Anda di halaman 1dari 5

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS IPOH
JURNAL
Bilangan Jurnal
Minggu Praktikum

: Ke- _______
: ___________

Tarikh Peristiwa / Kejadian :_______________ HINGGA ___________


Tajuk Jurnal

Disemak oleh Guru Pembimbing


oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan :..............................................
Tandatangan :..............................................
Nama
Nama

:..............................................
:..............................................

Tarikh
Tarikh

:..............................................
:..............................................

Disahkan

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KAMPUS IPOH
JURNAL
Bilangan Jurnal

: Ke- 1

Minggu Praktikum

: 01 APRIL -05 APRIL 2013

Tarikh Peristiwa / Kejadian :01 APRIL HINGGA 05 APRIL 2013


Tajuk Jurnal

1.

: MINGGU SUAI KENAL DAN MASALAH KAWALAN


KELAS SEMASA PROSES P&P DI DALAM KELAS

Masalah /Peristiwa:
Saya memulakan praktikum pada kali ini dengan sesi suai kenal dengan

pentadbiran sekolah. Hari pertama saya dan rakan-rakan praktikum yang lain
dipenuhi dengan sesi taklimat daripada pihak pentadbiran sekolah. Kami diberi
taklimat berkaitan jadual waktu, peraturan sekolah yang telah ditetapkan, latar
belakang sekolah samaada dari segi latar belakang murid atau kondusi sekolah.
Selain itu, saya juga diberi taklimat dengan guru pembimbing berkaitan dengan sesi
praktikum pada kali ini.
Proses pengajaran dan pembelajaran pada minggu pertama ini agak kelam
kabut sedikit kerana ini adalah kali pertama kami mengajar murid-murid ini di dalam
kelas mereka. Masalah kawalan murid-murid agak tidak terkawal. Mereka tidak
dapat memberikan sepenuh perhatian sewaktu saya mengajar. Ada diantara mereka
yang membuat

bising sewaktu saya menyampaikan isi pengajaran dan

pembelajaran. Saya dikehendaki mengajar kelas 5B, 3S dan juga 2B. Sepanjang
seminggu saya mengajar kelas-kelas berikut masalah yang sama timbul dimana
masalah kawalan kelas iaitu murid-murid. Kelas pertama yang saya ialah kelas 2B.
Kawalan kelas tersebut pada mulanya agak tidak terkawal kerana saya membawa
mereka ke Makmal Komputer. Mereka begitu teruja dengan peralatan yang terdapat
di dalam makmal tersebut. Selain itu, ada di antara mereka yang bersembang dan
tidak berada dalam kedudukan yang betul sewaktu saya menyampaikan isi
pelajaran.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KAMPUS IPOH
Masalah yang sama berlaku sewaktu saya memasuki kelas 5B. Pada permulaan
sesi

pengajaran

dan

pembelajaran

keadaan

kelas agak terkawal

kerana

mengadakan sesi pengenalan diri tetapi selepas 15 minit, keadaan kelas agak
bising. Mereka mula bercakap dan bersembang antara satu sama lain walaupun
saya berada di hadapan kelas. Semasa menjalnkan aktiviti mengenal bentuk-bentuk
jirim, terdapat murid-murid yang kurang memberikan perhatian dan bergerak ke
bahagian belakang kelas untuk mengambil radas dan objek lain. Walaupun saya
memanggil mereka, mereka kurang memberi kerjasama.
Terdapat juga murid yang hiperaktif dimana murid tersebut suka mengganggu
rakannya ketika melakukan aktiviti. Murid yang hiperaktif ini terdapat di dalam kelas
3 Setia. Murid saya yang hiperaktif ini berjalan-jalan di dalam kelas sewaktu saya
menyampaikan isi p&p. Pada masa yang sama, terdapat juga murid yang diam dan
kurang aktif melibatkan diri dalam aktiviti yang dilakukan. Oleh itu, di dalam kelas
yang saya mengajar, terdapat pelbagai jenis latar belakang dan ragam murid. Saya
tidak dapat mengawal kelas dengan baik terutamanya ketika melakukan aktiviti dan
tidak dapat memberikan lebih perhatian kepada murid yang faham dengan
pengajaran yang dilakukan. Keadaan kelas bising dan menjadi kelam kabut.

2.Analisis
Masalah kawalan kelas yang teruk berlaku disebabkan oleh beberapa faktor.
Faktor yang pertama ialah saya tidak membuat persediaan yang rapi untuk
memasuki kelas walaupun saya tidak melaksanakan proses P&P. Hal ini
menyebabkan saya tidak mempunyai idea dan agak gementar apabila berhadapan
dengan murid-murid memandangkan ini adalah kali pertama saya menjalani
praktikum sepanjang bergelar guru pelatih. Masalah ini juga berpunca disebabkan
faktor yang kedua iaitu saya tidak tegas dan garang sewaktu kali pertama memasuki
kelas. Hal ini sangat mempengaruhi perlakuan murid di dalam kelas kerana murid
mendapat pandangan pertama bahawa guru ini tidak garang dan tidak akan marah
sekiranya murid melakukan kesalahan atau berbuat bising di dalam kelas. Faktor
yang ketiga mungkin disebabkan arahan yang saya berikan sebelum melakukan
aktiviti di dalam kelas adalah tidak jelas kepada mereka. Oleh itu, murid sering
bertanya kepada guru ketika melakukan aktiviti sehingga menimbulkan suasana

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KAMPUS IPOH
yang bising di dalam bilik darjah.
3. Cadangan Tindakan Susulan
a. Saya harus menukar perwatakan saya ketika memasuki kelas dengan lebih
bersifat tegas dan mengambil tindakan segera sekiranya terdapat perlakuanperlakuan murid yang mengganggu proses P&P.
b. Saya harus lebih banyak membaca mengenai buku Pengurusan Bilik Darjah
supaya saya dapat menguruskan proses P&P dengan baik di dalam kelas.
c. Saya juga perlu menetapkan peraturan yang perlu dipatuhi murid setelah
saya masuk kelas atau sewaktu sesi pengajaran. Pertama, murid-murid akan
menjawab Bijak apabila saya menyebut nama kelas mereka. Kedua, apabila
guru atau rakan bercakap dihadapan murid-murid yang lain perlu senyap dan
dengar. Ketiga, peluang menjawab soalan hanya diberikan kepada murid
yang mengangkat tangan apabila diminta guru.
d. Bagi memastikan murid mendengar setiap arahan yang dilakukan oleh guru
dan tidak bising, saya perlu melaksanakan satu sistem yang dipanggil Sistem
Token. Sistem Token ialah mata yang diberikan kepada setiap kumpulan jika
mereka berkelakuan baik dan mengikut arahan dan peraturan yang telah saya
tetapkan. Jika mereka melakukan kesalahan token yang diperolehi akan
ditarik balik. Sistem ini akan saya aplikasikan kepada murid Tahun 5 Bestari.
e. Saya juga akan mendapatkan nasihat daripada guru pembimbing dan
pensyarah pembimbing untuk menyelesaikan masalah ini dan melakukan
penambahbaikan dalam pengajaran.

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KAMPUS IPOH
Tempoh masa untuk melakukan tindakan susulan bermula daripada 5 April 2013
sehingga 12 April 2013 iaitu selama satu minggu. Saya akan berjumpa dengan
pensyarah dan guru pembimbing dan memulakan bacaan mengenai pengurusan
bilik darjah di dalam kelas. Tempoh selama satu minggu ini dapat digunakan untuk
melaksanakan Sistem Token dan menguji sama ada sistem ini berkesan atau pun
tidak. Selama satu minggu yang akan datang juga saya akan praktikan arahan dan
peraturan yang telah saya tetapkan.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Disahkan oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan :....................................... Tandatangan :..............................................


Nama

:.................................... Nama

:..............................................

Tarikh

:................................... Tarikh

:..............................................