Anda di halaman 1dari 19

KURSUS TMK TAHUN 5 2014

PROGRAM LATIHAN UNTUK GURU TMK TAHUN 5


BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

Tajuk

Topik

1.0 PENGENALAN KEPADA RANGKAIAN

A. Objektif
Pada akhir sesi ini, peserta dapat:

1. Menerangkan konsep rangkaian


2. Menerangkan medium rangkaian : wayar dan tanpa wayar
3. Menyatakan kegunaan rangkaian
4. Membuat ilustrasi model rangkaian
B. Kandungan Pengajaran
1.1 Perkembangan Rangkaian
1.2 Maksud Rangkaian
1.3 Kegunaan Rangkaian
1.4 Jenis Rangkaian
1.5 Jenis Senibina Rangkaian
1.6 Jenis Topologi
1.7 Jenis Teknologi Komunikasi

MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

KURSUS TMK TAHUN 5 2014

PENGENALAN KEPADA RANGKAIAN


1.1

Perkembangan Rangkaian

Rangkaian yang pertama ialah pada sekitar akhir 1960-an dan awal 1970-an, iaitu
ARPANET yang dibina oleh ARPA untuk Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat.
Perkembangan rangkaian komputer bermula pada tahun 1969 ketika jabatan Pertahanan
Amerika membentuk Defense Advance Research Projects Agency (DARPA) yang bertujuan
mengadakan penyelidikan mengenai cara menghubungkan sejumlah komputer sehingga
membentuk rangkaian.Program penyelidikan ini dikenali dengan nama ARPANET ( Advance
Research Projects Agency Network ). Pada tahun 1970, lebih dari 10 buah komputer telah
dapat dihubungkan, saling berkomunikasi dan membentuk sebuah rangkaian.

Pada tahun 1972, Roy Tomlinson telah membangunkan satu aplikasi iaitu Mel Elektronik
(emel) untuk penyelidikan ARPANET. Aplikasi tersebut mendapat sambutan baik pada
ketika itu dan pada waktu yang sama "at" atau "pada" ([@]) diperkenalkan sebagai ikon dari
emel tersebut. Pada tahun 1973, jaringan komputer yang diberi nama ARPANET mulai
dikembangkan meluas keluar dari Amerika Syarikat. University College di London
merupakan komputer anggota rangkaian ARPANET pertama di luar Amerika Syarikat. Pada
tahun yang sama dua orang ahli komputer Vinton Cerf dan Bob Kahn membentangkan
sebuah gagasan yang lebih besar yang menjadi pengasas pemikiran rangkaian
antarabangsa (International Network) iaitu Internet. Idea ini dipersembahkan untuk pertama
kalinya di Sussex University.

Pada 26 Mac 1976, dimana pada masa itu ratu Inggeris telah berjaya mengirimkan sebuah
emel dari Royal Signals and Radar Establishment di Malvern. Setahun kemudian, lebih dari
100 komputer telah bergabung dalam sistem ARPANET dan membentuk sebuah rangkaian
atau Network.

Pada tahun 1979, Tom Truscott, Jim Ellis, dan Steve Bellovin telah mencipta Newsgroups
pertama yang dikenali sebagai USENET (User Network). Pada tahun 1981, France Telecom
telahn mencipta dan melancarkan telefon televisyen pertama dunia (pengguna dapat saling
berhubung antara satu sama lain dengan menggunakan pautan video (video link)).

Seiring dengan bertambahnya komputer yang membentuk rangkaian, sebuah protokol rasmi
yang dapat diakui dan diterima oleh semua rangkaian diperlukan. Pada tahun 1982, sebuah

MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

KURSUS TMK TAHUN 5 2014


jawatankuasa Transmission Control Protocol (TCP) atau lebih dikenal dengan sebutan
Internet Protocol (IP) telah dibentuk. Sementara itu di Eropah muncul sebuah rangkaian
saingan yang dikenali sebagai Europe Network (EUNET) yang meliputi wilayah Belanda,
Inggeris, Denmark, dan Sweden. Jaringan EUNET ini mennggunakan emel dan newsgroup
USENET.

Pada tahun 1984, sebuah sistem dengan nama DOMAIN atau lebih dikenali sebagai
Domain Name System (DNS) telah diperkenalkan. Tujuannya adalah untuk menyeragamkan
semua alamat rangkaian komputer yang sudah ada di dalam sistem DNS komputer yang
bersambung dengan jaringan yang melebihi 1000 buah komputer. Pada tahun 1987,
bilangan komputer yang bersambung ke rangkaian telah melonjak 10 kali ganda dan
menjadi 10000 buah lebih komputer.

Pada tahun 1988, Jarkko Oikarinen yang berasal dari Finland telah mencipta dan
memperkenalkan Internet Relay Chat (IRC) dimana ia membolehkan dua orang atau lebih
pengguna komputer berinteraksi secara langsung dengan penghantar mesej (chatting).
Setahun kemudian jumlah komputer yang saling berhubungan melonjak ke 100000 buah
komputer. Pada pertengahan tahun 1990, ini adalah tahun yang paling bersejarah dimana
Tim Berners Lee ketika itu telah merancang sebuah program editor dan pelayar (browser)
yang dapat melayari komputer dalam rangkaian. Program ini dikenali sebagai WWW atau
World WideWeb.

Pada tahun 1992, komputer yang telah membentuk rangkaian sudah melebihi 1000000
buah komputer. Pada tahun yang sama, muncul satu istilah baru iaitu Surfing (menjelajah).
Pada tahun 1994, laman sesawang (website) dunia mulai tumbuh dengan subur (terdapat
3000 alamat halaman) dan pertama kalinya Virtual Shopping atau e-retail muncul dalam
pelbagai situasi. Dunia berubah sejajar dengan adanya Enjin Carian (Search Engine) yang
pertama, iaitu Yahoo yang dibangunkan oleh David Filo dan Jerry pada bulan April 1994.
Pada hujung tahun 1994, Netscape Navigator 1.0 telah dilancarkan.

MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

KURSUS TMK TAHUN 5 2014


1.2

Maksud Rangkaian

Rangkaian terdiri daripada dua atau lebih komputer yang dihubungkan untuk berkongsi
sumber (seperti pencetak dan pemacu CD), pertukaran fail dan membenarkan komunikasi
secara elektronik. Komputer dalam rangkaian boleh dihubungkan melalui kabel, talian
telefon, gelombang radio, satelit, bluetooth dan cahaya inframerah (infrared).

Rajah 1.1

MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

KURSUS TMK TAHUN 5 2014

1.3

Kegunaan Rangkaian
1. Berkongsi fail - rangkaian membolehkan pengguna berkongsi data dan menyimpan
salinan data (backup) kepada komputer yang berbeza, contoh berkongsi gambar, fail
muzik dan dokumen.
2. Berkongsi peranti Pengguna dapat berkongsi peranti pencetak mesin faks,
modem, pengimbas dan pemacu CD-ROM dengan pengguna yang lain.
3. Berkongsi akses internet Rangkaian komputer membenarkan pengguna
mengakses internet secara serentak tanpa perlu membayar ISP untuk beberapa
akaun.

4. Pengurusan perisian berpusat - Salah satu manfaat yang besar bagi memasang
rangkaian adalah semua perisian boleh dimuatkan di dalam komputer pelayan
(server). Komputer pelanggan (client) dapat berkongsi perisian dengan pelayan. Ini
menjimatkan masa pemasangan perisian.

5. Mel Elektronik (E-Mel) - Di syarikat yang besar, emel atau alat mesej segera
(instant messaging tools) digunakan untuk berkomunikasi dengan cepat dan untuk
menyimpan mesej untuk rujukan masa hadapan. Contoh, mel elektronik di rangkaian
kawasan setempat membolehkan murid berkomunikasi dengan guru dan rakan
sebaya di dalam rangkaian sekolah mereka sendiri (intranet seperti VLE FROG).

MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

KURSUS TMK TAHUN 5 2014

1.4

Jenis Rangkaian

Rangkaian Kawasan Setempat (Local Area Network - LAN)


Rangkaian kawasan setempat adalah sekumpulan komputer dan peranti yang disambung
bersama-sama yang biasanya di bangunan yang sama seperti di kawasan fizikal yang kecil,
seperti rumah, pejabat, atau sekumpulan kecil bangunan seperti sekolah atau
lapangan terbang. Bentuk LAN yang paling mudah adalah dua buah komputer
berhubung menerusi wayar atau tanpa wayar.

Rangkaian Kawasan Setempat

MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

KURSUS TMK TAHUN 5 2014


Rangkaian Kawasan Metropolitan (Metropolitan Area Network MAN)
MAN lazimnya meliputi suatu kawasan georgafi yang agak luas berbanding dengan
rangkaian yang diliputi oleh LAN. Ia beroperasi di bandarbandar, gabungan beberapa buah
sekolah ataupun di sesebuah daerah. MAN menyediakan perkhidmatan yang lebih dari LAN
termasuk gabungan suara, data, imej dan video.

Antara ciriciri MAN ialah sambungan rangkaian melebihi 100 buah komputer. MAN
menggunakan media penghantaran berprestasi tinggi (gentian optik) dan menjangkau
seluruh bandar. MAN juga dikaitkan dengan Bandar bestari yang menyediakan rangkaian
khas untuk sesuatu bandar misalnya Putrajaya dan Cyberjaya.

Rangkaian Kawasan Metropolitan


Rangkaian Kawasan Luas (Wide Area Network - WAN)
WAN merupakan rangkaian komputer jarak jauh dan biasanya digunakan untuk
menyambungkan komputer yang berada pada lokasi yang berbeza seperti negeri,
negara dan benua. WAN disambungkan melalui sistem telefon atau satelit. WAN yang
paling besar dan terkenal ialah Internet.

Rangkaian Kawasan Luas

MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

KURSUS TMK TAHUN 5 2014


Rangkaian Kawasan Peribadi (Personal Area Network PAN)
PAN merupakan rangkaian komputer yang digunakan oleh orang perseorangan sebagai alat
komunikasi di antara peranti komputer. Ia juga rangkaian yang meliputi kawasan beberapa
meter yang terdiri daripada peranti wireless seperti komputer peribadi, komputer riba,
pencetak PDA, telefon selular, dan lain-lain. PAN boleh dibuat melalui port USB, Port
FireWire, infrared dan Bluetooth

PAN Rangkaian Kawasan Peribadi

MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

KURSUS TMK TAHUN 5 2014


Rangkaian Network Maya / Virtual Private Network (VPN)
VPN ialah rangkaian yang menggunakan infrastruktur awam dan internet untuk capaian dan
akses yang lebih selamat antara ibu pejabat dan cawangan-cawangannya yang lain.
Rangkaian ini menggunakan terowong untuk mengekalkan data terjamin.Ia selalu digunakan
oleh bank dan syarikat berskala besar.

Rangkaian Network Maya / Virtual Private Network (VPN)

MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

KURSUS TMK TAHUN 5 2014


Rangkaian Kawasan Setempat Tanpa Wayar / Wireless LAN (WLAN)

WLAN adalah jenis LAN yang menggunakan gelombang radio yang tinggi untuk
berkomunikasi di antara nod. Liputan bagi WLAN hanya 100 meter tanpa halangan dan ia
menggunakan piawaian 802.11 yang dibina oleh Institute of Electrical and Electronics
Engineers, IEEE

Rangkaian Kawasan Setempat Tanpa Wayar / Wireless LAN (WLAN)

10

MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

KURSUS TMK TAHUN 5 2014


WORLDWIDE INTEROPERABILITY FOR MICROWAVE ACCESS (WIMAX)

WiMAX merupakan satu teknologi baru yang menyerupai WiFi. Rangkaian ini dikenali
dengan wireless MAN (Metropolitan Area Network). Jarak WiMAX ialah 50 kilometer.

WiMAX mempunyai 2 Bahagian iaitu;


1. Sistem pangkalan WiMAX yang berasaskan konsep manara telefon bimbit
2. Penerima WiMAX yang dipasang dirumah.

Rangkaian WiMax

11

MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

KURSUS TMK TAHUN 5 2014


1.5

Jenis Senibina Rangkaian

Senibina rangkaian adalah reka bentuk rangkaian komputer dan sistem komunikasi yang
merangkumi konfigurasi dan strategi yang digunakan. Ia termasuklah penggunaan transmisi,
perisian dan protokol protokol komunikasi dan infrastruktur penghantaran data berwayar
atau tanpa wayar. Terdapat dua jenis senibina rangkaian iaitu:

Pengguna ke Pelayan ( Client to Server)

Pengguna ke Pelayan (Client to Server)

Senibina rangkaian ini terdiri daripada sebuah komputer pelayan (server) untuk melayan
komputer lain yang bertindak sebagai pengguna (Client). Komputer pelayan akan
menjalankan pengurusan berpusat (centralized) untuk melayan pengguna dari segi
perkongsian perisian aplikasi, data, pencetak dan lain lain. Pelayan biasanya mempunyai
spesifikasi berkuasa tinggi manakala komputer pengguna adalah komputer yang meminta
sebarang perkhidmatan atau fail daripada komputer pelayan. Dalam masa yang sama,
komputer pengguna dalam rangkaian masih boleh membuat kerja-kerja individu dan
menyimpan fail kepunyaan individu di dalam komputernya. Komputer pelayan pula tidak
memproses atau mengubah data yang dikirim dan tidak perlu tahu jenis fail sebaliknya terus
menjawab permintaan dari komputer pengguna atas fail yang disimpannya.
Antara ciriciri senibina rangkaian pengguna ke pelayan (Client to Server) adalah
seperti berikut:
I. Keselamatan sumber dan data dikawal oleh pelayan
II. Perkongsian data dan perisian aplikasi boleh di lakukan.
III.

Perbelanjaan yang lebih mahal diperlukan untuk sebuah komputer


pelayan.

IV.

Perlu melakukan penyelenggaran (maintenance) untuk menjamin


keberkesanan sistem

V. Rangkaian tidak berfungsi jika berlaku kerosakan pada pelayan.

12

MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

KURSUS TMK TAHUN 5 2014

Rakan ke rakan (Peer to Peer)

Rakan - ke - Rakan (Peer to Peer)

Rangkaian ini juga dikenali dengan P2P di mana semua komputer di dalam rangkaian
bertindak sebagai komputer pelayan dan juga pengguna. Semua komputer berupaya
mencapai fail yang terdapat di dalam komputer lain dan juga menyediakan fail untuk
komputer lain pada satu-satu masa. Rangkaian komputer ini tidak mempunyai komputer
pelayan dan pengguna hanya perlu berkongsi fail dan ruangan simpanan serta sumbersumber lain dari setiap komputer dalam rangkaian. Setiap komputer dapat mengirim,
menerima dan memproses fail data kerana setiap komputer mempunyai potensi yang sama.
P2P hanya disyorkan untuk rangkaian yang tidak lmelebihi 5 buah komputer dan tidak
menggunakan fail-fail atau aplikasi yang besar. Namun pada hari ini, P2P boleh berkongsi
data dan maklumat merentasi sempadan dan jarak menerusi talian internet.

Antara ciri-ciri senibina rangkaian P2P adalah seperti berikut:


I.

Tidak terdapat komputer pusat yang mengawal rangkaian dan sumber.

II.

Perkongsian pada perkakasan dan fail boleh dibuat

III.

P2P tidak dapat menjamin keselamatan data di dalam sesebuah komputer

IV.

Semua komputer di dalam rangkaian mempunyai keupayaan yang sama di


dalam mengirim, menerima dan memproses fail.

13

MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

KURSUS TMK TAHUN 5 2014


1.6

Jenis Topologi

Topologi ialah susunan geometrik perkakasan (nod) yang boleh dilihat secara fizikal pada
rangkaian setempat (LAN).

Rajah 1.6 Jenis Topologi

Topologi utama ialah:


Topologi Bintang (Star Topology)
Topologi Cecincin (Ring Topology)
Topologi Bas (Bus Topology)
Topologi Hybrid (Hybrid Topology)
Topologi Bintang
Topologi bintang ialah topologi di mana semua kabel penyambung dari nod akan masuk ke
satu lokasi pusat, di mana semua akan disambungkan ke peranti yang dikenali sebagai hab.

Rajah 1.7 Topologi Bintang

Nod-nod dalam LAN berkomunikasi menerusi hab.

Sebagai contoh, komputer B dapat berkomunikasi secara terus dengan perkakasan lain
dalam rangkaian seperti pelayan, pencetak dan komputer A,C dan D.

14

MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

KURSUS TMK TAHUN 5 2014


Topologi Cincin
Topologi cincin adalah topologi di mana setiap nod disambungkan dengan dua nod yang
lain, membentuk satu laluan sejajar tunggal untuk penghantaran isyarat terus ke setiap nod.
Data akan melalui dari setiap nod ke setiap nod seterusnya, setiap laluan nod yang dilalui
akan menerima setiap paket data.

Rajah 1.8 Topologi Cincin

Penghantaran dan maklumat dilakukan satu arah sahaja (arah jam / lawan arah jam)

Jika sambungan di antara komputer A dan komputer B rosak, komputer B, C, D dan


lain-lain nod tidak akan dapat menerima sebarang maklumat yang dihantar.

Topologi Bas
Topologi bas, juga dikenali sebagai bas linear, ialah topologi yang paling mudah. Ia terdiri
dari satu kabel yang dikenali sebagai segmen atau tulang belakang (backbone), yang
menyambungkan semua nod dalam rangkaian ke dalam satu barisan.

Rajah 1.9 Topologi Bas

Kelebihan apabila talian komputer A rosak, hanya komputer A terjejas.

Kekurangan apabila tulang belakang rosak, seluruh rangkaian terjejas.

15

MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

KURSUS TMK TAHUN 5 2014


Topologi Hybrid

Rajah 1.10 Topologi Hybrid

Merupakan gabungan ketiga-tiga jenis topologi utama LAN.

Pengguna mempunyai akses pada sebarang sumber / data yang dikongsi oleh
pengguna di dalam rangkaian.

Kebanyakan sumber di tempatkan di pelayan (server).

16

MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

KURSUS TMK TAHUN 5 2014


1.7

Jenis Teknologi Komunikasi

Intranet
Intranet adalah rangkaian komputer yang khusus untuk kegunaan pada persekitaran
dalaman suatu organisasi. Intranet menggunakan teknologi rangkaian sebagai alat untuk
memudahkan komunikasi antara orang atau kumpulan kerja untuk meningkatkan keupayaan
perkongsian data seluruh kakitangan organisasi.

Perkakasan rangkaian standard dan teknologi perisian yang digunakan seperti Ethernet,
WiFi, TCP / IP, pelayar web dan pelayan web. Intranet sesebuah organisasi biasanya
termasuk akses internet tetapi perlu melalui tembok api (firewall) yang tidak boleh dicapai
terus dari luar dan dalam.

Rajah 1.11 Contoh intranet dalam organisasi

17

MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

KURSUS TMK TAHUN 5 2014

Ekstranet
Ekstranet adalah rangkaian persendirian yang menggunakan teknologi Internet dan sistem
telekomunikasi awam untuk berkongsi sebahagian daripada maklumat atau operasi
perniagaan dengan pembekal, vendor, rakan kongsi, pelanggan, atau perniagaan lain.
Ekstranet itu boleh dilihat sebagai sebahagian daripada intranet syarikat yang diberikan
kepada pengguna di luar syarikat.

Rajah 1.12 Contoh ekstranet dalam organisasi

18

MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

KURSUS TMK TAHUN 5 2014

Internet
Internet ialah rangkaian global komputer yang saling berkait di seluruh dunia, yang boleh
diakses oleh orang awam. Internet merupakan rangkaian komputer yang berlainan yang
disambungkan melalui rantaian menggunakan wayar tembaga, gentian optik dan
sambungan tanpa wayar terkini. Internet berfungsi berdasarkan penghantaran data melalui
satu jenis pensuisan paket yang dikenali sebagai IP atau protokol internet.

Rajah 1.13 Contoh rangkaian Internet

19

MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

Anda mungkin juga menyukai