Anda di halaman 1dari 22

1.

Pengenalan

Educreations adalah satu aplikasi yang boleh didapati di internet mahupun


peranti mudah alih seperti iPad, iPod dan iPhone. Educreations boleh digunakan
oleh guru-guru dan juga pelajar untuk menerangkan hampir apa sahaja seperti isi
pengajaran dan kerja rumah dan pelajar boleh mengakses aplikasi ini bila-bila masa
sahaja mereka memerlukan melalui laman web guru ataupun saluran di laman
Educreations. Pelajar boleh juga menggunakan aplikasi ini untuk menunjukkan
sebab mahupun proses dan langkah-langkah dalam penyelesaian masalah.

2.0

Tujuan dan Matlamat

Educreations adalah satu komuniti global di mana sesiapa juga boleh mengajar
apa yang mereka ketahui dan belajar apa yang mereka tidak ketahui (teach what
they know and learn what they don't).

Menurut laman web EducateTM (http://educade.org/teaching_tools/educreations,


2013), Educreations dibangunkan bertujuan untuk:

i)

Menjadikan iPad, iPod dan iPhone sebagai satu papan putih interaktif
yang boleh merakam tutorial, pengajaran ataupun cerita. Output akhir
disimpan ke dalam laman web Educreation dan boleh dihubungkan
kepada persekitaran pembelajaran maya (virtual learning environment).

ii)

Bertindak

sebagai

medium

pengajaran

dan

pembelajaran

yang

membolehkan pengguna untuk menghasilkan isi pengajaran serta melihat


dan menggunakan apa yang telah dihasilkan oleh orang lain.

iii)

Digunakan sama ada sebagai bahan bantu mengajar dalam pembelajaran


jarak jauh (distance-learning)

ataupun sebagai tapak bagi pelajar

berkongsi pengajaran, persembahan dan saling mengajar antara satu


sama lain.

3.0

Sejarah

Educreation dibangunkan oleh Wade Roberts dan Chris Streeter pada awal
2012. Mereka mengasakan Educreations kerana mereka berpendapat bahawa
semua pelajar sepatutnya boleh memperoleh capaian kepada guru-guru terbaik di
dunia.

Maka, Educreations terhasil dengan tujuan membolehkan guru-guru

mahupun pakar untuk merakamkan video pengajaran dan seterusnya memuat naik
bahan ini ke web Educreations untuk dikongsikan di seluruh dunia.

Kini, Educreations adalah di antara aplikasi paling laris di Apple Appstore dan
digunakan oleh berjuta-juta guru dan pelajar di seluruh dunia. Sehingga kini,
terdapat 3 juta video yang telah dimuat naik ke laman web ini.

4.0

Penilaian Produk

Secara keseluruhannya, laman web Educreations adalah laman yang mudah


diterokai oleh pengguna tidak kira guru mahupun pelajar. Antara kelebihan yang
terdapat pada laman ini adalah :

i)

Pengguna boleh membuat sebarang pertanyaan melalui e-mel


support@educreations.com

yang

diberikan.

Kami

sendiri

telah

menghantar e-mel bertanyakan sejarah Educreations dan menerima


respon daripada Encik Wade sendiri beberapa jam kemudian.

ii)

Pengguna

juga boleh

mengemukakan

sebarang

cadangan ke

contact@educreations.com.

iii)

Sekiranya pengguna ingin mengetahui lebih lanjut mengenai beritaberita terkini berkaitan Educreations, pengguna diberikan link kepada
akaun Facebook dan Twitter.

iv)

Educreations juga menyediakan ruangan kepada soalan-soalan yang


kerap ditanya (frequently asked questions) di mana pengguna boleh
membaca sebarang pertanyaan yang kerap ditanya oleh penggunapengguna lain.

v)

Aplikasi ini boleh dimuat turun dengan percuma di Apple AppsStore.


Pengguna juga boleh mendaftar sebagai ahli di laman web
Educreations tanpa dikenakan sebarang bayaran.

5.0

Reka bentuk Web 2.0

Berikut adalah ciri-ciri laman web Educreations yang menjadikannya antara


web 2.0 yang terbaik dalam pendidikan :

Rajah 1.0 : Antara muka hadapan laman web Educreations

i)

Ringkas dan mudah difahami : Paparan antara muka Educreations


adalah ringkas dan mudah difahami. Laman web ini menerangkan
pengguna dengan apa yang mereka perlu tahu dengan hiasan yang
minima ataupun grafik yang tidak berkenaan atau keterlaluan.

ii)

Susun atur yang ringkas : Laman web Educreations menggunakan


susun atur tengah (central layout). Latar belakang pula berwarna putih
yang mana tidak mengganggu pandangan mata

seterusnya

membantu pengguna untuk terus fokus pada kandungan laman web


tersebut.

iii)

Kolum (column) yang sedikit : Laman web Educreations hanya


menggunakan 1 kolum yang ringkas dan berjaya menyampaikan
maklumat dengan lebih jelas.

Rajah 2.0 : Kandungan diasingkan mengikut topik

iv)

Mudah diakses : Setiap hasil yang dimuat naik oleh pengguna lain di
asingkan mengikut jenis-jenis subjek dan pengguna hanya perlu klik
pada topik-topik yang dikehendaki. Selain itu, pengguna boleh juga
menaip terus topik yang ingin dicari di ruangan carian yang disediakan.

Rajah 3.0 : Navigasi yang mudah dan link untuk pertanyaan

v)

Pergerakan (navigation) yang mudah : Butang navigasi adalah jelas


bagi memaklumkan pengguna di manakah mereka berada.

vi)

E-mel dan link untuk maklum balas : Pengguna boleh membuat


sebarang pertanyaan mahupun cadangan kepada e-mel yang telah
diberikan. Selain itu, terdapat link kepada akaun Facebook dan Twitter
bagi maklumat lanjut mengenai Educreations.

Rajah 4.0 : Antara muka sekitaran video pembelajaran

vii)

Antara muka sekitaran pembelajaran yang mudah : Pengguna boleh


melihat video pembelajaran menggunakan skrin penuh (full screen).
Pengguna juga boleh berkongsi video pembelajaran tersebut di laman
Facebook, Twitter ataupun laman web.

Namun begitu, terdapat satu kelemahan ketara yang boleh dilihat pada laman
Educreations ini. Bagi pengguna yang membuat carian topik yang mereka kehendaki
dan seterusnya klik pada pilihan video yang dipaparkan, tiada butang untuk kembali
kepada carian tadi ataupun membuat carian yang lain. Pengguna terpaksa kembali
semula ke halaman carian sekiranya ingin membuat carian yang baru. Video
pembelajaran di laman ini juga tidak boleh dimuat turun untuk kegunaan pengguna
sekiranya tiada akses internet.

6.0

Cara Menggunakan Educreation

6.1

Menggunakan Video Sedia Ada


i)

Pergi ke halaman Educreations di http://www.educreations.com/

ii)

Bagi bukan ahli, klik sign up free dan paparan berikut akan kelihatan.
Pengguna boleh mendaftar sebagai pelajar ataupun guru.

iii)

Sekiranya mendaftar sebagai guru, paparan berikut akan kelihatan.


Pengguna

diminta

untuk

melengkapkan

kesemua

butir

yang

dikehendaki.

iv)

Kedudukan demografi pengguna akan dikenal pasti secara automatik


dan pengguna diminta memilih nama sekolah daripada senarai menu
drop down yang diberikan. Sekiranya tiada di dalam senarai,
pengguna perlu klik untuk menambahkan sekolah terbabit.

v)

Pada paparan seterusnya, pengguna perlu melengkapkan semua


maklumat berkaitan sekolah mereka seperti berikut.

vi)

Seterusnya, pengguna akan dibawa ke halaman dashboard di mana


pengguna boleh memilih untuk melihat aktiviti lepas, menghasilkan
bahan baru, mencari bahan pengajaran ataupun mengemaskini profil.

10

vii)

Bagi pengguna yang klik pada butang carian, paparan berikut akan
kelihatan.

viii)

Sebagai contoh, apabila pengguna menaip kata kunci nouns di


ruangan carian, paparan berikut akan kelihatan. Pengguna hanya perlu
klik pada video pembelajaran yang mereka pilih.

11

ix)

Setelah pengguna membuat pilihan, video yang dikehendaki akan


dipaparkan.

x)

Setelah selesai pembelajaran, pengguna boleh kembali ke paparan


hadapan dengan klik pada logo Educreations.

12

6.2

Bina Sendiri Bahan Pembelajaran

i)

Sebaik sahaja pengguna klik create a course di paparan hadapan,


paparan berikut akan kelihatan. Pengguna mesti melengkapkan segala
maklumat yang dikehendaki.

ii)

Seterusnya, pengguna boleh memilih sama ada mahu menggunakan


bahan yang telah dihasilkan sebelum ini (jika ada) ataupun ingin
menghasilkan bahan pengajaran yang baru.

13

iii)

Berikut adalah paparan ruang kerja bagi pengguna yang sedang


menghasilkan video pembelajaran mereka.

14

7.0

Aplikasi Educreations Dalam Satu Tajuk Pengajaran

i)

Tajuk : Fractions On A Number Line And Chart (oleh Dianne Leoni).

ii)

Topik : Matematik Tahun 4 (Tajuk 2 : Pecahan)

iii)

Hasil Pembelajaran : Di akhir pengajaran, murid dapat membuat


perbandingan antara dua pecahan menggunakan kaedah carta dan
garis nombor.

iv)

Link

http://www.educreations.com/lesson/view/fractions-on-a-

number-line-and-chart/886897/

v)

Paparan video pembelajaran adalah seperti di bawah :

15

16

8.0

Kelebihan dan Kelemahan Educreations

Educreations adalah laman yang membolehkan pelajar ataupun guru


menghasilkan dan berkongsi video pembelajaran mereka. Antara kelebihan yang
Educreations adalah :

i)

Laman ini membolehkan pengguna untuk menghasilkan video dan


melukis terus di atas skrin. Pengguna boleh menambahkan grafik dan
rakaman suara.

ii)

Selain dari laman web, pengguna boleh muat turun aplikasi iOS
Educreations ke dalam peranti Apple yang membolehkan mereka

17

menghasilkan dan memuat naik video pembelajaran walau di mana


mereka berada.

iii)

Aplikasi ini percuma dan laman web Educreations boleh diakses tanpa
membuat sebarang pendaftaran akaun dan log masuk.

iv)

Menyokong pengajaran flip learning yang mana pelajar mempelajari


kandungan

baru

secara

atas

talian

dengan

pengajaran, selalunya di rumah dan apa yang

menonton

video

dahulunya dikenali

sebagai kerja rumah kini dilakukan di dalam kelas dengan guru


memberikan

panduan

terperinci

dan

interaksi

dengan

pelajar

berbanding kuliah semata-mata. (Wikipedia, 2013)

v)

Pelajar boleh menghasilkan projek pembelajaran mereka sendiri.

vi)

Bagus untuk perkongsian bahan pengajaran buat pelajar yang tidak


dapat hadir ke kelas.

vii)

Sangat mesra pendidikan.

18

Dari sudut pendidikan, Educreations mempunyai kelebihan-kelebihan yang


jelas seperti berikut :

i)

Menggalakkan

kreativiti

dan

inovasi

(KBKK):

Pelajar

dapat

mempamerkan pemikiran kreatif, membina sendiri pengetahuan


(konstruktivism)

dan

membina

bahan

pembelajaran

sendiri

menggunakan teknologi.

ii)

Komunikasi dan kolaborasi (Model pengajaran sosial)

: Pelajar

menggunakan media dan persekitaran digital untuk berkomunikasi dan


bekerja secara berkumpulan secara jarak jauh untuk menyokong
pembelajaran sendiri mahupun menyumbang kepada pembelajaran
orang lain.

iii)

Kecekapan dalam membuat penyelidikan dan mencari maklumat


(inkuiri penemuan) : Pelajar menggunakan alatan digital untuk
mengumpulkan, menilai dan menggunakan maklumat yang diperolehi.

iv)

Kebersamaan digital (digital citizenship) : Pelajar dapat memahami


manusia, budaya dan isu-isu sosial yang berkaitan dengan teknologi
serta mengamalkan sikap yang betul dan beretika.

v)

Konsep

dan

pengoperasian

teknologi

Pelajar

menunjukkan

kefahaman yang baik dalam konsep, sistem dan pengoperasian


teknologi ke arah melahirkan masyarakat celik ICT.

19

Namun

begitu,

Educreations

juga

mempunyai

beberapa

kelemahan.

Antaranya adalah :

i)

Bagi pengguna yang menghasilkan video pembelajaran melalui laman


web Educreations, alatan dan fungsi adalah terhad berbanding aplikasi
Educreations yang di muat turun ke dalam peranti Apple.

ii)

Hanya

terdapat

pada

peranti Apple. Educreations

seharusnya

meluaskan penggunaannya kepada pengguna Android.

iii)

Pengguna tidak boleh menyimpan projek mereka jika tidak membuat


sebarang rakaman.

iv)

Sebaik sahaja pengguna membuat rakaman, tiada sebarang kemas


kini (editing) yang boleh dilakukan.

20

RUJUKAN

EdTechReviewR. (2013, April 10). Educreations - Easy Lesson Creation. Retrieved


from the Education Technology Reviews website:
http://edtechreview.in/reviews/270-educreations-easy-lesson-creation

Educreations. (2013). Retrieved from http://www.educreations.com/

Higgin, Tanner. (2013). Turn Students Into Teachers With Educreations. Retrieved
From the EducadeTM Beta website:
http://www.educade.org/lesson_plans/turn-students-into-teachers-witheducreations

Jamerson. (2012, August 24). Interactive Whiteboard Apps, Continued. Retrieved


From the ClassApps website:
http://classappsblog.wordpress.com/2012/08/24/interactive-whiteboards-appscontinued/

Wikipedia (2013). Flip Teaching. Retrieved From The Wikipedia website:


http://en.wikipedia.org/wiki/Flip_teaching

Young, Bill. (2013, June 18). Its Alive!!! See What You Can Edu-Create. Retrieved
From the MS Education Technology website :
http://byoung4481.wordpress.com/2013/06/18/its-alive-see-what-you-canedu-create/

21

LAMPIRAN

22

Anda mungkin juga menyukai