Anda di halaman 1dari 2

Saliran

Pola saliran
1.
Sistem saliran terbentuk di permukaan bumi apabila air hujan mengalir di atasnya.
2.
Terdapat beberapa jenis pola (corak) saliran seperti pola saliran reranting, jejala, sepunca(jejari), bawah
tanah, sejajar, bersirat, saliran darat.

Pola saliran reranting

Berbentuk seperti ranting pokok

Cawangan-cawangan sungai bercantam dengan sungai utama paa sudut kurang


dari sudut tepat

Terdapat kawasan yang mempunyai batuan yang sama kekerasan

Contoh: Sungai Pahang , Sungai Kelantan

Pola saliran jejala

Terdapat di kawasan yang mempunyai lapisan batuan keras dan batuan lembut secara berselang-seli

Anak-anak sungai mengalir dan menghakis lapisan batuan lembut

Cawangan-cawangan sungai memasuki sungai utama pada sudut tepat

Contoh: Sungai Perak

Pola saliran selari

Cawangan-cawangan sungai dan sungai utama mengalir secara selari atau hampir selari antara satu sama lain

Terdapat di cerun ceram

Contoh: Sungai Kinabatang

Pola saliran gegelang

Cawangan-cawangan sungai mengalir menurun dari puncak gunung dan bersantum dengan sungai utama di kawasan
tanah rendah

Anak-anak sungai yang baru pula akan memasuki cawangan-cawangan sungai

Pola saliran jejari

Berbentuk seperti jejari roda

Cawangan-cawangan sungai mengalir turun menghala ke semua arah dari kemuncak sebuah bukit atau gunung

Cawangan-cawangan sungai bercantum dengan sungai utama di kawasan rendah