Anda di halaman 1dari 3

Ucapan Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan sempena Hari Kualiti

Negeri Sembilan Darul Khusus


Terima kasih kepada Tuan Pengerui Majlis.

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera,

1. YAB Dato Seri Utama Hj.Mohammad bin Hj. Hassan,


Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus
2. YB Dato Hj. Hassan bin Malek,
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri,
3.

YB Tuan Shamsulkahar bin Mohd. Deli,


Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelajaran dan Pengajian Tinggi

4.

Yang Berbahagia Tuan Hj Mohd Baharudin bin Muhammad Mahfuz,


Pegawai Daerah Seremban,

5. Yang Berbahagia Hajah Asmah binti Yahya


Pengarah Institut Perguruan Raja Melewar,
6. Yang Berusaha Pengetua-pengetua Kanan, Pengetua-Pengetua, Guru Besar-Guru Besar
Cemerlang, Guru Besar-Guru Besar,
7. Guru-guru dan wakil-wakil sekolah yang menerima anugerah
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera
1. Alhamdullillah, bersyukur kita ke hadrat Allah s.w.t dengan limpah izin dan inayah-Nya jua,
maka dapat kita semua berhimpun di sini untuk menjayakan Majlis Sambutan Hari Anugerah
Kualiti Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan 2009.
2. Sesungguhnya majlis ini merupakan pengiktirafan jabatan terhadap warga sekolah. Meskipun
jumlah sekolah yang menerima anugerah ini agak kecil namun saya percaya jumlah mereka yang
cemerlang sebenarnya adalah lebih ramai manakala yang terpilih pada kali ini adalah yang
terbaik di kalangan yang terbaik. Namun demikian, kita jangan lupa akan sumbangan individu
yang turut menyumbangkan idea dan tenaga mereka bagi merealisasikan kecemerlangan
sesuatu organisasi.

Kelebihan nabi dengan mukjizat.


Kelebihan umat dengan muafakat
Bulat ayer kerana pembentung
Bulat manusia kerana muafakat.
Ayer melurut dengan bendarnya,
Benar melurut dengan muafakatnya
Negeri bertumboh dengan musharakatnya
3. Sebenarnya kejayaan yang dikecapi oleh sekolah pada hari ini tidak dapat dinafikan adalah
hasil kerja keras, komitmen dan usaha secara kolektif serta kerja secara berpasukan yang
ditunjukkan oleh semua guru. Oleh itu, tidak ada salahnya jika kita menganggap majlis ini
sebagai majlis untuk meraikan kejayaan kita semua.
Tuan-tuan dan puan-puan,
4. Dalam era globalisasi yang mencabar ini, kita perlu melahirkan insan yang cemerlang seperti
yang dihasratkan dalam teras dua yang terdapat dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
(PIPP). Insan yang ingin dilahirkan perlulah seimbang dari segi rohani, jasmani, intelek dan
emosi. Negara juga pada masa akan datang memerlukan tenaga kerja yang produktif,
berpengetahuan, berkebolehan dan lebih berdaya saing bagi memastikan negara mencapai
kemajuan dan pembangunan sosioekonomi yang lebih mapan. Negara memerlukan pekerjapekerja yang terlatih, berkemahiran dan produktif dalam berbagai-bagai bidang. Keperluan ini
semakin meningkat selaras dengan peralihan kepada ekonomi berasaskan pengetahuan.
5. Pada masa yang sama, jabatan tidak lupa tanggungjawab untuk menghargai segala
sumbangan, dedikasi dan jasa guru-guru dan pelajar-pelajar yang terlibat..
6. Sebelum saya sudahi ucapan ini, sekalung tahniah diucapkan kepada semua sekolah yang
berjaya. Semoga kejayaan ini dapat dipertingkatkan dan menjadi budaya kecemerlangan yang
diamalkan secara berterusan di sekolah.
( Pantun Penutup)
Jangan gentar bisanya sengat,
Memang lumrah si ikan sembilang,
Anugerah kualiti pemangkin semangat,
Cerminan muafakat organisasi terbilang.

Sekian.

Anda mungkin juga menyukai