Anda di halaman 1dari 33

INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN,

JABATAN TENAGA MANUSIA,


JALAN GANGSA, 81700 PASIR GUDANG, JOHOR

KERJA KURSUS
PENDIDIKAN
ISLAM
TAJUK :
IBADAH DALAM ISLAM
KUMPULAN 3
MEKANIKAL INDUSTRI
SEMESTER : 2 SESI : 2/2008

BIL NAMA NDP

PENSYARAH: USTAZ MUHAMMAD HATTA BIN SELAMAT


Isi Kandungan Muka Surat

Sepatah Kata I

Mukadimah II

Takrif 1

Asas Ilmu Ini 2

Pengantar dan Nilaian Ilmu Fiqh Realiti 3

1)

Kesan-kesan Positif Ilmu Fiqh Realiti 4

Sumber-sumber Ilmu Fiqh Realiti 5

1) Al-Quran dan tafsirnya 6

2) Sunnah Nabawiah

3) Sejarah Salafus-Soleh

4) Buku-buku akidah dan tauhid

5) Pelajaran Sejarah dan Fiqh Sunnah

6) Sumber-sumber Ilmu Politik

7) Media-media Massa

Penutup

2
SEPATAH KATA

‫إن الحمد ل نحمده ونستعينه ونستهديه ونستغفره ونعوذ بال من شرور أنفسنا ومن‬
‫سيئات أعمالنا من يهده ال فل مضل له ومن يضلل فل هادي له وأشهد أن محمدا عبده‬
‫ورسوله صلى ال عليه وعلى اله وصحبه وسلم تسليما كثيرا‬

Buku ini terhasil daripada ringkasan pendapat-pendapat daripada guru-guru


saya yang telah banyak menaburkan ilmu kepada umat Islam. Para ulamak inilah
yang menanggung amanah Allah SWT daripada ilmu-ilmu serta
memperjuangkan Ad-Deen ini dengan sebenar-benar perjuangan. Merekalah
yang mengajar jalan-jalan kepada setiap generasi agar mereka berjuang di jalan
yang benar di samping mereka beriktikad dengan akidah yang suci bersih
daripada sebarang kekufuran, mereka juga memahami dan mendalami apa yang
berlaku pada persekitarannya.
Begitulah juga wahai para penuntut ilmu yang meneguk ilmu-ilmu daripada
sumber suci kalam para ulamak yang mulia, mereka (para ulamak) inilah yang
menjadi pembantu yang paling kanan, yang selalu berjaga malam, yang menjadi
pelindung dan pembela umat, bertahan dengan pelbagai kesakitan semata-mata
mahu menyampaikan Islam yang sempurna

Sekian terima kasih


KETUA
KUMPULAN 2

3
ASSALAMUALAIKUM warahmatullah..

Alhamdulillah bersyukur kehadrat illahi kerana akhirnya kami


sekumpulan dapat menyiapkan tugasan ini yang bertajuk”Islam
Agama Syumul” dengan jayanya. Semoga kita dapat mempelajari
dan memahami isi kandungannya. Dalam usaha untuk menyiapkan
tugasan ini,kami sekumpulan telah bekerjasama mencari bahan-
bahan dan rujukan untuk menyiapkan tugasan ini. Dikesempatan ini
juga,kami dari Rekabentuk Produk Industri ingin mengucapkan ribuan
terima kasih kepada Ustaz Muhammad Hatta bin Selamat yang
selama ini banyak memberi tunjuk ajar serta dorongan kepada kami
sekumpulan bagi menyiapkan tugasan ini. Jika ada kesilapan dan
kelemahan datangnya dari kami dan yang baik datangnya dari Allah
S.W.T.

4
AD-DIN ISLAM YANG SYUMUL

Islam adalah ad Din yang serba lengkap dan menyeluruh dalam pelbagai
lapangan hidup iaitu aspek aqidah , syariah dan akhlak . Baginda Rasulullah
( s.a.w. ) telah menerima daripada Allah taala satu risalah lengkap tersebut
melalui wahyu al Qur’an al Karim yang merupakan sumber rujukan utama Islam
.Kemudian , Rasulullah ( s.a.w. ) diperintahkan untuk menyampaikannya kepada
seluruh umat manusia di samping mempraktikkan ajaran-ajaran Islam yang
terkandung di dalam al Quran itu . Akhirnya , Islam diwarisi secara turun temurun
dari satu generasi kepada satu generasi yang lain sebagaimana asalnya tanpa
sebarang keraguan dan syak wasangka .

Islam juga adalah satu ad Din yang memiliki unsur kekuatannya yang
tersendiri dengan keunikan aqidah , ibadat dan juga akhlaknya di samping
bercirikan syumul kerana ianya bersifat terbuka kepada seluruh umat manusia .
Ini bermakna bahawa Islam bukanlah satu agama yang khusus kepada orang
Arab sahaja atau agama kepada satu-satu umat tertentu , bukan juga agama
kepada kasta-kasta tertentu , sebaliknya Islam adalah agama kemanusiaan
sejagat tanpa mengira kaum dan warna kulit pada sepanjang zaman .
Sehubungan itu , Allah ( s.w.t.) berfirman maksudnya : Dan tiadalah Kami
mengutusmu ( wahai Muhammad ) melainkan untuk umat manusia seluruhnya ,
sebagai Rasul pembawa berita gembira ( kepada orang-orang yang beriman ) ,
dan pemberi amaran ( kepada orang-orang yang ingkar ) , akan tetapi
kebanyakan manusia tidak mengetahui ( hakikat itu ) . ( Saba’ : 28 )

Dengan erti kata lain , Islam telah menyeru sekalian manusia ke arah
dasar persamaan dari segi kemanusiaan dan mereka semua sama-sama
berganding bahu dan bertolak ansur dalam mendepani perjuangan hidup .
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : Wahai umat manusia ! Sesungguhnya
Kami telah menciptakan kamu

5
dari lelaki dan perempuan , dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa
dan bersuku puak supaya kamu berkenal-kenalan ( dan beramah mesra antara
satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah
orang yang lebih takwanya di antara kamu , ( bukan yang lebih keturunan atau
bangsanya ) . Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendalam
Pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu ) . ( Al Hujurat : 13 )

Sebenarnya , manusia adalah sama dari segi asal usul kejadiannya dan
apa-apa perbezaan sesama manusia dari segi bangsanya , warna kulitnya dan
sebagainya bukannya untuk menjuruskan ke arah pertelagahan dan permusuhan
. Sebaliknya , ianya adalah sebagai satu jalan ke arah saling kenal mengenal ,
mencari keserasian dan tolong menolong antara satu sama lain . Ada satu
kaedah yang membezakan antara seseorang manusia dengan yang lain dari
segi asal usul kejadiannya dan juga keistimewaan yang dikurniakan Allah iaitu
istiqamah dalam hidupnya dan berusaha merebut keredhaan Allah ( s.w.t.)

Inilah dia dasar Islam yang tidak mengenal perbezaan perkauman , asabiah
kabilah , puak atau agama . Islam tidak mengiktiraf sebarang usaha penindasan
terhadap saudaranya yang lain kerana semua manusia adalah sama taraf , yang
berbeza cumalah iman yang bertapak dalam jiwa seseorang dan amal salih yang
lahir melalui anggota tubuh badannya yang mana akhirnya akan mencipta
kesejahteraan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat .

Selanjutnya , Islam berdiri tegak atas tiga paksi utama yang melandasi
setiap detik kehidupan ummah sejagat iaitu aqidah , ibadat dan akhlak .

6
Aqidah Islam

Aqidah adalah tonggak utama yang mendasari kelangsungan ummah .


Maju dan membangunnya sesuatu umat bergantung rapat kepada ketulenan
aqidah dan kesejahteraan pemikirannya . Dari sini , dibangkitkan perutusan para
nabi dan rasul (a.s. ) untuk menyeru ke arah pemulihan aqidah . Setiap nabi dan
rasul menyeru kaumnya dengan ucaptama sebagaimana dirakamkan oleh Allah
taala melalui firman-Nya yang bermaksud : Wahai kaumku ! Sembahlah kamu
akan Allah , ( sebenarnya ) tidak ada Tuhan bagi kamu selain daripada-Nya .
( Al A’raf : 59 ) Firman Allah (s.w.t. ) lagi dalam surah yang lain maksudnya : :
Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang
Rasul ( dengan memerintahkannya menyeru mereka : “ Hendaklah kamu
menyembah Allah dan jauhilah Taghut .” ( Al Nahl :36 )

Berdasarkan kepada mafhum ayat suci tadi , jelas bahawa Allah


mencipta sekalian makhluk supaya mereka menyembah-Nya semata-mata dan
tidak mempersekutukan-Nya dengan sesuatu yang lain daripada-Nya
sebagaimana firman Allah taala maksudnya : Dan ( ingatlah ) Aku tidak
menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan
beribadat kepadaKu . (Al Dzariyyat : 56 )

Menyembah Allah adalah hak Allah taala terhadap hamba-hamba-Nya


berdasarkan kepada sabda Rasulullah ( s.a.w. ) dalam satu hadis kepada Mucaz
bin Jabal yang bermaksud : “ Adakah kamu mengetahui apakah hak Allah
terhadap hamba-Nya dan apakah hak hamba terhadap Allah taala ? Saya
berkata : Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Sabda baginda Rasulullah
( s.a.w. ) : Hak Allah terhadap hamba-Nya ialah mereka hendaklah menyembah
Allah dan jangan mempersekutukan-Nya dengan sesuatu yang lain daripada-
Nya . Manakala hak hamba terhadap Allah taala ialah Allah tidak akan menyeksa
mana-mana hamba yang tidak mempersekutukan-Nya dengan yang lain .

7
( Riwayat Bukhari & Muslim ) Inilah hak yang paling utama yang mesti didahului
dan tidak boleh dikemudiankan oleh sesiapa pun jua selaras dengan firman Allah
( s.w.t. ) maksudnya : Dan Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak
menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata dan hendaklah engkau
berbuat baik kepada ibu bapa.( Al Isra’ : 23 )

Berdasarkan kepada keutamaan hak tersebut berbanding dengan hak-


hak yang lain dan kedudukannya sebagai teras yang mendasari Islam , maka
Rasulullah ( s.a.w.) telah menetap di Mekah dalam tempoh selama 13 tahun
dengan matlamat mengajak manusia ke arah ibadat kepada Allah dan
menghapuskan unsur kesyirikan daripada-Nya. Ditambah lagi dengan penurunan
wahyu al Quran yang mengesahkan hak tersebut dan juga menafikan sebarang
perbandingan dengan-Nya . Setiap orang yang menunaikan solat samada fardhu
maupun sunat akan mengikat perjanjian untuk menyembah Allah semata-mata
sebagaimana tertera dalam firman Allah maksudnya : Engkaulah sahaja ( Ya
Allah ) yang kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon
pertolongan . ( Al Fatihah : 5 )

Aqidah Islam terangkum dalam enam rukun utama sebagaimana


berikut :-

1 - Mengenal Allah beserta Nama dan Sifat-sifat-Nya yang Mulia ,


mengenal tanda-tanda kewujudan-Nya dan kebesaran-Nya di alam maya ini .

2 - Mengenal alam metafizik atau ghaib yang terdiri daripada alam


Malaikat dan alam Jin serta Syaitan . Termasuk juga alam Roh .

3 - Mengenal Kitab-kitab yang diturunkan Allah sebagai sumber rujukan


antara kebenaran dan kebatilan , kebaikan dan keburukan , halal dan haram dan
sebagainya .

4 - Mengenal para nabi dan rasul yang dipilih Allah untuk memimpin umat
manusia ke arah kebenaran .

8
5 - Mengenal hari akhirat yang terdiri dari peristiwa kebangkitan dari
kubur , timbangan amal , pembalasan , syurga dan neraka .

6 - Mengenal Qadha’ dan Qadar Allah taala yang merupakan penentu


kepada segala perjalanan hidup di alam ini .

Inilah antara pengertian aqidah Islam yang diturunkan Allah melalui


sumber wahyu-Nya , dengan perantaraan para nabi dan rasul-Nya dan akhirnya
diwarisi secara turun temurun dari satu generasi ke satu generasi kemudian .

Syariah Islam

Syariah adalah satu istilah yang merujuk kepada undang-undang dan


hukum hakam yang telah disyariatkan Allah taala dan ianya telah ditaklifkan
kepada seluruh umat Islam supaya mereka dapat melaksanakan syariat tersebut
dalam hubungan mereka dengan Allah taala dan juga dalam hubungan sesama
mereka . Secara umum , syariat tertegak atas dua aspek utama iaitu :-

1 - Aspek amalan yang mendekatkan seseorang itu kepada Allah taala di


samping merasai akan kebesaran-Nya . Amalan ini merupakan satu tanda yang
membuktikan sejauh mana keimanan dan ketakwaannya kepada Allah taala .
Aspek ini lebih dikenali dalam Islam sebagai ibadat .

2 - Aspek amalan yang dipraktikkan umat Islam dalam konteks hubungan


sesama Islam bagi memelihara maslahah mereka dan menghapuskan mudharat

9
bagi menjamin kelangsungan hidup mereka di dunia dengan keamanan dan
kesejehateraan sejagat . Aspek ini dikenali dalam Islam sebagai mu’amalat .
Ianya turut mencakupi urusan kekeluargaan , harta pesaka , harta benda ,
perniagaan , hukuman jenayah , masyarakat Islam dan lain-lain lagi .

Ibadat itu ialah himpunan amalan yang difardukan seperti solat , puasa ,
zakat dan haji . Antara hikmah pensyariatan ibadat yang membawa maksud
kepada penyaksian terhadap keesaan Allah ( s.w.t. ) dan juga kerasulan
Rasulullah ( s.a.w. ) ialah menyucikan hati , membersihkan jiwa dan juga
memantapkan ketakwaan yang akan mendorongnya melaksanakan segala
perintah Allah dan memelihara hukum hakam syariat dalam semua lapangan
hidup . Ibadat adalah tiang yang menegakkan binaan Islam . Sehubungan itu
Rasulullah ( s.a.w ) pernah bersabda maksudnya : Islam itu terbina atas lima
perkara ; iaitu mengucapkan dua kalimah syahadah iaitu Tiada Tuhan yang
berhak disembah melainkan Allah dan bahawa Rasulullah (s.a.w.) adalah
pesuruh Allah , mendirikan solat , menunaikan zakat, melaksanakan haji
dan berpuasa di bulan Ramadhan .( Riwayat Bukhari & Muslim )

Akhlak Islam

10
Akhlak dalam Islam mempunyai kedudukan yang istimewa di mana Al
Quran telah memuji kemuliaan akhlak yang dipamerkan oleh baginda Rasulullah
( s.a.w. ) sebagaimana firman Allah ( s.w.t. ) maksudnya : Dan sesungguhnya
engkau mempunyai akhlak yang sangat-sangat mulia .( Al Qalam : 4 )

Ditambah lagi , Rasulullah ( s.a.w. ) telah menetapkan tujuan utama


kebangkitannya mendukung agenda perjuangan risalah Islam adalah untuk
menyempurnakan kemuliaan akhlak terpuji sebagaimana sabdanya yang
bermaksud : Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan kemuliaan
akhlak yang terpuji . ( Riwayat Imam Malik )

Sebagai contohnya , solat Fardhu yang diwajibkan Allah s.w.t. telah


dijelaskan hikmahnya di sebalik mendirikan solat sebagaimana firman Allah
s.w.t. maksudnya : Dan dirikanlah solat ( dengan tekun ) , sesungguhnya solat itu
mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar . ( Al Ankabut : 45 ) Begitu juga
hikmah amalan zakat melalui firman Allah taala yang bermaksud : Ambillah
( sebahagian ) dari harta mereka menjadi sedekah ( zakat ) supaya dengannya
kamu membersihkan mereka (dari dosa ) dan mensucikan mereka ( dari akhlak
yang buruk ) ; dan doakanlah untuk mereka kerana sesungguhnya doamu itu
menjadi ketenteraman bagi mereka . Dan (ingatlah ) Allah Maha Mendengar lagi
Maha Mengetahui . ( Al Taubah : 103 )

Ringkasnya , ruang lingkup akhlak dalam Islam adalah mencakupi


seluruh kehidupan kerana akhlak merupakan simbol kepada amalan kerja dan
perlakuan di dalam hidup . Justeru amalan menolong orang lain adalah akhlak ,
kerja untuk menyara dirinya dan ahli keluarganya juga adalah akhlak , beriman
kepada Allah dan menyembah-Nya adalah akhlak . Pendekata , kesemuanya itu
termasuk dalam ertikata kebajikan sebagaimana firman Allah ( s.w.t. )
maksudnya : Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka
ke arah timur dan barat tetapi kebajikan itu ialah beriman seseorang kepada
Allah , hari akhirat, segala malaikat , segala kitab , sekelian nabi ; dan
mendermanya seseorang akan hartanya - sedang dia menyayanginya - kepada

11
kaum kerabat , anak-anak yatim , orang-orang miskin , orang yang terlantar
dalam perjalanan, kepada orang yang meminta dan untuk memerdekakan
hamba-hamba abdi ; dan mengerjanya seseorang akan solat serta
mengeluarkan zakat ;dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan
janjinya apabila mereka membuat perjanjian dan ketabahan orang-orang yang
sabar dalam masa kesempitan dan dalam masa kesakitan dan juga dalam masa
bertempur dalam perjuangan perang Sabil . ( Orang-orang yang demikian
sifatnya ) , mereka itulah orang-orang yang benar ( beriman dan mengerjakan

kebajikan ) , dan mereka itulah juga orang-orang yang bertakwa . ( Al Baqarah :


177 )

Selanjutnya , sesuatu amalan kebajikan tidak diambil kira kecuali dengan


asas iman dan ibadat . Kebajikan itu ialah akhlak dan akhlak itu adalah kebajikan
. Amalan kebajikan samada untuk maslahah individu maupun untuk
maslahah ramai termasuk dalam maksud akhlak . Begitu juga muamalah yang
baik dengan makhluk lain termasuk dalam pengertian akhlak . Manakala ,
amalan menyakiti makhluk lain adalah amalan tidak berakhlak . Sabar
mendepani kesulitan hidup dan segala musibah yang menimpa adalah termasuk
dalam akhlak .Ringkasnya , Islam amat memberi perhatian kepada aspek akhlak
mengatasi aspek-aspek yang lain sehingga sampai ke tahap Rasulullah s.a.w.
mengangkat agenda akhlak antara sebab-sebab perutusannya kepada sekelian
makhluk .

12
Demikianlah ciri-ciri keunikan Islam yang bersifat syumul dan lengkap
dalam setiap aspek kehidupan ummah sejagat dari segi aqidah , ibadah dan juga
akhlak . Ini juga menunjukkan betapa Islam amat menitik beratkan maslahah dan
kepentingan umat manusia dalam menelusuri pentas kehidupan yang penuh
pancaroba . Apa-apa yang disyariatkan Islam kepada umat manusia adalah
untuk kebaikan dan kebajikan umat manusia juga samada di dunia maupun di
akhirat . Yang paling utama sekali ialah Islam menjamin kesejahteraan dan
kebahagiaan abadi di dunia dan di akhirat bagi sesiapa yang berpegang teguh
dengan segala ajaran Islam dan hukum hakamnya sebagaimana yang termaktub
dalam dua sumber utama Islam iaitu Al Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. .

Anarkisme

(rampasan kuasa / pemberontakan / tindakan kekerasan)

13
Pandangan Islam
tentang "anarkisme"

Al-Quran Al-Karim dan As-Sunnah An-Nabawiyah Al-Muthahharah


sesungguhnya telah mengharamkan siapapun untuk melakukan tindakan
anarkis(rampasan kuasa/pemberontakan). Tidak ada satu peristiwa pun selama
Rasulullah saw menjalankan aktiviti dakwahnya di Makkah yang dapat dijadikan
dalil untuk membolehkan penggunaan aksi kekerasan dalam memperjuangkan
penerapan syariat Islam. Ketika sempat muncul keinginan beberapa Sahabat
memohon kepada Rasul saw untuk melakukan peperangan secara fizikal
terhadap kafir Quraisy, Rasulullah saw. justru mencegah keinginan mereka lalu
bersabda:

‫ل ُتَقاِتُلْوا اْلَقْوَم‬
َ ‫ َف‬،‫ت ِباْلَعْفِو‬
ُ ‫ِإّني ُأِمْر‬
Aku diperintahkan untuk menjadi seorang pemaaf. Oleh kerana itu, janganlah
kamu memerangi kaum itu. (HR Ibnu Abi Hatim, an-Nasai, dan al-Hakim).

Bahkan ketika Rasulullah saw telah memperoleh baiat dari orang-orang Anshar
di Aqabah dan mereka meminta izin kepada Rasul saw untuk memerangi orang-
orang Quraisy di Mina, Baginda saw menjawab, "Kami belum diperintahkan
untuk melakukan itu." (Sirah Ibn Hisyam bi Syarh al Wazir al-Maghribi, I/305).

Di samping itu,jelas menunjukkan bahawa perubahan di tengah-tengah


masyarakat tidak boleh dilakukan dengan cara kekerasan. Untuk mengubah
mereka, Rasul saw sendiri melakukan dua aktiviti.

Pertama: perubahan pemikiran. Pemikiran dengan asas "La ilaha illa Allah" yang

14
baginda hunjamkan ke benak masyarakat Arab ketika itu mampu mengubah
mereka yang sebelumnya menyembah patung beralih pada penyembahan
semata-mata kepada Allah SWT. Kerana itu,hakikat dakwah Islam hari ini pun
mesti difokuskan pada usaha untuk mengubah pemikiran masyarakat yang
didominasi oleh idea-idea kufur (seperti demokrasi, HAM, pluralisme, liberalisme,
feminisme, dan idea-idea sekular lainnya) kemudian menggantinya dengan
pemikiran-pemikiran Islam semata.

Kedua: mesti diingat, berbagai situasi yang meresah dan membimbangkan


masyarakat ketika ini adalah berawal dari sistem pengaturan masyarakat yang
rosak. Ini adalah persoalan politik. Oleh kerana itu, rangkaian perjuangan menuju
masyarakat yang lebih baik mesti dilakukan secara politik(siyasiyyah). Kerana
itu, di samping secara pemikiran (fikriyyah), perubahan masyarakat juga mesti
ditempuh dengan metod perjuangan yang bersifat politik (siyasiyyah). Inilah juga
yang telah dilakukan oleh Rasulullah saw ketika di Makkah dalam konteks
perubahan masyarakat sewaktu itu.

Wahai Kaum Muslim!

Dalam konteks perubahan masyarakat dan perjuangan penegakkan syariat


Islam, kita semestinya mengendalikan pemikiran dan emosi kita sesuai dengan
tuntutan dan petunjuk Rasulullah saw. Kerana itu, sebagaimana Rasul saw.,
umat Islam ketika ini mesti melakukan perjuangan dengan metod fikriyyah
sekaligus siyasiyyah dengan menjauhkan diri dari segala tindakan kekerasan
(ghayr 'anif) dan anarkisme.

15
Lebih dari itu, Allah SWT dalam banyak ayat dan hadis menyerukan kepada
penguasa agar membanteras akar persoalan yang merupakan berbagai
kemaksiatan yang telah nyata merosak masyarakat. Jika Pemerintah bertindak
tegas terhadap para pelaku maksiat, mustahil akan lahir berbagai tindakan
kekerasan dan anarkisme.

Caranya adalah dengan

1. melaksana dan menerakan hukum yang adil(hukum Allah swt), tegas dan
tanpa pilih bulu. Hukum yang adil, tegas dan tanpa pilih bulu tersebut sudah
tentu bukan hukum buatan manusia yang sarat dengan berbagai kepentingan,
tetapi hukum yang berasal dari Allah, Zat yang tidak memiliki kepentingan
apapun selain menghendaki kemaslahatan bagi umat manusia.

2. mengangkat para pentadbiran penegak hukum yang amanah dan berwibawa


atas dasar ketakwaan kepada Allah SWT. Hanya dengan dua hal inilah
keamanan dan ketertiban masyarakat dapat terwujud, sementara tindakan
kekerasan dan anarkisme akan dapat dihindar sejauh mungkin.

16
PENUTUP

Bersyukur kehadrat illahi kerana memberi kami kesihatan akal,


fizikal dan mental serta kami juga ingin mengucapkan jutaan terima
kasih kepada Ustaz Muhammad Hatta bin Selamat yang selama ini
banyak mengajar dan mendidik kami. Dan tidak juga kepada rakan-
rakan seperjuangan yang selama ini banyak membantu menyiapkan
kerja tugasan dan diberikan dan mencari risalah-risalah yang
berkaitan dan berkenaan dengan tajuk Islam Agama Syumul adalah
satu perbincangan.

17
Islam Agama Sejagat

Islam agama yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W. menganjurkan nilai-nilai murni
dan luhur. Ia digambarkan melalui keperibadian Rasulullah yang memiliki akhlak
yang mulia, bersifat sederhana dan suka melakukan kebaikan sesame akhluk.
Ciri-ciri yang dimiliki oleh Rasulullah ini telah menyumbangkan keamanan dan
memberi rahmat kepada alam sejagat seperti yang digambarkan dalam firman
Allah S.W.T yang bermaksud :

18
Tidaklah Aku utuskan engkau wahai Muhammad melainkan menjadi rahmat
kepada seluruh alam. (al-Anbia’ : 107)

Keamanan yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W dibuktikan apabila kita melihat
masyarakat arab Jahiliah yang sebelum ini hidup dalam kemusuhan tampil
membina tamadun insaniah yang sungguh mengkagumkan kehebatan dan
kemasyhuran bangsa arab ini kemudiannya tersebar dibawah panji islam ke
kawasan-kawasan lain di muka bumi ini. Ketika bumi Eropah masih hidup dala
zaman kegelapan bangsa arab telah mencipta tamadun yang meliputi pelbagai
bidang astronomi, ilmu sains, perubatan, ekonomi dan sebagainya. Rahsia di
sebalik kejayaan ini adalah keamanan yang dibawa oleh islam dan pejuangnya
sehingga islam menjadi satu agama yang dikagumi dan disegani.

19
1. Islam Agama Keselamatan dan Keamanan

Islam adalah agama pembawa kesejahteraan. Untuk itu sekali lagi ditegaskan ia
tidak boleh dilihat sebagai agama yang mencetuskan keganasan atau
memporakperandakan kehidupan manusia. Rasulullah ketika menyelesaikan
masalah masyarakat islam pada zamannya sentiasa menjuruskan kepada
keamanan dan kesejahteraan. Demikian juga yang baginda lakukan ketika
berhadapan mush-mush baginda. Tindakan baginda dalam berdakwah
umpamanya, baginda tidak mendahulukan menghukum daripada mendidik.
Baginda sentiasa mengajar para sahabatnya bahawa mendidik lebih utama
daripada menghukum. Jika sahabat mendahulukan herdikan kepada arab badwi
yang kencing di dalam masjid maka Rasulullah bertindak sebaliknya. Sikap
lemah lembut Rasulullah menggambarkan sikap rahmat yang dibawa oleh
Rasulullah. Sikap rahmat ini kita lihat telaha menjuruskan kepada wujudnya
perasaan kasih saying kepada para sahabat baginda. Kekecohan dan “hingar-
bingar” bukanlah sifat Rasulullah maka dengan itu islam dapat dilihat sebagai
agama yang membawa kepada keamanan dalam diri dan kehidupan para
sahabat baginda masa itu.

Adakah terdapat contoh lain yang lebih baik daripada apa yang dibawa oleh
Rasulullah S.A.W. Kita melihat apa yang dibawa oleh Rasulullah masih wujud
masa kini. Namun ancaman, tuduhan dan ugutan semakin mengambil tempat
daripada mengutamakan mendidik dan menasihati di bibir umat islam masa kini.
Jika inilah sikap kebanyakan generasi islam maka bagaimanakah keselamatan
dan keamanan dapat diwujdkan di dada umat islam masa kini. Apatah lagi
kepada orang yang tidak beragama islam.

20
2. Rasa Takut

Sudah sampailah masanya islam perlu dilihat sebagai agama yang membawa
keselamatan dan keamanan kepada umat manusia seperti apa yang dilakukan
oleh Rasulullah S.A.W. Rasa bimbang di dada umat islam apatah di mata musuh
islam perlu dibaiki. Mesej dakwah yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W
bersandarkan kemanan dan keselamatan perlu diguna dan dibangunkan semula
oleh umat islam kini. Apabila mesyuarah menjadi keutamaan baginda, maka
itulah juga yang sepatutnya menjadi keutamaan umat islam masa kini. Jika
Rasulullah S.A.W dapat bertolak ansur dengan kaum Musyrikin dalam perjanjian

21
hudaibiah apakah kita tidak boleh mengamalkan sikap demikian? Sayangnya
ketika mencari perpaduan sesama umat islam masa kini, kita melihat ada
golongan islam yang lebih mengutamakan syarat daripada kesatuan dan
kesejahteraan umat. Perlu ditegaskan lagi bahawa Rasulullah S.A.W hendaklah
dijadikan contoh. Kebijaksanaan yang dipamerkan oelh Rasulullah perlu diikuti
lebih-lebih lagi oleh mereka yang menganggap diri mereka sebagai ulama’. Kita
juga perlu mencontohi keamanan dan kesejahteraan yang menjadi startegi
Rasulullah S.A.W dalam meningkatkan dakwah di kalangan mereka yang bukan
islam. Serentak itu Rasulullah S.A.W berjaya menjadi model lantaran
mempamerkan kepada musuh baginda bahawa islam mementingkan
kesejahteraan bukannya permusuhan.

3. Menyumbang

Kini negara kita sedang bergelut dengan kemelesetan ekonomi sebagai umat
yang mahu menjadikan dirinya contoh dan inginkan islam dilihat sebagai agama
pembawa keamanan, kita perlu menyumbangkan sesuatu yang baik kepada
keharmonian rakyat di negara ini. Kemelesetan ekonomi akan mengundang
pelbagai kemungkinan dalam kehidupan masyarakat. Kegelisahan, kemurungan
dan ketidakstabilan politik boleh wujud pada bila-bila masa seperti apa yang
terjadi pada beberapa negara jiran. Di sinilah letaknya peranan kita untuk
mempamerkan kemurniaan ajaran islam. Dengan itu uamt islam di negara ini
perlu memperlihatkan sikap yang menghargai keamanan. Ini kerana keamanan
adalah elemen yang sangat penting untuk kita menebus maruah negara yang
mungkin tergadai. Apatah lagi jika pucuk pimpinannya dipegang oleh orang
islam. Jika kepimpinannya tumbang maka tidak mustahil martabat islam yang
kita letakkan ditempat yang tinggi negara ini akan turut goyang. Inilah yang perlu
kita elakkan dan jika ia berlaku juga “dunia” akan mencaci kita mereka akan

22
mengaitkan kegagalan kepimpinan islam dengan agama islam yang kita bawa.
Maka sudah tentu kita tidak mahu mereka menyamakan negara ini sma denga
negara islam lain yang rata-rata mundur lantaran kegagalan pemimpinnya
menguasai ekonomi negara.

4. Belum terlambat

Kita masih belum terlambat. Agama islam yang cemerlang perlu lebih
dicemerlangkan lagi melalui tindak-tanduk umatnya.Islam agama yang
mementingkan keselamatan perlu ditonjolkan oleh umatnya melalui tuturkata dan
tingkah laku yang berhemat.Kata-kata memaki,mengancam dan menghina
sesama islam perlu dihentikan kerana ia tidak menggambarkan keselamatan dan
keamanan yang dibawa oleh islam.Orang yang masih melakukan perbuatan
demikian samalah seperti orang yang menganjurkan permusuhan dalam
kehidupan umat.Orang yang menganjurkan permusuhan diibaratkan orang yang
berdiri di tepi jurang neraka yang hanya menunggu saat kehancurannya.
Justeru itu islam melihat penganjur keamanan sebagai factor yang akan
menyelamatkannya daripada dihumban kedalam api neraka.Sesiapa juga perlu
menyedari betapa pentingnya keamanan dan keselamatan
dipelihara.Malah,bukan hanya sekadar sedar tetapi hendaklah dengan penuh
iltizam memeliharanya.Memelihara keselamatan dan kesejahteraan didunia
berkait rapat juga dengan memelihara keamanan dan kesejahteraan kehidupan
kita diakhirat nanti.

23
Ciri-ciri Dakwah Islam yang Syumul

Di antara ciri-ciri yang membezakan Islam daripada agama agama, falsafah-


falsafah dan ideologi-ideologi yang dikenal oleh manusia ialah ciri ‘asy-Syumul
atau kemenyeluruhan dengan segala pembawaan maknanya yang merangkumi
dan meliputi segala-galanya. Ia meliputi semua zaman dan merangkumi seluruh
kejadian dan kehidupan manusia. Seorang ulama’ menggambarkan keluasan erti
asy-Syumul’ di dalam risalah Islam itu sebagal berikut “Islam adalah risalah yang
panjangnya meliputi semua zaman, lebarnya mengatur segenap aspek hidup
manusia dan dalamnya merangkumi setiap persoalan dunia dan akhirat”.

24
KESYUMULAN AJARAN-AJARAN ISLAM.

Islam adalah risalah manusia seutuhnya di dalam setiap peringkat hidupnya, dan
risalah hidup dalam setiap aspek dan lapangannya. Maka tidaklah hairan apabila
kita mendapati ajaran-ajaran Islam itu seluruhnya memiliki ciri-ciri kesyumulan
yang merangkumi setiap persoalan hidup dan insan. Kita dapati kesejagatan itu
nyata dan jelas pada ‘aqidah dan tasawwur, pada ibadah dan taqarrub, pada
akhlak dan fadhail, dan pada undang undang dan peraturan.

KESYUMULAN ‘AQIDAH ISLAM

‘Aqidah Islam adalah sejagat dipandang dan berbagai sudut:

(a) Ia disifatkan dengan syumul berdasarkan bahawa ia berfungsi untuk


menafsirkan setiap persoalan besar di dalam wujud ini, iaitu persoalan yang
sentiasa memenuhi fikiran manusia dengan soalansoalan yang meminta
jawapan yang tegas, yang dapat membebaskan manusia daripada kebimbangan
dan keraguan dan menyelamatkan manusia dari mangsa pertaruhan falsafah-

25
falsafah dan agama-agama dan dahulu hingga sekarang, iaitu masalah
ketuhanan, masalah alam, masalah manusia, masalah kenabian, masalah akhir
kehidupan dan pembalasan. Setengah-setengah ‘aqidah itu hanya mengambil
berat masalah manusia, tetapi tidak mengambil berat masalah ketuhanan dan
Tauhid. Setengahnya pula mengambil berat masalah Ketuhanan. Tetapi tidak
memperhatikan masalah. Kenabian dan Kerasulan. Manakala yang lain pula
mengambil berat masalah kenabian, tetapi tidak mempersoalkan masalah
pembalasan di akhirat. Tetapi aqidah islam mengambil berat dan membicarakan
setnua persoalan ini dengan kalimat-kalimat syumul dalam bahasa yang jelas
dan terang. (Q.S. An Nisaa: 150 -151)

(b) Ia disifatkan dengan syumul kerana ia tidak membahagi Tuhan kepada dua
oknum, iaitu apa yang dikatakan Tuhan baik atau cahaya ataupun Tuhan jahat
atau Tuhan gelap, sebagaimana yang terdapat dalam agama Majusi. Atau
pembahagian kepada Allah dan syaitan, yang dipanggil dalarn kitab-kitab Injil
dengan nama Ketua alam ini atau dengan nama Tuhan-masa, di mana alam ini
dibahagi di antaranya dengan Allah. Baginya kerajaan dunia dan bagi Allah
kerajaan langit. Kerjanya mengikut pandangan orang masehi hampir menyerupai
kerja “Ahriman” Tuhan gelap orang Majusi. (1) Dalam pandangan Islam syaitan
itu adalah garn baron dan kekuatan jahat, tetapi kekuatan itu tidak dapat
berkuasa atas hati nuraini manusia, selain daripada menimbulkan waswas,
menggoda, memperdaya dan mengajak kepada kejahatan. Itulah usaha yang
paling jauh yang dapat dilakukannya. Tetapi usaha itu menjadi lemah di hadapan
mukmin yang yakin, berpegang dan bertawakkal kepada Allah. Hal ini dinyatakan
oleh Allah dalam firman-Nya, ketika syaitan berhadapan dengan orang yang
diperdayanya:

“Dan Allah berfirmañ terhadap syaitan”


“Sesungguhnya hamba-hamba-Ku, tidak ada kekuasaan bagimu atas ,nereka.”-
Haqaiqul Islam: oleh Al-Aqqaad, hal 123.
(Q.S. Al israa’: 65)

26
“Sesungguhnya syaitan itu tidak ada kekuasaan atas orang-orang yang beriman
dan bertawakkal kepada Allah. Kekuasaannya (Syaitan) hanyalah alas orang
orang yang mengambil dia jadi pemimpin dan atas orang-orang yang
mempersekutukannya dengan Allah.”
(Q.S. An Nahli: 99—100)

“Sekali-kali tidak ada kekuasaan bagiku terhadapmu, melainkan (sekadar) aku


menyeru kamu mematuhi seruanku.” (Q.S. ibrahim: 22)

Dan firman-Nya:

“Sesungguhnya tipu daya syaitan itu adalah lemah.” (Q.S. An Nisaa: 76)

(c) Ia disifatkan syumul dan segi bahawa ia tidak berpegang semata-mata


kepada perasaan sebagaimana keadaan falsafah-falsafah timur dan mazhab-
mazhab tasauf. Dan seperti keadaan agama Masihi yang menolak sama sekali
campur tangan akal pada bidang ‘aqidah kerana sudah cukup dengan
penerimaan membuta tuli, seperti kata mereka: “Percayalah, sedang engkau
membuta tuli !“ Demikian juga sebaliknya, ia tidak berpegang kepada akal
semata-mata untuk mengenal Allah dan mengharungi rahsia hidup. Akan tetapi
‘aqidah Islam berpijak di atas fikiran dan perasaan dan di alas akal dan hati
bersama-sama, dengan menganggap keduanya sebagai alat yang saling
menyempurnakan daripada alat-alat pengetahuan manusi dan kesedaran insan.
Sesungguhnya iman Islam yang sebenarnya ialah memancar dan cahaya akal
dan sinaran hati. Kerana itulah ia mampu memainkan peranan dengan positif
dalam kehidupan ini. Dan apabila “ilmu Tauhid” menjadi ilmu akal semata-mata,
penuh dengan perdebatan yang tidak berkesudahan, sehingga ia dinamai “ilmu
Kalam”, maka kebanyakan ulama tidak dapat menerimanya, kerana perdebatan

27
semata-mata tidak akan menghasilkan iman Islam. Dengan perkembangan corak
pengetahuan akliah yang kaku ini, terjadilah kekosongan perasaan dan
keruhanian, yang memberi kesempatan kepada golongan-golongan lain
untuk mengisinya, iaitu golongan sufiah. Sebenarnya ilmu kalam ini hanya layak
dalam lapangan untuk menghadapi lawan ‘aqidah, iaitu menolak segala syubhat
dan kebathilan mereka. Adapun untuk membina aqidah dan memantapkannya,
sesungguhnya ia tidak memadai. (d) Ia disifatkan syumul, kerana ia tidak
menerima pemecahan. la adalah kepercayaan yang padu, tanpa sedikit pun ragu
ragu. Ia mesti mempercayai sepenuhnya tanpa sedikit pun rnengengkarinya.
Sekiranya ia ragu-ragu sedikit saja atau engkar sebahagian saja, misalnya
beriman 99% dan engkar 1% dan kandungan ‘aqidah ini, maka tidaklah dianggap
muslim. Jadi Islam itu menuntut supaya seseorang manusia itu menyerah
sepenuhnya kepáda pimpinan Allah dan beriman dengan seluruh pengajaran
yang datang dari sisi-Nya. Dalam pandangan Islam, seseorang Muslim tidak
boleh berkata:

“Aku beriman dengan Al Quran dalam soal Syi’ar dan ibadat, tetapi aku tidak
beriman dengan soal akhlak dan adab”, atau ia berkata: “Aku mengambil
daripada Al Quran masalah ibadat dan akhlak, tetapi aku tidak mengambil
masalah peraturan dan undang undang, atau aku mengambil seluruhnya,
tetapi tidak mengakui perkara-perkara yang berlawanan dengan sejarah, atau
aku mengakui dan menerima semuanya, tetapi aku tidak percaya perkara-
perkara yang berlaku di akhirat seperti hakikat syurga dan neraka.” Kerana itu Al
Quran mengencam sikap Bani Israil yang beriman dengan setengah Rasul dan
engkar dengan setengah yang lainnya, beriman dengan setengah kitab dan
engkar dengan yang lainnya. Firman Allah:

28
“Sesungguhnya orang-orang yang kafir dengan Allah dan Rasul-rasul-Nya dan
bermaksud nemperbezakan antara Allah dan Rasul-rasul-Nya, seraya
mengatakan: “Kami beriman kepada yang sebahagian (Dan Rasul-rasul itu) dan
kafir terhadap sebahagian (yang lain),” serta bermaksud mengambil jalan (lain)
di antara yang demikian. Merekalah orang yang Kafir sebenar-benarnya. Kami
telah menyediakan untuk orang-orang kafir itu siksaan yang menghinakan.”

KESYUMULAN IBADAT Di DALAM ISLAM

Seperti dalam ‘aqidah, maka di dalam ibadat pun tergambar dengan jelas
kesejagatan itu. Ibadat Islam merangkumi seluruh kejadian manusia. Seorang
muslim beribadat kepada Allah bukan dengan lisannya saja, atau badannya saja,
atau hatinya tanpa lainnya, atau fikirannya semata-mata, atau pancainderanya
sendirian, tetapi ia beribadat kepada Allah dengan keseluruhannya, iaitu dengan
lisan yang berzikir, berdoa’ dan membaca, dengan badan yang sembahyang,
puasa dan berjihad, dengan hati yang takut, mengharap, cinta dan tawakkal,
dengan seluruh panca indera yang digunakan menta’ati Allah Subhana wa
Ta’ala. Di dalam ibadat sembahyang jelas tergambar ibadat lisan dengan
membaca, takbir, tasbih dan do’a. Ibadat badan dengan berdiri, duduk, ruku’ dan
sujud. Ibadat akal dengan berfikir dan merenungkan makna-makna Al Quran dan
rahsia-rahsia sembahyang. Ibadat hati dengan khusyu’ mencintai Allah dan
merasakan bahwa Allah sentiasa memperhatikan dan mengamati hamba-Nya.
Di dalam ibadat Haji tergambar dengan jelas ‘amal badan dengan berjalan,
berpindah, Tawaf dan saie. Amal lisan talbiab, tahlil, takbir, zikir dan doa’. ‘Amal
hati dengan berniat dan ikhlas, di samping memberi harta kekayaan dan
meninggalkan keluarga serta tanah air kerana Taqarrub kepada Allah. Selain itu,
ada makna lain bagi kesejagatan di dalam ‘ibadat, iaitu ianya merangkumi seluas

29
kehidupan manusia. Ia tidak terbatas kepada upacara-upacara ibadat yang
tertentu seperti sembahyang, zakat, puasa dan haji, tetapi merangkumi setiap
gerak dan amal yang dapat meningkatkan kehidupan dan memberi kebahagiaan
kepada manusia. Berjihad di jalan Allah kerana mempertahankan kebenaran,
membela kehormatan, mencegah fitnah dan meninggikan Kalimat Allah adalah
ibadat yang tidak ada tandingnya. Diriwayatkan daripada Abi Hurairah R.A.
katanya:

“Seorang laki-laki dan sahabat Rasulullah S.A.W. lalu di celah bukit di mana
terdapat mata air yang sangat bening, sehingga ia terpesona, lalu berkata.
“Andainya aku memencilkan diri dari orang ramai dan tinggal di tempat ini untuk
beribadat. Tetapi aku tidak melakukannya sehingga aku meminta izin kepada
Rasulullah S.AW., maka Rasulullah S.A.W. berkata: “Jangan engkau lakukan
yang demikian! Sesungguhnya maqam seseorang kamu di jalan Allah adalah
lebih baik daripada sembahyang di rumahnya selama tujuh puiuh tahun. Adakah
kamu tidak suka Allah mengampunkan dosa kamu dan memasukkan kamu ke
syurga? Berjuanglah di jalan Allah! Orang yang berjuang di jalan Allah sebesar
punuk unta wajib baginya syurga.” - Hadis ini diriwayatkan oleh At Tirmizi dan ia
mengatakan hadis Hasan, manakala Al Hakim mengatakan sahih mengikut
syarat Muslim dan diakui oleh Al Munziri di dalam kitab At Targhib. Juga Abi
Hurairah meriwayatkan: “Telah ditanya Rasul ullah S.A.W.: “Apakah yang
menyamai jihad fi sabilillah ?“ Rasulullah S.A.W. berkata: “Kamu tidak akan
sanggup melakukannya.” Lalu orang itu mengulangi pertanyaan dua atau tiga
kali. Setiap ia bertanya, Rasulullah S.A.W. berkata: “Kamu tidak akan sanggup
melakukannya.” Kemudian Rasulullah S.A.W. berkata: “Umpama orang yang
berjihad di jalan Allah adalah laksana orang yang puasa dan sembahyang terus
menerus tidak putus-putus melakukannya, sehingga orang yang berjihad itu
kembali fi sabilillah.” (H.R. Bukhhari danMuslim.)

Setiap amal yang bermanafa’at yang dilakukan oleh seorang muslim dalam
rangka berkhidmat kepada mas’yarakat, atau membantu anggota-anggota

30
masyarakat, teristimewa golongan lemah dan sengsara, adalah ibadat. Banyak
hadis-hadis yang menerangkan perkara tersebut, seperti hadis yang
menggalakkan supaya bersedekah setiap hari yang terbit matahari padanya,
sehingga menjadikan ‘amal menghilangkan gangguan dan tengah jalan sebagai
sedekah menunjukkan muka manis kepada teman adalah sedekah, bereakap
yang baik adalah sedekah dan tiap-tiap yang ma’ruf adalah sedekah. Termasuk
ke dalam daerah ‘ibadat ialah mengusahakan keperluan hidup seseorang
dengan keluarganya supaya ia mendapatkan yang halal dan memeliharakannya
dan minta-minta sedekah. Rasulullah S.A.W. menganggap orang yang
melakukan yang demikian sebagai “fisabilillah” iaitu jihad sebagai mana jihad di
medan perang menghadapi musuh Allah. Lebih jauh daripada itu, Rasulullah
S.A.W. menjadikan orang yang meletakkan syahwatnya dalam perkara yang
halal akan diberi pahala. Tatkala sahabat-sahabat merasa hairan perkara yang
demikian, maka Rasulullah S.A.W. berkata kepada mereka:

“Adakah sekiranya seseorang itu meletakkannya dalam perkara yang haram ia


berdosa ?“ Mereka menjawab: “Ya.” Rasulullah S.A.W. berkata: “Demikianlah
sekiranya ia meletakkannya pada yang halal, maka ia akan diberi pahala.”
Adakah kamu hanya mengira kejahatan saja dan tidak mengira kebaikan?”
(Lihat buku kami “al ‘Ibadah fil Islam” dalam fasal lapangan ‘ibadat dalam Islam.)

31
KESYUMULAN AKHLAK DALAM ISLAM

Kesejagatan nampak dengan jelas di lapangan akhlak dan sifat-sifat keutamaan.


Akhlak Islamiyah bukanlah seperti yang dikenali oleh setengah orang sebagai
“hak keagamaan”, yang tergambar di dalam menunaikan upacara-upacara
peribadatan, menjauhi makan babi, minum arak dan seumpamanya, dan tidak
Iebih daripada itu. Maka barang siapa yang puasa, sembahyang, membuat
upacara-upacara ‘ibadat, tidak minum arak, adalah manusia yang baik dan orang
saleh, sekalipun ia berlaku kejam terhadap golongan dhu’afa, zalim terhadap
fakir miskin, memakan harta manusia dengan cara yang bathil, menyia-yiakan
hak masyarakat, mempermainkan jabatan dan pangkat dalam negara.
Demikianlah gambaran setengah-setengah penulis tentang akhlak keagamaan.
Andainya konsep seperti ini benar mengikut ukuran agama-agama lain, maka
sama sekali tidak dapat diterima dalam ukuran agama Islam. Islam menjadikan
keadilan, kebaikan, kasih sayang, memelihara diri dari yang haram, menunaikan
amanah kepada ahlinya dan sebagainya daripada “akhlak kemasyarakatan”
merupakan sebesar-besar keutamaan yang dengannya seseorang mendekatkan
diri kepada Allah dan mernbawanya masuk syurga. Sebagaimana menjadikan
lawannya daripada sifat-sifat zalim, derhaka kepada ibu bapa, kejam, jahat,
khianat adalah dosa-dosa besar dan kesalahan-kesalahan yang berat
yang membawanya masuk neraka. Ianya adalah bukti yang menunjukkan
kerusakan hati daripada iman yang benar untuk menernui Allah dan Hisab Nya di
akhirat.
PENDIDIKAN ISLAM 33