Anda di halaman 1dari 1

BERITA HARIAN Rabu, 18 April 2007

Halaman Sebelas

BH PILIH L11 18 emel

PENERBITAN BERMUTU MASYARAKAT BERILMU

Gebang Pelita Bahasa


Oleh Abdul Razak Mohammad

enggunaan
majalah
bermutu sebagai bahan Pengajaran dan
Pembelajaran (P&P) di sekolahsekolah yang dilaksanakan di
seluruh Malaysia bertujuan
memenuhi objektif untuk meningkatkan pencapaian para pelajar di dalam bilik darjah. Selain
berfungsi sebagai bahan bacaan
dan ilmu tambahan, penggunaan
majalah di dalam bilik darjah juga
menyediakan pelbagai variasi
teknik dan pendekatan yang berbeza-beza untuk menarik minat
pelajar. Demikianlah isu utama
yang menjadi topik perbincangan
Majlis Gebang Pelita Bahasa yang
telah diadakan baru-baru ini di
SMK Bandar Baru Perda, Bukit
Mertajam, Pulau Pinang. Majlis
yang dihadiri lebih 80 orang
pelajar dan guru bahasa dari
tujuh buah sekolah sekitar Bukit
Mertajam dan Seberang Perai,
Pulau Pinang ini dianjurkan
oleh Dewan Bahasa dan Pustaka
Wilayah Utara (DBP Wilayah
Utara) dengan kerjasama SMK
Bandar Baru Perda yang bertindak sebagai tuan rumah.
Dalam sesi perbincangan itu,
pelajar digalakkan menggunakan
majalah bermutu dalam aspek
bahasa, terutamanya majalah terbitan DBP agar dapat memupuk
semangat cinta dan megah akan
bahasa kebangsaan. Beberapa

majalah yang digunakan oleh


para guru dan pelajar di dalam
bilik darjah ialah Dewan
Masyarakat, Dewan Siswa, Dewan
Pelajar dan Pelita Bahasa. Selain
itu, majlis turut membincangkan
kepentingan pelajar yang berilmu
dalam mengisi wawasan 2020 dan
mempersiapkan diri dalam usaha
membina negara bangsa dan membangunkan modal insan menerusi Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan (PIPP).
Dua pembicara yang dijemput
khas bagi mengupas isu tersebut
ialah Puan NorAini Abdullah,
guru bahasa dari Sekolah
Menengah Taman Perwira,
Permatang Tinggi dan Puan

Padilah Ali, Ketua Bahagian


Majalah, DBP Kuala Lumpur.
Majlis dipengerusikan oleh Puan
Zaiton Abu Samah, editor Dewan
Siswa. Majlis turut dihadiri oleh

Pengarah DBP Wilayah Utara,


Tuan Haji Arshad Rawian, dan
Pengetua SMK Bandar Baru
Perda, Encik Abdul Rashid Haji
Mansor.

(Dari kiri) PUAN Nor'aini Abdullah, Zaiton Abu Samah dan Puan Fadilah Ali.

PESERTA tekun ketika mengikuti perbincangan.

TERAMPIL MENGARANG Bersama

Profesor Dr. Awang Sariyan

Bagaimana Memperoleh Bahan Tulisan?

ukang masak tidak dapat


menyajikan hidangan tanpa
bahan untuk dimasak. Tukang
rumah tidak dapat bertukang dan
membina rumah tanpa bahan
binaan. Demikianlah juga, penulis
tidak mungkin dapat menghasilkan
tulisan tanpa bahan atau maklumat
untuk ditulis.
Kita berandaian bahawa semua
penulis perlu ada bahan, maklumat
atau idea untuk ditulis. Namun,
tidak semua penulis benar-benar
bersedia dengan bahan, maklumat
atau idea untuk ditulis. Tidak kira
peringkat apa dan dalam bidang apa,
masalah mempunyai bahan yang
cukup untuk ditulis bukan perkara
remeh. Di peringkat persekolahan
dan pengajian tinggi, sering timbul
masalah pelajar tidak dapat menulis
esei yang lengkap bahan atau maklumatnya. Tidak jarang juga bahan
yang ditulis tidak relevan dengan
tajuk atau soalan yang dijawab.
Dalam siri yang lebih awal, telah
saya tegaskan bahawa pemerolehan bahan merupakan salah satu
perkara yang perlu diberi perhatian dalam tahap prapenulisan atau
persediaan sebelum menulis. Bahan
yang dicari perlu dikaitkan dengan
bidang dan tajuk yang telah dipilih
atau diputuskan lebih awal. Dengan
demikian usaha mencari dan me-

ngumpulkan bahan akan berfokus.


Dapat dipastikan sumber yang sesuai dengan bidang dan tajuk yang
dipilih itu.
Pemerolehan bahan perlu dilakukan untuk menghasilkan tulisan
bentuk apa pun. Penulisan kreatif
pun tidak terkecuali kerana tidak
ada karya sastera yang baik yang
terhasil daripada sekadar khayalan.
Sasterawan Negara Datuk A. Samad
Said, misalnya, terkenal dengan
usaha yang amat gigih dalam menghimpunkan catatan berdasarkan
pemerhatian, fikiran dan komunikasi dengan orang lain. Begitu juga
halnya dengan pembacaan yang
luas. Beliau tidak menulis tanpa
bahan yang cukup dan mantap.
Sarjana yang menghasilkan tesis
atau disertasi bermula dengan
pemerolehan bahan, sama ada dengan melakukan penyelidikan di
lapangan mahupun di perpustakaan
atau kedua-duanya sekali. Penulis
berita atau wartawan menulis berita
berdasarkan bahan yang diperolehnya, sama ada berdasarkan majlis,
peristiwa, wawancara atau pemerhatiannya. Bagi calon peperiksaan,
esei yang ditulisnya didasarkan
pada fakta-fakta yang terkandung
dalam buku teks dan rujukan lain.
Singkatnya, dapat dikatakan bahawa
hampir semua bentuk tulisan atau

karangan perlu didasarkan pada


hasil kerja pemerolehan bahan.
Ada beberapa sumber bahan yang
dapat dimanfaatkan oleh penulis.
Yang pertama ialah bahan bercetak,
sama ada buku, majalah, akhbar,
buletin, atau dokumen. Daripada
bahan bercetak, anda dapat memperoleh fakta, sejarah sesuatu isu atau
perkara, situasi atau perkembangan terkini, perangkaan dan apaapa sahaja maklumat yang dapat
membantu anda menghuraikan
atau menghujahkan sesuatu dalam
tulisan anda.
Paling tidak, anda dapat mengetahui apa-apa yang telah ditulis orang
sebelum anda menulis isu tertentu.
Anda bukan sahaja dapat memanfaatkan maklumat yang ada dalam
bahan tersebut, bahkan dapat juga
membahaskannya daripada sudut
pandangan yang lain. Dengan demikian ilmu dapat berkembang dan
pertukaran fikiran dapat berlaku.
Yang kedua ialah bahan pandang
dengar atau kini lebih tepat dikatakan bahan multimedia. Banyak
sumber maklumat, ilmu, temuan,
idea dan sebagainya yang kini disalurkan melalui bahan multimedia,
misalnya CD, VCD, DVD, video, televisyen, radio, intranet dan internet.
Daripada satu sudut, kebanyakan
bahan dalam bentuk multimedia

lebih kemas kini dan mutakhir sifatnya. Hal ini membantu memperkuat
tulisan anda dalam konteks kekinian atau kesemasaannya.
Sumber yang ketiga ialah wawancara atau temu bual. Biografinya,
terutamanya, amat bergantung pada
sumber tersebut. Selain mewawancara tokoh yang diketengahkan,
anda perlu mewawancara tokohtokoh atau pihak-pihak lain yang
dapat melengkapkan bahan tentang
tokoh tersebut. Bahkan penulisan
tesis, laporan kajian, berita dan rencana pun banyak juga bergantung
pada sumber wawancara.
Seterusnya, bahan untuk menjadi
ramuan tulisan anda dapat anda
peroleh daripada kajian lapangan.
Kajian lapangan dapat dilakukan
dengan cara membuat tinjauan
dengan berasaskan soal selidik
yang diedarkan kepada subjek atau
responden. Kajian lapangan dapat
dilakukan juga dengan membuat
ujian, rakaman, temu bual dan juga
pemerhatian.
Jika anda berhasrat menjadi
penulis yang berkesan, berusahalah
melakukan pemerolehan bahan dengan mendalam dan teliti. Elakkan
menjadi penulis yang dikatakan
orang bercakap atau menulis di
atas angin, iaitu menulis tanpa asas
yang jitu.

PENGUMUMAN

Ingin Menulis Buku?


Oleh Zaharudin Abdul Rahman

ahagian Buku Teks, DBP


mempelawa guru sekolah
dan pensyarah yang berpengalaman untuk menulis
manuskrip buku sokongan pendidikan. Kandungan manuskrip
yang ditulis hendaklah mempuyai
ciri-ciri berikut:
Berfungsi sebagai bahan
pengayaan dan pengukuhan
yang dapat membantu guru, ibu
bapa dan pelajar dalam proses
Pengajaran dan Pembelajaran
(P&P).
Mengandungi maklumat yang
tepat, lebih padat dan terkini berbanding dengan kandungan yang
terdapat di dalam buku teks.
Memberikan tumpuan kepada pengkhususan sesuatu topik
dalam Huraian Sukatan Pelajaran
(HSP).
Menekankan aspek pemulihan, pengukuhan, dan pengayaan
sesuatu tajuk.
Membantu memudahkan kefahaman pelajar.
Menyediakan aktiviti alternatif yang dapat digunakan oleh
guru sebagai pilihan semasa sesi
P&P.
Memuatkan pelbagai soalan
yang memenuhi format peperiksaan.
Menerapkan nilai murni
yang dihasratkan oleh Dasar
Pendidikan Kebangsaan dan yang
bersesuaian dengan tajuk.
Memperjelas teknik atau kaedah P & P yang baharu dan terkini
yang disarankan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia.
Manuskrip boleh juga ditulis
secara bersiri. Manuskrip bersiri hendaklah mengandungi
sekurang-kurangnya tiga judul.
Semua judul perlu dirancang bersama-sama dengan editor DBP.
Untuk keterangan lanjut, sila
hubungi Encik Daud Hamid, di
talian 03-21481270 atau melalui emel daud2@dbp.gov.my.

PEMAKLUMAN
Pertandingan Forum Remaja 2007

alam memartabatkan bahasa


kebangsaan dan penggunaan
bahasa baku dalam sistem pendidikan negara, DBP dan Bahagian Sekolah
Kementerian Pelajaran Malaysia menganjurkan Pertandingan Forum Remaja.
Bagi negeri-negeri di Semenanjung,
pertandingan ini diadakan pada dua
peringkat, iaitu daerah dan negeri.
Di Sarawak, pertandingan diadakan
mengikut zon, bahagian serta negeri,
manakala di Sabah, pertandingan diadakan mengikut daerah, bahagian serta
negeri.
Pada tahun ini, sebanyak 16 pasukan
yang mewakili setiap negeri mengambil
bahagian. Pertandingan peringkat Wilayah
Persekutuan Labuan berlangsung pada 7
April, manakala peringkat negeri Pahang
berlangsung di daerah Rompin pada 18
April.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Siti
Ruzaiha Mohd Riffin di talian 03-2148 2894
atau layari laman web www.dbp.gov.my
emel: ruzaiha@dbp.gov.my.

Anda mungkin juga menyukai