Anda di halaman 1dari 10

Pembangunan kurikulum merupakan satu proses yang dinamik dan berterusan.

Kurikulum
sekolah rendah mula diperkenalkan pada tahun 1983 dengan menggunakan nama Kurikulum
Baru Sekolah Rendah. Pada tahun 1993, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)
diperkenalkan. KBSR disemak semula pada tahun 2003 kerana dasar Pengajaran dan
Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). KBSR (semakan) telah
digubal semula menjadi Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) selaras dengan teras
kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP).
Semua sekolah rendah di Malaysia akan menggunakan satu kurikulum baru yang
dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Kurikulum ini akan
dijalankan secara berperingkat di seluruh Malaysia bagi murid Tahun Satu 2011. Ia selaras
dengan perkembangan dan permintaan semasa yang menuntut modal insan yang lebih
berkualiti sejajar dengan zaman yang serba maju dan mampu bersaing di peringkat
global. Proses pengajaran dan pembelajaran akan menggunakan modul yang akan
menggantikan buku teks.
Guru-guru yang telah dilatih untuk melaksanakan KSSR dan ianya diharapkan dapat
meningkatkan penguasaan murid-murid sekolah rendah khususnya dalam Bahasa Melayu
dan Bahasa Inggeris. Kurikulum berbentuk modular itu akan memberi peluang kepada
semua pelajar melalui proses pembelajaran mengikut kemampuan sendiri. Ia juga memupuk
sikap bertanggungjawab terhadap pembelajaran sendiri menerusi aktiviti eksplorasi yang
boleh menyerlahkan potensi mereka. Kurikulum itu akan menekankan kreativiti, inovasi dan
keusahawanan merentasi semua mata pelajaran. Sebagai usaha membentuk pelajar seimbang
dari segi akademik dan kesukanan, kurikulum baharu akan menjadikan sukan sebagai subjek
mata pelajaran.

DEFINISI
Kurikulum
Menurut Ornstein dan Hunkin (1988), kurikulum merupakan satu rancangan tindakan
atau satu dokumen bertulis yang mengandungi strategi untuk mencapai matlamat yang
dihajati. Manakala menurut Mohd Daud (1995), kurikulum ialah satu budaya atau ilmu
pengetahuan untuk memandu guru mengajar kumpulan murid tertentu. Kamus Dewan edisi
keempat pula mentakrifkan kurikulum sebagai skop dan isi kandungan sesuatu mata
pelajaran di sekolah atau senarai kesemua mata pelajaran di sekolah.
Standard

Standard pula ditakrifkan oleh Kamus Dewan edisi keempat sebagai sesuatu yang
dapat diterima (diiktiraf) dan dijadikan dasar untuk mengukur sesuatu yang lain.
Transformasi Kurikulum
Dalam konteks transformasi kurikulum, transformasi membawa maksud proses
melakukan satu bentuk perubahan yang holistik berdasarkan kurikulum persekolahan sedia
ada dengan mengambil kira keperluan-keperluan perubahan kepada aspek asas kurikulum:
struktur kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan kurikulum dan
pengurusan sekolah
KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH (KBSR)
Matlamat KBSR
Matlamat pendidikan sekolah rendah adalah untuk memastikan perkembangan potensi murid
secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek intelek,
rohani, emosi dan jasmani bagi melahirkan insan yang seimbang,harmonis dan berakhlak
mulia.
Objektif KBSR
Bagi mencapai matlamat
untuk membolehkan murid:

tersebut,

pendidikan

di

peringkat

rendah

bertujuan

1. Menguasai bahasa Melayu sesuai dengan kedudukannya sebagai Bahasa


Kebangsaan
dan bahasa rasmi negara;
2. Menguasai kemahiran asas berbahasa iaitu bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa
pengantar sekolah;
3. Menguasai asas yang kukuh dalam kemahiran mengira dan menggunakannya dalam
menyelesaikan masalah harian;
4. Menguasai kemahiran belajar;
5. Menguasai kemahiran berfikir;
6. Bertutur, membaca, menulis dan memahami bahasa Inggeris selaras dengan
kedudukannya sebagai bahasa kedua;
7. Memperolehi ilmu pengetahuan dan berusaha menambahnya;
8. Membina daya kepimpinan dan daya keyakinan diri;
9. Mempunyai pengetahuan, kefahaman, minat serta kepekaan terhadap manusia dan alam
sekitar;
10. Menguasai kemahiran sainstifik dan teknikal;

11. Memahami, meminati, menikmati dan menyertai aktiviti-aktiviti amal, kesenian dan
rekreasi dalam lingkungan kebudayaan nasional;
12. Menjaga kesihatan dan kecergasan diri;
13. Menguasai kemahiran serta membina minat dan sikap yang positif terhadap
keusahawanan dan produktiviti;
14. Menguasai kemahiran membaca, menghafaz dan memahami pengertian ayat-ayat
tertentu dalam Al-Quran bagi murid Islam;
15. Menyakini asas-asas keimanan, mengerjakan amal ibadat dan mengamalkan akhlak mulia;
16. Membina semangat patriotisme;
17. Mengembangkan bakat dan kreativiti; dan.
18. Mengamalkan sikap dan perlakuan yang berpandukan nilai murni yang menjadikannya
asas bagi amalan hidup
Penekanan Dalam KBSR
Penekanan utama ialah Kemahiran Asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.
Aspek yang terkandung dalam kemahiran asas ialah 3M ialah kemahiran pertuturan,
pendengaran, pembacaan, penulisan serta amalan dalam penggunaan empat operasi
matematik iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi. Penyerapan nilai-nilai murni dilakukan
secara menyeluruh melalui semua mata pelajaran. Bagi mata pelajaran Agama Islam,
pengajaran nilai-nilai murni dijalankan secara khusus. Penekanan Dan Tumpuan KBSR ialah
seperti kemahiran asas 3M (Meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan
menulis), kemahiran berfikir, nilai merentas kurikulum, bahasa merentas kurikulum,
Patriotisme merentas kurikulum, strategi P&P yang berpusatkan murid, penilaian berterusan
serta pemulihan dan pengayaan.
Konsep Bersepadu
Unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai digabungkan supaya wujud kesepaduan dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Ianya merangkumi aspek teori dan amali serta nilai
murni bagi melahirkan insan yang seimbang. Pembelajaran di bilik darjah diperkukuhkan
melalui kokurikulum.
Strategi Pengajaran dan Pembelajaran
Dalam menjalankan pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan kepada murid,
seseorang guru seharusnya mewujudkan suasana persekitaran yang merangsang
pembelajaran melalui kemudahan fizikal kelas iaitu dengan menyediakan ruang untuk
pembelajaran yang selesa, sudut pembelajaran dilengkapkan dengan bahan yang interaktif,
ruang pameran hasil kerja, bahan rujukan untuk penggunaan murid, bahan pembelajaran
yang mencabar daya pemikiran.

Dari segi aspek emosi sosial pula bijak dalam penggunaan bahasa yang mesra,
keupayaan guru memahami muridnya dan mempelbagaikan penggunaan teknik. Selain itu
guru juga haruslah mengamalkan prinsip-prinsip tertentu dalam proses pengajaran dan
pembelajaran seperti dengan melibatkan murid secara aktif, menjalankan penilaian yang
berterusan, mewujudkan peluang murid menilai kerja mereka, melatih murid meneroka
pelbagai cara dalam menyelesaikan tugasan,
Memberi peluang murid mendapatkan
pengalaman yang berulang kali dalam situasi yang berlainan, menyediakan suasana
pembelajaran yang menggalakkan murid membuat keputusan secara rasional, memberikan
penghargaan di atas usaha murid supaya dapat membantu dan membina sifat berani, yakin
dan dayajuang, melatih murid menguasai kemahiran belajar dalam kemahiran berfikir serta
mengambil tindakan segera terhadap masalah pembelajaran murid. Guru juga harus
menjalankan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran yang baik bagi menghasilkan pengajaran
dan pembelajaran yang lebih bermakna, berkesan dan menyeronokkan guru hendaklah
menggunakan kaedah yang melibatkan murid secara aktif.
Guru boleh mengelolakan secara kelas, kumpulan, berpasangan atau pun individu.
Pembentukan kumpulan berdasarkan kepada
kebolehan murid yang hampir-hampir
sama ataupun kepada kebolehan yang pelbagai. Pelbagai kaedah boleh dijalankan melalui
aktiviti seperti ,simulasi, lakonan, permainan, tunjuk ajar, lawatan, bercerita, projek,
sumbangsaran, main peranan dan pidato.
Penilaian
Penilaian formatif ialah penilaian sepanjang masa. Penilaian sumatif dijalankan di
akhir sesuatu tempoh pembelajaran

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR).


KSSR merupakan satu transformasi pendidikan, iaitu proses melakukan satu bentuk
perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan
perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran,
bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah.
KSSR mula dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2011. Menurut Ketua
Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, KSSR tidak menggantikan
tetapi seiringan dengan KBSR.
KSSR membahagikan mata pelajaran kepada tiga modul iaitu Modul Asas Teras,
Modul Asas Tema dan Modul Asas Elektif. Modul Asas Teras merangkumi mata pelajaran

Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Matematik,


Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Modul Asas Tema pula terdiri daripada
Dunia Sains dan Teknologi, Malaysia Negaraku serta Seni Visual dan Muzik. Modul Asas
Elektif pula pilihan bahasa seperti Bahasa Tamil, Bahasa Cina atau Bahasa Arab.
Tahap satu sekolah rendah (tahun 1 hingga 3) akan tertumpu kepada penguasaan 4M
(membaca, menulis, mengira dan menaakul) serta kemahiran asas teknologi komunikasi dan
maklumat (ICT), perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sikap dan nilai.
Sementara tahap dua sekolah rendah (tahun 4 hingga 6) akan tertumpu kepada pengukuhan
dan aplikasi 4M, kemahiran asas ICT, perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, sikap
dan nilai.
PERSAMAAN KBSR DENGAN KSSR
Prinsip KBSR & KSSR
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ( KBSR ) digubal berlandaskan prinsip-prinsip
yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Antara kandungan prinsip KBSR ialah
pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, pendidikan yang sama
untuk semua murid, pendidikan seumur hidup. Selain itu, murid sekolah rendah lazimnya
mudah memperolehi ilmu dan kemahiran melalui aktiviti kemahiran dibilik darjah
berbanding dengan pengalaman hidup mereka, justeru semua aktiviti pembelajaran harus
dihubungkaitkan dengan pengalaman hidup mengikut peringkat. Suasana kondusif sekolah
adalah untuk memberi peluang dan galakkan interaksi sosial, bertukar pendapat dan
kerjasama dalam kalangan murid sekolah rendah. Aktiviti dibilik darjah harus membolehkan
murid mengembangkan pemikiran kritis dan kreatif serta melibatkan diri mereka secara aktif
dalam proses menguasai kemahiran asas selain aktiviti organisasi dan pengurusan bilik darjah
perlu fleksibel. KBSR juga memberi penekanan kepada nilai yang merentas kurikulum sedia
ada. Penguasaan kemahiran 3M iaitu kemahiran membaca, menulis dan mengira diterapkan
dalam kalangan murid-murid sekolah rendah. Akhir sekali, penilaian perlu diintergrasikan
dalam semua aktiviti pembelajaran dalam bilik darjah untuk mengukur tahap kefahaman dan
penguasaan murid-murid.
Transformasi kurikulum persekolahan merupakan usaha menyusun semula dan
menambah baik kurikulum sedia ada bagi memastikan murid dibekalkan dengan
pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa bagi menghadapi
cabaran abad ke-21. Dalam proses transformasi kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia
telah membuat penanda arasan dengan kurikulum negara maju bagi memastikan kurikulum
persekolahan kebangsaan setanding dengan pendidikan global. Melalui transformasi
kurikulum, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) diperkukuhkan serta ditambah
baik dan dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Dengan

berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPN) dan mengekalkan prinsip KBSR,


penambahbaikan dilakukan kepada reka bentuk,organisasi, pedagogi, penegasan kurikulum,
peruntukan masa dan pengurusan kurikulum untuk membangunkan KSSR. KSSR
dilaksanakan secara berperingkat mulai 2011 bermula dengan Tahun 1 disemua sekolah
rendah seluruh negara. Menurut Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimuddin
Mohd Dom, KSSR tidak menggantikan tetapi seiringan dengan KBSR. KSSR mempunyai
empat prinsip iaitu pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh,
pendidikan yang sama untuk semua murid dan pendidikan seumur hidup. Prinsip KSSR
adalah berasaskan prinsip KBSR. Disamping itu, KSSR menyepadukan beberapa disiplin ilmu
untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran (P & P) lebih menarik, menyeronokkan dan
bermakna.
KSSR merupakan satu transformasi pendidikan, iaitu proses melakukan satu bentuk
perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan
perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran,
bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah.
Strategi Pengajaran dan Pembelajaran
KBSR menjalankan strategi pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang berpusatkan
kepada murid, seseorang guru seharusnya mewujudkan suasana persekitaran yang dapat
merangsang pembelajaran. Antara strategi yang boleh diambil kira ialah faktor Kemudahan
fizikal kelas. Jika dapat memujudkan ruang pembelajaran yang selesa serta sudut
pembelajaran dilengkapkan dengan bahan yang interaktif, dapatlah murid-murid menjadi
bersemangat untuk belajar didalam bilik darjah. Ruang pameran hasil kerja murid-murid
seperti bahan pembentangan dan nota-nota ringkas yang diberikan guru bolehlah disediakan
di dalam bilik darjah untuk dijadikan bahan rujukan untuk penggunaan murid. Bahan-bahan
rujukan tersebut mestilah bahan pembelajaran yang mencabar daya pemikiran murid-murid.
Aspek sosioemosi mestilah diterapkan oleh guru kepada murid-murid seperti penggunaan
bahasa yang mesra, keupayaan guru memahami muridnya serta penggunaan teknik yang
pelbagai dapat menjadi perangsang kepada murid-murid untuk teus belajar. Selain itu, guru
hendaklah mengamalkan prinsip-prinsip tertentu dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Antaranya ialah guru hendaklah melibatkan murid secara aktif dalam P&P di dalam kelas
selain menjalankan penilaian yang berterusan serta mewujudkan peluang murid menilai kerja
mereka. Guru juga hendaklah membimbing serta melatih murid meneroka pelbagai cara
dalam menyelesaikan tugasan dan juga memberi peluang kepada murid mendapatkan
pengalaman yang berulang kali dalam situasi yang berlainan. Menyediakan suasana
pembelajaran yang menggalakkan murid membuat keputusan secara rasional juga
merupakan prinsip-prinsip P&P yang mesti guru laksanakan dalam KBSR. Guru juga
hendaklah memberikan penghargaan di atas usaha murid supaya dapat membantu dan
membina sifat berani, yakin dan daya juang serta melatih murid menguasai kemahiran

belajar dalam kemahiran berfikir. Guru hendaklah mengambil tindakan segera terhadap
masalah pembelajaran murid agar murid terrsebut dapat membuat keputusan yang tepat
untuk menyelesaikan masalah mereka.
Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran juga antara strategi P&P dalam KBSR. Bagi
menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang lebih bermakna, berkesan dan
menyeronokkan guru hendaklah menggunakan kaedah yang melibatkan murid secara
aktif. Guru boleh mengelolakan secara kelas, kumpulan, berpasangan atau pun
individu. Pembentukan kumpulan berdasarkan kepada kebolehan murid yang hampir-hampir
sama ataupun kepada kebolehan yang pelbagai. Pelbagai kaedah boleh dijalankan melalui
aktiviti berkumpulan seperti simulasi, lakonan, permainan, danprojek. Aktiviti individu
seperti bercerita, sumbangsaran, main peranan dan berpidato sangat sesuai untuk melatih
murid membentuk keyakinan diri dan mencungkil bakat yang ada.
Bagi KSSR pula Strategi pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah rendah
menekankan penggabungjalinan, penyerapan, penilaian, pengayaan, dan pemulihan. Ini
selaras dengan usaha memenuhi konsep bersepadu dalam Falsafah Pendidikan Negara.
Namun demikian, guru-guru adalah digalakkan untuk menggunakan pelbagai kaedah
mengajar yang sesuai dengan kebolehan murid. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
adalah bergantung kepada pengolahan teknik dan penggunaan bahan bantu mengajar yang
dapat merangsang dan menggalakkan murid-murid berkomunikasi, berinteraksi, dan berfikir.
Ia adalah sama dengan strategi yang digunakan dalam KBSR. Selain itu, Strategi yang
digunakan juga adalah pendekatan berpusatkan murid iaitu sesuatu P&P itu haruslah
berpusatkan murid bagi membolehkan mereka berinteraksi dan menguasai kemahiran belajar
melalui pengalaman sendiri. Di dalam KSSR juga proses pengajaran dan pembelajaran
sekolah rendah menggalakkan penggunaan pelbagai kaedah mengajar atau lebih dikenali
sebagai kepelbagaian teknik. Pengajaran dan pembelajaran juga perlulah bertema ia adalah
bagi membolehkan murid menyerap pelbagai ilmu dan disiplin lain. Bagi tujuan ini
perancangan dan penentuan tema pengajaran meliputi pelbagai bidang ilmu, hal persendirian
dan isu kemasyarakatan, menghargai warisan, mengcungkil daya kreativiti dan inovasi dalam
diri murid serta isu-isu semasa.
Kurikulum standard menegaskan penggunaan pelbagai pendekatan pengajaran dan
pembelajaran seperti hands-on learning, pembelajaran melalui bermain, inkuiri, penemuan,
pembelajaran berasaskan projek, pembelajaran luar bilikdarjah, pembelajaran secara
kontekstual, pembelajaran secara konstruktivisme, dan juga pembelajaran masteri.
Pendekatan yang digunakan mestilah memberi peluang pembelajaran yang tidak terhad
kepada murid dan juga mengambil kira kepelbagaian kecerdasan murid.
PERBEZAAN KBSR DENGAN KSSR

Kaedah Pentaksiran
Menurut Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Bukit Maluri, Saadun Kasim
yang merupakan Yang Di Pertua Majlis Guru Besar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,
pembaharuan yang diperkenalkan KSSR adalah Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan
(SPPK). SPPK bermatlamat untuk mengurangkan tekanan peperiksaan awam, memperkukuh
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), memperbaiki pembelajaran murid, pentaksiran
holistik dan berterusan serta membina modal insan dengan lebih berkesan. Terdapat lima
kaedah pentaksiran yang dilaksanakan melalui SPPK iaitu pentaksiran aktiviti jasmani, sukan
dan kokurikulum, pentaksiran sekolah, pentaksiran psikometrik, peperiksaan pusat serta
pentaksiran pusat.
Di bawah pentaksiran sekolah, setiap sekolah bertanggungjawab melaksanakan sistem
pentaksiran sendiri yang dirancang dan diperiksa guru membabitkan murid, ibu bapa dan
organisasi luar. Pentaksiran sekolah dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu pentaksiran
formatif dan pentaksiran sumatif.
Pentaksiran formatif membabitkan proses sepanjang pembelajaran murid
menggunakan pelbagai kaedah dalam melapor maklumat selain membuat penilaian sama ada
bertulis atau verbal mengenai cara meningkatkan pembelajaran murid. Guru tidak dibenar
membandingkan murid serta meletakkan skala yang menunjukkan kedudukan mereka seperti
digunakan sebelum ini. Pentaksiran sumatif dilakukan pada hujung pembelajaran dengan
membuat
pertimbangan
dan
penilaian
prestasi
murid
dalam
meneruskan
pembelajaran. Maklumat itu dalam bentuk kualitatif atau kuantitatif mengikut standard
ditetapkan sekolah.
Kandungan KSSR
Terdapat perubahan berlaku pada semua mata pelajaran. Pendidikan seks diajar menerusi
Pendidikan Kesihatan di bawah Modul Teras Asas bagi tahap satu. Menurut Datu Dr Julaihi
Bujang, Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia,
pengetahuan mengenai pendidikan seks hanya mewakili 75 peratus daripada keseluruhan
pengisian kurikulum baru subjek berkenaan.
Enam tunjang yang menjadi teras pengisian pendidikan seks mencakupi perkembangan
manusia, perhubungan, perkahwinan dan kekeluargaan, kemahiran kendiri, kesihatan dan
tingkah laku seksual serta masyarakat dan budaya. Enam tunjang ini akan dilaksanankan
secara berperingkat bermula Tahun satu sehingga Tahun enam.
Menurut beliau lagi, perkembangan manusia mendedahkan murid mengenai pengetahuan
sistem reproduktif manusia, perhubungan pula menjurus mengenai kasih sayang dan

persahabatan. Murid turut didedahkan mengenai perkahwinan dan kekeluargaan yang


merangkumi tanggungjawab sebagai ibu bapa, manakal kebolehan dalam membuat keputusan
menjadi pengisian kepada tunjang kemahiran kendiri.
Kesihatan dan tingkah laku seksual membicarakan amalan seks sepanjang kehidupan, kaedah
mengelakkan hubungan seksual, fantasi, kehamilan, penyakit seksual berjangkit, HIV,
AIDS. Isu berkaitan seks dan perundangan pula dibincang di dalam tunjang masyarakat dan
budaya.
Selain daripada itu, mata pelajaran Matematik turut mengalami perubahan. Jika pada
peringkat KBSR konsep 3M (membaca, menulis, mengira) ditekankan, namun pada
pelaksanaan
KSSR,
konsep
4M
ditekankan
(membaca,
menulis,
mengira,
menaakul). Penaakulan merupakan asas penting untuk memahami matematik dengan lebih
berkesan dan menjadikan pengertian tentang matematik lebih bermakna. Penaakulan
berupaya mengembangkan kapasiti pemikiran logikal dan dan kapasiti pemikiran kritis.
Sebagai contoh, untuk topik Pecahan Tahun satu, murid diajar tentang konsep keseluruhan
bagi memastikan mereka memahami tentang konsep separuh dan suku. (Berita Harian, 30 jan
2011)
KESIMPULAN
Kehendak-kehendak kurikulum sekolah perlu dilaksanakan di semua sekolah.
Jawatankuasa kurikulum sekolah adalah sebuah jawatankuasa professional yang penting bagi
melaksanakan pencapaian matlamat kurikulum di sekolah supaya selaras dengan falsafah dan
matlamat pendidikan negara iaitu melahirkan insan yang seimbang dan kehendak-kehendak
kurikulum kebangsaan tidak dapat dilaksanakan dengan sepenuhnya dan menyeluruh kerana
terdapat beberapa kekangan yang masih menjadi penghalang utama kepada perlaksanaan ini.
Oleh itu, kerjasama pelbagai pihak amat diperlukan bagi mengatasi kekangan-kekangan yang
timbul. harmonis dari segi intelek, rohani, jasmani, dan emosi.
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) mendukung cita-cita murni dan unggul
dengan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan
bertujuan melahirkan murid yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani serta menyediakan mereka untuk menghadapi arus
globalisasi serta ekonomi berasaskan pengetahuan pada abad ke-21.
Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah adalah sangat bertepatan dan
sesuai pada masanya. Kali terakhir Kurikulum Pendidikan Malaysia mengalami perubahan
adalah pada tahun 2003, iaitu semakan semula Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah yang
telah dilaksanakan sejak 1993. Tambahan pula, jika merujuk kepada matlamat umum
pelaksanaan, KSSR adalah satu transformasi pendidikan, iaitu proses melakukan satu bentuk
perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan

perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran,


bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah.
Kejayaan transformasi kurikulum memerlukan komitmen menyeluruh daripada semua
pihak termasuklah pembuat dasar, pelaksana, pengurus kurikulum, ibu bapa seta pihak
berkepentingan. Hal ini kerana, kurikulum baru ini tidak akan memberi impak yang positif
jika pihak-pihak tersebut tidak bekerjasama. Kementerian Pelajaran Malaysia secara
berterusan menyemak kurikulum bagi memastikan pelaksanaan kurikulum di sekolah
melengkapkan murid dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk menghadapi cabaran
semasa dan masa depan.

Anda mungkin juga menyukai