Anda di halaman 1dari 2

----- Forwarded Message ----

From: Othman Ibrahim <besut007@yahoo.com>


To: azam@hmetro.com.my
Sent: Tue, November 10, 2009 8:21:49 AM
Subject: Caruman KWSP Kepada Para Nelayan

Berita 01

Othman Ibrahim.

Kuala Besut, Persatuan Nelayan Kuala Besut ( PNKB ) masih menunggu laporan dari Lembaga
Kemajuan Ikan Malaysia ( LKIM ) Kuala Terengganu mengenai bagaimana cara untuk membuat
caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja KWSP kepada para nelayan di daerah ini.

Pengerusi Persatuan Nelayan Kuala Besut Abd Fatah Ahmad ketika ditemui berkata
sememangnya nelayan di daerah Besut ini amat gembira kerana mereka juga dapat mencarum
dalam KWSP demi untuk masa depan mereka.

Katanya lagi kami di pihak nelayan akan mengikut apa sahaja cara yang dikemukakan
oleh LKIM sama ada ingin membuat pemotongan pendapatan yang diperolehi oleh pihak
nelayan atau ingin memotong insentif bulanan yang diberikan oleh pihak kerajaan kepada
nelayan setiap bulan.

Para nelayan ketika ditemui berpendapat “kami minta supaya pihak LKIM percepatkan perkara
ini kerana kami akan mula mencarum selewat-lewatnya januari tahun depan”.

Dengan adanya caruman KWSP ini kami para nelayan bagai menerima satu semangat baru dan
ingin bekerja sekuat mungkin, kerana nasib kami sebagai nelayan sudah pun terbela.

Seorang Nelayan Mohd Nor Hasan 40 tahun dari kampung Nail Besut menyatakan selama 20
tahun kami berkerja sebagai nelayan barulah sekarang kami rasa masa depan kami terbela dan
bukan kami sahaja malah seluruh keluarga kami.

katanya lagi kami amat berterima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
kerana membela nasib kami kaum nelayan sehinggakan kami terasa kami sebagai nelayan ini
sama dengan pekerja-pekerja di sektor lain yang mendapat gaji bulanan yang tetap.
Katanya lagi kami berasa mimpi kami selama ini telah pun menjadi kenyataan kerana kaum
nelayan kini telah dapat menyakinkan Kerajaan sehingga kami mendapat pembelaan yang
sewajarnya.
Seorang lagi nelayan Husin Ahmad 35 memberitahu kami kaum nelayan amatlah bersetuju
dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abd Razak kerana memperkenalkan konsep Satu
Malaysia sebagai tema pemerintahannya.
Dengan tema rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan itu pada fahaman kami adalah
segalanya diutamakan kapada rakyat kerana kita terlebih dahulu untuk merasainya.
Dengan mengamalkan konsep tersebut Datuk Seri Najib akan bertahan lebih lama sebagai
peneraju pemerintahan Malaysia kerana dengan perbentangan belanjawan 2010 tempoh hari
semua lapisan rakyat dapat merasai apa yang diperuntukkan termasuklah para Petani dan
Nelayan.