Anda di halaman 1dari 7

Peta minda telah diperkenalkan oleh Tony Buzan pada tahun 1960-an sebagai kaedah

yang boleh membantu pelajar, mencatat nota dengan ringkas dan berkesan. Menurut
Subadrah (2001), penggunaan peta minda semakin penting sebagai satu kemahiran
mengorganisasi maklumat dan menghuraikan konsep atau objektif secara teratur.
Shahabudin Hashim, Mahani Razali dan Ramlah Jantan (2007) menyatakan, peta
minda membolehkan kita merangka, mencatat nota, merekodkan maklumat atau
peristiwa, merancang aktiviti atau membuat sesuatu persembahan. Peta minda yang
dibentuk biasanya pelbagai dan bergantung kepada kreativiti seseorang.

Peta minda merupakan kaedah yang berkesan untuk mendapatkan semua maklumat
daripada ingatan untuk ditukarkan menjadi bentuk yang boleh dilihat. Menurut Poh
Swee Hiang (2006), peta minda dibentuk berdasarkan bagaimana otak manusia
merakam dan memproses maklumat secara linear dan dalam masa yang sama
membuat pengelolaan yang menyeluruh seperti menghubungkait, membanding,
menganlisa dan sebagainya. Peta minda adalah kebiasaannya dibina di atas sehelai
kertas. Idea penting atau idea utama diletakkan di tengah-tengah pusat utama dan idea
lain yang berkaitan dikembangkan di luar idea utama dengan menggunakan pusat kecil,
garisan, bongkah geometri, imej, underlining, anak panah, warna dan sebagainya.

Peta minda juga boleh menjimatkan masa dalam mempelajari sesuatu mata pelajaran.
Dalam proses pembelajaran, seseorang murid itu perlulah menyusun strategi agar
segala isi pelajaran dapat diproses oleh otak dengan lebih mudah. Menurut Dilip
Mukerjea (1996), melalui peta minda seseorang itu dapat .... learn more, remember
more, use less paper, invest less effort ... yang membawa maksud penggunaan peta
minda dapat memperolehi ilmu pengetahuan yang lebih banyak, mempertingkatkan

daya ingatan tanpa merugikan terlalu banyak kertas serta tenaga.

Semasa membina peta minda, maklumat penting yang disusun dan dikelolakan dengan
cara keseluruhan. Susunan sedemikian dapat menghasilkan struktur pola yang kreatif
selaras dengan cara otak seseorang memproses maklumat. Penggunaan peta minda
lebih mudah untuk dirakamkan dalam ingatan jangka panjang. Poh Swee Hiang (2006)
berpendapat, peta minda membantu anda mencatat nota dengan pantas dan
mengelakkan pengulangan perkataan. Nota tersebut wujud sebagai satu gambaran
mental yang lengkap, bermakna dan senang diingati.

Penggunaan peta minda dalam mata pelajaran Kajian Tempatan boleh membantu
mencapai beberapa matlamat. Menurut Ab Fatah Hassan (1994), antaranya
mengorganisasi maklumat, membantu kepada pengekalan ingatan, membuat perkaitan
antara pengetahuan yang baru dengan pengetahuan sedia ada, membantu kepada
pengekalan konsep baru, memperjelas dan mengvisualisasikan struktur kognitif pelajar
dan menggalakkan kreativiti. Faktor tersebut juga boleh menarik minat murid terhadap
proses pengajaran dan pembelajaran guru.

Keberkesanan peta minda ini telah diakui oleh pelajar cemerlang SPM 2006, Nadia
Rohani Malik Panter-Brick, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Nurul
Ittifaq, Besut, Terengganu. Beliau mendapat pangkat 1A dalam kesemua 14 mata
pelajaran yang diambil dalam peperiksaan tersebut. Pejabat Pendidikan Daerah Besut
(23 Mac 2007) melaporkan, Nadia yang bercita-cita menjadi seorang doktor pakar
menggunakan kaedah peta minda Tony Buzan bagi memudahkannya mengulangkaji
dan menghafal pelajaran.

Sasterawan terkenal tanahair, A. Samad Said telah mengadakan pameran Daerah


Samad 100 lakaran oleh A. Samad Said di Galeri Petronas, Suria KLCC. Menurut
Johanna A. Sobrey (25 Jun 2007), manuskrip-manuskrip itu hasil tulisan tangan Pak
Samad sendiri berperanan sebagai peta minda yang mengungkapkan secara intim,
telus dan langsung sejarah pembentukkan karya-karya sasteranya dari mula sampai
tamat. Selanjutnya dijelaskan, disebalik tompokan dan garisan-garisan halus mahupun
cakaran liar, turut tersisip kata-kata puitis dan mesej mendalam yang meneropong
kehidupan, keadaan serta perkara yang berlaku di persekitaran dan pelbagai perkara
yang bermain di minda Pak Samad. Ini menunjukkan kelebihan penggunaan peta
minda dalam membuat catatan idea sebelum dikembangkan dalam bentuk penulisan
naratif.
1.5 Definisi Istilah

Menurut kamus dewan edisi keempat (2007), keberkesanan ialah perihal berkesan,
berkesannya (sesuatu tindakan, perubahan, dsb): sesuatu tindakan itu dapat dilihat
daripada hasil yang diperoleh sesudahnya: ujian pencapaian sekolah amatlah penting
dari segi menilai pengajaran dan pembelajaran KBSR.

Peta minda merupakan satu pembinaan yang dibuat di atas sehelai kertas, idea penting
diletakkan di tengah-tengah pusat utama dan idea lain yang berkaitan dikembangkan di
luar idea utama dengan menggunakan pusat kecil, garisan, bongkah geometri, warna
dan sebagainya.

1.6 KAJIAN DAN TEORI-TEORI BERKAITAN

i) Teori
Selain daripada bukti-bukti kejayaan penggunaan peta minda dalam pengajaran dan
pembelajaran, terdapat juga beberapa teori serta pandangan yang sesuai atau yang
menyokong penggunaan peta minda dapat memberi manfaat kepada proses
pembelajaran. Antaranya Teori Pembelajaran Gestalt /Kognitif, Teori Ausubel, dan
Teori Pelbagai Kecerdasan (Gardner). Ahli-ahli psikologi gestalt atau kognitif
berpendapat, dalam proses pembelajaran, pelajar membentuk struktur kognitif dalam
ingatannya. Ragbir Kaur (2006) menyatakan, setiap kali seseorang individu itu belajar,
dia akan menyusun segala pengalaman yang dipelajari dan menyimpannya di dalam
ingatan. Penggunaan peta minda adalah selari dengan pendapat mazhab gestalt yang
berpendapat bahawa setiap manusia mempunyai keupayaan mental untuk mengelola,
menyusun, menyimpan dan menggunakan semula segala pengalaman yang tersimpan
untuk membolehkan dia menghubungkaitkan pertalian antara pengalaman tersimpan
dengan masalah dihadapi.
David Ausubel seorang ahli psikologi kognitif yang menekankan penguasaan maklumat
melalui penggunaan bahasa yang bermakna. Menurut Ragbir Kaur (2006), maklumat
yang dipelajari secara bermakna dapat diingat dengan lebih lama berbanding dengan
apa yang dipelajari secara hafazan. Dr Ismail Zain (13 Jun 2005) Utusan Malaysia,
telah menyatakan pembelajaran secara hafalan tidak dapat membentuk insan yang
kritis dan kreatif, malah tidak sesuai dengan zaman yang serba maju ini. Selanjutnya
beliau berpendapat penggunaan peta minda dan pengurusan grafik adalah sesuai ke
arah memudahkan otak membuat analisis untuk menghasilkan sesuatu yang bermakna.

Gardner yang terkenal dengan teori kecerdasan pelbagai menyatakan bahawa


kecerdasan adalah kebolehan seseorang untuk menyelesaikan masalah. Menurut
Ramlan Hamzah dan Lily Mastura Harun (2006) dalam penyelesaian masalah terdapat
pelbagai cara bukan hanya tertumpu kepada satu cara tertentu sahaja dan Gardner
telah mengenalpasti sembilan jenis kecerdasan yang ada dalam diri individu. Dalam
proses pembelajaran menggunakan peta minda adalah amat sesuai terutamanya bagi
murid-murid yang mempunyai kecerdasan visual dan ruang, kecerdasan bahasa dan
kecerdasan interpersonal. Dalam sesuatu kumpulan pembelajaran yang dibentuk
mungkin terdapat ahli kumpulan yang berbeza kecerdasan. Perbezaan tersebut dapat
membantu murid-murid untuk menghasilkan peta minda yang kreatif dan asli.

ii) Kajian
Kajian-kajian berkaitan dengan penggunaan peta minda telah banyak dijalankan oleh
pengkaji-pengkaji di kalangan pendidik sendiri. Antaranya ialah Altablig bt Ali (2006),
Asma binti Ishak (2005), Rusilah Jais et. al (2004), dan Sim Ah Hock et.al (1997).

Altablig bt Ali (2006) telah menjalankan kajian tentang penggunaan peta minda dalam
mengingati konsep atau fakta sejarah ke atas 35 orang pelajar tingkatan 4 di Sekolah
Menengah Pekan Baru, Parit Buntar. Hasil dapatan kajian tersebut menunjukkan
pelajar yang berpencapaian sederhana telah meningkat sebanyak 60% manakala
pelajar yang lemah hanya 6% sahaja. Beliau merumuskan bahawa penggunaan peta
minda dapat membantu pelajar-pelajar sederhana mengingat fakta sejarah bagi
mendapat markah terutamanya dalam soalan struktur Kertas 2.

Asma binti Ishak (2005), telah menjalankan kajian ke atas 30 orang murid tahun 4 Arif

di Sekolah Kebangsaan Jelempok. Kajian beliau, penggunaan peta minda dapat


meningkatkan kemahiran mencatat nota. Dapatan kajian beliau menunjukkan berlaku
peningkatan kumpulan pencapaian tinggi dalam ujian pasca menjadi 40% berbanding
ujian pra 7%. Bagi kumpulan pencapaian rendah pula menurun kepada 3% dalam ujian
pasca berbanding 40% dalam ujian pra. Sehubungan itu beliau berpandangan bahawa
penggunaan peta minda dalam mencatat nota adalah berjaya.

Seterusnya Rusilah Jais et. al (2004) juga telah menjalankan kajian tentang
penggunaan peta minda bagi mata pelajaran matematik di kalangan pelajar
perakaunan. Kajian tersebut melibatkan seramai 158 responden di kalangan pelajarpelajar
matrikulasi.
Hasil
dapatan
kajian
tersebut
menunjukkan
berlakunya
peningkatan

pelajar

yang mendapat gred A sebanyak 26.6% dalam ujian pasca berbanding 7%


dalam ujian pra. Pelajar yang mendapat gred B juga meningkat daripada 7.6% dalam
ujian pra kepada 12% dalam ujian pasca. Bagi gred C menunjukkan penurunan peratus
dalam ujian pasca iaitu 3.2% berbanding 10.1% dalam ujian pra. Rusilah Jais et. al

(2004) merumuskan bahawa penggunaan peta minda dalam mata pelajaran matematik
adalah berkesan.