HJH ELINA HMK2012-2013

Mahathir pada 28 Februari lagi seiring dengan konsep satu Malaysia yang menjadi
nadi pentadbiran negara kita di bawah pimpinan Dato Sri Najib Tun Abdul Razak.

Bahagian A 27 markah
Sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan
pembangunan yang semakin gah di seantero dunia, masyarakat Malaysia semakin
hanyut dalam perkembangan teknologi dewasa ini. Tegasnya, jati diri bangsa
hendaklah diperkukuh dalam diri setiap lapisan masyarakat agar segala kekangan
yang mendatang dapat diselesaikan.
Bertitik tolak daripada manifestasi itu, isu penggunaan bahasa sms yang
menjadi gelombang perubahan dalam kalanagan pelajar hari ini mendapat
perhatian yang sangat serius daripada pelbagai pihak. Bahasa sms yang digunakan
oleh para pelajar seperti yg a amat mempengaruhi bahasa dalam penulisan
pelajar. Oleh itu, para guru hendaklah menggunakan prakarsa yang mampu
menambat hati pelajar untuk menggunakan bahasa yang sesuai ketika
menghantar sms.
Seterusnya, usaha yang berlipat ganda hendaklah diimplimentasikan oleh
ibu bapa bagi memastikan anak-anak mereka tidak terlalu fanatic dalam
menggunakan bahasa singkatan ketika bersms. Ibu bapa seharusnya

HJH ELINA HMK2012-2013

menunjukkan intiti mithali yang betul kepada anak-anak.sebagai analoginya, ibu


bapa hendaklah menggunakan bahasa yang standard ketika menghantar sms
kepada anak-anak. Secara tidak langsung, anak-anak akan terikut-ikut dengan
tindakan yang sedemikian.
Manakala dari prespektif lain, peranan rakan sebaya sebagai role model
terbaik amat diperlukan bagi membendung para pelajar terus dipengaruhi oleh
bahasa sms dalam penulisan mereka. Rakan sebaya hamper mempengaruhi
seluruh tindak-tanduk rakan di sekeliling mereka. Oleh itu, rakan yang baik sudah
pasti akan mengajak rakannya kea rah kebaikan dengan mengajak mereka
menggunakan bahasa standard ketika menghantar sms.
Sementelahan, kempen kesedaran juga harus dilakukan bagi
menyampaikan mesej kepada para pelajar bahawa penggunaan bahasa standard
adalah lebih baik daripada menggunakan bahasa singkatan dalam sms. Hal ini
demikian kerana penggunaan bahasa standard dalam sms mampu membantu
para pelajar untuk meningkatkan lagi kemahiran berbahasa dan dapat di
praktikkan dalam penulisan. Oleh itu, kerajaan haruslah mengadakan pelbagai
kempen kesedaran untuk tujuan ini.
Konklusinya, semua pihak hendaklah berganding bahu dan menggembleng
tenaga untuk memastikan perkara ini dapat di atasi dengan segera. Secara
langsung dapat menaikkan nama Negara di mata dunia kerana masyarakat yang
menghargai bahasa sebagai warisan bangsa dan kebudayaan negra.

Bahagian B, soalan 2 90 markah


HJH ELINA HMK2012-2013

Dalam menungkah arus pemodenan sudah terang lagi bersuluh


pembangunan Negara kita semakin pesat seperti cendawan tumbuh selepas
hujan. Maka sudah tentu pelbagai kemudahan telah disediakan oleh kerajaan bagi
memastikan rakyat Malaysia dapat menikmati keselesaan di samping menghirup
kemerdekaan. Namun penggunaan internet dan televisyen satelit sejak akhirakhir ini telah di salah gunakan oleh segelintir masyarakat khususnya golongan
remaja. Oleh yang demikian pelbagai impak negative akan tercetus sebagai
konsekuensi daripada pendedahan teknologi yang melampau marcapada ini.
Bertitik tolak daripada manifestasi itu, impak yang amat ketara dalam diri
remaja ialah keruntuhan sahsia diri generasi muda. Ibu bapa iaitu golongan yang
menjadi enjin penggerak utama kepada peningkatan remaja dewasa ini semakin
tergugat. Hal ini demikian kerana pendedahan teknologi yang begitu ekstrem
dalam diri anak-anak menyebabkan mereka sukar untuk dibentuk lagi. Oleh itu,
tindakan tegas daripada ibu bapa hendaklah diimplimentasikan sejak anak-anak
itu masih setahun jagung dan dara baru setampuk pinang lagi kerana kata orang
meluntur buluh biarlah dari rebungnya.
Seterusnya, kepintaran generasi pada hari ini juga bergerak seiring dengan
gelombang teknologi. Namun, orang bijaksana juga pernah berkata tidak semua
orang pandai itu berilmu dan tidak semua orang berilmu itu pandai. Imam Shafie
juga berkata semakin bertambah baik! Ilmuku, aku semakinkenal akan
kebodohanku. Memang tidak dapat di sangka lagi kebijaksanaan generasi muda
dewasa ini untuk menggunakan serta mengakses maklumat daripada internet itu
telah membawa kepada berlakunya maksiat dalam kehidupan seharian mereka.
Generasi muda sememangnya bijak tetapi mereka tidak berilmu kerana tidak
dapat menilai antara kaca dan berlian. Kebebasan menggunakan internet telah di
salahgunakan dengan mengakses bahan-bahan lucah yang jelasnya mampu
merosakkan akhlak dan membutakan mata hati mereka. Generasi mutakhir ini
seperti burung yang terlepas dari sangkarnya dan memiliki kebebasan yang
mutlak. Oleh yang demikian ibu bapa jugalah adalah orang yang pertama
bertindak untuk menyadarkan mereka daripada terus terjerumus ke kanca
maksiat ini.

HJH ELINA HMK2012-2013

Dari perpektif lain pula pendedahan teknologi yang melampau dalam


kalangan generasi muda adalah seperti asid yang mampu menghakis nilai-nilai
murni dalam kalangan remaja. Gaya hidup dan cara pemikiran masyarakat barat
telah dijadikan contoh yang unggul dalam diri mereka. Remaja yang hanya
mempunyai jati diri yang kurang mampu dengan iman yang hanya senipis kulit
baying menyebabkan mereka mudah di pengaruhi oleh anasir-anasir yang
negative melalui penggunaan internet dan televisyen satelit yang tidal efisien.
Sifat hormat kepada golongan tua dan menghargai pengorbanan orang lain
seakan tiada makna di kata mata generasi muda hari ini. Oleh itu peranan sekolah
dan persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) amat diperlukan untuk mengubah
presepsi dan sikma generasi muda terhadap pengamalan nilai-nilai murni dalam
kehidupan seharian.
Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi telah
memberikan seribu cabaran kepada golongan muda. Apabila sahsia diri sukar
dibentuk maka nilai-nilai murni juga sukar untuk diterapkan dalam diri mereka.
Perkara ini seterusnya membawa kepada perpecahan dan rusuhan setiap kaum.
Pertelingkahan dan sikap yang tidak puas hati dalam kalangan remaja akan
tercetus kerana tiada persefahaman dan semangat persaudaraan dalam kalangan
mereka. Keasikan mereka terbuai dalam nikmat kemudahan sains dan teknologi
menyebabkan mereka semakin lupa akan nikmat kemerdekaan yang harus
dipertahankan. Menurut George Santayana sesiapa yang melupakan sejarah pasti
akan mengulanginya. Maka sejarah tuntasnya, jika pergaduhan berlaku secara
berterusan sudah pasti peristiwa berdarah 16 mei itu pasti berulang semula. Oleh
yang demikian masyarakat Malaysia hendaklah bersatu padu bagi memastikan
pendedahan teknologi secara melampau ini dapat di elakkan.
Pada zaman modenisasi ini, Negara yang semakin maju tetapi adalah
pemimpinnya juga semakin maju dan bertamadun? Nelson Mandela seorang
falsafah politik barat mengatakan jika ingin melihat sebuah Negara lihat generasi
mudanya. Gambaran yang cukup jelas, generasi muda marcapada ini bakal
menggalas obligasi pentadbiran Negara suatu hari nanti. Namun jika generasi
pada hari ini tidak mempunyai sahsia diri yang mapan, akhlak yang terpuji dan
tidak mempunyai sifat kepimpinan sudah pasti dasar pentadbiran Negara suatu
HJH ELINA HMK2012-2013

hari nanti juga tidak kukuh. Kegiatan jenayah, tumbuk rusuk serta kianat pasti
akan bermaharajalela dalam urusan pentadbiran mereka. Perkara ini amat
membimbangkan pemimpin Negara dewasa ini, pendedahan yang melampau
terhadap teknologi masa kini jelas memberi komplikasi yang teruk dalam
kalangan generasi muda.
Di samping itu, ketiadaan pemimpin yang berkaliber untuk jangka masa
yang panjang dan generasi muda terus hidup dalam pengaruh hedonisme pasti
keadaan politik dan ekonomi Negara turut hancur. Kemungkinan besar Negara
kita akan di jajah sekali lagi oleh kuasa barat yang ingin menguasai dan
mengeksploitasi kekayaan Negara kita. Oleh yang demikian, mentality masyarakat
muda harus di bersihkan agar mampu melahirkan sebuah masyarakat yang
madani dan sakinah suatu hari nanti.
Secara holistiknya, generasi muda hari ini handaklah bijak dalam
mengharungi kehidupan seiring dengan perkembangan teknologi. Namun,
sekarang bukanlah masanya untuk kita menopong dagu kea rah pihak lain. Kita
seharusnya menjangkau sehabis tangan dan menggembleng tenaga untuk
menangani permasaalahan ini jika tidak ingin melihat Negara kita seperti ikan
dalam keroncong yang tidak dapat diselamatkan lagi. Modus operandi hendaklah
di susun dengan lebih konfretensif dan pragmatic untuk merialisasikan visi kudsi
wawasan 2010 yang telah di perkenalkan oleh Tun Dr. Mahadhir pada 28 Februari
1991 dengan gilang gemilang. Oleh yang demikian, tidaklah tinggal harapan
pemimpin dewasa ini seperti agan-agan mat jenin sahaja.

HJH ELINA HMK2012-2013

Anda mungkin juga menyukai