Anda di halaman 1dari 8

pengajaran literasi: membaca dan menulis bahasa melayu 39

UNIT PELAJARAN 4
LITERASI MEMBACA

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharap dapat:
1. Menerangkan definisi literasi
2. Menjelaskan literasi membaca
3. Menjelaskan kemahiran-kemahiran dalam literasi membaca

PENGENALAN
Membaca merupakan salah satu sumber pengetahuan dan asas pembentukan diri
ke arah memperoleh ilmu pengetahuan. Membaca juga dikatakan sebagai
keupayaan seseorang mengecam bentuk visual dan menghubungkan antara bentuk
dengan bunyi dan melalui pengalaman serta berupaya mentafsirkan maksudnya.
Pemahaman bacaan bergantung pada gabungan dari segi pengetahuan bahasa,
gaya kognitif,dan pengalaman membaca.

Definisi Literasi
Konsep literasi pada zaman kontemporari ini tidak terhad hanya kepada konsep 3 M
(menulis, membaca dan mengira). Makna dan dimensi literasi telah menyelinap
dalam konteks yang luas seperti literasi budaya, literasi IT, literasi moral, literasi
undangundang dan literasi kreatif. Menurut Abd. Rahim (1999);
Dimensi baru literasi dalam pelbagai dimensi keilmuan untuk
perubahan, membina wawasan, membentuk idealisma hidup
masyarakat.

Literasi

dalam

konteks

ini

mengangkat

martabat

menitiskan
individu dan
manusia,

menghapuskan kejahilan, membanteras kemungkaran dan memerangi kemunduran


dan membelenggu perkembangan dunia sosial individu dan sesuatu bangsa

pengajaran literasi: membaca dan menulis bahasa melayu 40

Literasi secara khususnya merujuk kepada membaca adalah sebagai keupayaan


untuk membaca, menulis dan memahami perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk
yang mudah

dengan menggunakan kata hubung dan serta mengaplikasikan

pengetahuan tersebut dalam pembelajaran serta komunikasi harian.

Matlamat dan Objektif Program Literasi


Matlamat program ini adalah untuk memastikan semua murid yang mengikuti
program LINUS berkeupayaan untuk menguasai literasi dan numerasi kecuali murid
berkeperluan khas selepas tiga tahun mengikuti program LINUS.
Objektif Program Literasi adalah memastikan murid berupaya:
i. mengenal dan menyebut abjad, mengeja dan membunyikan suku kata terbuka dan
tertutup;
ii. membaca, mencerakin, membina dan menulis perkataan daripada suku kata
terbuka dan tertutup;
iii. membaca dan menulis perkataan yang mengandungi diftong dan vokal
berganding;
iv. membaca dan menulis perkataan yang mengandungi digraf dan konsonan
bergabung.
v. membaca dan menulis perkataan yang berimbuhan awalan dan akhiran; serta
vi. Membaca dan menulis serta memahami ayat tunggal dan ayat majmuk dengan
menggunakan kata hubung yang mudah seperti dan,tetapi dan kerana.

Objektif Literasi Kelas Pemulihan


Pada akhir program literasi murid berupaya: i. menyebut abjad, mengeja, dan
membunyikan suku kata terbuka dan tertutup; ii. menyebut, membaca, membina dan
menulis perkataan yang mengandungi dua atau tiga suku kata terbuka dan suku
kata tertutup; iii. menyebut, membaca, membina dan menulis perkataan yang
mengandungi diftong dan vokal berganding; iv. menyebut, membaca, membina dan
menulis perkataan yang mengandungi digraf, konsonan bergabung; v. menyebut,
membaca membina dan menulis perkataan yang mengandungi diftong, dan vokal
berganding yang mengandungi dua

atau tiga suku kata terbuka dan suku kata

tertutup; vi. menyebut, membaca, membina dan menulis perkataan berimbuhan

pengajaran literasi: membaca dan menulis bahasa melayu 41

awalan dan berimbuhan akhiran yang mengandungi dua atau tiga suku kata terbuka
dan suku kata tertutup; vii.

menyebut, membaca, membina dan menulis ayat

tunggal dan ayat majmuk dengan kata hubung dan, tetapi, dan kerana; serta v.
menyebut, membaca, membina dan menulis ayat berdasarkan bahan rangsangan.

Proses Literasi
Literasi adalah

proses yang

beberapa proses

kompleks yang

yang terdiri daripada gabungan

iaitu proses sensori (kederiaan), proses pengamatan, proses

bahasa (linguistik), dan proses kognitif. Setiap proses memainkan peranan penting
dalam proses literasi secara keseluruhan.
i.

Literasi sebagai proses sensori (kederiaan)

Deria atau panca indera adalah pintu masuk berbagai rangsangan ke otak untuk
diproses.

Dua deria yang terlibat secara aktif dalam proses literasi adalah

penglihatan dan pendengaran.

Kedua-dua deria ini berhubung rapat antara satu

sama lain dalam proses literasi.


a)

Deria penglihatan

Proses literasi berlaku apabila lambang-lambang dilihat dan


untuk diproses bagi mendapat makna sebenar.

disalurkan ke otak

Bagi individu yang bermasalah

penglihatan (buta) deria penglihatan akan digantikan dengan deria sentuhan.


b)

Deria pendengaran

Seseorang memerlukan pendengaran yang baik untuk membolehkannya membaca


dengan

baik.

Seseorang perlu mendengar dengan baik mesej yang diterima

supaya ia dapat menghasilkan semula mesej itu dengan jelas dan tepat dalam
bentuk lisan dan tulisan
ii.

Literasi sebagai proses pengamatan

Pengamatan adalah satu proses menimbulkan makna kepada tugas-tugas panca


indera berdasarkan pengalaman lalu dan pengamatan ini berhubung rapat dengan
pemikiran. Dalam membaca dan menulis, pengamatan membolehkan seseorang
mengenal

dengan

tepat lambang-lambang dan mengaitkannya dengan

bunyi-

bunyi dan juga makna. Pengamatan dalam bacaan adalah seperti


a. mendiskriminasi iaitu mengecam dan juga membezakan. b. figure ground iaitu
mengenal objek-objek, bentuk, atau corak-corak. c. ingatan, iaitu mengingat kembali

pengajaran literasi: membaca dan menulis bahasa melayu 42

apa yang dilihat atau didengar.

d. turutan, iaitu seperti memahami

giliran dan

urutan.
iii.

Literasi sebagai satu proses bahasa

Literasi adalah sebagaian daripada kemahiran bahasa (language arts) iaitu yang
bermula daripada mendengar, bertutur, membaca, dan seterusnya menulis. Literasi
dapat membantu manusia berkomunikasi dan berhubung sesama mereka melalui
sistem lambang-lambang tulisan yang mereka cipta.
iv.

Literasi adalah satu proses kognitif

Literasi bukan hanya melibatkan proses mekanis tetapi juga melibatkan proses
kognitif atau berfikir pada

semua peringkat membaca dan menulis seperti

mengecam, mendiskriminasi, dan memaham. Oleh itu kecerdasan seseorang akan


mempengaruhi kemajuannya dalam bacaan dan tulisan.

Kanak-Kanak dan Masalah Literasi


Dalam pengajaran dan pembelajaran literasi, beberapa unsur seperti ansur maju,
didik hibur, gabungjalin dan lain-lain lagi digunakan untuk membantu murid
menguasai dan memahami kemahiran-kemahiran literasi seperti membaca dan
menulis. Walau bagaimanapun terdapat kekangan dan halangan yang mengganggu
murid untuk menguasainya. Antara masalah bacaan dan tulisan yang dihadapi oleh
kanak-kanak adalah seperti berikut:
(a) Membuang/Meninggalkan (Omission)
Bunyi huruf, perkataan, dan imbuhan ditinggalkan ketika membaca,misalnya buah
disebut uah, kering disebut kerin. Perkataan dalam ayat juga kerap ditinggalkan
semasa membaca, seperti; Buku itu sangat tebal. dibaca sebagai Buku itu tebal.
Manakala

meninggalkan

imbuhan

adalah

seperti

mengandungi

disebut

mengandung dan sebagainya.


(b) Ulangan (Repetition)
Mengulang-ulang perkataan atau suku kata semasa membaca dan perbuatan
mengulang ini bukan disebabkan oleh masalah gagap.
(c) Gantian (Substitute)

pengajaran literasi: membaca dan menulis bahasa melayu 43

Menggantikan huruf atau perkataan dalam ayat yang dibaca, misalnya ladang
disebut lalang. Manakala terdapat perkataan yang digantikan dengan perkataan
lain sehingga boleh mengubah maksud ayat.
(d) Tambahan (Insertion)
Bunyi huruf atau perkataan ditambah semasa membaca, misalnya buah disebut
buwah. Manakala penambahan perkataan berlaku seperti berikut; Saya suka
makan rojak. dibaca sebagai Saya sangat suka makan rojak.
(e) Pembalikan (Reversals)
Huruf, perkataan, atau frasa dibaca secara terbalik atau songsang. Contoh; Bala
disebut laba, manakala pembalikan perkataan dalam ayat berlaku apabila
perkataan diubah kedudukannya, contoh: Dia makan nasi dibaca sebagai Dia
nasi makan, dan begitu juga dengan pembalikan frasa.
(f) Tidak Kenal Huruf
Masalah tidak kenal huruf merupakan punca utama kebanyakan kanak-kanak gagal
membaca dengan baik. Keadaan ini menyebabkan kanak-kanak akan menyebut
sesuatu huruf sesuka hati atau dengan meneka sahaja dan menjadikan perkataan
itu tidak bermakna atau berlainan makna.
(g) Salah Sebutan
Salah sebutan terjadi akibat kanak-kanak tidak mengenal huruf atau tidak tahu
membunyikan sesuatu huruf sehingga sesuatu perkataan tidak bermakna lagi dalam
konteks ayat berkenaan. Kesalahan-kesalahan di atas boleh mengubah makna
perkataan atau ayat yang dibaca dan perlu diberi perhatian oleh guru untuk
mengatasinya. Selain itu, guru juga perlu memerhati tingkah laku yang ditunjukkan
semasa murid membaca yang boleh menunjukkan murid itu bermasalah dalam
bacaan. Antara tingkah laku yang kerap ditunjukkan adalah seperti berikut:
i)

Membatang suku kata terlebih dahulu sebelum dapat menyebut seluruh

perkataan.
(ii) Bacaan tersekat-sekat iaitu perkataan demi perkataan dan tidak lancar.
(iii) Teragak-agak (hesitation) teragak-agak bermaksud berhenti sejenak sebelum
menyebut sesuatu perkataan ketika membaca disebabkan kanak-kanak tidak pasti
akan bacaannya.
(iv) Membaca terlampau cepat atau gopoh tanpa menghiraukan tanda bacaan.
(v) Membaca terlampau lambat atau merangkak-rangkak.
(vi) Menunjuk perkataan dengan jari ketika membaca.

pengajaran literasi: membaca dan menulis bahasa melayu 44

(vii) Tingkah laku yang tidak selesa seperti mengejip-ngejip mata, mengerut dahi,
menggeleng kepada, dan sebagainya.
(viii) Suara terlalu perlahan dan tidak jelas atau blurring.
(ix) Kedudukan mata terlalu dekat dengan bahan bacaan.
(x) Cuba mengelak daripada aktiviti membaca. Guru pendidikan pemulihan / LINUS
mestilah peka dengan petunjuk-petunjuk tingkah laku yang ditunjukkan oleh muridmuridnya kerana tingkah laku tersebut menunjukkan murid berkenaan menghadapi
masalah dalam bacaan.

Masalah Tulisan

Selain daripada kemahiran membaca, kemahiran menulis juga adalah antara teras
utama dalam proses literasi. Kemahiran membaca dan menulis mempunyai
perkaitan yang sangat rapat dan saling melengkapi. Sebelum kanak-kanak diajar
kemahiran menulis untuk pelahiran, guru perlu menumpukan kepada pengajaran
kemahiran pra tulisan dan diikuti dengan tulisan mekanis. Pada peringkat ini
terdapat beberapa masalah yang perlu diberi perhatian oleh guru. Kaminsky dan
Powers (1981) telah mengenal pasti lima masalah yang ditunjukkan oleh kanakkanak dalam tulisan tangan.
(a) Kecelaruan persepsi visual, iaitu ketidakupayaan mengingat bagaimana huruf itu
kelihatan dan untuk memperlihatkan semula huruf- huruf tersebut.
(b) Kegagalan menggabungkan imej visual huruf dengan pergerakan motor tangan
atau jari yang sesuai.
(c) Tidak cekap dan lemah dalam kawalan otot-otot dalaman tangan menjadikan
sukar untuk menulis.
(d) Ingatan motor yang tidak sempurna berkaitan dengan penyimpanan maklumatmaklumat motor di dalam otak.
(e)

Kesukaran untuk memahami atau melihat keperluan ruang (spatial) tulisan

tersebut.
Seorang guru yang peka akan dapat mengesan muridnya yang menghadapi
masalah dalam tulisan berdasarkan tingkah laku-tingkah laku yang ditunjukkan.
Antara tingkah laku pelajar yang boleh dijadikan petunjuk oleh guru adalah: (i)

pengajaran literasi: membaca dan menulis bahasa melayu 45

Menggenggam pensel. (ii) Cara memegang pensel yang salah. (iii) Kedudukan
badan yang canggung semasa menulis.
(iv) Mengelak latihan menulis seperti menggunakan taktik melengah- lengah. (v)
Hasil tulisan tidak banyak berbanding umur, keupayaan membaca, dan keupayaan
bertutur. (vi) Terlalu kerap memadam. (vii) Kerap merujuk kepada carta huruf untuk
menyemak bentuk huruf. (viii) Keliru dengan arah, misalnya tulisan cermin atau
menulis terbalik. (ix)

Lemah dalam menggunakan ruang, misalnya huruf atau

perkataan terlalu rapat atau berjauhan.


Selain daripada petunjuk-petunjuk tingkah laku yang ditunjukkan oleh kanak-kanak,
masalah tulisan mekanis juga dilakukan oleh kanak-kanak semasa menulis seperti
berikut:
(a) Bentuk huruf: Tidak dapat membentuk huruf dengan betul. Menulis dari kanan
ke kiri. Menulis abjad dan ayat terbalik. Menulis dengan tiada ketetapan
kecondongan. Menulis abjad tidak lengkap atau tidak sudah. Menulis perkataan
terbalik ( bapa baqa ). (b) Jarak huruf atau perkataan tidak sesuai; (c) Tulisan
menaik atau menurun daripada garisan; (d) Mencampurkan huruf besar dengan
huruf kecil saiz huruf dalam perkataa tidak seragam; (e) Tulisan yang terlalu kabur
hingga sukar dibaca.
Apabila guru dapat mengesan masalah-masalah bacaan dan tulisan yang dihadapi
murid maka tindakan pemulihan perlu dilakukan segera supaya masalah itu tidak
berlarutan dan boleh menjejas pencapaian murid berkenaan dalam pelajaran.

a. Huraikan masalah persekitaran yang menjadi salah satu punca berlakunya


kegagalan penguasaan literasi
b. Adakah kegagalan guru menguasai kemahiran mendidik murid-murid pemulihan
menjadikan program ini lesu ?

Rumusan

Matlamat dan konsep literasi sudah berubah mengikut kesesuaian dan bidang

Literasi membaca mengutama kemahiran asas membaca.

Literasi membaca melalui beberapa proses bermula dengan deria hinggalah


keupayaan membaca.

pengajaran literasi: membaca dan menulis bahasa melayu 46

Rujukan
Jabatan Pendidikan Khas. (1998). Buku Panduan Pelaksanaan Program Pemuilhan Khas
(Masalah Penguasaan 3M). Kementerian Pelajaran Malaysia.
Jabatan Pendidikan Khas. (2001). Manual IPP3M Tahun 3 (Kegunaan Program Pemulihan
Khas). Kementerian Pelajaran Malaysia.
Isahak Haron. (2009). Ceria 2M, Literasi 2M Bahasa Melayu Buku 1 & 2 dengan Panduan
Guru. Selangor USJ: Penerbit Ilmu Bakti.
Lewis, R.B & Doorlag, D.H. (2003). Teaching Special Student: In general education
classroom (6th. Ed.). Ohio: Prentice Hall

Kathlen, L & Erik, C. (2010). Remedial and Special Education. Hammill Institute & Sage.

Anda mungkin juga menyukai