Anda di halaman 1dari 11

ARKIB : 06/09/2009

Kanak-kanak berkeperluan khas

RAMAI orang yang


beranggapan bahawa
orang kurang upaya
(OKU) adalah terdiri
daripada mereka yang mempunyai
kecacatan fizikal seperti terencat akal,
cacat anggota, pekak , bisu dan buta.
Tidak ramai yang mengetahui bahawa
FAHAMI situasi kanak-kanak
kanak-kanak yang mengalami masalah
berkeperluan khas bagi mengelakkan
pembelajaran adalah sebahagian daripada
mereka dibelenggu masalah dalam
mereka yang dikategorikan sebagai OKU di
pelajaran di sekolah dan dalam kehidupan
bawah masalah pembelajaran.
seharian.
Secara amnya, terdapat enam kategori
keperluan khas di Malaysia yang layak didaftarkan di bawah Jabatan Kebajikan
Masyarakat (JKM) untuk mendapatkan kad OKU. Kategori tersebut ialah kurang upaya
pendengaran, penglihatan dan fizikal, cerebral palsi, masalah pembelajaran dan lainlain.
Di bawah kategori masalah pembelajaran ini adalah kumpulan kanak-kanak yang
mengalami lewat perkembangan (Global Developmental Delay) iaitu untuk kanak-kanak
yang berusia kurang dari 3 tahun, kanak-kanak Sindrom Down, autisma, kurang
tumpuan dan hiperaktif - lebih dikenali sebagai Attention Deficit Hyperactive Disorder
(ADHD), dan juga kanak-kanak terencat akal (Intellectual impairment) yang berumur
lebih dari 3 tahun.
Selain itu masalah pembelajaran spesifik seperti dyslexia (kesukaran dalam menulis,
mengeja dan membaca) dan dyscalculia (sukar mengira) juga termasuk dalam kategori
keperluan khas. Kebiasaannya, guru-guru berhadapan dengan kanak-kanak yang sukar
untuk mengikuti pembelajaran di sekolah dan sebahagian daripada mereka dilabelkan
sebagai bodoh, dungu, lembab dan nakal kerana tingkahlaku mereka yang kadang-kala
mengganggu kelas.

Ramai pelajar yang masih gagal menulis nama sendiri, tidak mengenal warna dan
bentuk, serta sering gagal melakukan kerja sekolah kerana tidak faham soalan dan
sebagainya. Ramai yang beranggapan sekiranya kanak-kanak ini tidak dapat
membaca, ianya adalah disebabkan mereka malas dan tidak minat belajar.
Kebanyakan mereka akan diletakkan di kelas terakhir dan diajar oleh guru-guru
pemulihan. Guru-guru akan membantu pelajar ini sedaya upaya agar mereka dapat
belajar seperti pelajar lain.
Sesungguhnya mengajar di kelas pemulihan memerlukan banyak kesabaran dan sedikit
peningkatan dalam pembelajaran kanak-kanak ini adalah satu kepuasan bagi guru-guru
ini. Pun begitu, ramai juga guru-guru yang kecewa setelah usaha mereka tidak
menampakkan hasil.
Ini adalah titik permulaan di mana pelajar-pelajar ini patut dirujuk kepada pakar psikiatri
untuk penilaian seterusnya.
Ramai yang tidak mengetahui dan ramai yang juga tertanya-tanya mengapa perlu
dirujuk kepada pakar psikiatri sedangkan anak-anak mereka normal dan tidak
mengalami penyakit mental. Sebenarnya masalah pembelajaran adalah salah satu
masalah yang dilihat di klinik psikiatri.
Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) adalah salah satu hospital yang memberikan
perkhidmatan ini.
Kebiasaannya, pelajar boleh dirujuk oleh guru-guru, ibu bapa ataupun oleh doktor dari
mana-mana klinik terus ke Unit Bimbingan Kanak-kanak dan Remaja di Klinik Psikiatri.
Penilaian asas oleh jururawat yang terlatih ke atas pelajar-pelajar ini akan dilakukan
pada sesi pertama.
Penilaian termasuklah ujian untuk mengetahui secara kasar IQ (Intelligent Quotient)
pelajar dan beberapa set soal selidik berkaitan tingkah laku pelajar dan masalah
pembelajaran. Seterusnya pelajar-pelajar ini akan diberikan tarikh temujanji untuk
bertemu doktor.
Kebiasaannya selepas penilaian dilakukan oleh doktor dan disokong oleh laporan
akademik pelajar dari pihak sekolah, sekiranya ternyata mereka mempunyai masalah
pembelajaran, pelajar ini akan dirujukkan ke JKM untuk pendaftaran OKU dan ke
Jabatan Pendidikan Negeri untuk penempatan yang sesuai. Ini adalah amat perlu untuk
memastikan mereka mendapat pembelajaran yang lebih baik dalam konteks suasana
belajar yang lebih selesa berbanding dengan kelas biasa di mana rakan-rakan yang lain
adalah pelajar yang tidak mengalami masalah pembelajaran.

Pada masa yang sama, penilaian dari segi emosi juga dilakukan kerana tidak dapat
dielakkan pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran ini akan mengalami
perasaan rendah diri atas kekurangan mereka dan kemungkinan mengalami tekanan
emosi.
Pun begitu, ada juga di kalangan ibu bapa yang kurang bersetuju dengan status OKU
dan tidak mahu anak-anak mereka dirujukkan ke sekolah dengan pendidikan khas.
Ini adalah antara masalah yang dihadapi oleh doktor dan kebiasaannya sebelum
rujukan dibuat, perbincangan secara mendalam dengan ibu bapa dijalankan agar
mereka tidak salah anggap dan faham mengapa kanak-kanak ini perlu dirujuk kepada
pakar. Penting untuk doktor menerangkan tentang kelebihan pendaftaran OKU ini,
lagipun pihak kerajaan telah memberi banyak peruntukan untuk OKU. Sementara itu,
kanak-kanak ini akan dirujukkan ke unit pemulihan cara kerja untuk penilaian lanjut oleh
jurupulih cara kerja di HUSM.
Selepas penilaian, jurupulih cara kerja yang memang terlatih dengan masalah
pembelajaran ini akan melakukan terapi yang bersesuaian kepada pelajar-pelajar ini.
Kebiasaannya, mereka akan dikenalpasti mengalami masalah seperti sensori integrasi
dan pengamatan yang menyebabkan mereka mengalami kesukaran dalam
pembelajaran di dalam bilik darjah. Latihan di unit ini perlu dilakukan secara berkala
untuk memastikan keberkesanan terapi.
Pada masa yang sama, pelajar berkenaan akan dirujuk ke unit pertuturan sekiranya
mempunyai masalah pertuturan dan unit-unit lain yang berkaitan sekiranya perlu. Ini
adalah satu rawatan yang komprehensif untuk kanak-kanak dengan masalah
pembelajaran.
Di sini jelas menunjukkan bahawa masalah pembelajaran bukanlah satu masalah yang
mudah tetapi ianya adalah satu masalah yang memerlukan kerjasama dari banyak
pihak untuk memastikan pelajar ini mendapat peluang belajar sebagaimana pelajar
normal yang lain.
Adalah penting untuk ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang lemah dalam
pembelajaran menghantar anak-anak mereka untuk penilaian lanjut. Begitu juga guruguru yang mengenalpasti pelajar-pelajar terutamanya mereka yang gagal dalam KIA
2M untuk menjalani penilaian lanjut agar diagnosis boleh dilakukan dan mereka
mendapat tempat yang sepatutnya dalam sistem pendidikan.

1. Apa itu Pendidikan Khas?

Perkhidmatan pendidikan yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysiabagi


murid-murid pemulihan khas dan berkeperluan khas yang mempunyai masalah
penglihatan, pendengaran dan bermasalah pembelajaran.

2. Berapakah tempoh belajar bagi murid-murid pendidikan khas?

Tempoh belajar minimum bagi murid-murid berkeperluan khas di sekolah rendah


adalah enam (6) tahun.

Tempoh belajar minimum bagi murid-murid berkeperluan khas di sekolah


menengah adalah lima (5) tahun.

Tempoh ini boleh dilanjutkan hingga dua (2) tahun maksimum di mana-mana peringkat
iaitu sama ada sekolah rendah atau sekolah menengah mengikut keperluan murid
berkenaan (Pekeliling Ikhtisas Bil. 16/2002)
3. Apakah kurikulum yang diguna pakai di Sekolah Pendidikan Khas dan Program
Pendidikan Khas Integrasi?
Kurikulum yang digunakan di Sekolah-sekolah Pendidikan Khas dan Program
Pendidikan Khas Integrasi ialah Kurikulum Kebangsaan yang diubahsuai mengikut
kecacatan murid, dan kurikulum alternatif.

Kurikulum alternatif yang digunakan bagi murid-murid pendidikan khas adalah:

Kurikulum latihan industri yang disediakan oleh Majlis Latihan Vokasional


Kebangsaan (MLVK)

Kurikulum yang dibina khusus oleh Jabatan Pendidikan Khas.


(Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/2004)

4. Apakah kurikulum yang diguna pakai di Sekolah Pendidikan Khas dan Program
Pendidikan Khas Integrasi?

Kurikulum yang digunakan di Sekolah-sekolah Pendidikan Khas dan Program


Pendidikan Khas Integrasi ialah Kurikulum Kebangsaan yang diubahsuai
mengikut kecacatan murid, dan kurikulum alternatif.

Kurikulum alternatif yang digunakan bagi murid-murid pendidikan khas adalah:

Kurikulum latihan industri yang disediakan oleh Majlis Latihan Vokasional


Kebangsaan (MLVK)

Kurikulum yang dibina khusus oleh Jabatan Pendidikan Khas.


(Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/2004)

5. Apa itu Sekolah Khas


Sekolah yang menyediakan perkhidmatan pendidikan kepada murid-murid bermasalah
pendengaran dan penglihatan.
6. Apa yang dimaksudkan dengan Program Pendidikan Khas Integrasi
Program yang disediakan bagi murid-murid pendidikan khas di sekolah-sekolah biasa.
7. Apa yang dimaksudkan dengan Program Inklusif
Pendekatan pendidikan di mana murid-murid pendidikan khas dan biasa belajar
bersama di dalam satu kelas dan diajar oleh guru kelas biasa.
8. Apa yang dimaksudkan dengan Program Bermasalah Pembelajaran Spesifik
Kanak-kanak yang menghadapi kesukaran belajar khusus.
9. Siapakah yang dimaksudkan murid-murid berkeperluan Khas Bermasalah
Pembelajaran
a. Sindrom Down
b. Autisme
c. Palsi Serebral
d. Hiperaktif
e. Hipoaktif
f. Tumpuan Perhatian Singkat (ADD/ADHD)
g. Kerencatan Akal
h. Masalah Emosi/Tingkah Laku
i. Masalah Komunikasi

j. Kerencatan Anggota
k. Pintar Cerdas/ Berbakat
l. Epilepsi
m. Disleksia
n. Murid-murid Yang Mempunyai Keupayaan Mental Yang Rendah

CIRI-CIRI KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS


Jom kita kenali dengan lebih dekat lagi anak-anak istimewa.Tak kenal maka tak
cinta,Dah kenal macam tak nak berpisah pula.

SINDROM DOWN
o

Mulut yang sentiasa terbuka dan tidak tertutup rapat.

Lidah yang tebal, kasar dan pendek, serta cenderung terjelir.

Mata sentiasa berair dan merah.

Mata sepet iaitu bahagian luarnya naik ke atas dan terdapat lipatan pada keduadua sisi hidung yang menutupi bahagian dalam mata.

Bentuk muka yang kecil.

Bahagian kepala leper.

Tangan yang lebar dan pendek serta garisan tapak tangan satu melintang.

Majoriti berambut lurus dan lembut.

Jari dan tangan lebar yang pendek dan berbonggol.

Berbadan gembal dan rendak.

Badan yang agak bongkok.

Suka bermanja, bermain dan gembira.

Dapat bergaul dengan baik.

IQ di antara 30 hingga 80.

Kecacatan dapat dikesan sebaik selepas lahir.

SPASTIK
o

Sejenis kecacatan atau ketidaksempurnaan anggota tubuh badan.

Tidak mencapai objek yang ditunjukkan.

Tidak berupaya mengangkut badan.

Tidak berupaya berpijak atau berdiri.

Tidak berupaya memegang objek.

AUTISME
o

Perlakuan yang bongkak

Ketawa dengan tiba-tiba

Perkataan yang diulang berkali-kali dan gagap.

Tidak mengenali bahaya.

Tidak merasai kesakitan.

Menangis dan marah tanpa sebab.

Permainan yang luar biasa.

Tidak mahu didakap.

Tidak dapat menyesuaikan diri dengan kanak-kanak lain.

Berkelakuan seperti orang pekak.

Tiada perhubungan mata bila bercakap.

Memutar barang.

Tidak dapat mengawal keseimbangan fizikal.

Tingkahlaku aktif keterlaluan.

Tidak mahu terima pelajaran biasa.

Mengigit kuku, hisap jari dan mencederakan diri.

Takut dan cemburu berlebihan.

CACAT AKAL (RINGAN)


Adiot
o Tidak dapat melindungi diri daripada bahaya fizikal dan mungkin mencederakan diri
sendiri.
Imbersil
o Tidak boleh mengurus diri tetapi masih boleh dilatih.
Moron
o Perlukan jagaan, kawalan dan tunjuk ajar khas.
o Perkembangan mental hanya 23% daripada kadar biasa.
o Lambat berjalan dan lambat bercakap.
Lembab
o Lambat menerima pelajaran dan sukar sesuaikan diri dengan situasi sekolah biasa.

CACAT AKAL (BERAT)


o

Kesukaran ketika makan dan selalu muntah.

Mengigit sesuatu dalam mulut dan tidak mahu mengeluarkannya.

Air liur yang meleleh tanpa kawalan.

Sukar bernafas.

Sukar tidur dan terjaga waktu malam.

Selalu menangis.

Sukar bercakap dan memahami orang lain.

Suara terlalu lembut, mengau atau sengau.

Tidak menoleh jika dipanggil dan tidak bertindak balas terhadap bunyi.

Kebingungan pada cahaya lampu, bunyian dan sentuhan.

Tidur yang berlebihan.

Kanak-kanak yang pendiam dan menyendiri.

HIPERAKTIF
o Sukar menyesuaikan diri dan berinteraksi dengan rakan sebaya.
o Aktiviti fizikal yang agresif dan berlebihan.
o

Tindakan yang berlebihan terhadap rangsangan cahaya, bunyi dan warna.

Tidur yang tidak tetap.

Terlalu kerap menangis atau ketawa.

Sukar beri tumpuan terhadap permainan atau kerja yang dilakukan.

Mengubah aktiviti atau tindakan secara mengejut.

Mudah mengamuk bila kehendaknya dihalang.

HIPOAKTIF

o Suka berkhayal.
o

Murang dan menyendiri.

Aktiviti fizikal yang pasif.

Tiada respond pada persekitaran.

Suka termenung.

Tidak suka bergaul atau berinteraksi.

Menundukkan muka bila nama dipanggil.

Suka bermain sendirian.

PINTAR CERDAS
o Suka mencari helah.
o

Kebolehan yang luar biasa.

Mempunyai masalah psiko-sosial seperti masalah kelakuan dan emosi.

pergaulan dengan kanak-kanak lain.

Perkembangan bahasa yang lambat.

Perbendaharaan kata yang kemas.

Tidak perlukan banyak tunjuk ajar ketika belajar.

Kemukakan soalan yang bertalu-talu.

Suka bergaul dengan orang yang lebih tua

Anda mungkin juga menyukai