Anda di halaman 1dari 14

BICARA BERIRAMA SEKOLAH RENDAH

PANDUAN PENGHAKIMAN

KERTAS KONSEP
BICARA BERIRAMA SEKOLAH RENDAH
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

1.0

PENDAHULUAN

Bicara Berirama diperkenalkan sebagai satu pertandingan atau persembahan bahasa puisi / prosa dalam bentuk
berkumpulan. Pasukan akan membentuk satu paduan suara tematik yang menghayati hasrat atau tema untuk
diperdengarkan kepada audiens. Kesepaduan dan keseragaman bersuara ini akan dikawal oleh seorang peserta
yang bertindak sebagai konduktor.
Aktiviti ini melibatkan pelbagai bentuk suara individu yang disatukan untuk menyampaikan mesej pasukan atau
kumpulan. Dalam kumpulan/ pasukan itu akan ditonjolkan pelbagai intonasi suara seperti suara-suara halus dan
garau, lembut dan kasar, lelaki atau perempuan, seruan dan laungan yang nyaring serta berbagai-bagai lagi.
Suara individu boleh digunakan sebagai suara solo.

2.0

PENGENALAN
Bicara Berirama adalah pertandingan yang dianjurkan oleh Sub Unit Bahasa Melayu, Bahagian Kokurikulum dan
Kesenian, Kementerian Pelajaran Malaysia. Diharapkan dengan pertandingan ini akan dapat menggalakkan dan
meningkatkan penguasaan serta penggunaan bahasa Melayu Baku dan bahasa Melayu yang indah dalam
kalangan murid-murid sekolah menengah khasnya.

3.0

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
3.1 Sasaran

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

33

BICARA BERIRAMA SEKOLAH RENDAH


PANDUAN PENGHAKIMAN

Pertandingan ini terbuka untuk murid sekolah rendah (Tahun 3 hingga 6) sahaja. Setiap kumpulan / pasukan
mestilah dari sekolah yang sama. Digalakkan penyertaan berbilang kaum.
3.2 Masa
Persembahan hanya dihadkan selama 12 hingga 15 minit.

3.3 Kumpulan
Setiap kumpulan/ pasukan mestilah berjumlah 27- 30 orang ( termasuk seorang konduktor ). Setiap kumpulan
/ pasukan mestilah diiringi oleh 3 orang guru pengiring.
3.4 Teks/ Skrip
Skrip adalah bertema sama ada dalam puisi atau prosa. Skrip mestilah dikarang / reka sendiri dan autentik.
Setiap pasukan TIDAK DIBENARKAN membaca atau merujuk nota / teks / bahan bercetak dan bertulis
semasa membuat persembahan. Skrip yang dikarang / reka mestilah tidak menyentuh isu-isu sensitif seperti
agama, kaum, budaya dan peribadi seseorang. Skrip yang dikarang hendaklah dihantar kepada penganjur
selewat-lewatnya dua (2) minggu sebelum pertandingan.
3.5 Pakaian
Semua peserta mesti memakai pakaian seragam yang mengikut tema pertandingan yang akan ditetapkan.
Hanya konduktor dibenarkan memakai sarung tangan putih.
3.6 Alatan
Penggunaan mikrofon adalah tidak digalakkan. Sekiranya ada, mikrofon tersebut hendaklah diletakkan dua
(2) meter daripada peserta.
3.7 Sokongan

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

34

BICARA BERIRAMA SEKOLAH RENDAH


PANDUAN PENGHAKIMAN

Sebarang alatan/ sokongan seperti muzik, nyanyian, lakonan, berdrama, prop, bahan latar yang bertujuan
untuk membantu persembahan, latar bunyi sama ada dalam bentuk elektronik, bercetak atau bertulis tidak
dibenarkan. Gerakan fizikal dibenarkan tetapi peserta tidak dibenarkan membuat langkahan ke sebarang arah.
3.8 Pentas
Susunan pasukan di pentas adalah bebas mengikut kreativiti pasukan masing-masing. Susunan yang
dbenarkan tidak melebihi tiga baris. Susunan pasukan 3 tetingkat baris dibenarkan. (Peraturan pergerakan
masih kekal seperti di atas).
4.0

LARANGAN
Peniruan bunyi dan suara dibenarkan tetapi tidak menyentuh sensitiviti kaum, agama dan budaya masyarakat
Malaysia secara langsung

5.0 KRITERIA PENGHAKIMAN


5.1 Persembahan Ujaran (30 markah)
Kejelasan, ketepatan dan keseragaman kata, frasa atau ungkapan dengan intonasi, rima dan irama yang sesuai.
5.2 Keseragaman Persembahan (15 markah)
Formasi berbentuk objek dan pergerakan.
5.3 Kreativiti (10 markah)
Kesesuaian, kepelbagaian dan keselarasan suara dan gerak yang bermakna.
5.4 Kesan Bunyi (5 markah)
Bunyi gerakan fizikal seperti tepuk tangan, petikan jari, hentakan kaki dan lain-lain lagi.
5.5 Penghayatan (10 markah)

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

35

BICARA BERIRAMA SEKOLAH RENDAH


PANDUAN PENGHAKIMAN

Ekspresi mimik muka dan bahasa tubuh.


5.6 Tempo dan Ritma (10 markah)
Sela masa yang tetap dan dalam bentuk kumpulan, Jeda antara segmen, Ad-lib (sahut-menyahut) antara
SUARA SOLO dan SUARA RAMAI.
5.7 Konduktor (20 markah)
Keselarasan gerak tangan, mimik muka, tempo dan kepimpinan.
5.8 Penalti (tolak 10 markah)
Sekiranya menyentuh isi-isu yang dinyatakan dalam syarat-syarat
pertandingan, membawa dan menggunakan bahan sokongan, melebihi had masa atau kurang 5 minit dan
persembahan yang keterlaluan.
5.9 Skrip
5.9.1 Tema/ Mesej (10 markah)
Isi yang bernas, sesuai dan jelas mengikut tema dan mencapai kehendak audiens.
5.9.2 Bahasa ( 40 markah)
Baku dan gramatis. Penggunaan kata, frasa dan ungkapan. Bahasa percakapan (dialog) yang
digunakan sesuai. Penggunaan bahasa bombastik dan dialek tidak digalakkan.

5.9.3 Cerita (30 markah)


Ada kesinambungan cerita. Jalan cerita jelas dan menampakkan keaslian (originality). Arahan
dalam skrip dinyatakan dengan jelas dan difahami.

5.9.4 Watak (10 markah)

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

36

BICARA BERIRAMA SEKOLAH RENDAH


PANDUAN PENGHAKIMAN

Mempunyai watak SUARA SOLO dan SUARA RAMAI.


Kesesuaian penampilan watak dengan ujaran.
5.9.5 Kreativiti (5 markah)
Mempunyai unsur kecindan untuk melengkapkan jalan cerita,
Menggunakan frasa ujaran tertentu yang biasa didengar khalayak dan sesuai dengan tema.
5.9.6 Markah Bonus (5 markah)
Memperaga dan mempersembahkan skrip untuk memperlihat kesungguhan pasukan.
Menyediakan sinopsis atau kandungan dalam skrip.

6.0

KEPUTUSAN HAKIM ADALAH MUKTAMAD

7.0

HAL- HAL LAIN


Bagi perkara-perkara yang tidak dinyatakan dalam syarat pertandingan pihak Jawatankuasa Pengelola
Pertandingan berhak untuk membuat keputusan dan setiap keputusan adalah muktamad.

9.0

AM
Sebarang pindaan adalah tertakluk kepada Bahagian Kokurikulum dan Kesenian Kementerian Pelajaran
Malaysia

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

37

BICARA BERIRAMA SEKOLAH RENDAH


PANDUAN PENGHAKIMAN

BORANG MARKAH PERSEMBAHAN


BICARA BERIRAMA SEKOLAH RENDAH
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Pasukan
Nombor

Ujaran
(30
markah)

Keseragaman
Persembahan
(15 markah)

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Kreativiti
(10
markah)

Tempo dan
Ritma
(10 markah)

Penghayatan
(10 markah)

Kesan
bunyi
(5
markah)

Penalti
(-10
markah)

Jumlah
Markah

Masa
Persembahan

38

BICARA BERIRAMA SEKOLAH RENDAH


PANDUAN PENGHAKIMAN

Nama Hakim ___________________________________ Tandatangan _______________ Tarikh :_______________


BORANG MARKAH SKRIP
PERTANDINGAN BICARA BERIRAMA SEKOLAH RENDAH
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Pasukan
Nombor

Tema/Mesej
(10 markah)

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Bahasa
(40
markah)

Cerita
(30
markah)

Watak
(10
markah)

Kreativiti
(5 markah)

Markah
Bonus
(5
markah)

Jumlah
Markah

39

BICARA BERIRAMA SEKOLAH RENDAH


PANDUAN PENGHAKIMAN

Nama Hakim ___________________________________ Tandatangan __________________ Tarikh :___________

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

40

BICARA BERIRAMA SEKOLAH RENDAH

CATATAN MASA
BICARA BERIRAMA
SEKOLAH RENDAH MALAYSIA
KUMPULAN : _____________________________

PASUKAN

MASA DIAMBIL

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16

NAMA PENJAGA MASA : ____________________ TARIKH : _____________

TANDATANGAN :________________________

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

29

BICARA BERIRAMA SEKOLAH RENDAH

KIRAAN KEDUDUKAN
BICARA BERIRAMA
SEKOLAH RENDAH MALAYSIA

PERINGKAT : ________________

KEDUDUKAN

MASA

HAKIM
1

HAKIM
2

HAKIM
3

HAKIM
4

HAKIM
5

KEDUDUKAN
TEMPAT

1
2
3
4

NAMA KETUA HAKIM: _______________________


TANDATANGAN:__________

NAMA DAN TANDATANGAN HAKIM

HAKIM 1 : __________________________

TANDATANGAN : _________

HAKIM 2 : __________________________

TANDATANGAN : _________

HAKIM 3 : __________________________

TANDATANGAN : _________

HAKIM 4 : __________________________

TANDATANGAN : _________

TARIKH : ________________

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

30

BICARA BERIRAMA SEKOLAH RENDAH

KONDUKTOR TERBAIK

BICARA BERIRAMA
SEKOLAH RENDAH MALAYSIA
Panduan Pemarkahan
Markah
Penuh
20

Sangat
Lemah
1- 4

Lemah

Sederhana

Baik

Cemerlang

5- 8

9- 12

13 - 16

17 - 20

Kepimpinan
(5 markah)

Jumlah

BORANG MARKAH

Nombor
Pasukan

Keselarasan
Gerak
Tangan
(5 markah)

Mimik
Muka
(5 markah)

Kawalan
Tempo
(5 markah)

Nama Hakim : ____________________________ Tandatangan : _______

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

31

BICARA BERIRAMA SEKOLAH RENDAH

BICARA BERIRAMA
BIL

SUKATAN PEMBELAJARAN
Tema cerita
- Isu semasa, persekitaran, kemasyarakatan,
sains, dll
Unsur bahasa / seni yang digabungkan

3.1

Konsep

Berdialog, menyusun kata/frasa, bertutur dengan


betul, menyampaikan mesej dan menghafal skrip

Seni bercerita, seni muzik, seni suara, seni


peniruan suara, seni lakon, seni dramatisasi
(dramatik), seni pergerakan kreatif

Kerangka cerita / jalan cerita /masa


- Mengingati cerita/jalan cerita
Kesinambungan / pertautan idea
- Jalinan antara idea mengikut segmen
3.2

Cerita/Skrip

Ketepatan dialog / bermakna


- Berdasarkan tema, suara solo dan suara
beramai-ramai
Bahasa (ringkas, padat, bermesej)
Tema yang jelas
Kesesuaian
- Pelbagai jenis nada dalam penceritaan dan
penyampaian

3.3

Melodi

Suara / suara latar


- Kawalan suara, lontaran suara, kejelasan
sebutan, suara dalam atau suara luaran
Sebutan / nada / intonasi (BERIRAMA)
Korus = sekumpulan peserta yang menyanyi
bersama-sama dalam sesuatu persembahan
- ditekankan keseragaman persembahan

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

32

BICARA BERIRAMA SEKOLAH RENDAH

ad lib (sahut-menyahut) suara solo (soloist)


- nada suara yang lantang
Kepelbagaian irama
- Tempo muzik berentak perlahan atau cepat
- Kata dan frasa yang puitis
Tempo / jeda
- Berdasarkan ujaran kata atau dialog serta
ekspresi emosi
Susunan cerita
- Berplot (pengenalan, perkembangan,
klimaks dan kesudahan cerita)
Kesatuan dan harmoni
- Keseragaman korus, melodi dan irama
Keseragaman keseluruhan
- Suara ramai, suara solo dan konduktor

3.4

Teknik
Penyampaian

Kreativiti
- Bahasa badan dan bergantung pada arahan
konduktor
Ekspresi
- Mimik muka terhad kepada ujaran kata
atau frasa
- Sorotan mata dan lirikan mata
- Suara tinggi, rendah dan lantang
- Bunyi selingan muzik atau kesan bunyi
- Penghayatan watak
Unsur kecindanan (kata-kata atau perlakuan
yang berunsur jenaka yang tidak keterlaluan)
- Rujuk situasi dalam cerita, dialek, peniruan
bunyi atau suara watak tertentu
Kesesuaian gerak
- Disiplin bahasa badan (dari paras pinggang
ke kepala)

3.5

Gerak Kreatif

Gerak yang bermakna (fungsi)


- Memberi kesan kepada mesej
menggunakan kata dan frasa
Keseragaman gerak
- Arahan daripada konduktor menggunakan

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

33

BICARA BERIRAMA SEKOLAH RENDAH

isyarat tangan dan mimik muka


Bentuk-bentuk gerak (formasi)
- Gerakan statik, gerakan memukau, gerakan
bermakna serta kreatif
Kesinambungan dan keselarasan
- Menyesuaikan lirik
Peserta
- Suara solo dan suara beramai-ramai
Muzik
- Muzik latar
Kesan bunyi
- Terhad dan disesuaikan mengikut situasi
yang diwujudkan

3.6

Teknikal

Alat / props
- CD, DVD, buku rujukan, rakaman video,
dll
Pencahayaan
- Lampu sorot dan lampu limpah jika
diadakan di dalam dewan
Konduktor
- Memahami kerangka cerita
- Mencipta gerak tangan dan mimik muka
mengikut situasi serta segmen
- Mengawal tempo, ad lib, melodi dan
ujaran frasa
- Berdiri tegak di hadapan kumpulan

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

34

Anda mungkin juga menyukai