Anda di halaman 1dari 8

DEFINISI SEMULA KONTEKS

Setiap manusia tidak boleh lari daripada membaca. Membaca ada di mana-mana sama ada
dalam bentuk visual dalam pelbagai makna yang tersirat dan tersurat. Menurut Mahzan
Arshad (2008), membaca merupakan satu proses yang dilakukan pembaca bagi membentuk
atau memberikan makna terhadap teks yang dibacanya dengan menggunakan kandungan teks
dan pengetahuan latar pembaca tersebut sebelum membuat keputusan.

Definisi semula

konteks merupakan salah satu teknik membaca yang digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran. Teknik membaca ini merupakan satu strategi yang menekankan kepentingan
konteks dalam meramal dan mengesahkan maksud sesuatu perkataan. Ini bermakna konteks
membolehkan pembaca mendapat makna yang lebih tepat tentang maksud sesuatu perkataan.

SEBAB TEKNIK DIGUNAKAN


Teknik ini dilaksanakan dalam kelas adalah untuk membantu pelajar dalam mendapatkan
sesuatu makna perkataan yang belum diketahuinya. Pelajar juga dapat membuat makluman
yang lebih tepat daripada membuat sesuatu ramalan serta tekaan terhadap maksud perkataan
dengan menggunakan konteks (Readence, Bean and Baldwin, 1988). Ini bermakna pelajar
akan dapat mengetahui strategi yang dapat digunakan semasa pelajar melakukan aktiviti
pembacaan secara individu. Berikut merupakan langkah-langkah untuk definisi semula
konteks:

LANGKAH-LANGKAH DEFINISI SEMULA KONTEKS

Pilih perkataan yang


tidak biasa dijumpai

Tuliskan ayat

Persembahkan
perkataan dalam
bentuk pengasingan

Gunakan kamus
untuk proses
verifikasi

Persembahan
perkataan dalam
konteks

1) Pilih perkataan yang tidak biasa dijumpai

Perkataan dipilih bukan secara rawak dan perlu dipilih dalam sesuatu pembacaan teks.

Guru membaca dan menyemak teks bacaan tersebut untuk memilih perkataan yang
memerlukan makna bagi pelajar memahami idea utama dalam teks tersebut.

Guru perlu membuat semakan perkataan yang akan menyukarkan para pelajar dalam
pembacan mereka.

strategi pertama ialah para pelajar akan memilih dan menyenaraikan perkataanperkataan yang mereka tidak biasa dijumpai dalam teks yang diberikan.

2) Tuliskan ayat

Berdasarkan senarai perkataan yang tidak biasa dijumpai satu konteks ayat yang
mudah dibina dan disediakan supaya pembaca mendapat kata kunci yang sesuai untuk
memahami setiap perkataan tersebut.

Gunakan konteks yang sedia ada di dalam teks jika ada.

Konteks boleh diperoleh daripada pelbagai jenis kata kunci lain seperti perkataan
yang sinonim, perbandingan atau definisi.

Pembaca mampu untuk mendapatkan pengalaman melalui jalan cerita yang


disediakan oleh penulis untuk menyampaikan maksud dan memahami perkataan
tersebut.

3)Persembahkan perkataan dalam bentuk pengasingan

Guru bertanya kepada pelajar tentang definisi perkataan tersebut.

Guru juga digalakkan untuk menyebut setiap perkataan agar pembaca tahu sebutan
dan bunyi perkataan tersebut.

Pembaca yang dapat meneka jawapan maksud perkataan perlu memberikan sebab
yang logik untuk tekaan mereka itu.

Kerja kumpulan boleh diadakan agar pelajar cuba memberi persetujuan sebulat suara
terhadap apa yang mereka percaya bagi mencapai maksud yang terbaik.

4) Persembahan perkataan dalam konteks

Dalam langkah ini, pelajar akan mempersembahkan setiap perkataan dalam konteks
yang sesuai menggunakan ayat yang dibina sendiri atau ayat daripada teks.

Sekali lagi, pelajar akan memberi tekaan jawapan tentang maksud setiap perkataan itu
dan menyediakan justifikasi untuk setiap definisi perkataan tersebut yang
dikemukakan.

Dengan langkah ini, pelajar didedahkan dengan kandungan pengalaman proses


berfikir dalam menggunakan konteks untuk memperoleh maksud sebenar perkataan
itu.

Tambahan pula, pelajar secara berkumpulan mampu untuk menjadi contoh bagi
amalan membaca yang sesuai antara satu sama lain.

Dengan ini, pelajar juga dilatih untuk memberi persetujuan sebulat suara untuk
mencapai maksud yang terbaik bagi makna sesuatu perkataan tersebut.

Dalam langkah ini, pembaca perlu belajar tentang konteks yang disediakan dengan
penuh pengetahuan dan maksud perkataan tersebut. Selain itu, mereka perlu bersedia
untuk menerima tekaan jawapan tersebut dalam bentuk isolasi juga untuk
mendapatkan maksud tersebut yang tidak semestinya tepat dan kadangkala mungkin
akan dikecewakan.

5) Gunakan kamus untuk proses verifikasi

Dalam langkah ini, para pelajar akan merujuk kamus untuk mendapatkan pengesahan
perkataan yang diteka itu.

Maksud sesuatu perkataan yang terkandung dalam kamus tersebut akan dibaca dan
dikongsi bersama-sama di dalam kelas dan perbincangan berikutnya dilakukan
berkenaan

dengan

kualiti

ramalan

yang

diberikan

apabila

perkataan

itu

dipersembahkan dalam isolasi dan dalam konteks.

Oleh yang demikian, guru berperanan untuk memberi maksud sebenar sesuatu
perkataan itu

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN DEFINISI SEMULA KONTEKS

KEBAIKAN
Definisi semula konteks banyak memberi kebaikan kepada pelajar terutamanya dari segi
pemahaman makna sesuatu perkataan tersebut. Perkataan yang belum diketahuinya akan
dikaji secara mendalam dengan dibantu oleh pengajar itu sendiri. Ini bermakna pelajar akan
dapat menggunakan perkataan tersebut dengan betul dalam proses pembinaan ayat. Selain itu,
ia juga akan membantu pelajar menguasai kefahaman dalam membaca serta membina ayat.
Ini akan membantu pelajar untuk menggunakan kemahiran menulis dengan betul terutamanya
penulisan karangan.
Pelajar juga akan menjadi cerdas di dalam kerana semasa proses definisi semula
konteks, perbincangan akan dibuat dalam mendapatkan makna yang tepat dalam mengkaji
perkataan tersebut. Pelajar juga akan memupuk semangat membaca melalui perbincangan
bersama di dalam kumpulan perbincangan yang ditubuhkan. Semakin banyak pelajar berfikir,
semakin bertambah ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan dalam menaakul sesuatu perkataan.
Selain berfikir, pelajar juga menggunakan pendekatan holistik yang mempunyai keseluruhan
kemahiran berbahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca, berfikir dan menulis semasa
mengakaji sesuatu perkataan.

Walau bagaimanapun, terdapat keburukan yang didapati di sebalik penggunaan teknik


ini seperti pelajar akan mudah tertekan apabila mereka perlu membaca sesuatu bahan yang

mereka belum dapat memahaminya dengan mendalam. Hal ini adalah kerana terdapat
sesetengah perkataan yang belum mereka ketahui sebelum penggunaan teknik definisi semula
konteks dipraktikkan. Masalah ini akan menganggu proses pembacaan mereka dan yang
paling membimbangkan ialah pelajar akan hilang minat untuk membaca. Keadaan ini juga
akan menyebabkan para pelajar mudah bosan dengan proses pengajaran dan pembelajaran
tersebut dan tidak memberi perhatian sepenuhnya terhadap teknik perbendaharaan kata yang
diajarkan.

AKTIVITI P & P

GURU SEDIA BAHAN UNTUK DIANALISIS DAN


PELAJAR PILIH PERKATAAN YANG TIDAK
DIFAHAMI

PEMBAHAGIAN KUMPULAN
perbincangan untuk mencari maksud,
sinonim dan bina ayat berdasarkan perkataan

GURU BUAT PERBINCANGAN AKHIR


BERSAMA PELAJAR

1) Guru menyediakan satu bahan bacaan daripada cerpen untuk dianalisis menggunakan
kaedah definisi semula konteks. Guru akan mengenalpasti perkataan yang pelajar sukar
memahami maksudnya. Pelajar akan memilih dan menyenaraikan perkataan-perkataan yang
mereka tidak biasa dijumpai dalam teks yang diberikan. Contoh perkataan dan ayat yang
sukar difahami dalam cerpen Dendam Apai:
i.

Terkeleweh

ii.

Bolong

iii.

Saujana

iv.

Fana

v.

Melatarinya

vi.

busut-busut

vii.

bernaung

viii.

menggasak
(LAMPIRAN 1)

2) Guru membahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan untuk menganalisis perkataanperkataan di atas. Pelajar perlu meneka maksud perkataan, sinonim dan jika pelajar boleh
meneka, mereka perlulah memberikan sebab yang logik untuk tekaan tersebut. Aktiviti
berkumpulan diadakan adalah bagi pelajar cuba memberi persetujuan sebulat suara terhadap
apa yang mereka percaya bagi mencapai maksud yang terbaik.

3) Di dalam kumpulan, pelajar boleh cuba mencipta ayat baru yang sesuai menggunakan
perkataan-perkataan di atas. Dengan ini pelajar akan menggunakan kemahiran berfikir secara
kritis dalam bentuk kumpulan. Pelajar boleh menggunakan pelbagai bahan bacaan sebagai
rujukan seperti kamus Dewan untuk rujukan. Contoh ayat yang boleh dibina:

i.

Terkeleweh

Ahmad menebang pokok pisang yang hampir terkeweh ke tepi sungai.

4) Akhir sekali guru akan memberikan definisi setiap perkataan yang dianalisis bagi
mengelakkan kekeliruan dalam kalangan pelajar. Ini bermakna perbincangan akhir akan
diadakan di antara pelajar dan guru dan perkongsian maklumat akan dapat disalurkan.

LAMPIRAN 1

DENDAM APAI

Dia membuka matanya bersama-sama matahari yang sedang terbangun di ufuk timur.
Kelompok awan kelabu yang berat bergayutan di sana sini menjadikan sinarnya tidak
segarang biasa; hening dan malap. Sisa-sisa malam di penghujung masih menyelubungi
lembah itu. Bukit batu kapur yang melatarinya bagai terpegun dalam bayang berbalambalam. Seimbas nampak bagai busut-busut gergasi penunggu lembah hijau itu.

Masuk hari kesembilan, beringin tua itu menjadi tempat dia bermalam. Walaupun hatinya
kurang senang bernaung di bawah rimbun pohonan parasit itu, segala-galanya terpaksa
diabaikan. Semuanya tidak dipedulikannya lagi; yang utama dia wajib berada dekat dengan
Indainya.

Apai bertenggek sambil menyandarkan dirinya ke dahan jelutung separuh mati. Dahannya
yang terkeleweh mulai mereput. Terbuai-buai dan amat mudah luruh ke tanah apabila
dicantas angin. Apai tahu, jelutung itu sudah pasti dahulunya perumah yang ditumpangi
beringin. Dari tahun ke tahun, sang parasit itu membesar dan semakin berkuasa. Akhirnya,
akarnya yang liar membelit-belit itu mencengkam lalu mencekik perumah yang pemurah itu
sehingga menemui ajalnya. Kezaliman maha dahsyat, gerutu Apai dalam diam.

Beberapa ekor merbah kapur mulai tiba. Sekawan gagak yang entah dari mana juga bersoraksorak dari julai pokok jejawi yang berjiran dengan beringin. Beringin dengan jejawi apa
bezanya, masing-masing pembelit dan penghisap darah terkutuk, getus hati Apai. Eloklah
mereka berjiran, satu seh! bisiknya lagi. Apai yakin, suatu hari nanti kedua-duanya akan
menggasak sesama sendiri.

Pohon jejawi yang merimbun seakan-akan sekawan gajah itu berbuah lebat sekali. Merah
kebiru-biruan bagai mata anak tiung. Montel dan ranum pula. Namun begitu, semua itu tidak
menarik naluri Apai. Fikirannya kusut. Dadanya sesak dan lemas. Sesesak dan selemas
jelutung yang sedang nazak dalam dakapan maut si tua beringin terkutuk.

Sudah dua hari Apai tidak menjamah apa-apa. Walaupun untuk mendapatkan sedikit rezeki
bukannya terlalu sukar. Dia boleh sahaja melompat ke pohon jejawi di sebelah. Memetik
sebiji dua buahnya, itu sudah cukup untuk mengalas perutnya. Tetapi Apai tidak berselera.
Mulutnya pahit. Dunianya seakan akan kosong. Alam fana sekeliling seperti tiada wujud.
Saujana dan bolong. Yang Apai nampak cuma satu Indai.

Indai, bersabarlah sayang, desis Apai sendirian sambil menarik nafas dalam-dalam. Udara
yang masuk terasa berat dan tersekat-sekat.