wajar dilakukan kepada bayi yang tidak berdosa disebabkan perbuatan yang tidak
bermoral oleh ayah dan ibu bayi tersebut. Hal ini terjadi disebabkan pergaulan bebas
antara lelaki dan perempuan yang melampaui batas. Oleh itu, ibu bapa haruslah
mengambil insentif untuk mengawal dan mengawasi anak-anak agar mereka tidak
terlibat dengan masalah sosial. Selain itu, ibu bapa perlulah banyak meluangkan
masa bersama anak-anak. Dengan ini, mereka tidak akan terasa tersisih dan terabai
apabila ibu bapa meluangkan masa dengan mereka. Secara tidak langsung,
hubungan antara anak dengan ibu bapa dapat dieratkan bak kata pepatah, air
dicincang tidak akan putus. Natijahnya, ibu bapa perlulah mengawasi pergerakan
anak dan banyak meluangkan masa bersama mereka untuk membanteras masalah
sosial ini.
Bicawara selanjutnya, media massa juga penting bagi membendung masalah sosial
remaja ini. Salah satu langkah yang boleh dilakukan adalah dengan mengurangkan
penyiaran program televisyen yang tidak berfaedah. Seiring dengan kemajuan
teknologi maklumat yang semakin canggih ini, remaja perlu menghadapi cabaran
yang besar dan berat bagi menangani masalah sosial. Salah satu pengaruh media
massa ialah budaya Barat. Ketika di usia remaja ini, remaja masih belum tahu
identiti diri lagi. Ketika inilah mereka mahu mencari identiti masing-masing. Oleh
yang demikian, mereka mudah terpengaruh dengan budaya Barat. Tamsilnya,
kebanyakan filem Inggeris yang terdapat di siaran televisyen mengandungi unsurunsur lucah yang tidak sesuai ditonton oleh para remaja. Apabila mereka menonton
filem begini, mereka akan mudah terangsang ke arah perbuatan negatif. Minda dan
hati mereka dicemari dengan perbuatan yang tidak senonoh yang dipaparkan di
siaran tersebut. Disebabkan filem yang ditonton itu, berlakulah gejala-gejala sosial
seperti sumbang mahram dan seks bebas yang dilakukan remaja itu sendiri. Bagi
kejadian sumbang mahram, mereka melampiaskan nafsu mereka kepada orang
yang tidak bersalah seperti kakak dan adik perempuan. Budaya Barat pula dijadikan
ikutan seperti seks bebas oleh remaja. Budaya seperti ini harus dihapuskan agar
para remaja mempunyai masa depan yang cerah. Oleh itu, penyiaran program di
televisyen perlulah ditapis sebelum disiarkan di televisyen. Selain itu, mana-mana
filem yang tidak menepati syarat dan mengandungi unsur lucah yang terlampau
perlulah disekat daripada menyiarkannya. Semua ini perlu dilakukan bagi
membendung masalah sosial remaja daripada terus meningkat bak kata pepatah,
mencegah lebih baik daripada merawat. Intihanya, media massa perlulah
kesalahan yang dilakukan oleh para pelajar. Hal ini dapat memudahkan dan
menyenangkan para guru untuk menjatuhkan hukuman kepada para pelajar yang
melakukan kesalahan. Selain itu, melalui peraturan ini juga, para pelajar akan
menjadi seorang yang berakhlak mulia. Walau bagaimanapun, pelajar pada zaman
kini terutamanya remaja amat susah untuk mengikuti peraturan yang ditetapkan.
Mereka berasa peraturan itu suatu yang membebankan bukan memudahkan. Bagi
mereka, peraturan itu dicipta untuk dilanggar bukan untuk diikuti. Realiti hari ini telah
menunjukkan gejala sosial dalam kalangan remaja semakin hari semakin meningkat
disebabkan kekurangannya sifat disiplin dalam diri. Mereka ini tidak sedar bahawa
mereka ini ialah pelapis tokoh kepimpinan negara. Di samping itu, pihak berkuasa
seperti polis perlulah menjalankan rondaan di tempat-tempat tertentu seperti di pusat
siber kafe, pusat permainan snooker dan pusat perjudian. Biasanya, para remaja
akan pergi ke tempat sebegini untuk mencari keseronokan sehingga kadangkala
mereka mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang pelajar. Mereka sanggup
ponteng sekolah semata-mata untuk mencari hiburan yang tidak bermanfaat. Pihak
polis perlulah menjalankan kempen Ops Sifar Ponteng secara besar-besaran
dengan kerjasama dari pihak kerajaan dan warga sekolah. Diharapkan dengan
peranan dan tanggungjawab yang diamanahkan dapat membendung gejala sosial
daripada terus merebak dan menular sehingga mempengaruhi remaja yang lain.
Intihanya, kerjasama daripada pihak kerajaan iaitu Kementerian Pelajaran dan juga
pihak berkuasa dapat mencegah gejala sosial ini.
Langkah yang terakhir merupakan peranan komuniti masyarakat di kawasan
perumahan. Acapkali kira dengari berita-berita yang sering dipaparkan mengenai
kes pecah masuk. Ketika ini, kes pecah masuk ini telah meningkat dari semasa ke
semasa. Kes ini telah menjadi buah mulut orang ramai dalam kawasan perumahan
yang terbabit. Lebih mengejutkan lagi, kes ini telah dilakukan oleh para remaja.
Perkara ini amat membimbangkan dan merisaukan penduduk setempat akan
keselamatan diri dan keluarga. Banyak kerosakan yang dilakukan oleh para remaja
ketika kes pecah masuk dilakukan. Mereka menyelongkar laci-laci untuk mencari
barang berharga seperti emas, wang dan lain-lain. Hasil daripada kajian yang
dilakukan, mereka menggunakan hasil daripada mencuri itu untuk berjudi. Berjudi
merupakan salah satu perbuatan yang haram di sisi Islam. Oleh itu, kita perlulah
melakukan amar makruf nahi mungkar terhadap para remaja yang bermasalah ini.
Kita perlu mengambil langkah inisiatif bagi mencegah sebarang masalah sosial yang
berlaku di kawasan perumahan yang terlibat. Dengan ini, kita perlulah menubuhkan
sebuah komuniti masyarakat seperti Rukun Tetangga dalam sesebuah kawasan
kediaman. Peranan komuniti ini ialah mengawal dan meronda tempat kediaman
pada waktu malam terutamanya tengah malam. Biasanya remaja yang melakukan
kegiatan ini ketika waktu tengah malam. Oleh hal yang demikian, ahli Rukun
Tetangga perlulah bekerjasama dalam menjalankan tanggungjawab yang diberikan
demi kesejahteraan sejagat bak kata pepatah, bersatu kita teguh, bercerai kita
roboh. Kesimpulannya, komuniti masyarakat perlulah muafakat dalam usaha
membanteras masalah sosial dalam kalangan remaja.
Berdasarkan langkah-langkah yang diulas di atas, masyarakat perlulah menjalankan
tanggungjawab dan peranan yang diberikan untuk membendung fenomena masalah
sosial dalam kalangan remaja. Gejala sosial ini dapat dikurangkan jika masyarakat
bermuafakat dalam menjalankan misi menghapuskan gejala sosial. Selain itu,
kesedaran daripada para remaja itu sendiri akan menjadikan negara ini sifar gejala
sosial. Di samping itu, nama negara juga akan bersih daripada gejala sosial
sekaligus dapat menarik perhatian para pelancong luar untuk melawat Malaysia.
Oleh itu, masyarakat perlulah menjalankan tanggungjawab dengan sabar dan
secara perlahan-lahan untuk menarik para remaja yang bermasalah ke jalan yang
benar. Para remaja yang bermasalah juga perlu mencuba untuk menghindarkan diri
daripada melakukan perbuatan silam secara perlahan-lahan. Sehubungan itu,
masyarakat hendaklah memberikan sokongan dan dorongan kepada para remaja
supaya mereka lebih bersemangat dalam menjalani kehidupan yang baru setelah
insaf daripada melakukan perbuatan dahulu. Kita janganlah mencemuh dan mencaci
mereka dan anggaplah mereka ini suci daripada dosa dahulu. Kita janganlah
memandang mereka dengan kebencian tetapi tunjukkanlah kasih sayang kita
kepada mereka. Konklusinya, masyarakat perlulah bersatu-padu dalam
membanteras gejala sosial.