Anda di halaman 1dari 14

KEJAHILAN PROGRAM 'I WANT TO TOUCH A DOG'

I want to touch a dog. Sebuah program yang dilaksanakan oleh mereka yang jahil
agama. Jahil ilmu fiqh mazhab Syafie. Jahil ilmu 'uruf. Jahil ilmu fitnah khilafatul 'uruf.
Jahil ilmu fiqh Aulawiyat. Dan segala kejahilan yang terkandung di dalamnya.

Program yang mampu mencipta fitnah (kekacauan dan kekeliruan) di kalangan orang
awam yang kurang ilmu fiqh. Contoh fitnahnya, akan wujud mereka yang ingin sesuka
hati menyentuh dan membelai anjing tanpa sebab, akan wujud mereka yang berniat
untuk membela anjing sebagai haiwan dalam rumah untuk bermanja (asalkan boleh
sertu lepas pegang, kononnya), dan bermacam fitnah lagi.

Kita menghormati pendapat mazhab lain yang menyatakan tubuh anjing bukan najis jika
tiada didapati najis mughallazah (air liur dan tahi) pada tubuhnya. Namun kita juga harus
menghormati pegangan 'uruf masyarakat setempat di mana Malaysia berpegang pada
pendapat mazhab Syafie. Bila anda ada di rumah orang, anda tak boleh buat rumah dia
macam rumah sendiri, tak gitu? Walaupun tuan rumah tu hormati perilaku dan
perbuatan anda, namun tak bermakna dia redha anda melakukannya di dalam
rumahnya.

Di sini saya menjelaskan kembali hukum mengenai anjing. Program bodoh itu telah
melanggar dua point yang saya berikan di bawah, iaitu point pertama dan kedua:

Hukum menyentuh anjing

1. Memang wujud khilaf di kalangan ulama mazhab-mazhab dalam bab tubuh anjing itu
najis mughallazah atau tidak. Secara ringkasnya, dalam mazhab syafie menyatakan
seluruh tubuh anjing adalah najis mughallazah (Imam nawawi, Mughni Al-Muhtaj, Khatib
Syarbini), selain mazhab syafie (yakni mazhab hanbali, maliki, hanafi) menyatakan
hanya air liurnya sahaja najis. Ini berdasarkan hadis:

Sucinya bejana (bekas) salah seorang daripada kamu yang dijilati anjing adalah dengan
dibasuh bejana itu tujuh kali dengan air dan pada basuhan pertama dicampur dengan
tanah.
1

[Hadis Riwayat Muslim, Abu Daud dan Ahmad]

Jadi, hukum menyentuh anjing memang ada khilaf. Yang pasti, haram SENGAJA
menyentuh sesuatu yang akan menyebabkan perpindahan najis keatas tubuh kita. Jadi,
menyentuh anjing dalam keadaan anjing itu atau tubuh kita basah/lembap/berair, maka
haramlah menurut mazhab syafie kerana najis boleh berpindah.

Kenapa seluruh tubuhnya dianggap najis berat menurut mazhab syafie? Kerana pastinya
anjing membersihkan dirinya dengan menjilat. Maka kemungkinan besar air liurnya ada
di tubuhnya.

**Dalam program tersebut, adakah peserta dan trainer yakin sepenuh jiwa anjing
tersebut tidak menjilat tubuhnya? Dan adakah semua mereka yakin benar anjing atau
tangan mereka dalam keadaan kering? Jika tak yakin, bodoh namanya. Jika pegang pada
"alaaa.. lepas pegang boleh sertu (samak ikut sesetengah pemahaman orang)", ikut
hukum fiqh, sengaja meletakkan diri dalam keadaan menyusahkan juga dibenci agama.

Hukum membela anjing

2. Namun tiada khilaf dan telah ijmak (sepakat) antara semua ulama-ulama muktabar
muttaqaddimin dan mutaakhirin bahawa, tidak dibenarkan seorang Islam untuk
membela anjing menjadi haiwan belaan, sebagaimana kita bela kucing, yang kita peluk,
cium, belai dan sebagainya, KECUALI membela atas 5 sebab yang dibenarkan, iaitu:

i. Untuk menjaga harta


ii. untuk menjaga tanaman
iii. untuk menjaga ternakan
iv. sebagai anjing untuk memburu
v. menjaga keselamatan keluarga

"Nabi SAW bersabda: Barang siapa memelihara anjing bukan untuk menjaga ladang atau
ternak, maka setiap hari pahalanya berkurangan satu qirath." [Hadis Muttafaq 'Alaih]
2

Daripada Abdullah bin Umar dia berkata: "Aku mendengar Nabi SAW bersabda: Sesiapa
memelihara anjing selain anjing untuk berburu atau anjing menjaga binatang ternak,
maka pahalanya akan berkurang dua qirath setiap harinya."
[Riwayat Bukhari no. 5059 dan Muslim, no: 2940]

Juga daripada Ibnu Umar berkata: "Rasulullah SAW memerintahkan supaya membunuh
anjing kecuali anjing untuk berburu atau anjing untuk menjaga kambing atau menjaga
haiwan ternak."
[riwayat Muslim no. 1571]

"Barangsiapa memelihara anjing tidak untuk keperluan berburu atau penjagaan


(harta/keluarga/diri/ternakan/ternakan), maka pahalanya akan berkurang sebanyak satu
qirath bagi setiap hari"
[Hadis Muttafaq 'Alaih]

Daripada Aisyah r.a beliau berkata: Telah berjanji Jibril dengan Rasulullah akan datang
dalam suatu waktu, pada ketika janji itu telah tiba waktunya, Jibril tidak datang. Di
tangan Nabi ada sebatang tongkat, maka baginda buang tongkat itu sambil berkata:
Tuhan dan RasulNya tidak akan menyalahi janji. Kemudian Nabi melihat ke sebelahnya,
maka baginda melihat ada anak anjing di bawah tempat tidurnya. Maka baginda
bertanya: Bila masuknya anjing ini? Siti Aisyah menjawab: Saya tidak tahu. Lalu
disuruh usir keluar anjing itu. Setelah anjing itu keluar datanglah Jibril dan Nabi terus
bertanya: Engkau berjanji denganku akan datang dan aku menunggu tetapi engkau
tidak datang. Jawab Jibril: anjing yang berada di rumahmu yg menghalangi aku, kerana
Kami (Malaikat) tidak masuk ke dalam rumah yang ada di dalamnya anjing dan gambar"
[Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim]

Syaratnya:
1) HARAM bela anjing di dalam rumah
2) WAJIB beri makan minumnya
3) HARAM mendera atau mencederakannya
4) HANYA atas 5 sebab di atas sahaja
3

**Peserta-peserta program tu dah peluk, sentuh, belai anjing. Adakah ia dibenarkan?


Tidak sama sekali.

3. Walaubagaimanapun, anjing tetap bukanlah haiwan yang wajar dicaci, dihina,


dibelasah, dibunuh sewenangnya, dipukul, diseksa atau apa sahaja salah laku. Anjing
tetap haiwan yang wajar diberi kasih sayang dan belas ihsan, kerana ia tetap makhluk
Allah. Telah ada hadis panjang mengisahkan tentang seorang yang banyak dosa, yang
memberi anjing minum, dimasukkan ke syurga kerana pahalanya memberi minum
kepada anjing itu. Namun dalam hadis tu takde pun kata si pemberi minum tu peluk
cium belai anjing tu. Cukup sekadar memberi keperluan kepada anjing kita dah dapat
pahala.

Rujukan:
Halal wa Haram fi al-Islam (Prof Dr Yusof al-Qaradhawi)
Mughni Al-Muhtaj (Imam Nawawi)
Haza Halal wa Haza Haram (Abdul Qadir Ahmad 'Ata)

Daripada sibuk berkempen sentuh anjing lebih baik buat kempen sapu kepala anak
yatim. Diriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: Barang
siapa yang membelai kepala anak yatim kerana Allah SWT, maka baginya kebaikan yang
banyak daripada setiap rambut yang diusap. "

Daripada sibuk berkempen sapu atas belakang anjing lebih buat buat kempen belajar
macamana cara nak sapu atas khuf sebagai ganti untuk basuh kaki dalam berwudhu.

Daripada sibuk berkempen membelai anjing lebih baik belajar cara yang betul untuk
membelai dan mengucup hajar aswad di Kaabah.

Di dalam Al-Quran pun Allah menceritakan kisah ashabul kahfi yang bersama-sama
dengan anjing peliharaan mereka. Pengajarannya bukan supaya kita membelai anjing
dalam kehidupan kita tetapi anjing pun membantu perjuangan Islam dengan caranya
tersendiri.

Di dalam hadis pun Nabi s.a.w. ada menceritakan kisah perempuan pelacur dimasukkan
ke dalam syurga kerana memberikan minum kepada anjing yang dahaga. Menunjukkan
anjing tidak boleh disakiti dan berhak untuk dirahmati dalam keadaan yg memerlukan.

Mungkinkah program membelai anjing untuk mengatasi masalah rakyat yg stress akibat
kenaikan harga minyak? Entahlah ....

Muhammad Khalil Abd Hadi

Program sebegitu telah dirancang orchestrated bagi menimbulkan rasa disusahkan olih
ugama..
Dengan harapan akan luntur pegangan iman orang Islam terhadap agamanya.
Yang malangnya orang Islam sanggup dijadikan alat..








CUIT-CUIT UST KAY (CCUK) Isnin, 25 Zulhijjah 1435H. ANJING TETAP ANJING !

Masyarakat Barat beranggapan A Dog Is A Mans Best Friend namun jika kita berkata;
"You are like a dog." Mereka akan marah juga. Jika pun ada yang memahami dengan
maksud kesetiaan ataupun loyalty namun ia bermaksud kesetiaan yang membuta tuli.
Al-Quran juga menjadikan anjing sebagai satu perumpamaan yang buruk bagi golongan
ulama penjilat dunia yang menjual prinsip kebenaran demi kepentingan diri.

PENCERAHAN :
Ust. Kay tidak bercadang untuk menghurai permasahan fiqh berkaitan kenajisan anjing
ini. Ramai ulama' WhatsApp, Telegram atau Facebook telah mem'viral'kannya. Ust. Kay
cuma nak lihat dari aspek kemasyarakatan dan kesihatan.

Jika masyarakat muslim khususnya orang Melayu rasa sensitif apabila sikap mereka
ataupun amalan mereka tidak menyukai anjing, maka itu memang sepatutnya. Mereka
yang membuat apa-apa provokasi dalam hal yang seperti itu memang membuat onar
dan ingin menimbul permusuhan dengan masyarakat muslim tanpa sebab. Perbuatan itu
merosakkan keharmonian di negara ini.

Ada orang bertanya pula, jadi apakah Islam membenci anjing dan melarang muslim
berbuat baik kepada binatang berkenaan?
TIDAK SAMA SEKALI, sebab dalam al-Quran pun Allah menceritakan tentang anjing yang
mengiringi para pemuda al-Kahfi dan turut bersama mereka semasa berjuang
menghadapi rejim yang zalim pada zaman mereka. Anjing yang bernama Qidmir itu
antara binatang yang telah confirmed masuk syurga, kita yang manusia ini pun belum
tentu lagi...
6

Betapa seorang pelacur yang buruk lakunya sekalipun diampuni dosanya oleh Allah
kerana dengan ikhlas memberikan minum kepada seekor anjing. Bagaimana mungkin
untuk kita menganggap bahawa Islam tidak berlaku adil kepada anjing.

Antara alasan-alasan yang diada-adakan mereka ialah :


1) Anjing juga seperti haiwan-haiwan yang lain adalah makhluk Allah.
2) Ramai penganut-penganut Islam di negara-negara Arab, Pakistan dan Afghanist
an membela anjing.
3) Ini satu penindasan atau pencabulan hak asasi anjing.

Bukan semua orang suka dengan anjing. Baunya dan juga salakannya boleh menakutkan
sesetengah orang. Sesiapa yang pernah pergi ke rumah pemelihara anjing, atau menaiki
kenderaan yang ada anjing dia akan tahu baunya yang bukan semua orang dapat
bertahan. Salakan anjing dan bulu-bulu di sana-sini bagaikan tidak mengalu-alukan
sesiapa sahaja yang datang.

Sedangkan Islam agama kemasyarakatan dan hubungan baik antara jiran, saudara-mara
dan sahabat handai. Dari segi keselamatan dan kesihatan juga mempunyai
merbahayanya. Gigitan anjing, najis serta jilatannya merbahaya. Banyak kajian yang
telah dibuat tentang hal ini. Apabila Islam cuba mengelakkan bahaya anjing yang
dipelihara dalam rumah dengan melarang penganutnya berbuat demikian, bukan itu
bererti penindasan terhadap anjing atau satu kekejaman!

Semua tegahan dan suruhan Allah SWT dapat dibuktikan ada hikmah dan
kemaslahatannya. Antaranya, kenapa najis jenis ini diwajibkan membasuhnya 7 kali dan
salah satunya dengan tanah? Sains ada jawapannya.

Sebanyak 79.7 peratus penderita barah payudara ternyata sering berdampingan dengan
anjing seperti memeluk, mencium, menggendong, memandikan dan semua aktiviti
perawatan anjing. Hanya 4.4 peratus pesakit yang tidak memiliki haiwan peliharaan. Di
Norway, 53.3 peratus daripada 14,401 pemilik anjing mengidap barah. Ternyata barah
pada anjing dan manusia disebabkan oleh virus yang sama iaitu Mammary Tumor Virus
(MMTV).
7

Dalam satu kajian oleh para penyelidik Munich Universiti mengenai kuman yang dibawa
oleh anjing dan kesannya pada manusia, menunjukkan 80 peratus punca penyakit
payudara berpunca daripada kuman yang dibawa oleh anjing. Subhanallah...!

Apatah lagi jika membelanya di rumah. Antara alasan Ibnu Hajar ialah :
1. Ia menakutkan jiran dan orang lalu lalang di luar rumah atau orang yang
mengunjunginya.
2. Berkurangnya pahala kepada pemeliharanya.
3. Keengganan Malaikat Rahmat masuk rumah yang ada anjing. (Malaikat Maut tetap
masuk...)
4. Ad
a anjing yang terjadi daripada jelmaan jin (anjing hitam pekat).
5. Tabiat anjing yang suka menjilat dan kenajisan jilatan itu mungkin menyukarkan
pemeliharanya. (al-Fath, X/395)

Air liur anjing, kering atau basah, mungkin akan terpalit di atas badan anjing itu sendiri,
sofa atau pakaian yang mungkin kita tidak sedari. Anjing yang jinak tentu menjilat atau
mengigit-gigit kita semasa bermain-main dan mengandungi air liur. Begitu juga tahi dan
air kencing anjing yang mungkin terpalit dibadan anjing itu sendiri atau ditapak kasut
yang kita tidak nampak setelah kering. So, tak payahlah..!

KESIMPULAN :
Tak usahlah nak mengada-ngada hendak menyentuh, membelai atau mengusap
binatang tersebut tanpa tujuan dan hajat, kerana tiada faedah dan pahala bagi orang
yang melakukan pekerjaan yang sia-sia. Wallahu a'lam - Jangan menganjing sudah !
Ukay's (Ust. Hj. Kamil Sidek)
EN
BM

malaysiakini

UTAMA | TERKINI | LOGIN

Anjing dan isunya dalam masyarakat M'sia


Dr Mohd Asri Zainul Abidin | 6:22PM Oct 20, 2014
Dalam masyarakat yang rencam agama dan budaya, pelbagai perkara sensitif
mudah timbul. Di zaman teknologi maklumat, bermacam sudut pandang akan muncul.

Sememang inilah realiti masyarakat era baru kini yang mempunyai pelbagai
dimensi dan perspektif baru yang tidak dimiliki oleh generasi yang hidup dalam era yang
lepas.

Ada yang kata anjing binatang yang dimusuhi Islam. Ada yang kata perbuatan
memegang anjing diharamkan oleh Islam. Ada pula yang kata apa salahnya kita
membela anjing macam orang lain. Macam-macam lagi yang ditimbulkan. Ada yang
berdasar fakta, ada berdasar emosi.

Ramai yang meminta saya mencoretkan sesuatu tentang anjing pada pandangan
muslim. Dalam ruang yang terbatas ini, saya ingin sebutkan secara ringkas isu-isu
berikut:

Samakan dengan anjing

Walaupun manusia mempunyai pelbagai latar budaya dan agama, namun secara
umumnya kesemua masyarakat menganggap menyamakan mana-mana individu dan
pihak dengan anjing merupakan satu penghinaan.

Sekalipun masyarakat Barat ramai yang menganggap a dog is a mans best friend
namun jika kita berkata you are like a dog ia merupakan satu penghinaan. Jika pun ada
yang memahami dengan maksud kesetiaan ataupun loyalty namun ia bermaksud
kesetiaan yang membuta tuli.

Al-Quran juga menjadikan anjing sebagai satu perumpamaan yang buruk bagi
golongan ulama penjilat dunia yang menjual prinsip kebenaran demi kepentingan diri.
Firman Allah yang bermaksud:

Dan bacakanlah kepada mereka (Wahai Muhammad), khabar berita seorang yang
Kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat Kami. Kemudian dia
menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu dia diikuti syaitan, maka dia dari
kalangan yang sesat. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami angkat kedudukannya
dengan (berpegang) ayat-ayat itu, tetapi dia bermati-mati cenderung kepada dunia dan
menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau
menghalaunya, ia menghulurkan lidahnya, dan jika Engkau membiarkannya, ia juga
menghulurkan lidahnya. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayatayat kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir." (Surah al-Araf ayat
175-176)

Jadi, jika masyarakat muslim sensitif apabila mereka ataupun amalan mereka
dibandingkan dengan anjing, maka itu memang sepatutnya.

Mereka yang membuat apa-apa provokasi dalam hal yang seperti itu memang
membuat onar dan ingin menimbul permusuhan dengan masyarakat muslim tanpa
sebab. Perbuatan itu merosakkan keharmonian masyarakat di negara ini.

Islam benci anjing?

Ada orang bertanya pula, jadi apakah Islam membenci anjing dan melarang muslim
berbuat baik kepada binatang berkenaan?

Dalam al-Quran Allah menceritakan tentang anjing yang mengiring para pemuda alKahfi dan turut bersama mereka semasa berjuang menghadapi rejim yang zalim pada
zaman mereka. Firman Allah yang bermaksud:

Dan engkau sangka mereka sedar, padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan
mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri; sedangkan anjing mereka
menghulurkan dua kaki depannya dekat pintu gua; jika engkau melihat mereka, tentulah
engkau akan berpaling melarikan diri dari mereka, dan tentulah engkau akan merasa
amat gerun takut kepada mereka. (Surah al-Kahfi, ayat 18).
10

Anjing tersebut menjadi binatang yang bersahabat dengan para pejuang


kebenaran. Anjing itu lambang kemuliaan. Sesetengah riwayat yahudi menamakan
anjing itu qidmir. Sementara dalam hadis pula, Nabi Muhammad SAW bersabda yang
bermaksud:

Diampunkan dosa seorang pelacur yang melintasi seekor anjing yang berada di
tepi sebuah telaga yang lidahnya terjelir. Hampir kehausan membunuhnya. Maka pelacur
itu pun menanggalkan kasutnya, lalu dia ikat kasut itu dengan tudungnya lantas dia
menceduk air untuk anjing tersebut. Dia diampunkan disebabkan kejadian itu. (Riwayat
al-Bukhari)

Betapa seorang pelacur yang buruk sekalipun diampuni dosanya oleh Allah kerana
dengan ikhlas memberikan minum kepada seekor anjing. Bagaimana mungkin untuk kita
menganggap bahawa Islam tidak menilai sebagai satu perbuatan yang baik jika muslim
memberi makan dan minum kepada anjing? Jika ada orang muslim yang memberi makan
kepada anjing patutlah dipuji.

Bolehkah muslim memiliki anjing?

Dalam al-Quran, Allah menyebut yang bermaksud:

Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad): "Apakah (makanan) yang


dihalalkan bagi mereka?" bagi menjawabnya: "Dihalalkan bagi kamu (memakan) yang
baik-baik, dan (buruan yang ditangkap oleh) binatang-binatang pemburu yang telah
kamu ajar (untuk berburu) mengikut cara pelatih-pelatih binatang pemburu. Kamu
mengajar serta melatihnya (adab peraturan berburu) sebagaimana yang telah diajarkan
Allah kepada kamu, oleh itu makanlah dari apa yang mereka (binatang-binatang buruan)
itu tangkap untuk kamu dan sebutlah nama Allah atasnya (ketika kamu melepaskannya
berburu); dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha cepat hitungan
hisab-Nya." (Surah al-Maidah, ayat 4)

Binatang pemburu yang biasa digunakan ialah anjing. Kitab-kitab tafsir seperti
Tafsir Ibn Kathir dan selainnya akan menyebut anjing sebagai pemburu utama. Juga
perkataan 'mukallibin' dalam ayat ini boleh bermaksud tuan-tuan empunya anjing
seperti yang disenarai oleh al-Imam Ibn al-Jauzi (meninggal 597H) dalam Zad al-Masir.
11

Ertinya, muslim memiliki anjing buruan. Demikian dia boleh memiliki anjing yang
menemaninya berjalan atau menjaga keselamatan rumah seperti anjing Ashab al-Kahfi
yang disebutkan tadi.

Bolehkah muslim sentuh anjing?

Ada pula yang cuba menyatakan haram memegang anjing kerana najis. Kalau
kerana ia najis haram dipegang, maka haram juga seseorang menyentuh najis dirinya,
ataupun anaknya ataupun sesiapa di bawah jagaannya ketika membersihkannya.

Haramlah juga mereka yang berkerja yang membabitkan bahan-bahan bernajis


seperti mencuci tandas ataupun darah ataupun nanah dan lain-lain. Begitu juga dengan
doktor veterinar. Maka itu kesimpulan hukum yang cetek. Maka TIDAK HARAM
menyentuh anjing.

Najis boleh disentuh tetapi hendaklah dibasuh apabila kita hendak beribadat
ataupun berurusan dengan masyarakat. Menyentuh anjing yang kering sepakat ulama
tidak najis. Menyentuh anjing basah khilaf pendapat dalam kalangan sarjana. Mazhab
Syafie agak tegas dalam hal ini.

Namun, pendapat-pendapat mazhab lain lebih luas dan mudah. Sebahagian fuqaha
hanya membataskan najis anjing itu hanya jilatannya kerana itu sahaja yang disebut
dalam hadis:

Apabila anjing menjilat bekas seseorang kamu, maka basuhlah sebanyak tujuh
kali. Salah satunya dengan tanah. (Riwayat al-Bukhari)

Mazhab Malik bin Anas pula paling longgar dan luas berhubung dengan anjing.

Memelihara anjing dalam rumah?

12

Adapun memelihara anjing dalam rumah tanpa sebab adalah tidak digalakkan oleh
Islam. Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

Sesiapa yang memelihara anjing kecuali anjing buruan ataupun ternakan (menjaga
ternakan) maka berkurangan pahalanya setiap hari sebesar qirat (Bukit Uhud). (Riwayat
al-Bukhari dan Muslim)

Berdasarkan hadis ini, maka sekurang-kurangnya memelihara anjing tanpa sebab


yang disebutkan berada pada hukum makruh. Ada ulama yang mengharamkan. Namun
hadis di atas tidak menyebut dosa, tetapi pengurangan pahala sahaja.

Maka, hukum makruh dipilih oleh sebahagian fuqaha. Hikmahnya, mungkin atas
beberapa sebab yang berkaitan kerohanian dan kemasyarakat.

Islam menyuruh kita mengalukan tetamu. Bukan semua orang suka dengan anjing.
Baunya dan juga salakannya boleh menakutkan sesetengah orang.

Sesiapa yang pernah pergi ke rumah pemelihara anjing, atau menaiki kenderaan
yang ada anjing dia akan tahu baunya yang bukan semua orang dapat bertahan.

Salakan anjing dan bulu-bulu di sana-sini bagaikan tidak mengalu-alukan tetamu.


Sedangkan Islam agama kemasyarakatan dan hubungan baik antara jiran, saudara-mara
dan sahabat handai.

Dari segi keselamatan dan kesihatan juga mempunyai kemerbahayaannya. Gigitan


anjing, najis serta jilatannya merbahaya. Banyak penyelidikan yang telah dibuat tentang
hal ini.

Apabila Islam cuba mengelakkan bahaya anjing yang dipelihara dalam rumah
dengan melarang penganutnya berbuat demikian, bukan itu bererti penindasan terhadap
anjing.

13

Betapa banyak binatang yang manusia elakkan dari menghampirinya kerana


kemerbahayaannya. Itu semua bukan bererti penindasan atau kekejaman!

Dalam hadis tadi, Nabi SAW: Apabila anjing menjilat bekas seseorang kamu, maka
basuhlah sebanyak tujuh kali. Salah satunya dengan tanah. (Riwayat al-Bukhari).

Untuk mengelakkan jilatan anjing yang sentiasa menjelir lidah, yang dianggap najis
dari segi agama dan juga bahaya dari segi saintifik maka Islam melarang untuk kita
memelihara anjing di dalam rumah tanpa alasan yang diizinkan.

Maka ini ringkasan yang sempat saya coretkan petang ini berhubung dengan sisi
pandangan nas-nas Islam berkaitan dengan anjing.
PROF DATUK DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN bekas mufti Perlis.

14

Anda mungkin juga menyukai