Anda di halaman 1dari 2

Apakah maksudnya?

Ringkasnya, hal ini bermaksud bahawa guru menunjukkan sikap


positif dan prihatin terhadap pelajarnya, mesra dan tidak berat sebelah, serta menghargai
pelajar sebagai individu yang unik dan berguna. Anda boleh melakukan ini dengan mendengar
pendapat pelajar itu dan menghormatinya, walaupun anda tidak bersetuju dengannya, serta
menunjukkan minat dan keikhlasan untuk memahami situasi dan pandangannya.

4.2.2

Kemahiran mendengar secara aktif


Mendengar ialah satu tindakan kasih sayang, tindakan prihatin, komitmen
kita kepada orang lain kita perlu mendengar sepenuh perasaan, iaitu peka,
sekiranya kita mahu menyertai rahsia insan laindengan mendengar kita
memperoleh kuasa untuk meningkatkan atau menghapuskan kehidupan
orang lain yang berkaitan dengan kita
- daripada puisi On Listening oleh Reul L. Howe
Mendengar secara aktif bukan sekadar mendengar kata-kata lisan klien kita, tetapi juga

cuba memahami maksud klien kita dengan menjadi peka kepada petanda non-verbalnya,
seperti intonasi serta nada suara, isyarat badan dan memek muka, serta juga mengambil kira
latar belakang peribadi dan sosialnya [Nelson-Jones, R., 1997].
Untuk menjadi pendengar yang baik kita perlulah mendengar dengan telinga, mata dan
hati! Amalan mendengar secara aktif, dapat membina hubungan baik dan kepercayaan pelajar,
yang seterusnya dapat membina hubungan mesra dengan pelajar. Ini akan membantu pelajar
kita supaya menjadi lebih terbuka dan berterus terang dalam mengeluarkan perasaannya
apabila bercakap mengenai isu peribadi dan masalahnya.
Beberapa kemahiran mendengar yang penting disenaraikan di bawah:

Kemahiran Mendengar Yang Asas


Mendengar penuh perhatian :Menghantar mesej verbal dan non-verbal kepada klien;
Mendengar kandungan verbal mesejnya, dan memerhatikan tingkah laku nonverbalnya.
Imbas kembali : Mengulangi hal yang dikatakan oleh klien.
Memparafrasa : Menyatakan kata-kata klien semula dengan menggunakan
perkataan/ayat lain
Minta penjelasan: :Meminta klien menerangkan maksudnya dengan lebih terperinci,

Anda mungkin juga menyukai