Anda di halaman 1dari 3

REFLEKSI INDIVIDU

Sesungguhnya, tugasan bagi subjek Matematik Algebra Linear (MTE 3110)


kali ini merupakan satu tugasan yang cukup mencabar bagi diri saya. Pertama
kalinya, saya mengaturkan rasa syukur kepada Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya,
saya berkesempatan menyiapkan tugasan kali ini. Setinggi-tinggi penghargaan juga
ditujukan kepada pensyarah pembimbing saya, Pn. Hajah Saruvari Bt. Badru Duja
Khan kerana sudi meluangkan masanya untuk memberi tunjuk ajar dan penerangan
mengenai tugasan ini yang mana telah meningkatkan kefahaman saya dan rakanrakan mengenai kehendak soalan dan seterusnya memudahkan kami untuk
melaksanakan tugasan ini.
Menyentuh mengenai skop tugasan, sememangnya ia adalah tugasan yang
pertama kalinya saya laksanakan dalam kamus kehidupan saya sebagai seorang
bakal guru. Setiap hari Selasa dan Rabu, saya memasuki kelas bagi subjek
Matematik Linear Algebra ini, saya mempelajari tentang formula matrik, vektor dan
sebagainya. Sehinggalah sampai satu ketika, saya terfikir, seperti tajuk-tajuk
Matematik yang lain, apakah kegunaan Linear Algebra dalam kehidupan seharian?
Sejauh manakah aplikasi subjek Linear Algebra ini meresapi dunia sebenar seorang
manusia? Alhamdulillah, dengan berbekalkan tugasan yang diberikan ini, sedikit
sebanyak persoalan tersebut dapat saya rungkaikan jawapannya.
Bercakap mengenai langkah demi langkah dalam melaksanakan tugasan ini,
saya mulakan dengan proses pengumpulan maklumat. Umum mengetahui, buku
rujukan merupakan sumber utama bagi seorang pelajar khususnya bakal-bakal guru
bagi mengumpul segala ilmu dan maklumat yang diinginkan. Begitu juga dengan
saya, hasil daripada lawatan saya ke perpustakaan IPG Kampus Darulaman, saya
mendapatkan sebilangan buku untuk dijadikan sumber maklumat dalam memastikan
segala isi tugasan saya menepati objektif dan kehendak tugasan. Namun, dari segi
bilangan buku yang diperolehi di perpustakaan IPG jika dibandingkan dengan
perpustakaan

negeri,

sememangnya

perpustakaan

negeri

lebih

banyak

menyediakan pelbagai buku rujukan yang berkaitan dengan tugasan saya. Namun,
soal peruntukan masa menjadi halangan pada diri saya dalam menghadirkan diri ke
perpustakaan negeri. Selain daripada buku rujukan, saya juga menggunakan

sumber internet sebagai maklumat tambahan dalam melaksanakan tugasan dengan


lebih baik dan kukuh.

Seterusnya, saya ingin menyentuh mengenai soal peruntukan masa.


Sememangnya tidak dapat dinafikan, kekangan masa merupakan masalah yang
cukup sukar untuk saya atasi sepanjang tempoh pelaksanaan tugasan ini. Jadual
bagi semester ini cukup padat, penuh dengan pelbagai aktiviti dan acara yang
melibatkan semester saya khususnya, Semester 5. Oleh hal yang demikian,
komitmen dan tumpuan melaksanakan tugasan ini sedikit terganggu. Walau
bagaimanapun, hal ini sudah menjadi lumrah buat diri saya sebagai seorang pelajar.
Alhamdulillah, saya dapat membahagikan masa dengan seoptimum yang mungkin
tanpa menggangu proses penyempurnaan tugasan ini.

Tugasan ini berjalan secara berkumpulan, justeru, saya bersama-sama tiga


orang lagi rakan sekelas iaitu Mohamad Afiq, Fahmi Haikal dan Bazlin Shafik
digandingkan dalam satu kumpulan bagi menyempurnakan tugasan ini. Kami
menerima tugasan yang berfokus kepada kajian Rantaian Markov dalam Ekonomi.
Pada mulanya, masing-masing tidak mengetahui dan tidak yakin akan kefahaman
bagi tajuk ini. Namun, hasil perbincangan, komunikasi dan muzakarah di antara kami
ahli kumpulan, Alhamdulillah, serba sedikit kami mendapat ilham dan idea untuk
merencanakan tugasan yang diberikan. Saya bersyukur kerana mendapat ahli
kumpulan yang cukup berdedikasi, memahami dan cukup komitmen dalam
melaksanakan tanggungjawab yang telah diagihkan.

Sepanjang melaksanakan tugasan ini, isi tugasan ini merupakan satu ilmu
yang baru dan begitu bermanfaat buat diri saya. Bukan semua bakal guru dapat
memahami serta mendalami topik ini tetapi diri saya, merasakan begitu terpilih
kerana dapat menimba ilmu tentang aplikasi Linear Algebra dalam kehidupan
seharian seorang manusia. Cabaran kepada saya semasa melaksanakan tugasan
ini, saya berdepan dengan majoriti maklumat yang berlatar belakangkan bahasa

Indonesia. Cukup sukar bagi saya memahami serta mengenal pasti satu-satu terma
yang berkaitan dengan Linear Algebra untuk dijadikan bahan sumber tugasan ini.

Kesimpulannya, bagi diri saya sendiri, saya merasakan begitu bertuah kerana
berjaya menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya. Sejuta penghargaaan ingin
saya kalungkan kepada pensyarah pembimbing saya, Puan Hajah Saruvari Bt.
Badru Duja Khan, atas keprihatinan beliau dalam memberikan bimbingan yang
cukup dedikasi. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan dan semua pihak yang terlibat
secara langsung dan tidak langsung dalam penyempurnaan tugasan ini. Saya
merasakan, ilmu yang ditimba melalui pelaksanaan tugasan ini cukup bermakna dan
begitu berguna buat diri saya yang bakal bergelar pendidik anak bangsa suatu masa
nanti. Insya-Allah. Amin.

MOHAMAD AZWAN BIN MOHD PUAT


5 PISMP MATEMATIK PENDIDIKAN RENDAH

Anda mungkin juga menyukai