Anda di halaman 1dari 2

garis panduan asas yang boleh anda praktikkan ketika menggunakan handphone:1.

Kurangkan perbualan
Cara paling mudah untuk anda ikuti bagi mengelakan pendedahan radiasi adalah mengurangkan
masa berbual menggunakan handphone. Hadkan penggunaan anda hanya kepada panggilan
pendek dan penting sahaja kerana semakin lama anda bercakap di talian, lebih banyak radiasi akan
diserap oleh badan anda. Selain mudah, cara ini juga mampu membantu anda menjimatkan bil
penggunaan handphone anda.
2. Elakkan handphone di dalam poket
Anda disarankan untuk menyimpan atau membawa handphone di dalam poket. Jika ada memakai
jaket, adalah disarankan untuk anda memasukkannya ke dalam poket jaket tersebut. Bagi anda
yang membawa beg pula di nasihatkan untuk menyimpannya di dalam beg. Langkah ini untuk
mengelakkan pendedahan radiasi secara langsung dengan tubuh anda.
3. Memulakan panggilan
Sedar atau tidak, ramai di antara pengguna handphone akan terus meletakkan handphone ke
telinga sementara menunggu panggilan disambungkan. Untuk pengetahuan anda, ketika cuba
untuk mewujudkan sambungan panggilan, handphone akan bekerja lebih keras dan memancarkan
lebih sinaran elektromagnet. Kepintaran handphone yang akan menghasilkan getaran apabila
panggilan berjaya disambungkan boleh membantu anda untuk tidak terus meletakkan handphone
ke telinga selagi pangilan tidak sisambunngkan.
4. Kawasan liputan rendah
Elakkan daripada menggunakan handphone anda di kawasan yang memiliki isyarat yang lemah. Di
antara dua persekitaran yang dipercayai memiliki kekuatan isyarat yang lemah adalah di dalam lif
dan juga di dalam kereta yang sedang bergerak. Faktor ini secara tidak langsung mengurangkan
risiko penggunaan handphone ketika memandu.
5. Antioksidan
Anda disarankan untuk mengambil makanan yang kaya dengan antioksidan. Radiasi gelombang
mikro seperti yang dihasilkan oleh hanphone telah terbukti boleh mengurangkan tahap antioksidan
dalam badan. Pengambilan makanan yang kaya dengan antioksidan seperti kekacang, kentang,
buah beri, brokoli, bawang putih, epal dan ceri boleh dijadikan sebagai pencegah kepada perkara
yang tidak diingini termasuk kanser dan penyakit jantung.
6. Jaga jarak handphone
Ketika bercakap menggunakan handphone, pastikan anda menjaga jarak handphone dengan
telinga anda. Maksudnya di sini adalah elakkan menekan handphone terlalu kuat ke telinga, cukup
sekadar meletakkan handphone ke cuping telinga. Langkah ini dikatakan mampu mengurangkan
tahap pendedahan terhadap radiasi. Adalah lebih baik sekiranya anda menggunakan pembesar
suara kerana ia adalah lebih berkesan dan sihat.
7. Alat bantuan pendengaran
Penggunaan alat bantuan pendengaran seperti earphone bluetooth atau earphone berwayar adalah
sangat disarankan kepada anda yang sering membuat atau menerima panggilan. Walaupun
penggunaan alat ini masih menyebabkan anda terdedah kepada sinaran elektromagnet, sekurangkurangnya pendedahan jauh lebih kecil. Namun jika anda tidak membuat atau menerima sebarang
panggilan, adalah lebih bijak sekiranya ia ditanggalkan dari telinga anda.
8. Lebihkan teks
Berkomunikasi dengan kaedah menggunakan teks adalah lebih baik berbanding kaedah panggilan
suara kerana handphone tidak diletakan secara terus kebahagian kepala anda. Apa yang perlu
diingatkan adalah elakkan bermesej ketika anda sedang memandu.
9. Kawalan ke atas kanak-kanak
Kanak-kanak lebih terdedah kepada radiasi kerana tengkorak mereka lebih nipis dan masih dalam
proses pembentukan otak. Adalah terbaik untuk mengekalkan penggunaan telefon mereka ke

tahap yang minimum. Jika diperhatikan kanak-kanak gemar menggunakan telefon unntuk untuk
memain permainan mudah alih, oleh itu apa kata anda tukarkan telefon ke mod penerbangan
sebelum menyerahkan kepada anak anda.
10. Gunakan talian tetap
Kaedah terakhir ini mungkin sukar diikuti oleh kebanyakan pembaca kerana kepupusan
penggunaan telefon talian tetap di rumah. Tetapi bagi anda yang masih memiliki telefon talian
tetap di rumah, apa kata maklumkan kepada rakan-rakan atau ahli keluarga yang lain untuk
menghubungi anda terus melalui telefon rumah.

Anda mungkin juga menyukai