Anda di halaman 1dari 7

NASI DAGANG

(versi Terengganu)
Resepi : MaDiHaA a.k.a Ratna
Bahan2
1.2 kg beras siam
400 gm beras pulut
(nisbah utk beras = 1 bahagian beras pulut : 3 bahagian beras biasa)
1 biji kelapa (ambil santan anggaran 600 ml ~ PERAH GUNA AIR
MASAK!) (ni anggaran saja yer.. kalau tak cukup boleh tambah lagi..
sebab masa buat tu MaDiHa tak ukur pun santannya)
garam secukup rasa (Bancuh dalam santan)
700 ~ 800 ml air/santan cair utk arong nasi (boleh tambah jika masih tak
mencukupi.. MaDiHa agak2 je ni)
5 ulas bawang merah ~ hiris nipis
1 inci halia ~ hiris nipis & halus memanjang
1 sudu kecil halba
Cara Menyediakan
1. Campurkan beras biasa dengan beras pulut dan cuci beras hingga
bersih & jernih (mcm nak masak nasi tu). Rendamkan beras semalaman
dalam
air
yg
banyak.
2. Keesokannya.. panaskan periuk kukus & toskan beras dan kukus beras
selama 30 ~ 40 minit. (guna periuk kukus berlubang kecil jika ada.. jika
tiada.. alaskan dasar periuk kukus dengan kain putih bersih/ kain maslin/
jala bersih/daun pisang agar beras tak jatuh melalui lubang kukusan).
3. Angkat nasi kukus tadi dan masukkan nasi dlm besen besar.
(Sementara itu.. tambahkan lagi air dalam periuk kukusan agar airnya tak
kering utk mengukus kali kedua.. teruskan memanaskan periuk kukusan
tadi.) Arong nasi dengan air biasa/santan cair sehingga rata dan tak
berketul2.
4. Kukus sekali lagi nasi sehingga 30 ~ 40 minit. (kali ni tak perlu alas
dasar
kukusan).
5. Keluarkan nasi dan masukkan dlm besen tadi dan arong sekali lagi
dengan santan yg dicampurkan garam serta taburkan bahan2 hiris serta
halba. Kacau rata dan bolehlah dihidangkan.
Nota MaDiHaA: Santan tadi boleh juga dimasakkan sebentar diatas api
sederhana sebelum diarong dengan nasi. Kaedah ini untuk membuatkan
nasi dagang lebih tahan lama.. tapi jika tidak masak pun.. memadai
perahkan santan guna air masak.. insyaAllah nasi dagang boleh bertahan
dari pagi hingga ke malam.

Lazimnya di pantai timur.. nasi dagang digandingkan dengan gulai ikan


tongkol atau lebih dikenali sebagai ikan aye di Terengganu. Elok pilih ikan
tongkol hitam (yg siripnya lebih panjang berbanding tongkol putih)
kerana isinya lebih lembut & sedap. Ikan tongkol putih tak berapa sedap
sebab isinya keras. Jika tak suka ikan tongkol boleh juga digantikan
dengan ayam atau ikan tenggiri. Tapi macam tak berapa sesuai ler gitu..
Ok kita tengok resepi gulainya pulak ye..

GULAI NASI DAGANG

(kuantitinya dianggarkan cukup utk nasi dagang diatas )


Resepi: MaDiHaA a.k.a Ratna
Bahan2
2 atau 3 ekor ikan tongkol hitam (anggaran 2 kg) (dipotong, dibersihkan
& direbus bersama sedikit air, 3 sudu kecil garam dan 6 keping asam
gelugur)
2 biji kelapa (ambil santan sederhana pekat @ cair sedikit pun tak
mengapa)
1 sudu besar rempah kari ikan (campur sikit air jadikan pes)
1 sudu besar rempah masak cap bunga rose (jadikan pes dengan rempah
ikan tadi)
2 sudu besar rempah gulai cap bunga rose (jadikan pes dengan rempah
ikan tadi)
(jika tiada rempah masak & rempah gulai cap bunga rose.. tambahkan lagi 1~2 sudu
besar rempah kari ikan)

2 sudu besar kerisik yg ditumbuk halus


2 inci kulit kayu manis
2 keping asam keping
10 biji cili hijau
15 biji cili api
10 biji belimbing buluh (kalo ada.. takde pun takpe)
(MaDiHaA tambah bendi sikit sebab ada stok dlm esbox)
ketul gula melaka (tambah lagi jika kurang ~ gulai nasi dagang
memang terasa manis sedikit)
garam secukup rasa
serbuk perasa jika suka
Bahan2 Dikisar Halus
1 sudu besar ketumbar

1/2 sudu besar jintan manis


8 ulas bawang merah
1 biji bwg besar (kalau kecik.. letak 2)
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
1 1/2 inci lengkuas
15 ~ 20 biji cili kering ~ dikerat2 & rebus sebentar & buang biji (dikisar)
Cara Menyediakan
1. Gunakan periuk yg agak besar sedikit. Masak santan bersama (sedikit
saja) garam di atas api sederhana sehingga pecah minyak. Kacau sekali
sekali
sahaja.
2. Masukkan kulit kayu manis, ramuan yang dikisar dan pes rempah tadi
ke dalam santan. Jika suka.. bahan2 ini boleh juga ditumiskan dulu
dengan sikit minyak hingga wangi sebelum dimasukkan dlm santan.
(terpulang anda.. tp jika tumis.. kuah akan jadi lebih berminyak!)
3. Masukkan gula melaka, garam, kerisik (bancuh sedikit dgn kuah
santan agar tak berketul2) dan asam keping. Biar mendidih sebentar.
4. Masukkan ikan rebus beserta air rebusannya & asam keping semasa
merebus
tadi.
Tambahkan
serbuk
perasa.
5. Biarkan kuah pekat sedikit. Hati2 semasa mengacau agar ikan tidak
pecah. Masukkan belimbing buluh, cili hijau dan cili api. Biar merenih
sebentar dan sesuaikan rasanya bolehlah di angkat.
Ok ni pulak pelengkapnya.. mesti ada acar timun barulah ngam...

Acar Timun
Bahan2 agak2 lah sendiri yer..
Timun

Lobak merah
bawang besar
cili merah
cuka
gula & garam
Cara2
Hiris memanjang timun (buangkan empulurnya) dan lobak merah. Cuci
bersih.
Mayang bawang besar & hiris cili merah. Gaulkan timun, lobak merah,
bawang besar, cili dengan semua bahan2 lain. Adjust sendiri rasa acar
ikut selera masing2.
Ok.. selamat mencuba!
Anda mungkin juga meminati:

oti Jala

Resepi : MaDiHaA a.k.a Ratna


Bahan2
3 cawan tepung gandum
3 cawan air
1 biji telur
sedikit pewarna kuning
1 sudu besar marjerin ~ dicairkan
1 sudu kecil rata garam
sedikit minyak (untuk lengser pada kuali)
Cara2nya
1. Campurkan semua bahan2 di atas menggunakan whisker hingga
sebati. Tapiskan.
2. Panaskan kuali. Lengserkan dgn sedikit minyak pada kuali.
3. Menggunakan acuan roti jala... ceduk adunan tadi & kirai ke dalam
kuali menjadi seperti jala .
4. Biarkan hingga roti jala masak. Tak perlu dibalikkan. Terus saja angkat
& masukkan ke atas pinggan lalu dilipat / digulung mengikut sesukaan
anda.
5. Buat hingga habis. (tak perlu lengser minyak setiap kali nak kirai roti
jala.. lengserkan sekali sekala saja kerana dah ada marjerin dlm
adunan... jika guna non stick pan lagi senang )
6. Pastikan setiap kali sebelum menceduk adunan.. mesti sentiasa
dikacau2 adunan terlebih dahulu supaya adunan sebati semula daripada
proses mendapan.
7. Hidangkan samada bersama kuah kari, rendang, serawa durian atau
apa2 saja kuah kegemaran anda.

Kari Ayam Berkentang


Resepi : MaDiHaA a.k.a Ratna
Bahan2
1/2 ekor ayam ~ dipotong kecil
3 biji kentang ~ didadu kasar
1 ulas bawang putih*
4 ulas bawang merah*
1 cm halia*
(tumbuk halus bahan2 bertanda*)
4 sudu besar rempah kari ayam#
2 sudu kecil serbuk cili#
sikit saja air asam jawa#
(campurkan bahan2 bertanda# jika pekat tambah sikit air)
1 kotak santan segera/secukupnya santan
air secukupnya utk kuah (nak pekat jgn byk sgt)
sikit minyak
garam & perasa secukupnya
Cara2
1. Panaskan minyak, tumis bahan2 tumbuk & bahan campuran rempah.
Kacau2 & biar hingga wangi.
2. Masukkan isi ayam dan sedikit air. Biar mendidih & ayam hampir
masak. Masukkan bahan2 lain spt ubi kentang, santan, garam & perasa
dan masak hingga kentang empuk. Renihkan kuah dengan api yang kecil
sehingga terbit minyak.
3. Biarkan secukup rasa. Sedia dihidangkan bersama roti jala atau apa2

saja kegemaran anda.

Ini roti jala yang ditempah Laily...

kalakatar
Bahan-bahan ( 1 family )

2 biji kelapa muda ambil isinya


5 cawan air kelapa
1/2 cwn gula
2 cwn tepung gandum campur sedikit tepung beras
1 biji telur

Cara-cara
1. Blend semua bahan kecuali isi kelapa.
2. tapis dan masukkan dlm periuk dan panaskan sekejap di dapur gas ( agak2 mula
memekat tutup api)
3. masukkan isi kelapa dan kacau.
4. Tuang adunan dalam loyang yang telah disapu minyak dan bakar dalam oven ( api
atas bawah ) sampai masak.
5. selamat mencuba....